Thursday, November 22, 2012

ISU MINYAK SAWIT DAN ISRAEL

Ustaz Nor Azizuddin Abdul Manan wrote:
HUBUNGAN DAGANG M'SIA-ISRAEL : ISU PENJUALAN MINYAK KELAPA SAWIT

1. Alhamdulillah, seharian saya berada di hadapan laptop, mencari, mengkaji dan menyelidiki maklumat berkenaan hubungan dagang M'sia-Is

rael yag heboh diperkatakan. Puncanya bermula daripada laman blog Cikgu Bard yang mengatakan M'sia menjual minyak kelapa sawit kepada Isreal, bagaikan mendapat peluru ditangan, blogger dan pencacai "Syaitan Bertopeng Muka Manusia" menyalahkan BN dan Kerajaan M'sia atas isu ini.

2. Agak mencabar untuk saya menulis isu berkaitan ekonomi, pagi tadi saya ke Perpustakaan Awam P.Pinang Sbrg Jaya, saya mendapatkan beberapa buah buku mengenai ekonomi dan "bertapalah" saya disitu dengan anak sulung saya, Ihsan.

3. Sebelum saya ulas dengan lebih lanjut, saya tegaskan disini bhw M'sia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Negara Haram Israel, walaupun begitu berdasarkan kepada perjanjian Multilateral Trade Relations WTO yang dimetrai pada tahun 1995 (tahun itu juga M'sia secara sah menjadi Ahli dalam WTO, rujuk link :http://www.wto.org/english/thewto_e/countries_e/malaysia_e.htm
). Perjanjian ini merujuk kepada hubungan dagang dlm pelbagai pihak dgn tujuan menggalakkan perdagangan bebas dalam dunia globalisasi. Satu lagi perkara yang paling penting dalam soal hubungan dagang M'sia-Israel terdapat satu terma yang dilaksanakan oleh Kerajaan M'sia iaitu : Mengikut Akta Larangan Kastam 1967,semua jenis barangan yang hendak dieksport/diimport ke/dari Israel memerlukan lesen yang dikeluarkan oleh Kem. Perdagangan A'bangsa & Industri (MITI).

4. Dalam ertikata lain, segala urusan import-eksport yang keluar dari M'sia ke Israel atau sebaliknya perlu mempunyai "alasan yang kuat untuk dibenarkan transaksi keluar-masuk barangan itu ke/atau dari Israel". Sebagai cth : barangan yang terpaksa diimport dari Israel ialah mesin2 teknologi tinggi yang tiada diproduksi di negara lain dan pengilang tidak mempunyai pilihan ,maka pihak pengilang mengimport teknologi itu dari Israel tetapi dlm pada masa yang sama mereka perlu melalui beberapa prosuder tapisan. Seperti yang dinyatakan dlm akta di atas, kerajaan M'sia juga perlu menjaga kepentigan kepada pengilang-pengilang atau pelabur2.

5. Perlu juga saya nyatakan pengilang2 @ pelabur2 yang mempunyai hubungan industri dengan Israel adalah terdiri dari pelabur2 luar negara (Foreign Investor) yang merancakkan ekonomi domestik. Teknologi2 yang dibawa oleh pelabur2 ini ada yang dalam proses pengeluaran dan ada yang berkaitan dgn teknologi yang berasal dari Israel , misalnya teknologi berasaskan mikrocip semikonduktor dan antara syarikat yang terlibat ialah Intel (sbg contoh). Andaikata kerajaan M'sia bertegas dalam soal ini spt mengenakan sekatan industri (embargo) tanpa memikirkan kerugian bakal ditanggung pengilang/pelabur2 ini, maka pelabur akan keluar dari Malaysia , impak masa hadapan akan menimbulkan keraguan pelabur2 asing yang lain untuk melabur di Malaysia (Bad Impression). Walau bagaimanapun kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan M'sia ini hanyalah sebagai langkah terakhir, dan pengilang2 ini tak boleh sewenang-wenangnya mengimport/mengeksport barangan2 dari/ke negara Israel tanpa melalui prosedur yang ditetapkan dalam Akta Kastam 1967 yang telah saya nyatakan.

6. Walaupun terdapat data yang dikeluarkan oleh Direktorat Jeneral Kesatuan Eropah Untuk Perdagangan (DGEUT sumber :http://ec.europa.eu/trade/about/
) yang mengatakan M'sia adalah rakan dagang ke-25 (Import) dan ke-11 (Eksport) pada tahun 2010, perlu dinyatakan juga ia melibatkan syarikat2 luar yang melaburkan dan membuka perniagaan di M'sia sbg cth dalam isu Minyak Kelapa Sawit ini ialah Wilmar International Co. Ltd yang membuka 5 syarikat berorietasikan Minyak Kelapa Sawit seperti DUBOIS NATURAL ESTERS SDN BHD, NATURAL OLEOCHEMICALS SDN BHD, NATURAL SOAPS SDN BHD, NATURAL WAX SDN BHD dan PGEO GROUP SDN BHD. Bukan sahaja Wilmar I'ntl yang terlibat dalam industri minyak kelapa sawit malahan terdapat lebih 10 buah syarikat A'bangsa yang terlibat dalam industri ini bahkan syarikat2 ini juga pengeksport terbesar minyak kelapa sawit ke seluruh dunia termasuklah ke Israel. Jangan salahkan FELDA semata-mata dalam isu ini. Sumber :http://econ.mpob.gov.my/economy/exporters/EID_exporter.htm


7. Agak menarik perhatian saya dalam laman blog Cikgu Bard mengenai usaha Israel menyimpan stok minyak sawit hingga boleh mengawal harga adalah agak melucukan, kenyataan yang dibuat tanpa mengambil kira fakta pengeluaran negara2 pengeluar sawit di dunia dan jumlah import minyak sawit Israel berbanding negara2 lain menunjukkan kebodohan yang nyata. Data daripada Indexmundi.com jelas menunjukkan M'sia adalah negara pengeluar minyak kelapa sawit ke-5 TERBESAR diDUNIA dalam ISRAEL sebenarnya tidak terdapat langsung dalam senarai negara2 pengeksport minyak kelapa sawit. Sumber :http://www.indexmundi.com/agriculture/?commodity=palm-oil&graph=production


8. Masakan mungkin Israel mahu menjadi spekulator dalam menentukan harga minyak kelapa sawit dunia sedangkan masih terdapat 10 negara terbesar pengeluar minyak kelapa sawit dunia yag menjadi "pemain" dalam industri ini termasuklah M'sia. Fakta ini boleh jadi bakal memakan kembali daging lidah Cikgu Bard kelak.

9. Pencacai PAS yang 'amuk' dalam dinding fb saya tanpa usul periksa, kaji selidik sekaligus membuat konklusi mengatakan bahawa "Malaysia menghantar minyak sawit TERUS ke israel.
(dari Tanjung pelepas Terus ke israel) sedangkan di Malaysia tk cukup minyak sawit. Minyak sawit yg dihantar ke israel tu diambil dari mana? Dari byk tempat dlm malaysia ni, FELDA adalah salah satu daripada nye... (Sumber IOI Group) apa kaitan nye?". Inilah tahap mentaliti pencacai PAS dan Pakatan, sedarkah mereka bahawa urusan pembekalan minyak kelapa sawit berlaku di kilang, pelabuhan adalah tempat produksi penyerahan bekalan yang dibeli oleh negara2 lain untuk dibawa dengan kapal ke sana. Dakwaan M'sia menghantar terus minyak kelapa sawit itu menimbulkan persoalan, syarikat mana yang terlibat dlm urusan penjualan itu (selain FELDA) dan syarikat mana di Israel yang menerima pesanan minyak sawit tersebut ?. Selain Felda, telah saya nyatakan terdapat lebih 10 syarikat lagi yang terlibat dengan industri, rujuk link diatas. Jika FELDA terlibat dalam penjualan minyak sawit ke Israel, saya pasti FELDA telah mematuhi prosedur dibawah Akta Kastam 1967. Tetapi, Dato' Ahmad Maslan menafikan segala produk FELDA pernah dijual ke Israel tetapi wujud penjualan ke Palestine.

10. Jika masih mahu mengatakan FELDA pernah menjual minyak kelapa sawit ke Israel, ianya melibatkan Pelabuhan Ashdod, Israel kerana sebuah syarikat di Palestine iaitu Ajjawi Commercial Stores Company telah memesan barangan itu daripada FELDA. Mengapa menggunakan pelabuhan Ashdod ?, hal ini kerana Isreal mengenakan embargo laut, udara dan darat ke atas Palestine, jadi segala penghantaran barangan ke Palestine mesti melalui pelabuhan Israel terlebih dahulu sebelum dibawa masuk ke Palestine melalui jalan darat Israel.

11. Fakta yang menarik yang boleh dikongsikan bersama ialah, Palestine juga mempunyai syarikat pengeluar minyak kelapa sawit iaitu Vegetable Oil Industries Co. (VOIC) yang bersekutu dengan Palestine Industrial Invesment Compame (rujuk link :http://www.piico.ps/etemplate.php?id=66
) tetapi bahan mentah untuk memproses minyak kelapa sawit itu didapati daripada syarikat IFFCO yang berpusat di Dubai UEA yang mana syarikat ini telah menjalinkan hubungan dengan Felda Global Venture (FGVH). IFFCO merupakan rakan dagang M'sia-UAE yang berasaskan minyak kelapa sawit, rujuk link http://www.iffco.com/iffco_international_malaysia.html
. Jadi tidak hairanlah jika minyak kelapa sawit ke Palestine dihubungkan melalui Ashdod dek kerana embargo yang dikenakan oleh Israel. Dalam pada masa yag sama juga, M'sia turut menyumbang dalam perkembagan ekonomi Palestine !, ini FAKTA !.

12. Kesimpulannya, kadang2 saya terfikir juga, jadi pencacai Pakatan amat senang sekali, hanya perlu "dengar" kemudian "publish" tanpa mengambil kira fakta, data dan analisis Itulah bahananya jika akal mendahului ILMU. Jadi, memang munasabahlah ALLAH menurunkan wahyu pertama yang dimulai dengan IQRA' dalam ertikata lain ALLAH mahu manusia ini mengkaji, menyelidik, menganalisis dan sebagainya bukan semberono membuat interpretasi dan konklusi tanpa ILMU.

p/s : saya bukan menunjuk pandai dalam bab ekonomi tetapi melihat 'kebodohan' melampau pencacai PAS dan Pakatan membuatkan saya rimas dengan karenah mereka. Allahumma Asyhad !.

Wednesday, October 31, 2012

JANJI-JANJI PAS KELANTAN

Janji PAS Kelantan yang belum tertunai.!

Sejak memerintah Kelantan pada tahun 1990, pelbagai janji telah dibuat oleh Pas. Semuanya berasaskan Islam. Sebuah potral detikperubahan.com telah menyenaraikan 14 janji yang dibuat oleh Pas sejak mula memerintah. Mari kita lihat apakah janji tersebut dilaksanakan.

1. Melaksanakan dasar dan peraturan Islam dalam semua urusan pemerintahan termasuk perundangan, pentadbiran dan kemasyarakatan.

Realiti - sehingga hari ini Pas masih beretorik untuk laksanakan hudud. Contoh paling muda, umum hendak tubuh jawatankuasa teknikal hudud pada Oktober lalu tetapi sehingga sekarang surat perlantikkan pun belum dihantar. Apakah Pas perlu menunggu 20 tahun lagi untuk menghantar sepucuk surat.

2. Mengamalkan kekuasaan politik untuk kepentingan seluruh rakyat dan bukannya bertujuan menindas dan mencari kepentingan peribadi atau puak.

Realiti - Janji kedua ini amat menarik. Tidak perlu diulas dengan panjang lebar, lihat kebangkitan rakyat dalam isu Ladang Rakyat, di seluruh negeri ada demonstrasi. Begitu juga dengan isu Bazar Tok Guru di mana peniaga di Pasar Lama MPKB ditindas dan dipaksa berpindah selepas tanah bazar itu dijual.

3. Menghapuskan amalan pilih kasih, penindasan dan kuasa diktator dalam badan pelaksana (eksekutif) di bidang pemerintahan, pentadbiran dan kemasyarakatan.

Realiti - Siapa bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) - Abdul Ariffahmi Ab. Rahman - menantu kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Disebabkan tiada kelayakan dan hanya mengharapkan bapa mentua, banyak keputusan yang dibuat oleh Ariffahmi salah dan mengakibatkan kerajaan mengalami kerugian lebih RM20 juta. Itu semua duit rakyat.

4. Pas akan menjadikan Al-Qur’an dan Al-Sunnah, Ijmak dan Qias sebagai sumber rujukan perundangan dan kehakiman di negeri ini.

