Wednesday, October 16, 2013

Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 - 7 Mei 2008 telah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Keterangan/Hujah: 
  1. Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah trinity. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga, tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal usul penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.
     
  2. Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakal Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh,Elohim dan juga Yhwh.
     
  3. Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.
     
  4. Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.
     
  5. Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaanya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.
     
  6. Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.
     
  7. Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahwa semua agama adalah sama.
     
  8. Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God ditejemahkan sebagai Allah.
     
  9. Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa ini bagi menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam.
     
  10. Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi factor utama adalah berasaskan akidah dan kesucian agama Islam.
     
  11. Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.

KUALA TERENGGANU 15 Okt. - Seluruh umat Islam wajib mempertahankan akidah, menegak serta mengembangkan syiar Islam termasuk mempertahankan kesucian kalimah Allah tanpa mengira fahaman politik.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, pada masa sama, keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan, The Herald juga mesti disokong umat Islam.

Beliau menegaskan, walau apa cara sekalipun, umat Islam wajib berpegang kepada prinsip itu supaya kesucian agama Islam terus terpelihara dan tidak sekali-kali menjadi bahan senda penganut agama lain.

"Memang umat Islam tanpa mengira perbezaan fahaman politik wajib sama-sama perjuangkan akidah dan syiar Islam, semua itu mesti menjadi pegangan kita (umat Islam).

"Saya juga berpuas hati dan menyokong penuh keputusan Mahkamah Rayuan semalam tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam majalah The Herald. Dalam bab akidah, Islam kena jaga," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Harun diminta mengulas keputusan mahkamah itu semalam yang tidak membenarkan majalah berkenaan menggunakan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Melayu penerbitannya. -Utusan

*****************************************
ISU KALIMAH ALLAH - TIADA KESEPAKATAN DIKALANGAN PENGANUT KRISTIAN....
by: UM.

Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Zawawi Salleh menyatakan, pandangan Gereja Roman Katolik berhubung penggunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan The Herald tidak semestinya membayangkan pandangan komuniti penganut Kristian secara keseluruhan.

Beliau berpendapat, persoalan untuk menterjemah perkataan Tuhan kepada Allah masih dipertikaikan dan menjadi perdebatan hangat dalam kalangan masyarakat Kristian di seluruh dunia.

Hakim Mohd. Zawawi berkata, sebilangan mubaligh pula cenderung untuk menolak terminologi dan kebudayaan tertentu yang mereka tafsirkan sebagai Islamik.

Ujarnya, perkara itu terbukti apabila seruan seorang penganut Roman Katolik di Belanda, Tiny Muskens pada 2007 agar penganut agama itu menggunakan kalimah Allah dibantah oleh penganut Kristian Protestan dan Kristian Katolik.

Menurut hakim berkenaan, ini bermakna, penganut-penganut agama itu masih belum mencapai kata sepakat berhubung penggunaan kalimah Allah sama ada dalam pelbagai versi terjemahan Bible atau dalam penggunaan secara umum.

Allah bukan Tuhan seperti yang dirujuk dalam Bible kerana Allah merupakan kata nama khas bagi penganut Islam seperti yang dinyatakan dalam Surah Al-Ikhlas," ujar beliau dalam penghakiman bertulisnya setebal 25 muka surat.

Hakim Mohd. Zawawi menyatakan pandangan itu ketika membenarkan rayuan Kerajaan dan lapan pihak lain berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam versi bahasa Melayu majalah mingguan tersebut.

Sehubungan itu, beliau berpendapat, kalimah berkenaan akan membawa risiko salah faham dalam kalangan penganut agama Kristian jika dibenarkan penggunaannya dalam The Herald bagi merujuk kepada Tuhan.

Jelas Hakim Mohd. Zawawi, ajaran Kristian mengamalkan konsep Triniti dan ia tidak serupa dengan agama Islam yang mempercayai keesaan-Nya dan mengamalkannya.

Menurut beliau, perkara itu terbukti melalui pandangan berbeza seorang mubaligh Australia, Brutus Balan bahawa Allah bukan Tuhan yang dinyatakan dalam Bible.

Ujar hakim itu, mubaligh berkenaan menyatakan:

Perkataan yang diimport daripada al-Quran sarat dengan pengertian dan apabila perkataan asing itu digunakan, kita sebenarnya membawa masuk sekali amalannya."

*******************************************
Kata-kata ketiga-tiga Hakim Mahkamah Rayuan semasa membentang Penggunaan Kalimah ALLAH oleh Gereja Kristian Dan Majalah THE HERALD pada 14 Oktober 2013 di Istana Kehakiman:

1.Hakim Dato Seri Mohammad Apandi Ali " Kalimah ALLAH tidak pernah digunakan walau sekali dalam Kitab Taurat dan Zabur atau dalam Kitab Injil,malah tidak terkandung dalam Bible Bahasa Greek. Dalam Bible ,Tuhan dikenali sebagai Yahweh atau Yah "

2.Hakim Dato Abdul Aziz Abdul Rahim " Tiada bukti ,sejarah dalam Bible Bahasa Melayu "

3.Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh " Belum ada kata sepakat dalam kalangan Kristian untuk menterjemah perkataan Tuhan kepada ALLAH.Mereka masih mempertikai dan menjadi perdebatan dalam kalangan masyarakat kristian." "ALLAH bukan tuhan seperti yang dirujuk dalam Bible kerana ALLAH merupakan kata nama khas bagi penganut Islam seperti yang dinyatakan dalam Surah Al Ikhlas "

***************************************************
Effendy Zulkifly wrote:
Soalan-soalan berkaitan isu Kalimah Allah.

Saya nak tanya kepada sahabat-sahabat saya yang pakar terutama yang sokong kalimah Allah digunakan oleh pihak kristian di Malaysia.

1)Mengapa penganut Kristian di Filipina, USA, Roman Katolik di Italy tak guna pun perkataan Allah dalam Bible mereka?

2)Adakah dengan tidak dapat menggunakan kalimah Allah ajaran Kristian terjejasdan seterusnya merosakkan akidah orang Kristian di Malaysia yang dikatakan menggunakan kalimah Allah dalam Bible mereka?

3)Adakah berdosa jika pemerintah negara kita menghalang kalimah Allah digunakan orang kristian di Malaysia?

Dan dua soalan terakhir paling penting.

4)Apakah kebaikan dan keburukan menggunakan kalimah Allah oleh orang kristian?

5)Dan apakah kebaikan dan keburukan jika kalimah Allah dihalang digunakan kepada orang kristian?

Saya mahukan jawapan jujur dari sahabat-sahabat yang sudi menjawab.

-Effendy Al-Ampangi-
****************************************

Khalimah Allah
(Dalam konteks Semenanjung Malaysia)

Sehari sebelum umat Islam di negara ini merayakan Hari Raya Aidul Adha, mahkamah rayuan membuat penghakiman memihak kepada pihak kerajaan mengharamkan Penggunaan Khalimah Allah oleh penganut bukan Islam.

Sebanyak 40 muka surat penghakiman. Walaupun penghakiman secara khusus menyebut larangan pada penggunaan di Herald, tapi pada 'substance'NYA saya percaya ianya meliputi pengharaman penggunaan dlm erti kata yg lebih besar lagi.

Dlm pada kita merasa lega dgn keputusan tersebut, saya amat berasa kecewa dengan beberapa kenyataan individu2 pembangkang yg masih mempersoalkan isu ini. Lebih mengecewakan kenyataan ini adalah dari golongan yg konunnya memperjuangkan Islam.

Secara klise mereka ini menguna logik 'khalimah Allah ni digunakan oleh kristian atau ugama samawi di Asia Barat' dan kerana itu ianya boleh digunakan.

Saya menyanggah pendapat ini yg pada saya terlalu cetek kefahamannya.

I) 6 tahun saya di perantauan di Eropah dan di US, saya tidak dengar atau lihat Chatholic atau Kristian menggunakan khalimah Allah. Baik di majalah majalah, rancangan TV atau mana mana media massa. Malahan ada Scholar Bibble yg menegah penggunaan Allah dlm bibble.

II) Memang saya akui Kristian di Middle East menggunakan Khalimah Allah. Dan ini lebih kerana bahasa mereka sendiri.

Dlm konteks SEMENANJUNG MALAYSIA, boleh saya katakan tiada langsung persamaan yg ketara antara bahasa Cina, India atau English dgn bahasa Arab. Yg lebih mirip baik dari segi bahasa atau budaya adalah bahasa Melayu dan budaya Melayu itu sendiri.

Jadi kenapa tiba2 nak gunakan khalimah Allah. Tiada justifikasi langsung akan persamaan bahasa mahupun budaya.

3) kawan2 saya yg menganut Catholic berkata mereka tidak pernah hairan nak menggunakan khalimah Allah dlm gereja atau dlm pengajaran bibble (dlm konteks Semenanjung Makaysia). Yg ada hanya segelintir golongan yg pada hemat saya mempunyai tujuan dan agenda tersendiri.

4) agama kristian mula bertapak sejak zaman Portugis dan digiatkan penyebaran daripada zaman Belanda. Pada hemat saya perkara ini tidak pernah dijadikan isu langsung sebelum.ini sehingga baru baru ini.

Persoalan saya 'kenapa sesuatu kalau benar ianya amat penting, HANYA DITEKANKAN KEPENTINGAN SEKARANG DAN TIDAK DARI DAHULU LAGI?. WHY IS SO IMPORTANT NOW SOMETHING THAT IS NOT THAT IMPORTANT BEFORE?

MACAM ADA YG TIDAK KENA 'Somehow'...

Tuan Guru Haji Hadi berkata dia bersetuju penggunaan khalimah Allah digunakan selain Islam selagi ianya tidak disalahgunakan untuk memesongkan akidah umat Islam...

Wait A minute... kalau Catholic sendiri rata2 tak gunakan Allah di geraja2 di SEMENANJUNG MALAYSIA, dan mereka rata2 tidak.menggunakan BAHASA MALAYSIA. Tiada persamaan langsung dari segi bahasa dgn bahasa Arab... bukankan pengunaan Khalimah Allah lebih kepada untuk memesongkan akidah umat islam... secara perlahan lahan?

Sebagai parti yg kononnya mempertahankan Islam, adakah mereka tidak peka atau tidak nampak atau BUAT BUAT TAK NAMPAK, BUAT BUAT BODOH SAHAJA... SEMATA2 TERLALU SAYANGKAN TAHALUF SIYASI, KEMPUNANAN NAK KE PUTRAJAYA?

TIDAK CUKUPKAH PENGAJARAN DARI NEGARA JIRAN YG MANA DIBERITAKAN SETIAP TAHUN 2 JUTA UMAT ISLAM MURTAD? RATA2 DI SANA PENGUNAAN KHALIMAH ALLAH DLM BIBLE ADALAH SGT LIBERAL.

Lagi 8 minit umat islam di negara ini akan merayakan perayaan Aidul Adha, HARI RAYA KORBAN. Marilah umat Islam sama berKORBAN perasaan terlalu TAKSUB, perasaan terlalu inginkan Kuasa demi kepentingan Islam itu sendiri.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA SEMUA...

#bila cuit orang kaya haji menulis

************************************

Kalimah Allah telah diisytiharkan penggunaannya dalam Bible terbitan Vatican oleh Pope John II pada tahun 1985. Baca betul2, pengisytiharan penggunaan kalimah Allah dalam Bible terbitan Vatican ialah pada tahun 1985. Walhal sebelum itu, Vatican menggunakan perkataan God (English Terminology) / Yehweh (Arabic Terminology) / Elohim (Aramaic Terminology).

Persoalan skrg ;

1. Kenapa hanya Mazhab Katolik beriya-iya mahu menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible mereka sedangkan mazhab2 lain dalam doktrin Kristian seperti Mazhab Anglican yang tidak menggunakan kalimah Allah ?.

2. Kenapa sekelian Arbishop2 Katolik tidak mendedahkan fakta sebenar bahawa Larangan Penggunaan Perkataan Allah dalam Bible sudah termaktub dalam Nostra Aetate Vatican II pada 28 Oktober 1965 dan diperakui oleh Pope Paul IV dengan undian dikalangan Arbishop2 sebanyak 2,888 undi menyokong dan 88 undi menentang ?. Apa agenda sebenar puak Katolik ?.

Maka ;

Terbuktilah apa yang difirmankan oleh ALLAH dalam surah Al baqarah ayat 120, "Tidak akan redha Yahudi dan Nasrani ke atas kamu (wahai Muhammad) sehingga kamu mengikuti jejak langkah mereka".

Untuk rekod ;

Nostra Aetate Vatican II merupakan dokumen Deklarasi Dalam Perhubungan Gereja Katolik dengan Agama-agama Bukan Kristian (Declaration on the Relation of the Church with Non-Christian Religions).

Dalam dokumen itu, terdapat larangan oleh Pope Paul IV penggunaan kalimah Allah dalam Bible kerana menghormati Islam yang berhak menggunakan kalimah Allah.

So, wahai para pemimpin PAS, masihkah anda mahu menyokong puak Katolik ?.

1 comment:

TRUEMAN said...

Kepada yang sokong kalimah Allah oleh orangKristian tu boleh dipertikaikan iman mereka.... Sebab mereka dengan senang hati benarkan orang Kristian buat perkara di bawah :
1. Hari Ahad ni kami sembahyang kat Rumah Allah ( Gereja ).
2. Gereja dah jadi macam masjid sebab ada nama Allah kat sebelah salib.
3. Stiker-stiker kereta akan ada berbunyi Allah father of Jesus, Allah Tuhan bapa penyayang, Allah is my God and cristian is my religion dan sebagainya.
4. Orang kristian boleh baca Bismillah dalam gereja dalam bahasa Arab atau bahasa Melayu dan dijadikan amalan mereka.
5. Mungkin 50 tahun di hadapan akan mempertikaikan penggunaan nama Allah oleh orang Islam dengan alasan agama Kristian guna dulu sebab kristian wujud awal dari Islam.
Jadi tak terkelirukah anak-anak kita yang dah tak belajar sifat 20 sebab wahabi haramkan.. Sekarang pun dengan syiah terkeliru inikan pula kristian yang sistematik....