Tuesday, September 17, 2013

PROGRAM MEMPERKASA EKONOMI BUMIPUTERA OLEH NAJIB RAZAK

INILAH USHA KERAJAAN SELAMA INI....
YANG DIJERITKAN RAMAI PIHAK....!!!
APA YANG KERAJAAN BUAT UNTUK RAKYAT...???
KESENANGAN YANG MEMBUTAKAN........!!!!!!!!!!!!!

1(i). Langkah jangka pendek bersifat “one off” yang telah dilaksanakan pada tahun 2012 (Semua bantuan ini melibatkan peruntukan hampir RM 3 bilion) :
1. Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M, sebanyak RM 500 yang memanfaatkan hampir 4 juta isi rumah negara yang berpendapatan di bawah RM3 000.
2.Bantuan persekolahan RM 100 untuk setiap pelajar sekolah rendah dan menengah melibatkan 5.3 juta orang pelajar sekolah seluruh negara.
3. Pelajar Institut Pengajian Tinggi dan Tingkatan 6 pula diberikan baucar buku bernilai RM200 telah disediakan yang telah memanfaatkan 1.3 juta orang pelajar.
4.Kenaikan gaji 7 hingga 13 peratus bagi 1.4 juta orang kakitangan sektor awam yang telah memanfaatkan hampir 4 juta orang rakyat Malaysia.
5.Dasar gaji minimum untuk sektor swasta yang telah diumumkan pada 1 Mei 2012 yang lepas.

(ii) Langkah Jangka Serdahana :
1.Kedai Rakyat 1Malaysia.
2.Klinik 1Malaysia.
3.Menu Rakyat 1Malaysia.
4.Pembekuan kenaikan untuk tempoh 5 tahun harga tol di Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Pantai Timur.
5.Penghapusan tol di beberapa laluan seperti di Lebuh Raya Cheras- Kajang dan Lebuh Raya Connaught.

(iii) Langkah Jangka Panjang :
1.Memperkenalkan Skim Perumahan 1Malaysia atau PR1MA untuk membina perumahan mampu milik di kawasan Bandar bagi golongan pertengahan
2.Projek Perumahan Rakyat di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan dipertingkatkan lagi dengan memfokuskan untuk golongan pertengahan
3.Bagi perumahan kawasan luar bandar, pembinaan rumah yang mencukupi akan diterajui oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)
4.Bagi tahun 2012 sebanyak RM300 juta telah diperuntukkan di bawah Tabung Khas Perumahan Nelayan untuk perumahan bagi golongan nelayan dengan membina dan membaik pulih rumah.
5.Meneruskan dasar subsidi yang terpilih melibatkan makanan seperti beras, gula, minyak masak dan tepung gandum, hasil petroleum termasuk minyak kereta, diesel dan gas memasak.
6.Memberikan subsidi bil elektrik bagi 1 juta isi rumah yang melibatkan bil bernilai RM20 ke bawah.
7.Semua jumlah subsidi ini membabitkan peruntukkan sebanyak lebih RM30 bilion setahun.

2) Mempertingkatkan Infrastruktur Asas Luar Bandar
1.Setakat ini, hampir 1000 kilometer jalan luar Bandar telah dibina.
2.Angkatan Tentera Malaysia melalui Projek Jiwa Murni telah membantu dalam pembinaan jalan-jalan luar Bandar ini. Contohnya, Long Lopeng ke Ba’kelalan, Kuala Medalam ke Medamit, Limbang dan Kampung Saeh, Bekenu, Miri.
3.Sebanyak 27 ribu lagi isi rumah luar bandar mendapat nikmat bekalan elektrik dan lebih 70 ribu lagi isi rumah pula mendapat bekalan air yang
bersih.
4.Bagi negeri Sabah peningkatan melibatkan 8% membabitkan lebih 150 ribu penduduk. Bagi negeri Sarawak, peningkatan ialah sebanyak 5.3% yang membabitkan lebih 100 ribu penduduk. Manakala bagi negeri-negeri di Semenanjung, peningkatan ialah sebanyak 3.6% yang membabitkan lebih 250 ribu penduduk.
5.Bagi bekalan elektrik pula, negeri Sabah dan Sarawak menunjukkan peningkatan sebanyak 6.8% dan 6.2%, yang memanfaatkan lebih daripada 230 ribu penduduk.

3) Mempertingkat Pengangkutan Awam di Malaysia
1.melaksanakan beberapa projek besar pengangkutan awam seperti projek MRT yang merupakan projek pengangkutan awam bandar untuk jangka panjang. Fasa pertama projek ini dijangka siap dalam tempoh 5 tahun akan datang.
2.Meningkatkan sistem pengangkutan LRT dengan penambahan dari gerabak 2 koc kepada gerabak 4 koc.
3.Pemanjangan kedua-dua laluan Kelana Jaya dan Ampang Jaya. Pemanjangan kedua-dua laluan ini dijangka akan memanfaatkan lebih 500 ribu pengguna sehari semasa waktu puncak.
4.Bagi perkhidmatan komuter KTM pula, koc-koc baru telah pun dibeli dan akan diperoleh secara berperingkat. Ini akan meningkatkan mutu dan keselesaan perkhidmatan komuter dan dijangka akan meningkatkan keselesaan kepada hampir 100 ribu pengguna harian.
5.KTM juga kini dalam proses mempersiapkan laluan berkembar dan proses elektrifikasi laluan Ipoh-Padang Besar.
Kerajaan telah memperkenalkan Bas Ekspresway Transit (BET) yang telah memanfaatkan 370 ribu orang pengguna setiap hari.

4) Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isi Rumah Berpendapatan Rendah
1.Kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif, seumpama akhiri zaman miskin atau 1AZAM yang telah memberi nikmat kepada lebih 47 ribu isi rumah yang melibatkan perbelanjaan lebih RM 500 juta.
2.Di bawah program Kebajikan Rakyat 1 Malaysia atau KAR1SMA pula sebanyak RM 1.4 Bilion diperuntukkan setiap tahun kepada 500 ribu penerima bantuan kebajikan masyarakat seluruh negara.

5) Membanteras Gejala Rasuah
1.Sehingga akhir 2011, sebanyak 900 pesalah rasuah telah disabitkan kesalahan.
2.Kerajaan telah pun menubuhkan mahkamah khas bagi mempercepatkan perbicaraan kes-kes rasuah.
3.Manakala badan penguatkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah ditingkat upaya dengan secukupnya.
4.Kerajaan tidak pernah pilih kasih dalam usaha memerangi rasuah. Tidak timbul soal bahawa tindakan hanya akan diambil terhadap “ikan bilis” manakala “ikan jerung” akan dibiarkan terlepas bebasWalauapapun, sebarang usaha yang telah dilakukan kerajaan sekarang ini paling pentingnya mesti sampai dan dirasai sendiri impak kepada kalangan rakyat Malaysia.

6) Mengurangkan Kadar Jenayah
1.Kerajaan telah meningkatkan jumlah anggota polis terutamanya di kawasan-kawasan panas.
2.Strategi ini nyata berkesan di mana kadar jenayah jalanan telah berjaya dikurangkan sebanyak 39%, manakala jenayah keseluruhan telah berkurang sebanyak 11% semenjak tahun 2009.
3.Kerjasama antara Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Di Raja Malaysia, di mana pusat-pusat latihan tentera sedia ada telah dimanfaatkan untuk melatih juga anggota-anggota polis. Kesannya, dengan kos yang minimum lebih banyak anggota polis boleh dilatih dengan kadar lebih pantas, seterusnya diatur gerak ke kawasan-kawasan yang memerlukannya.
4.Di bawah strategi lautan biru ini juga rondaan bersama anggota polis dan tentera serta anggota RELA dan Jabatan Pertahanan Awam yang dilatih khusus serta dikawal selia oleh pihak PDRM di laksanakan bagi tujuan pencegahan jenayah.
5.Sebagai sebahagian daripada langkah mengurangkan kadar jenayah ini juga, teknologi inovatif dan moden seperti pemasangan CCTV akan di tingkat luaskan.

7) Meningkatkan Pencapaian Pelajar
1.Buat pertama kalinya dalam sejarah Negara, pendidikan peringkat rendah dan menengah adalah percuma.
2.77% daripada anak-anak kita telah mendapat peluang mengikuti pembelajaran peringkat pra-sekolah berbanding 67%, 2 tahun yang lalu.
3. 24. Kerajaan mengumumkan laluan karier perguruan yang lebih baik berasaskan sistem kenaikan pangkat “time based” dalam Bajet 2012.



Norazniza Abdul Karim

Intipati Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera

MENDAYA MODAL INSAN BUMIPUTERA

- Memperbanyakkan program latihan peningkatan kemahiran

- Mempergiatkan program latihan semula (reskilling)

- Mempergiatkan Skim Latihan 1Malaysia, Program Kebolehpasaran Graduan dan Program Peneraju Skil

- Memperluaskan Program Pendidikan Lepasan Ijazah melalui Jabatan Perkhidmatan Awam, MARA dan agensi berkaitan

- Memperluaskan Program Peneraju Profesional di bawah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB)

MEMANTAPKAN PEMILIKAN EKUITI BUMIPUTERA DALAM SEKTOR KORPORAT

- Melancarkan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) dengan suntikan pelaburan 10 bilion unit saham

- Mentransformasikan program Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB) melalui Ekuiti Nasional Bhd (EKUINAS)

MEMPERKUKUH PEMILIKAN ASET BUKAN KEWANGAN BUMIPUTERA

- Memperkemaskan Yayasan Wakaf Malaysia

- Memperkukuhkan peranan institusi-institusi hartanah seperti Pelaburan Hartanah Bhd (AHB), Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Perbadanan Usahawasan Nasional Bhd (PUNB) bagi membangun dan memperoleh hartanah komersil dan industri.

- Memperbanyakkan pembinaan rumah mampu milik kepada bumiputera melalui Syarikat Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) dengan kerajaan negeri

- Perkukuhkan UDA Corporation untuk membangunkan hartanah

- Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terlibat dalam pembangunan hartanah memberi penekanan kepada pembangunan hartanah bumiputera

MEMPERHEBATKAN KEUSAHAWAN DAN PERNIAGAAN BUMIPUTERA

- Memperkuatkan peranan agensi pembangunan usahawan bumiputera seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN Nasional, MARA dan PUNB

- Menambah pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak RM300 juta

- Menambah pembiayaan pinjaman kepada TEKUN Nasional sebanyak RM700 juta

- Mengarahkan kementerian dan agensi mengukuhkan Program Pembangunan Vendor (VDP)

- Memastikan jangka masa kontrak dan konsesi vendor disesuai dengan tempoh bayar balik pinjaman bank

- Melonjakkan program VDP di bawah Petronas, Tenaga Nasional Bhd (TNB), Telekom Malaysia (TM), Axiata dan United Engineers Malaysia Bhd (UEM)

- Ketua Pegawai Eksekutif GLC menetapkan sasaran penyertaan bumiputera sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI)

- Program VDP Petronas RM20 bilion setahun dan 22 skop kerja untuk bumiputera

- GLC dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) menerajui usaha mewujudkan konsortium syarikat bumiputera dalam sektor rangkaian pembekalan - Mempergiatkan program penswastaan perkhidmatan kerajaan secara terpilih

- Memperluaskan dasar 'carve-out untuk projek-projek besar di bawah kementerian, GLC dan GLIC.

(Dasar carve-out berjaya dilakukan dalam projek MRT dimana sebanyak 47 peratus atau RM9 bilion dianugerahkan kepada syarikat bumiputera terpilih secara meritokrasi)

- Membina satu komuniti baru entrepreneur bumiputera

- Memperkenalkan Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB)

MEMANTAPKAN EKOSISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

- Mewujudkan ekosistem penyampaian perkhidmatan yang cekap, komprehensif dan konstruktif - Mewujudkan Unit Pembangunan Bumiputera (UPB) di semua kementerian

- Meningkatkan enrolmen pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) kepada 250,000 menjelang 2020

- Menubuhkan beberapa kampus baru UiTM

- Menubuhkan dana pendidikan MARA berjumlah RM1 bilion

- Membestarikan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU)

- Meletakkan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan SUPERB di bawah TERAJU

- Menubuhkan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera

Monday, September 16, 2013

KRONOLOGI PENUBUHAN MALAYSIA

 
Share:
Share on Facebook
 Blog
Infografik Hari Malaysia
September 15th, 2013 by Najib Razak


    |

    Thursday, September 5, 2013

    PELAKSANAAN CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST)

    Sumber: Keratan Akhbar Utusan Malaysia
    GST: Manfaat serta-merta
    Rakyat dapat merasakan manfaat serta-merta pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dengan menikmati harga lebih murah untuk pelbagai jenis barang.
    Pengerusi Panel Penilaian Cukai Kementerian Kewangan, Datuk Kamariah Hussain berkata, antaranya rakyat hanya perlu membayar GST empat peratus ketika menjamu selera di restoran makanan segera berbanding cukai perkhidmatan lebih tinggi dikenakan sekarang.
    Kos perniagaan lain juga berkurangan selepas GST menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kerana restoran berkenaan tidak lagi perlu membayar cukai jualan atas pembelian meja, kerusi dan kemudahan lain. Dengan pelaksanaan GST, peniaga boleh menawarkan harga yang lebih murah hasil penjimatan daripada pembayaran cukai.
    Kamariah berkata, pelaksanaan GST memberi kesan kepada penurunan Indeks Harga Pengguna (IHP) sekali gus menurunkan perbelanjaan isi rumah. GST akan menurunkan IHP tetapi ini tidak bermakna IHP mesti turun selepas GST dilaksanakan kerana jatuh naik IHP turut dipengaruhi faktor lain.
    Beliau memberitahu, bukan semua harga barang akan menurun selepas GST diperkenalkan dan terdapat barang tertentu yang akan mengalami kenaikan atau kekal pada harga asal.
    Menurutnya, panduan pengguna akan diterbitkan supaya orang ramai mengetahui impak pelaksanaan GST kepada 350 jenis barang supaya peniaga menurunkan harga barang tersebut pada kadar yang sesuai. Harga untuk minuman berkarbonat umpamanya akan menurun selepas GST menggantikan SST dan kami mahu peniaga menyelaraskan harga secara berpatutan.
    Kamariah berkata, kerajaan pada masa sama juga akan berbincang dan memujuk pasar raya besar di negara ini supaya mengekalkan harga lama jika harga barang berkenaan meningkat selepas GST diperkenalkan. Mereka meminta pasar raya menyerap perubahan harga yang disebabkan oleh pelaksanaan GST. Adalah penting supaya pasar raya besar tidak menaikkan harga kerana terdapat juga peruncit yang membeli barang secara pukal daripada mereka untuk dijual semula di tempat lain.
    Kamariah berkata, pendapatan cukai kerajaan melalui GST pada kadar empat peratus adalah kurang berbanding perolehan SST lalu mendorong kerajaan mengambil langkah lain untuk menampung kekurangan yang bakal berlaku. Beliau menegaskan, dasar kerajaan untuk melaksanakan GST bukan bertujuan mengatasi defisit fiskal negara tetapi menyelesaikan kelemahan dalam cukai jualan dan perkhidmatan serta mempelbagai sumber pendapatan negara.

    GST tidak sebabkan harga barang naik

    Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada kadar jangkaan sebanyak empat peratus, tidak akan menyebabkan harga barangan naik berdasarkan imbangan (offset) penghapusan cukai jualan dan perkhidmatan.
    Pengerusi Panel Penilaian Cukai Kementerian Kewangan, Datuk Kamariah Hussain berkata, secara logiknya dengan pelaksanaan GST pengguna hanya perlu membayar cukai sebanyak empat peratus berbanding lima peratus bagi cukai perkhidmatan sebanyak lima peratus dan jualan sebanyak 10 peratus.
    Pelaksanaan GST adalah bersifat progresif memandangkan jangkaan peratusan yang akan dikenakan adalah pada kadar empat peratus berbanding kadar cukai jualan dan perkhidmatan yang dikenakan sekarang. Pelaksanaan GST mampu mengurangkan kadar cukai yang dikenakan ke atas pendapatan individu dan korporat selain meningkatkan hasil cukai serta mengelakkan berlakunya ketirisan dalam menjana pendapatan negara.
    GST bertujuan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diperkenalkan sejak 1972, kini diterima pakai di 143 buah negara seluruh dunia. GST tidak membebankan rakyat kerana pengecualian diberikan ke atas barangan keperluan seperti produk-produk pertanian serta makanan asas.
    GST juga berupaya mengurangkan kos operasi para peniaga di negara ini dengan penjimatan tahunan sebanyak RM4 bilion bagi semua sektor perniagaan dan RM1.4 bilion untuk sektor eksport. Katanya, ini kerana syarikat yang mencatatkan perolehan tahunan kurang daripada RM500,000 adalah dikecualikan daripada membayar GST.
    Ditanya mengenai pendaftaran syarikat di dalam sistem kerajaan, Kamariah berkata, buat masa ini belum ada sebarang pendaftaran yang diterima kerana kerajaan belum membuat sebarang keputusan mengenai pelaksanaannya.

    GST tidak membebankan

    Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan bermula pertengahan 2011 tidak akan membebankan rakyat khususnya di luar bandar.
    Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sebaliknya kadar empat peratus yang dijangka dikenakan itu lebih rendah berbanding cukai jualan dan perkhidmatan pada masa ini. Kabinet sudah putuskan dan ini satu langkah yang tidak membebankan rakyat kerana langkah ini telah diperincikan beberapa kali. Ia supaya tidak ada ketirisan dari segi pungutan hasil yang sepatutnya menjadi hasil kepada negara.
    Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa kebakaran Kampung Air di Dewan Masyarakat Semporna di sini hari ini. Turut hadir Pengarah Kemas negeri, Mat Marsidi, Exco Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar dan Ketua Pemuda UMNO Semporna, Mohd. Aziz Jamman.

    Cukai GST sekitar 4%

    Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bermula pertengahan 2011 nanti dijangka hanya sekitar empat peratus berbanding kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) di antara lima hingga 10 peratus selama ini.
    Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, GST juga dikecualikan ke atas barangan keperluan seperti produk pertanian serta makanan asas bagi memastikan ia tidak membebankan rakyat khususnya golongan miskin dan berpendapatan rendah. Jelas beliau, pelaksanaan GST berupaya mengurangkan kos operasi para peniaga di negara ini dengan penjimatan tahunan sebanyak RM4 bilion bagi semua sektor perniagaan dan RM1.4 bilion untuk sektor eksport.
    Katanya, ini kerana syarikat yang mencatatkan perolehan tahunan kurang daripada RM500,000 dikecualikan daripada membayar GST. Kira-kira 70 peratus industri kecil dan sederhana (IKS) di negara ini akan diberikan pengecualian GST. Selain itu, pelaksanaan GST juga mengecualikan syarikat-syarikat besar daripada membayar beberapa yuran profesional. Jadi, sudah tentu pelaksanaan GST memberi situasi menang-menang buat rakyat dan kerajaan.
    Ahmad Husni menjelaskan, kebaikan GST kepada rakyat pula ialah pengecualian cukai ke atas produk seperti padi dan sayur-sayuran serta makanan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, ikan, daging dan ayam. GST yang dicadangkan itu adalah bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada.
    GST: Naik harga kena tindakan
    Kerajaan akan membentangkan Akta Anti Mengaut Keuntungan Berlebihan pada bulan Mac ini sebelum pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan pada pertengahan 2011. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, akta itu penting bagi memastikan tidak berlakunya aktiviti mengambil keuntungan berlebihan oleh para peniaga.
    Beliau menjelaskan, di bawah GST kadar cukai yang dikenakan adalah sekitar empat peratus sedangkan di bawah kadar cukai jualan perkhidmatan (SST) semasa, kadar yang dikenakan adalah lima hingga 10 peratus.
    Akta yang akan dibentangkan itu nanti adalah salah satu cara kerajaan melindungi pengguna jika terdapat peniaga bertindak menaikkan harga (dengan kadar cukai lama SST) dan menaikkan harga sesuka hati selepas GST diperkenalkan. Husni berkata, pelaksanaan GST mampu mengurangkan kadar cukai yang dikenakan ke atas pendapatan individu dan korporat selain meningkatkan hasil cukai serta mengelakkan berlakunya ketirisan dalam menjana pendapatan negara.
    Beliau menambah, GST bertujuan menggantikan SST yang diperkenalkan sejak 1972, kini diterima pakai di 143 buah negara seluruh dunia. Husni menolak tanggapan ramai bahawa GST membebankan rakyat kerana pengecualian diberikan ke atas barangan keperluan seperti produk-produk pertanian serta makanan asas
    Kebaikannya adalah pengecualian cukai ke atas produk seperti padi dan sayur-sayuran serta makanan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, ikan, daging dan ayam.
    Katanya, pelaksanaan GST juga berupaya mengurangkan kos operasi para peniaga di negara ini dengan penjimatan tahunan sebanyak RM4 bilion bagi semua sektor perniagaan dan RM1.4 bilion untuk sektor eksport. Ini kerana syarikat yang mencatatkan perolehan tahunan kurang daripada RM500,000 adalah dikecualikan daripada membayar GST.
    Kira-kira 70 peratus industri kecil dan sederhana (IKS) di negara ini akan diberikan pengecualian GST. Selain itu, pelaksanaan GST juga mengecualikan syarikat-syarikat besar daripada membayar beberapa yuran profesional. Jadi, sudah tentu pelaksanaan GST memberi situasi menang-menang buat rakyat dan kerajaan.

    Kajian mendalam GST jaga kesejahteraan rakyat
    Kerajaan menjalankan kajian mendalam dan komprehensif berkaitan rancangan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi memastikan ia tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, dalam masa sama, kajian seumpama itu penting bagi memastikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang mempunyai daya saing.
    Kerajaan telah membuat kajian mendalam, matlamat kita adalah untuk menjaga kesejahteraan rakyat. Isnin lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Rang Undang-Undang berhubung pengenalan GST akan dibentangkan untuk bacaan pertama pada akhir sidang Dewan Rakyat.
    Kelmarin, Ahmad Husni berkata, kerajaan merancang mengenakan GST pada kadar empat peratus. Mengulas lanjut, beliau memberitahu, sebanyak 143 negara telah melaksanakan GST dan kajian yang dijalankan turut membabitkan keberkesanannya di negara-negara terbabit.
    Ujar Ahmad Husni. dalam kelompok negara ASEAN, selain Malaysia, hanya Brunei dan Myanmar yang belum memperkenalkan GST. Kerajaan katanya, menjangka pendapatan tahunan negara akan meningkat sebanyak RM1 bilion dalam tempoh masa setahun selepas GST diperkenalkan bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan.
    Kajian komprehensif GST
    Kerajaan telah menjalankan kajian yang agak lama dan komprehensif mengenai rancangan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Beliau berkata, kajian itu penting bagi memastikan pelaksanaannya tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat di samping memastikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara kompetitif.
    Kerajaan telah membuat kajian yang mendalam...matlamat kerajaan adalah untuk menjaga kesejahteraan rakyat.
    Isnin lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Rang Undang-undang berhubung pengenalan GST akan dibentangkan untuk bacaan pertama pada akhir sidang semasa Dewan Rakyat dan Ahmad Husni kelmarin berkata, kerajaan merancang mengenakan GST pada kadar empat peratus.
    Sila Rujuk:
    http://www.kpkk.gov.my/pdf/gst_pamplet_gst.pdf

    http://www.facebook.com/notes/saya-benci-harga-barang-naik/apa-itu-gst-dan-kesannya-pada-kita/173218662732664?comment_id=1938150

    Apakah GST? Bagi yang masih "blur" tentang maksud di balik akronim ini, silalah membaca dengan lebih lanjut artikel yang saya salin dan tampal di bawah ini.

    Namun, biar apa-apa pun argumen dan pendapat yang diberikan, saya amat bersetuju dengan satu kiriman oleh Pak Kadir. Katanya,GST: Tidak Ada Cukai Yang Tidak Membebankan. Jika namanya "cukai" maka rakyat selaku pengguna perlu membayar sejumlah nilai yang telah ditetapkan. Antaranya beliau menulis:

    Cukai dalam apa bentuk sekalipun akan menjejas kesejahteraan orang atau pihak yang membayarnya. Sebab itulah macam-macam cara dan kaedah diperkenalkan oleh pemerintah di dunia bagi mengurangkan beban dan persepsi negatif percukaian.
    Dalam keadaan paling teruk atau ekstrem, tindakan memperkenalkan cukai baru atau menaikkan kadar cukai yang sedia ada telah mencetuskan rusuhan dan dalam hal-hal tertentu telah menjatuhkan kerajaan.
    Di negara kita sendiri, cadangan GST ini sudah lama dibuat tetapi tidak dilaksanakan kerana kerajaan kurang yakin dan kurang pasti kesannya kepada pembayar cukai dan pengguna.
    Yang pasti adalah kerajaan tidak ada kerajaan yang akan memperkenalkan GST atau apa juga cukai jika ia tidak menambah hasil (pendapatan) perbendaharaan.
    GST atau dalam bahasa Inggeris Goods and Services Taxadalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang.

    Berkaitan:

    KEWAJARAN & IMPLIKASI GST

    Cadangan untuk mengganti sistem cukai jualan dan perkhidmatan kepada cukai konsumpsi yang digelar sebagai GST telah diumumkan pada pembentangan bajet 2005 oleh Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

    Awalnya ia dicadang untuk dikuatkuasakan bermula 1 hb Januari 2007. Dalam usaha untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan kewangan kerajaan, Bajet 2005 mencadangkan penyusunan semula sistem percukaian negara termasuk mengkaji peruntukan yang disediakan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Ini katanya bertujuan untuk menjadikan sistem percukaian negara lebih berkesan dan berupaya menjana hasil negara.

    GST akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia ada. Pada masa ini cukai jualan dikenakan ke atas barangan ketika diimport atau di peringkat perkilangan. Cukai perkhidmatan pula dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu termasuk profesional, hotel dan restoran.

    GST didakwa sebagai sistem cukai yang lebih komprehensif , efisyen , telus dan efektif. Ia juga diduga akan menambahkan pendapatan cukai tahunan untuk kerajaan. Dalam sebuah reaksi seorang pensyarah perakaunan dari UiTM berpendapat GST tidak membebankan dan akan menambahkan hasil negara.

    Pada 29 November 2009 Menteri Kewangan Kedua , Datuk Ahmad Husni Hanadzlah dalam kenyataannya telah mendakwa kerajaan akan memperoleh pendapatan cukai tahunan sebanyak RM 1 bilion dari GST. Beliau berkata sebanyak 143 buah negara telah melaksanakan GST. Dalam Asean hanya Malaysia, Brunei danMyanmar yang belum memperkenalkannya.

    Ditambah lagi , dikatakan GST akan dapat mengurangkan cukai korporat dan cukai pendapatan individu.

    Kini negara jiran yang melaksanakan GST adalah Singapura,Thailand, Indonesia dan Filipina . Kadar GST yang diguna oleh negara-negara ini waktu ini ialah Singapura 5%, Thailand 7%, Indonesia 10% (digelar sebagai cukai nilai tambah - VAT) dan Filipina 10%.

    GST dijangka dilaksanakan 18 bulan selepas bacaan kedua rang undang-undang pada Mac tahun depan (2010). Ini bermakna cukai itu akan berkuat kuasa sekitar Ogos atau September 2011.

    Apa itu GST?

    VAT/GST diperkenalkan di Perancis pada 1954 oleh Maurice Lauré, untuk mengganti sistem yang sangat bergantung kepada cukai yang tidak menentu berdasarkan jualan bagi menyeimbang dengan sistem cukai pendapatan yang tidak begitu berkesan.

    Kini 138 negara melaksanakan Value Added Taxes (VAT) sementara beberapa negara – terutama US , mengenakan cukai jualan , biasanya cukai pada satu aras sahaja diperingkat runcit. Dalam hamper semua negara cukai-cukai ini adalah sama ada penyumbang terbesar atau penyumbang kedua besar kepada perolehan negara.

    GST atau dalam bahasa Inggeris Goods and Services Tax adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang.

    GST adalah cukai penggunaan dan ia berasaskan konsep nilai ditambah. GST dikutip daripada pelanggan untuk pihak kerajaan oleh organisasi perniagaan yang berdaftar dengan pihak berkuasa cukai.

    Lazimnya, pembekal atau penjual boleh mendaftar untuk mengutip GST jika jumlah jualan tahunan bagi produk atau perkhidmatan yang dibekal melebihi jumlah tertentu yang ditetapkan.

    GST diambil kira dalam setiap tahap urus niaga. Jumlah jualan barangan dan perkhidmatan (dikenali juga sebagai bekalan) merupakan jumlah nilai yang diterima oleh organisasi perniagaan (tidak termasuk GST) ke atas semua aktiviti yang dicukai.

    Aktiviti yang dicukai merangkumi aktiviti yang dijalankan secara berterusan. Organisasi perniagaan yang berkenaan hendaklah membekal (atau bersetuju untuk membekal) barangan atau perkhidmatan kepada pengguna sama ada untuk tujuan mendapat untung atau tujuan lain seperti aktiviti perdagangan, pembuatan, kerjaya, persatuan atau kelab.

    Harga bekalan yang dijual ditetapkan selepas mengambil kira GST. Organisasi perniagaan juga boleh menuntut kredit cukai bagi setiap GST yang telah dimasuk kira dalam bekalan yang dibeli untuk tujuan mengendalikan perniagaan. Kredit cukai ini dikenali sebagai "kredit cukai input''.

    Akhirnya pengguna akan menanggung kos GST tersebut. Bagaimanapun, penyerahan GST kepada pihak berkuasa adalah tanggungjawab penjual bukannya pengguna terakhir.

    7 poin mengenai GST

    1. Peniaga dikehendaki mengenakan caj GST pada kadar yang akan ditentukan ke atas barangan dan perkhidmatan yang dibekalkan . GST yang dikutip dibayar kepada kerajaan.

    2. GST dikenakan ke atas bekalan yang dicukai iaitu hampir semua barangan dan perkhidmatan.

    3. Peniaga bayar GST bila membeli barangan dan perkhidmatan. Biasanya mereka boleh menuntut kembali kredit “cukai input ” kepada GST yang dibayar.

    4. Kredit “ cukai input ” ditampung semula dari GST yang dikutip.

    5. Jika caj GST melebihi kredit “ cukai input ” bagi satu tempoh , peniaga perlu remit GST kepada kerajaan. Jika kredit “cukai Input” melebihi GST yang dicaj, peniaga akan biasanya mendapat wangnya semula (refund).

    6. Kesan akhirnya peniaga mengenakan caj GST tetapi tidak menyimpannya dan membayar GST tetapi mendapat kredit “cukai input”.

    7. Beban akhirnya ialah pengguna.

    Bekalan yang dikecualikan cukai

    Bagaimanapun, barangan atau perkhidmatan yang merupakan keperluan asas tidak dikenakan cukai. Di Australia, umpamanya, barangan dan perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai termasuk barangan makanan asasi (kecuali makanan tersedia, makanan bawa-balik, snek, alkohol dan minuman ringan), perkhidmatan kesihatan, ubat-ubatan, pendidikan dan penjagaan kanak-kanak, utiliti, barangan tertentu yang dibekalkan oleh pertubuhan amal dan agama, dan barangan dan perkhidmatan yang dieksport.

    Pelaksanaan GST di negara ini merupakan satu langkah wajar memandangkan kebanyakan negara lain telah melaksanakannya. Di samping itu, jaminan kerajaan untuk mengecualikan cukai tersebut terhadap barangan dan perkhidmatan keperluan asas bertujuan untuk tidak membebankan pengguna berpendapatan rendah di samping mengelak berlakunya inflasi. GST hanya dikenakan kepada barangan atau perkhidmatan mewah yang mampu dibeli oleh pengguna berpendapatan tinggi. Di samping itu perniagaan kecil juga dikecualikan daripada GST.

    Ada yang mengsyaratkan jika diuruskan dengan baik dengan kerjasama pelbagai pihak, GST mampu meningkatkan hasil negara melalui peningkatan kadar pematuhan cukai.

    Di samping itu, sistem ini juga dapat memastikan setiap perniagaan menyimpan rekod kewangan dengan lebih sempurna. Walaupun pelaksanaan sistem GST dianggap mencabar, tempoh yang selesa sebelum pelaksanaannya membolehkan setiap lapisan masyarakat diberi pengetahuan mengenainya.

    Isu-isu dan implikasi GST

    Setelah pelaksanaan terpaksa ditangguh dari 1 Januari 2007 sehingga sekarang ternyata ada perkara yang tidak beres.Kerajaan wajib tahu dan yakin bahawa pelaksanaannya nanti tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat .

    Dengan syarat Malaysia merupakan negara yang berpendapat tinggi , GST mungkin nampak wajar. Secara teori ia juga GST dilihat menutup lubang kesempatan mereka yang cuba menghindari dari membayar cukai . Di negara-negara Scandinavia implementasi GST secara berkesan telah membawa kepada manfaat sosial dalam pendidikan, khidmat kesihatan, pengangkutan dan pemeliharaan kanak-kanak.

    Namun terdapat beberapa persoalan yang perlu dipertimbangkan dalam konteks Malaysia pada waktu ini. Kami huraikan seperti berikut:

    1. Soal pertama , apakah memperkenalkan GST atau apa juga cukai untuk menambah hasil (pendapatan) perbendaharaan tidak akan menambahkan bebanan ke atas rakyat. Pada hakikatnya tiada cukai yang tidak membebankan.

    2. Kedua, pelaksanaan GST jika tidak diawasi dengan ketat akan diperalat dan dimanipulasikan oleh pengeluar, pengedar dan peruncit untuk menipu (profiteering).

    Di sinilah kita meletakkan satu lagi penanda aras kepada KPI Perdana Menteri kerana dia juga adalah Menteri Kewangan. Idea dan pelaksanaan GST kini menjadi tanggungjawab mutlak beliau.

    3. Dan ketiga, tambahan hasil cukai daripada GST akan hanya memanfaatkan pembayar cukai dan rakyat jelata jika dibelanjakan dengan berhemah. Setakat ini rekod pencegahan pembaziran dan penggunaan berhemah tabungan negara oleh sektor awam belum cukup meyakinkan.

    Dalam ketidakpastian inilah pihak kerajaan nampaknya terpaksa membuka ruang untuk pihak masyarakat awam dan swasta serta persendirian berpartipasi untuk memberi maklum balas mengenai pelaksanaan GST. Untuk ini pihak kerajaan telah mengumumkan penubuhan Panel Penyemakan Sistem Percukaian termasuk Akta Cukai Pendapatan 1967 yang dianggotai oleh 8 orang , 3 orang dari sektor awam dan 5 dari sektor swasta. Timbalan Ketua Setiausaha Kementeri Kewangan dari Bahagian Cukai akan mempengerusi Panel ini.

    4. Selanjutnya isu yang berbangkit lagi ialah sejauh mana pendapatan individu atau syarikat dapat disimpan bila cukai pendapatan dikurangkan dalam regim percukaian GST? Yang menjadi kekhuatiran lagi ialah bila syarikat mengambil kesempatan untuk menaikan harga barangan dan perkhidmatan akibat pengumuman awal ini, seperti yang berlaku di beberapa negara ini.

    Kini syarikat menunggu pengumuman selanjutnya untuk bersiap meohon lesen mengutip GST dari para pembekal, pengeluar, pemborong , peruncit serta pengguna.

    5. Jika dilihat dari satu sudut percukaian GST berdasarkan kepenggunaan nampak semacam lebih adil. Ini adalah kerana ada beberapa katagori dalam masyarakat yang tidak membiar cukai.

    Namun persoalannya yang lain juga ialah bagaimana pihak kerajaan hendak mewujudkan mekanisme yang lebih mudah bila GST dilaksanakan. Sistem GST ini mempunyai mekanisme pengiraan yang rumit jika para pengusaha tidak memahaminya dengan baik.

    Sehingga ini sangat sedikit pengusaha terutama peniaga kecil dan sederhana (IKS) memahami implikasi dan cara mengendali perniagaan mereka berdasar sistem GST.

    Jika sistem GST seperti Eropah di laksanakan di Malaysia matlamat yang hendak dicapai tidak akan berhasil. Konsep terpenting ialah mudah dan lancar.

    Lantaran itu pelbagai pihak menyifatkan penangguhan pelaksanaan GST sebagai wajar bagi memastikan tahap kesediaan masyarakat perniagaan di negara ini menghadapi amalan itu.Masa lebih panjang diperlukan bagi golongan sasar membuat persediaan dan memahami konsep sebenar GST serta kesannya terhadap bidang yang diceburi.

    Kerajaan akhirnya mengakui penangguhan perlu untuk memberi ruang kepada kerajaan mengemas kini prosedur dan tindakan yang perlu diambil seiring pelaksanaan GST, manakala syarikat mempunyai masa untuk melengkapkan persiapan seperti menentukan sistem terbaik dari segi penyimpanan resit dan sebagainya. Bagi perniagaan bersaiz besar, sistem penyimpanan pelbagai dokumen dan resit mungkin perlu diuruskan pihak profesional kerana banyak yang perlu dikendalikan.

    6. Pada realitinya GST adalah sistem yang sangat kompleks. Jika keupayaan yang sama tidak dirasai oleh semua pihak maka sistem ini akan menjadi pincang.

    Akibatnya GST yang diandai sebagai mekanisme meningkatkan pendapatan kerajaan bagi mencapai sasaran pengurangan defisit dalam bajet tahunan akan gagal dicapai. Setakat ini sudah 8 tahun berturut kerajaan membentangkan bajet defisit dan setiap kali menyasarkan pengurangan defisit berbanding KNK ia gagal dicapai malah defisit semakin melebar.

    Sehingga ini tidak adapun suatu roadmap berdasarkan jangka waktu yang jelas yang dapat dibentang oleh kerajaan untuk mencapai bajet yang seimbang. Sehingga ini nampaknya hanya negeri Kelantan , Selangor dan Pulau Pinang sahaja yang mencapai bajet seimbang.

    7. Satu persoalan lagi ialah sejauhmana GST dapat menyumbang kepada pengurangan bajet defisit negara. Sebab itu ada yang mencadangkan selain Panel Penyemakan Sistem Percukaian , di parlimen sendiri harus mengujudkan sebuah Jawatankuasa bebas mengenai Reformasi Percukaian. Ini penting kerana akhirnya ahli Parlimen-lah yang akan melulus atau menolak sebarang perubahan sistem percukaian. Jawatakuasa ini boleh memberi input melalui kajian tersendiri untuk dipertimbangkan oleh sidang parlimen.

    8. Satu implikasi lain , berbanding sistem cukai langsung (direct tax) kepada badan korporat dan individu , ialah GST juga dilihat sebagai sistem percukaian yang regresif iaitu semakin tinggi pendapatan individu atau korporat semakin rendah bahagian dari pendapatan itu disalur kepada membayar cukai. Sebaliknya lebih rendah pendapatan lebih besar pula bahagian pendapatan itu yang perlu disalur kepada pembayaran cukai. Bermakna sistem ini lebih memberi tekanan kepada golongan miskin dan berpendapatan kecil. Jaminan bahawa golongan berpendapatan rendah tidak akan terbeban belum menyakinkan. Mekanisme GST yang diumumkan belum jelas menghuraikan kesan yang sangat fundamental kepada golongan berpendapatan rendah yang sangat sensitif kepada harga barangan dan perkhidmatan ini. Apa yang dikhuatirkan ialah bebanan akan bertambah kepada golongan miskin , daya saingan pengusaha kecil dan sederhana akan terhakis.

    Seorang penulis surat bernama Andrew Fan yang disiarkan dalam akhbar NST dengan sangat jelas menghurai persoalan ini seperti berikut:


    “Let me use his illustrations: An individual earns RM35,000 a year (RM2,916 a month). His income tax for that year is RM1,526 a year. That means his effective disposable income is RM33,474. Assume GST of five per cent is applied. Everything this individual buys will be more expensive by five per cent, causing his real disposable income to decline to RM31,880 (RM33,474 divided by 105 per cent). This means the GST cost to the in individual in real terms is RM1,595. Given this scenario for an individual, the government’s suggestion to lower the effective income tax rate to compensate for GST rings hollow. Even if income tax rates dropped to zero, it would not cover the GST cost.”

    Berdasarkan pengiraan ini GST yang akan dikena keatas semua barangan dan perkhidmatan tidak memberi manfaat kepada mereka yang berpendapatan sederhana kerana ia mengurangan daya membeli dan akibatnya menjejaskan kualiti hidup. Pergiraan dia atas juga akan lebih parah bagi individu setelah diambilkira faktor rebet , pemotongan cukai pendapatan dan kadar cukai lebih rendah bagi mereka yang berpendapatan rendah. Akibatnya jurang pendaptan akan bertambah luas.

    Hanya 15% dari tenaga kerja di negara ini dikenakan cukai. Oleh itu pengurangan cukai pendapatan dini’mati oleh golongan yang berpendapatan tinggi dan bukan membantu golongan berpendapatan rendah.

    9. GST juga tidak baik untuk IKS. Kebanyakan IKS akan rugi dan hanya untung sedikit pada awal ia beroperasi . Jadi IKS tidak dikenakan cukai korporat atau membayar cukai korporat yang rendah ketika ia mula beroperasi. Namun GST, akan memberi kesan kepada pengusaha kecil bermula hari pertama beroperasi.. Dari hari pertama lagi ia terpaksa menggenakan pelanggannya dengan caj yang lebih ke atas barangan dan perkhidmatannya . Akibatnya permintaan kepada barangan atau perkhidmatannya akan berkurangan.

    10. Dasar kerajaan untuk laksana GST juga dilikita untuk bermesra pada kaum korporat ataupun untuk terus “business friendly” . Namun strategi ini dilihat memindahkan beban cukai daripada lapisan kaya kepada rakyat biasa. Strategi ini sedang dilaksanakan - 4 peratus ke 26 peratus. Seperti yang dinyatakan dalam ucapan MP Sg. Siput , Dr. Jeyakumar Devaraj , di parlimen baru-baru ini, beliau memetik daripada m/s 9 Biznews pada 29/10/09.


    “The Goods and Services Tax will stabilise the government’s finances in the long run says Ernest & Young. XX, one of its partners suggested that the strategy would be to start low and pull up the rate every few years. As in most countries with the GST in place, a reduction in corporate and personal tax will follow suit he said.”

    GST yang dicadangkan ini memberi kuasa kepada Menteri Kewangan untuk menentukan kadar cukai mengikut pertimbangannya sendiri.

    11. GST juga dilihat boleh mengakibatkan kenaikan inflasi yang mendadak bila harga barangan akan naik akibat kos perniagaan bertambah. Dengan adanya “input tax” dan “output tax” yang dikenakan kepada sepanjang rantai pengeluaran barangan dan perkhidmatan , harga yang lebih tinggi terpaksa dibayar oleh pengguna. Sebarang pengurangan cukai pendapatan tidak dapat menampung kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

    12. Walaupun GST dapat menjimatkan kos sehingga RM 1.4 bilion kerana cukai eskport dikurang kepada 4% dari 10% dan cukai professional juga tidak perlu dibayar , akan tetapi pengeskport dan ahli perniagaan akan memindahkan cukai itu kepada pengguna yang akan mengakibatkan kerugian bagi golongan yang berpendapat sederhana dan rendah.

    13. Kami berpendapat GST boleh mencetuskan apa yang dipanggil kegiatan ekonomi tersembunyi (underground economy). Ini kerana GST akan mengwujudkan beban administratif ke atas kerajaan dan pengusaha. Soalnya apakah ada sistem cukai yang kerajaan boleh mendapatkan perolehan yang sama tetapi akan lebih adil kepada pengguna dan peniaga kecil, tiada memeningkan pengusaha kecil dan menggalakkan kerajaan pusat dan negeri untuk bekerjasama dan mengharmonikan polisi cukai .

    Umumnya menganggarkan 5-20% dalam mana-mana aktiviti economi akan merupakan ekonomi yang tidak didedahkan. GST boleh mecetuskan kegiatan ini dengan lebih banyak.

    Sebuah sistem cukai adalah cekap bila ia tidak menggangu sebarang keputusan dan perilaku ekonomi . Sebuah sistem cukai perlu diujudkan yang dapat membendung aktiviti ekonomi tersembunyi.

    Sebahagian kelompok bisnes akan melakukan kegiatan ekonomi seperti ini kerana GST membebankan dan sangat kompleks untuk diurus. Jika GST boleh mengakibatkan hal ini ,maka kerajaan akan hilang perolehan lebih tinggi berbanding apa yang sepatutnya .

    Pengalaman negara kaya seperti Kanada sekalipun mendapati kos pengurusan didapati meningkat bila GST dilaksanakan . Pada 1991-92 ia terpaksa mengeluarkan belanja $486 juta dan memerlukan kakitangan seramai 4,400 orang untuk menguruskan GST. Jika kos persendirian atau swasta bagi setiap RM 1 yang dicampur untuk menguruskan GST , ia tidak akan mencapai objektif seperti yang didakwa. Kos masa yang diambil dalam pengurusan GST dijangka akan lebih tinggi dari biasa.

    Pengalaman Australia dengan GST
    Mengikut catatan sebuah laporan negara dengan per kapita yang tinggi pun mengelami kritikan terhadap pelaksanaan GST seperti berikut:


    “Critics have argued that the GST is a regressive tax, which has a more pronounced effect on lower income earners, meaning that the tax consumes a higher proportion of their income, compared to those earning large incomes. Peter Costello, the acting Federal Treasurer who introduced the GST, counters that, due to the corresponding reductions in personal income taxes, state banking taxes, federal wholesales tax and some fuel taxes that were implemented when the GST was introduced, people were effectively paying no extra tax.The preceding months before the GST became active saw a spike in consumption as consumers rushed to purchase goods that they perceived would be substantially more expensive with the GST. Once the tax came into effect, consumer consumption and economic growth declined such that by the first fiscal quarter of 2001, the Australian economy recorded negative economic growth for the first time in more than 10 years. Consumption soon returned to normal however. The Government was criticised by small business owners over the increased administrative responsibilities of submitting Business Activity Statements on a quarterly basis to the Australian Taxation Office. A study commissioned by theCurtin University of Technology, Perth in 2000, argued that the introduction of the GST would negatively impact the real estate market as it would add up to 8 percent to the cost of new homes and reduce demand by about 12 percent.[10] The real estate market returned to boom between 2002 and 2004 where property prices and demand increased dramatically, particularly in Sydney and Melbourne. During the 2004-2006 period Perth has also witnessed a sharp climb in real estate prices and demand.”

    Sources: http://encyclopedia.laborlawtalk.com/Value_added_tax

    PENUTUP

    GST jika tidak diimbangi dengan kos yang akan lebih tinggi yang terpaksa ditanggung dalam menguruskannya akan menjadikan sistem cukai ini membebankan bukan sahaja kepada rakyat malah juga kepada kerajaan. Lebih penting lagi ialah apabila peningkatan perolehan yang didakwa akan didapati oleh kerajaan tidak pula diselaraskan dengan langkah-langkah membendung pembaziran dan penyelewangan , akan menjadikan GST bukan suatu sistem cukai yang bermanfaat malah mencetuskan musabah ekonomi yang lebih besar.

    Yang pasti memperkenalkan reformasi sistem cukai yang ada sekatang bukan mudah. Reformasi cukai tidak harus hanya dengan GST atau nama apapun. Hasil akhirnya memberi implikasi harga sosio-ekonomi dan politik yang tinggi untuk dibayar.