Thursday, April 20, 2017

ARAMCO DAN RAPID

maaf tak dapat kesan sumber penulis

Bila Aramco melabur dalam RAPID, ini komen salah sorang cai Pakatun dalam group kerabat keluarga saya. Kata dia -
"Bukan orang luar invest, depa beli rights korek telaga kita. lebih kurang kita dah lelong harta kita... Rasanya banyak lagi akan change hands before next GE"
"there... lu sendiri cakap dah beli 50% stake kilang proses minyak.. minyak tu korek dari mana? dari Sungai Perak?"
Cai ingat dia pandai sangat. Bila ditunjuk Malaysia import begitu banyak minyak mentah dari Arab Saudi seperti dalam kolum 2 di bawah, sampai sekarang terdiam. Sama macam Kadir Jasin terdiam bila kita tanya ikan kembung kena GST ke?
Bila diberi penjelasan tak nak baca, kan dah termalu sendiri 😁😁😁
Kerjasama Dengan Saudi Aramco Perkukuh Petronas
Pemimpin tertinggi Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud telah memeterai perjanjian Pembelian Saham (SPA) bernilai RM31 bilion antara Saudi Aramco & Petronas.
1. *Apakah Tujuan Utama Perjanjian Itu?*
🔹Kerjasama membabitkan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor.
🔹Saudi Aramco dan Petronas akan memiliki pegangan seimbang dalam penerokaan serta aset penapisan minyak, loji perekah dan kemudahan petrokimia RAPID di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC).
🔹Saudi Aramco akan membekalkan 70% keperluan minyak mentah bagi loji penapisan minyak RAPID manakala gas asli, tenaga dan kemudahan lain disediakan oleh Petronas.
2. *Apakah Manfaat Daripada Perjanjian Itu?*
🔹Memperkukuhkan kedudukan, pengalaman operasi serta prestasi kedua-dua syarikat dalam membangunkan projek mega dan rangkaian komersial di pasaran global.
🔹Pembekalan minyak mentah jangka panjang kepada Petronas dijamin kerana Arab Saudi merupakan negara pengeksport minyak mentah terbesar di dunia.
🔹Terbukti keyakinan pelabur asing terhadap ekonomi Malaysia sekali gus menunjukkan ekosistem pelaburan negara masih kukuh dengan pertumbuhan KDNK memberangsangkan.
🔹Malaysia berpotensi menjadi platform kepada Saudi Aramco untuk mengembangkan operasinya di Asia Tenggara.
3. *Apakah Itu PIPC?*
🔹Salah satu projek terbesar di Asia Tenggara dan pelaburan terbesar Petronas bagi sektor hiliran yang merupakan sebahagian daripada Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang (PIPC) seluas 22,000 ekar di bawah Program Transformasi Kerajaan.
🔹Membabitkan kompleks penapisan dan petrokimia 300,000 tong sehari bagi menghasilkan petrokimia premium yang berbeza, yang akan memenuhi permintaan dalam negeri bagi produk petroleum selain keperluan perundangan yang diperlukan untuk pelaksanaan spesifikasi Euro 5.
🔹Terdapat kira-kira 31,000 pekerja di tapak projek itu manakala pada kemuncak pembinaan pada 2017, projek itu dijangka mempunyai tenaga kerja seramai kira-kira 60,000 dengan kemahiran dan disiplin yang berbza.
🔹Pembangunan PIC turut meliputi kemudahan berkaitan seperti Loji Penjanaan Bersama Pengerang (PCP), terminal pengegasan semula LNG, projek bekalan air mentah (Pamer) dan Terminal Air Dalam Pengerang.
4. *Adakah Perjanjian Itu Akan Memberikan Risiko Kepada Malaysia?*
🔹Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin menjelaskan kerjasama dengan Saudi Aramco tidak memberi risiko kepada kepentingan Malaysia kerana Saudi Aramco membeli 50% kepentingan dalam kilang penapisan minyak dan projek perekah.
🔹Petronas sebelum ini merancang mengurangkan perbelanjaan modal dan operasi (opex) bagi 2016 sebanyak antara RM15 bilion dan RM20 bilion disebabkan oleh harga minyak mentah yang rendah.
🔹Pengurangan itu akan menjadi sebahagian daripada langkah mengurangkan capex & opex sebanyak RM50 bilion dalam tempoh 4 tahun bermula 2015-2019.
5. Perjanjian Petronas-Saudi Aramco merupakan peristiwa bersejarah kerana 2 syarikat minyak terkemuka berkongsi dalam membangunkan projek baharu bertaraf dunia.

PAN ELEKTRIK

#kopipes Neezam Perkasa..
Baru-baru ini kita dibongkarkan dengan berbagai-bagai skandal yang berlaku di zaman pemerintahan Tun Mahathir tetapi kita lupa satu lagi skandal yang mungkin ramai rakyat Malaysia sudah lupakan.
Isunya mengenai skandal Pan-Elektrik yang membabitkan Tan Koon Swan bekas Presiden MCA.
Tan Koon Swan dikatakan telah menjadi mangsa kepada Tun Mahathir pada tahun 80 an dahulu. Jadi kali ini saya berikan kisah Tan Koon Swan kepada semua sebagai satu lagi "SEJARAH HITAM" dibawah pemerintahan Tun Mahathir.
Siapa Dalang Disebalik Kejatuhan Tan Koon Swan
Bekas pesiden MCA, Tan Koon Swan yang merupakan mangsa kepada tindak-tanduk geng-geng dalam UMNO seharusnya bersorak riang dengan kenyataan daripada bekas pendakwaraya Singapura bahawa Koon Swan telah dikenakan tuduhan dan dipenjara secara salah kerana ia melepaskan komuniti itu secara keseluruhan.
“Koon Swan merupakan pemimpin politik Cina yang paling cepat meningkat naik. Beliau merupakan lambang harapan dan aspirasi keseluruhan komuniti. Mereka mempercayai dengan sepenuhnya. Keremajaan dan sifat dynamic beliau telah meletakkan beliau kelas yang lebih tinggi berbanding pemimpin lain. Inilah sebabnya mengapa beliau menjadi sasaran pemimpin elit Umno- beliau telah membawa harapan besar kepada masyarakat Cina,” ujar timbalan presiden PKR Chua Jui Meng kepada Malaysia Chronicle.
“Seperti Anwar pada 90-an, Koon Swan pada 80-an adalah lambang reformasi pada semua sektor- ekonomi, masyarakat dan peluang pendidikan yang samarata. Beliau merupakan seorang lelaki yang hebat dan untuk ini, beliau telah dijatuhkan oleh Umno dengan kejam. Koon Swan telah dimatikan secara terbuka dan reputasi beliau hancur sama sekali. Mengapa? Kerana beliau tidak mengikut garis panduan yang dicipta Umno dan jelas mereka takut pada kuasa dan pengaruh beliau terhadap orang Cina.
Rakan kongsi dalam ketamakan
Sememangnya bagi mereka yang mengikuti perkembangan terkini orang Cina Malaysia yang menyesali ketidakadilan yang berlaku terhadap Koon Swan, ini bukanlah perkara baru. Kegusaran melanda seluruh Negara namun pada tahun 80-an, bekas perdana menteri Mahathir Mohamad yang memerintah secara kuku besi pada ketika itu telah dengan sesuka hatinya menggunakkan ISA dan Akta Hasutan untuk memenjarakan musuh politik beliau serta menutup mulut pengkritik.
Teman beliau yang bersekongkol dengan beliau adalah bekas menteri kewangan Daim Zainuddin dan juga media arus perdana yang sentiasa menyiarkan cerita-cerita yang dirasakan Mahathir sebagai paling sesuai untuk merealisasikan pelan beliau. Mahathir juga tidak membenarkan pemberian lesen kepada organisasi kepada surat khabar bebas dan sehinggalah adanya internet, akhbar yang bersifat neutral atau pro-pembangkan hamper tidah wujud di Malaysia.
Koon Swan telah dilabel sebagai pengkhianat yang bukan sahaja mengkhianati komuniti beliau tetapi menipu yang miskin di mana koperasi tempat mereka meletakkan simpanan mereka yang berkaitan MCA telah jatuh.
“Hakikatnya sentiasa lebih pelik daripada dongeng dan Tuhan sebenarnya Maha Kuasa. Tiada siapa yang menjangka Glenn Knight akan menyesali dan menulis mengenai kes-kes lama beliau. Glenn bukan sahaja menulis mengenai Koon Swan tetapi kes-kes besar lain yang beliau dakwa bagi pihak kerajaan. Mungkin Singapura tidak menyukai pemimpin muda yang dinamik yang bisa menyayingi Lee Kuan Yew. Singapura telah bertindak dengan begitu kejam terhadap Koon Swan. Saya berada di Singapura bersama beliau semasa kami meminta pandangan seorang pakar perundangan Singapura yang memberitahu kami bahawa Koon Swan mempunyai alasan munasabah untuk memperjuangkan kes Singapura tetapi akhirnya beliau tidak melakukannya.
“Beliau tidak tahan dengan tekanan. Kami juga tidak tahu apa lagi ugutan yang beliau dan keluarga beliau terima sehinggalah beliau memberitahu kami. Tetapi yang pasti, beliau adalah mangsa dan Umnolah yang memainkan peranan dalam menjatuhkan beliau. Inilah cerita yang seharusnya diketahui oleh orang Cina Malaysia dan yang muda-mudi. Rekod Koon Swan dalam insiden Pan-EI dan bagaimana beliau terpaksa melepaskan jawatan sebagai presiden MCA seharusnya diperbetulkan. Saya bukannya cuba untuk membuatkan beliau seolah-olah seorang wira. Beliau memang mempunyai skandal-skandal beliau sendiri tetapi tidak mengkhianati orang Cina. Untuk sekian lamanya pemenjaraan beliau telah digunakan sebagai pengajaran tentang bagaimana seorang pemimpin Cina mengkhianati bangsanya sendiri terutamanya yang miskin. Memang benar bahawa ramai dalam MCA yang melakukannya tetapi tidak semua. Umno sentiasa mahu mengingatkan kaum Cina mengenai Koon Swan dan Pan-EI. Jelaslah sekarang bahawa ini bukan salah beliau. Ini adalah angkara pihak elit Umno, politik dan ketamakkan. Mereka mahukan wang yang ada dalam MCA dan harta paling bernilai MCA iaitu Multi-Purpose
Titik hitam komuniti telah dihapuskan
Jui Meng, bekas timbalan presiden MCA dan Menteri Kesihatan memberi reaksi terhadap buku kontroversi "Glenn Knight: The Prosecutor". Bekas pendakwaraya terkemuka itu mengaku bahawa beliau telah melakukan kesilapan mendakwa Koon Swan semasa kes Pan EI Industries.
Glenn berkata beliau berasa amat bersalah setelah menyedari kesilapan memenjarakan Koon Swan. Pengakuan beliau telah menjadi tajuk utama di semua surat khabar berbahasa Cina di Malaysia.
Koon Swan telah menghadapi 15 tuduhan penipuan, manipulasi pasaran saham dan CBT yang membawa kepada kejatuhan Pan EI. Beliau telah dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan dan denda S$500,000 (RM1.2 juta) setelah disabitkan dengan kesalahan-kesalahan itu.
Walaupun beliau telah meletak jawatan sebagai Presiden MCA dan dipenjarakan di Singapura, pihak berkuasa Malaysia masih tidak berpuas hati. Beliau dipenjarakan sekali lagi setelah kembali ke Malaysia dan juga diisytiharkan sebagai muflis.
"Ia merupakan sesuatu yang amat memalukan untuk mana-mana lelaki tetapi Koon Swan mengharunginya dengan keberanian dan maruah. Beliau 10 tahun lebih awal tetapi kita harap beliau akan bercakap secara terbuka sekarang. Pada 1998, Anwar mempunyai kedudukan yang lebih baik untuk melawan Mahathir dan Daim. Tetapib tengok sahaja bagaimana beliau telah menderita. Saya sangat kagum dengan Anwar," ujar Jui Meng.
“Mungkin sekarang barulah rakyat Malaysia faham bahawa kita perlukan keberanian yang tinggi untuk menentang kezaliman dalam sistem politik kita. Apabila bercakap mengenai perjuangan menentang kezaliman, saya rasa mungkin ada yang akan mengatakan bahawa saya ini sudah keterlaluan. Tetapi percayalah, perjuangan belum selesai. Rakyat haruslah menolak kezaliman Umno-BN. Pilihlah yang terbaik untuk diri dan negara.
Mempermudahkan jalan untuk menjual aset dengan murah?
Jui Meng membidas kekejaman pentadbiran Mahathir apabila mereka sekali lagi menghukum Koon Swan. Beliau percaya bahawa ia bukan sahaja untuk memastikan bekas presiden MCA itu tidak lagi kembali ke arena politik tetapi juga supaya memudahkan pengambil-alihan aset syarikat dan harta MCA.
“Multi-Purpose merupakan sebuah syarikat yang besar dan boleh memberi kesan kepada pasaran Asia Tenggara. Ia memiliki French Bank, Bandaraya dan ladang serta estet yang luas. Ia juga mempunyai kepentingan dalam perkapalan. Namun begitu, Ling Liong Sik yang mengambil-alih sebagai presiden terpaksa menjualnya untuk RM500 juta sahaja. Ia sepatutnya bernilai lebih beberapa kali ganda daripada itu.
“Jadi siapakah dalang disebalik pembelian tersebut? Ramai yang mendakwa ia adalah Daim kerana dia adalah orang kanan Mahathir pada ketika itu. Pada zaman itu, khabar mengenai siapa yang akan mendapat manfaat besar daripada kejatuhan Koon Swan disebarkan menerusi akhbar bahasa Melayu dan sepatutnya masyarakat Melayu lah yang akan mendapat keuntungan itu. Namun ia sebenarnya hanya menguntungkan golongan elit Umno. Ketamakan mereka semakin menjadi-jadi sehingga Daim sendiri dituduh mencuri aset Umno untuk dirinya sendiri. Ini adalah kes klasik mengenai bagaimana Umno elit mendominasi ekonomi negara.
Takut dan patah semangat
Koon Swan sekarang berusia 72 tahun. Beliau memulakan kerjaya politik beliau dengan memenangi kerusi Parlimen di Raub, Pahang. Tahun seterusnya, beliau telah dilantik dalam jawatankuasa induk parti menjadi pengerusi perhubungan MCA Wilayah Persekutuan. Pada tahun 1982, beliau menang besar untuk kerusi Parlimen Damansara dengan mengalahkan pembangkang di kubu kuat mereka.
Pada tahun 1984, beliau dilantik sebagai timbalan presiden MCA. Walaubagaimanapun, beliau telah dipecat tidak lama kemudian bersama 13 lagi ahli yang lain kerana memaksa parti menyiasat rekod ahli yang tidak wujud. Ini merupakan satu isu yang telah mencetuskan suatu kebangkitan dan krisis dalam MCA. Koon Swan dan 13 ahli yang dipecat itu telah dilantik semula 2 bulan selepas itu dengan sokongan 1600 ahli MCA dalam satu mesyuarat luar biasa.
Pada bulan November 1985, Koon Swan telah dilantik presiden MCA, memenangi 76.9% undi yang merupakan majoriti terbesar dalam sejarah parti juga orang pertama yang mencabar kepimpinan tertinggi sejak 1954.
Koon Swan pada ketika itu sememangnya berada pada peringkat tertinggi populariti beliau dan merupakan lambang kepimpinan baru bagi orang Cina- bijak, pintar dan berjiwa rakyat. Komuniti cina sememangnya berasa amat bangga terhadap kuasa ekonomi yang dijana oleh MCA menerusi pemimpin berbakat seperti Koon Swan yang bijak menggunakan peluang di luar negara dan hubungan baik dengan ahli perniagaan di Hong Kong dan China.
Dianggap sebagai cerdik kewangan, Koon Swan memulakan Koperasi Pengambilan –deposit (DTC) yang boleh menggandakan capital untuk orang Cina menerusi pelaburan. Malangnya dengan kejatuhn ekonomi pada tahun 1985-86 yang berlaku kerana kejatuhan harga minyak dan kelapa sawit juga disebabkan masalah Koon Swan sendiri serta kegagalan pengurusan dana DTC mencetuskan skandal dengan Bank Negara-telah mengakibatkan pembekuan aset DTC. Kehilangan yang dialami dianggarkan 3.6 juta dan pendeposit dikatakan hanya dapat mendapat kembali 62% deposit mereka.
Kes Pan-EI dan keputusannya bukan sahaja telah merubah nasib beliau dab MCA tetapi telah memberi impak kepada komuniti Cina Malaysia. Mereka telah hilang semangat dan takut kerana itu. Ramai yang menyalahkan beliau dan isteri kedua beliau Penny Chang kerana kejatuhan DTC dan ekonomi yang hanya mengembang sebanyak 1.2% pada 1985.
Dimaafkan
Kejatuhan Pan-EI mengakibatkan pasaran saham Singapura dan Malaysia berhenti didagangkan untuk 3 hari. Kes berprofil tinggi Pan EI telah juga memberikan Glenn Knight suatu anugerah iaitu Pingat Emas dalam Pengurusan Pentadbiran.
Dalam buku beliau, Glenn yang berusia 63 tahun itu telah menceritakan tentang banyak kes berprofil tinggi yang beliau tangani. Beliau berkata pada tahun 1996, satu kes yang sama dengan Koon Swan telah berlaku dan hakim Yong Pung How telah membuat kesimpulan bahawa ‘saya telah silap kerana menjatuhkan hukuan terhadap Tan untuk kesalahan yang beliau lakukan.”
“Ia sesuatu yang sangat menyakitkan untuk saya apabila mendapat tahu bahawa mahkamah Singapura telah melakukan kesilapan. Ia sebuah kes yang sangat signifikan dan telah membawa kepada penguatkuasaan regulasi kepada pasaran saham Singapura. Kerana Koon Swan adalah pemimpin MCA, saya meletakkan dalam kertas mengenai pembabitan beliau dalam saga Pan –EI dan membiarkan ketua-ketua saya untuk memutuskan nasib beliau kerana beliau berada diluar Singapura dan berada di Malaysia pada ketika itu. Akhirnya, kerajaan memutuskan bahawa CAD boleh mendakwa Koon Swan,” tulis Glenn.
“Pada pandangan hakim Yong, seksyen di mana saya telah mendakwa Koon Swan adalah salah dan kita tidak boleh mendakwa seseorang mencuri daripada sesebuah syarikat kerana beliau adalah pengarah kerana ia tidak melanggar undan-undang. Ketua hakim Yong membuat kesimpulan bahawa adalah satu kesilapan untuk mendakwa seseorang mencuri sekiranya dakwaan itu adalah salah dari mula. Keputusan itu telah meruntuhkan kepercayaan saya kepada sistem perundangan kita. Di United Kingdom, keputusan yang begitu besar seperti itu boleh melepaskan Koon Swan daripada kesalahan beliau tetapi ia tidak dibenarkan oleh sistem kita dan secara teknikalnya, Koon Swan boleh diberikan maaf.
Glenn juga memberitahu bagaimana beliau telah memohon maaf kepada koon Swan pada 2010. Beliau memberitahu Koon Swan sangat emosi apabila mendengar itu.
Pada tahun 1991, Glenn sendiri telah disabitkan dengan CBT dan dipenjarakan di Singapura. Beliau digantung daripada mempraktiskan undang-undang tetapi pada tahun 1994, penggantungan beliau ditarik balik dalam Law Society of Singapore 2007.
Sekarang apa kata pula Tun M dan Daim serta Jui Meng mengenai isu ini? Adakah seperti biasa Tun M akan menafikannya dan terus semua penyokong dan pemimpin pembangkang akan terus menerima tanpa perlu nak membuat siasatan?

NAJIB RAZAK - ANTARA KEBAIKAN & FITNAH

Sumber.. maaf x dapat dikesan penulisnya
1. Projek Lebuhraya Pantai Timur (LPT2) sepatutnya telah disiapkan di zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi diberhentikan kerana PAS menawan Terengganu. Disambung semula oleh Pak Lah, terhenti kerana kenaikan melambung harga bahan api diesel dan petrol. Kemudian berjaya disambung semula dan disiapkan di zaman Mohd Najib Razak walaupun dikatakan Malaysia mahu bankrup. Syukurlah perjalanan ke Pahang, Terengganu dan Kelantan kini semakin pantas dan dekat.
2. Projek Lebuhraya Persisiran Pantai Barat dari Banting, Selangor ke Taiping, Perak sedang giat dilaksanakan. Kemudahan ini akan tambah merancakkan pembangunan di sebelah pantai barat semenanjung. Alhamdulillah.
3. Projek Lebuhraya Pan Borneo sepanjang lebih 1000 km tanpa tol sedang giat dibina. Rakyat Sarawak dan Sabah amat suka dan teruja.
4. Terminal Bus Selatan (TBS/BTS) yang cukup moden dan canggih lagi sistematik bagi mengantikan Terminal Bus Puduraya yang sempit dan sesak.
TBS ini bagi menggantikan projek Plaza Rakyat yang terpaksa diberhentikan di zaman Dr Mahathir Mohamad kerana bencana kegawatan ekonomi 1998 dan dalam proses dipulihkan semula oleh kerajaan Mohd Najib.
5. KLIA 2 telah pun lama siap dibina walaupun Malaysia dituduh tiada wang.
6. LRT 2 sudah siap dan kini telah beroperasi walaupun Malaysia dituduh akan bankrup.
7. Pembinaan Menara Warisan Tertinggi di Malaysia iaitu KL118 sedang giat berjalan.
8. Projek Bandar Moden Malaysia dan TRX termasuk Keretapi Laju dari Kuala Lumpur ke Singapura milek kerajaan (1MDB) sedang giat berjalan.
9. Kelulusan pembinaan Lebuhraya baru dari Terengganu ke Kelantan.
10. Kelulusan projek Keretapi Laju dari Kuala Lumpur ke Pahang ke Terengganu dan Kelantan yang menelan kos kira kira 70 billion.
11. BRIM 2017 pun rakyat akab dapat.
12. 840 mangsa banjir khususnya di Kelantan mendapat rumah percuma.
13. Pembinaan cawangan-cawangan UITM yang baru di seluruh negara.
14. Pembinaan MRSM yang baru.
15. Bandar Universiti Pagoh yang terdiri daripada 4 buah universiti telah dimulakan.
16. Pembinaan Apartment baru untuk polis, dulu cuma rumah flat sahaja.
17. Pembinaan Hospital, Pusat Kesihatan dan Klinik 1Malaysia yang baru.
18. Kenaikan Gaji minimun RM 900.00, Pencen Tentera, dan skala gaji baru kakitangan awam. Terima kasih DS Mohd Najib.
19. Penstrukturan semula Malaysia Airlines System daripada terus menanggung rugi berbillion ringgit.
20. Baucer buku pelajar kolej dan universiti swasta dan kerajaan RM250 setiap tahun.
21. Menghapuskan beban subsidi berbillion ringgit oleh kerajaan terhadap Proton melalui kaedah penswastaan.
22. Menghapuskan subsidi IPP berbillion ringgit kepada syarikat syarikat besar milek kroni-kapitalis.
23. Pemilikan Rumah percuma untuk rakyat miskin bernilai RM25,000 ke RM30,000.
24. Rumah mesra rakyat RM60,000 dengan bayaran bulanan cuma sekitar RM200 sebulan.
25. Skim Perumahan Prima.
26. Membantu penstrukturan semula pengurusan air Kelantan yang sudah berpuluh tahun mengalami masalah.
27. Pembinaan Lebuhraya baru Kuala Lumpur ke Kota Bharu Kelantan melalui Merapoh Pahang sedang giat berjalan.
28. Keretapi Laju Kuala Lumpur ke Ipoh ke Padang Besar, Perlis kini dah pun beroperasi.
29. MRT Line 1 dah nak beroperasi, MRT Line 2 dan LRT Line 3 dah nak mula pembinaan.
30. Bangunan Signature Tower di TRX setinggi KLCC yang sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada tahun 2018.
Sesungguhnya kejayaan PM DS Najib Razak perlu kita 'acknowledge', bukan menanam rasa kebencian pada setiap kebaikan yang telah dibuat oleh Kerajaan.
(Editorial)

TIA ke 1MDB

TIA ditubuhkan pd 2008 dan pada *January 2009* di tukar nama kpd 1MDB ketika Tun Ahmad Abdullah Badawi masih lagi memegang jawatan PM.
DSN menjadi PM pd *3hb April 2009*
Pd 22hb *July 2009*
Dalam pengumuman beliau pada 22 Julai 2009, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan untuk mengembangkan TIA menjadi sebuah entiti persekutuan itu dibuat bagi membolehkan manfaatnya untuk mencapai spektrum luas rakyat Malaysia dan bukan kepada penduduk hanya satu negeri.
JV PetroSaudi 1MDB di menterai pd *22hb September 2009.* iaitu 6 bulan selepas Ds Najib menjadi PM.
JV bernisbah 60:40 itu..
PetroSaudi melabur dlm bentuk Asset bernilai USD2.2B selepas discount.
dan 1MDB melabur berbentuk tunai USD1B.
Maka ikut nisbah pelaburan PetroSaudi telah lebihan nilai Assets sebanyak
 USD2.2B - USD1.5B = USD700M.
Oleh kerana 1MDB tidak mahu committed atau tingkatkan lebih lagi pelaburan Tunai utk kekalkan nisbah 60:40
maka lebihan USD700M itu di tolak dari pelaburan tunai USD1B dari 1MDB itu.
Maka 1MDB tiada berhutang USD700M dgn PetroSaudi saperti tuduhan oleh Sarawak Report.
Sebab itu 6 bulan selepas itu JV ini mansuh dan tunai USD1B dari 1MDB di tukar kpd bentuk pinjaman Murabaha kpd PetroSaudi bersyarat redeemable atau boleh tunai pd bila2 masa.
Pd tahun 2013, iaitu 3 tahun kemudian 1MDB telah menunaikan pinjaman Murabaha ini dgn keuntungan USD500B.
Keuntungan ini digunakan utk biayai Project infra TRX dan selebihnya di bayar kpd AABAR-BVI sebagai syarat pembayaran kpd IPIC kerana menjadi penjamin kpd sukuk 1MDB bernilai USD3.5B.
Dlm perjanjian 1MDB dgn IPIC, 1MDB telah membayar duit ini melalui AAABAR INVESTMENTS PJS LTD ..sebuah syarikat yg ditubuhkan oleh MD IPIC dan CEO & Pengerusi Aaabar, Khadem Abdullah dan Ahmad Badawi Husseiny di British Virgin Island, syarikat yg kita sebut sebagai Aabar-BVI.
Maka jelas yg IPIC ditipu duit nya melalui syarikat Aabar-BVI (Aabar Investments PJS Ltd ) melalui pembayaran dr 1MDB oleh kedua dua orang tersebut.
Dan juga jelas 1MDB telah tertipu oleh kedua orang ini dengan memperdayakan 1MDB mempercayai bahawa Aabar-BVI itu entiti milk IPIC.
*Dua2 di tipu.. IPIC dan 1MDB.*
Kerana itu lah IPIC telah memanggil 1MDB utk Arbitration di LCIA.
1MDB telah melantik syarikat lawyer yg mahir dlm international arbitration ia itu Weil Gotshal & Manges utk wakili 1MDB.
content://com.sec.android.app.sbrowser/readinglist/0321155325.mhtml
Arbitration ini adelah utk menentukan *siapa yg bertanggungjawab utk dapatkan semula duit yg di seleweng kan itu balik.. IPIC atau 1MDB.*
Apa yg Pembangkang, DOJ dan JUGA WSJ n SR sekarang canangkan adalah cuma yang disebut sebagai link transaksi kewangan dengan 1MDB.
Tetapi transaksi2 kewangan ini semua tidak dapat membuktikan penyelewengan kerana transaksi kewangan pihak IPIC dan Aaabar tidak hny tertumpu kpd 1MDB sahaja...
Dan derma USD2.6B pada tahun 2013 dari Keluarga Raja Arab Saudi juga melalui
Institusi kewangan ini juga. Dan pulangan lebihan derma USD2.6B yg tidak digunakan juga melalui saluran sama termasok melalui bank di Singapura.
Maka yg jelas saya lihat Arbitration di LCIA ini adalah ...
Kerana Pihak IPIC pula mahu lepas tangan terhadap salahlaku kedua dua orang nya sendiri, Ahmed Badawi Al Husseiny dan Khadem Abdullah.
Tetapi 1MDB ade bukti kukuh dgn document letter of accreditation yg membuktikan Aabar-BVI itu milk penuh Aabar Investments Ltd.. anak syarikat milik Aabar.
P/s
Ahmed Badawy Al Husseiny juga adalah pelabur dalam syarikat Red Granite milik Riza Aziz. anak tiri DSN Najib, utk pembikinan filem The Wolf of Wall Street.
Filem ini tayangkan pd December 2013 dengan keuntungan hampir USD400juta.
content://com.sec.android.app.sbrowser/readinglist/0208154634.mhtml
Maka jelas aliran transaksi kewangan Petrosaudi, IPIC, Aabar BVI, Red Granite dan juga Derma RM2.6B memang nampak seolah olah berkait dgn transaksi yg dikatakan pengubahan wang haram... yaitu "link2" yg selalu dimainkan oleh WSJ, Sarawak Report dan Pembangkang termasok GOBIND SINGH DEO bodoh tu.

sumber

DAP hina Islam

PENGHINAAN TERHADAP AGAMA ISLAM OLEH PARTI DAP
- *Zairil Khir Johari* mempersoalkan kewujudan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 27 Jun 2015.
– *Lim Kit Siang* mempersoalkan kandungan khutbah Jumaat pada 1 Februari 2014 yang menyebut perpecahan umat Islam disebabkan hasutan umat Kristian dan Yahudi.
– *Tony Pua* mempersoalkan larangan ke atas umat Islam menyambut Hari Valentine pada 15 Februari 2014.
– Kritikan *Chong Eng* pada 9 Februari 2015 berkait kewajipan wanita Muslim menutup aurat.
– *Dr Tan Seng Giaw* mempersoalkan di Dewan Rakyat pada 27 September 2005 keperluan melaungkan azan dan bacaan ayat al-Qur’an melalui pembesar suara yang mengganggu bukan Islam.
– *Teresa Kok* pada 22 Julai 2016 mempersoalkan kewajaran Exco Hal Ehwal Agama Selangor mengarahkan semua masjid di Selangor mengadakan solat hajat memohon konsert Selena Gomez di Stadium Melawati, Shah Alam pada 25 Julai dibatalkan.
– *Damian Yeo Shen Li* mempersoalkan pada Februari 2016 sama ada dosa penganut Umat Islam terhapus bila menjejakkan kaki ke Makkah.
– Sindiran sama disuarakan pemimpin DAP Johor, *Suppiah Ramakrishnan* di media sosial pada Mac 2016 dan kemudian dipadamkan.
– *Nga Kor Ming*
pada Disember 2015 menyindir purdah yang dipakai oleh sebahagian wanita Islam sambil menyifatkan cadangan pramugari MAS memakai pakaian menutup aurat sebagai *‘pemimpin Melayu otak cacat’*
– *Datuk Ngeh Koo Ham* mengeluarkan kenyataan pada 7 Jun 2014, yang diikuti ucapan sama di Dewan Rakyat pada 11 Jun 2014 supaya umat Islam diberikan kebebasan keluar Islam.
– *Penentangan keras pemimpin DAP* terhadap cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah.
Sumber.
*"PKR..PAN..PPBM... renung2kan lah dan selamat berfikir....."*

Tentang Hutang Negara

LAGI-LAGI CERITA HUTANG NEGARA [SIRI 1] :*
HLN vs HKP ~ olahan semula oleh: Dato' Laksamana ®
HLN = Hutang Luar Negara
HKP = Hutang Kerajaan Persekutuan
……………
Sejak PENDEFINASIAN SEMULA dilaksanakan ke atas istilah HUTANG NEGARA agar selaras dengan definisi baru yang dikeluarkan oleh IMF bermula sejak akhir bulan Jun 2014 yang lalu, pihak pembangkang kelihatannya begitu suka MENGEKSPLOITASIKANNYA, dengan tujuan ingin memberikan gambaran negatif terhadap kecemerlangan pengurusan ekonomi negara terutamanya di bawah kepimpinan Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak.
Perkara yang sering dijadikan modal oleh pembangkang ialah jumlah hutang negara yang KONONNYA telah meningkat berlipat kali ganda sejak beliau (YAB PM) mengambil alih pentadbiran kerajaan persekutuan. Malah yang terbaru, ada pulak kelompok yang suka-suka mencipta teori sendiri, MENISBAHKAN JUMLAH HUTANG ISI RUMAH KEPADA KDNK, dan mendakwanya sebagai DEBT TO GDP RATIO yang selalu digunapakai sebagai indikator untuk mengukur kebolehlangsungan kegiatan ekonomi sesebuah negara. Bermacam jenis, pelbagai bentuk, FITNAH yang mereka cuba jelmakan semata-mata DENGAN TUJUAN MEMPERBODOH RAKYAT yang sudah sedia cerdik.
……………
Bagi menerangkan perihal takrifan baru ke atas istilah HUTANG NEGARA yang berubah sejak Jun 2014, perlulah terlebih dahulu diperjelas PERINCIAN serta PECAHAN item-item yang terkandung di dalamnya. Terdapat data-data yang menuntut perincian (decomposition), supaya dapat memberikan gambaran LEBIH TEPAT duduk perkara sebenar. Rata-rata artikel dan penulisan pembangkang dilihat sebagai TIDAK BERINTEGRITI dan SENGAJA mengelirukan pembaca.
Misalnya,
Hutang Negara / Hutang Luar Negeri (HLN)
Pembaca yang 'innocent' akan terfikir bahawa HLN ini adalah hutang Kerajaan Persekutuan (HKP) semata2. HLN = RM744.7b pd tahun 2014.
Ia terdiri daripada:
(a) hutang oleh bkn pemastautin, (42%)
(b) swasta (37%)
(c) NFPE (10%)
(d) Kerajaan Persekutuan (HKP) HANYALAH (2%) &
(e) Lain2 9%.
HKP yang kecil itu = RM16.8b atau HANYA 2% daripada jumlah hutang adalah sihat kerana outflow duit rakyat akibat hutang luar negara amatlah kecil.
Malah, kita juga sepatutnya melihat hutang dalam konteks yang lebih luas dan mengaitkannya dengan 'parameters/indicators' yang berkaitan.
Contohnya, hutang hendaklah juga dilihat dalam konteks TUJUANNYA dan KEUPAYAAN MEMBAYAR BALIK.
Pinjaman dibuat untuk pembangunan adalah sihat/baik untuk negara; bukan untuk mengurus atau penggunaan seperti pinjaman yang dibuat oleh kerajaan Kelantan.
Debt to GDP ratio masih di bawah threshold 55%. Perlulah pula diingat bahawa threshold ini adalah arbitrari. Eurozone misalnya, menetapkan 60%. Parameter ini penting untuk menawan keyakinan para pelabur.
Sebagai perbandingan parameter yg sama, USA 99%, Singapura 110%, UK 158% & Jepun 200%.
Perkara lain yang juga perlu diketahui adalah HANYA 2.9% daripada hutang itu datangnya dari luar negeri. Maka bayaran keluar atau outflow amatlah kecil.
Baki 97.1% sumber hutang itu adalah dari dalam negeri seperti KWSP. Justeru pencarum KWSP pula untung dari segi dividen yang terjamin.
Yang penting ialah kemampuan membayar balik. Walaupun hutang itu nampak besar tapi kerajaan MAMPU membayarnya.
Sebagai contoh, nisbah bayar balik hutang hanyalah 10.3%; (di bawah threshold 15% yang ditetapkan oleh kerajaan dan jauh di bawah paras nisbah 30% - 40% yang digunapakai untuk bayaran balik hutang isi rumah). Parameter / indikator ini kritikal.
Seterusnya, walaupun HKP meningkat tetapi hasil juga melonjak. Impaknya, DSN telah berjaya mengurangkan defisit fiskal dari 6.9% (2009) kpd 3.5% pada tahun 2014 dan, 3.3% pada thn 2015. Parameter ini mengukur kemampuan kerajaan menguruskan bajetnya.
Sebagai bandingan, defisit fiskal Spain 9.3%, Greek 12% & UK 12.8%.
Kombinasi parameter/indikator di atas menunjukkan kerajaan adalah 'financially prudent' dan kemampuan menguruskan kewangan serta hutang kerajaan berada di tahap mapan.
Akhir kalam, bersamalah kita membantu pemimpin kita dalam mentadbir negara kita untuk KITA. Yang tumbang kita sama-sama tegakkan, yang condong kita sama-sama tongkatkan.

Wednesday, March 26, 2014

Aznil Hisham wrote:

“HANDSHAKE” signal – Pemakan dedak apa tau ? (^_^)

Seorang sahabat pembangkang (Mhmmd Azri Bpsts) yg begitu takut nak add fren dgn aku, melontarkan persoalan berikut yg dia copy paste dari sebuah blog yahudi:

1. How can a new radar analysis be conclusive beyond any reasonable doubt without any evidence of a piece of physical wreckage found? Radar and satellite analysis has so far delivered no physical evidence.

2. What is the visual "proof" of this new analysis?

3. Why is this "new analysis" only available after 17 days after MH370 went missing?

Di bawah adalah jawapan aku, aku akan terangkan dalam bahasa yg cukup mudah untuk fahaman kalian.. (^_^)

--------
1. Apa yang aku nak terangkan adalah berdasarkan gambar di bawah. Ko orang kene tengok gambar tu, maka ko org akan faham apa yg aku cerita.. (^_^)

2. Apabila pesawat kita hilang dari “civil radar”, maka “military radar” dapat mengesan bahawa pesawat kita berpatah balik melalui Thailand hingga ke bahagian barat semenanjung Malaysia (gambar). Selepas itu, mana-mana millitary radar termasuk Malaysia, India, Vietnam, Pakistan dan China tidak dapat mengesan pergerakkan pesawat berkenaan. Dari sini kisah bermula .. teng teng teng… (^_^)

3. Inmarsat, adalah sebuah syarikat komunikasi satelit global yang terbesar. Ianya digunakan oleh pesawat untuk berkomunikasi dgn satelit apabila transponder dimatikan. Apabila transponder dimatikan, secara automatic signal akan dihantar dari pesawat ke satelit setiap satu jam.

4. Dengan kata lain, transponder pada pesawat MH370 dimatikan pada jam 1.21 am dan signal terakhir adalah pada 8.21 am. Ini bermakna terdapat 7 signal di hantar diantara pesawat ke satelit. Setiap signal yang di hantar di panggil “Handshake” signal atau Pings signal. Yang menarik, sesiapa tak boleh mematikan system ini kerana signal yg di hantar adalah dari enjin pesawat. Jika nak matikan signal ini, perlu di lakukan secara manual. Cabut enjin tu (^_^)

5. DS Najib menjelaskan bahawa, ini adalah “New analysis” dan pertama kali digunakan utk mengesan pesawat yg hilang. Ini sangat menarik.. (^_^)… sure ko orang teruja.. (^_^)

6. Ianya menggunakan kaedah yang di panggil “Doppler effect”. Doppler effect adalah perbezaan antara frequency dari satelit ke pesawat (f1) dan dari pesawat ke satelit (f2). Di bawah adalah persamaan nya:

Doppler effect = f1 – f2 ;

Dengan Doppler effect ini, kita boleh mengetahui lokasi pesawat berkenaan. Maka, lokasi terakhir adalah pada sudut 40 degree dari satelit. Malangnya, kita tak pasti sama ada ianya 40 degree ke utara ataupun 40 degree ke selatan.

7. Di sebabkan itu, maka inmarsat telah menggunakan satu “demo” menggunakan pesawat yang sama jenis seperti MH370. Dari situ, inmarsat boleh mengenal pasti frequency yang sebenar MH370. Dengan itu, pergerakkan pesawat kearah selatan di ketahui.

8. Harus diingat, satelit inmarsat yg berkomunikasi dengan MH370 adalah satelit 1990an yang mana ketika itu belum ada technology GPS. Maka mereka di inmarsat mengunakan pengiraan matematik secara manual.

9. Inilah “New Analysis” yang dikatakan itu. Bila dikatakan “new”, maka masa di perlukan dengan banyak untuk memastikan lokasi yang sebenar di samping terpaksa membuat “demo” dan pengiraan secara manual. Selepas itu, ianya perlu di “confirm” kan dengan satelit2 yang lain.

10. Sekarang, cuba lihat gambar di bawah, bulatan kuning adalah margin yg dikira dari baki minyak pesawat. Apabila dipadankan dengan pengiraan “Doppler effect” serta “handshake” signal, maka kita dapat ketahui bahawa lokasi terakhir pesawat adalah di Lautan Hindi.

11. Ini lebih dikukuhkan dengan penemuan objek, bukan sahaja dari satelit Australia malah dari China dan Perancis.

#Kesimpulan

Dari pengiraan Doppler effect + Handshake signal + Margin of aircraft fuel + 3 satellites object confirmation from Australia, China and Pakistan

= lokasi terakhir MH370 dikenal pasti. (^_^)

-------------
Untuk pengetahuan ko orang, yang dikatakan “New Analysis” itu adalah Doppler effect yang mana telah lama digunakan dalam bidang perubatan.

Untuk pengetahuan ko orang juga... (^_^).. ultrasound yang aku guna kat hospital… menggunakan principal yang sama untuk mencari pesawat MH370.. (^_^)

Dari Doppler effect/ Doppler shift/ frequency, maka aku dapat pastikan sama ada ko orang ada masalah jantung, injab, ketumbuhan organ dalaman, saluran darah tersubat dan sebagainya.

Malah, prinsipal yang sama di gunakan utk ultrasound yang digunakan pada ibu mengandung dan menentukan jantina anak serta keadaan bayi di dalam kandungan. Tara (^_^).. hebatkan..

Jika ko orang tak percaya dengan apa yang DS Najib katakana, maknanya ko orang sudah menafikan technology perubatan kini..

-------------
#Summary

1. Menafikan “new analysis” dalam pencarian MH370, bermakna ko orang menafikan technology perubatan terkini. Dengan kata lain, ko orang mmg percaya dengan BOMOH (^_^)

2. Bila aku bertanya pada penyokong BN, apa itu “Handshakes” signal, depa akan kata itu adalah isyarat “pings” antara pesawat dengan satelit… Pandai ko org.. (^_^)

3. Namun amat mendukacitakan, apabila aku bertanya kepada pemakan dedak, apa itu “handshake” signal… depa akan kata itu signal melancap apabila nampak org pakai baju PINK.. bodoh!