Realiti - Hanya di atas pentas ceramah. Amat sedikit yang diterjemahkan dalam pentadbiran.

5. Demi keadilan semua golongan, pindaan perlembagaan juga akan dilakukan bagi membolehkan dibuat perlantikan beberapa orang Ahli Dewan Undangan Negeri (Dilantik) untuk mewakili kumpulan-kumpulan tertentu.

Realiti - Sehingga hari ini pindaan perlembagaan tubuh kerajaan negeri kelantan tidak pernah di bawa ke Dewan Undangan Negeri Kelantan.

6. Mewujudkan sebuah badan bebas yang dinamakan badan hisbah bagi mengawasi pentadbiran kerajaan.

Realiti - Hisbah tidak ada. Yang ada pembahagian nisbah kekayaan di antara pemimpin Pas Kelantan.

7. Mewujudkan pentadbiran yang beramanah, bebas dari penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa serta berlaku adil dalam segala perkara yang melibatkan kepentingan rakyat.

Realiti - Tak tumbuh tidak melata, tidak sungguh orang tidak kata. Itu pepatah Melayu. Lihat dalam isu PMBK dan Air Kelantan Sdn Bhd. Duit beratus juta tetapi rakyat sehingga hari ini tidak dapat merasai nikmatnya.

8. Mengkaji ke arah mengurangkan kadar elaun dan keistimewaan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (termasuk Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar) dalam perkara yang munasabah demi menggalakkan kesederhanaan di kalangan pimpinan kerajaan.

Realiti - Beberapa bulan sidang Dewan Undangan Negeri telah meluluskan tambahan elaun untuk setiap wakil rakyat malah diwujudkan jawatan baru iaitu Timbalan Exco yang mempunyai elaun khas.

9. Menubuhkan satu tabung kewangan perumahan bagi membolehkan kakitangan kerajaan dan orang perseorangan memiliki rumah.

Realiti - Yang banyak di bina di Kelantan terutama Kota Bharu ialah kondominium mewah dan banglo berharga ratusan ribu ringgit.

10. Semua pihak berkuasa tempatan akan dikaji semula dari segi pentadbiran dan peraturan-peraturan yang menimbulkan masalah kepada rakyat. Ini melibatkan kadar bayaran cukai pintu, tempat letak kereta, bayaran lesen perniagaan dan iklan dan berbagai cukai kepada peniaga-peniaga.

Realiti - Kadar cukai tinggi masih tinggi walaupun perkhidmatan yang diberikan tidak setimpal sama sekali, longkang tidak cuci dan sampah tidak dikutip mengikut aturan.

Bayaran tempat letak kereta di Kota Bharu adalah yang tertinggi di Malaysia jika di bandingkan dengan negeri-negeri lain. Malah hampir semua tempat ada meter, tidak ada secebis pun parking percuma untuk rakyat.

11. Mengurangkan bayaran lesen ke atas beca roda tiga, bot dan perahu nelayan, kereta-kereta sorong, warung dan gerai-gerai kecil demi menjaga kepentingan rakyat.

Realiti - Tiada perubahan yang ketara sejak 20 tahun lalu.

12. Mengadakan skim penempatan orang tua yang tidak ada pembelaan di pondok- pondok yang sedia.

Realiti - Mungkin program ini berlaku tetapi bagaimanakah keadaan kebajikan mereka terutama tempat tinggal.

13. Mengadakan pusat penempatan bagi anak-anak yatim dan memberi bimbingan khas kepada mereka.

Realiti - Tidak diketahui sejauh mana keberkesanannya.

14. Menyusun satu program pemulihan akhlak menyeluruh kepada penagih dadah, pelacur dan golongan mak nyah.

Realiti - Lima tahun berturut-turut Kelantan juara dalam peningkatan penyakit HIV dan penagih dadah. Perkara ini diakui sendiri oleh Exco dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Kawasan Limau Manis - tempat pelacuran utama di Kelantan - sudah beberapa kali didedahkan oleh media tetapi masih wujud sehingga hari ini.

Inilah janji sebuah parti yang dikatakan memperjuangkan Islam. Tenyata Pas hanya sibu di atas pentas ceramah sahaja.


Credit to : Nurul Nizam

Saturday, October 20, 2012

PROJEK CANAL CITY