Monday, September 17, 2012

DR MAHATHIR DI MATA SEORANG PENSYARAH RUSIA

Victor A Pogadaev-Ketika kemuncak krisis kewangan di Asia Tenggara pada Ogos 1998, saya berkunjung ke Kuala Lumpur atas undangan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) dan julung-julung kali melihat lapangan terbang antarabangsa KLIA yang baru dirasmikan.
Saya dengan hairan berkata: "Dan anda cakap anda mengalami kemelesetan ekonomi!"

Reaksi hampir sama saya lahirkan apabila timbalan ketua setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohd Azmi Razak (yang kebetulan saya kenali ketika masih belajar di Universiti Malaya pada 1970-an) dengan bangga menunjukkan Kompleks Sukan Bukit Jalil yang juga baru dirasmikan menjelang Sukan Komanwel.

Dalam mendepani kegawatan ekonomi ketika itu, tentu petandanya boleh dilihat dengan jelas. Tetapi pada amnya program pembangunan negara seiring dengan Wawasan 2020 terus dilangsungkan.

Sumbangan perdana menteri waktu itu Tun Dr Mahathir Mohamad dalam hal itu tidak boleh dinafikan. Mula-mula beliau mengambil tindakan melawan spekulator mata wang dengan menetapkan kadar tambatan ringgit yang stabil dan mengehadkan pengalirannya ke luar negara.

Strategi mengatasi krisis yang disusun perdana menteri - tanpa bantuan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) dan pertubuhan antarabangsa lain - ternyata amat berkesan. Lebih penting, strategi itu dilaksanakan sedemikian rupa sehingga tidak merugikan program sosial dan tidak pula memberatkan kedudukan orang biasa.

Pemandu teksi yang membawa saya dari KLIA mengungkapkan: "Mahathir seorang perdana menteri rakyat. Dia mementingkan bukan diri sendiri tetapi orang yang sekarang berada dalam kesempitan, iaitu rakyat jelata".

Pastinya fenomena keperibadian Dr Mahathir akan disoroti lama lagi. Tindakan seorang yang luar biasa selalu menarik perhatian, tambahan pula kalau beliau memang pandai menemui jalan keluar dari sebarang situasi, bahkan yang sepintas lalu kelihatan buntu.

Saya ingat pada akhir tahun 1980-an apabila, sebagai akibat formaliti undang-undang, Umno yang diketuainya menjadi seakan-akan tidak wujud. Dr Mahathir dengan pantas mendaftarkan parti itu dengan nama Umno (baru).

Seorang wartawan asing pernah mencatat situasi itu seperti berikut:"Mahathir seumpama dengan orang yang terjatuh ke dalam lubang tetapi bukan saja boleh keluar dengan selamat, malah menemui di sana harta karun".

Dr Mahathir juga pernah dinamakan sebagai doktor rakyat apabila, selepas rusuhan kaum pada Mei 1969, beliau disingkirkan daripada partinya dan kembali menyambung kerja di klinik.

Ia berpunca daripada surat yang ditulisnya kepada perdana menteri ketika itu Tunku Abdul Rahman Putra dan kerajaan, dengan menimpakan tanggungjawab berhubung rusuhan kaum itu kepada mereka - bertentangan dengan pendapat umum waktu itu.

Dr Mahathir tidak boleh secara langsung mengambil bahagian dalam politik tetapi beliau tidak dilarang menulis. Dan beliau menurunkan fikiran yang paling terpendam ke atas kertas.

Mengapa orang Melayu di negaranya sendiri tidak berpeluang menjalankan kehidupan selayaknya? Apa mesti dilakukan bagi meninggikan taraf ekonomi mereka dengan tidak merugikan hak kaum lain? Bagaimana hendak mencapai kesetaraan antara kaum?

Ia membawa kepada kesimpulan bahawa, penting mengembalikan orang Melayu ke bidang pengeluaran dan perdagangan seperti mereka didesak keluar akibat dasar penjajah yang menggalakkan imigrasi pekerja dari India dan China serta membekukan hubungan patriarki di kalangan Bumiputera luar bandar.

Tetapi membuat itu tanpa sokongan kerajaan adalah tidak mungkin. Kerana itu, beliau mencadangkan orang Melayu diberi bantuan ekonomi khusus.

Dilema Melayu, buku karangan Dr Mahathir, diharamkan tetapi ia masih sempat dibaca orang. Persoalannya, apa gunanya mengharamkan buku itu apabila rusuhan kaum 1969 menunjukkan bahawa sudah tiba masanya untuk menyelesaikan masalah kemunduran orang Melayu.

Kesan-kesan rusuhan, antaranya deretan kedai yang musnah dalam kebakaran di Jalan Bangsar dan sikap berhati-hati orang Melayu dan Cina terhadap satu sama lain - masih kelihatan ketara pada 1970 apabila saya bersama sekumpulan pelajar Russia julung-julung kali datang ke Kuala Lumpur.

Di Universiti Malaya, jarang dilihat pelajar-pelajar Melayu dan Cina bergaul bersama. Mereka juga mengelak membincangkan masalah politik. Betapa seriusnya hal itu dimengertikan oleh Tunku Abdul Rahman yang memilih untuk bersara.

Langkah itu boleh ditafsirkan sebagai kerelaannya mengambil tanggungjawab atas peristiwa Mei 1969 - satu pendirian berani!

Tun Abdul Razak Hussein yang menggantikannya ternyata memiliki pandangan yang sama dengan Dr Mahathir. Beliaulah yang menyusun Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan mengukuhkan kedudukan ekonomi orang Melayu.

Pastinya allahyarham turut memerhatikan Dr Mahathir pada awal tahun 1960-an apabila beliau dipilih menjadi ahli parlimen dan dengan giat mempertahankan kedudukan orang Melayu.

Dengan bersaranya Tunku Abdul Rahman, maka Dr Mahathir mendapat peluang melaksanakan gagasannya dan kembali berpolitik secara aktif. Pada 1972, beliau diterima kembali dalam Umno dan diberi jawatan dalam kerajaan dua tahun kemudian.

Mula-mula Dr Mahathir dilantik sebagai menteri pelajaran. Pada 1976, beliau dilantik sebagai timbalan perdana menteri dalam kabinet Tun Hussein Onn. Pelantikan ini disusuli jawatan perdana menteri pada 1981.

Peristiwa itu disifatkan pemerhati politik bukan hanya sebagai pergantian kerajaan, malah melonjakkan ahli politik generasi baru - meskipun tidak berapa muda daripada pendahulunya tetapi mempunyai asal-usul lain, penuh gagasan baru dan berazam bergiat cergas.

Lee Kuan Yew, waktu itu perdana menteri Singapura, mencatatkan bahawa di Malaysia "generasi baru daripada lapisan bawah datang ke tampuk kekuasaan'. Dan ia sememangnya benar demikian.

Dr Mahathir bukan saja menyambung dasar pendahulunya yang mahu menyatukan di sekitar Umno pertubuhan-pertubuhan politik lain, termasuk parti pembangkang, dalam rangka BN tetapi mengubah wajah negara sama sekali.

Apabila saya kembali semula ke Malaysia selepas 16 tahun, saya tidak kenal lagi negara ini. Malaysia mendekati apa yang dinamakan negeri perindustrian baru, ia berhasil merekabentuk kereta sendiri yang dieksport dan bercita-cita melancarkan seorang angkasawan ke angkasa lepas.

Tetapi saya sempat menyaksikan gejala yang lain juga. Di mana-mana, ternampak petanda pengislaman yang cergas. Perempuan Melayu mula bertudung dan berbaju kurung labuh. Kaum lelaki Muslimnya mula lebih ketat mengikuti peraturan agama.

Bermacam-macam acara keagamaan, termasuk tilawah membaca al-Quran, menyerikan kehidupan bernegara. Islam seakan-akan menjadi perisai untuk orang Melayu mempertahankan jati diri, keperibadian dan kebudayaannya.

Lembaga-lembaga kewangan Islam, termasuk bank Islam, mendapat peluang berakar kuat. Bersamaan dengan itu, kaum-kaum lain juga mendapat keyakinan terhadap masa depan.

DEB yang disusun pada zaman Abdul Razak diubahsuai sedemikian rupa sehingga tidak menjejaskan hak mereka sambil meninggikan status ekonomi bumiputera.

Bukti keberhasilan jalan yang dipilih ialah pencapaian besar dalam bidang ekonomi yang dicerminkan antara lain dengan pembinaan Koridor Raya Multimedia (MSC), Cyberjaya dan mercu tanda berprestij, Menara KL dan Menara Berkembar Petronas.

Cendekiawan dan kelompok masyarakat yang paling peka pada amnya menyokong dasar-dasar Dr Mahathir.

Bayangkan Malaysia, dahulunya negara agak kecil dan kurang dikenali, mengejutkan masyarakat dunia dengan menuntut agar benua Antartika diberi status "warisan seluruh umat manusia".

Malah, Malaysia sentiasa berada di barisan depan dalam pelbagai kerjasama antarabangsa, termasuk memerangi dadah, di samping menjadi penganjur penyatuan usaha negara membangun untuk mendapat tempat lebih dihormati di dunia.

Maka berkumandanglah suara Dr Mahathir yang mengungkapkan: "Kita lama memandang pada Barat tetapi tidak lagi menganggapnya sebagai contoh sesuai bagi kita".

Ia bukan sekadar kata-kata, sebaliknya diteruskan dengan langkah-langkah konkrit menuju ke arah terjalinnya hubungan lebih seimbang dengan negara lain, termasuk Russia.

Dasar Dr Mahathir dalam bidang kebudayaan juga lain daripada yang lain. Malaysia sebuah negara Asia Tenggara yang berjaya melaksanakan dasar bahasa kebangsaan.

Bahasa Melayu ditetapkan sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah dan menengah dengan pengecualian untuk penggunaan bahasa Inggeris di institusi pengajian tinggi (IPT).

Semangat patriotisme yang menjadi ciri khas masyarakat Malaysia adalah salah satu faktor lagi yang membantu Dr Mahathir mengadakan dasarnya demi kepentingan rakyat.

Namun, Malaysia juga negara yang menyaksikan kewujudan pelbagai parti politik. Dan tidak semua langkah pemimpin negara dinilai sama. Misalnya Dr Mahathir pernah dikritik kerana bertindak terhadap pembangkang pada kemuncak krisis kewangan tetapi keprihatinan beliau boleh dimengerti.

Akhirnya, kita tidak boleh tidak mengagumi cara bagaimana kerajaan Malaysia memikirkan nasib pelajar sekolah. Mereka akan hidup pada alaf baru dan, kerana itu, wujudlah satu lagi cogan kata “anak tanpa komputer ialah anak tanpa hari depan”.

Kenyataan itu bererti bahawa pada masa terdekat setiap keluarga akan menpunyai sekurang-kurangnya satu komputer.

Raja yang dilawati oleh Putera Kecil dalam karya penulis Perancis, Antoine de Saint-Exupery Le Petite Prince (Putera Kecil) pernah berkata:

"Kekuasaan patut menjadi wajar. Kalau aku memerintah rakyat untuk menceburkan diri ke laut, maka rakyat akan mencetuskan revolusi. Aku berhak menuntut kepatuhan kerana perintahku wajar".

Kini, ketika Dr Mahathir sudah bersara daripada kegiatan politik aktif, kita boleh mengambil kesimpulan bahawa dasar Dr Mahathir memang wajar. Selama 22 tahun, beliau menyusun strategi yang boleh dicapai bersandarkan kepada sokongan masyarakat terbanyak.

Dr Mahathir tidak takut mengubah dasarnya, sesuai dengan perkembangan semasa dan berpandukan kepentingan rakyat terbanyak tanpa mengambil peduli pendirian Barat.

Dan apabila beliau mundur, beliau yakin akan hari cerah Malaysia kerana penerusnya Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Abdul Razak menyambungkan politik bertujuan untuk meningkat kesejahteraan rakyat.

*Dr Victor A Pogadaev adalah sarjana Rusia yang kini berkhidmat sebagai profesor madya di Fakulti Bahasa dan Linguistik Universiti Malaya. Artikel ini disediakan bersempena dengan sambutan ulang tahun hari lahir Tun Dr Mahathir Mohamad pada 20 Disember.


credit to Pisau.Net

Wednesday, September 12, 2012

SUARAM DAN SOROS


    • Emma HarithRocco Seri Fedi and 4 others like this.
    • Sobri Ahmad II salah tu Fauzi Abd Rahim..sepatutnya ko tulis tajuk dia camni..."Kita tunggu apa spin puak PR"..kikiki
      16 hours ago · Like · 3
    • Zaki Sani kurrrrrr...kurrrr ayam pr...kurrrrr hahahhahahahhahhaha
      16 hours ago · Like · 1
    • Fauzi Abd Rahim tengok jawapan apek ni mmg lawak gila haha
    • Fauzi Abd Rahim mana orang PAS dgn PKR?tido dah ek
    • Mohd Noor Idris bila beri penjelasan bodoh mcm apek ni, dia ingat semua org boleh terima. cuba renungkan dan fikirkan dgn otak dan minda yg waras, takkan George Soros begitu bodoh utk memberi sumbangan begitu banyak kalau tidak ada apa2 ikatan. Kalau dia tu kaya sangat dan ikhlas mengapa tak bantu begitu ramai rakyat di negara2 lain yg kelaparan dan dhaif. Tentu ada udang disebalik mee yg Suaram sanggup buat utk menerima sumbangan2 itu tahun demi tahun.
      15 hours ago · Like · 1
    • Joe Kamarn Tak payah ceritalaa, dunia pun dah mula benci kat Soros ni, bukan Malaysia je. Tgk ape jadi kat rakan karib dia dan Anwar Ibrahim iaitu Paul Wolfowitz?? DIPECAT dengan UNDI TIDAK PERCAYA TERBESAR DALAM SEJARAH WORLD BANK!! Maklumlah kuat menipu, kena sangatla dengan si Anwar tu...99% VOTE OF NO CONFIDENCE TO PAUL WOLFOWITZ DARI BOARD WORLD BANK SENDIRI pada 2007 tak salah aku.
      15 hours ago · Like · 3
    • Joe Kamarn Bukan media Malaysia je dok serang Soros sekarang ni oi, media US, UK pun dok serang Soros ni, contoh Hollywood je, mcm filem Wall Street : Money Never Sleeps, The International, Quantum Solace. Tag line filem Wall Street : Speculation is the mother of all evil, ditujukan khas pada org2 mcm Soros ni. Korang nak cerita apa lagi??? The International filem yang berasaskan Institusi kewangan yang berlindung disebalik kebaikan walhal melagakan rakyat utk menyebabkan negara tu berhutang dan mengawal negara tersebut, institusi tersebut khas ditujukan kepada organisasi Soros. Organisasi jahat dalam filem Bond iaitu Quantum diinspirasikan dari organisasi Quantum Group of FUnd Soros yang cukup giat melagakan rakyat Latin utk memberontak. Lu org pencacai PR nak cakap ape sekarang?? Media barat pun dok hentam Soros jugak oi...
      15 hours ago · Like · 3
    • Joe Kamarn Rakyat US sendiri dah mula benci kat org mcm Soros ni. Akhirnya rakyat barat mula percaya apa yang Tun Mahathir kata dahulu betul. Tgk mcm mana rakyat2 US dok mula bincangkan utk memperkenalkan undang2 baru utk kawal penyangak mcm Soros ni. Takkan UMNO bayar media US utk mula benci Soros kot?? Tgk harga minyak dispekulasi hampir lebih 50%!!! Rakyat US sudah mula benci. Mari kita benci PR. http://finance.yahoo.com/blogs/daily-ticker/gas-prices-because-legal-speculation-not-manipulation-consumer-174837231.html
      ...
      finance.yahoo.com
      The average price for a gallon of regular unleaded gasoline stands at $3.86 -- m...See More
      15 hours ago · Like · 2
    • Joe Kamarn Korang tgk ni tunjuk perasaan besar-besaran yang berlaku di US dan Barat menentang penipuan org2 mcm Soros iaitu Occupy Wall Street. Ini takkan keluar CNN ataupun Malaysiakini. Rakyat Barat sudah benci org2 mcm Soros, kita bila lagi?? Mari kita tolak PR.http://www.youtube.com/watch?v=A4Goty97OqY&feature=watch_response
      ...
      www.youtube.com
      He replied, "When evening comes, you say, 'It will be fair weather, for the sky ...See More
      15 hours ago · Like · 1
    • Fauzi Abd Rahim tp seingat aku occupy wall street dalangnya soros dan itu yg dipraktikkan PR ms anjur occupy dataran,betul tak Joe Kamarn?
      15 hours ago · Edited · Like · 1
    • Joe Kamarn Ko baca balik manifesto Occupy Wall Street, kat sapa ditujukannya. Dalangnya ialah Moore. Lagi satu Occupy Wall Street tak dapat sokongan dari media2 penting yang dibelakang Soros spt CNN semua, depa kena block dan supress. Yang support mereka ialah Russian Today (RT) seteru Soros dari Russia. Boleh check sendiri coveragenya banyak dari RT.
      15 hours ago · Edited · Like · 1
    • Joe Kamarn @Fauzi - Ko tanya balik diri hang, apsal Occupy Wall Street tak keluar coverage Malaysiakini ataupun CNN?? Tapi banyak di Russian Today. Puak2 PR yang dok buat kat dataran tu hijack nama jee, bila kita follow secara detail baru tau.
      15 hours ago · Like · 1
    • Fauzi Abd Rahim tp media alternatif dakwa soros jadi dalang taja occupy wall street macam yg dilaporkan humanevents.com newsbusters.org, prisonplanet.com, thenewamerican.com Joe Kamarn
      15 hours ago · Like · 1
    • Fauzi Abd Rahim depa punya propaganda bukan main2.kena kaji elok2:)
      15 hours ago · Like · 1
    • Joe Kamarn @Fauzi - Takdelah, depa serkap jarang jee, maklumlah depa pun benci kat Soros. Cuba baca balik manifesto Occupy Wall Street - Against Financial Greed. Geng2 Occupy Wall Street ni hijack tactic org mcm Soros spt di Arab Spring utk serang org mcm Soros. Senjata makan tuanla kiranya. The 1% yang mereka tentang adalah termasuk Soros.
      15 hours ago · Edited · Like · 1
    • Joe Kamarn @Fauzi - Dia simple je, kalau media mcm CNN, Fox News etc tak support, maknanya bukan Soroslaa dibelakang dia. Yang support diaorang Russia Today (RT).
      15 hours ago · Like · 2
    • Joe Kamarn @Fauzi - Ko tgk Arab Spring, CNN, Fox News semua cover gila2, support lagi tu TAPI tang Occupy Wall Street, depa tak support, ape sebabnya?? mudah je, Arab Spring support by Soros, Occupy Wall Street tidak.
      15 hours ago · Like · 1
    • Fauzi Abd Rahim ya la ang pun tau kan Joe Kamarn yg OSI bawah soros tu tujuan dia konon utk melaksanakan agenda 'masyarakat terbuka' padahal cerita sebenaqnya adalah ke arah liberalisasi pluralisasi sosialisasi etc la:)
      15 hours ago · Like · 1
    • Joe Kamarn @Fauzi - Wrong, apa yang Soros nak, simple je. PURE PROFIT. Itu jee melalui spekulasi, dia peduli apa pasal idealism.
      15 hours ago · Like · 1
    • Fauzi Abd Rahim tp utk profit dia bancuh sekali dgn idealism la kasi hancur negara pastu mai pi kat dia loan
      15 hours ago · Like · 1
    • Joe Kamarn @Fauzi - Soros tak peduli idealism bro bukan stail dia, apa yang kita lihat tu topeng jee, dia boleh jadi pro agama Islam, pro SUnnah, Pro Syiah, pro Protectionism, pro Demokrasi, pro Sosialism, Anti Israel tiba2 pro Israel pulak. Anything goes. Yang penting negara tu bergelora dengan konflik, time tu dia profit. Sebab konflik akan menghasilkan ketidakstabilan harga komoditi dan hutang, melalui itulah dia makan. Ini stail yang sama mcm Rothchild maklumlah dia start career dia sebagai manipulator semasa penubuhan Quantum Fund bersama dengan Rothchild. Rothchild ni masa WW1 dan WW2, dua2 belah dia makan iaitu Axis dan Allied. Sama mcm isu Palestin, Rothchild ade 2 team satu anti Israel, satu pro Israel tapi bottomline, dua2 side dia makan. Yang penting mesti wujud konflik.
      14 hours ago · Edited · Like · 2
    • Joe Kamarn @Fauzi - Ko ingat Soros ni peduli pasal Anwar?? Tuih!. Ko tgk Mesir cukuplah, 80an support Mubarak, sekarang2 tiba2 tikam Mubarak. Lepas tu konflik, time tu dia balun cukup2 hasil spekulasi komoditi minyak dan saham bluechip Mesir. Lepas dah kaut, IMF dah masuk, ade dia peduli pasal Mesir punya masa depan?? Dia BLAH mcm tu jee, budak2 Mesir yang tunjuk perasaan tu dah dapat kerja, nasib diaorang dah berubah??? Penat keluar peluh jee. Tgk Indon pulak, ade dia peduli pasal Indon lepas dia kebas cukup2 duit Indon?? Dia ni PROFIT jee, Idealism tu hanya point nak kasi rakyat mengamuk, so senang dia spekulasi.
      14 hours ago · Edited · Like · 3
    • Fauzi Abd Rahim selagi anwar boleh pakai,dia pakai:)
      14 hours ago · Like · 2
    • Joe Kamarn @Fauzi - Rakyat US panggil Soros SNAKE tau. Sebab apa?? First dia bersama2 Wolfowitz ni semua yang push G.Bush utk Perang Iraq, lepas kantoi tipu, G.Bush tak puashati, pecat Wolfowitz. Kemudian SOros pi support Obama utk jatuhkan G.Bush. La ni Obama pun tak puas hati dan hendak perkenalkan undang2 baru utk kawal spekulator, Soros nak jatuhkan Obama pulak, dia U-turn. Ini dalam politik US. Ko tgk, dia ni tak de pendirian, dia U-turn kat mana dia boleh untung.
      14 hours ago · Edited · Like · 3
    • Fauzi Abd Rahim kuat pengaruh soros ni ek
      14 hours ago · Like · 1
    • Joe Kamarn @Fauzi - Faktor duit, lagi satu banker2 berpengaruh spt Rothchild dibelakang dia. Sebab dia selalu buat untung. Dia digelar antara best investor di dunia ni. Keuntungan dia dari konflik jee.
      14 hours ago · Like · 2
    • Joe Kamarn @Fauzi - Utk pengetahuan hangla, G.Soros and the gang cuba "BELI" Tun Mahathir maklum supaya tak melawan masa 1997 tu utk terima rescue package, tapi Tun M tak mau, Tun M degil. Nasib baik Tun M degil, kalau tak berat dah...
      14 hours ago · Like · 2
    • Fauzi Abd Rahim maknanya soros n imf 1 organisasi jugakla Joe Kamarn?
      14 hours ago · Like · 1
    • Joe Kamarn Nope, dia bukan satu organisasi, tapi satu kroni maklumlah WOlfowitz dulu org kuat IMF/WB jugak. Lately WB dan IMF kena restructure balik, tak taula whats next. Tapi org restructure balik tu bersebablaa, dah malas ngan Soros ni kot.
      14 hours ago · Like · 2
    • Fauzi Abd Rahim tp IMF tetap tak bleh pakai jugak kan
      14 hours ago · Like · 1
    • Joe Kamarn @Fauzi - IMF ni org tak pandang sangat dah sekarang, unless kalau ade tali barut. La ni dah ade banyak alternatif yang lebih baik dari IMF spt Islamic Development Bank, China Bank. US sendiri pun dok pi ngan China Bank la ni.
      14 hours ago · Edited · Like · 2
    • Joe Kamarn @Fauzi - Kita sebenarnya tak perlu percaya konspirasi teori, yahudila, zionistlaa, apelaa berkenaan ngan IMF, SOros ni semua. Sebenarnya straight forward jee, org nak PROFIT atas kesusahan org lain. Itu jee. Itu pasal Occupy Wall STreet motto dia menentang Financial Greed.
      14 hours ago · Like · 2
    • Fauzi Abd Rahim konspirasi zionis tetap wujud Joe Kamarn,walaupun byk dh tbongkar tp depa tak kisah dah sebab depa dah sampai tahap terakhir:)
      14 hours ago · Like · 1
    • Joe Kamarn @Fauzi - Setiap organisasi ade "GAME" dia utk capai objektif mereka. Itu biasa. Tapi dalam konteks G.Soros ni very simple, straightforward jee, org yang tamak nak buat untung atas kesusahan org lain. Utk pengetahuan hang, Revolusi adalah Industri sekarang ni. Org nak buat duit. Portfolio Pelaburan di panggil FUTURES CONTRACT, u nak involve pun boleh. Hah ni, mcm mana nak buat untung dari krisis Mesir. Steady jee. Portfolio ni puak2 Soros offer pada org awam mcm kita jugak hehehe. Boleh pegi Bursa Malaysia utk dapatkan info http://www.creditcardoutlaw.com/my-blog/2011/01/stocks-how-to-profit-from-the-egypt-crisis.html
      www.creditcardoutlaw.com
      In the CNBC Asia clip below, which aired this morning, they discuss some strateg...See More
      14 hours ago · Edited · Like · 2
    • Fauzi Abd Rahim Joe Kamarn tq,banyak info aku dpt malam ni,lenkali kita cerita lagi k,ngantuk sgt,assalamualaikum:)
      14 hours ago · Like · 1
    • Sarah Kamal Leh masuk akal ke.. Zionis tlg ikhlas tnpa apa2 balasan
      9 hours ago via mobile · Like · 1
    • Joe Kamarn @Fauzi - Ko tak payah tgk Myanmar, Arab, Indon tu semua pasal angkara puak2 billionaire Soros ni. Korang tgk je negara mereka sendiri US. Hasil penipuan Wall Street, Spekulasi Komoditi dan Saham, Penipuan Subprime dan mcm2 lagi, 49 Juta Rakyat US melonjak hidup melarat!! So ko tepuk dada tanya selera, kalau rakyat mereka sendiri puak2 Soros ni boleh balun dan pada masa sama tak mau bantu, apatah lagi kita ni rakyat Malaysia. Sendiri mau ingat. Say NO to PR.http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=Gus216j3WoI
      ..
      www.youtube.com
      Nov. 7 - Summary of business headlines: U.S. poverty hits a record, according to...See More
      3 hours ago · Like · 1
    • Joe Kamarn @Fauzi - Lagi satu ko tgk ni. Hal ehwal kebajikan tentera US sendiri. Tentera US ni berkorban nyawa utk penipuan perang di Iraq kononnya utk demokrasi. Hasil keuntungan spekulasi minyak akibat perang puak2 SOros ni kebas, tapi tang tentera mereka yang berkorban ade mereka tolong?? Lu pikir sendiri, tentera US pun kena kencing ngan diaorang ni. Selambe je diaorang ni, profit punya pasal. http://www.youtube.com/watch?NR=1&v=NclDER7lqBs&feature=endscreen
      ..
      www.youtube.com
      America's veterans are returning home from wars to staggering unemployment and h...See More
      3 hours ago · Like · 1
    • Mohd Saiful Anuar Sgt berinfo tggi.. Tq Joe Kamarn.. =]
      about an hour ago via mobile · Like · 1
    • Joe Kamarn Mohd Saiful+ Fauzi- Korang tengok kat negara diaorang sendiri je iaitu US. Kalau puak2 Soros, NDI, Wolfowitz boleh khianat kat DARAH DAGING (rakyat) mereka sendiri, apatah lagi rakyat Malaysia. Simple. Korang tgk ni senario di US hari ni. Memang takkan keluar CNN, media2 pro Soros mcm Malaysiakini dan lain2. Korang tgk dan fikir sendiri. 15% paras bawah kemiskinan tegar, jauh lebih teruk dari Malaysia. Program BERSAMAMU tu hanya bahan lawak kalau banding dengan kemiskinan rakyat US hari ni.http://www.youtube.com/watch?v=nEdb4QxdNq0&feature=related
      .
      www.youtube.com
      The share of all people in the U.S. who fell below the poverty line rose to 15.1...See More
      53 minutes ago · Edited · Like · 2
    • Joe Kamarn Mohd Saiful + Fauzi - So bila puak2 Soros ni support PR ni, memang petanda nak terkena kelentonglaa rakyat Malaysia. Kalaulah rakyat US sendiri dia boleh paku, apatah lagi rakyat Malaysia. Tgk ni angkara diaorang pada rakyat mereka sendiri dengan penipuan2, spekulasi di Wall Street, Sub prime, penipuan perang Iraq atas nama hak asasi dan lain2. http://www.youtube.com/watch?v=ICx3AfSlc-w&feature=fvwrel
      ..
      www.youtube.com
      The world is now seeing the economic uncertainty of the U.S. but for many Americ...See More
      46 minutes ago · Like · 1