Thursday, March 28, 2013

KRONOLOGI DAN KISAH CINCIN 24JUTA






iza terpanggil utk membuat kronologi cerita berkenaan CINCIN 24Juta.. walaupun sudah lama isu ini dimainkan namun tidak ada cerita sepenuhnya yg diceritakan atau dijelaskan kepada umum

1. cerita cincin ini bermula pada bulan Julai 2011 yang mana tiba2 Malaysia diLETUPkan dengan keterangan dari Che'gu Bard dihadapan pejabat SPRM dengan membawa borang K1 yang tertulis nama Rosmah Mansur bagi kemasukan cincin berharga RM24juta

2. untuk pengetahuan umum, cincin ini dimiliki oleh Jacob & Co yang beribu pejabat di New York yang mana merupakan syarikat barangan kemas yang terkemuka di sana

3. cincin ini merupakan 'Produk Baru' keluaran syarikat ini dan sudah pasti sebagai barangan baru, syarikat berkenaan perlu mempromosikan barangan keluaran mereka kepada pelanggan.

4. untuk makluman Maira Nazarbayev yang juga merupakan bakal besan Rosmah dan Najib adalah pelanggan syarikat ini sejak 10 tahun yang lalu dan sebagai pelanggan, beliau diberi keutamaan oleh pembekal bagi mempromosikan barangan tersebut.

5. sementelaah besan kepada Rosmah ini berada di Malaysia bagi menguruskan majlis pertunangan anak mereka (pada bulan April 2011) maka beliau telah tinggal di kediaman Perdana Menteri

6. Jacob & Co. telah membawa masuk ke Malaysia cincin tersebut untuk dipamerkan kepada Maira Nazarbayev dan memerlukan alamat penduduk tetap di negara yang perlu dibawa masuk bagi tujuan rujukan dan insuran. Memandangkan Maira Nazarbayev tinggal sementara di Malaysia, beliau telah memberikan alamat kediaman Perdana Menteri sebagai rujukan dan alamat berkenaan telah diletakkan di dalam Borang K1 Jabatan Kastam (inspection).

7. cincin ini dibawa masuk pada 16 April 2011 ke Malaysia dan dibawa untuk dipamerkan dan ditunjukkan kepada Maira Nazarbayev pada 18 April 2011 di kediaman Perdana Menteri selama sejam tanpa kehadiran DS Rosmah Mansor (untuk pengetahuan semua, DS Rosmah Mansor langsung tidak melihat cincin tersebut)

8. selepas sejam, cincin tersebut dibawa keluar dan pada 19 April 2011, cincin tersebut telah keluar dari Malaysia melalui Singapore dan telah diisi di dalam borang K2 Jabatan Kastam.

9. Cincin ini telah singgah di Singapura, Dubai, Abu Darbi, Jeddah, Jordan dan balik semula ke New York pad 12 Mei 2011. Cincin ini telah dibeli oleh jutawan dari Timur Tengah pada pertengahan tahun 2012.

10. perkara ini telah dijelaskan oleh Philip Nasssimi pengarah Fine Jewelyery Jacob & Co (sila rujuk http://www.theedgemalaysia.com/political-news/233446-pms-wife-rosmah-denies-involvement-in-murder-of-mongolian-lady.html)

11. pihak pembangkang telah memainkan isu ini sehingga menimbulkan pelbagai tomahan termasuk DS Rosmah telah menabung sejak kecil (dengan membuat superimpose kepada Utusan yang bertarikh 8 Februari 2008 sedangkan kes ini bermula pada bulan Julai 2011.

12. SPRM sendiri telah melakukan siasatan terhadap DS Rosmah berkenaan isu ini dan didapati kes ini tidak relevan dan DS Rosmah tidak terlibat dalam isu ini.

13. Che'gu Bard hanya menunjukkan Borang K1 tetapi tidak menunjukkan Borang K2 yang mana menunjukkan cincin tersebut telah dibawa keluar oleh pihak Syarikat.

14. dan sehingga kini masih lagi ada data kemasukan dan keluar di dalam Jabatan Kastam tidak dipadamkan seperti mana digembar gemburkan oleh pembangkang.

pssss.........................: diharap penjelasan ini sedikir sebanyak membuang prasangka buruk masyarakat kepada DS Rosmah Mansor.



Lagi maklumat berkenaan Isu Cincin 24juta di link di bawah

http://www.rbfonline.net/2013/04/cincin-rm-24-juta-menjawab-fitnah.html?m=1

No comments: