Wednesday, September 19, 2007

Undang-Undang Malaysia!


Tiba Masanya Untuk MeMelaysiakan Sistem Common Law


Terjemahan artikel Dr Wan Azhar Wan Ahmad oleh Publius Melayu
Ia sepatutnya berdasarkan nilai-nilai perundangan, moral dan etika yang dikongsi oleh pengikut agama-agama terkemuka dunia
Hakim Besar Malaysia Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, dalam ucaptamanya pada seminar anjuran IKIM bertajuk Ahmad Ibrahim: His Intellectual Thought and Contributions (Ahmad Ibrahim: Pemikiran Intelektual dan Sumbangannya), telah melahirkan kekecewaan berhubung mentaliti tawanan (captive mentality) di kalangan pakar perundangan, hakim dan kalangan peguam kita kerana sikap terlalu menyanjung Undang-Undang Inggeris, atau lebih tepat lagi, English Common Law (ECL).
Beliau melahirkan rasa kesal kerana walaupun negara telah 50 tahun merdeka, kita masih mengikut s.3 dan 5 Akta Undang-Undang Sivil (Civil Law Act, 1956), CLA. Peruntukan yang terkandung dalam kedua-dua seksyen tersebut mempreskripsikan penggunaan ECL sepenuhnya bagi seluruh negara.
Hakikatnya, ramai yang mentafsirkan kedua-dua seksyen ini seolah-olah kita berkewajipan untuk merujuk kepada Undang-Undang Inggeris apabila berlaku sebarang lacuna (kekosongan) dalam undang-undang kita sendiri. Berhubung ini, Ahmad Fairuz telah mengajukan empat soalan penting untuk direnungi oleh kita dan juga ukhwah perundangan (legal fraternity). Soalan-soalan tersebut ialah:
APAKAH keadaan itu mencerminkan bahawa negara ini ketandusan kepakaran perundangan?
APAKAH ia bermakna Undang-Undang Inggeris (ECL) ialah pilihan terbaik?
APAKAH pakar undang-undang kita masih dibelenggu oleh penjajah (di bawah tempurung penjajah)?
APAKAH benar cendekiawan perundangan kita lemah dan tidak bermaya, atau dalam erti kata lain, tidak mampu memformulasi dan membangunkan satu sistem perundangan yang lebih baik berbanding ECL?
Beliau telah menggesa supaya ECL digantikan dengan undang-undang 'common' kita sendiri.
Teguran Hakim Besar itu dilaporkan dengan meluas dalam akhbar-akhbar harian seluruh negara. Bagaimanapun, yang anehnya ramai yang memberikan komen positif, termasuk beberapa pemimpin politik. Dalam pada itu ada juga ketidakpuashatian dari bebarapa pihak yang menyifatkan gesaan untuk penggantian itu sebagai 'tidak berasas.'
Apakah itu English Common Law (ECL)? Secara ringkas, ia merujuk kepada amalan adat yang tidak bertulis berdasarkan keputusan hakim-hakim sepanjang beberapa abad di England, iaitu undang-undang yang diperolehi daripada adat dan kes contoh (preseden). Ini termasuk peraturan ekuiti, dan kemudiannya, pelbagai undang-undang am yang di maju dan ditadbirkan di negara tersebut.
Penjajah British telah memperkenalkan rang undang-undang ini di Malaysia menerusi beberapa perjanjian dengan pemerintah tempatan dan kemudiannya disusuli dengan pembentukkan undang-undang serta keputusan oleh hakim-hakim Inggeris atau hakim-hakim yang terlatih dalam selok-belok sistem perundangan Inggeris.
Gesaan Ahmad Fairuz itu mengulangi satu lagi gesaan yang dibuat oleh bekas Hakim Besar, Tun Abdul Hamid Omar (pada 1990), di mana beliau melahirkan pendapat yang agak sama. Tun Abdul Hamid berkata memandangkan Malaysia sebuah negara merdeka, amalan merujuk kepada ECL dan peraturan-peraturan ekuiti dengan alasan ia selari dengan kehendak s.3, CLA tidak dapat dipertahankan di segi politik. Beliau selanjutnya berkata s.3 perlu dimansuh atau dibetulkan.
Tidak keterlaluan jika dikatakan kesemua cadangan tersebut mempunyai kaitan dengan pendirian pakar perundangan terbilang allahyarham Professor Ahmad Ibrahim. Ramai akan mengakui bahawa allahyarham bukan saja pengasas tetapi juga penggerak utama idea berkenaan. Allahyarham juga telah memberikan inspirasi kepada ramai tokoh-tokoh lain.
Allahyarham Professor Ahmad pernah menulis bahawa s.3 dan 5 CLA perlu dibetulkan dengan cara memansuhkan rujukan kepada ECL dan peraturan-peraturan ekuiti yang ditadbirkan di England.
Allahyarham dengan tegas mencadangkan supaya kita sebaliknya merujuk kepada keputusan-keputusan mahkamah di Malaysia dengan cara menggunakan undang-undang sendiri dan dengan memberi keutamaan kepada suasana dan penduduk tempatan. Tambah allhayarham, dengan cara ini kita akan mampu mewujud dan membangunkan apa yang dinamakan sebagai Malaysian Common Law (MCL).
Allahyarham Profesor Ahmad juga mempersoalkan s.3 CLA itu sendiri. Menurutnya s.3 CLA seharusnya membenarkan pembentukan dan pembangunan MCL. Seksyen tersebut memperuntukkan bahawa "undang-undang 'common' yang dimaksudan, termasuk segala peraturan ekuiti dan statut-statut aplikasi am akan hanya boleh diguna-pakai sekiranya keadaan di negeri-negeri Malaysia dan penduduk membenarkannya, tertakluk kepada kelayakan dan keperluan setempat ."
Dengan ini maka jelaslah peruntukan dalam CLA tidak semestinya diikuti secara literal atau membabi-buta. Dalam pada itu peruntukan yang sedia ada jelas menunjukkan bahawa pihak penggubal sememangnya mahukan supaya kita membangunkan undang-undang 'common' sendiri. Oleh yang demikian, memang ada asas bagi kita mewujudkan MCL.
Tetapi malangnya, Allahyarham Profesor Ahmad menyesali bahawa walaupun kesemua hakim mahkamah sivil kita, dari paling bawah hingga ke paling atas di lantik daripada kalangan rakyat Malaysia, namun mereka tidak menunjukkan minat atau menggunakan kebolehan masing-masing untuk membetulkan ECL bagi menyesuaikannya dengan keadaan tempatan.
Sekiranya ada apa-apa pengubahsuaian, yang sememangnya jarang sekali berlaku, ia dilaksanakan dengan cara menolak undang-undang Inggeris berkenaan dan menggantikannya dengan undang-undang Inggeris yang lain. Jadi, walaupun kita telah merdeka, hakim-hakim tempatan, para peguam dan penggubal undang-undang masih belum merdeka. Kita masih terikat dengan undang-undang Inggeris dan keputusan-keputusan mahkamah di negara tersebut.
Ahmad Fairuz memberi sokongan penuh kepada usaha untuk memansuh atau membetulkan CLA. Beliau berkata ia perlu dilaksana menggunakan apa jua kaedah pengubahsuaian yang perlu dan boleh digunakan selaras dengan semangat dan perspektif yang diperjuangkan oleh Allahyarham Profesor Ahmad.
Agak sukar untuk kita memahami mengapa ada di kalangan kumpulan-kumpulan orang 'terpelajar' – sama ada dalam ukhwah perundangan atau di luar, yang masih enggan melepaskan ECL. Allahyarham Profesor Ahmad dengan berani dan tegasnya menyatakan bahawa pengwujudan MCL semestinya berdasarkan undang-undang asas negara, iaitu Islam dan adat Melayu.
Beliau mendapatkan sokongan daripada keputusan mahkamah dalam kes Ramah lwn Laton (1927), yang didengar oleh seorang hakim Inggeris. Apakah ini bentuk raison d'etre (sebab kewujudan) bagi penolakkan dalam kes tersebut?
Untuk mempertahankan kesahihan tanggapan ini adalah tidak berasas dan akan menggalakkan rasa takut akan perkara-perkara yang tidak diketahui selain menyebabkan sentimen anti-Islam semakin terserlah. Daripada segi sejarah, adalah logik, dan tidak ada sesiapa pun boleh membantah bahawa undang-undang asas mana-mana negara perlu dikaitkan dengan kebenaran daan keadilan.
Semua harus memahami bahawa Islam daripada sudut teologi berbeza daripada agama-agama lain. Bagaimanapun, pandangan dunia (worldview) Islam lengkap dan daripada aspek etika, moral, sistem nilai dan prinsip perundangan, ia mempunyai banyak persamaan dengan lain-lain agama. Terdapat banyak faham keselarian (parallelism) di antara Islam dan lain-lain agama terkemuka dunia dalam konteks ini.
Jadi, apabila kita bercakap tentang Undang-Undang ' Common' Malaysia, apa yang dimaksudkan ialah pengwujudan dan pembangunan satu sistem undang-undang berdasarkan nilai-nilai etika, moral dan perundangan yang dikongsi oleh pengikut agama-agama lain.
Mungkin ada beberapa nilai dalam tradisi perundangan Inggeris yang tidak sesuai dengan pegangan moral kita di Malaysia. Sememangnya berbandingkan elemen-elemen inilah maka kita perlu bersatu.
Inilah semangat yang harus dipegang dan disemat di dalam hati apabila kita mendebatkan pemansuhan rujukan kepada undang-undang luar. Dalam konteks ini, apa jua cadangan untuk menggunakan mana-mana ajaran teologikal ke atas pengikut agama lain tidak boleh dijadikan sebagai sebahagian daripada asas pertimbangan.
Bagi mewujudkan satu sistem undang-undang 'common' dalam masyarakat majmuk, asas yang seharusnya digunakan ialah Islam, dan sedikit sebanyak, adat-adat Melayu.Ini tidak seharusnya diertikan sebagai penafian peranan serta sumbangan agama dan kaum lain. Sumbangan atau input daripada budaya dan adat-adat lain juga akan dapat memberikan sumbangan ke arah mewujudkan cara hidup yang lebih harmoni dan aman di negara yang tercinta ini.
Mungkin lebih tepat ialah bagi kita menggunakan istilah 'Malaysianisasi' bagi usaha pengwujudan dan pembangunan Undang-Undang 'common' Malaysia.
Penulis adalah Fellow kanan/Pengarah di Pusat Syariah, Undang-Undang dan Sains Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)


Tuesday, September 18, 2007

Bakar Bendera?



Ini jawapan pasal apa depa bakar bendera?terima kasih pada saudara maskulin marcello.sebab kerajaan takut... tu jer..UMNO..besa la depa ni. bukan angpa taktau. nak pijak bangsa sendiridepa pandai la. bila facing bangsa lain kecut teloq sampai ke dahi.Pasai pa? pasai nak jaga hati bangsa lain, takmau jadi isu agama orperkauman. Takpa...bangsa lain buat apa pun takpa..no hal. "kami UMNObleh adjust bagi settle luar dalam. kalu bangsa kami, kami terpaksaambik tindakan sebab melayu dengan melayu tak dikira perkauman,lagipun sama agama so tak timbul isu agama..."satu lagi yang aku heran puak2 nih, kalu time pembangkang nak buattazkirah, ceramah politik, majlis ramah mesra, kenduri kendara adasaja yang tak kena. Roadblock sana sini, permit sangkut, sana takapproved sini tak lulus. Tapi kalu ada konsert tadak sapa yang kalutnak buat roadblaock. Permit approved on the spot. Mai la sapa pun,inul, peterpan, Dewa, linkinpark, black eye pis, gwen stef, tak payahinterview tanya banyak2. "angpa melalak la sampai subuh, takpa kamitak kacau pasai kami pun suka melalak jugak""Tak lama lagi, kita melayu bakal mengemis di tanah sendiri."

Friday, August 17, 2007

Tengah Takde Mood Lagi

Kenapa tah sejak kebelakangan ni semedang je takde mood. Nak menulis pun takde mood. Dah lama tak update. Nanti la bila ada mood balik

Tuesday, July 31, 2007

Blurrrrr...........

Blurrrrr dua tiga hari ni. Keja dak la banyak mana pun. Tapi ye laaa...bila datang mood blur tu....eemmm....

Bahagian pun sibuk dua tiga menjak ni. Dengan mesyuarat ...... pelbagai mesyuarat dan persiapan....
Sebenarnya nak juga sentuh dua tiga isu yang berlaku di negara kita semenjak dua menjak ni. Tapi takde idea nak menulis. Nantilaaa...bila dan datang mood
Satu keadaan

Friday, July 27, 2007

Murid, Guru dan Ibu Bapa




Pindaan Peraturan Elak Salah Faham


sumber : Berita Harian




Pindaan Peraturan-peraturan Disiplin (Pelajar) 1957 akam memperincikan definisi dan tanggungjawab serta bidang kuasa guru supaya tidak timbul salah faham atau tuduhan apabila berlaku kes disiplin.


Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishamuddin Hussein, berkata pandangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan persatuan Alumni sekolah mewakili pandangan masyarakat diambil kira dalam pindaan itu.

Komen Teman:-

Isu ini timbul ekoran beberapa masalah yang terjadi di sekolah-sekolah seperti Guru Besar Menampar Murid-Murid di Sabah, Guru (Warden Asrama) merendam 200 orang pelajar di kolam kotor dan beberapa lagi insiden yang melibatkan guru dan pelajar di seluruh Negara.

Apa yang ingin teman tekankan di sini, sekolah-sekolah kini telah menjadi tumpuan para wartawan dan penulis bagi mendapatkan bahan tulisan mereka. Pada zaman teman bersekolah dahulu, rasanya....kurang sangat isu-isu sekolah ini timbul dan disiarkan di media-media sama ada media cetak mahupun media elektronik. Sudah hilangkah bisa Sekolah itu?

Peranan PIBG juga penting dalam isu ini. Seharusnya masalah-masalah yang timbul dibincangkan dahulu di sekolah masing-masing sebelum perkara ini dibawa ke peringkat yang lebih tinggi. Media bukan jalan penyelesaian bagi segala masalah. PIBG sepatutnya menjadi landasan atau platform bagi meningkatkan prestasi sekolah dan juga guru-guru. Jika kita lihat, anak-anak kita sekarang juga terlalu dimanjakan. Adakah guru-guru kini sudah tidak boleh langsung menjentik atau mengusik pelajar-pelajar mereka?

Jika dahulu, teman kena rotan dengan cikgu, ibu teman akan marahkan teman balik. Ini bermakna, ibu bapa dahulu percaya dengan guru dan tahu masalah yang timbul. Ibu teman pun bukannya jenis yang suka ke mesyuarat PIBG yang diadakan setahun sekali. Tapi, keyakinannya terhadap peranan guru dan masalah yang dihadapi membantu kedua-dua pihak. Teman dan sekolah. Jika anak-anak terlampau dimanjakan, akhlak mereka akan rosak. Mereka akan mudah terpengaruh dan tidak mempunyai daya tahan.

Jika dahulu, teman kena marah dengan cikgu, sampai kini, teman masih lagi mampu menghadapi situasi kerja dengan pelbagai karenah orang ramai termasuk bos sekali. Terfikir juga teman, macam mana dengan anak-anak kita nanti?

Ibu bapa perlu sedar, sekiranya mereka terlampau sibuk dengan kerja, sekurang-kurangnya, jenguk la guru-guru yang mengajar anak-anak kita supaya kita tahu masalah yang dihadapi oleh anak-anak kita. Jangan terlampau percaya dengan kata anak-anak kita. Jangan jadi seperti ayam, bertelur sebiji, riuh sekampung. Melentur buluh biar dari rebungnya. Jika rebung sudah menjadi buluh, tiada gunanya lagi.




Satu keadaan.....yang perlu kita ambil perhatian

Wednesday, July 25, 2007

Sanubari Anda Perlu Merdeka


Sumber : lenggongvalley


Monday, July 23, 2007Laporan Polis Terhadap Malaysia-Today Dipetik dari blog Countergrain


Menurut laporan awal daripada beberapa blogger termasuk Jeff OOi dan Rocky satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Dang Wangi hari ini tadi terhadap laman web alternatif Malaysia-Today yang dikendalikan oleh Raja Petra Kamaruddin.Countergrain sudah lama menghitung hari ekoran tindakan begitu ramai blogger dan pembaca laman berita alternatif Malaysia-Today mengeposkan komen-komen tanpa beralas. Yang saya maksudkan ialah komen berunsur hasutan dan kecaman terhadap beberapa isu sensitif, terutama yang ketara menghina agama Islam dan Nabi Muhammad.Ada di antara blogger yang sengaja menggunakan laman Malaysia-Today bagi meluahkan kata-kata lucah terhadap masyarakat Muslim dan agama Islam -- ini tidak patut disiarkan tanpa penapisan oleh pihak editorial.Berikutan kegagalan Raja Petra menangani kepincangan itu, ramai di antara masyarakat Islam di negara ini berasa begitu terhina.Tidak kurang ramai juga yang menasihatkan Raja Petra(termasuk countergrain sendiri) supaya segera menapis pos-pos sedemikian rupa tetapi beliau pada mulanya gagal berbuat demikian, hinggalah sejak beberapa hari kebelakangan ini apabila beliau akhirnya memberi amaran kepada pembaca Malaysia-Today yang beliau akan mula menapis segala posting selain mengenakan syarat bagi menyertai laman tersebut.Kita patut mengambil iktibar daripada keadaan ini. Tanpa menyebelahi mana-mana pihak saya rasa memang tepat masanya bagi laporan Polis dibuat.Jika diperhatikan daripada satu sudut, Raja Petra yang begitu mendaulati kebebasan ekspresi dan bersuara, terutama di internet, telah dijadikan mangsa oleh anasir-anasir yang sengaja menggunakan laman Malaysia-Today sebagai saluran.Dari penjuru lain pula kita perlu melihat senario ini dari aspek toleransi.Dalam konteks ini, toleransi yang maksudkan ialah sikap kesabaran beberapa pihak dalam kerajaan yang sengaja tidak mahu menambahkan minyak kepada api hasutan yang dinyalakan oleh anasir-anasir subversif di laman Malaysia-Today. Daripada ini kita dapat mentafsirkan samada kerajaan sengaja menindas suara pembangkang atau sebaliknya.Bagaimanapun, apabila keadaan menjadi begitu serius apakah salah bagi sesuatu dilakukan untuk menanganinya demi kesejahteraan semua penduduk negara pelbagai kaum ini?


Komen dari teman:-

Kebebasan Bersuara? Adakah kita terlalu terikut-ikut dengan propaganda barat? Sudah hilangkah nilai-nilai budaya Melayu atau budaya Malaysia dalam sanubari para blogger hari ini?

Jika kita lihat, ramai anak-anak muda yang berpelajaran menjadi blogger-blogger dalam pelbagai blog politik. Apa yang teman risaukan, dalam sanubari mereka kini sudah terhakis sentimen patriotik dan keagamaan. Mereka sudah tidak peduli dengan keadaan masa depan anak cucu mereka kerana terlalu taksub dengan pendirian masing-masing. Sehingga mereka tidak mahu mendengar dari pihak lain? Bukan tidak boleh menyuarakan pendapat.....namum mereka harus sedar, kerana mulut santan binasa.


Adakah mereka secara tidak sedar, tindakan mereka ini telah dipengaruhi oleh propaganda barat yang mahu melihat bangsa kita berpecah belah dan hancur seperti yang berlaku semasa zaman Long Jaafar, zaman Ngah Ibrahim? Sedarlah wahai anak-anak muda sekalian.....anda semua berpijak di bumi bertuah ini yang mengambil masa 446 tahun untuk merdeka. Adakah kita mahu menjadi penyebab penjajahan semula ke negara kita seperti yang dilakukan oleh Amerika di Iraq?

Satu keadaan......amat menyedihkan

Monday, July 23, 2007

Meeting oh Meeting

Ehemmm...semalam gi mesyuarat. Jadi wakil je.....ikut ketua....something special about it? I don't think so...just like usual meeting....Apa yang ingin teman katakan di sini ialah...depa jalankan meeting..just like ordinary meeting...nothing special.....Bagi teman la kan...kita kalo nak buat meeting setahun sekali....buat la something different. Buat yang menarik minat orang lain untuk hadir. Bukan sekadar meeting untuk memenuhi perlembagaan.


Meeting bagi teman, satu tempat untuk kita meluahkan dan membincangkan apa saja yang ingin diperkatakan. Untuk pengetahuan semua. Sama ada untuk AJK ataupun perwakilan. Beri peluang kepada perwakilan untuk bercakap. Beri lebih banyak input kepada perwakilan, membincangkan bersama-sama masalah yang timbul, mengatasi masalah yang timbul dan mencadangkan lebih banyak aktiviti untuk kebaikan bersama.


Tapi meeting semalam yang teman hadiri, macam satu lakonan. Semua agenda yang dibuat telah dirancang. Memang bagus buat perancangan, tapi...nampak sangat...... bagi la peluang kat orang lain bercakap. Memang bagus buat perancangan supaya meeting berjalan lancar, tapi, jangan sekat orang lain nak bercakap. Tahla...bagi teman, meeting tempat untuk kita semua berjumpa... setahun sekali, masa ni la kita nak kenal semua ahli-ahli kita.


Bukan niat teman nak mengkritik membabi buta. Tapi, sebagai pemimpin, yang dah meeting tiap-tiap tahun, kita kena memperbaiki kelemahan kita dan berusaha menjadikannya yang terbaik dari tahun ke tahun. Tak la nanti orang kata, pegi meeting ni membosankan.
Satu keadaan.......yang perlu diambil perhatian

Friday, July 20, 2007

Bengang Gilerrrr

Ari ni start keja balik. Semalam jam 8.30 malam sampai rumah lepas hadiri kursus. Sampai pejabat pukul 7.40 pagi. Tengok-tengok atas meja ada surat jemputan mesyuarat dan lawatan tapak di Kuala Terengganu.

Termenung jap. Nak pegi ke dak? Ye la...baru balik dari kursus kat Selangor. Ni nak gi Terengganu lak esok. Emmmm...dah takde masa untuk diri sendiri. Office mate suruh tanya bos dulu, dia suruh gi atau tak. Teman nak cuti ari Isnin la sebab malam Ahad baru balik dari Terengganu. Teman tepon la bos nak bagitau. Dia kata nak pegi.....pegi laaaa.. tapi Isnin kena keja walaupun kul berapa sampai..... punye la teruk. Alasan dia, dia pun keja camtu.
Mana leh nak sama. Gaji dia berpuluh ribu. Ada driver lak tu. Duk keta mewah. Sampai hati tul.... Dah la keja dia teman buat tak berkira.....tak pandai nak jaga hati pembantu...... Lantak laaa....takyah pegi... bukan dapat apa-apa pun. Buat keja kat pejabat. Bio padan muka teman ..... padan muka ngan bos sekali.....
Satu keadaan...... :(

Wednesday, July 18, 2007

Nuri Oh Nuri


Cerita ni berkisar tentang seekor burung ni. Burung Nuri. Binatang ni dah lama dibela oleh Pak Awang ni. Kira second hand laaaa.... dulu ada orang lain yang bela. Kira Pak Awang ni beli sebab dia suka ngan burung ni. Jaga sikit punya bagus la. Makan bagi elok. Minum pun cukup. Sangkar pun bagus.


Punya la sayang Pak Awang dengan burung ni. Kalau sakit, siap jumpa doktor. Makan pun bukan makanan lebihan seperti yang diberi kepada ayam. Makanan khusus untuk burung nuri kesayangannya. Burung ni pun jinak gak. Tak pandai pun nak terbang merata-rata. Dok la burung ni merata rumah tu je. Sampai kucing-kucing kat sekeliling pun tak berapa nak heran dengan burung ni.


Nak jadi cerita, selepas beberapa lama Pak Awang bela burung ni, burung ni semakin tua. Tpi masih elok dijaga oleh Pak Awang. Makanannya pun masih lagi seperti dulu. Satu hari, Pak Awang ni keluar nak bagi makan burung ni, dia lihat burung ni dah mati di bawah pokok mempelam. Dengan seekor kucing milik jiran Pak Awang.


Menangislah Pak Awang dengan kematian burungnya itu. Begitu juga dengan jirannya yang telah kematian kucingnya. Disalahkan Pak Awang dengan menuduh burung kesayangan Pak Awang ni pembawa penyakit. Termenung Pak Awang. Sedangkan sakit pun dibawa jumpa doktor. Bagaimana lagi hendak dikata?


Semuanya takdir.......satu keadaan

Ketua bengong


Adalah sorang mamat ni....nak jadi pemimpin yang terbilang.....tapi masalahnya dia tak nak dipimpin.....maklumlah...dia tak cacat...dia tak buta....dia tak tuli.... serba serbi sempurna..... pengikut dia tu ramai gak....ye la duit tabur... ramai la yang ikut.

Yang nak jadi ceritanya, dia ni naik rexton...kami ni naik kancil jer. Mana boleh nak lawan dia. Keadaan ni berkisar pasai kenderaan mewah dia ni la. Baru-baru ni, dia buat mesyuarat. Gantung la kain rentang. Nak bagitau kat orang ramai yang dia nak buat mesyuarat. Yang bestnya, keesokan harinya, muka dia kat kain rentang tu kena spray.... waaargghh..waaarrgghhh...waaarrgghh nak gelak guling-guling. Heboh lah rakyat-rakyat kat kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.

Ramai yang simpati dan ramai gak yang gelak guling-guling. Mana taknye...kena spray....tapi kat gambar je laaaa.... kalo kat orangnya, mesti lagi ramai yang gelak guling-guling atas jalan. Dengan segeranya, dia buat report polis. Yang bagusnya, lepas dia buat report, adalah hamba Allah pengikutnya yang sorang ni. Nak jad bengongnya, mamat pengikut dia ni, boleh dengan bangga dan bodohnya, bercerita ngan orang lak. Malam tu depa naik rexton ni, gi spray kat kain rentang ni. Depa sendiri yang buat. Semata-mata kerana dia nak mengenakan SETERUNYA. waaarrgghh...waaarrgghh....waaarrggghh...nak gelak guling-guling lagi.......


Satu keadaan...hahahahahah......