Thursday, March 21, 2013

SABAH MILIK MALAYSIA


Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung pertikaian wilayah yang melibatkan Ligitan dan Sipadan pada 17 Disember 2002 sebenarnya telah mengiktiraf hak Malaysia dan kedaulatan ke atas Sabah serta pulau di sekitarnya.Ia secara tidak langsung telah menyebabkan permohonan Kesultanan Sulu terhadap Sabah tidak lagi relevan.

Menurut laporan kehakiman ICJ berhubung pertikaian tuntutan terhadap Pulau Ligitan dan Sipadan mengatakan,di bawah undang-undang antarabangsa yang lama,hak wilayah itu merupakan hak eksklusif pemerintah Negeri.Tanah adalah harta berdaulat untuk dipertahankan selaras dengan undang-undang yang relevan.Namun di bawah undang-undang antarabangsa yang baru,siasatan itu semestinya mencakupi maksud yang lebih luas,khususnya dalam konteks dekolonisasi. 

Khususnya, konsep hak "rakyat",untuk menentukan pilihan sendiri Sebagai contoh,dalam kes mengenai Timor Timur (Portugal v Australia),ICJ telah mengiktiraf prinsip penentuan sendiri yang menjadi "salah satu prinsip penting dalam undang-undang antarabangsa kontemporari" (ICJ Laporan tahun 1995, p.102, perenggan 29).Malah menurut "Deklarasi Pemberian Kemerdekaan kepada Rakyat dan Negara Penjajah",resolusi Perhimpunan Agung 1514 (XV),yang digunapakai pada 14 Disember 1960,adalah merupakan asas kepada proses dekolonisasi.Ia adalah terpakai kepada semua "wilayah yang belum mencapai kemerdekaan" dan membuktikan bahawa rakyat mempunyai hak untuk memilih.

Mengikut sejarah,Sabah yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai Borneo Utara telah diserahkan oleh Kesultanan Sulu kepada Syarikat Overback pada tahun 1880.Seterusnya syarikat terbabit telah memberikan hak milik tersebut kepada kerajaan Britian yang akhirnya diserahkan kepada Malaysia segala hak Kesultanan Sulu telah terlupus mengikut perundangan antarabangsa. Sejarah juga turut membuktikan bahawa Kesultanan Sulu ketika insiden antara 19 April 1851 dan 26 Jun 1946 telah melepaskan dan menyerahkan semua hak-haknya ke negeri terkenal dengan jolokan Di Bawah Bayu itu. Malah pembentukan Suruhanjaya Cobbold pada 17 Januari 1962 adalah bagi memberi kebebasan dan keadilan kepada semua pihak. 

Suruhanjaya itu dibentuk hasil rundingan di antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan Britain pada November 1961.Selari dengan kehendak kerajaan Filipina pada masa itu apabila permohonan mereka ke atas Sabah tidak mendapat persetujuan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).Tujuan penubuhan suruhanjaya itu untuk meninjau pandangan penduduk di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak mengenai gagasan Malaysia. 

Hasil laporan suruhanjaya yang disahkan perwakilan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu menunjukkan,80% penduduk Sabah dan Sarawak menyokong penubuhan Malaysia yang kemudian telah diisytiharkan pada 16 September 1963.Kesimpulannya,apa juga alasan yang cuba dibangkitkan oleh waris Kesultanan Sulu dan kerajaan Filipina dalam menuntut hak kedaulatan Sabah adalah merupakan satu nostalgia silam yang tidak mungkin dapat berubah

Wednesday, March 20, 2013

REJIMEN PAKAR DI DALAM ANGKATAN TENTERA


Fuad Omar wrote:
Sesuatu yg perlu diketahui, terdapat 4 Rejimen Pakar yg diwajibkan bertugas didalam kecemasan.....ie

1 - Rejimen Pakar Elektrik. (TNB)
2 - Rejimen Pakar Bekalan Air (diketuai oleh TS Rozali, Puncak Niaga).
3 - Rejimen Pakar Pelabuhan.
4 - Rejimen Pakar Keretapi.

Semua Rejimen2 ini secara pentadbiran diletakan dibawah Pengerusan Kor Kejuruteraan ATM, tetapi semasa darurat Kol Kerhormat Rejimen Pakar hanya mengambil arahan drpd Marshal Tertinggi ATM, ia itu Yang Di Pertuan Agung.

Rejimen Pakar Bekalan Air & Keretapi telah menjalankan tugas mereka dgn cemerlang semasa banjir besar di Kedah dibawah Kol Kehormat TS Rozali Ismail.....

Kpd suka mempersoalkan institusi Raja2 Melayu & kuasa baginda2 dlm isu keselamatan negara....dinasihatkan.....NEVER TEST THE WATER.....

http://tengkurazaleighhamzah.com/index.php?option=com_content&view=article&id=199%3Aakta-216-akta-darurat-kuasa-kuasa-perlu-1979&catid=61%3Alegislation&Itemid=138 ... 

Akta yg digunapakai utk mengerakkan Rejimen Pakar ATM.....yg memberi kuasa penu kpd YDPA selaku Marshal Tertinggi ATM...

Ishak Zakaria 
Saya bekas sukarela. wataniah Rejimen 70 TNB, pangkat Mejar di tauliahkan oleh Yang di Pertusn Agong. Walaupun berumur 64 tahun masih berupaya dan sanggup untuk di kerah berkhidmat di Lahad Datu tanpa apa2 bayaran sebagai sumbangan ikhlas terakhir demi untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanah air untuk di wariskan kepada anak2 dan cucu2 kita. Kemahiran didalam mengguna rifle M16 penembak tepat.
2 hours ago · Like · 1

Fuad Omar 
Bro Ishak Zakaria.....ingat lagi the days we are in LLN/TNB....the moment you put that uniform, you are a different man....nak melawak pun dah tak boleh....one incident which I can recall, bila all LLN Union nak mogok nationwide....the next day all The Wataniah's put on the uniform and take over all Control Room including NLDC and chasing out those civilians, regardless that person is a kaki teh tarik friend or a squash partner in Kilat Club......that teach a lesson to all....never put a threat to Msian Govt when it comes to National Security......who knows you might be call back to put on your Mejar Uniform at this age....
4 minutes ago · Like

ISU PENDIDIKAN PERCUMA


Isu pendidikan percuma :

1. Argentina. Memang pendidkan di negara berkenaan percuma dan terbuka kepada sesiapa sahaja. Tetapi, terdapat banyak kos tersembunyi di negara berkeaan seperti pelajar harus membayar kos pengakutan dan pelbagai kos-kos lain yang mengarut. Pemberian biasiswa di negara berkenaan yang tidak sama rata sebenarnya telah mengabaikan golongan yang berpendidikan rendah untuk masuk ke dalam universiti. 9 daripada 10 pelajar yang memasuki universiti di Argentina datang daripada golongan kaya.

2. Negara dunia ketiga seperti Sri Lanka dan Mauritius mengamalkan pendidikan percuma?

Sebelum nak bercakap mengenai Sri Lanka, fahamkan dulu sistem pendidikan mereka. Hanya 10 peratus sahaja mereka yang layak memasuki university, selebihnya akan terpiggir. Inilah harganya yang perlu dibayar. Mengenai soal Mauritius, hanya orang bodoh sahaja yang membandingkan Malaysia dengan Mauritius. 1,286,340 merupakan jumlah rakyat di sana. Negara mereka pula kecil dan pengajian swasta cuma menjalankan kelas pada hari minggu sahaja memandangkan jumlah pelajar di sana sangat kecil. Jadi, buat apa nak bandingkan epal dengan durian? Sangat tidak adil bukan?

3. Brazil. Ya, pendidikan mereka percuma, tetapi, nah, ambil ni:

"Brazil is known for charging a high tax burden from its citizens and companies established. We will provide an overview of the most common taxes in Brazil, dividing them into Federal, State and Municipal taxes." Rujuk link pada komen saya dibawah.

" Everyday taxes in Brazil: IPVA, IPTU and IPTR!"

4. Bandingkan dengan negara kaya pula? Berapa kerat negara kaya yang ada sistem pendidikan percuma? Denmark? Kadar cukai di negara berkenaan merupakan yang paling tinggi di dunia. Kita perlu bayar untuk sesuatu yang percuma.

5. Turki? Sistem pendidikan negara kita tak ubah macam negara mereka.Turki hanya menawarkan pendidikan percuma pada peringkat sekolah rendah dan menengah daripada gred 1 sehinggalah 12. Serupa dengan negara kita, pendidikan percuma di Malaysia ditawarkan daripada darjah satu sehinggalah ke tingkatan 6 sebenarnya. Dan Malaysia hanya mengenakan 10% bayaran untuk pendidikan tertiaty (universiti, kolej) dengan 90% disubsidi kerajaan.

6. Finland? Saya dah cakap, jangan buat perbandingan epal dan durian. Kita buat sedikit analisis pasal negara Finland. Finland mempunyai 169, 000 orang pelajar dan Malaysia mempunyai 508,256 pelajar yang belajar di IPTA (IPTA sahaja, tidak termasuk IPTS lagi). Malaysia sebenarnya memberikan subsidi sebanyak 95 % daripada yuran pengajian sebenar di IPTA. Pelajar hanya membayar 5 % sahaja. Cukai pendapatan di Finland mencecah 50 peratus ke atas manakala Malaysia hanyalah mencecah 26 peratus maksimun. Dan, kenapa tergamak kalian bandingkan epal dan durian?

Negara-negara yang dibangkitkan sebenarnya kaya dengan inflasi. Ambil contoh Argentina sudah cukup. 38 peratus inflasi untuk 2 tahun kebelakangan ini. Barang naik sikit kat Malaysia pun dah bising, dan hanya kerana pendidikan percuma, apakah sudah bersedia rakyat Malaysia untuk menghadapi cukai yang tinggi?

LAPORAN GTP


Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP):

* Sebahagian besar matlamat GTP dan ETP berjaya dicapai.
* Pendapatan Negara Kasar per kapita meningkat daripada AS$257 pada tahun 1957 kepada AS$9,970 pada 2012.
* Pendapatan isi rumah bulanan purata Malaysia meningkat daripada RM4,025 pada 2009 kepada RM5,000 pada 2012.
* Kadar kemiskinan terus menurun daripada lebih 60 peratus pada awal kemerdekaan kepada 1.7 peratus pada 2012.
* Kadar inflasi negara kekal berada di paras yang rendah iaitu 1.2 peratus pada Disember 2012.
* Kerajaan memperuntukkan RM2.34 bilion bagi program Bantuan Rakyat 1Malaysia untuk lebih enam juta rakyat.
* Baucer Sekolah 1Malaysia berjumlah RM524 juta beri manfaat kepada lebih 5.24 juta murid.
* Baucer Buku 1Malaysia manfaat lebih 390,000 pelajar dengan peruntukan lebih RM97.5 juta.
* Kerajaan peruntuk RM37.8 bilion biayai pelbagai subsidi untuk tanggung kos kehidupan seharian rakyat.
* Lebih 100,000 orang berjaya dikeluarkan daripada belenggu kemiskinan dalam tempoh tiga tahun di bawah program e-Kasih.
* Kerajaan tawar lebih 100,000 unit kediaman mampu milik kepada rakyat.
* NKRA menambah baik kesejahteraan hidup hampir empat juta penduduk luar bandar.
* Indeks Persepsi Rasuah oleh Transparency International letakkan Malaysia di kedudukan yang lebih baik daripada tahun lepas.
* Sejumlah 260 daripada 400 kes rasuah yang dibicarakan, diselesaikan tahun lepas.
* Kadar jenayah dikurangkan sehingga 27 peratus dalam tempoh tiga tahun.
* Hampir 50 juta pelancong melawat Malaysia pada 2011-2012 dengan Pendapatan Negara Kasar hampir RM100 bilion.
* Eksport sektor kandungan dan infrastruktur, komunikasi dan industri kreatif catat RM547 juta.
* Malaysia boleh capai status negara berpendapatan tinggi, mengikut takrifan Bank Dunia lebih awal dari dijangkakan.
* Kuasa beli rakyat Malaysia kini hampir dua kali ganda pendapatan per kapita yang ada.
* Sumbangan Pendapatan Negara Kasar pada 2020 dijangka mencecah RM135.64 bilion dan lebih 400,000 peluang pekerjaan dijangka dapat diwujudkan.
* Malaysia negara ke-12 paling mesra perniagaan di dunia mengikut World Bank Ease of Doing Business Report 2013.
* Malaysia negara ke-14 paling berdaya saing menurut laporan World Competitiveness­ Yearbook 2012/2013.
* Malaysia diletakkan sebagai negara ke-10 bagi destinasi menarik pelaburan langsung asing dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing 2012.
* Pengiktirafan global kepada Malaysia adalah satu testimoni kejayaan kepada prakarsa-prakar­sa GTP dan ETP.
* Bantuan Rakyat 1Malaysia dijadikan inisiatif tahunan.
- BERNAMA

ANWAR HINA PAS


SEJARAH ANWAR: BAGAIMANA ANWAR MENGHINA PAS

Berikut adalah petikan-petikan­ daripada akhbar, semasa Anwar dalam kerajaan.

Pas gagal hormati prinsip Islam
KUALA LUMPUR, Jumaat - Pas tidak menghormati peraturan dan prinsip moral Islam kerana berdiam diri apabila kerajaan Iraq yang disokongnya, melakukan keganasan terhadap rakyat sendiri, khususnya kaum Kurdis. Naib Presiden Umno, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Pas hanya mendewa-dewakan­ kepemimpinan Iraq tetapi menutup perkara sebenar mengenai keganasan dalam negeri yang dilakukan oleh kerajaan negara itu. (Berita Harian, 04/05/1991)

Anwar: Supporters of Pas brainwashed
KUALA TERENGGANU, Thurs. - Pas has succeeded in poisoning the minds of its supporters by not allowing them to question the credibility of statements made by party leaders in Harakah, its in-house newspaper, Finance Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said today. He said Pas had used Harakah to criticise the Government's Islamisation effort to cover its own weaknesses. This was also why some of its supporters had become fanatics. (New Straits Times, 17/04/1992)

Pas gagal majukan umat Islam
RAUB, Selasa - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pas masih gagal melaksanakan program memaju dan membangunkan umat Islam sekalipun sudah menguasai satu negeri di negara ini. "Tiada gunanya asyik bercakap mengenai Islam sedangkan rancangan untuk mengangkat martabat umat Islam ke tahap tinggi tidak ada," katanya. (Berita Harian, 25/08/1993)

Anwar bidas taktik kotor Pas
DUNGUN, Isnin - Datuk Seri Anwar Ibrahim, membidas taktik kotor pemimpin Pas yang sanggup berbohong dan menipu rakyat menggunakan ayat al-Quran semata-mata untuk memenangi kerusi dalam pilihan raya. Timbalan Perdana Menteri, berkata antara contoh penipuan ke atas rakyat berhubung cadangan kerajaan mahu membuang perkataan Islam daripada Pas, tetapi pemimpinnya membohongi rakyat dengan menyatakan kerajaan mahu membuang Islam. (Berita Harian, 24/01/1995)

Pas hanya tonjol imej Islam palsu
PASIR PUTEH, Isnin - Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Pas hanya menyubur dan menonjolkan imej Islam palsu kerana di kalangan kepimpinannya penuh perbuatan menyeleweng, jahil atau menyembunyikan fakta sejarah dan kebenaran. Timbalan Perdana Menteri berkata, pemimpin Pas juga mempersendakan ayat al-Quran dan hukum, suka memaki hamun tetapi tidak pernah mengemukakan cadangan bernas, tidak pernah serius memperjuangkan nasib rakyat, malah sebaliknya menindas serta memesongkan akidah mereka. (Berita Harian, 21/03/1995)

Pas rela korbankan umat Islam: Anwar
KUALA TERENGGANU, Ahad - Pas rela menggadaikan masa depan umat Islam di negara ini apabila parti itu sanggup bekerjasama dengan DAP dan Parti Bersatu Sabah (PBS), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Timbalan Perdana Menteri, tindakan Pas meletakkan calonnya di kawasan majoriti bukan Islam di Pulau Pinang dan Sabah dalam pilihan raya sebelum ini sama dengan mengkhianati agama, maruah dan masa depan umat Islam di negara ini. (Berita Harian, 03/04/1995)

Anwar seru rakyat tolak Pas
HULU TERENGGANU, Selasa - Rakyat diminta menolak Pas kerana bersandiwara kononnya memperjuangkan kepentingan umat dan syiar Islam sedangkan pada masa sama membantu DAP melenyapkan kepentingan serta masa depan orang Melayu di Pulau Pinang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. (Berita Harian, 19/04/1995)

Pas khianati orang Melayu
CENDERING, Rabu - Tindakan Pas menggunakan perantaraan Parti Melayu Semangat 46 (S46) untuk bekerjasama dengan DAP mengkhianati dan mengorbankan masa depan orang Melayu dan umat Islam di negara ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerjasama itu membuktikan seluruh pegangan Pas terpesong dan sanggup menggadai prinsip parti itu sendiri. (Berita Harian, 20/04/1995)

Pas cemar ukhuwah Islam
BACHOK, Rabu - Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pas menjalankan tarbiyah terhadap pemimpin dan ahlinya yang semakin ramai terpesong daripada ukhuwah atau persaudaraan Islam yang sebenar. Beliau berkata kebelakangan ini ramai pemimpin Pas mendakwa menjalankan prinsip dan perjuangan Islam, tetapi hakikatnya ia jauh menyeleweng. (Berita Harian, 20/04/1995)

Parti lawan tak ada akhlak
KUALA LANGAT: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan Pas memburuk- burukkan pemimpin Barisan Nasional (BN) dengan gelaran menghina, sebagai tidak berakhlak dan menunjukkan kelemahan parti itu yang mendakwa memperjuangkan Islam. Timbalan Perdana Menteri berkata, BN tidak pernah mengamalkan prinsip memburuk-burukk­an orang lain, terutama sesama Islam kerana amalan itu tidak ada kesudahannya. (Harian Metro, 21/04/1995)

Lihatlah perangai Anwar. Bukankah ini menunjukkan Anwar penipu terbesar Malaya? Bukankah pemimpin-pemimp­in PAS dulu seangkatan dengan Anwar semasa zaman Anwar sebagai ahli politik mahasiswa? Namun bila Anwar berkuasa, rakan-rakan lamanya di PAS dihina. Semasa PAS tak diperlukan, Anwar mencaci PAS sebagai pengkhianat kepada umat Melayu. Anwar sendiri tahu apa agenda DAP, tapi demi kuasa sekarang ini dia sanggup biarkan DAP berleluasa.

PENCAPAIAN MALAYSIA SEHINGGA MAC 2013


Senarai pencapaian Malaysia dalam ranking dunia semenjak program #transformasi dilaksanakan:

1) World Bank Doing Business Report 2013 – 12th most friendly country globally, 1st of Ease of Getting Credit, 4th in the world of protecting investors

2) Institute of Management Development – 14th most competitive country in the world – 6th position in Business Efficiency

3) AT Kearney – 10th for FDI Confidence Index 2012

4) AT Kearney – 3rd Attractive Location for Outsourcing Destinations

5) World Economic Forum 2012, Global Competitiveness­ Report – 4th for Investor Protection

6) CNN - Kuala Lumpur ranked 4th best shopping city in the world after New York, Tokyo and London

7) Globe Shopper Index by Economist Intelligence Unit - Kuala Lumpur ranked 2nd best shopping destination in the Asia Pacific

8) International Living Magazine - 3rd Best country for retirement countries 2013 after Ecuador and Panama

TENTANG LYNAS


Apakah kilang Lynas dan siapa pemiliknya?

• Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas), sebuah syarikat milik Australia, telah memohon kelulusan Kerajaan Malaysia untuk membina
sebuah kilang di Gebeng, Kuantan Pahang untuk memproses bijih nadir bumi
(rare earth) yang diimport dari Mount Weld, Australia Barat.

• Lynas dikendalikan dan diuruskan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dengan dibantu oleh lima orang penasihat pakar nadir bumi dari China dan India. Kilang LYNAS adalah kilang kimia dan BUKAN KILANG NUKLEAR seperti Chernobyl (Rusia), Bhopal (India) dan Fukushima (Jepun).

2. Apakah itu nadir bumi?

• Istilah nadir bumi merujuk kepada sejenis galian atau bijih yang terbentuk semula jadi yang biasanya ditemui di dalam kerak bumi dan sukar dikeluarkan.

3. Apakah produk yang dihasilkan oleh kilang Lynas?

• Ia digunakan dalam peralatan moden seperti Flat Screen TV, TV LED, komputer, telefon bimbit, panel solar untuk bekalan elektrik, kincir angin, komponen elektronik untuk pengeluaran kereta hybrid, bateri kereta, turbin angin, auto catalytic converter dan aditif dalam diesel.

4. Apakah isu kontroversi yang dikaitkan dengan Lynas?

• Ia mempunyai kaitan dengan isu kesihatan dan keselamatan orang awam.

• Bijih nadir bumi yang diproses di kilang LYNAS mengandungi sejumlah kecil sahaja radioaktif yang terbit secara semula jadi. Terdapat dakwaan bahawa bahan radioaktif di dalam bijih dan produk yang dihasilkan oleh kilang LYNAS boleh mendatangkan kemudaratan dan kerosakan terhadap alam sekitar.

5. Benarkah kilang LYNAS mengeluarkan bahan radioaktif berbahaya?

• Perlu ditegaskan radioaktif ada di manamana disekeliling kita yang berpunca daripada proses semula jadi, tetapi tidak mendatangkan kesan kepada orang awam.

• Terdapat tiga jenis bahan sisa iaitu Gypsum Sintetik (FGD), Gypsum Magnesium (NUF) yang kaya dengan magnesium, dan Fosfogypsum Besi (WLP).

• Gypsum Sintetik (FGD) dan Gypsum Magnesium (NUF) adalah bahan sisa bukan radioaktif dan program untuk menjadikannya sebagai bahan komersil kini peringkat akhir.

• Fosfogypsum Besi (WLP) mengandungi kadar radioaktif pada tahap 0.165%.

• Kadar yang ditetapkan oleh piawaian antarabangsa bagi mengukur sesuatu bahan bukan radioaktif ialah 0.05%.

• Lynas telah mengenal pasti kaedah bagi menstabil dan menurunkan paras radioaktif di dalam Fosfogypsum Besi (WLP) dari 0.165% ke paras 0.03% iaitu lebih rendah daripada paras yang ditetapkan oleh piawaian antarabangsa. Dengan penurunan tersebut, sisa Fosfogypsum Besi (WLP) yang diuruskan oleh Lynas dikategorikan sebagai BAHAN BUKAN RADIOAKTIF DAN BUKAN TOKSIK.

• Setelah distabilkan, Fosfogypsum Besi (WLP) boleh digunakan sebagai bahan asas penting dalam pembinaan jalan raya dan tempat meletak kereta. Oleh itu, ia boleh digunakan untuk tujuan komersil dan
memberi faedah kepada negara.

6. Siapakah yang meluluskan lesen bagi kilang Lynas ?

• Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar (DOE) Malaysia yang bertanggungjawab menentukan piawaian keselamatan di Lynas dianggotai oleh anggota-anggota yang
memiliki kepakaran dalam bidang yang berkaitan nuklear. Kewibawaan mereka mengesahkan bahawa tahap keselamatan di Lynas adalah terjamin / tidak perlu diragukan.

• Laporan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) kepada Kerajaan Malaysia pada 30 Jun 2011 menyatakan bahawa undang-undang dan peraturan di Malaysia berhubung keselamatan radiasi adalah komprehensif dan mematuhi piawaian IAEA.

7. Adakah kilang kimia seperti Lynas terdapat di negara lain?

• Kilang memproses nadir bumi terdapat di China, Amerika Syarikat, Rusia, Perancis, India dan negara-negara Scandinavia. Kilang yang sama sedang dirancang untuk dibina di Afrika Selatan dan Vietnam.

• Ketika ini, China merupakan negara yang menguasai pasaran nadir bumi di dunia dengan memenuhi hampir 97 peratus permintaan dunia.

8. Apakah kemungkinan kilang Lynas akan meletup dan menyebarkan radioaktif?

• Kilang Lynas bukanlah loji atau reactor nuklear yang mengeluarkan sisa buangan radioaktif seperti Loji Nuklear Chernobyl di Ukraine yang meletup pada 26 April 1986 dan Fukushima Daiichi di Jepun yang meletup pada 11 Mac 2011 akibat dilanda Tsunami besar. Justeru, rakyat Malaysia tidak perlu bimbang tentang risiko tersebut kerana jika berlaku bencana di luar jangkaan, kilang Lynas tidak akan meletup.

9. Bagaimana bahan sisa kilang Lynas diuruskan?

• Sisa bahan kilang LYNAS akan diuruskan dengan selamat berteraskan piawaian yang telah ditetapkan oleh Lembaga Pelesenan Atom Malaysia dan Tenaga Atom Antarabangsa berasaskan piawaian dan
spesifikasi berikut:

o Reka bentuk dan pembinaan tempat penyimpanan dalam kawasan kilangnya telah diluluskan oleh AELB pada Mac 2010.

o Bahagian dalaman set tempat penyimpanan adalah dilindungi oleh dua lapisan yang tidak dapat ditembusi air.

o Penilaian oleh Agensi Nuklear Malaysia mengesahkan bahawa tiada kemungkinan kebocoran atau pencemaran air bawah tanah boleh berlaku.

o Sebagai perlindungan tambahan, sel tempat penyimpanan akan dilengkapi dengan sistem pengesanan kebocoran.

o Kaedah pengawasan geoteknikal akan digunakan bagi memastikan kestabilan bahagian dalaman sel tempat penyimpanan.

o Air hujan dari sel tempat penyimpanan akan dibendung, di kitar semula dan dirawat.

o Pembendungan air hujan direka bentuk berdasarkan senario hujan paling lebat yang telah berlaku dalam tempoh 100 tahun.

o Walaupun Kerajaan berpuas hati Lynas tidak menghasilkan bahan buangan radioaktif, tetapi sebagai langkah tambahan yang disyorkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa IAEA, Lynas hendaklah menyediakan kemudahan pelupusan tetap (PDF) di tempat yang jauh daripada penempatan awam. YAB
Perdana Menteri sendiri amat prihatin tentang perkara ini.

10. Kenapa kilang Lynas didirikan di Malaysia bukan di Australia?

• Lynas tidak datang ke Malaysia untuk mengelak peraturan ketat di Australia. Keperluan undang-undang di Malaysia adalah setanding dengan atau lebih ketat daripada undang-undang di Australia. Lynas melabur di Malaysia kerana:

o Iklim pelaburan yang kondusif dan berdaya saing.

o Mempunyai sumber yang optimum, termasuk infrastruktur yang diperlukan untuk menyokong operasi kilang.

o Gebeng, khususnya mempunyai kemudahan pelaburan yang diperlukan, kemudahan sokongan yang boleh dipercayai, pekerja yang kompeten daripada segi teknikal dan kemudahan utiliti yang berdaya saing.

o Keperluan undang-undang yang jelas di mana ia amat penting dalam membuat keputusan untuk melabur.

11. Apakah sumbangan kilang Lynas kepada ekonomi Malaysia?

• Projek Lynas dijangka membantu pertumbuhan ekonomi negara dan menjana pelbagai perniagaan dan industri kecil di Malaysia yang membuka peluang pekerjaan dan perniagaan untuk rakyat negara ini agar rakyat Malaysia dapat peluang pekerjaan dan perniagaan bagi meningkatkan pendapatan mereka.

• Projek kilang Lynas dijangka membawa masuk ke Malaysia Pelaburan langsung asing (FDI) berjumlah RM2 bilion.

• Kos operasi kilang Lynas adalah RM350 juta setahun.

• Pelantikan 350 orang tenaga mahir.

• Industri sokongan akan menjana 2,700 peluang pekerjaan.

• Memberi kontrak bernilai RM1.2 bilion kepada kontraktor tempatan.

• Kos berjumlah RM600 juta akan dibelanjakan setiap tahun untuk operasi kilang.

• Hasil yang akan dapat dikutip oleh Malaysia daripada projek Lynas adalah bernilai RM8 bilion.

"mFBI"