Monday, January 8, 2018

TANAH DAN TANAH PROTON TERGADAI

JAWAPAN BUAT VIDEO TANAH DAN TANAH PROTON TERGADAI
"TIADA tanah tergadai di forest city, TUDUM Sg Besi, mahupun di Tg Malim milik Proton"
1. Di Forest City, hanya diberi strata title untuk apartment dan condo. tiada seinci pon hak kekal diberikan untuk landed property.. hanya lease hold.
2. Tanah TUDM BUKAN dijual kpd China. ianya dibangunkan bersama2 syarikat China yg syarikat China hanya pegang 24% pemilikan hartanah.
40% peratus - MOF Inc, 22% adalah milik Credence Resources Sdn Bhd (14% KPRJ Johor, 24% China Railway Engineering Corporation)
Ini bermakna 76 peratus Bandar Malaysia adalah milik Malaysia manakala 24 peratus adalah milik China.
3. Proton sekarang masih dikuasa oleh syarikat bumiputera Syed Mokhtar AlBukhary iaitu DRB HICOM, syarikat Geely drpd China memegang 49.9%
4. Tanah Felda di jalan semarak dirampas drpd Felda oleh pihak2 yg mencari keuntungan peribadi yg mudah. Felda yg diketuai Tan Sri Shahrir akan teruskan berjuang utk dapatkan semula hak keatas tanah tersebut - saj
Rujuk
[1] tiada seinci pun tanah diberikan freehold di forest city
https://m.malaysiakini.com/news/375651
[2] CREC hanya miliki 24% 
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2016/01/06/1mdb-further-clarifies-bandar-malaysia-equity-sale/ 
[3] Geely 49.9%
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/05/24/drb-hicom-to-sell-49pt9pct-in-proton-to-geely-holding/ 
[4] Shahrir - "Felda akan buat apa saja utk dptkan semula tanah"
https://www.nst.com.my/news/nation/2017/12/316973/felda-will-do-whatever-it-takes-get-back-jln-semarak-land-says-shahrir 

TANAH KLCC

1. Pengambilan tanah race course Selangor Turf Club di Ampang pada asalnya dibuat melalui pengambilan balik tanah (Land Acquisition Act) tetapi separuh jalan dihentikan dgn arahan Madey sebagai PM. Mungkin Petronas tak boleh beli kerana nak bina pusat perniagaan dan untuk opis swasta yg tidak termasuk kategori utk "kepentingan awam" dlm NLC.
2. Kemudian syarikat Sri Kuda Sdn Bhd milik penuh Ananda Krishnan membeli tanah itu dgn harga RM200 Juta.
3. Petronas membeli 50% ekuiti syarikat Sri Kuda dgn nilai RM600 Juta dari Ananda.
4. Pembinaan Petronas Twin Towers KLCC itu apabila sudah siap, Tower 1 kepunyaan Petronas manakala Tower 2 kepunyaan Ananda - Binariang/Maxis.
5. Anak Madey dijadikan salah seorang BOD Maxis.
6. Selang dua atau tiga tahun, barulah PETRONAS beli equity 50% Ananda dalam Sri Kuda itu dan Petronas menjadi pemilik sepenuh Sri Kuda. Harga belian 50% itu lebih RM1 Billion.
7. Wooray... sekarang baru boleh dipanggil Petronas Twin Towers kerana 100% dimiliki Petronas.
8. Ada rakyat bangga kerana boleh langut nengok twin towers dan ada rakyat masyukkk.
Abas Saad

**********************************************************************************
PENTAKSUB MAHATHIR TIDAK PERNAH TAHU, KLCC ADALAH LAMBANG PENYALAHGUNAAN DANA AWAM KEGEMARAN MAHATHIR DAN KERANA ITU MEREKA BERBANGGA!
#TahukahAnda: Projek Kroni Tun Mahathir: RM600 Juta Syarikat Milik TS Ananda Krishnan Untung Atas Angin Apabila Jual Tanah Tapak Lumba Kuda Kepada Petronas Untuk Tapak Projek KLCC!!!?
■ Mantan Perdana Menteri ke-4 Tun Mahathir memburuk2kan #1MDB yang membeli tanah Tun Razak Exchange dengan harga murah. Kemudian beliau menuduh pelaburan Tabung Haji sebagai 'Bailout' 1MDB dengan membeli tanah TRX dengan harga tinggi.
■ Tun Mahathir lupa yang beliau pernah menggunakan wang Petronas untuk membeli tanah Selangor Tuft Club (STC) seluas 96.369 ekar sebagai tapak pembinaan KLCC.
■ Pembelian tanah STC oleh Petronas terpaksa melalui syarikat Seri Kuda Sdn Bhd yang bertindak sebagai 'Brokerage Company' yang mengaut keuntungan yang terlampau tinggi. Bayangkan, 26 tahun yang lalu tanah STC dibeli oleh Seri Kuda Sdn Bhd dengan nilai RM26.20 sekaki persegi. Beberapa bulan kemudian, tanah tersebut dijual kepada Petronas dengan nilai 214.40 sekaki persegi!!!.
■ Pada 30 January 1989, syarikat Seri Kuda Sdn Bhd ditubuhkan oleh TS Ananda Krishnan. Syarikat ini ditubuhkan semata2 sebagai platform pembelian sebidang tanah seluas 39 hektar (96.369 ekar) milik Selangor Turf Club (STC) pada harga RM110 juta.
■ Pembelian tanah tersebut direncana bagi merelisasikan perancangan Tun Mahathir untuk penyediaan tapak projek pembangunan 'Kuala Lumpur City Center' (KLCC).
■ Mengikut perancangan awal pihak pengurusan Petronas, pembinaan ibu pejabat baru Petronas dicadangkan di Jalan Tun Razak berhadapan dengan Kelab Golf Di Raja Selangor berhampiran dengan Hospital Prince Court.
■ Pembinaan ibu pejabat Petronas yang baru perlu memandangkan ibu pejabat petronas lama di Bangunan Dayabumi sudah sesak dan tidak lagi mampu menampung pertambahan kakitangan baru dan pertambahan kelengkapan alatan kerja yang pesat di Petronas.
■ Walau bagaimana pun lokasi yang dicadangkan tidak dapat memenuhi kehendak persekitaran memandangkan ianya mendapat bantahan daripada Jabatan Penerbangan Awam. Alasannya, lokasi tersebut terletak di laluan udara Lapangan Terbang TUDM Sg Besi.
■ Sebagai alternatif, Petronas kemudiannya membeli sebidang tanah bekas tapak British Council Jalan Ampang di belakang Plaza Yow Chuan dengan harga RM30 juta.
■ Namun secara tiba2 Tun Mahathir kemukakan idea dan mengumumkan rancangan liciknya dengan memilih lokasi di Selangor Turf Club jalan Ampang. Beliau mencipta isu dan propaganda di dalam media dengan mengatakan kelab lumba kuda di Jalan Pinang menyebabkan timbulnya kesesakan trafik yang teruk setiap hujung minggu.
■ Selepas isu tersebut disensasikan, Kerajaan Pusat dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memutuskan gelanggang lumba kuda itu tidak boleh tidak mesti dipindahkan ke Sg Besi di mana ia terletak sekarang.
■ Pada 18 Julai 1991, dalam ucapan pengulungan perbahasan Rancangan Malaysia Ke-6 di Dewan Parlimen, Tun Dr Mahathir mengakui kelab lumba kuda itu telah diarahkan berpindah oleh kerajaan persekutuan.
■ Tun Dr Mahathir berpendapat, apabila ekonomi pulih dan terdapat “building boom”, tanah di kawasan tiga segi emas biasa dijual dengan harga yang amat tinggi.
■ Dalam ucapannya, Tun Dr Mahathir berkata Petronas telah diarahkan untuk membeli 50% saham Seri Kuda Sdn Bhd. Kerajaan telah mensyaratkan kepada Sri Kuda Sdn Bhd bahawa lebih daripada 50% tanah kelab perlu dijadikan tempat letak kereta awam (public park). Ini bermakna bahawa harga belian satu kaki persegi tanah boleh meningkat 100%. Walau bagaimanapun, Petronas yang memerlukan ruang pejabat yang besar bersetuju secara prinsip untuk mengambil 51% dari saham Seri Kuda Sdn Bhd.
■ Selangor Turf Club (STC) menerima notis arahan berpindah dari kerajaan supaya mencari lokasi lain luar dari pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Oleh kerana Kelab tersebut memerlukan sejumlah wang untuk membina padang lumba kuda baru, STC membuat keputusan menjual tanah tersebut.
■ Tanah seluas 39 hektar (96.369 ekar) yang terletak dalam kawasan Segi Tiga Emas atau ‘Golden Triangle’ berstatus pertanian dibeli pada awalnya dengan harga RM110 juta telah ditukar statusnya kepada tanah komersial dan nilaian semula tanah komersial tersebut melonjak kepada harga RM300 juta. Tetapi Petronas telah membelinya dengan satu nilai terlampau tinggi pada harga RM900 juta.
■ Syarikat Seri Kuda Sdn Bhd mendapat keuntungan atas angin sebanyak RM600 juta apabila Petronas membeli tanah tersebut. Persoalan untuk Tun Mahathir: Mengapakah Petronas tidak dibenarkan berunding terus (Direct Negotiate) dengan Selangor Tufc Club iaitu pemilik tanah gelanggang lumba kuda tersebut?. Dan mengapakah perlu membeli tanah tersebut setelah ianya menjadi milik Seri Kuda Sdn Bhd iaitu syarikat kepunyaan TS Ananda Krishnan?.
■ Ini menunjukkan bahawa Tun Dr Mahathir telah membelakangi kepentingan rakyat dan menyalahgunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang diamanahkan untuk menjaga selia Petronas. Beliau telah mengambil kesempatan memanipulasi wang Petronas untuk mengkayakan kroninya dan mungkin juga untuk faedah diri sendiri. Beliau lupa yang wang Petronas apabila masuk ke Tabung Perbendaharaan Negara akan menjadi DANA awam atau pun wang rakyat!.
■ Kroni Tun Mahathir berjaya mengaut keuntungan sebanyak RM600 juta dalam masa beberapa bulan sahaja.
■ Majalah Far Eastern Economic Review terbitan 13hb Jun 1991 dan Investor Digest keluaran Julai 1992 jelas melaporkan yang tanah milik STC dibeli oleh syarikat Seri Kuda Sdn Bhd, yang kemudian pemiliknya membuat permohonan untuk menukar status tanah STC itu bagi tujuan pembangunan hartanah. Proses pembelian tanah secara rundingan terus itu telah menjadi satu isu panas yang diperkatakan pada ketika itu malah pertukaran status tanah untuk tujuan pembangunan juga menimbulkan perasaan tidak puas hati rakyat Malaysia.
■ Akhbar News Straits Times pada 21 Ogos 1989 melaporkan selepas mesyuarat tergempar, STC telah mengumumkan penjualan kesemua 39 hektar tanah berkenaan kepada syarikat Seri Kuda Sdn Bhd yang hanya didaftarkan lebih kurang 7 bulan sebelum itu. TS Ananda Krishnan merupakan antara pengarah Seri Kuda Sdn Bhd semasa ia mula2 ditubuhkan. Beliau adalah sekutu rapat dan kroni kuat mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir. TS Ananda sebelum itu juga pernah berkhidmat di Bank Negars Malaysia selama 6 tahun (1982-1987) dan pernah juga berkerja di Petronas.
■ Sehingga tahun 1991, nama TS Ananda mendapat perhatian umum apabila syarikat Seri Kuda Sdn Bhd dinamakan sebagai antara syarikat yang terlibat dengan projek mega kerajaan yang menelan belanja berbillion ringgit. Seri Kuda Sdn Bhd mendapat laba yang besar hasil pelaburan yang dibuat dengan pembelian tanah tersebut pada tahun 1989 .
■ Persoalan untuk Tun Mahathir: Adakah pembelian 39 hektar (96.369 ekar) tanah milik STC ini dibuat secara kebetulan atau ada perancangan yang rapi sebelumnya dengan niat untuk membantu menaikkan taraf kekayaan sahabat baiknya?.
■ Pada 18hb Jun 1991, akhbar New Straits Times melaporkan, Petronas telah mengambil alih 51% kepentingan dalam Syarikat Seri Kuda Sdn Bhd dengan anggaran jumlah sebanyak RM600 juta.
■ Pada 22 Julai 2002 , seperti yang dilaporkan majalah The Edge , Petronas telah membeli 49.5% ekuiti KLCC dari Ananda pada nilai RM 1.2 billion. Sementara itu, pegangan saham ekuiti Mai holdings Sdn Bhd adalah 48% dan 2.5% milikan saham minoriti (dirahsiakan). Mai holdings Sdn bhd ditubuhkan pada 22 Jun 1988 merupakan juga syarikat milik TS Ananda Krishnan.
Oleh: ROZMI MOKHTAR
Sumber: [https://goo.gl/fiScyG]
--------------
Elok juga TV3 terus siarkan latarbelakang dengan diletakkan label KLCC TUGU PERINGATAN KUTTY KAPOR DUIT PETRONAS.

FELDA: Bukan Tugas Sukar, Tetapi Menyakitkan Hati! - TAN SRI SHAHRIR

FELDA: Bukan Tugas Sukar, Tetapi Menyakitkan Hati! - TAN SRI SHAHRIR SAMAD
Oleh SYAHRIL A. KADIR
AKU tiba di pejabat Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Tan Sri Shahrir Samad kira-kira pukul 1 petang di Menara FELDA, Kuala Lumpur. Agak luas biliknya yang terletak di tingkat 49 itu.
Meja Shahrir yang besar saiznya itu dipenuhi dokumen dan fail sekaligus menunjukkan betapa sibuknya tugas ahli politik veteran yang berumur 68 tahun tersebut dalam 'mengendalikan' urusan seharian lembaga berkenaan
Ketika itu aku sampai, Shahrir, lulusan MBA dari International Institute for Management Development (IMD), Switzerland itu sedang melayan pertanyaan daripada beberapa penulis dan wartawan. Pengasas DuBook, Mutalib Uthman , sahabat seperjuanganku Ali Imran , Saudara Mat Rodi, Saudara Azwan dan Datuk Roslan Bian pun ada.
Mereka nampak bersungguh-sungguh hendak dengar dari mulut beliau sendiri mengenai kemelut yang melanda 'kehilangan' tanah milik Felda yang terletak di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Shahrir dilihat tenang walaupun soalan-soalan yang dikemukakan cukup 'tajam'dan 'menyakitkan'.
Adakalanya beliau menyalakan sebatang rokok Mevius Light. Adakalanya beliau meneguk air di depannya. Adakalanya beliau tersenyum dan adakalanya beliau serius.
Namun yang pasti tidak ada soalan yang tidak berjawab. Untuk lebih jelas, kerap kali juga beliau melihat dokumen di atas mejanya agar fakta yang diberikan tidak lari dari butiran yang sebenar.
Sebaik saja duduk di kerusi yang disediakan, aku tanpa membuang masa terus bertanyakan pada Shahrir - teruk sangatkah keadaan FELDA ketika Tan Sri mengambil alih kerusi pengerusinya dari Tan Sri Isa Samad?
" Bila saya masuk rupanya bukan peneroka saja dah tak percaya pada FELDA, bank pun dah tak percaya pada FELDA. Banyak pinjaman yang dijanjikan tetapi ditarik balik. Kalau ada pun cuma Bank Rakyat, mereka nak bagi pinjam RM300 juta, mereka nak kolateral pun RM300 juta juga. Saya pasti awak sendiri kalau nak buat pinjaman pun akan dapat 'deal' yang lebih baik dari itu.
" Hanya baru-baru ini Maybank kata mereka boleh buatkan 'sukuk' sebanyak RM2 bilion...saya macam tak percaya pada mulanya...malah saya tanya balik 'are you sure?'
" Sebenarnya bank yakin nak bagi balik pinjaman kat kita kerana kita mempunyai aliran tunai yang besar untuk sukuk, apatah lagi selepas pelbagai usaha kita dah lakukan untuk memulihkan FELDA," katanya sambil tersenyum.
Mengenai isu Tan Sri Isa Samad dan kontroversi tanah FELDA yang 'dipindah milik' itu, Shahrir berkata siasatan diharap tidak hanya tertumpu kepada satu individu tetapi juga individu yang lain serta agensi kerajaan yang terlibat.
Katanya, beliau kena berlaku adil dalam hal ini kerana masyarakat nampaknya hanya melihat Isa tetapi 'lupa' yang kejadian yang berlaku juga membabitkan banyak pihak.
" Orang bercakap pasal Isa, tetapi individu lain bagaimana? Banyak nama besar ni. Agensi kerajaan macam pejabat tanah pula bagaimana...siasatan kena menyeluruh. Nak salahkan mana-mana pihak termasuk Lembaga Pengarah dulu pun susah juga kerana isu tanah ini tidak pernah dibincangkan dan tak ada dalam rekod mesyuarat lembaga pun, jadi saya tak nak tunding jari, siasatlah," ujarnya.
Ketika ditanya sama ada beliau ada berkomunikasi dengan Isa sejak mengambil alih kerusi kepimpinan Felda, Shahrir menafikannya.
Menurutnya, beliau tidak pernah bercakap dengan Isa dan Isa juga tidak pernah menghubunginya.
" Saya dah dengar macam-macam bila ambil alih. Saya tak bercakap dengan sesiapa pun termasuk dengan lembaga pengarah, saya hanya mendengar, " ujarnya.
Mengenai tugasnya sebagai Pengerusi FELDA, Shahrir berkata, ia bukanlah satu tugasan yang sukar dan membebankan.
Pun begitu, katanya, beliau sebenarnya lebih kepada berasa 'sakit hati' dengan apa yang berlaku.
" Cuma apa yang saya nak bagitau pada semua peneroka dan masyarakat di luar sana, jangan bimbang, ini adalah sebahagian daripada 'pembersihan' FELDA, perkara yang berlaku ini sedang kita betulkan.
" Yang pasti hasil dan tanah peneroka tidak akan terjejas. Dalam hal tanah (Jalan Semarak) ini kita dah buat macam-macam. Antaranya kita buat laporan polis, kita saman, kita akan buat tindakan sivil, kita akan cuba batalkan PA dia, pejabat Peguam Negara pun akan ambil tindakan. Saya tengah fikirkan semua cara.
" Berdasarkan 'track record', mahkamah selalunya akan berpihak kepada kita, sebab itu kita cukup cermat dan teliti dalam menangani apa-apa isu yang timbul, mungkin ia mengambil masa tetapi yang penting hasilnya," tegas Shahrir.
Shahrir juga ditanya, mungkinkah ada lagi isu atau kontroversi yang akan menyelubungi FELDA selepas ini.
Beliau dengan pantas menjawab - TIDAK ADA LAGI.
" Tiada lagi isu selepas ini. Kes pembelian hotel, kes ikan Sturgeon dan lain-lain semuanya itu telah diambil tindakan. Ada yang sedang disiasat, ada yang direman dan ada juga yang telah dituduh pun di mahkamah," tegasnya.
Mengenai persepsi yang 'pelbagai' yang ditujukan pada dirinya ketika ini, Shahrir berkata, tiada apa yang perlu beliau risaukan kerana beliau telah menjalankan amanah seperti mana yang diharapkan.
Katanya itu adalah asam garam yang terpaksa ditempuh jika bergelar ahli politik. Beliau sendiri secara peribadi 'lali' dengan segala tohmahan.
" Sampai isteri saya pun orang kata anak Robert Kuok, kononnya saya kaya raya dan sebagainya. Orang politik ni banyak pahala sebab selalu kena fitnah, dan pada masa yang sama banyak pahala kerana selalu bantu orang," katanya sambil tersenyum.
Ketika ditanya lagi adakah beliau berasa 'stress' dengan segala kemelut yang melanda dan terpaksa 'datang' ke dalam FELDA di waktu lembaga itu dibebani dengan pelbagai masalah, Shahrir berkata ia bukan perkara baru dalam hidupnya.
Ujarnya, sejak menghambakan diri dalam bidang politik, pelbagai onak dan duri telah beliau tempuh.
" Masalah yang ada memang berat tetapi kita dah mengambil langkah terbaik untuk menanganinya. Datanglah apapun dugaan, pukul 10.30 malam saya tetap tak ada masalah untuk tidur," katanya tersenyum sebelum mengakhiri perbualan kami pada petang itu.
Sebelum balik sempat aku menghadiahkan buku tulisanku 'Konfesi Prebet Adam' pada beliau.
Kami kemudiannya dijamu nasi goreng. Tak mewah. Tak ada ikan sturgeon yang menghasilkan 'kaviar'. Jangan risau, angpau pun tak ada.
Tetapi aku datang dengan senyum, balik pun dengan senyum. Sekurang-kurangnya ada 'maklumat' yang lebih mahal dari sekadar kaviar dan sekeping angpau!

JUAL TANAH KEPADA SINGAPURA

54,000 ekar: Mahathir jual negara kepada Singapura.
---
Pada 24 November 1990, Mahathir menandatangani perjanjian untuk membenarkan Singapura mengambil-alih tanah Johor seluas 54,000 ekar (216 kilometer persegi) untuk membina empangan di Sungei Linggiu.
Singapura hanya perlu membayar RM320 juta ganti-rugi, premium tanah RM388 juta dan sewa tahunan RM30 untuk setiap 1,000 kaki persegi.
Di bawah perjanjian ini, Singapura juga dibenarkan untuk mengambil air tanpa had dari Malaysia.
Siapa sebenarnya yang jual negara? Siapa yang sudah gadaikan tanah negara yang sebesar 216 kilometer persegi kepada negara asing?
LIM SIAN SEE

ANWAR DIBEBAS AWAL?



Abas Saad:
Mereka tanya saya jika Anwar dipenjarakan selama 5 tahun oleh Mahkamah atas sabitan meliwat pekerjanya itu dan "Waran Memenjarakan Apabila Hukum Penjara Atau Denda Dijatuhkan" yg dikeluarkan oleh Mahkamah kepada Penguasa Penjara dikeluarkan pada 10 Februari 2015, bilakah Anwar akan dibebaskan?
Jawapan saya....
Di Peraturan 43 kpd Peraturan-peraturan Penjara 2000 yang digazetkan [P.U.(A)325/2000], setiap banduan layak kepada remisi kelakuan baik, iaitu mereka hanya perlu menjalani 2/3 dari hukuman pemenjaraan manakala 1/3 itu dirizab untuk kelakuan baik dalam penjara.
Jika dalam penjara seseorang banduan itu tidak berdisplin seperti bergaduh dgn banduan lain dan didapati bersalah oleh panel penjara dan dihukum dimasukkan ke solitary cell (bilik kurungan berseorangan) selama 7 hari, maka 7 hari itu akan ditambah kepada 2/3 hukuman itu. Contoh; 5 tahun penjara bermaksud 60 bulan x 2/3 = 40 bulan (3 tahun 4 bulan) + 7 hari
Bagi kes Anwar yg dimasukkan ke dalam penjara mulai 10 Februari 2015, maka tarikh dia akan dibebaskan ialah 9 Jun 2018 selepas dia menjalani hukuman selama 40 bulan dgn syarat tiada rekod disiplin buruk dalam penjara.

Friday, January 5, 2018

BERFIKIR GAYA MAHATHIR

Berfikir gaya Mahathir...


Dua puluh tahun dahulu, kalau saya katakan Mahathir akan bersama DAP dan Lim Kit Siang, pasti anda akan kata saya gila. Semua orang tahu macam mana bermusuhnya Mahathir dan Kit Siang. Kalah anjing dan kucing.
Sepuluh tahun dahulu, kalau saya katakan Mahathir akan Bersama Anwar dan Mat Sabu, pasti anda katakan saya naif. Semua orang tak boleh fikir macam mana orang yang pernah sumbat kedua ini dalam penjara boleh dimaafkan.
Tapi sekarang, siapa gila? Siapa naif?
Itulah dia Mahathir. Sangat licik berpolitik. Bab ini saya memang akui dia hebat. Musuh politiknya ditundukkan dengan cara yang tidak pernah terjangkau akal. Setakat sejarah Malaysia, belum ada ahli politik yang boleh mengalahkan Mahathir.
Sampai sekarang, kelicikannya masih belum pudar. Orang susah membaca langkah gerinya. Setiap kenyataannya diperhatikan. Setiap tingkah buatnya diteliti. Dia sentiasa berubah-ubah. Membuatkan orang sentiasa tertanya-tanya apa langkah politik Mahathir seterusnya?
Mari kita kaji serba sedikit tentang langkah politik beliau.
Dipecat UMNO zaman Tunku
Pada PRU 1969, prestasi Umno dan parti komponen perikatan MCA dan MIC merudum teruk di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman. Mereka hanya memperoleh 74 kerusi daripada 144 yang dipertandingkan. Kerajaan terbentuk hasil majoriti yang sangat goyah iaitu 51% sahaja.
Dengan kedudukan Umno itu, beliau bimbang Umno akan jatuh bila-bila masa sahaja. Jika Umno jatuh, segala perancangan membina empayar politik dalam Umno dan kerajaan akan musnah. Justeru dia harus berbuat sesuatu.
Ketika itu Mahathir lantang mengkritik kepimpinan Tunku secara terbuka, dan pernah mengutuskan surat mendesak Tunku melepaskan jawatan sebagai PM. Tunku bertindak balas memecat Mahathir, tetapi Mahathir menumpang pentas PAS bagi terus menyerang Tunku. Beliau turut berpakat dengan Tun Abdul Razak.
Akhirnya atas tekanan yang dirancang pakatan Mahathir-Tun Razak, Tunku terpaksa meletakkan jawatan. Tun Razak naik sebagai pengganti.
Setelah rancangan menurunkan Tunku berjaya, Mahathir memohon untuk masuk kembali kepada Umno. Di bawah kepimpinan Tun Razak, dan dibantu faktor penyertaan PAS dalam kerajaan, Umno kembali mendapat kepercayaan dan menang besar untuk PRU 1974.
Rancangan menyingkirkan Hussein Onn
Tun Hussein Onn menaiki takhta PM pada tahun 1976 menggantikan Tun Abdul Razak yang meninggal dunia. Tun Hussein sebenarnya lebih tua daripada Tun Abdul Razak, dan tidak pernah bermimpi untuk menjadi PM. Namun kuasa tuhan, Tun Razak meninggal lebih awal dan beliau berpeluang menjadi PM.
Ramai yang berpendapat bahawa Tun  Hussein meletakkan jawatan kerana masalah kesihatan. Tetapi sumber dalaman mengatakan ianya adalah disebabkan tekanan kuat daripada Mahathir yang menjadi Timbalan Perdana Menteri waktu itu. Beliau mahu menjadi PM, lalu menggunakan kes pemecatan MB Selangor, Harun Idris yang terlibat dengan rasuah sebagai isu untuk menjatuhkan Hussein Onn.
Pada tahun 1981, Tun Hussein meletak jawatan dan Mahathir berjaya mencapai cita-cita menjadi PM. Angkara Mahathir, Tun Hussein direkodkan sebagai PM paling singkat dalam sejarah.
Namun Tun Hussein dan Tunku Abdul Rahman tidak membiarkan Mahathir begitu sahaja. Pada tahun 1987, mereka bersama team B diketuai Tengku Razaleigh Hamzah menentang Mahathir dalam pemilihan Umno. Team ini mendapat sokongan yang kuat diperingkat akar umbi Umno dan diyakini mampu mengalahkan Team A.
UMNO diharamkan dan Ketua Hakim Negara dipecat
Mahathir sanggup melakukan apa sahaja bagi mempertahankan kedudukannya. Dengan memanipulasi proses pemilihan, team A yang dipimpin Mahathir menang dalam pemilihan Umno 1987. Semua team B disingkirkan dari kerajaan.
Team B yang dikenali sebagai Umno 11 membuat aduan penipuan Mahathir dalam pemilihan yang akhirnya membawa kepada pengharaman Umno tahun 1988. Mahathir terus menubuhkan Umno Baru menggunakan logo, bendera, aset dan perlembagaan Umno lama. Dengan Umno Baru, kuasa Mahathir semakin kukuh.
Tunku dan Tun cuba menubuhkan Umno Malaysia, tetapi dibatalkan oleh Mahathir dengan penubuhan Umno Baru. Tidak berpuashati, mereka menubuhkan pula parti Melayu Semangat 46, mengambil nama sempena penubuhan Umno 1946. Tetapi Semangat 46 gagal menyaingi politik Mahathir dan akhirnya akur untuk masuk Umno Baru.
Mereka sebelum itu cuba membuat rayuan ke mahkamah soal pengharaman Umno dan Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas telah melantik panel hakim untuk meneliti kes ini. Malangnya Mahathir menggunakan kuasa untuk menggantung seterusnya memecat Tun Salleh Abas daripada jawatan, menyebabkan rayuan itu tidak dibicarakan. Demi kuasa, Mahathir sanggup mencabar demokrasi negara dengan campurtangan politik terhadap institusi kehakiman.
Mahathir keluar UMNO zaman Pak Lah
PRU 2008 memperlihatkan BN berada pada prestasi terburuk apabila kehilangan majoriti dua pertiga di parlimen dan gagal mempertahankan lima buah negeri. Mahathir merasakan jika dibiarkan berlarutan, Umno pasti akan kecundang dalam PRU seterusnya.
Jika Umno jatuh, Mahathir juga akan beroleh sakit. Banyak kes-kes beliau akan diheret ke muka pengadilan dan empayar keluarganya hancur. Justeru ia tidak boleh dibiarkan.
Mahathir mula menyerang kepimpinan Tun Abdullah Badawi secara terbuka. Kemuncaknya, Mahathir mengisytiharkan diri keluar daripada Umno. Beliau terus menyerang Tun Abdullah menyebabkan ahli Umno mula hilang kepercayaan pada PM itu.
Akhirnya Tun Abdullah mengalah. Beliau meletakkan jawatan dan digantikan oleh Najib. Itu merupakan rancangan Mahathir kerana Najib merupakan orang kepercayaan beliau pada waktu itu.
Turunnya Tun Abdullah bermakna misi menyelamatkan Umno berjaya. Beliau pun mengisytiharkan diri kembali menyertai Umno.
Mahathir buat lagi zaman Najib
Mahathir menjadi antara pengempen kuat BN dalam PRU13. Tetapi keputusan, BN di bawah kepimpinan Najib tidak berjaya memulihkan sokongan kepada Umno. Malah majoriti semakin menurun.
Mahathir terpaksa melakukan sesuatu demi menyelamatkan Umno. Najib tidak mampu membawa Umno ke depan. Jadi Najib mesti ditukar.
Mahathir menggunakan taktik sama terhadap Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdullah, dengan mengkritik kepimpinan Najib. Kemuncaknya, Mahathir keluar daripada Umno.
Pelan tidak menjadi
Mahathir menjangkakan tindakan beliau itu bakal menjadi tekanan buat Najib supaya turun. Malangnya perkara tersebut tidak berlaku. Najib mengambil langkah mencantas orang-orang Mahathir di dalam Umno termasuk kroni-kroninya yang selama ini menjadi penyumbang dana Umno.
Mahathir tidak mengalah. Beliau tubuh parti baru. Tarik seberapa ramai ahli Umno untuk bersamanya. Beliau cuba berpakat dengan pembangkang, untuk terus memberi tekanan kepada Najib supaya mendengar kata-katanya, atau ditumbangkan dalam PRU.
Tetapi Mahathir gagal mencapai apa yang dikehendaki. Pertama kerana Najib tidak mahu menurut kehendaknya. Kedua, kerana PAS tidak mahu menjadi buah caturnya lagi sebagaimana pernah berlaku zaman beliau berkrisis dengan Tunku Abdul Rahman dahulu.
Yang lebih memilukan, semua kes-kes lama beliau dan orang-orangnya dibongkar kembali. Ini membuatkan orang-orangnya takut bertindak ke atas Najib untuk menjaga periuk nasi.
Kuburkan UMNO
Setelah tidak ada jalan untuk membuat Najib berundur, Mahathir akhirnya tekad untuk menumbangkan Umno dan BN. Jika bahtera BN sudah tidak boleh diselamatkan, baiklah ia dikuburkan terus. Yang penting dia segera membina bahtera lain yang bakal menggantikan Umno. Dengan cara itu, empayarnya akan terus selamat. Khazanah Mokhzani, Mukhriz, Marina dan Mirzan perlu dilindungi.
Beliau sanggup buat Umno diharamkan dulu. Lalu apa yang boleh menghalangnya untuk beliau kuburkan Umno?
Strategi membodohkan PH
Atas kelicikannya, Mahathir berjaya memperdaya pemimpin PH untuk menerimanya. Pemimpin yang dulunya bermatian melawan beliau sampai meringkuk di penjara, lebam biji mata dan tempang dibalun FRU kini boleh mencium kaki beliau. Segala kesalahannya sepanjang memerintah sudah dibersihkan tanpa perlu membayar balik ganti ruginya.
Kemuncak kehebatan beliau memperbodohkan penentangnya dahulu adalah, beliau diterima untuk menjadi PM semula selepas ini.
Namun perkiraannya silap. Disangkakan penglibatannya dalam PH boleh melemahkan sokongan kepada BN. Rupanya makin memperkuatkan BN pula. Kalangan sosialis seperti PSM menolak beliau sehingga sanggup melawan PH dalam PRU nant. Non-muslim pula semakin meninggalkan DAP kerana bersekongkol dengan Mahathir, selain isu-isu kegagalan pentadbiran dan salahlaku pemimpinnya. MCA pula yang semakin pulih.
PAS masih tegas dengan Gagasan Sejahtera. Tidak mahu tertipu dengan rancangan Mahathir, selain tidak mahu berkompromi dengan kepentingan Islam.
Nampak gaya, PH tidak mampu kedepan. PAS pula yang bakal mengambil manfaat. BN tidak terjejas. DAP mungkin beroleh keuntungan, untuk menarik sedikit lagi sokongan melayu di beberapa kawasan parlimen bagi menambah bilangan kerusi mereka. Itupun terancam dengan gerakerja MCA yang semakin proaktif sekarang.
Kembali kepada UMNO
Rancangan terakhir Mahathir mungkin berunding kembali dengan Umno. Jika parti itu dapat tawarkan kedudukan yang baik untuk anaknya Mukhriz di jawatan tertinggi kerajaan, itu sudah cukup daripada terus lenyap dalam pertarungan politik sekarang.
Jawatan Timbalan Perdana Menteri 2 pun sudah memadai. Tapi kalau terdesak, cukup untuk minta segala kes beliau yang dalam siasatan dilupuskan.
Tak mungkin Mahathir akan berada bersama parti yang berisiko untuk kalah. Beliau tidak mahu karier politiknya berakhir dengan cara yang memalukan. Bersama PAS, tak mungkin dapat jadi pemimpin. Justeru lebih baik beliau kembali kepada Umno sahaja.
Dengan menawarkan beberapa syarat, tentu sekali Umno akan tertarik dengan tawaran Mahathir. Inilah peluang mereka untuk melenyapkan PH. DAP, PKR dan PAN telah mengangkat Mahathir terlalu tinggi, lebih tinggi daripada Anwar, Mat Sabu dan Lim Kit Siang sendiri. Jika Mahathir kembali kepada Umno, habis parti-parti itu nak menjawab pada penyokong PH yang sudah menjadi peminat fanatik Mahathir.
Tidak mustahil sebelum pilihanraya, Mahathir buat tindakan pelik menyertai Umno kembali. Bermain dengan Mahathir, kita mesti berfikir jauh kedepan. Tak boleh fikir selapis sahaja. Beliau sangat licik dan penuh helah.
Sebagaimana saya katakan di awal tulisan, jangan cepat melabel telahan ini sebagai tidak masuk akal. Dalam politik segalanya masuk akal. Yang penting jangan terlalu naif, nanti hilang akal pula. Baca sejarah, manfaatkan akal sebaiknya.-5/1/2018
http://www.agendadaily.com/bahasa-malaysia/berita-utama/analisa/29287-berfikir-gaya-mahathir.html 

BICARA 4 MATA

Berikut adalah temu bual penuh menerusi program 'Bicara 4 Mata'
AZNIL: Dalam kesibukan jadual, Datuk Seri dapat meluangkan masa untuk kita bual, kita melihat kembali kepada sudut yang lebih ringan untuk kita bercakap tentang kehidupan rakyat dan kepentingan rakyat.
Saya rasa ini bukan calang-calang orang yang boleh menerima tugas yang seberat itu, memerlukan fizikal dan dari segi kesihatan macam mana Datuk Seri?
NAJIB: Alhamdulillah saya dapat melakukan apa yang diperlukan bagi menjamin kesihatan fizikal, kesihatan mental dan emosi sebab mesti ada keseimbangan dalam hidup kita. A balance life. Sebab itulah saya mementingkan antaranya riadah, maknanya bersukan.
AZNIL: Apakah sukan yang Datuk Seri lakukan semasa beriadah?
NAJIB: Dua, satu saya workout (bersenam) dalam gimnasium. Saya ada trainer (jurulatih) sendiri, tetapi kadang-kadang tak ikut jadual juga kerana terlalu sibuk dan kalau ada masa lapang saya main golf juga. Dalam pada itu, saya suka tengok sukan dalam televisyen. Itu pun bagi saya dapat menenangkan fikiran saya.
NAJIB memuat naik gambarnya di Facebook pada Disember lalu dengan bersenam menggunakan mesin larian (treadmill) dan mengajak rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat.
NAJIB menggunakan masa lapang untuk bermain golf bagi mengekalkan kesihatan dan kecergasan. - Foto fail NSTP/Hafiz Sohaimi
AZNIL: Dari segi pemakanan pula macam mana? Datuk Seri sangat fokus saya lihat, walaupun dengan kesibukan jadual. Itu bukan sahaja memerlukan kekuatan fizikal sahaja tetapi juga memerlukan mental, jadi mungkin mendapat keseimbangan daripada nutrisi makanan juga.
NAJIB: Dari segi pemakanan saya ada satu masalah. Sebab saya suka makan. Jadi bila suka makan, saya kena kawal sikitlah. Jadi kalau ada makanan sedap, saya boleh makan apa saja jenis makanan. Western ke, eastern ke, middle eastern ke, tak kiralah, asalkan ia sedap, halal. Insya-Allah, jadi tidak ada sesuatu kekangan bagi saya hendak menambah. Jadi saya kena menentukan disiplin sikit.
AZNIL: Datuk Seri apabila kita melihat isu kos sara hidup adakah BR1M ini dapat membantu? Sebab ada banyak cerita di sebalik BR1M, ada kata ia sebagai gula-gula, ada kata ia tidak berkesan. Adakah Datuk Seri percaya pada jenama BR1M itu?
NAJIB: Sebenarnya pendekatan atau dasar subsidi ini bukan perkara baru. Dulu pun ada subsidi tetapi subsidi itu subsidi pukal yang kita masukkan dalam barangan atau produk. Misalnya subsidi minyak, RON95, RON97, diesel dan LPG. Dan suatu ketika dahulu, empat tahun yang dulu, kemuncaknya subsidi itu kalau tak silap melonjak kepada RM22 bilion setahun.
Jadi bila saya lihat angka itu, saya kata ini membazir. Kalau beri secara pukal yang untung orang yang berkereta besar. Tapi orang yang miskin ini, yang bawa Honda Cub, tidaklah berapa besar untung berbanding orang yang pakai kereta besar, contohnya Mercedes dan sebagainya. Eloklah kita kurangkan subsidi pukal dan ganti dengan subsidi bersasar. Timbullah cadangan kita buat BR1M ini.
Bila buat BR1M kita lebih targeted (bersasar), lebih fokus kepada golongan yang memerlukan. Jadi kita hapuskan subsidi minyak, hampir tidak ada. Kita katakan rasionalisasi subsidi dan hasil yang kita jimat, kita pindah kepada BR1M. BR1M terus kepada orang yang memerlukan bantuan.
Jadi apa salahnya, tidak ada salahnya. Kita juga memberi bantuan kebajikan, hatta kerajaan negeri di bawah pembangkang juga memberi bantuan kewangan secara sedemikian walaupun jumlahnya jauh lebih kecil tetapi prinsipnya sama. Kita lihat bahawa Kumpulan B40, mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah, inilah kelompok yang perlu beri bantuan.
Lepas tu ada pula kata yang RM3,400 berilah sikit. Lepas itu kata mereka yang bujang, pendapatan RM2,000 ke bawah kita bagi sedikit bantuan. Jadi semua sekali kita rangkumkan dalam BR1M. Saya lihat BR1M ni masih lagi dikehendaki dan diterima baik oleh rakyat.
Buktinya baru-baru ini saya rasmikan UTC (Pusat Transformasi Bandar) di Seremban. Saya masuk pejabat cawangan LHDN, ramai di situ bukan semak cukai tetapi menyemak nama mereka ada dalam senarai BR1M ke tidak.
Jadi kalau mereka tak hendak BRIM, takkan mereka ke LHDN. Lagipun kita sudah membuat survey (kajian) dan banyak orang suka BR1M. Lagipun kalau tak hendak BRIM, janganlah ambil BR1M. Kalau tak suka pada BR1M, kalau kutuk BR1M, janganlah ambil BR1M.
AZNIL: Pada waktu yang sama kerajaan meneruskan bantuan kesihatan dan pendidikan. Ini adalah perkara yang dapat membantu kos sara hidup. Boleh Datuk Seri jelaskan?
NAJIB: Ini adalah dikatakan indirect subsidi (subsidi tidak langsung) tetapi ramai orang tidak sedar. Misalnya, di tempat yang sama di UTC ada Klinik Rakyat 1Malaysia, ada orang tengah betulkan gigi. Bayarannya RM1. Kalau dia pergi klinik swasta dia kena beratus ringgit.
Ada sistem locker, diberi nombor kombinasi, kita buka locker itu adalah ubat-ubat kita. Ada seorang itu, dia menghidap penyakit diabetes, jadi bila saya buka locker itu, saya serahkan ubat, sebeban ubatnya. Saya tanya pada doktor berapa ubat, doktor kata percuma sebab rawatan dan jumpa doktor di klinik kerajaan bayar RM1 sahaja. Ubat-ubatan free (percuma), jadi tengok banyak subsidi yang kita beri kepada rakyat.
Selain itu, pendidikan sekolah rendah, menengah, tadika, percuma. Kalau ada yuran PIBG sedikit. Masuk universiti kita tampung 90 peratus perbelanjaan, yang dikenakan cuma 10 peratus. Itupun kalau tidak mampu kita beri pinjaman PTPTN.
AZNIL: Datuk Seri selain BR1M, bantuan pendidikan, perumahan dan kesihatan. Yang paling besar dilihat sekarang ada GST. Dalam pada memberi, tiba-tiba ada GST pulak. Adakah Datuk Seri dengar bahawa banyak rungutan dek kalangan rakyat yang bercakap tentang GST sebagai satu beban. Bagaimana Datuk Seri terpaksa menjadi tidak popular dengan prinsip dan GST?
NAJIB: GST ini adalah sistem percukaian yang sangat progresif. Kalau tak progresif, takkan 165 negara dunia menggunakan GST. Yang terbaharu ini, negara India dan negara-negara Teluk pun, 1 Januari ini akan memperkenalkan GST. Kalau tidak ada GST, kita terpaksa guna SST. Kita tidak cukup menampung perbelanjaan negara.
Jadi apabila harga minyak jatuh, merudum daripada AS$110 kepada AS$30 setong, sepatutnya Malaysia sebagai sebuah ekonomi, kita terjerumus kepada recession (kemelesetan) tetapi kita tidak melalui recession. Bila ada recession, ekonomi menguncup. Bila ekonomi menguncup orang kena buang kerja, peluang perniagaan terbatas, orang susah dan sebagainya tetapi keadaan hidup berjalan macam biasa, tidak ada apa-apa kesan.
Minyak turun merudum pun kita masih lagi tidak buang penjawat awam, perbelanjaan kerajaan berjalan seperti biasa walaupun ada sikit pengurangan. Tetapi umumnya orang tidak dapat kesan dengan kejatuhan harga minyak dan komoditi kepada negara kita.
AZNIL: Ramai tanya, duit dikutip oleh kerajaan melalui GST, pergi mana sebenarnya?
NAJIB: Kita punya perbelanjaan telus. Bila kita ada GST, kita gunakan untuk program-program yang saya sebutkan tadi, BR1M, tolong nelayan, pesawah padi, perbelanjaan kesihatan dan pendidikan.
Umpamanya tahun sudah, kita belanja untuk kesihatan RM24 bilion. Kutipan kita cuma RM600 juta sahaja. Jadi, perbezaan itu kita tampung melalui pendapatan GST.
AZNIL: Dalam Bajet 2018, peruntukan besar untuk pendidikan dan kesihatan. Kedua-dua bidang ini dikatakan mewah dengan peruntukan dari kerajaan. Mengapa kerajaan meneruskan peruntukan tinggi untuk kedua-dua komponen ini?
NAJIB: Kedua-dua ini penting untuk kesejahteraan rakyat. Sebab ini dikatakan pembangunan sosial termasuk pembangunan modal insan untuk masa depan negara kita. Kita mesti menyediakan generasi baharu kita cukup dengan ilmu terkini dan pendidikan sebaik-baiknya.
Kesihatan pula, kalau tidak ada perkhidmatan kesihatan yang baik, maka sudah tentu ini bukan sahaja menjejaskan kesihatan individu tetapi produktiviti negara pun akan terjejas. Jadi ini satu-satu tanggungjawab kerajaan yang perlu dilaksanakan.
AZNIL: Rakyat kita juga boleh dikatakan melihat sesuatu yang dilakukan oleh Datuk Seri menggunakan dana yang besar dalam membangunkan infrastruktur seperti MRT, HSR, ECRL, Pan Borneo. Projek-projek ini memerlukan perbelanjaan yang luar biasa tingginya. Bolehkah kita bina semuanya, yang kos besar dan tidakkah membebankan rakyat pada akhirnya?
NAJIB: Tidak. Ia akan merangsangkan ekonomi. Bila kadar pertumbuhan ekonomi lebih tinggi, ia akan memberi banyak faedah kepada rakyat.
Yang kedua, bila kita bina infra rakyat, ia memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak kita. Anak-anak kita, ratusan ribu setahun keluar universiti dalam dan luar negara. Takkan semua nak kerja dengan kerajaan.
Bila kita buat projek MRT, cuba tengok siapa yang buat kerja itu. Saya sudah pergi tengok, saya tengok anak muda kita. Ada yang datang dari kampung, dapat peluang. Dia keluar (universiti) sebagai jurutera, dia hendak kerja di mana? Takkan semua hendak kerja dengan JKR. Jadi kita buat projek macam ini, mereka dapat peluang bekerja dengan MMC, Gamuda, subkontraktor yang lain.
Lepas itu produktiviti negara kita, kalau kita tersangkut dalam kesesakan jalan raya hari-hari, kita marah pada kerajaan juga. Produktiviti kita terjejas. Kalau tiga jam pergi kerja, tiga jam waktu balik, satu hari enam jam. Kalau orang tengok, orang akan perlekehkan Malaysia dan macam nak kata kita menjadi negara maju.
Jangan lupa pencemaran udara. Ada bandar-bandar di mana kita kena pakai mask (topeng) pada bulan-bulan tertentu. Satu, dua bulan kena pakai mask. Tetapi tengok udara kita bertambah baik.
AZNIL: Apa sebenarnya rumah mampu milik sebab dikatakan kerajaan menyediakan rumah mampu milik untuk rakyat sedangkan masih ramai tidak mampu lagi.
NAJIB: Kita kena sediakan lebih banyak rumah yang sesuai. Bila kata rumah mampu milik, kita ikut pada kemampuan. Kalau pendapatan B40, RM3,000 ke bawah, jenis rumah mampu milik sudah tentu tidak sama kalau kita M40.
Kalau kita M40 dalam kategori RM300,000 ke bawah. Tetapi kalau kita dalam kategori B40, dalam RM70,000, RM60,000 itulah kemampuan kita. Kerajaan akan memperbanyakkan rumah mampu milik dan saya lihat sudah banyak pun berjalan, masih banyak lagi (diperlukan) tetapi masalahnya hendak dapatkan tanah. Sebab tanah di bandar mahal. Kita hendak dapat tanah dengan harga minimum, lebih mudah kita bina rumah mampu milik terutama sekali untuk B40.
Rumah PPR kita umpamanya cukup banyak subsidi. Sebab bayaran kita RM35,000 sedangkan kos sebenarnya sampai RM140,000. Maknanya satu unit, lebih RM100,000 adalah subsidi kerajaan.
AZNIL: Kita lihat secara kasar ialah menyediakan punca kewangan untuk mereka memiliki rumah dan juga cara untuk mereka memiliki secara pinjaman disenangkan, dilunaskan, dilihat tools untuk memiliki rumah itu dimudahkan lagi. Adakah itu juga dilihat oleh kerajaan dalam membantu mereka memiliki rumah?
NAJIB: Ya memang kita tengok dari segi pinjaman yang boleh diperoleh dari institusi kewangan dan juga skim pinjaman kerajaan dan sebagainya. Ia tertakluk kepada kemampuan kita dari segi had maksimum pinjaman berdasarkan pendapatan kita. Jadi kalau kita dalam lingkungan yang boleh diluluskan, bank memang meluluskan. Tetapi kalau lebih daripada kemampuan kita bayar balik, itu yang kadang-kadang tersangkut dari segi kelulusan.
AZNIL: Orang kata hutang negara yang besar tidak terurus dan pada masa sama kejatuhan nilai ringgit menyebabkan negara akan muflis. Muflis ke Datuk Seri, ramai takut ni.
NAJIB: Memang tidak benar sama sekali. Kalau kita sebagai sebuah negara keadaan kita sentiasa dipantau oleh badan-badan penarafan. Kita ada Moody's, Fitch, kita ada IMF, World Bank yang datang secara berkala di Malaysia. Mereka akan tengok segala-galanya. Daripada siasatan mereka secara terperinci, mereka masih mengekalkan penarafan Malaysia pada A- dan outlook (tinjauan) yang stabil. Bererti bahawa kita dalam kelompok negara A. Ada banyak negara dalam kelompok B, C dan keadaan yang jauh lebih dahsyat daripada kita.
Kalau hendak kata kita bankrap, tentulah kelompok B, C akan bankrap lebih awal daripada A, betul tak? Jadi takdalah tanda-tanda yang kita nak bankrap dan rizab kita jauh lebih besar daripada rizab semasa krisis kewangan Asia pada tahun 1997 dahulu. Pada ketika itu kita punya rizab lebih kurang AS$20 bilion (RM80 bilion). Sekarang ini sudah lebih AS$100 bilion (RM400 bilion), maknanya lima kali ganda daripada keadaan rizab ketika itu.
Kenapa ketika itu tidak timbul cerita Malaysia nak bankrap? Patut masa itulah, harga mata wang kita merudum, banyak syarikat bankrap, kenapa tidak timbul? Sebab ini mainan politik sebenar. Ini elemen economic sabotaj, kalau hendak jatuhkan kerajaan, hilangkan keyakinan rakyat kepada kerajaan atau menimbulkan kebencian.
AZNIL: Tidakkah ini satu benda yang menikam negara sendiri, sabotaj ekonomi sendiri dilakukan oleh orang kita?
NAJIB: Ya, tentu sekalilah, apatah lagi dengan media sosial. Dulu tidak ada media sosial. Dulu dia mengutuk dan memomok kerajaan, ia dalam ceramah sahaja tetapi sekarang dalam real time. Itu bezanya.
AZNIL: Mengenai kejatuhan ringgit pula macam mana? Pernah suatu ketika nilai ringgit kita diikat (ditambat) dan Datuk Seri nampak tak kemungkinan ia diikat lagi?
NAJIB: Tidak boleh. Kalau kita ikat, pelabur-pelabur dan pasaran dunia akan hilang keyakinan pada kita, malah kalau kita ikat dan tambat ringgit dulu secara artificial (menetapkan nilai ringgit secara palsu), kesannya lama juga untuk memulihkan keyakinan pasaran dunia kepada kita. Jadi kita kehilangan banyak pelaburan dan juga market confidence (keyakinan pasaran) kepada kita. Jadi, sebab itu kita sudah kata bahawa kita tidak akan melakukan tambatan ringgit. Kita pastikan fundamental (asas) kita kuat. Jika asas ekonomi kita kuat, lama-kelamaan ringgit akan mencerminkan nilai sebenarnya.
Ini yang berlaku pada ringgit mutakhir ni kerana dasar negara maju, terutama sekali Amerika Syarikat dari segi interest rate (kadar faedah) mereka. Apabila interest rate mereka naik, duit atau modal akan mengalir dari negara emerging economies (negara ekonomi baru muncul) kepada negara maju. Itu kesannya.
Kedua, kesan kejatuhan harga minyak. Dua faktor ini yang luar daripada kawalan kita.
AZNIL: Dan mungkin tambatan ringgit berjaya ketika itu?
NAJIB: Ya tetapi kosnya tinggi, sangat tinggi. Jadi itu ditimbulkan persoalan sama ada langkah itu wajar atau pun tidak. Itu pun kita boleh debate (debat) sama ada baik atau sebaliknya. Tetapi kita tidak boleh mengulangi perkara itu. Alhamdulillah sebulan, dua ini kita sudah dapat lihat dasar kita memang ringgit semakin kukuh. Banyak kata ia akan terus meningkat lagi.
Dalam media sosial ini, pendapat seorang itu tidak semestinya pendapat yang tepat, itu pendapat individu. Jadi orang kita tak faham, media sosial ini banyak, ia pendapat. Sama ada pendapat mereka jujur atau bermotifkan politik tetapi itu pendapat. Pendapat itu tidak semestinya adalah kebenaran. Didengari, tetapi jangan kita terima, telan bulat-bulat.
AZNIL: Satu lagi isu yang dilihat mengenai harga minyak. Mula-mula ada yang kata harga minyak patut diapungkan. Bila diapungkan, mereka dapat lihat harga minyak di luar kawalan mereka pula. Bila naik mereka bersuara. Bila turun mereka senyap Datuk Seri. Bagaimana kerajaan menangani persoalan dan cerita mengenai minyak ini?
NAJIB: Kita kena membiasakan rakyat dengan turun naik harga minyak sebab di negara maju harga minyak berubah tiap-tiap hari. Kita rasa kita ini mengapungkan tetapi manage float (apungan terkawal) dan kita sudah beritahu bahawa kita tidak mampu hendak memberi subsidi pukal, sebab itu buat subsidi secara lebih fokus. Cuma kalau harga minyak naik, terlalu tinggi melepasi RM2.50. RON95 RM2.50 kerajaan akan membuat sesuatu untuk membantu rakyat. Itu kita sudah bagi jaminan.
AZNIL: Ada soalan yang bermain dalam minda bahawa Transformasi 50 (TN50) hendak menidakkan Wawasan 2020. Adakah itu benar Datuk Seri?
NAJIB: Tidak. Saya melihat ini sebagai kesinambungan sebab kita perlu visi baru selepas tahun 2020 dan kita tidak boleh mula pada tahun 2020. Kita kena mula dari sekarang sebab kita memerlukan satu tempoh yang mana kita hendak mengumpul segala cadangan dan pandangan daripada rakyat.
Saya mahu TN50 ini berbeza pendekatan dengan Wawasan 2020, bukan menidakkan tetapi berbeza sebab Wawasan 2020 itu top down (daripada kerajaan kepada rakyat). Tetapi saya hendak TN50 ni bottom up (daripada rakyat kepada kerajaan), saya hendak datang daripada rakyat. Saya mahu visi baru ni visi yang benar-benar daripada rakyat, visi yang mencerminkan aspirasi rakyat.
Jadi kita buat siri dialog, macam-macam kelompok. Bukan saya saja, menteri-menteri lain dalam proses ini dan kita hendak rumuskan semua sekali dan jadikan visi baharu untuk negara. Saya sudah mula bayangkan tetapi tidaklah menyeluruh lagi. Belum complete (lengkap). Saya katakan saya hendak Malaysia menjadi negara Top 20. Menjadi 20 negara terunggul, teratas di dunia. Itulah menjadi hasrat, aspirasi kerajaan tetapi belum complete (sempurna). Kita tengah kumpulkan apa kehendak dan aspirasi rakyat, misalnya banyak hendak soal alam sekitar, Malaysia jadi green, kehijauan negara kita, alam sekitar mesti dijaga sebaik-baiknya, digital Malaysia. Mereka hendak lifestyle (gaya hidup) baru, umpamanya. Macam-macam, idea yang sangat baik.
AZNIL: Bagaimana Datuk Seri hendak menjangkakan 30 tahun akan datang?
NAJIB: Amat sukar, tetapi kita sudah lihat tanda-tanda, bayangan dunia baharu. Misalnya di negara China, ini bukan satu masa depan, sudah berlaku sekarang ini. Sudah ada kelulusan mikro kredit menggunakan platform Alibaba yang dipanggil 310. Maknanya kalau kita membuat permohonan untuk mendapatkan kredit mikro. Komputer memerlukan masa tiga minit sahaja untuk proses dan seminit untuk pindahkan duit secara elektronik. Kosong kerana tidak ada interface (bersemuka) dengan manusia sama sekali.
Dengan menggunakan Big Data, sebab sudah ada maklumat pendapatan, perbelanjaan kita, dari segi aliran perbelanjaan dan pendapatan, komputer boleh tentukan sama ada kita layak mendapatkan pinjaman itu.
Jadi itulah bayangan, itu hari ini belum lagi 20, 30 tahun akan datang.
AZNIL: Sangat berbeza menguruskan negara pada ketika itu berbanding sekarang, dan Datuk Seri keluar daripada acuan konvensional itu dan menjadi seorang yang begitu faham mengenai digital umpamanya, perniagaan atas talian yang juga ramai rakyat Malaysia terbabit.
NAJIB: Betul, sebab itu saya buat DFTZ (Zon Perdagangan Bebas Digital) bersama-sama dengan Jack Ma (pengasas Alibaba), yang pertama di luar negara China. Sudah pun dilancarkan, sudah pun dilaksanakan.
AZNIL: Adakah pilihan raya kita sudah dekat Datuk Seri?
NAJIB: Dah dekatlah. Semakin dekat.
AZNIL: Terima kasih Datuk Seri, Ada sesuatu yang Datuk Seri ingin katakan mengenai masa depan negara kita?
NAJIB: Saya optimis tentang masa depan negara kita sebab kita sebuah kerajaan yang memikir tentang keadaan semasa, hari ini. kerajaan yang juga memikir masa depan rakyat dan negara.
Kita tidak sanggup mengorbankan masa depan negara kita dengan langkah-langkah populis semata-mata. Itu bukan kerajaan kita.
Kerajaan kita adalah kerajaan yang bertanggungjawab, yang memikir kehendak dan keperluan rakyat hari ini dan juga akan menjamin masa depan yang lebih baik lagi. Insya-Allah.
Tamat