Thursday, May 20, 2010

Dr Zambry Yang Disayangi


Suara Keadilan, lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) telahpun memohon maaf kerana menyiarkan artikel memfitnah Dato’ Seri Dr. Zambry Abd. Kadir kononnya Menteri Besar Perak itu dihalang memasuki Amerika Syarikat atas alasan namanya tersenarai dalam pangkalan data pengganas antarabangsa.Permohonan maaf itu dinyatakan dalam edisi terbaru akhbar tersebut keluaran bertarikh 30 Mac hingga 6 April, yang berbunyi :
“Kami,... Lembaga Pengarang Suara Keadilan, dengan ini secara sepenuhnya menarik balik kesemua tuduhan-tuduhan dan dakwaan bahawa penghantaran dan penglibatan keganasan yang disyaki, yang telah dibuat di bawah artikel tersebut terhadap aksara, reputasi, kedudukan dan perbuatan Datuk Seri Dr. Zambry bin Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Negeri Perak.
Penyataan-penyataan tersebut tidaklah disokong oleh sebarang sumber yang berwibawa dan adalah oleh itu, tidak benar dan salah. Justeru, kami mengakui tidak mempunyai asas di dalam pernyataan tersebut. Kami ingin mengambil kesempatan ini menarik balik sepenuhnya artikel tersebut dan kesemua tuduhan-tuduhan dan dakwaan-dakwaan terhadap Datuk Seri Dr. Zambry bin Abd. Kadir serta melahirkan kekesalan kami atas penerbitan artikel tersebut.
Kami juga dengan ikhlasnya meminta maaf kepada Datuk Seri Dr. Zambry bin Abd Kadir atas keaiban dan kesulitan yang diakibatkan oleh penerbitan artikel tersebut.”Salah satu soalan saya semasa Sidang DUN Perak pada 30 Mac lalu berkaitan isu ini. Soalan saya berbunyi begini :
"YAB Menteri Besar telah membawa misi dagang Kerajaan Negeri Perak ke Amerika Syarikat pada bulan Disember 2009 dan telah bertemu kumpulan pelabur yang berada di Silicon Valley, San Francisco dan Boston. a) Apakah kejayaan-kejayaan yang telah dicapai melalui misi dagang itu?b) Benarkah tuduhan akhbar Suara Keadilan kononnya YAB Menteri Besar telah ditahan di Lapangan Terbang San Francisco kerana nama beliau berada dalam pangkalan data pengganas?c) Jika tidak benar, apakah tindakan yang telah dan akan diambil terhadap akhbar Suara Keadilan kerana laporan ini telah mengelirukan rakyat dan memberi imej cukup buruk kepada YAB Menteri Besar."Dan jawapan dari YAB Menteri Besar Perak adalah seperti ini :
“Saya telah membuat lawatan kerja ke Amerika Syarikat dari 7 hingga 11 Disember 2009 yang lalu untuk bertemu dengan beberapa pelabur perindustrian dan syarikat modal teroka (venture capital companies) yang telah dikenalpasti berpotensi untuk melabur di Negeri Perak.
Di antara kejayaan-kejayaan yang telah dicapai melalui misi tersebut ialah pelaburan oleh Twin Creek Technologies Incorporated, sebuah syarikat pengeluaran “solar cell” yang akan melabur secara usahasama dengan syarikat Malaysia dengan pelaburan berjumlah USD 250 juta (RM825 juta).
Syarikat-syarikat modal teroka yang telah saya temui ialah Cross Link Capital dan Artis Capital.Selain itu saya juga telah mengadakan perbincangan dengan pengusaha-pengusaha dalam bidang bioteknologi, “medical devices” dan lain-lain termasuk dengan Massachussets Office of International Trade and Investment, Massachussets Medical Devices Council dan Massachussets Life Science Centre.
Antara syarikat-syarikat yang terkemuka di Boston yang telah saya temui adalah Neurodyne Medical Corporation, Fresenius Medical Care, Biogen-Idec Incorporated, Sensata Technologies, JT Venture Partners dan Pratt & Whitney.
Lanjutan daripada lawatan kerja tersebut, dua buah syarikat telahpun datang ke Negeri Perak untuk meninjau dan membuat “site selection”. Antara syarikat-syarikat yang telah membuat demikian adalah American River Nutrition Incorporated dan Diamond Wire Incorporated. Terdapat juga syarikat-syarikat lain yang telahpun menyatakan hasrat mereka untuk datang dalam masa terdekat untuk meninjau sendiri peluang-peluang dan kemudahan-kemudahan pelaburan yang wujud di Negeri Perak.
Tuduhan bahawa saya telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco adalah tidak benar sama sekali. InvestPerak telah mengatur kesemua urusan berkaitan dengan lawatan kerja saya ke Amerika Syarikat yang bermula dari 7-11 Disember 2009.
Pihak Kedutaan Malaysia di Washington telah dimaklumkan melalui surat yang dialamatkan kepada Tuan Yang Terutama Duta Malaysia sendiri mengenai lawatan kerja ini. Surat tersebut mengandungi senarai delegasi, jadual penerbangan dan keseluruhan itinerary misi pelaburan untuk urusan pihak Kedutaan Malaysia berurusan dengan pentadbiran Amerika Syarikat yang berkaitan.
Urusan ini adalah tatacara lazim yang dilakukan oleh mana-mana agensi kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat apabila melibatkan misi-misi pelaburan dan perdagangan yang diketuai oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri. Pihak Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA) juga telah dimaklumkan.
Lanjutan dari itu pihak Kedutaan Malaysia di Washington telah menghantar dua orang pegawai MIDA untuk menyambut ketibaan delegasi sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang San Francisco pada 7 Disember 2009. Manakala pihak InvestPerak telah menunggu dan menerima rombongan sebaik sahaja urusan imigrasi dan kastam selesai.
Oleh itu tuduhan tersebut adalah tidak berasas sama sekali. Perkara ini adalah di dalam tindakan peguam saya.”Komen saya : Nilaikanlah maruah dan kredibiliti sebuah lidah rasmi parti yang ditunjangi Anwar Ibrahim.

Thursday, May 8, 2008

Ceritera Sebuah Cerita


Alkisah la sekarang ni.... semua sibuk. Sibuk dengan hal masing-masing. Pilihanraya sudah tamat....dengan seribu pelbagai alasan dan kejadian.


Sekarang ni timbul pula kes pemilihan UMNO pulak. Dan sekali lagi kita disajikan dengan pelbagai persembahan umpama Akademi Fantasia yang dibuat oleh ASTRO tu. Cuma bila kita nak bezakan antara politik dan Akademi Fantasia..... bezanya cuma pelajar-pelajar Akademi Fantasia ni diletakkan di bawah satu bumbung... satu rumah... diajar dengan pelbagai ilmu yang diperlukan dalam dunia hiburan manakala Politik pula mereka belajar melalui pengalaman dan belajar sikit-sikit melalui pemerhatian sepanjang penglibatan dalam politik.


Bermula la juga pelbagai konsert yang murahan dan yang tidak menyenangkan para juri. Bukan saja para juri.... dan juga para penonton dan para-para pengundi. Barangkali dengan kritikan dan komen dari para juri sedikit sebanyak mempengaruhi jumla undi yang diterima. Ada juga undi-undi yang diterima kerana populariti dan bukan bakat. Itulah rakyat Malaysia. Bukan semua yang tahu berfikir dan memilih mana yang terbaik. Ada yang hanya mengikut atau jadi pengikut. Ada yang menjadi ketua atau manager yang dapat mengumpul orang-orang bawahan untuk memastikan calon-calon mereka tidak kira sama ada bagus atau tidak dapat ditempatkan di dalam kedudukan yang selesa sehingga ke akhir.
Ada juga yang hanya mampu menjadi pemerhati. Tidak boleh bertindak apa-apa atas sebab-sebab yang masing-masing sendiri simpan. Jauh dan dekat..... cerita mereka berlainan namun atas satu topik sahaja. Siapa dan bagaimana. Dan yang penting sekali..... apakah keuntungan yang akan mereka perolehi. Kita juga boleh tengok sudah mula muncul puak-puak yang mengambil kesempatan. Menjadi Campaign Manager.
Apa yang perlu kita ingat, Negara Malaysia kita mempunyai pelbagai kaum. Jangan hanya kita memetingkan diri sendiri, kaum lain akan bersorak bertepuk tangan melihat kedunguan kita semua kerana cuba mendapatkan sesuatu dengan apa jua cara tanpa memikirkan kesudahannya nanti.
Negara China untuk kaum Cina, Negara India untuk kau India....... dan....cuba fikirkan...di mana kita nak tempatkan kaum Melayu? Jangan kita nanti kita MENANG BERSORAK KAMPUNG TERGADAI.
Suatu keadaan yang tidak menyenangkan

Wednesday, September 19, 2007

Undang-Undang Malaysia!


Tiba Masanya Untuk MeMelaysiakan Sistem Common Law


Terjemahan artikel Dr Wan Azhar Wan Ahmad oleh Publius Melayu
Ia sepatutnya berdasarkan nilai-nilai perundangan, moral dan etika yang dikongsi oleh pengikut agama-agama terkemuka dunia
Hakim Besar Malaysia Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, dalam ucaptamanya pada seminar anjuran IKIM bertajuk Ahmad Ibrahim: His Intellectual Thought and Contributions (Ahmad Ibrahim: Pemikiran Intelektual dan Sumbangannya), telah melahirkan kekecewaan berhubung mentaliti tawanan (captive mentality) di kalangan pakar perundangan, hakim dan kalangan peguam kita kerana sikap terlalu menyanjung Undang-Undang Inggeris, atau lebih tepat lagi, English Common Law (ECL).
Beliau melahirkan rasa kesal kerana walaupun negara telah 50 tahun merdeka, kita masih mengikut s.3 dan 5 Akta Undang-Undang Sivil (Civil Law Act, 1956), CLA. Peruntukan yang terkandung dalam kedua-dua seksyen tersebut mempreskripsikan penggunaan ECL sepenuhnya bagi seluruh negara.
Hakikatnya, ramai yang mentafsirkan kedua-dua seksyen ini seolah-olah kita berkewajipan untuk merujuk kepada Undang-Undang Inggeris apabila berlaku sebarang lacuna (kekosongan) dalam undang-undang kita sendiri. Berhubung ini, Ahmad Fairuz telah mengajukan empat soalan penting untuk direnungi oleh kita dan juga ukhwah perundangan (legal fraternity). Soalan-soalan tersebut ialah:
APAKAH keadaan itu mencerminkan bahawa negara ini ketandusan kepakaran perundangan?
APAKAH ia bermakna Undang-Undang Inggeris (ECL) ialah pilihan terbaik?
APAKAH pakar undang-undang kita masih dibelenggu oleh penjajah (di bawah tempurung penjajah)?
APAKAH benar cendekiawan perundangan kita lemah dan tidak bermaya, atau dalam erti kata lain, tidak mampu memformulasi dan membangunkan satu sistem perundangan yang lebih baik berbanding ECL?
Beliau telah menggesa supaya ECL digantikan dengan undang-undang 'common' kita sendiri.
Teguran Hakim Besar itu dilaporkan dengan meluas dalam akhbar-akhbar harian seluruh negara. Bagaimanapun, yang anehnya ramai yang memberikan komen positif, termasuk beberapa pemimpin politik. Dalam pada itu ada juga ketidakpuashatian dari bebarapa pihak yang menyifatkan gesaan untuk penggantian itu sebagai 'tidak berasas.'
Apakah itu English Common Law (ECL)? Secara ringkas, ia merujuk kepada amalan adat yang tidak bertulis berdasarkan keputusan hakim-hakim sepanjang beberapa abad di England, iaitu undang-undang yang diperolehi daripada adat dan kes contoh (preseden). Ini termasuk peraturan ekuiti, dan kemudiannya, pelbagai undang-undang am yang di maju dan ditadbirkan di negara tersebut.
Penjajah British telah memperkenalkan rang undang-undang ini di Malaysia menerusi beberapa perjanjian dengan pemerintah tempatan dan kemudiannya disusuli dengan pembentukkan undang-undang serta keputusan oleh hakim-hakim Inggeris atau hakim-hakim yang terlatih dalam selok-belok sistem perundangan Inggeris.
Gesaan Ahmad Fairuz itu mengulangi satu lagi gesaan yang dibuat oleh bekas Hakim Besar, Tun Abdul Hamid Omar (pada 1990), di mana beliau melahirkan pendapat yang agak sama. Tun Abdul Hamid berkata memandangkan Malaysia sebuah negara merdeka, amalan merujuk kepada ECL dan peraturan-peraturan ekuiti dengan alasan ia selari dengan kehendak s.3, CLA tidak dapat dipertahankan di segi politik. Beliau selanjutnya berkata s.3 perlu dimansuh atau dibetulkan.
Tidak keterlaluan jika dikatakan kesemua cadangan tersebut mempunyai kaitan dengan pendirian pakar perundangan terbilang allahyarham Professor Ahmad Ibrahim. Ramai akan mengakui bahawa allahyarham bukan saja pengasas tetapi juga penggerak utama idea berkenaan. Allahyarham juga telah memberikan inspirasi kepada ramai tokoh-tokoh lain.
Allahyarham Professor Ahmad pernah menulis bahawa s.3 dan 5 CLA perlu dibetulkan dengan cara memansuhkan rujukan kepada ECL dan peraturan-peraturan ekuiti yang ditadbirkan di England.
Allahyarham dengan tegas mencadangkan supaya kita sebaliknya merujuk kepada keputusan-keputusan mahkamah di Malaysia dengan cara menggunakan undang-undang sendiri dan dengan memberi keutamaan kepada suasana dan penduduk tempatan. Tambah allhayarham, dengan cara ini kita akan mampu mewujud dan membangunkan apa yang dinamakan sebagai Malaysian Common Law (MCL).
Allahyarham Profesor Ahmad juga mempersoalkan s.3 CLA itu sendiri. Menurutnya s.3 CLA seharusnya membenarkan pembentukan dan pembangunan MCL. Seksyen tersebut memperuntukkan bahawa "undang-undang 'common' yang dimaksudan, termasuk segala peraturan ekuiti dan statut-statut aplikasi am akan hanya boleh diguna-pakai sekiranya keadaan di negeri-negeri Malaysia dan penduduk membenarkannya, tertakluk kepada kelayakan dan keperluan setempat ."
Dengan ini maka jelaslah peruntukan dalam CLA tidak semestinya diikuti secara literal atau membabi-buta. Dalam pada itu peruntukan yang sedia ada jelas menunjukkan bahawa pihak penggubal sememangnya mahukan supaya kita membangunkan undang-undang 'common' sendiri. Oleh yang demikian, memang ada asas bagi kita mewujudkan MCL.
Tetapi malangnya, Allahyarham Profesor Ahmad menyesali bahawa walaupun kesemua hakim mahkamah sivil kita, dari paling bawah hingga ke paling atas di lantik daripada kalangan rakyat Malaysia, namun mereka tidak menunjukkan minat atau menggunakan kebolehan masing-masing untuk membetulkan ECL bagi menyesuaikannya dengan keadaan tempatan.
Sekiranya ada apa-apa pengubahsuaian, yang sememangnya jarang sekali berlaku, ia dilaksanakan dengan cara menolak undang-undang Inggeris berkenaan dan menggantikannya dengan undang-undang Inggeris yang lain. Jadi, walaupun kita telah merdeka, hakim-hakim tempatan, para peguam dan penggubal undang-undang masih belum merdeka. Kita masih terikat dengan undang-undang Inggeris dan keputusan-keputusan mahkamah di negara tersebut.
Ahmad Fairuz memberi sokongan penuh kepada usaha untuk memansuh atau membetulkan CLA. Beliau berkata ia perlu dilaksana menggunakan apa jua kaedah pengubahsuaian yang perlu dan boleh digunakan selaras dengan semangat dan perspektif yang diperjuangkan oleh Allahyarham Profesor Ahmad.
Agak sukar untuk kita memahami mengapa ada di kalangan kumpulan-kumpulan orang 'terpelajar' – sama ada dalam ukhwah perundangan atau di luar, yang masih enggan melepaskan ECL. Allahyarham Profesor Ahmad dengan berani dan tegasnya menyatakan bahawa pengwujudan MCL semestinya berdasarkan undang-undang asas negara, iaitu Islam dan adat Melayu.
Beliau mendapatkan sokongan daripada keputusan mahkamah dalam kes Ramah lwn Laton (1927), yang didengar oleh seorang hakim Inggeris. Apakah ini bentuk raison d'etre (sebab kewujudan) bagi penolakkan dalam kes tersebut?
Untuk mempertahankan kesahihan tanggapan ini adalah tidak berasas dan akan menggalakkan rasa takut akan perkara-perkara yang tidak diketahui selain menyebabkan sentimen anti-Islam semakin terserlah. Daripada segi sejarah, adalah logik, dan tidak ada sesiapa pun boleh membantah bahawa undang-undang asas mana-mana negara perlu dikaitkan dengan kebenaran daan keadilan.
Semua harus memahami bahawa Islam daripada sudut teologi berbeza daripada agama-agama lain. Bagaimanapun, pandangan dunia (worldview) Islam lengkap dan daripada aspek etika, moral, sistem nilai dan prinsip perundangan, ia mempunyai banyak persamaan dengan lain-lain agama. Terdapat banyak faham keselarian (parallelism) di antara Islam dan lain-lain agama terkemuka dunia dalam konteks ini.
Jadi, apabila kita bercakap tentang Undang-Undang ' Common' Malaysia, apa yang dimaksudkan ialah pengwujudan dan pembangunan satu sistem undang-undang berdasarkan nilai-nilai etika, moral dan perundangan yang dikongsi oleh pengikut agama-agama lain.
Mungkin ada beberapa nilai dalam tradisi perundangan Inggeris yang tidak sesuai dengan pegangan moral kita di Malaysia. Sememangnya berbandingkan elemen-elemen inilah maka kita perlu bersatu.
Inilah semangat yang harus dipegang dan disemat di dalam hati apabila kita mendebatkan pemansuhan rujukan kepada undang-undang luar. Dalam konteks ini, apa jua cadangan untuk menggunakan mana-mana ajaran teologikal ke atas pengikut agama lain tidak boleh dijadikan sebagai sebahagian daripada asas pertimbangan.
Bagi mewujudkan satu sistem undang-undang 'common' dalam masyarakat majmuk, asas yang seharusnya digunakan ialah Islam, dan sedikit sebanyak, adat-adat Melayu.Ini tidak seharusnya diertikan sebagai penafian peranan serta sumbangan agama dan kaum lain. Sumbangan atau input daripada budaya dan adat-adat lain juga akan dapat memberikan sumbangan ke arah mewujudkan cara hidup yang lebih harmoni dan aman di negara yang tercinta ini.
Mungkin lebih tepat ialah bagi kita menggunakan istilah 'Malaysianisasi' bagi usaha pengwujudan dan pembangunan Undang-Undang 'common' Malaysia.
Penulis adalah Fellow kanan/Pengarah di Pusat Syariah, Undang-Undang dan Sains Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)


Tuesday, September 18, 2007

Bakar Bendera?



Ini jawapan pasal apa depa bakar bendera?terima kasih pada saudara maskulin marcello.sebab kerajaan takut... tu jer..UMNO..besa la depa ni. bukan angpa taktau. nak pijak bangsa sendiridepa pandai la. bila facing bangsa lain kecut teloq sampai ke dahi.Pasai pa? pasai nak jaga hati bangsa lain, takmau jadi isu agama orperkauman. Takpa...bangsa lain buat apa pun takpa..no hal. "kami UMNObleh adjust bagi settle luar dalam. kalu bangsa kami, kami terpaksaambik tindakan sebab melayu dengan melayu tak dikira perkauman,lagipun sama agama so tak timbul isu agama..."satu lagi yang aku heran puak2 nih, kalu time pembangkang nak buattazkirah, ceramah politik, majlis ramah mesra, kenduri kendara adasaja yang tak kena. Roadblock sana sini, permit sangkut, sana takapproved sini tak lulus. Tapi kalu ada konsert tadak sapa yang kalutnak buat roadblaock. Permit approved on the spot. Mai la sapa pun,inul, peterpan, Dewa, linkinpark, black eye pis, gwen stef, tak payahinterview tanya banyak2. "angpa melalak la sampai subuh, takpa kamitak kacau pasai kami pun suka melalak jugak""Tak lama lagi, kita melayu bakal mengemis di tanah sendiri."

Friday, August 17, 2007

Tengah Takde Mood Lagi

Kenapa tah sejak kebelakangan ni semedang je takde mood. Nak menulis pun takde mood. Dah lama tak update. Nanti la bila ada mood balik

Tuesday, July 31, 2007

Blurrrrr...........

Blurrrrr dua tiga hari ni. Keja dak la banyak mana pun. Tapi ye laaa...bila datang mood blur tu....eemmm....

Bahagian pun sibuk dua tiga menjak ni. Dengan mesyuarat ...... pelbagai mesyuarat dan persiapan....
Sebenarnya nak juga sentuh dua tiga isu yang berlaku di negara kita semenjak dua menjak ni. Tapi takde idea nak menulis. Nantilaaa...bila dan datang mood
Satu keadaan

Friday, July 27, 2007

Murid, Guru dan Ibu Bapa




Pindaan Peraturan Elak Salah Faham


sumber : Berita Harian




Pindaan Peraturan-peraturan Disiplin (Pelajar) 1957 akam memperincikan definisi dan tanggungjawab serta bidang kuasa guru supaya tidak timbul salah faham atau tuduhan apabila berlaku kes disiplin.


Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishamuddin Hussein, berkata pandangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan persatuan Alumni sekolah mewakili pandangan masyarakat diambil kira dalam pindaan itu.

Komen Teman:-

Isu ini timbul ekoran beberapa masalah yang terjadi di sekolah-sekolah seperti Guru Besar Menampar Murid-Murid di Sabah, Guru (Warden Asrama) merendam 200 orang pelajar di kolam kotor dan beberapa lagi insiden yang melibatkan guru dan pelajar di seluruh Negara.

Apa yang ingin teman tekankan di sini, sekolah-sekolah kini telah menjadi tumpuan para wartawan dan penulis bagi mendapatkan bahan tulisan mereka. Pada zaman teman bersekolah dahulu, rasanya....kurang sangat isu-isu sekolah ini timbul dan disiarkan di media-media sama ada media cetak mahupun media elektronik. Sudah hilangkah bisa Sekolah itu?

Peranan PIBG juga penting dalam isu ini. Seharusnya masalah-masalah yang timbul dibincangkan dahulu di sekolah masing-masing sebelum perkara ini dibawa ke peringkat yang lebih tinggi. Media bukan jalan penyelesaian bagi segala masalah. PIBG sepatutnya menjadi landasan atau platform bagi meningkatkan prestasi sekolah dan juga guru-guru. Jika kita lihat, anak-anak kita sekarang juga terlalu dimanjakan. Adakah guru-guru kini sudah tidak boleh langsung menjentik atau mengusik pelajar-pelajar mereka?

Jika dahulu, teman kena rotan dengan cikgu, ibu teman akan marahkan teman balik. Ini bermakna, ibu bapa dahulu percaya dengan guru dan tahu masalah yang timbul. Ibu teman pun bukannya jenis yang suka ke mesyuarat PIBG yang diadakan setahun sekali. Tapi, keyakinannya terhadap peranan guru dan masalah yang dihadapi membantu kedua-dua pihak. Teman dan sekolah. Jika anak-anak terlampau dimanjakan, akhlak mereka akan rosak. Mereka akan mudah terpengaruh dan tidak mempunyai daya tahan.

Jika dahulu, teman kena marah dengan cikgu, sampai kini, teman masih lagi mampu menghadapi situasi kerja dengan pelbagai karenah orang ramai termasuk bos sekali. Terfikir juga teman, macam mana dengan anak-anak kita nanti?

Ibu bapa perlu sedar, sekiranya mereka terlampau sibuk dengan kerja, sekurang-kurangnya, jenguk la guru-guru yang mengajar anak-anak kita supaya kita tahu masalah yang dihadapi oleh anak-anak kita. Jangan terlampau percaya dengan kata anak-anak kita. Jangan jadi seperti ayam, bertelur sebiji, riuh sekampung. Melentur buluh biar dari rebungnya. Jika rebung sudah menjadi buluh, tiada gunanya lagi.




Satu keadaan.....yang perlu kita ambil perhatian