Wednesday, August 9, 2017

HUTANG 1MDB

TUAN IBRAHIM vs ARUL KANDA
1. Membaca kenyataan TITM. Menjadikan saya menghubungi sahabat dari PAS yang turut sama hadir dalam majlis berkenaan.
2. Menurut beliau, perjumpaan itu selama 3 jam 30 minit. Arul menceritakan dengan detail dari awal pertubuhan 1MDB hingga isu penyelesaian hutang.
3. Menurut apa yang dijelaskan oleh sahabat ini, tiada masalah hutang tak mampu bayar sebagaimana yg diwar-warkan oleh media sosial.
4. Malah kata beliau berkata wang sudah ada sebagaimana pelan rasionalisasi yang dicadangkan oleh PAC. Namun akibat sedikit masalah teknikal yg bukannya dari pihak 1MDB, ianya menjadi lambat di bayar.
...
| Fantasi Tuan Ibrahim |
1. Membaca tulisan TITM di sini : https://m.facebook.com/story.php…
2. Tiada satu pun disebut tentang kesimpulan besar hasil perbincangan - 1MDB tiada isu dengan hutang. Seiring temuramah bicaranews di sini : http://www.bicara.news/hutang-1mdb-bukan-lagi-isu-arul-kan…/
3. Yang di ceritakan oleh TITM adalah "penyelewengan" 1MDB yang kita tahu hingga kini tiada bukti.
4. Beliau hanya mengulas satu super-duper-sub topik kecil "JIKA" 1MDB tak jelaskan hutang, maka mereka dikenakan interest RM 1.9 billion "SETAHUN".
5. Ingat, dia guna perkataan "JIKA".
6. Bila kita berbicara tentang "Jika" maka kita lebih berfantasi. Dengan kata lain, penjelasan TITM lebih disifatkan "fantasi" berbanding "Realiti" sebenar sepertimana Arul perjelaskan.
...
| Menarik dikongsikan |
1. Ditanya, adakah kerajaan akan menanggung hutang 1MDB?
2. Arul menjawab, dia boleh sahaja meminta kerajaan mendahului pembayaran, kemudian dibayar kembali. Wang memang sedia ada. Namun dia tidak mahu.
3. Jika dibuat begitu, ianya akan menjadi modal fitnah politik. Dia sanggup menerima kritikan secara teknikal berbanding mangsa fitnah politik.
4. Ada logiknya, secara teknikal Arul boleh memberi penjelasan. Ianya lebih mudah dari menjawab dari sudut politik. Pelabur juga lebih faham penjelasan secara teknikal berbanding putar belit politik.
5. Namun agak menyedihkan, TITM gagal menyampaikan perkara yang sepatutnya. Beliau lebih suka mengambil sudut perspektif negatif.
6. Mungkin TITM dapat kelebihan keselesaan kedudukan politik beliau dgn penjelasan bersifat fantasi. Namun cukup jujurkah beliau?
7. Adakah selama 3 jam perjumpaan, beliau hanya mencatitkan kisah2 fantasi? Menyedihkan.
Berkatalah dengan perkara yang hak walaupun ianya pahit wahai TITM. Itu contoh sifat muslim sejati.