- Yb Eli WonggeiiANTARA ARTIKEL YG BERKAITAN
Nuffnang Ads
Monday, July 7, 2008
Hukum Bermain Alat Muzik Bertali
Remaja selalunya menggemari hiburan tidak kira muzik atau hiburan dalam bentuk lain. Berhibur itu tidak salah, namun ada batasannya dalam islam. Kali ini saya ingin membawa perihal alat muzik bertali kerana di antara rakan-rakan saya ramai yang pandai bermain gitar. Saya sendiri pun pernah bercita-cita untuk belajar bermain gitar kerana saya gemar menyanyi sehinggalah saya tau apa hukumnya.
Hukum Bermain Alat Muzik Bertali
Bermain alat muzik bertali seperti gitar dan lain-lain adalah haram. Ini merupakan pendapat yang telah disepakati oleh madhhab empat. Sesiapa yang berterusan bermain dengan alat-alat muzik tersebut, dianggap fasik dan tidak boleh diterima penyaksiannya di Mahkamah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Al-Bukhari menjelaskan akan timbul satu golongan dari umat Muhammad yang akan menghalalkan arak, khinzir, sutera dan alat-alat muzik.
Dalam Surah Luqman ayat 6 Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan di antara manusia ada yang suka menggunakan hartanya untuk membeli "LAHWA AL-HADIS" untuk menyesatkan orang ramai dari agama Allah". Lahwa Al-Hadis yang disebutkan di dalam ayat ini ialah alat-alat muzik dan hiburan yang melalaikan. Inilah yang dinyatakan oleh Mujahid, Hassan, dan Ibn Umar. Alat muzik yang bertali seperti gitar dan lain-lain samada fesyen lama mahupun yang baru adalah haram bermain dengannya dalam apa jua keadaannya.
1. Samada alat muzik itu mengeluarkan alunan yang rancak atau berirama perlahan.
2. Samada dari barat atau timur.
3. Samada pendengarnya lelaki mahupun perempuan.
4. Samada di majlis keramaian seperti perkahwinan, hari raya, waktu perang dan lain-lain.
5. Samada disertai dengan lagu atau tidak.
6. Samada mendengar secara langung atau melalui pita rakaman.
Selain itu haram berjual beli alat muzik dan mengadakan kilang-kilang bagi memprosesnya, meminjam, mempelajari dan mengambil upah dari mengajar bermain muzik, membuka sekolah muzik dan membuat buku-buku panduan bermain muzik. Kerana kesemuanya adalah jalan kearah penggunaan muzik.about an hour ago · · 1 - Norazniza Abdul Karim macam mana pula dengan org2 yg berdakwah menggunakan alat muzik ni?about an hour ago ·
- Yb Eli Wonggeii TAK DE KEBAIKAN YG DATANG DARI PERBUATAN DOSA --- HADITH NABI LUPA DEKAT MANA NAK BAGI LINKabout an hour ago ·
- Norazniza Abdul Karim ekekekeke... hahahha adoi... hahahha heheheheh iza nak sukeee je ni.. hahahhahabout an hour ago ·
- Norazniza Abdul Karim nampaknya org tu belajar x abis la ni atau masa belajar dia ponteng ekekekekekkeabout an hour ago ·
- Yb Eli Wonggeii TAPI I RASE DALAM ISLAM BUKAN BOLEH HUKUM TERUS HARAM HALAL -- SETIAP SESUATU ADA DOSANYA DAN PAHALANYE MENGIKUT NIAT -- BETUL TAK ----
BERI MAKAN DAGING BABI TU DOSA SEBAB DAGING TU HARAM TAPI KALAU ORANG DAH NAK MATI DAN KITA BERIKAN MAKANAN HARAM TAPI DAPAT PAHALA SELAMTKAN NYAWA --- RASE2 NYE LERabout an hour ago · · 2 - Norazniza Abdul Karim ye tu iza tau sbb ada yg haram akan jadi harus bila tiba masanya.... moga2 diampunkan dosa2 yg kita xtahu kita dah buat... dan yg kita tahu kita buat. aminabout an hour ago ·
- Yb Eli Wonggeii TAFSIRAN UTK DIRI SENDIRI TAK SALAH -- TAPI TAFSIRAN UTK AWAM -- KENA PANDAI LERabout an hour ago ·
- Yb Eli Wonggeii YG HARAM TETAP HARAM -- MANA PULAK HARUS ---- TAPI PERBUATAN HARAM KADANG2 HARUS DI LAKUKANabout an hour ago · · 1
- Norazniza Abdul Karim maksud iza yg makan tu la... bila dah xde makanan harus/wajib kita amik makan utk teruskan hidup....about an hour ago ·
- Norazniza Abdul Karim yg bertali tu tetap haram yg iza tau dah xde sebab dia nak jadi halal dan harus kanabout an hour ago ·
- Yb Eli Wonggeii LEBIH KURANG LAA -- KALAU KITE YG LEMAH IMAN NI AKAN MAKAN LAA-- TAPI SAHABAT2 NABI MATI TAK MINUMAIR SEBAB NAK BERIKAN PADA YG LAIN --
KALAU KITE KUAT IMAN MAKA MATI ITU HAK ALLAH -- KALAU TAK MAKAN TAK SEMESTINYA MATI -- JADI BUAT APA NAK MAKAN BENDA HARAM --- BILA DAH MATI BARU LAH MATI -- MATI ITU AKAN JADI JIHAD SEBAB MEMPERTAHANKAN HUKUM ALLAH TAK MAHU MAKAN BENDA HARAM --- BETUL TAKabout an hour ago · · 2 - Norazniza Abdul Karim ye betui tu... iza pun ada gak terfikir benda tu.. kalo x makan blh mati... so mati tu Hak Allah...about an hour ago ·
- Norazniza Abdul Karim iza pun rasanya kalo xde makanan pun x sanggup nak makan benda tu :Pabout an hour ago ·
- Yb Eli Wonggeii ADA OSTAT BAGITAHU DI BOSNIA DULU SI BAPAK DI SURUH ZINA DGN ANAK KALAU TIDAK AKAN DI TEMBAK -- 4-5 ASKAR BERSENJATA -- KALAU TAK BUAT GERENTI MATI KATANYA -- KENA BUAT LER ===
TUIHHHH -- ADA YG KENA TEMBAK TAK MATI CAMANA PULAK --- BENDA KENA TEMBAK BELUM TERJADI -- KITE DAH ZINA -- INI YG TAK BETUL PUNYE OSTATabout an hour ago · · 1 - Yb Eli Wonggeii AGAIN -- IT COME DOWN TO SEKUAT MANA IMAN --- KALAU KERA2 PAKATAN NI CEPAT LER DIA ZINAabout an hour ago · · 2
- Norazniza Abdul Karim ya Allah bapak tu buat ke?? isy... giler dah..... tgk aja masa Bilal Bin Rabah kena siksa.... adoi tetiba lak iza jd ustazah hahahah... ;) amik iktibar... iza harap sgt2 blh jd setabah bilal bin rabahabout an hour ago ·
- Yb Eli Wonggeii DALAM HAL NI SUSAH NAK CAKAP KALAU KITE BANDING2 KAN -- ADA SAHABAT NABI YG BILA DI SIKSA DIA TAK TAHAN DIA MENGAKU MURTAD - BILA DAH TERLEPAS DIA JUMPA NABI DAN TANYA -- NABI KATA DIA DALAM DURESS -- TAK APA ---
HANYA KITA SENDIRI DAN ALLAH YG TAHU KEADAAN KITA --about an hour ago · - Yb Eli Wonggeii SO THE BEST IS --- BUAT LAH SELAGI NIAT IKHLAS BERLANDASKAN APA YG TELAH KITE TAHU TENTANG AGAMA ---about an hour ago ·
- Norazniza Abdul Karim emm betui juga tu... mcm td la kata berbalik pula pada niat kita.... emmm nak komen lebih2 pun iza x pandai.. terima kasih sbb bgtau pasal tuabout an hour ago ·
- Yb Eli Wonggeii ALAA -- KOMEN LAH SETAKAT KITA TAHU -- JGN MALU DAN SEGAN -- KALAU TAK KENA ORANG AKAN BETULKAN DGN NASIHAT ATAU KENA MAKI --- TAK PER LERabout an hour ago ·
- Norazniza Abdul Karim heheheheeh hahah kena maki tu dah biasa bg org2 yg riak bila kita salah bkn nak menegur dengan betui ekekkeke... x ikhlas bg teguran...:Pabout an hour ago ·
- Yb Eli Wonggeii TUU SEBAB ADA 4 MAZHAB --- MASING2 ADA PENDAPAT -- CUMA PENTINGNYA JANGAN SEKALI2 KATA KITA YG BETUL ATAU OSTAT LEBIH BETUL --- SIAPA ADA BUKTI DIA LAH YG BETULabout an hour ago ·
- Leighton Leez loike!!! harap org2 berkenaan yg taksub tu jd silent readers kt posting ni..x komen pape pon xpe..sbb hey xde idea nk spin huahuahua56 minutes ago · · 1
- Sobri Ahmad IIAlat-Alat Muzik Yang Ditegah/Diharamkan
Dalam beberapa buah hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam ada menyebutkan jenis-jenis alat muzik yang diharamkan. Adapun alat-alat muzik yang ditegah oleh syara‘ itu ialah:
Al-Ma‘azif iaitu sejenis alat muzik yang bersenar (bertali) banyak.
Al-Mazamir iaitu alat muzik yang ditiup seperti seruling.
Al-Awtar atau Al-‘ud iaitu alat muzik yang bertali sejenis kecapi.
Al-Thabl atau Al-Kubah iaitu gendang kecil yang ramping di tengah.
Al-Kamanjah iaitu Biola.
Al-Rabab iaitu alat bunyian (seperti biola) yang bertali dua atau tiga.
Al-Shanj iaitu canang, berupa dua piring kekuningan yang diadu.
Al-Junk atau Al-Thunbur iaitu alat muzik yang dipetik yang mempunyai leher panjang dan mempunyai tali daripada tembaga (berasal dari Parsi).49 minutes ago · · 1 - Sobri Ahmad IIDiriwayatkan daripada Abu Umamah Radhiallahu ‘anhu telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam : Maksudnya: "Bahawa Allah Azza wa Jalla telah membangkitkan saya menjadi Nabi dengan membawa hidayat dan rahmat kepada orang-orang mukminin dan Allah telah memerintahkan saya menghapuskan alat ma‘azif (alat bunyi-bunyian) dan alat-alat mazamir (seperti seruling) dan alat-alat awtar (bunyi-bunyian bertali), salib (cross)dan perkara-perkara jahiliah... * (Hadis riwayat Abu Daud dan At-Thayalisy).49 minutes ago · · 1
- Yb Eli Wonggeii TENGOK IZA --- ADA SAJA YG TOLONG BAGI NASIHAT/FAKTA --- SO JGN MALU NAK BERTANYA ---47 minutes ago ·
- Asnor Mahizan AriffinSetahu saya ada 3 pendapat…
1- Yg mgharamkn semua jenis & bentuk alat muzik kecuali al dufuf iaitu kompang @ rebana yg dipukul ketika majlis pnikahan krn terdapat hadis yang sahih mengenai keharusannya. Namun ia tidak harus memukulnya selain drp majlis pnikahan menurut pendapat yg masyhur. Ttp lawan pendapat yg masyhur adalah harus memukul alat rebana @ kompang dlm semua upacara majlis kegembiraan umat Islam.
2- Yg mgharuskan semua jenis & bentuk alat-alat muzik. Mereka bpendapat bahawa yang haram itu bukanlah zat atau main alat muzik itu sendiri tetapi faktor-faktor luar yang mengiringinya itu yang menentukan sama ada ia menjadi haram @ sebaliknya. (kalo x silap saya Dr Yusuf Al-Qardhawi termasuk dlm kategori ini….)
3- Yg mengaharamkan beberapa jenis alat muzik - iaitu al Mizmar, al Awtar dan Thoblu al Kubah – dan mengharuskan selain daripadanya.
Ketiga-tiga golongan ulamak di atas mpunyai hujjah dan dalil-dalil yg masing2 mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Saya bukan berhajat untuk menentukan manakah pendapat yang paling kuat dan sahih. tp rasanya persoalan berkenaan dengan hukum alat muzik ini merupakan satu perkara yang menjadi khilaf (perselisihan pendapat) di kalangan ulamak..
nanti nak try cari buku atau kitabnya lah... :-)16 minutes ago ·
Friday, February 3, 2012
SOAL JAWAB MUZIK BERTALI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment