Sunday, September 9, 2012

DONGENG ANWAR IBRAHIM DAN 9 NYAWA

posting lama diupdate kembali utk bacaan

1. Propaganda Tumbukan Ketua polis - Anwar telah ditumbuk hingga mencederakan sebelah matanya oleh Ketua Polis ketika itu (Rahim Noor). Berikutan itu disebarkan cerita wujudnya konspirasi nyawa Anwar terancam dan akan dibunuh oleh pihak polis.

- Kerana mulut badan binasa, kerana pulut santan binasa. Nyata tindakan provokatif Anwar yang memanggil pihak polis dan Rahim sendiri sebagai barua dan juga anjing kerajaan telah dilupakan begitu saja gara-gara simpati mencurah-curah kalangan khalayak kepada Anwar. Dengan hanya sekali tumbukan padu ini boleh dianggap ianya kehilangan nyawa yang pertama bagi Anwar Ibrahim.

- Hasil mata lebam tersebut akhirnya sebagai pengabadian kehilangan nyawa yang pertama maka simbol perjuangan Anwar diterjemahkan melalui Parti Keadilan Nasional (sekarang PKR) yang berlogokan sebijik mata sama seperti mata dajjal. Innalillah.

2. Drama Keracunan Arsenik - Tidak semena-mena selang kejadian tumbukan padu oleh bekas KPN ketika itu, timbul pula dakwaan oleh Wan Azizah bahawa suami tersayangnya itu telah diracun dengan racun arsenik melalui pemakanan oleh polis dan orang-orang Dr. Mahathir.

- Wan Azizah, para pemimpin ADIL (sekarang PKR) ketika itu termasuklah peguam kanan Anwar yakni Zulkifli Noordin (sekarang ahli parlimen bebas) telah menyebarkan berita nyawa Anwar dalam bahaya. Kuku jari dan kaki menjadi hitam, Anwar sudah kronik dan nazak.

- Walaupun siasatan oleh HKL menunjukkan tiada keracunan arsenik dalam air kencing dan darah Anwar, namun keputusan lengkap HKL itu tidak mampu menghalang pemergian ke rahmatullah nyawa ke-2 nya itu. - Jangka hayat Anwar diramalkan oleh para pimpinan PKR dan Pas hanya mampu bertahan 1 tahun kerana keracunan arsenik yang teruk,.. Dek kerana singkatnya masa, maka nyawa ke-2 Anwar tidak mampu menanggung lagi lalu pergi menghadap Illahi.

- Anwar yg masih hidup selepas setahun diracun dengan arsenik adalah Anwar yang memanfaatkan stok nyawa ke-3. Hebat gitu.

3. Sandiwara Suntikan Darah HIV - Selang selepas drama paling hot berkaitan keracunan arsenik, kemudiannya timbul pulak dakwaan Wan Azizah suaminya telah disuntik dengan darah HIV positif. Nyawa ke-3 Anwar benar-benar dalam bahaya.

Kebiasaannya orang yang menghidap HIV+ selang 2, 3 tahun kemudiannya akan menghidap AIDS kemudian meninggal dunia selepas 2 atau 3 tahun selepas itu dengan badan yang kurus kering dan berkudis-kudis.

- Tiada ubat atau penawar hingga kini untuk pesakit HIV+ mahupun AIDS, kerana itu hanya ucapan Innalillah sahaja yang mampu diungkapkan untuk nyawa ke-3 tersebut. Takziah untuk keluarganya. huk..huk..

- Tanpa sebarang penawar atau ubat untuk HIV+ dan juga AIDS tidak menghalang Anwar untuk menggunakan talian hayatnya yg ke-4.

- Hasil keupayaan memiliki 9 nyawa telah membantu Anwar meneruskan kehidupan hingga kini (2012) tanpa sebarang masalah kudis mahupun mati kekeringan melainkan perutnya terus maju ke depan.

4. Lelucon Patah Tengkuk - Sepanjang perbicaraan dan hingga mendiami istana Sungai Buloh yang dilengkapi dengan pengawal keselamatan di setiap penjuru, ketika ini Anwar dan para pemimpin tertinggi PKR dan Pas telah mewar-warkan kehidupan Anwar masih terancam kerana lehernya didapati patah dan ada urat yang terkehel.

- Sepanjang perbicaraan meliwat dan juga tuduhan salah guna kuasa, Anwar sentiasa memakai penyokong leher untuk memperbetulkan kembali lehernya yang patah dan uratnya yang terkehel.

- Secara umumnya dengan keadaan leher yang patah itu sebenarnya nyawa ke-4 Anwar sudahpun pergi meninggal jasad, Innalillah… Akhirnya Anwar Ibrahim terpaksa menggunakan nyawa baru yakni nyawa kucing yang ke-5 untuk meneruskan kehidupan duniawi.

- Hasil penggunaan nyawa ke-5, Anwar bebas menanggalkan penyokong lehernya itu bila-bila masa di dalam penjara terutama sekali selepas pulang daripada perbicaraan mahkamah.

5. Filem Box Office Lumpuh Sakit Belakang - Sewaktu hayat nyawa ke-5, Anwar mendakwa tulang belakangnya telah bengkok dan terkehel hingga mengakibatkan lumpuh tidak mampu berjalan.

- Dalam waktu-waktu membawa rayuan ke mahkamah dan juga sewaktu menghadiri perbicaraan merayu kesnya itu, Anwar kerap datang ke Mahkamah sambil melambai tangan pada penyokongnya dengan menaiki kerusi roda yang di sorong oleh pembantu ataupun isterinya.

- Bertebaran berita yang mendakwa kerajaan sengaja mendera Anwar dan keengganan kerajaan membenarkan Anwar mendapat rawatan di luar negara telah menyemarakkan kemarahan khalayak yang menyokong bung Anwar.

- Kisah Anwar yang terpaksa hidup dalam kelumpuhan ketika hayat nyawa ke-5 dipalu digendang tiap masa walaupun di masa yang sama kerajaan telah menawarkan rawatan pakar tempatan di HKL untuk menentukan sejauh mana patah terkehelnya tulang belakang Anwar itu.

- Nyawa anwar yang ke-5 pergi meninggalkan jasadnya itu selepas kerajaan muktamad tidak mahu mengikut kehendak Anwar, maka keperitan hidup dalam kelumpuhan tidak dapat membendung nyawa ke-5 untuk kekal di jasad Anwar. Innalillah.

- Berkat keajaiban memiliki nyawa kucing, sewaktu berada di KLIA Anwar telahpun menggunakan nyawa ke-6 kerana itu sebelum berlepas ke Jerman untuk pembedahan tiada lagi kerusi roda sebaliknya Anwar bebas bangun duduk dan berjalan untuk bersalaman dengan penyokongnya yang menunggu di lapangan terbang.

- Anwar kembali ke arena politik dengan nyawa ke-6 yang bertenaga luar biasa selepas pembedahan tulang belakang yang paling berjaya dalam sejarah dunia tercipta di Jerman. Hanya dalam tempoh 2 jam sahaja Anwar sudah tidak lumpuh malah sudah mampu berjalan berlari tanpa sebarang kesan sakit.

- Keajaiban proses pembedahan di Jerman ini pastinya dicemburui banyak negara lain kerana tidak pernah ada pesakit kronik tulang belakang mampu berjalan berlari hanya selepas 2 jam pembedahan. Rata-rata pesakit yang berjaya dibedah di serata dunia memerlukan 3 – 6 bulan untuk pulih dan berjalan berlari seperti biasa. Inilah kehebatan Anwar, anugerah tuhan yangcomplicated dan tidak mungkin dimiliki oleh insan lain.

6. Hikayat Ancaman Bunuh - Tidak semena-mena hujan tidak ributpun tidak, nyawa ke-6 Anwar pula dikesan dalam bahaya. Wujud ancaman bunuh yang mengancam nyawa ke-6 Anwar Ibrahim yang secara halusinasi yang tak terlihat oleh mata kasar mahupun mata hati manusia biasa seperti kita.

- Tika itu Anwar sedang asyik meeting bersama pimpinan PKR serta Wan Azizah, tiba-tiba bagaikan beruk terkejut, mesyuarat tiba-tiba dihentikan oleh Anwar hanya selepas menerima satu panggilan telefon yang rupanya membawa berita Saiful Bukhari telah pergi membuat laporan polis berkaitan satu kes liwat.

- Demi menyelamatkan nyawanya yang ke-6 maka Anwar sanggup mengharung kegelapan malam daripada Quality Hotel di Shah Alam untuk mencari perlindungan di Kedutaan Turki yang terletak di KL.

- Namun takdir menentukan Kedutaan Turki tidak mampu membantu Anwar selama-lamanya, natijahnya upacara sembahyang ghaib untuk nywa ke-6 dilakukan sambil itu Anwar terpaksa meneruskan kehidupan menggunakan stok nyawa ke-7 tapi masih lagi guna jasad yang sama.

7. Failure Movie Sabotaj Kereta Azizah - Kegawatan kes liwat Anwar dan Saiful kemudiannya makin menjadi-jadi dengan pelbagai penangguhan proses mahkamah daripada kes sakit demam peguam hinggalah cubaan memecat pendakwa dan hakim memperlihatkan keazaman tinggi nyawa ke-7 Anwar untuk terus menghayati keindahan alam ini.

- Kehebatan inspirasi yang dimiliki oleh nyawa ke-7 Anwar ini nyata memberi semangat kuat untuk para penjenayah untuk cuba menggunakan method yang sama yakni menangguhkan sebanyak yang boleh kes perbicaraan di mahkamah termasuklah cuba memecat hakim dan pendakwa mengikut kemahuan sendiri demi keadilan diri sendiri.

- Namun di sebalik pelbagai cubaan tangguh menangguh itu, tiba-tiba tampil Datuk Trio yang menghebahkan satu kegiatan projek Anwar dgn Chinadoll berumur 26 tahun di sebuah apartmen sederhana mewah.

- Walaupun muka lelaki dalam video itu adalah milik Anwar namun dikatakan ramai penyokong Anwar perut dan punggung Anwar tidaklah boroi dan berisi seperti itu. Hebat. Nyata kekentalan nyawa ke-7 lebih hebat daripada sebelumnya. Lebih bijak dan inovatif. Hinggakan kepakaran 2 proffesor di US, kepakaran syarikat TV di Korea pun tidak mampu menyakinkan penyokong Anwar bahawa lelaki tersebut adalah Anwar.

- Pun demikian tidak tahan dengan asakan demi asakan apatah lagi bila video seks tersebut bertebaran di alam internet hinggalah di cetak dalam benduk CD & DVD, akhirnya nyawa ke-7 terancam jua.

- Bertiuplah angin-angin sepoi yang mendakwa nyawa ke-7 Anwar terancam selepas dikatakan wujud sabotaj terhadap kereta Wan Azizah. Selang sebulan selepas kejadian yang dikatakan berlaku ‘eksiden mengejut’ yang cuba membunuh Anwar itu, barulah pemandu Wan Aziah tampil membuat laporan polis.

- Walaupun logiknya patut wan Azizah yang terancam kerana kereta itu dinaiki olehnya dan pemandu itu pulak adalah pemandu kereta Azizah, namun logik tersebut tidak dapat menghalang untuk Anwar kehilangan nyawanya buat kali ke-7. Innalillah sekali lagi unutk kali ke-7 dalam masa 13 tahun. 8. Demo Jalanan Bershit 2.0, 09/07/2011

- Ya, kini selepas kehilangan 7 nyawa dalam masa 13 tahun dengan pelbagai plot luar tabie melangkau batasan pemikiran manusia, kini adalah masanya Anwar menggunakan nyawanya yang ke-8.

- Rupanya hayat nyawa ke-8 tidak panjang, malah kekentalannya adalah yang paling lemah berbanding 7 nyawa yang lain sebelum ini.

- Berita terbaru yang di terima sewaktu kekecohan demo Bershit 2.0 petang tadi (09/07/2001), nyawa ke-8 Anwar benar-benar di peringkat sakkaratulmaut.

- Demo haram Bershit 2.0 yang sepatutnya di adakah di Stadium Shah Alam seperti tawaran MB Selangor, namun kemudiannya dikekalkan untuk diadakan di sekitar KL nyata telah secara langsung mengancam nyawa ke-8 Anwar.

- Di khabarkan Anwar terkena tembakan FRU yang bersenjatakan senapang gajah, darah membasahi bajunya hingga tidak nampak lagi warna kuningnya itu, penafasan oksigen diperlukan, ini sudah kes berat. Ini peringkat kehilangan nyawa yang ke-8, memang bahaya.

- Dilaporkan pula oleh banyak blog, nyawa ke-8 Anwar ini hanya di hujung misai kucing, dikhabarkan bacaan Yassin berkumandang dan wasiat mungkin sedang dibacakan kepada kaum keluarga sementara menanti kehadiran stok baru nyawa ke-9.

- Berkemungkinan besar, tarikh 16 Julai 2011 untuk perbicaraan Anwar nanti bakal tertangguh lagi sebagai meraikan bakal kehilangan nyawa ke-8 Anwar ini. Sebagaistandby setelah melihat floating nyawa ke-8 Anwar ini tak tentu hala, maka blog ini mengucapkan pending order dengan ucapan Innalillah. Huh.. ucapan pun adapending dan floating macam forex.

No comments: