Friday, July 27, 2007

Murid, Guru dan Ibu Bapa




Pindaan Peraturan Elak Salah Faham


sumber : Berita Harian




Pindaan Peraturan-peraturan Disiplin (Pelajar) 1957 akam memperincikan definisi dan tanggungjawab serta bidang kuasa guru supaya tidak timbul salah faham atau tuduhan apabila berlaku kes disiplin.


Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishamuddin Hussein, berkata pandangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan persatuan Alumni sekolah mewakili pandangan masyarakat diambil kira dalam pindaan itu.

Komen Teman:-

Isu ini timbul ekoran beberapa masalah yang terjadi di sekolah-sekolah seperti Guru Besar Menampar Murid-Murid di Sabah, Guru (Warden Asrama) merendam 200 orang pelajar di kolam kotor dan beberapa lagi insiden yang melibatkan guru dan pelajar di seluruh Negara.

Apa yang ingin teman tekankan di sini, sekolah-sekolah kini telah menjadi tumpuan para wartawan dan penulis bagi mendapatkan bahan tulisan mereka. Pada zaman teman bersekolah dahulu, rasanya....kurang sangat isu-isu sekolah ini timbul dan disiarkan di media-media sama ada media cetak mahupun media elektronik. Sudah hilangkah bisa Sekolah itu?

Peranan PIBG juga penting dalam isu ini. Seharusnya masalah-masalah yang timbul dibincangkan dahulu di sekolah masing-masing sebelum perkara ini dibawa ke peringkat yang lebih tinggi. Media bukan jalan penyelesaian bagi segala masalah. PIBG sepatutnya menjadi landasan atau platform bagi meningkatkan prestasi sekolah dan juga guru-guru. Jika kita lihat, anak-anak kita sekarang juga terlalu dimanjakan. Adakah guru-guru kini sudah tidak boleh langsung menjentik atau mengusik pelajar-pelajar mereka?

Jika dahulu, teman kena rotan dengan cikgu, ibu teman akan marahkan teman balik. Ini bermakna, ibu bapa dahulu percaya dengan guru dan tahu masalah yang timbul. Ibu teman pun bukannya jenis yang suka ke mesyuarat PIBG yang diadakan setahun sekali. Tapi, keyakinannya terhadap peranan guru dan masalah yang dihadapi membantu kedua-dua pihak. Teman dan sekolah. Jika anak-anak terlampau dimanjakan, akhlak mereka akan rosak. Mereka akan mudah terpengaruh dan tidak mempunyai daya tahan.

Jika dahulu, teman kena marah dengan cikgu, sampai kini, teman masih lagi mampu menghadapi situasi kerja dengan pelbagai karenah orang ramai termasuk bos sekali. Terfikir juga teman, macam mana dengan anak-anak kita nanti?

Ibu bapa perlu sedar, sekiranya mereka terlampau sibuk dengan kerja, sekurang-kurangnya, jenguk la guru-guru yang mengajar anak-anak kita supaya kita tahu masalah yang dihadapi oleh anak-anak kita. Jangan terlampau percaya dengan kata anak-anak kita. Jangan jadi seperti ayam, bertelur sebiji, riuh sekampung. Melentur buluh biar dari rebungnya. Jika rebung sudah menjadi buluh, tiada gunanya lagi.




Satu keadaan.....yang perlu kita ambil perhatian

No comments: