Thursday, April 20, 2017

DAP hina Islam

PENGHINAAN TERHADAP AGAMA ISLAM OLEH PARTI DAP
- *Zairil Khir Johari* mempersoalkan kewujudan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 27 Jun 2015.
– *Lim Kit Siang* mempersoalkan kandungan khutbah Jumaat pada 1 Februari 2014 yang menyebut perpecahan umat Islam disebabkan hasutan umat Kristian dan Yahudi.
– *Tony Pua* mempersoalkan larangan ke atas umat Islam menyambut Hari Valentine pada 15 Februari 2014.
– Kritikan *Chong Eng* pada 9 Februari 2015 berkait kewajipan wanita Muslim menutup aurat.
– *Dr Tan Seng Giaw* mempersoalkan di Dewan Rakyat pada 27 September 2005 keperluan melaungkan azan dan bacaan ayat al-Qur’an melalui pembesar suara yang mengganggu bukan Islam.
– *Teresa Kok* pada 22 Julai 2016 mempersoalkan kewajaran Exco Hal Ehwal Agama Selangor mengarahkan semua masjid di Selangor mengadakan solat hajat memohon konsert Selena Gomez di Stadium Melawati, Shah Alam pada 25 Julai dibatalkan.
– *Damian Yeo Shen Li* mempersoalkan pada Februari 2016 sama ada dosa penganut Umat Islam terhapus bila menjejakkan kaki ke Makkah.
– Sindiran sama disuarakan pemimpin DAP Johor, *Suppiah Ramakrishnan* di media sosial pada Mac 2016 dan kemudian dipadamkan.
– *Nga Kor Ming*
pada Disember 2015 menyindir purdah yang dipakai oleh sebahagian wanita Islam sambil menyifatkan cadangan pramugari MAS memakai pakaian menutup aurat sebagai *‘pemimpin Melayu otak cacat’*
– *Datuk Ngeh Koo Ham* mengeluarkan kenyataan pada 7 Jun 2014, yang diikuti ucapan sama di Dewan Rakyat pada 11 Jun 2014 supaya umat Islam diberikan kebebasan keluar Islam.
– *Penentangan keras pemimpin DAP* terhadap cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah.
Sumber.
*"PKR..PAN..PPBM... renung2kan lah dan selamat berfikir....."*

Tentang Hutang Negara

LAGI-LAGI CERITA HUTANG NEGARA [SIRI 1] :*
HLN vs HKP ~ olahan semula oleh: Dato' Laksamana ®
HLN = Hutang Luar Negara
HKP = Hutang Kerajaan Persekutuan
……………
Sejak PENDEFINASIAN SEMULA dilaksanakan ke atas istilah HUTANG NEGARA agar selaras dengan definisi baru yang dikeluarkan oleh IMF bermula sejak akhir bulan Jun 2014 yang lalu, pihak pembangkang kelihatannya begitu suka MENGEKSPLOITASIKANNYA, dengan tujuan ingin memberikan gambaran negatif terhadap kecemerlangan pengurusan ekonomi negara terutamanya di bawah kepimpinan Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak.
Perkara yang sering dijadikan modal oleh pembangkang ialah jumlah hutang negara yang KONONNYA telah meningkat berlipat kali ganda sejak beliau (YAB PM) mengambil alih pentadbiran kerajaan persekutuan. Malah yang terbaru, ada pulak kelompok yang suka-suka mencipta teori sendiri, MENISBAHKAN JUMLAH HUTANG ISI RUMAH KEPADA KDNK, dan mendakwanya sebagai DEBT TO GDP RATIO yang selalu digunapakai sebagai indikator untuk mengukur kebolehlangsungan kegiatan ekonomi sesebuah negara. Bermacam jenis, pelbagai bentuk, FITNAH yang mereka cuba jelmakan semata-mata DENGAN TUJUAN MEMPERBODOH RAKYAT yang sudah sedia cerdik.
……………
Bagi menerangkan perihal takrifan baru ke atas istilah HUTANG NEGARA yang berubah sejak Jun 2014, perlulah terlebih dahulu diperjelas PERINCIAN serta PECAHAN item-item yang terkandung di dalamnya. Terdapat data-data yang menuntut perincian (decomposition), supaya dapat memberikan gambaran LEBIH TEPAT duduk perkara sebenar. Rata-rata artikel dan penulisan pembangkang dilihat sebagai TIDAK BERINTEGRITI dan SENGAJA mengelirukan pembaca.
Misalnya,
Hutang Negara / Hutang Luar Negeri (HLN)
Pembaca yang 'innocent' akan terfikir bahawa HLN ini adalah hutang Kerajaan Persekutuan (HKP) semata2. HLN = RM744.7b pd tahun 2014.
Ia terdiri daripada:
(a) hutang oleh bkn pemastautin, (42%)
(b) swasta (37%)
(c) NFPE (10%)
(d) Kerajaan Persekutuan (HKP) HANYALAH (2%) &
(e) Lain2 9%.
HKP yang kecil itu = RM16.8b atau HANYA 2% daripada jumlah hutang adalah sihat kerana outflow duit rakyat akibat hutang luar negara amatlah kecil.
Malah, kita juga sepatutnya melihat hutang dalam konteks yang lebih luas dan mengaitkannya dengan 'parameters/indicators' yang berkaitan.
Contohnya, hutang hendaklah juga dilihat dalam konteks TUJUANNYA dan KEUPAYAAN MEMBAYAR BALIK.
Pinjaman dibuat untuk pembangunan adalah sihat/baik untuk negara; bukan untuk mengurus atau penggunaan seperti pinjaman yang dibuat oleh kerajaan Kelantan.
Debt to GDP ratio masih di bawah threshold 55%. Perlulah pula diingat bahawa threshold ini adalah arbitrari. Eurozone misalnya, menetapkan 60%. Parameter ini penting untuk menawan keyakinan para pelabur.
Sebagai perbandingan parameter yg sama, USA 99%, Singapura 110%, UK 158% & Jepun 200%.
Perkara lain yang juga perlu diketahui adalah HANYA 2.9% daripada hutang itu datangnya dari luar negeri. Maka bayaran keluar atau outflow amatlah kecil.
Baki 97.1% sumber hutang itu adalah dari dalam negeri seperti KWSP. Justeru pencarum KWSP pula untung dari segi dividen yang terjamin.
Yang penting ialah kemampuan membayar balik. Walaupun hutang itu nampak besar tapi kerajaan MAMPU membayarnya.
Sebagai contoh, nisbah bayar balik hutang hanyalah 10.3%; (di bawah threshold 15% yang ditetapkan oleh kerajaan dan jauh di bawah paras nisbah 30% - 40% yang digunapakai untuk bayaran balik hutang isi rumah). Parameter / indikator ini kritikal.
Seterusnya, walaupun HKP meningkat tetapi hasil juga melonjak. Impaknya, DSN telah berjaya mengurangkan defisit fiskal dari 6.9% (2009) kpd 3.5% pada tahun 2014 dan, 3.3% pada thn 2015. Parameter ini mengukur kemampuan kerajaan menguruskan bajetnya.
Sebagai bandingan, defisit fiskal Spain 9.3%, Greek 12% & UK 12.8%.
Kombinasi parameter/indikator di atas menunjukkan kerajaan adalah 'financially prudent' dan kemampuan menguruskan kewangan serta hutang kerajaan berada di tahap mapan.
Akhir kalam, bersamalah kita membantu pemimpin kita dalam mentadbir negara kita untuk KITA. Yang tumbang kita sama-sama tegakkan, yang condong kita sama-sama tongkatkan.

Wednesday, March 26, 2014

Aznil Hisham wrote:

“HANDSHAKE” signal – Pemakan dedak apa tau ? (^_^)

Seorang sahabat pembangkang (Mhmmd Azri Bpsts) yg begitu takut nak add fren dgn aku, melontarkan persoalan berikut yg dia copy paste dari sebuah blog yahudi:

1. How can a new radar analysis be conclusive beyond any reasonable doubt without any evidence of a piece of physical wreckage found? Radar and satellite analysis has so far delivered no physical evidence.

2. What is the visual "proof" of this new analysis?

3. Why is this "new analysis" only available after 17 days after MH370 went missing?

Di bawah adalah jawapan aku, aku akan terangkan dalam bahasa yg cukup mudah untuk fahaman kalian.. (^_^)

--------
1. Apa yang aku nak terangkan adalah berdasarkan gambar di bawah. Ko orang kene tengok gambar tu, maka ko org akan faham apa yg aku cerita.. (^_^)

2. Apabila pesawat kita hilang dari “civil radar”, maka “military radar” dapat mengesan bahawa pesawat kita berpatah balik melalui Thailand hingga ke bahagian barat semenanjung Malaysia (gambar). Selepas itu, mana-mana millitary radar termasuk Malaysia, India, Vietnam, Pakistan dan China tidak dapat mengesan pergerakkan pesawat berkenaan. Dari sini kisah bermula .. teng teng teng… (^_^)

3. Inmarsat, adalah sebuah syarikat komunikasi satelit global yang terbesar. Ianya digunakan oleh pesawat untuk berkomunikasi dgn satelit apabila transponder dimatikan. Apabila transponder dimatikan, secara automatic signal akan dihantar dari pesawat ke satelit setiap satu jam.

4. Dengan kata lain, transponder pada pesawat MH370 dimatikan pada jam 1.21 am dan signal terakhir adalah pada 8.21 am. Ini bermakna terdapat 7 signal di hantar diantara pesawat ke satelit. Setiap signal yang di hantar di panggil “Handshake” signal atau Pings signal. Yang menarik, sesiapa tak boleh mematikan system ini kerana signal yg di hantar adalah dari enjin pesawat. Jika nak matikan signal ini, perlu di lakukan secara manual. Cabut enjin tu (^_^)

5. DS Najib menjelaskan bahawa, ini adalah “New analysis” dan pertama kali digunakan utk mengesan pesawat yg hilang. Ini sangat menarik.. (^_^)… sure ko orang teruja.. (^_^)

6. Ianya menggunakan kaedah yang di panggil “Doppler effect”. Doppler effect adalah perbezaan antara frequency dari satelit ke pesawat (f1) dan dari pesawat ke satelit (f2). Di bawah adalah persamaan nya:

Doppler effect = f1 – f2 ;

Dengan Doppler effect ini, kita boleh mengetahui lokasi pesawat berkenaan. Maka, lokasi terakhir adalah pada sudut 40 degree dari satelit. Malangnya, kita tak pasti sama ada ianya 40 degree ke utara ataupun 40 degree ke selatan.

7. Di sebabkan itu, maka inmarsat telah menggunakan satu “demo” menggunakan pesawat yang sama jenis seperti MH370. Dari situ, inmarsat boleh mengenal pasti frequency yang sebenar MH370. Dengan itu, pergerakkan pesawat kearah selatan di ketahui.

8. Harus diingat, satelit inmarsat yg berkomunikasi dengan MH370 adalah satelit 1990an yang mana ketika itu belum ada technology GPS. Maka mereka di inmarsat mengunakan pengiraan matematik secara manual.

9. Inilah “New Analysis” yang dikatakan itu. Bila dikatakan “new”, maka masa di perlukan dengan banyak untuk memastikan lokasi yang sebenar di samping terpaksa membuat “demo” dan pengiraan secara manual. Selepas itu, ianya perlu di “confirm” kan dengan satelit2 yang lain.

10. Sekarang, cuba lihat gambar di bawah, bulatan kuning adalah margin yg dikira dari baki minyak pesawat. Apabila dipadankan dengan pengiraan “Doppler effect” serta “handshake” signal, maka kita dapat ketahui bahawa lokasi terakhir pesawat adalah di Lautan Hindi.

11. Ini lebih dikukuhkan dengan penemuan objek, bukan sahaja dari satelit Australia malah dari China dan Perancis.

#Kesimpulan

Dari pengiraan Doppler effect + Handshake signal + Margin of aircraft fuel + 3 satellites object confirmation from Australia, China and Pakistan

= lokasi terakhir MH370 dikenal pasti. (^_^)

-------------
Untuk pengetahuan ko orang, yang dikatakan “New Analysis” itu adalah Doppler effect yang mana telah lama digunakan dalam bidang perubatan.

Untuk pengetahuan ko orang juga... (^_^).. ultrasound yang aku guna kat hospital… menggunakan principal yang sama untuk mencari pesawat MH370.. (^_^)

Dari Doppler effect/ Doppler shift/ frequency, maka aku dapat pastikan sama ada ko orang ada masalah jantung, injab, ketumbuhan organ dalaman, saluran darah tersubat dan sebagainya.

Malah, prinsipal yang sama di gunakan utk ultrasound yang digunakan pada ibu mengandung dan menentukan jantina anak serta keadaan bayi di dalam kandungan. Tara (^_^).. hebatkan..

Jika ko orang tak percaya dengan apa yang DS Najib katakana, maknanya ko orang sudah menafikan technology perubatan kini..

-------------
#Summary

1. Menafikan “new analysis” dalam pencarian MH370, bermakna ko orang menafikan technology perubatan terkini. Dengan kata lain, ko orang mmg percaya dengan BOMOH (^_^)

2. Bila aku bertanya pada penyokong BN, apa itu “Handshakes” signal, depa akan kata itu adalah isyarat “pings” antara pesawat dengan satelit… Pandai ko org.. (^_^)

3. Namun amat mendukacitakan, apabila aku bertanya kepada pemakan dedak, apa itu “handshake” signal… depa akan kata itu signal melancap apabila nampak org pakai baju PINK.. bodoh!



Tuesday, January 7, 2014

Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)

http://gst.customs.gov.my/ms/Pages/default.aspx


KENYATAAN RASMI S.S. MUFTI KERAJAAN NEGERI PERAK BERKAITAN ISU “ BUGHAH ” DAN “ HALAL DARAH ”

KENYATAAN RASMI S.S. MUFTI KERAJAAN NEGERI PERAK BERKAITAN ISU “ BUGHAH ” DAN “ HALAL DARAH ” 
Merujuk kepada laporan akhbar Berita Harian dan portal Malaysiakini bertarikh 2 Januari 2014 yang menyatakan di halaman utama bahawa Perhimpunan Haram Di Dataran Merdeka “Penderhaka”, peserta perhimpunan sebagai “Bughah” iaitu penderhaka terhadap pemerintah adil. Sementara di halaman 10 akhbar Berita Harian ditulis pernyataan “sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari Hukum Syarak dihalalkan golongan bughah”. Akhbar Sinar Harian bertarikh 5 Januari 2014 di halaman utama dan kedua juga sarat dengan pandangan saya berkenaan isu “Bughah” dan demonstrasi.
Kenyataan-kenyataan tersebut telah diterbitkan menerusi media arus perdana dan dikatakan menjadi polemic dan kecelaruan kepada masyarakat. Pada dasarnya, ianya adalah kenyataan daripada saya apabila ditemubual oleh wartawan akhbar Berita Harian dan Sinar Harian namun, kenyataan panjang saya kepada Berita Harian berhubung perkara tersebut dipendekkan malah difokuskan hanya kepada isu demonstrasi “ TURUN” sahaja. Sedangkan terdapat isu lain termasuk penganjuran Konsert di Ambang Tahun Baru “ditiadakan” sebagai bahan berita.
Diizinkan Allah saya dapat menatap isu dan berita perihal demonstrasi setiap kali ianya dianjurkan oleh pelbagai pihak di Malaysia. Setiap kali penganjuran demonstrasi dilaksanakan, maka saya akan dihubungi untuk memberi ulasan terhadapnya. Apa yang menggusarkan saya ialah apabila berlakunya demonstrasi dalam skala yang besar di negara ini maka, majoriti para pesertanya adalah orang Melayu yang beragama Islam. Maka, secara jelasnya akan berlaku pertembungan antara dua pihak yang mana kedua-duanya merupakan warga Muslim. Jika berlaku pertembungan tersebut sudah tentu ia akan menghasilkan kemudaratan ke atas pihak-pihak, disamping akan menguntungkan mereka yang berkepentingan dan yang menangguk di air yang keruh.
Nasihat dan peringatan
Oleh yang demikian, selagi diberi amanah saya tidak akan berputus asa untuk menegur dan mendamaikan kedua-dua kumpulan yang merupakan saudara- saudara saya. Sudah tentu ayat al Quran surah Al Hujurat ayat 9 menjadi panduan yang bermaksud :
“…Dan jika dua puak dari orang-orang beriman berselisihan, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya bersifat melampau (zalim), maka lawanlah puak yang melampau (zalim) itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah diantara keduanya dengan adil (menurut hokum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil…” .
Sebab penurunan ayat ini dengan satu riwayat daripadanya ialah perbalahan yang ditimbulkan oleh Abdullah bin Ubai yang menyemarakkan perbalahan dengan mengatakan bahawa kencing himar Rasulullah ketika Baginda SAW menziarahi Sa’ad bin Ubadah telah menyakiti beliau.
Dalam riwayat yang lain pula merekodkan perbalahan itu berlaku sesama golongan ansar.( tafsir Ibn Juza)
Saya berpandangan bahawa syarat “syaukah” yang sering dikaitkan dengan bughah masih dijadikan perbahasan seperti yang terkandung dalam kitab-kitab feqh contohnya kitab nihayatul Muhtaj.
Dalam kes Abu Bakar al Siddiq memerangi orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat juga memberi gambaran kepada kita bahawa tindakan memerangi mereka juga diambil walaupun golongan ini tidak mempunyai senjata namun ia didokong oleh sekumpulan manusia yang mempunyai bilangan ramai dan munasabah mencetuskan suasana tidak aman kepada pemerintahan.
Pembentukan negara kita berasaskan sistem demokrasi berparlimen. Rakyat diberi hak untuk menentukan pemimpin yang mereka kehendaki berdasarkan sistem pilihanraya. Oleh itu, adalah tidak wajar sama sekali rakyat dihasut untuk mencari mekanisme yang lain bagi menyatakan ketidakpuasan hati kerana negara ini mempunyai instrumen yang diakui untuk menyampai hasrat rakyat seperti parlimen, Dewan Negara, Dewan Undangan Negeri ataupun mahkamah. Tanpa menafikan hak rakyat untuk berhimpun secara aman sepertimana yang dilaungkan namun, rantaian demonstrasi yang telah berlaku mencatatkan sebaliknya. Telah timbul kebimbangan kepada rakyat di sekitarnya kerana kemudaratan lebih terhasil daripada manfaat.
Larangan memberontak
Saya menekuni hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas’ud r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“ Sesungguhnya akan timbul selepas aku sifat pentingkan diri ( daripada pemimpin-pemimpin kamu) dan perkara-perkara yang kamu ingkar ”. Sahabat bertanya , “ Wahai Rasulullah ! Apakah yang engkau perintahkan kepada kami? Jawab Baginda SAW “ Kamu hendaklah menunaikan hak yang diwajibkan ke atas kamu dan mintalah hak kamu daripada Allah ”.
Imam Al Nawawi menyatakan bahawa terdapat dorongan di dalam hadis ini untuk dengar dan taat sekalipun pemerintah adalah zalim. Sebagai rakyat, seseorang itu perlu memberikan hak pemimpin iaitu ketaatan dan tidak memberontak, bahkan dia perlu merendahkan diri kepada Allah dalam usaha menghapuskan kemudaratan pemimpin, menolak kejahatannya dan berusaha untuk membaikinya. Ini bertepatan dengan saranan Nabi Nabi SAW bahawa cara teguran terbaik adalah secara bersemuka
“Se afdhal-afdhal jihad ialah memperkatakan kebenaran di hadapan pemimpin yang zalim” (HR Abu Daud)
Antara adab penting yang wajib diambil kira dalam menasihati pemimpin ialah member nasihat secara sembunyi, bukan secara terang-terangan berdasarkan hadith:
“Sesiapa yang ingin menasihati pemerintah berkenaanh sesuatu urusan maka janganlah dizahirkan secara terang-terangan tetapi hendaklah meminpin tangannya ke tempat yang sunyi sekiranya dia menerima nasihat maka niatnya telah tercapai tetapi sekiranya ia enggan menerima nasihat maka sesungguhnya orang yang memberi nasihat telahpun melaksanakan tugasnya .(HR Imam Ahmad)
Imam Ibnu Hajar Al Asqolani merakamkan dalam kitab Fathul Bari bahawa “ para Fuqaha telah sepakat atas kewajiban untuk mentaati pemimpin yang berkuasa dan untuk berjihad bersamanya. Ketaatan kepadanya lebih baik daripada memberontak kerana dapat mengelak daripada tercetusnya pertumpahan darah dan memberi ketenangan kepada orang ramai ”.
Belum pun ditinjau dari sudut istilah syara’, perkataan bagha dari sudut bahasa sudah pun membawa maksud kerosakan, melampaui batas, hasad dan kezaliman. (Maqayis lughah, Mukhtar al Sihah dan lisan al arab). Laporan Berita Harian hanya melaporkan pandangan saya tentang kerisauan saya tentang kesan bagha para penunjuk perasaan walhal saya juga membuat teguran yang sama kepada perbuatan bagha penganjur pesta maksiat sempena sambutan awal tahun.
Jika dikatakan demonstrasi adalah cara terbaik untuk menggerakkan kerajaan yang lalai, maka saya fikir itu bukanlah cara yang bersesuaian kerana saya tidak rela dengan apa yang berlaku di Mesir di mana kerajaan yang sah digulingkan secara kekerasan berpunca daripada demonstrasi yang menyebabkan ribuan nyawa terkorban. Apa yang merisaukan saya adalah sekiranya demonstrasi ini menjadi tindakan biasa dan jalan pintas terhadap sebarang ketidakpuasan hati segelintir rakyat. Maka, keamanan dan kestabilan ekonomi, politik dan masyarakat tidak akan berlaku. Seperti dimaklumi, mekanisme menurunkan kerajaan secara aman telah disediakan secara terhormat dan demokratik serta telah terbukti mampu dibuat secara aman damai. Buktinya ialah terbahaginya negeri-negeri di Malaysia ini di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.
Kerisauan saya ini saya zahirkan dengan mungulangi ketetapan para ulama yang menggambarkan betapa usaha menjatuhkan kerajaan yang sah secara kekerasan itu sangat bahaya kepada kesatuan ummah bahawa golongan bughat ini boleh diperangi setelah diajak berdamai seperti direkodkan dalam berbagai kitab termasuk al fatawa al kubra karangan Ibn Taimiyyah.
Semoga tanah air kita terselamat dari golongan ini dan menyelamatkan kita semua.
Saya menyeru semua umat Islam berhati-hati dari terjebak menjadi ‘ayam laga’ kepada pihak-pihak yang berkepentingan melalui perkakas-perkakas media dan sebagainya kerana mereka sangat irihati jika umat Islam bersatu dan bersepakat. Ingatlah pesanan dan ancaman Rasulullah SAW :
Jika datang kepada kamu sekumpulan manusia dengan seorang pemimpin yang bertujuan untuk merobek kekuatan kamu dan memecahbelahkan Jemaah kamu maka bunuhlah ia. (Hadith Riwayat Muslim)
Hadith ini sebagai peringatan serius Nabi SAW agar dikekalkan penyatuan ummah dan segala usaha memecahbelah umat patut ditangani secara tegas dan tuntas.
Kesimpulannya, sekiranya berlaku percanggahan pandangan terhadap isu ini , ianya merupakan pemahaman dan penilitian saya terhadap isu dan kaitannya dengan reality semasa di Negara ini. Saya tiada niat lain kecuali mencari redha Allah dan melihat perpaduan umat Islam terus terpelihara khususnya dalam menghadapi cabaran-cabaran semasa.

Friday, December 13, 2013

JURUTERA MENJAWAB KRITIKAN TERHADAP PROTON

APABILA Proton mengumumkan model terbaru Perdana, ramai yang respon dengan negatif terhadap rupa bentuk model tersebut yang mirip Honda Accord.

Seperti biasa, cemuhan demi cemuhan dilemparkan kepada Proton di atas pengeluaran model ini. Saya suka untuk memberi pandangan berdasarkan beberapa fakta berikut:

1- Saya kurang senang mendengar kritikan serta cemuhan terhadap Proton ini, tatkala pada masa yang sama apabila Kia mengeluarkan model seakan Audi, ramai yang memuji, juga tatkala Honda mengeluarkan model Accord 2011 yang seakan Audi, ramai juga yang memuji dan membelinya. Bahkan Mazda 6 tahun 2013 juga mirip Lexus, tiada pula yang mencemuh. Mentaliti sebegini wujud sifat dualisma, di mana berlakunya tindakan pilih kasih dalam kritikan.

2- Proton Suprima S adalah satu contoh model yang direka sendiri. Tidak meniru hasil orang lain. Namun bagaimanakah prestasi jualannya? Tidak memberangsangkan. Pengkritik tetap membandingkan Proton dengan Honda, Kia Rio dan seumpamanya. Tapi apabila model yang dikeluarkan mirip Honda, mereka mengutuk pula. Perkara ini saya membuatkan saya tidak faham.

3- Ramai pengkritik tidak memahami hakikat industri automotif yang ‘super-kompetetif’. Kilang Mitsubishi di Australia pada tahun 2006 pernah ditutup selama empat minggu kerana tiada permintaan. Majikan lama saya, Ford Australia di Geelong baru-baru ini telah mengisytiharkan mereka akan menutup kilang mereka mulai tahun 2016 kerana mengalami kerugian yang cukup besar, di mana mereka telah mengumpul kerugian sebanyak AUD$600 juta sejak 5 tahun kebelakangan ini. Ford telah bertapak di Australia selama 90 tahun, jadi bagaimanakah pula agaknya Proton yang hanya 1/3 usia berbanding Ford Australia berdepan dengan cabaran ini?

4- “Rebadging” atau penjenamaan semula bukanlah sesuatu yang aib dalam industri automotif. Pengeluar kereta terbesar dunia, General Motors (GM), telah melakukan strategi ini terhadap puluhan model kenderaan mereka. Cuba bandingkan Chevrolet Tahoe dengan Cadillac Escalade, dan Chevrolet Lumina dengan Holden Redline, kita akan nampak jelas bahawa perbezaannya hanya pada lambang jenama dan hiasan dalaman. Benar, jenama-jenama ini di bawah satu syarikat yang sama iaitu GM, namun dari sudut strategi, tidak ada bezanya antara kedua ini. Bahkan kritikan yang sama tidak pula diberikan kepada Perodua di atas strategi mereka “rebadging” model Myvi dan Daihatsu/Toyota, hanya kerana mereka ada kerjasama rasmi dengan Toyota. Model Perdana yang baru ada kerjasama dengan Honda bahkan Saga yang pertama dahulu pun ada kerjasama dengan Mitsubishi. Kritikan yang “pilih kasih” menyebabkan Proton menjadi ibarat “punching bag”. Buat apa pun dikira salah.

5- Mungkin yang terbaik ialah tutup sahaja Proton, agar tidak ada lagi “punching bag” tempat melepas geram dan kemarahan. Mungkin yang terbaik ialah rakyat Malaysia hidup seperti negara Timur Tengah yang hanya menjadi pelanggan kepada jenama-jenama kereta terbaik dunia. Tak payah susah-susah buat kereta sendiri.

Namun saya rasa seandainya Proton ditutup, akan wujud laungan kemarahan yang baru iaitu “Mengapa Malaysia tidak ada kereta sendiri?”

Akhir kata, saya mengharapkan satu perubahan dalam mentaliti sesetengah rakyat Malaysia. Buat pengetahuan semua, saya sendiri tidak pernah membeli Proton, tetapi saya mengambil sikap berpada-pada dalam kritikan dengan mengetahui besarnya cabaran syarikat kecil Proton dalam persaingan industri automotif dunia. Dengan cabaran masa kini, Proton tak “bungkus” pun dah kira mujur.

Ya betul, jika anda tidak menyukai Proton atau merasakan Proton tidak sesuai dengan gaya hidup anda, tak perlulah membelinya. Tindakan anda tidak membeli Proton telah pun memberi mesej jelas “Saya tak suka Proton”. Namun, yang saya kecewa ialah sikap sesetengah insan yang sudahlah tidak membeli Proton, malah melemparkan cemuhan dan kebencian yang amat kepada Proton, sehinggakan orang yang asalnya ingin membeli Proton pun tak jadi membelinya. Ini ibarat mencurah cuka ke dalam luka.

Engr. Hj Norzafry B Norhalim
Mantan Presiden Pembina

Norzafry adalah seorang jurutera muslim berjiwa besar, merupakan graduan kejuruteraan di sebuah universiti di Australia. Kini berkhidmat di salah sebuah syarikat besar di Arab Saudi. Pernah menjadi Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) bagi tahun 2011/2012

Monday, November 11, 2013

KE MANA HILANGNYA SAHAM BUMIPUTERA RM52 BILLION ? ;MENJAWAB HUJAH PENCACAI PAKATAN.

by NOR AZIZUDDIN ABDUL MANAN

1. Saya terpaksa merentas masa untuk menjawab satu persoalan yang sudah basi tetapi dicanangkan semula oleh pencacai Pakatan. maybe dek penangan PRK N.20 DUN Sg. Limau yang menampakkan bibitkan kekalahan Pakatan yang BELUM didaftarkan dengan R.O.S.

2. Isunya ialah kemana hilangnya pegangan saham bumiputera RM52 Billion ?, isu ini dibangkitkan oleh MP Bagan, Lim Guan Eng tahun lepas dalam sidang Parlimen ke-12.

3. Sebelum saya meneruskan perbahasan seringkas ini, saya mohon anda untuk memahami, apakah itu IPO (Initial Public Offer). Saham IPO ialah Initial Public Offering atau Saham Terbitan Awal. Sebelum sesuatu saham itu disenaraikan di Bursa Malaysia, saham tersebut akan ditawarkan kepada pihak2 seperti berikut ; i.Pelabur Bumiputera yang dikenalpasti oleh MITI, ii. Pelabur Institusi, dan iii. Orang Awam yang BERKEMAMPUAN. Harga tawaran akan dinyatakan dimana harga tawaran kepada pihak institusi adalah berbeza dari harga tawaran kepada orang awam. Prospektus sesuatu saham IPO itu akan hanya dikeluarkan semasa tawaran kepada orang awam dibuat. Siapa yang layak memohon saham IPO ?, jawabannya ada disini : http://www.faizalyusup.net/search?q=Saham+Bumiputera

4. Dalam ertikata lain, sebenarnya, saham bumiputera yang dikatakan "hilang" itu bukannya hilang tetapi saham yang berbentuk saham bebas, boleh dibeli (jika mampu) dan boleh dijual semula, namun begitu semasa saham2 ini dibuka, ramai pemegang saham itu (khasnya bumiputera) telah dijual semula oleh pemegang-pemegang saham yang terdiri daripada 3 pihak yang saya nyatakan diatas. Fakta seterusnya, saham2 berkenaan sebenarnya diagihkan sepanjang Dasar Ekonomi Baru (DEB) dijalankan bukannya saham yang dibuka mengikuti masa2 tertentu. 

5. Memandangkan isu ini dibangkitkan oleh Lim Guan Eng dan diikuti pula sekelian pencacainya, yang menuduh kononnya RM54 billion saham bumiputra diperuntukan tetapi hanya 2 billion yang tinggal manakala bakinya 52 billion lesap,siapa yang dapat tidak menjadi persoalan sedangkan saham amanah seperti ASN/Saham wawasan pun melayu tak beli,inikan pula saham syarikat senaraian awam,lihat contoh bagaimana kaum lain menghabiskan kuota bukan bumiputera hingga terlebih langgan. Saham yang dibeli,apabila harga telah meningkat maka pemegang saham bebas untuk menjualnya,adakah ini dikatakan skandal?. Bezanya cuma pemegang saham bumiputra tidak mempunyai ketahanan untuk mengekalkan pegangan kerana mahu mengaut keuntungan. Saham bukannya seperti lot rumah bumiputera yang tidak boleh bertukar tangan kepada pemilikan bukan bumiputera apabila dijual.

6. Lim Guan Eng ternyata cuba memanipulasi fakta bombastik ini untuk menghasut dan membangkitkan kebencian.Beliau berasakan amat mudah memperbodohkan orang melayu kerana kaum ini cukup malas untuk berfikir hanya tahu menerima maklumat mentah mentah tanpa berusaha untuk menyelidikinya. Alangkah bagusnya jika Lim Guan Eng mendedahkan siapakah penerima "Pink form saham saham bumiputera" paling banyak dinegara ini daripada menyalak dan berbohong kepada rakyat. Barangkali beliau boleh rujuk kepada Anwar bekas menteri kewangan dahulu dan Azmin kerana mereka berdua yang menguruskan siapa yang patut duduk didalam syarikat senaraian awam sebagai proksi mereka. Rujuk sini : http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2009/11/skandal-rm8juta-azmin-dokumen-saham.html

7. Peranan Permodalan Nasional Berhad : Dalam mengatasi sebarang bentuk permasalahan dalam agihan Saham IPO dalam DEB, maka Kerajaan mengambil satu inisiatif dengan menubuhkan Permodalam Nasional Berhad (PNB) yang menjadi organisasi dalam observer dan superivasi dalam pengendalian saham-saham yang diperuntukkan. Maklumat lanjut disini :http://www.pnb.com.my/about/about_us.cfm?cat=1&subcat=1

8. Peranan EKUINAS : Selain tindakan Kerajaan menubuhkan PNB pada tahun 1978, Kerajaan turut juga menubuhkan EKUINAS untuk memastikan kelangsungan ekuiti Bumiputera dalam Syarikat-syarikat milikan awam dan tidak terbabas daripada aktiviti pasaran bebas saham yang semakin mencabar. Memandangkan EKUITI Bumiputera masih tidak mencapai sasaran yang diharapkan, kerajaan tidak berputus asa dengan menubuhkan EKUINAS. EKUINAS sebenarnya memainkan peranan yang lebih mendalam berbanding PNB dengan dua objektif utama iaitu objektif kewangan dan objektif sosial. Dalam objektif kewangan EKUINAS mensasarkan kadar pulangan dalaman minimum bumiputera (IPP) sebanyak 12% setahun dan sasaran 20% IRR sepanjang portfolionya. Bahkan juga EKUINAS menjadi "main stake player" dalam membantu pegangan syarikat2 bumiputera dalam kelestarian pasaran bebas saham. Bahkan penubuhan Ekuinas oleh kerajaan mungkin boleh menjadi sebahagian dari penyelesaian kepada kelemahan yang wujud di kalangan pelabur bumiputera. Ia akan menjadi satu instrumen untuk meningkatkan pegangan ekuiti bumiputera, fungsi yang gagal dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) sehingga menyebabkan ia tidak berganjak daripada paras 19 peratus selama 19 tahun.

9. TERAJU : Dalam menambahkan kompetensi kemapanan saham-saham dan ekonomi Bumiputera khasnya, kerajaan menubuhkan satu lagi entiti memperkasakan kedayasaingan ekonomi bumiputera iaitu TERAJU. Jika EKUINAS berperanan dalam aspek pengurusan ekuiti bumiputera, TERAJU pula menjadi "Mainstay Tapioca" dalam ekonomi Bumiputera. Kedua-duanya saling berkait.

10. Adalah sangat tidak adil dengan menyalahkan pihak Kerajaan semata-mata dalam isu "kehilangan" saham Bumiputera RM52 Billion walhal, kenapa TIDAK juga dipertanggungjawabkan kepada pemegang dan pembeli saham-saham berkenaan ?. 

11. Dalam pada masa yang sama, pencacai Pakatan juga harus dipertanggungjawabkan atas TIGA persoalan berikut ;

11.1 KEMANA HILANGNYA RM3.5 JUTA TABUNG MEMALI ?

11.2 KEMANA HILANGNYA RM44 JUTA PELABURAN KOHILAL ?

11.3 KEMANA HILANGNYA RM3 BILLION MENURUT SD DATO MURAD ?

12.Kesimpulannya ; Pertuduhan Pemimpin Pakatan khasnya dan sekelian pencacai mereka amnya, untuk mencari salah pihak Kerajaan sebenarnya membuka pekung mereka sendiri ibarat "Penyu bertelur beratus-ratus biji, diam menyepi, sedangkan ayam bertelur sebiji riuh sekampung". Benar juga kata pepatah, "Menepuk air didulang, tapi terpercik ke muka sendiri". Wahai Malaikat Maut kembali, saya sudah menjawab hujah anda !. Allahumma Asyhad !.

Bacaan lanjut : 
TAWARAN AWAM PERMULAAN : TINJAUAN PRETASI SEPANJANG DEKAD
http://repo.uum.edu.my/1396/1/Nasruddin,_Engku_Ngah,[1].pdf