Tuesday, January 30, 2018

KEM SG BESI DIJUAL?

Jamalee Bashah :
Tadi ada kawan mesej minta saya ulas pasal isu Kem Sungai Besi. Tular di media sosial mengenai bagaimana TUDM "dihalau keluar" dan lepas ini "beroperasi mungkin di bawah pokok".
Bukan saya yang kata. Tapi komen-komen netizen terhadap isu ini sure sounds like now we don't have an airbase.
1. Kem TUDM dipindah ke kawasan yang lebih strategik, luas, dan dengan fasiliti kelas pertama di Sendayan. 303.5 hektar tu bhai.. Bukan kecik anak airbase baru ni yang telah mula dibangunkan sejak 2013.
Tak nak cerita panjang, pergi buat carian sendiri di Google mengenai airbase baru kita ni.
2. Berkenaan isu "tempat strategik", nah ini ulasan Kapten Rahmat tentang betapa "strategiknya" kem Sungai Besi tu setelah pembangunan encroach di kawasan tersebut.
"Ada seorang pengguna Twitter baru-baru ini mengutarakan kisah yang sama: Pangkalan Udara Kuala Lumpur adalah satu aset strategik pertahanan kerana ianya satu-satu pangkalan tentera udara di dalam sebuah bandaraya.
Apabila saya bertanya apakah yang dimaksudkan dengan ‘strategik’ beliau tidak menjawab hingga ke hari ini.
Baiklah. Mari kita bincangkan betapa strategiknya pangkalan tersebut.
Pangkalan Udara Kuala Lumpur merupakan pangkalan terakhir di mana saya bertugas sebelum menamatkan tauliah jangka pendek dalam perkhidmatan TUDM lebih 20 tahun yang lalu. Pada waktu itu, tepi landasan kapal terbang berada agak jauh dari Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban. Saya sering gunakan bahagian rumput di tepi landasan tersebut di waktu petang setelah operasi udara harian di pangkalan tersebut tamat untuk membawa anak saya terbang menaiki pesawat ringan jenis Buckeye.
Pada tahun 1975, semasa jalanraya masih berada jauh dari bahagian tepi landasan, pengganas dari Parti Komunis Malaya telah melancarkan serangan mortar terhadap pesawat-pesawat Caribou milik TUDM yang berada di pangkalan tersebut, merosakkan dengan teruk salah sebuah pesawat tersebut manakala empat lagi mengalami kerosakan kecil.
Sekiranya anda memandu dari arah Seremban menghala ke Kuala Lumpur anda boleh lihat betapa hampirnya kini lebuhraya dengan tepi landasan tersebut. Anda tidak perlu lagi berada jauh sekiranya ingin melakukan khianat terhadap aset-aset serta bangunan-bangunan yang berada di dalam pangkalan tersebut.
Panjang landasan di PU Kuala Lumpur tidak pernah berubah sejak ianya dibina pada tahun 1952 iaitu sepanjang 3,934 kaki. Semasa saya bertugas, pesawat taktikal sayap kaku yang diterbangkan dari sini adalah pesawat DHC-4 Caribou yang mempunyai jarak berlepas sepanjang 910 kaki, dan pesawat amfibian Grumman HU-16 Albatross yang memerlukan jarak 1.700 kaki untuk berlepas.
Kedua-dua buah pesawat telah dilucut tauliah semasa saya masih bertugas.
Kini, pesawat angkut yang digunakan oleh TUDM adalah lebih besar dari pesawat Caribou. Pesawat A400M memerlukan jarak berlepas minima sepanjang 3,215 kaki manakalah pesawat C-130H memerlukan 3,586 kaki. Walaupun cukup untuk berlepas, landasan tersebut tidak cukup panjang untuk kedua-dua jenis pesawat membuat pemberhentian cemas dengan selamat.
Tambahan pula, Nombor Klasifikasi Beban (LCN) iaitu kategori kekuatan beban landasan di PU Kuala Lumpur ialah 40. Walaupun pesawat C-130H hanya memerlukan LCN 37 untuk tarmac/asphalt, pesawat A400M perlu mempunyai lebih dari 49.
Maka, PU Kuala Lumpur hanya mampu menerima pesawat-pesawat ringan tanpa menjejaskan keselamatan pesawat dan struktur landasan.
Mendarat di Runway 22, Pangkalan Udara Kuala Lumpur (Simpang)
Gambar di atas di ambil sekitar tahun 2001. Bahagian berumput di sebelah kiri gambar kini hanya tinggal setengah akibat pembesaran Lebuhraya KL-Seremban dan Lebuhraya SMART. Jalan di latar depan gambar ini ialah Jalan Istana yang berhubung dengan Lebuhraya Sultan Iskandar (Lebuhraya Mahameru). Kini ada satu jejambat yang lebih tinggi dibina di situ.
Di latar belakang gambar atau di hujung landasan tersebut adalah satu tebing di mana landasan Keretapi Tanah Melayu dan juga ERL lalu. Tebing tersebutlah yang menjadi suatu halangan yang boleh memberi akibat yang buruk sekiranya pesawat angkut A400M atau C-130H terpaksa membatalkan perlepasan.
Lain-lain halangan yang kini berada di situ ialah sebuah bangunan berketinggian hampir 60 meter berada 1.86km di hadapan landasan tersebut.Enam buat tiang lampu yang berada betul-betul di bawah pesawat yang ingin membuat pendaratan di Landasan 22; pokok-pokok milik persendirian berketinggian 55 meter juga di bawah pesawat sebelum mendarat; menara kabel tension tinggi berketinggian 105 meter di sebelah timur landasan; dua buah menara telekomunikasi berketinggian 35 meter dan 76 meter juga dalam laluan pendaratan pesawat.
PU Kuala Lumpur juga tidak mempunya kemudahan penyimpanan dan pengisian minyak yang sempurna. Sekiranya anda menerbangkan pesawat ringan persendirian mahupun milik kelab dari situ maka anda perlu terbang ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang untuk mengisi minyak sebelum pulang semula ke PU Kuala Lumpur.
Ditambah pula dengan keadaan lalulintas di sekitar kawasan PU Kuala Lumpur yang sememangnya sesak, adakah anda masih menganggap pangkalan udara ini sebuah aset yang strategik?"

