Wednesday, March 26, 2014

Aznil Hisham wrote:

“HANDSHAKE” signal – Pemakan dedak apa tau ? (^_^)

Seorang sahabat pembangkang (Mhmmd Azri Bpsts) yg begitu takut nak add fren dgn aku, melontarkan persoalan berikut yg dia copy paste dari sebuah blog yahudi:

1. How can a new radar analysis be conclusive beyond any reasonable doubt without any evidence of a piece of physical wreckage found? Radar and satellite analysis has so far delivered no physical evidence.

2. What is the visual "proof" of this new analysis?

3. Why is this "new analysis" only available after 17 days after MH370 went missing?

Di bawah adalah jawapan aku, aku akan terangkan dalam bahasa yg cukup mudah untuk fahaman kalian.. (^_^)

--------
1. Apa yang aku nak terangkan adalah berdasarkan gambar di bawah. Ko orang kene tengok gambar tu, maka ko org akan faham apa yg aku cerita.. (^_^)

2. Apabila pesawat kita hilang dari “civil radar”, maka “military radar” dapat mengesan bahawa pesawat kita berpatah balik melalui Thailand hingga ke bahagian barat semenanjung Malaysia (gambar). Selepas itu, mana-mana millitary radar termasuk Malaysia, India, Vietnam, Pakistan dan China tidak dapat mengesan pergerakkan pesawat berkenaan. Dari sini kisah bermula .. teng teng teng… (^_^)

3. Inmarsat, adalah sebuah syarikat komunikasi satelit global yang terbesar. Ianya digunakan oleh pesawat untuk berkomunikasi dgn satelit apabila transponder dimatikan. Apabila transponder dimatikan, secara automatic signal akan dihantar dari pesawat ke satelit setiap satu jam.

4. Dengan kata lain, transponder pada pesawat MH370 dimatikan pada jam 1.21 am dan signal terakhir adalah pada 8.21 am. Ini bermakna terdapat 7 signal di hantar diantara pesawat ke satelit. Setiap signal yang di hantar di panggil “Handshake” signal atau Pings signal. Yang menarik, sesiapa tak boleh mematikan system ini kerana signal yg di hantar adalah dari enjin pesawat. Jika nak matikan signal ini, perlu di lakukan secara manual. Cabut enjin tu (^_^)

5. DS Najib menjelaskan bahawa, ini adalah “New analysis” dan pertama kali digunakan utk mengesan pesawat yg hilang. Ini sangat menarik.. (^_^)… sure ko orang teruja.. (^_^)

6. Ianya menggunakan kaedah yang di panggil “Doppler effect”. Doppler effect adalah perbezaan antara frequency dari satelit ke pesawat (f1) dan dari pesawat ke satelit (f2). Di bawah adalah persamaan nya:

Doppler effect = f1 – f2 ;

Dengan Doppler effect ini, kita boleh mengetahui lokasi pesawat berkenaan. Maka, lokasi terakhir adalah pada sudut 40 degree dari satelit. Malangnya, kita tak pasti sama ada ianya 40 degree ke utara ataupun 40 degree ke selatan.

7. Di sebabkan itu, maka inmarsat telah menggunakan satu “demo” menggunakan pesawat yang sama jenis seperti MH370. Dari situ, inmarsat boleh mengenal pasti frequency yang sebenar MH370. Dengan itu, pergerakkan pesawat kearah selatan di ketahui.

8. Harus diingat, satelit inmarsat yg berkomunikasi dengan MH370 adalah satelit 1990an yang mana ketika itu belum ada technology GPS. Maka mereka di inmarsat mengunakan pengiraan matematik secara manual.

9. Inilah “New Analysis” yang dikatakan itu. Bila dikatakan “new”, maka masa di perlukan dengan banyak untuk memastikan lokasi yang sebenar di samping terpaksa membuat “demo” dan pengiraan secara manual. Selepas itu, ianya perlu di “confirm” kan dengan satelit2 yang lain.

10. Sekarang, cuba lihat gambar di bawah, bulatan kuning adalah margin yg dikira dari baki minyak pesawat. Apabila dipadankan dengan pengiraan “Doppler effect” serta “handshake” signal, maka kita dapat ketahui bahawa lokasi terakhir pesawat adalah di Lautan Hindi.

11. Ini lebih dikukuhkan dengan penemuan objek, bukan sahaja dari satelit Australia malah dari China dan Perancis.

#Kesimpulan

Dari pengiraan Doppler effect + Handshake signal + Margin of aircraft fuel + 3 satellites object confirmation from Australia, China and Pakistan

= lokasi terakhir MH370 dikenal pasti. (^_^)

-------------
Untuk pengetahuan ko orang, yang dikatakan “New Analysis” itu adalah Doppler effect yang mana telah lama digunakan dalam bidang perubatan.

Untuk pengetahuan ko orang juga... (^_^).. ultrasound yang aku guna kat hospital… menggunakan principal yang sama untuk mencari pesawat MH370.. (^_^)

Dari Doppler effect/ Doppler shift/ frequency, maka aku dapat pastikan sama ada ko orang ada masalah jantung, injab, ketumbuhan organ dalaman, saluran darah tersubat dan sebagainya.

Malah, prinsipal yang sama di gunakan utk ultrasound yang digunakan pada ibu mengandung dan menentukan jantina anak serta keadaan bayi di dalam kandungan. Tara (^_^).. hebatkan..

Jika ko orang tak percaya dengan apa yang DS Najib katakana, maknanya ko orang sudah menafikan technology perubatan kini..

-------------
#Summary

1. Menafikan “new analysis” dalam pencarian MH370, bermakna ko orang menafikan technology perubatan terkini. Dengan kata lain, ko orang mmg percaya dengan BOMOH (^_^)

2. Bila aku bertanya pada penyokong BN, apa itu “Handshakes” signal, depa akan kata itu adalah isyarat “pings” antara pesawat dengan satelit… Pandai ko org.. (^_^)

3. Namun amat mendukacitakan, apabila aku bertanya kepada pemakan dedak, apa itu “handshake” signal… depa akan kata itu signal melancap apabila nampak org pakai baju PINK.. bodoh!



Tuesday, January 7, 2014

Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)

http://gst.customs.gov.my/ms/Pages/default.aspx


KENYATAAN RASMI S.S. MUFTI KERAJAAN NEGERI PERAK BERKAITAN ISU “ BUGHAH ” DAN “ HALAL DARAH ”

KENYATAAN RASMI S.S. MUFTI KERAJAAN NEGERI PERAK BERKAITAN ISU “ BUGHAH ” DAN “ HALAL DARAH ” 
Merujuk kepada laporan akhbar Berita Harian dan portal Malaysiakini bertarikh 2 Januari 2014 yang menyatakan di halaman utama bahawa Perhimpunan Haram Di Dataran Merdeka “Penderhaka”, peserta perhimpunan sebagai “Bughah” iaitu penderhaka terhadap pemerintah adil. Sementara di halaman 10 akhbar Berita Harian ditulis pernyataan “sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari Hukum Syarak dihalalkan golongan bughah”. Akhbar Sinar Harian bertarikh 5 Januari 2014 di halaman utama dan kedua juga sarat dengan pandangan saya berkenaan isu “Bughah” dan demonstrasi.
Kenyataan-kenyataan tersebut telah diterbitkan menerusi media arus perdana dan dikatakan menjadi polemic dan kecelaruan kepada masyarakat. Pada dasarnya, ianya adalah kenyataan daripada saya apabila ditemubual oleh wartawan akhbar Berita Harian dan Sinar Harian namun, kenyataan panjang saya kepada Berita Harian berhubung perkara tersebut dipendekkan malah difokuskan hanya kepada isu demonstrasi “ TURUN” sahaja. Sedangkan terdapat isu lain termasuk penganjuran Konsert di Ambang Tahun Baru “ditiadakan” sebagai bahan berita.
Diizinkan Allah saya dapat menatap isu dan berita perihal demonstrasi setiap kali ianya dianjurkan oleh pelbagai pihak di Malaysia. Setiap kali penganjuran demonstrasi dilaksanakan, maka saya akan dihubungi untuk memberi ulasan terhadapnya. Apa yang menggusarkan saya ialah apabila berlakunya demonstrasi dalam skala yang besar di negara ini maka, majoriti para pesertanya adalah orang Melayu yang beragama Islam. Maka, secara jelasnya akan berlaku pertembungan antara dua pihak yang mana kedua-duanya merupakan warga Muslim. Jika berlaku pertembungan tersebut sudah tentu ia akan menghasilkan kemudaratan ke atas pihak-pihak, disamping akan menguntungkan mereka yang berkepentingan dan yang menangguk di air yang keruh.
Nasihat dan peringatan
Oleh yang demikian, selagi diberi amanah saya tidak akan berputus asa untuk menegur dan mendamaikan kedua-dua kumpulan yang merupakan saudara- saudara saya. Sudah tentu ayat al Quran surah Al Hujurat ayat 9 menjadi panduan yang bermaksud :
“…Dan jika dua puak dari orang-orang beriman berselisihan, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya bersifat melampau (zalim), maka lawanlah puak yang melampau (zalim) itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah diantara keduanya dengan adil (menurut hokum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil…” .
Sebab penurunan ayat ini dengan satu riwayat daripadanya ialah perbalahan yang ditimbulkan oleh Abdullah bin Ubai yang menyemarakkan perbalahan dengan mengatakan bahawa kencing himar Rasulullah ketika Baginda SAW menziarahi Sa’ad bin Ubadah telah menyakiti beliau.
Dalam riwayat yang lain pula merekodkan perbalahan itu berlaku sesama golongan ansar.( tafsir Ibn Juza)
Saya berpandangan bahawa syarat “syaukah” yang sering dikaitkan dengan bughah masih dijadikan perbahasan seperti yang terkandung dalam kitab-kitab feqh contohnya kitab nihayatul Muhtaj.
Dalam kes Abu Bakar al Siddiq memerangi orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat juga memberi gambaran kepada kita bahawa tindakan memerangi mereka juga diambil walaupun golongan ini tidak mempunyai senjata namun ia didokong oleh sekumpulan manusia yang mempunyai bilangan ramai dan munasabah mencetuskan suasana tidak aman kepada pemerintahan.
Pembentukan negara kita berasaskan sistem demokrasi berparlimen. Rakyat diberi hak untuk menentukan pemimpin yang mereka kehendaki berdasarkan sistem pilihanraya. Oleh itu, adalah tidak wajar sama sekali rakyat dihasut untuk mencari mekanisme yang lain bagi menyatakan ketidakpuasan hati kerana negara ini mempunyai instrumen yang diakui untuk menyampai hasrat rakyat seperti parlimen, Dewan Negara, Dewan Undangan Negeri ataupun mahkamah. Tanpa menafikan hak rakyat untuk berhimpun secara aman sepertimana yang dilaungkan namun, rantaian demonstrasi yang telah berlaku mencatatkan sebaliknya. Telah timbul kebimbangan kepada rakyat di sekitarnya kerana kemudaratan lebih terhasil daripada manfaat.
Larangan memberontak
Saya menekuni hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas’ud r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“ Sesungguhnya akan timbul selepas aku sifat pentingkan diri ( daripada pemimpin-pemimpin kamu) dan perkara-perkara yang kamu ingkar ”. Sahabat bertanya , “ Wahai Rasulullah ! Apakah yang engkau perintahkan kepada kami? Jawab Baginda SAW “ Kamu hendaklah menunaikan hak yang diwajibkan ke atas kamu dan mintalah hak kamu daripada Allah ”.
Imam Al Nawawi menyatakan bahawa terdapat dorongan di dalam hadis ini untuk dengar dan taat sekalipun pemerintah adalah zalim. Sebagai rakyat, seseorang itu perlu memberikan hak pemimpin iaitu ketaatan dan tidak memberontak, bahkan dia perlu merendahkan diri kepada Allah dalam usaha menghapuskan kemudaratan pemimpin, menolak kejahatannya dan berusaha untuk membaikinya. Ini bertepatan dengan saranan Nabi Nabi SAW bahawa cara teguran terbaik adalah secara bersemuka
“Se afdhal-afdhal jihad ialah memperkatakan kebenaran di hadapan pemimpin yang zalim” (HR Abu Daud)
Antara adab penting yang wajib diambil kira dalam menasihati pemimpin ialah member nasihat secara sembunyi, bukan secara terang-terangan berdasarkan hadith:
“Sesiapa yang ingin menasihati pemerintah berkenaanh sesuatu urusan maka janganlah dizahirkan secara terang-terangan tetapi hendaklah meminpin tangannya ke tempat yang sunyi sekiranya dia menerima nasihat maka niatnya telah tercapai tetapi sekiranya ia enggan menerima nasihat maka sesungguhnya orang yang memberi nasihat telahpun melaksanakan tugasnya .(HR Imam Ahmad)
Imam Ibnu Hajar Al Asqolani merakamkan dalam kitab Fathul Bari bahawa “ para Fuqaha telah sepakat atas kewajiban untuk mentaati pemimpin yang berkuasa dan untuk berjihad bersamanya. Ketaatan kepadanya lebih baik daripada memberontak kerana dapat mengelak daripada tercetusnya pertumpahan darah dan memberi ketenangan kepada orang ramai ”.
Belum pun ditinjau dari sudut istilah syara’, perkataan bagha dari sudut bahasa sudah pun membawa maksud kerosakan, melampaui batas, hasad dan kezaliman. (Maqayis lughah, Mukhtar al Sihah dan lisan al arab). Laporan Berita Harian hanya melaporkan pandangan saya tentang kerisauan saya tentang kesan bagha para penunjuk perasaan walhal saya juga membuat teguran yang sama kepada perbuatan bagha penganjur pesta maksiat sempena sambutan awal tahun.
Jika dikatakan demonstrasi adalah cara terbaik untuk menggerakkan kerajaan yang lalai, maka saya fikir itu bukanlah cara yang bersesuaian kerana saya tidak rela dengan apa yang berlaku di Mesir di mana kerajaan yang sah digulingkan secara kekerasan berpunca daripada demonstrasi yang menyebabkan ribuan nyawa terkorban. Apa yang merisaukan saya adalah sekiranya demonstrasi ini menjadi tindakan biasa dan jalan pintas terhadap sebarang ketidakpuasan hati segelintir rakyat. Maka, keamanan dan kestabilan ekonomi, politik dan masyarakat tidak akan berlaku. Seperti dimaklumi, mekanisme menurunkan kerajaan secara aman telah disediakan secara terhormat dan demokratik serta telah terbukti mampu dibuat secara aman damai. Buktinya ialah terbahaginya negeri-negeri di Malaysia ini di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.
Kerisauan saya ini saya zahirkan dengan mungulangi ketetapan para ulama yang menggambarkan betapa usaha menjatuhkan kerajaan yang sah secara kekerasan itu sangat bahaya kepada kesatuan ummah bahawa golongan bughat ini boleh diperangi setelah diajak berdamai seperti direkodkan dalam berbagai kitab termasuk al fatawa al kubra karangan Ibn Taimiyyah.
Semoga tanah air kita terselamat dari golongan ini dan menyelamatkan kita semua.
Saya menyeru semua umat Islam berhati-hati dari terjebak menjadi ‘ayam laga’ kepada pihak-pihak yang berkepentingan melalui perkakas-perkakas media dan sebagainya kerana mereka sangat irihati jika umat Islam bersatu dan bersepakat. Ingatlah pesanan dan ancaman Rasulullah SAW :
Jika datang kepada kamu sekumpulan manusia dengan seorang pemimpin yang bertujuan untuk merobek kekuatan kamu dan memecahbelahkan Jemaah kamu maka bunuhlah ia. (Hadith Riwayat Muslim)
Hadith ini sebagai peringatan serius Nabi SAW agar dikekalkan penyatuan ummah dan segala usaha memecahbelah umat patut ditangani secara tegas dan tuntas.
Kesimpulannya, sekiranya berlaku percanggahan pandangan terhadap isu ini , ianya merupakan pemahaman dan penilitian saya terhadap isu dan kaitannya dengan reality semasa di Negara ini. Saya tiada niat lain kecuali mencari redha Allah dan melihat perpaduan umat Islam terus terpelihara khususnya dalam menghadapi cabaran-cabaran semasa.