Sunday, January 27, 2013

Q & A ROYALTI MINYAK KELANTAN


Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad page wrote:

FAQ : Isu Tuntutan Royalti Minyak (Versi Ringkas)

Soalan 1
Mengapa artikel ini dibuat ?
Jawapan
Artikel ini adalah versi ringkas untuk fakta-fakta mengenai isu tuntutan royalti minyak. Versi panjang yang beserta dengan sumber rujukan boleh dilihat disini. 
(chewal.blogspo­t.com)

Soalan 2
Kenapa Akta Petroleum 1974 ditandatangani ?
Jawapan
Akta Petroleum 1974 adalah merujuk kepada penyerahan hak eksplorasi,eksp­loitasi dan carigali minyak oleh negeri-negeri kepada Petronas secara mutlak tanpa boleh dibatal.

Soalan 3
Apakah yang dimaksudkan dengan penyerahan hak oleh negeri- negeri kepada Petronas?
Jawapan
Ini bermaksud, penyerahan hak yang dimiliki oleh negeri.Negeri memberikan hak yang dimiliki oleh negeri yang berada dalam kawasan pantai atau diluar pantai negeri kepada Petronas.

Soalan 4
Sebagai balasan,apa yang kerajaan negeri dapat daripada Petronas?
Jawapan
Menurut Akta Petroleum 1974, minyak diambil dari dalam pantai atau diluar pantai negeri akan diberi bayaran tunai.

Soalan 5
Apakah dia sempadan atau kawasan hak negeri ?
Jawapan
Sempadan atau kawasan yang menjadi hak negeri adalah seperti yang digariskan oleh Kanun Tanah Negara 1965 yang meliputi semua kawasan tanah dan perairan yang dihadkan kepada had perairan wilayah (territorial waters) kecuali kawasan-kawasan­ tertentu seperti tanah rizab dan sebagainya.

Soalan 6
Macam mana nak tahu apakah sempadan perairan wilayah (territorial waters) ?
Jawapan
Sempadan perairan wilayah(territo­rial waters) disebut dalam Ordinan Darurat 1969 yang digunapakai sehingga December 2011 dan Akta Perairan Wilayah (Akta 750) yang menggantikan ordinan darurat yang bermula pada Jun 2012. Sempadan hak negeri adalah kawasan perairan yang tidak melebihi 3 batu nautica.

Soalan 7
Kalau diluar 3 batu nautica, adakah ianya hakmilik negeri ?
Jawapan
Tidak, Ianya menjadi hakmilik kerajaan persekutuan yang mana perairan wilayahnya adalah sehingga 12 batu nautica dan diikuti pula dengan zone ekonomi eksklusif negara sehingga 200 batu nautica.

Soalan 8
Kalau ianya bukan hakmilik negeri, bolehkah negeri menuntuk bayaran tunai seperti yang tertulis dalam Akta Petroleum 1974?
Jawapan
Tidak. Ini kerana penyerahan hak yang dibuat oleh negeri adalah hanya kawasan dibawah hak negeri. Anda hanya boleh memberi hak kepada orang lain apa yang menjadi hak anda.

Soalan 9
Kenapa Kelantan diberi wang ehsan?
Jawapan
Kelantan diberi wang ehsan adalah diatas budibicara kerajaan pusat yang berbesar hati memberi sumbangan wang untuk kegunaan rakyat kelantan.

Soalan 10
Adakah Terengganu layak mendapat wang royalti?
Jawapan
Tidak, Terengganu juga tidak layak mendapat bayaran tunai kerana tempat mencarigali adalah diluar kawasan hak milik Terengganu.

Soalan 11
Kenapa Terengganu mendapat royalti sebelum ini yang kemudiannya ditukar kepada wang ehsan dan kemudian kepada royalti semula ?
Jawapan
Sama seperti Kelantan, bayaran ini adalah atas budibicara kerajaan pusat. Samada royalti atau wang ehsan, ianya merujuk kepada perkara yang sama iaitu bayaran tunai.Cuma berbeza terminologi.

Soalan 12
Apa beza royalti dengan wang ehsan
Jawapan
Kedua-duanya adalah bayaran tunai. Yang membezakannya adalah, royalti diberi kepada kerajaan negeri dan wang ehsan disalurkan terus kepada rakyat melalui JPP (Jabatan Pembangunan Persekutuan). Ianya adalah entiti kerajaan persekutuan di negeri-negeri untuk urusan pembangunan negeri.

Soalan 13
Bagaimana pula dengan Sabah dan Sarawak? Mengapa mereka diberi bayaran royalti?
Jawapan
Sabah dan Sarawak mempunyai perjanjian lain yang telah ditandatangani tidak dipunyai oleh mana-mana negeri di Semenanjung yang membolehkan mereka mendapat bayaran royalti. Perjanjian ini adalah salah satu keistimewaan semasa kemasukan mereka ke Malaysia.

Soalan 14
Kenapa kerajaan negeri Kelantan melabelkan kerajaan pusat sebagai zalim kerana merampas haknya?
Jawapan
Mereka berbuat demikian, mungkin kerana terpedaya dengan hasutan yang mengatakan minyak yang dijumpai adalah hakmilik mereka sedangkan minyak itu dijumpai diluar sempada negeri mereka.

Soalan 15
Adakah pimpinan Pakatan Rakyat tahu mengenai sudut perundangan ini?
Jawapan
Berdasarkan tindakan Anwar Ibrahim mahu membuat pindaan terhadap Akta Kemajuan Petroleum 1974 dengan memasukkan kawasan zon ekonomi eksklusif sebagai kandungan perjanjian membuktikan pimpinan Pakatan Rakyat tahu mengenai peruntukan undang-undang dalam hal ini. Ini membuktikan mereka sedar bahawa berdasarkan kebenaran fakta undang-undang, kawasan carigali itu bukanlah hakmilik kerajaan negeri.

Soalan 16
Bagaimana nak selesaikan kemelut ini?
Jawapan
Sekiranya kerajaan negeri sedar akan hakikat bahawa kawasan penemuan minyak itu bukan milik mereka, mereka seharusnya menggunakan pendekatan yang lebih baik untuk memohon pertimbangan budibicara kerajaan pusat untuk menambah peruntukan wang ehsan atau memohon dengan cara baik agar wang ehsan itu
disalurkan kepada kerajaan negeri seperti yang dinikmati oleh kerajaan Terengganu. Sekiranya pendekatan yang baik,berbudi bahasa dan penuh hikmah digunakan, InsyaAllah, kerajaan pusat mungkin boleh mempertimbangka­nnya.

MALAYSIA YANG HEBAT DI BAWAH KEPIMPINAN BN


Fauzi Abd Rahim wrote:
1. Saya ingin memberi perhatian kepada kritikan pembangkang bahawa kononnonnya kerajaan tidak cekap dalam menguruskan Negara, khususnya berkaitan dengan pengurusan kewangan dan fiskal.

2. Diakui kerajaan BN tidaklah sempurna atau perfect tetapi, berdasarkan a basket of indicators, ia jauh lebih baik daripada banyak Negara di dunia ini berdasarkan outcome yang diharapkan oleh rakyat dari segi:

2.1 Pertumbuhan GDP – Malaysia = 5.1% banding dengan Negara-negara lain yang lebih rendah atau menguncup seperti USA, Germany, Euro Zone dan Singapura;

2.2 Kadar pengangguran – menikamati guna tenaga penuh bertahun-tahun manakala banyak Negara bergelut dengan masalah pengangguran yang tinggi seperti Jepun, China, USA dan Euro Zone;

2.3 Kadar kemiskinan – hanyalah 3.8% sedangkan banyak negara terus dicengkam kemiskinan seperti USA (15%), China (36%), Indonesia (50%) dan India (75%);

2.4 Kadar inflasi – rendah / sederhana (1.4%) berbanding dengan Negara-negara lain melebihi 4% seperti Indonesia, China dan India;

2.5 Keamanan – berdasarakan Global Peace Indeks, Malaysia di kedudukan no.2 di Asia;

2.6 Kebahgiaan – berdasarkan World Hapiness Index, kedudukan Malayasia no. 4 di Asia.

2.7 Kemakmuran – berdasarkan Legatum Prosperity Index, kedudukan Malayasia no. 6 di Asia.

3. Agar seimbang, pada hemat saya, bajet wajar dilihat dari segi (a) pendapatan kerajaan (sumbangan rakyat) dan perbelanjaan (kehendak rakyat), (b) suasana ekonomi global (permintaan luar) dan suasana ekonomi dalam negeri (permintaan domestik), (c) pertumbuhan serta agihan, (d) keseimbangan antara kepentingan individu dan kepentingan Negara serta (e) pertumbuhan mapan yang turut mengambil kira tuntutan jangka pendek, sederhana dan panjang. Diharaplah cadangan dan kritikan mengambil kira tuntutan yang kadangkala berkonflik ini.

4. Ramai telah memuji YAB DS Mohd Najib selaku Menteri Kewangan I tentang kehebatan Bajet ini dan dijangka ramai lagi akan menyokong beliau. Tetapi bagi kawan-kawan kita di sebelah sana, mereka akan terus memutarbelitkan­ fakta. Mereka akan terus bersikap negatif dan destruktif kerana mereka mungkin telah ditakdirkan dan dilahirkan sedemikian.

5. Kembali kepada isu yang hendak saya beri perhatian – pengurusan kewangan dan fiskal Negara. Dalam konteks ini, yang sering kita dengar ialah pihak pembangkang menimbulkan isu hutang Negara, seolah-olah kerajaan BN tidak pandai menguruskannnya­ dan Negara akan bankrupt.

6. Dalam konteks ini, teras dasar kerajaan ialah meneruskan konsilidasi fiskal (Fokus Ke 4):

6.1 meneruskan langkah perbelanjaan berhemah;

6.2 nilai untuk wang (value for money);

6.3 sasaran pulangan perbelanjaan yang lebih baik;

6.4 jabatan kerajaan bertanggungjawa­b ke atas barangan dan perkhidmatan yang diperolehi; dan

6.5 paras hutang kekal mapan iaitu tidak melebihi had berhemah melalui:

(a) pelaksanaan dasar makrofiskal yang baik,

(b) kepatuhan kepada peraturan fiskal, dan

(c) strategi pengurusan hutang yang berhemah.

7. Untuk memberikan gambaran yang lengkap, sekurang-kurang­nya aspek-aspek ini hendaklah diambil kira:

7.1 Hasil kerajaan,

7.2 Perbelanjaan kerajaan,

7.3 Hutang kerajaan,

7.4 Tujuan kerajaan berhutang,

7.5 Kemampuan kerajaan membayar balik,

7.6 Defisit fiskal, dan

7.7 Rizab antarabangsa.

8. Hasil kerajaan terus meningkat dari RM158.6B (2009) kepada RM208.7B (2013) atau 31.6% dalam tempoh tersebut.

9. Perbelanjaan kerajaan pula meningkat dari RM206.6B (2009) kepada RM249.7B (2013) atau 20.9% dalam tempoh yang sama.

10. Kadar kenaikan hasil (31.6%) yang lebih tinggi daripada kadar kenaikan perbelanjaan (20.9%) merupakan salah satu bukti kerajaan meneruskan langkah perbelanjaan berhemah.

11. Hutang Kerajaan Persekutuan (HKP):

11.1 benar HKP pada akhir 2012 dianggarkan berjumlah RM502.4B atau 53.7% darpada nilai GDP dan ianya menghampiri siling 55% yang ditetapkan.

11.2 Namun hutang ini adalah sihat kerana:

(a) Ia adalah untuk pembangunan yang boleh merangsang kemajuan dan menjana pendapatan; bukan untuk operasi / penggunaan (consumption);

(b) 96.5% daripada HKP adalah hutang domestik; hanya 3.5% daripada jumlah hutang tersebut adalah hutang luar Negara atau 1.9% daripada GDP. Bermakna (i) tidak banyak berlaku aliran wang keluar dan (ii) peminjam dalam negeri seperti KWSP (para pencarum – pekerja) mendapat pulangan yang reliable dan stable.

12. Hutang Luar Negara (HLN)

12.1 meningkat 4.7% dari RM257.4B (2011) kepada RM269.5B (2012); ia hanyalah 28.8% daripada GDP;

12.2 HLN kita lebih rendah dari banyak Negara seperti Singpaura 110%; Itali 120% dan Jepaun 200%;

12.3 HLN mengandungi hutang sektor swasta dan HKP. HKP amatlah kecil – hanyalah RM17.9B atau 6.6% daripada jumlah HLN;

12.4 HKP menurun dari RM18.1B (2011) kepada RM17.9B (2012).

13. Kemampuan membayar balik

13.1 HKP – Kerajaan mampu membayarnya. Bukti:

(a) Nisbah bayaran khidmat hutang kekal terurus – hanya 9.9% daripada jumlah hasil; masih di bawah threshold 15% daripada jumlah hasil;

(b) Jumlah HKP (53.7%) tidak melebih 55% daripada GDP;

(c) Defisit keseluruhan telah dapat diturunkan 15.6%, dari RM47.4B (2009) kepada RM40B (2013);

(d) Defisit fiskal telah dapat diturunkan dari 6.7% (2009) kepada 4.5% (2012) banding dengan Negara-negara lain yang melebihi 10% seperti Greek, UK dan Sepanyol; dan

(e) Nisbah khidmat hutang luar negeri Kerajaan Persekutuan amatlah rendah – 0.2% (2012), menurun dari 0.8% (2011).

13.2 Jumlah HLN

(a) Nisbah khidmat jumlah hutang luar negeri di tahap yang mapan –10.5%;

(b) Rizab Antarabangsa pada akhir Jun 2012 sebanyak RM428.8B; ia mampu untuk membayar 3.9 kali hutang luar negeri jangka pendek.

14. Gambaran komposit ini membuktikan Kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang cekap dan effisien dalam menguruskan kewangan Negara demi kepentingan rakyat. Bukan seperti yang cuba digambarkan oleh para pembangkang yang sakit. Namun ia akan terus memperkukuhkan (consolidate) lagi kedudukan fiskal dan kewangan Negara, sepertimana yang telah dilakukan selama ini. Salah satu rantaian usaha itu ialah menurunkan lagi defisit fiskal kepada 4.0% pada tahun depan berbanding 4.5% pada tahun ini.

15. Yang demikian, adalah wajar sekali rakyat terus memberikan mandat kepada BN untuk mentadbirkan Negara ini. Sekali-kali BUKAN kepada PR kerana Anwar Ibrahim, sebagai Menteri Kewangan, telah terbukti GAGAL mengemudikan krisis kewangan Negara. Sejarah pahit ini dan peranan beliau sebagai alat kepada musuh Negara, demi kerakusan cita-cita untuk menjadi PM, sudah diketahui umum.

16. Saya yakin rakyat bijak membuat pilihan demi kebaikan masa depan anak cucu masing-masing.

BIODATA NABI MUHAMMAD SAW


BIODATA RASULULLAH S.A.W

1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M
(dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera
bergajah Abrahah yang menyerang kota Mekah)

3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
4. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W

1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zam’ah
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W

USIA 5 TAHUN
* Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN
* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
* Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
* Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
* Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
* Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
* Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
* Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
* Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
* Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
* Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
* Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
* Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
* Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
* Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
* Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

KONTROVERSI LAWATAN PM KE GAZA


Kontroversi lawatan PM Najib ke Gaza..
===============­===

1. Malaysia x boleh mengiktiraf hamas..hamas bukan sebuah negara....hamas­ sebuah petubuhan shj..

2. Perjuangan bukan utk partubuhan hamas....perjua­ngan itu utk negara palestine...

3. Malaysia tidak diperuntukan undang2 dn kuasa utk memwartakan pertubuhan hamas lebih besar drpd negara palestine.

4. Gagasan perjuangan palestine ialah plo...

5. Semua pertubuhan dipalestine mestilah ahli plo...Plo diiktiraf pbb.....

6. Malaysia hanya boleh iktiraf negara palestine..shj.­..malaysia x boleh mengiktiraf pertubuhan politik...

7. Kerajaan palestine yg diiktiraf hamas ?

8. Apa kuasa hamas utk mengiktiraf negara pestine ?

9. Pejuang hamas majoriti...raky­at iran...bukan rakyat palestine...dan­a hamas drpd iran....

10. Iran sekutu zionis...

Masalah di palestine...
---------------­---------------
1. Hamas vs fatah...Kita x leh campur...kedua-­duanya pertubuhan politik

2. Pm Najib lwt palestine gaza...

3. Pm.najib bUkan lwt hamas spt mana fatah dakwa...

4. Pm.najib lawat palestine...di kswn gaza yg dikuasai hamas. . 

5. Pm najib lwt kwsn itu atas nama kemanusiaan sbb dikwsn itu terlalu teruk sitiasinya..

6. Fatah x berhak pertikaikan knp pm najib lwt kwsn gaza...yg dikuasai hamas...

7. Fatah bukan negara palsetine...fat­ah sama mcm hamas...1 pertubuhan shj.

Polemik politik di palestine
---------------­---------------­----

1.semua pertubuhan politik di palestine ditaja oleh pihak tertentu...dn pihak tertentu ini ada kaitan dgn percaturan zionist dn pencatur politik dunia.

2.jika palestine merdeka ...kesemua dana bantuan akan ke negara palestine dn tidak lg ke kantung pertubuhan politik.

3.israel merebut palestin dn serang palestine..sbb israel tahu...ada berlaku perebutan kuasa dlm negara pestine sendiri.

4.mereka yg berebut kuasa dipalestine..dn­ kuasai sesuatu tempat dipalestine...

Bukan hanya berjuang berperang aja...mereka.ju­ga sebenarnya menguasai ekonomi bwh tanah di kwsn itu dn dpalestine..

5.nilai ekonomi bwh tanah dipalestine amat tinggi...pendap­atan drpd aktiviti ekonomi bwh tanah sgt lumayan.

6.pelbagai dana drpd seluruh dunia mencurah ke palestine utk rakyatnya...

Dn nilai.ini berjunlah berbillion usd...nilai dagangan inilah yg sebenarnya menjadi rebutan dipalestine sendiri...dikal­angan pemimpin mereka sendiri..

7.sbb itu..amat susah pertubuhan politik dipalestine utk bersatu demi negara palestine..

8.perjuangan mereka bukan utk negara palestine...

9. Kita bukan hopokrit...kita­ menjaga kepentingan kita dahulu...kepent­ingan negara lain bukan agenda utama.malaysia.­..

Agenda utama.malaysia ialah...
---------------­---------------­------

1. Menjaga kepentingan negara kita...

2. Jika malaysia iktiraf hamas atau fatah .. Maka..malaysia telah mencampuri urusan dalaman politik palestine .

3. Lawatan pm najib mewakili malaysia ke gaza palestine yg adalah kwsn yg dikuasai oleh hamas...

3. diplomatik adalah antara negara palestine dn malaysia...kwln­ keselamatan pm malaysia dibetikan oleh pihak berkuaSa palestine dn pbb....

4. Lwtn pm najib malaysia..Ke gaza palestine1 isu pns di palestine..mala­ysia dn dunia...

5. 1 kejayaan status utk malaysia...

6. Jika nk politikan isu ini.. Pr harus tahu...tidak semua rakyat bodoh dn x tahu apa apa .

7. pr harus hentikan politik perlekehkan minda rakyat dn politik perdaya..deceiv­ing politics...

8. Pr gusar..layanan.­.palestine..ham­as dn fatah..kpd pm najib dn malaysia...keha­diran malaysia yg amat disukai rakyat palestine yg sememangnya sudah kenali malaysia sejak era tun m lg...

Misi pm.najib dn malaysia...
---------------­-------------

Ialah...

1. 1 Misi kemanusiaan, bukan misi politik...

2. Kejayaan malaysia dn moro filipin...membe­rikan nalaysia 1 kejayaan status yg membanggakan negara.

3. Kita juga tahu...rangkaia­n tun m di palestine timur tgh yg sgt pengaruh besar...dn peranan tun m dlm perjuangan rakyat palestine..

HARGA MINYAK


Helmi Effendy
Mengenai isu harga minyak, kami mempunyai penjelasan kami sendiri. Kenapa harga minyak di Malaysia mahal. Pertama, benarkah bahawa harga minyak di Malaysia itu mahal? Jadi, untuk mendapat tahu mahal atau tidak harga minyak di Malaysia itu, mari kita buat perbandingan antara Malaysia dan negara-negara lain. 

Pertama, memandangkan Malaysia ini berada dalam ruang lingkup Asia Tenggara, kita buat dahulu perbandingan awal antara Malaysia dan negara-negara asia tenggara yang lain. 

Negara Asia Tenggara yang mempunyai harga petrol paling mahal ialah Singapura dengan harga RM5.14 (SGD2.12) seliter bagi RON 95, manakala negara yang mempunyai harga petrol termurah ialah Brunei dengan harga RM1.28 (BND0.53) seliter bagi RON 97. 

Malaysia masih termurah antara negara-negara lain di Asia Tenggara. Kenapa Brunei mahal? Jangan jadi bodoh macam rakan kita di seberang sana. Guna akal, jangan bandingkan epal dengan durian macam si Bawani. Brunei, negara yang keenam terkaya di dunia, dengan populasi yang jauh berkali ganda lebih kecil dari Malaysia. Jadi, minyak yang ada di negara mereka sebenarnya tidak habis digunakan dan masih dalam bekal yang banyak membuatkan mereka boleh mengimport ke mana yang mereka mahu, dalam kuantiti yang banyak. 

Dan, ada yang mengatakan kenapa bandingkan Malaysia dengan negara-negara asia tenggara? Kenapa tak bandingkan dengan negara pengeluar minyak yang lain? Itu cadangan yang genius. Mari kita buat perbandingan kita. 

Malaysia untuk pengetahuan sahabat semua, sebenarnya tidak layak untuk menganggotai OPEC (Organization of the Petroleum Exporting Countries – Organisasi Negara-negara Pengeksport Petroleum) kerana kita sebenarnya lebih banyak mengimport daripada mengeksportnya. 

Juga, kita kena lihat jumlah pengeluaran minyak Malaysia dengan negara-negara yang dibandingkan oleh puak pembangkang dengan jumlah pengeluaran lain. Sebagai contoh, kita ambil Qatar yang harga minyaknya hanyalah 0.82 sen, menurut duit Malaysia. Ada yang mempertikaikan kenapa Qatar mampu memberikan kepada rakyat mereka harga yang semurah ini. Malaysia selaku negara pengeluar minyak, seharusnya mampu seperti Qatar. 

Sekali lagi saya tekankan, jangan tertipu dengan taktik mereka. Macam yang saya tegaskan Malaysia bukanlah sebahagian daripada OPEC kerana jumlah minyak serta aktiviti import dan eksport minyak negara kita tidak sehebat dan sebanyak mereka. Sebagai contoh, Qatar mengeluarkan 1125.46 ribu tong sehari, melebihi kita yang hanya mengeluarkan 703.92 ribu tong sahaja.

Kenapa kita tak bandingkan sahaja Malaysia dan Indonesia yang hampir berkongsi amaun yang sama dalam pengeluaran minyak. Ehh, tak, Indonesia jauh meninggalkan kita dengan 1043.14 ribu tong, hampir sebanyak Qatar. Tetapi, lihat sahaja harga minyak di negara mereka, yang mencecah 3.18 sen bagi kategori Ron 95. 

Ambil India, yang amaunnya hampir sama dengan kita, di mana India mengeluarkan 881.11 ribu tong sehari, tetapi harga Ron 97 mereka, mencecah 4.57 sen, dua kali ganda daripada kita. 

Ambil contoh Argentina, di mana harga minyak di negara mereka mencecah 2.99 sen, walaupun mereka mengeluarkan 787.17 ribu tong minyak sehari. 

Ada yang bising kenapa bila harga minyak dunia turun, Malaysia tidak menurunkan harga minyak? Jawapan senang aje. Pernah dengar G20? Pada tahun 2011, sidang kemuncak kumpulan negara-negara ekonomi terbesar dunia, G20, yang diadakan di Seoul, Korea Selatan telah membuat deklarasi untuk menghentikan secara berperingkat (phase-out) subsidi minyak yang dikatakan tidak efisien dan menggalakkan pembaziran. 

Pakar ekonomi dari serata dunia berkongsi pendapat bahawa sebenarnya subsidi minyak ini mengutungkan pihak yang lebih kaya, berbanding golongan miskin sedangkan jumlah subsidi yang dikeluarkan itu boleh digunakan untuk membantu golongan miskin lebih spesifik. 

IMF telah mengeluarkan sebuah kertas kerja. Kertas kerja yang diterbitkan pada 2007 itu mengatakan bahawa, untuk setiap 1 unit sumber (unit of resources) yang digunakan oleh golongan miskin, 3 hingga 5 atau lebih unit digunakan oleh golongan lebih kaya. Kertas kerja berkenaan juga mencadangkan agar subsidi minyak dihapuskan, dan perbelanjaan untuk subsidi dialihkan kepada usaha penambahbaikan kualiti pendidikan, perkhidmatan kesihatan, infrastruktur dan mengurangkan cukai. 

Selain daripada itu, subsidi minyak juga dianggap sebagai antara penyebab kenaikan harga minyak dunia. Menurut Financial Times, subsidi melindungi pengguna daripada harga borong minyak yang tinggi, tetapi kemudiannya meningkatkan permintaan minyak dan mendorong kenaikan harga borong. China merupakan contoh negara yang menaikkan harga minyak dunia. Apabila China memotong subsidi, harga minyak dunia serta mereta turun. 

Dan untuk pengetahuan semua, Malaysia merupakan negara yang tertinggi di Asia Tenggara dan Asia, serta di kedudukan ke dua mempunyai subsidi tertinggi. Malaysia dilaporkan telah sebanyak 2.4% daripada KDNK semata-mata untuk subsidi minyak. Menurut majalah The Economist, pada tahun 2008 meletakkan Malaysia di tangga yang ke-12 membelajankan subsidi minyak untuk rakyatnya. 

Jadi, antara sebab yang menyebabkan harga minyak kita sedikit "mahal" ialah kita bukanlah pengeluar minyak utama dunia seperti OPEC, juga kerana proses penghapusan subsidi secara berperingkat oleh kerajaan selaras dengan apa yang telah direncanakan dunia.

KEHEBATAN MALAYSIA


Kita telah disediakan antara yang TERBAIK dan PERTAMA di dunia untuk GENERASI akan datang. Semua ini TELAH meletakkan dan "MEMBELIAKKAN" mata DUNIA terhadap negara kerdil ini :

1. Bandar Pintar Dalam Taman Antara Terawal dan Terbaik Di Dunia - PUTRAJAYA

2. Bandar Pintar Antara Terawal dan Terbaik di Dunia - Multimedia Super Corridor, CYBERJAYA

3. Bandar Mega Termaju dengan 'Low Carbon' dan Bandar Metropolis Pertama Di Dunia - ISKANDAR MALAYSIA 

4. Banggunan Berkembar Tertinggi di Dunia - Menara Berkembar Petronas, KLCC oleh Guiness Book Of Records

5. Satu-satunya Terowong Pelbagai Fungsi dan Terpanjang Di Dunia - TEROWONG SMART KL 

6. Kubah Masjid Terbesar dan Menara-menara Masjid Antara Tertinggi di Dunia - Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

7. Hotel Terbesar Di Dunia - Hotel First World, Genting Highland

8. Taman Burung Tertutup Terbesar Di Dunia - KL BIRD PARK

9. Loji Gabungan Bio-Methionine dan Theochemical pertama di dunia - LOJI di KERTEH, TERENGGANU

10. Taman Akuakultur Udang Galah Pertama Dunia di Semporna Sabah

11. Pemeriksaan Imegresen Pertama Dunia menggunakan Bio-Metrik di Lapangan Terbang Tambang Murah LCCT Sepang

12. Lapangan Terbang Pertama Dunia dengan Sijil Green Globe 21 - KLIA

13. Pusat Setempat Pertama Dunia untuk agensi kerajaan, servis dan perniagaan - Urban Transformational Centre UTC seluruh negara

14. Kereta Kabel Paling Cantik Panoramanya Di Dunia - Panorama Cable Car, LANGKAWI

15. Pusat Persembahan Seni Antara Terbaik di Dunia - ISTANA BUDAYA

16. Litar Motor Paling mencabar dan Terbaik Dunia - Litar Sepang

17. Lapangan Terbang Antara Terbaik Dunia - KLIA

18. Menara Telekomunikasi Antara Tertinggi Di Dunia - Menara Kuala Lumpur

19. Lapangan Terbang Mesra Mesra Kanak-Kanak Terbaik di Dunia - KLIA oleh Conde Nast Traveller Magazine

20. Stadium ke 11 daripada 20 Stadium terbesar di Dunia

21 : Negara PERTAMA memperkenalkan DUNIA kad pengenalan PALING PINTAR dengan cap jari dan segala maklumat diri dalam bio-metrik DATA dalam satu kad yang ada CIP - MyCard

Friday, January 18, 2013

ISU RCI DI SABAH


Abu Talib Harun > RCI SABAH Terkini
17/­1:Pemberian pemberian warga negara d lakukan oleh semua negara,asalkan mengikut peraturan n undang2.Almarhum Tengku pernah memberikan kerayatan satu juta org kpd org2 Cina yg telah lama bermastautin d Tanah Melayu.Menghant­ar mereka pulang k negara asal mereka,tidak member makna kerana tiada apa yg tinggal d sana n kehidupan yg susah.Akirnya mereka balek juga k negara yg boleh menampong kehidupan harian mereka.Inilah yg berlaku kpd org2 pelarian 45 tahun dahulu d Sabah hingga kini,akibat peperangan yg berlaku d Selatan Filipina yg berhampiran kedudukanya dgn pantai negeri Sabah.Saperti kenyataan Prof Ramlah Adam,penyelesai­an masaalah pelarian d Sabah perlu d buat melalui pertimbangan kepentingan negara,warisan sebudaya n dasar memakmurkan jiran.Adalah d harap dgn wujudnya perjanjian damai d Selatan Filipina,masaal­ah pelarian dapat d kurangkan apabila org2 tersebut rela kembali k kpg halaman mereka walaupun sudah meninggalkanya 45 tahun dahulu.Itu pun kalau kpg halaman mereka maseh ada d Selatan Filipina. 


Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad page wrote:
Isu Kerakyatan di Sabah oleh Mahathir atau Projek Mahathir sebenarnya bukan perkara baru. Isu ini telah dijawab beberapa kali oleh Tun Mahathir tetapi biasalah mereka tidsk pernah puas walau disuap dengan segelen fakta sekalipun.

Tun Mahathir sebenarnya sejak dahulu lagi memang sangat sayangkan orang beragama Islam malah sangup berkorban nyawa membantu orang Islam yang dalam kemiskinan dan kesusahan sejak dulu lagi. Semua orang tahu mengenai hal itu.

Malah salah satu projek Mahathir dihentikan di zaman selepasnya (you-know-who) ialah bagaimana beliau nak lakukan Projek Landasan Berkembar dan Landasan Malaysia-China.­ Kenapa? Impiannya untuk orang Islam menerajui ekonomi bagaimana ialah melalui Selatan China yang majoritinya Islam dam Kemboja juga majoritinya Islam.

Bercakap soal Kemboja,kerajaa­n Malaysia bawah Dr Mahathir ialah satu-satunya negara yang benar pelarian perang di sana diberi kemudaham dan tempat tinggal di negara ini dan diberi tinggal sebuah pulau Bidong di Terengganu . Malah kebanyakan mereka telah pun menjadi warga di sini apabila berkahwin dengan orang sini. Ya, sebab utama ialah kebanyakan mereka adalah Islam.

Kenapa Tun Mahathir juga membawa ribuan warga Bosnia belajar dan bekerja di Malaysia , ya juga kerana tanggungjawabny­a sebagai orang Islam. Saya percaya juga, begitu juga negara Islam yang miskin seperti Bangladesh juga diberi peluang yamg sama di negara ini kerana mereka Islam.

*Apa saya tahu, Mahathir tak pernah cerita hal seumpama ini kepada umum. Hanya mereka yang terdekat yang tahu kerana apa? Mungkin beliau tak suka diberi pujian melambing ke langit. Segala kebaikan beliau kepada umat Islam di dunia ini hanya Allah yang mengetahuinya*

Ok, berbalik kepada kisah kerakyatan di Sabah. Sabah dulu lagi direbut oleh Filifina dan ada beberapa isu terpaksa 'disenyapkan' untuk menjaga hati negara jiran kita itu. Bangsa Moro, bangsa Islam di Selatan Thai bergolak hampir puluhan tahun sehingga lah tahun lepas apabila Malaysia diberi penghormatan untuk pembebasan rakyat Moro.

Ketika bergolak itu lah, dikatakan ramai bangsa Moro ini datang ke Sabah dan tinggal di Sabah selama berpuluh tahun dan tahu berbahasa Melayu selain amal ajaran Islam yang lain. Ketika Sabah masuk ke dalam Malaysia, kerakyatan mereka diberi secara automatik namun apabila Tun Mahathir menjadi PM pada 1981, beliau memberi kerakyatan kepada bangsa Islam Moro ini. Saya tidak pasti jumlahnya dan beliau TIDAK PERNAH memanggil untuk kerakyatan ini diberi.

Tun Mahathir memberi kerakyatan tersebut atas kesedaran beliau kerana mereka telah tinggal lama di Sabah dan telah membina penempatan di Sabah. pemberian statuswarganega­ra itu dibuat selepas mengambil kira syarat-syarat kelayakan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

Perkara ini sebenarnya, perkara yang sama berlaku apabila Tunku Abdul Rahman memberi kerakyatan kepada bangsa yang datang dan masuk ke Tanah Melayu ketika itu atas mencapai kerakyatan seperti bangsa Cina dan India.

Seperti juga Almarhum Tunku, tidak semua yang diberi kerakyatan tu sokong UMNO-BN :-)