(bacaan lanjut: https://seademon.me/2017/02/11/apa-yang-strategiknya/)

3. Berkenaan isu jual tanah kat China.
"Siapa sebenarnya yang memiliki tanah milik TUDM ini?
Mari kita lihat pecahan pemilikan tanah tersebut:
40 peratus adalah milik Ministry of Finance Incorporated (MOF Inc), sebuah syarikat di bawah Kementerian Kewangan Malaysia;
22 peratus adalah milik Credence Resources Sdn Bhd., sebuah syarikat swasta milik warganegara Malaysia;
14 peratus adalah milik Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ);
dan,24 peratus milik China Railway Engineering Corporation yang akan membina terminus High-Speed Rail di situ.
Ini bermakna, 54 peratus milik syarikat-syarikat kerajaan dan 46 peratus milik swasta (22 peratus milik swasta Malaysia dan 24 peratus milik swasta China).
Ini juga bermakna 76 peratus Bandar Malaysia adalah milik Malaysia manakala 24 peratus adalah milik China."



********************
#PENGKALAN_SUNGAI_BESI_TERGADAI_KEPADA_CHINA?

Di sana sini dapat kita lihat cai pembangkang yang anti pembangunan menghasut kononnya tanah TUDM tergadai kepada China.


Tengok status dalam gambar tu. Siap kata tanah dijual kepada komunis. 

Mereka cukup benci dengan rancangan pembinaan Bandar Malaysia di sana yang bakal menjadi bandar bawah tanah terbesar di dunia lengkap dengan stesen keretapi bullet train di atasnya. Mereka lebih suka pengkalan lama kekal di sana sedangkan ia sudah hilang nilai strategik ketenteraan.

Hakikatnya, siapakah sebenarnya yang memiliki tanah milik TUDM ini? Benarkah ia milik China?

Mari kita lihat pecahan pemilikan tanah tersebut:

a) 40 peratus adalah milik Ministry of Finance Incorporated (MOF Inc), sebuah syarikat di bawah Kementerian Kewangan Malaysia.

b) 22 peratus adalah milik Credence Resources Sdn Bhd., sebuah syarikat swasta milik warganegara Malaysia.

c) 14 peratus adalah milik Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ)

d) 24 peratus milik China Railway Engineering Corporation yang akan membina terminus High-Speed Rail di situ. Yup, bullet train yang akan memendekkan perjalanan KL ke Singapura hanya dalam tempoh 90 minit!

Secara ringkasnya:

– 54 peratus adalah milik syarikat-syarikat kerajaan

– 46 peratus milik swasta (22 peratus milik swasta Malaysia dan 24 peratus milik swasta China).

Kesimpulannya,

– 76 peratus Bandar Malaysia adalah milik Malaysia 

– Hanya 24 peratus adalah milik China.

Jadi di mana mungkin China memiliki tanah bekas milik TUDM? Cai fail matematik ke?

Tanah itu dibeli oleh 1MDB pada asalnya dengan harga RM 400 juta. Apakah nilai ini murah?

Sedangkan, sebagai ganti, 1MDB perlu membina sebuah Pangkalan Udara baru untuk unit-unit TUDM dari pengkalan udara lama.

Selain pangkalan udara yang baru, 1MDB juga perlu membina TUJUH buah lagi pangkalan tentera menjadikan jumlah keseluruhan LAPAN buah pangkalan tentera berjumlah sekitar RM1.6 billion. Jumlah keseluruhan = RM2 billion (RM 400 juta + RM 1.6 billion). 

Bayangkan apa yang boleh dimanfaatkan kita dengan jumlah RM2.5 billion pinjaman yang lesap di Hong Kong semasa pentadbiran Tun Mahathir!
Bayangkan pula betapa banyak pembangunan yang kita boleh dapat sekiranya wang negara sebanyak RM 32 billion tidak hangus hanya demi memuaskan nafsu serakah si tua untuk main judi FOREX. 
Fikir-fikirkanlah!

Hanya si bangang dan tolol saja akan kata kita menjual negara. ðŸ˜‡

Diolah dan diringkaskan dari nukilan asal bro Captain Rahmat Tun Hanif Omar aka John F , TUDM.


*****************************
Salmah Kadir Doc Abdul Rahman Abdul Kadir II
Kamu ketinggalan keretapi. Perjanjian dah batal sebab mereka tak bayar. Skg ia milik 1Mdb 100% dan kita masih buka bidaan nak cari master developer. 9 stkt tengah bida, 7 dari China dan 2 dari Jepun. Bidaan tertinggi skg 10.5bn. Tempoh setahun saja nilai dah naik sampai 5x.


****************************
Seademon Says
Isu Pangkalan Udara Strategik
1. Pemindahan TUDM Kuala Lumpur ke Pangkalan Udara Sendayan dibuat berdasarkan faktor rasionalisasi daripada aspek operasi dan keselamatan, dan juga TUDM Kuala Lumpur sudah terlalu lama dan usang, dibangun sejak tahun 1940-an.
2. Operasi penerbangan di TUDM Kuala Lumpur tidak berapa selamat disebabkan kepesatan pembangunan Bandaraya Kuala Lumpur, dengan adanya bangunan tinggi dan kepadatan penduduk.
3. Kawasan TUDM Kuala Lumpur amat terdedah dengan ancaman luar disebabkan lokasi berhampiran lebuhraya dan kawasan perumahan. Dengan ancaman yang ada sekarang ini, ia boleh dilancarkan daripada kawasan-kawasan tersebut.
4. Pendedahan TUDM Kuala Lumpur kepada umum turut menyukarkan pihak TUDM untuk memberi perlindungan mantap sebagai kawasan operasi ketenteraan kerana terdedah kepada aktiviti pengintipan.
5. PU Sendayan & 31 Rejimen Artileri Kem Tun Ibrahim, Kajang adalah antara tapak-tapak relokasi TUDM Kuala Lumpur. Penempatan di beberapa pangkalan udara yang ada adalah mengikut misi dan kesesuaian seperti yang dibuat di PU KL sebelum ini.
6. Ini adalah kali pertama sebuah Pangkalan Udara (Sendayan) dibina untuk keselesaan para pegawai dan anggota TUDM di mana mereka akan mendapat kawasan kerja, kediaman dan infrastruktur yang baru untuk memberi sokongan atas misi-misi latihan TUDM. Selain itu, dengan adanya PU Sendayan ini, TUDM akan dapat menempatkan pusat latihan TUDM di mana buat masa ini latihan-latihan tersebut berpecah dan ada yang dibuat di Subang, Alor Star serta di Kinrara.
7. PU Sendayan ini apabila siap dibina dapat menyatukan TUDM yang akan meletakkan semua ini di bawah satu bumbung bagi tujuan uniformiti dan latihan manakala perintah dan kawalan akan menjadi lebih berkesan.
ISU KEHILANGAN ASPEK SEJARAH PU KUALA LUMPUR
1. Sejarah TUDM Kuala Lumpur akan dikekalkan selepas dipindahkan ke PU Sendayan kerana ia merupakan landasan antarabangsa yang pertama digunakan semasa zaman kemerdekaan. TUDM akan memelihara artifak-artifak sejarah TUDM Kuala Lumpur ini di muzium TUDM. Ini akan dilakukan bagi memastikan sejarah TUDM tidak akan terlupus.
ISU PROJEK BANDAR MALAYSIA DIKUASAI SYARIKAT CHINA
1. Dakwaan kononnya projek Bandar Malaysia di bekas TUDM Kuala Lumpur di ibu negara dikuasai oleh syarikat China kini bukan lagi isu. Sebaliknya tapak strategik seluas 198 hektar itu dikuasai 100% Kementerian Kewangan, berikutan terbatal perjanjian jualan saham (SSA) Bandar Malaysia dengan pihak pemegang saham projek tersebut sebelumnya.
2. TRX City, dengan mengambil kira kepentingan nilai tanah Bandar Malaysia, akan mengekalkan pemilikan penuh terhadap kawasan itu demi memastikan rakyat Malaysia meraih manfaat hasil pembangunannya.
3. Adalah fitnah berniat jahat dengan mengatakan kem TUDM KL diserah kepada Cina dari China.
RUMUSAN
1. Adalah tidak benar kerajaan mengenepikan sejarah penting negara dengan menyerahkan Pangkalan Udara Kuala Lumpur kepada pihak pemaju untuk dibangunkan. Banyak sejarah dan artifak TUDM akan dipelihara untuk pengetahuan generasi akan datang.
2. PU Kuala Lumpur telah hilang nilai strategiknya dan tidak sesuai lagi untuk menempatkan unit-unit tentera. Kedudukannya juga menjadikan pengintipan dan serangan oleh musuh menjadi begitu mudah.
3. Angkatan Tentera Malaysia memperolehi kemudahan-kemudahan yang jauh lebih baik dan bersesuaian setelah perpindahan ini berlaku.
4. Malaysia bukan satu-satunya negara yang menutup pangkalan-pangkalan tentera. United Kingdom telah dan bakal menutup sebanyak 56 pangkalan-pangkalan tentera termasuk Woolwich Barracks dan Fort George yang berusia hampir 300 tahun dan kaya dengan unsur-unsur sejarah. Berbeza dengan Malaysia, penutupan pangkalan-pangkalan tentera di UK tidak melibatkan sebarang penggantian.

Oleh itu janganlah kita mempolitikkan pertahanan negara dan hargai Angkatan Tentera Malaysia serta hak mereka untuk bertugas dan tinggal di pangkalan-pangkalan yang jauh lebih moden dan selesa sesuai dengan tugas mereka yang berat untuk menjaga kemananan, kesejahteraan dan kedaulatan negara.

No comments: