Monday, April 9, 2012

ISU PTPTN

Bagus artikel ni,Khas pada mereka yg bukan Taksub Partisan

Hapus PTPTN - Orang Melayu Juga Yang Mudah Tertipu ....

3-4 hari ni saya ikuti dengan minat komen2 pemimpin pembangkang yang begitu vokal mahu menghapuskan PTPTN. Saya perhatikan dalam isu cadangan PR mahu menghapuskan PTPTN, mereka sebenarnya TIDAK IKHLAS langsung. Pembangkang hanya mempolitikkan isu PTPTN untuk meraih undi tanpa sedikit niat pun mahu mengotakan janji mereka kerana mereka sendiri tidak serius memperjuangkan isu itu. Kenapa saya kata begitu ?

1 - Isu PTPTN ini adalah satu isu besar yang melibatkan dana yang amat besar dan sekiranya dihapuskan, bakal mengubah lanskap ekonomi negara. Untuk perkara sebesar ini, seharusnya kajian mendalam dibuat terlebih dahulu apakah wajar ia dihapuskan ? Apakah kesannya kepada negara ? Apakah ia memberi manafaat kepada majoriti rakyat atau hanya segelintir rakyat yang terlibat ?

Kita semua sedar yang pembangkang hanya memainkan isu PTPTN sejak akhir2 ini saja, sebelum ini langsung tidak kedengaran perkataan Hapuskan PTPTN itu disebut. Ia juga tidak terkandung dalam sebarang manifesto PR apatah lagi disebut dalam buku jingga.

Dalam Buku Jingga ada disebut -

- “Menyelesaikan krisis pembiayaan pendidikan tinggi (yang dijangka akan menyebabkan defisit PTPTN melambung ke paras RM46 bilion dalam masa sedekad) dengan mengurangkan beban peminjam dengan cara memperkenalkan polisi pinjaman tanpa faedah dan membenarkan pembayaran semula enam bulan setelah peminjam mendapat pekerjaan tetap.”

- “Menjamin hak setiap rakyat Malaysia yang layak untuk mendapatkan pendidikan tinggi pada kadar yang paling minima.”

- “Mengembalikan hak rakyat yang dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan untuk mendapatkan biasiswa bagi mereka yang layak dan menghentikan kecenderungan memperdagangkan pendidikan tinggi demi keuntungan.”

LANGSUNG TIDAK DISEBUT TENTANG MENGHAPUSKAN PTPTN ATAU PENDIDIKAN PERCUMA ! ?

Bukankah Buku Jingga itu disediakan oleh pakar-pakar ekonomi yang diiktiraf oleh seluruh warga Pakatan Rakyat ? Kenapa mereka hanya mencadangkan konsep 'pembayaran mudah, kadar minima dan tidak berlandaskan mencari keuntungan' saja ? Kenapa tidak dicadang supaya dihapuskan terus sepertimana yang disalak oleh pemimpin2 Melayu Pkr dan Pas ketika ini ?

Sebab ....... idea untuk menghapuskan PTPTN ini baru saja timbul dalam kepala pemimpin2 PR ! Ia cuma satu idea untuk mempermainkan naluri rakyat supaya mereka bangkit membantah dan bersama2 PR turun duduk atas jalanraya pada 28 April nanti.

Isu PTPTN ini membabitkan golongan bijak pandai dikalangan rakyat tapi sayangnya golongan ini amat mudah diperbodohkan dengan janji kosong pembangkang ! Sepatutnya golongan bijak pandai yang berhutang dengan PTPTN ini mampu berfikir dan menggunakan kebijaksanaan mereka bertanya kembali kepada pemimpin pembangkang - BAGAIMANA CARANYA ? Bukan membabi buta menyokong tanpa sedikitpun terfikir apakah pembangkang mampu mengotakannya .

2 - Perkara asas dalam isu seumpama menghapuskan PTPTN adalah mengenal pasti dulu BERAPA NILAINYA RM YANG MAHU DIHAPUSKAN ITU ? Rata-rata mereka yang menyalak itu sendiri TIDAK TAHU berapa nilainya ! Yang mereka tahu cuma dari segi IDEAnya saja, itu saja yang mereka tahu cakap. Dan golongan terpelajar yang menyokong usul ini pula merelakan diri mereka diperbodohkan dengan taktik murah pembangkang.

Ada yang cakap RM1 billion, ada yang cakap RM3 billion ... nah contoh Ketua Pemuda Pas 3 hari lepas menconggak angka cuma sekadar RM1.2 billion ( Harakah )http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/ketua-pemuda-pas/9374-hapus-ptptn-pendidikan-percuma-rasional-atau-tidak , ni satu lagi Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan yang mendakwa kos PLKN lebih besar dari kos PTPTN dan menggunakan angka jumlah kos PLKN selama ini sebanyak RM4.36 billion ( Harakah ) sebagai perbandingan.http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9373-kos-pelatih-plkn-lebih-besar-dari-pinajaman-ptptn

Ingat baru ni video dimana Husam Musa mendedahkan mekanisma Pas mahu menghapuskan PTPTN ?. Kenapa mekanisma itu tidak ada pemimpin pembangkang lain yang ikut sebut ? http://www.youtube.com/watch?v=c8c9S0btq9U&feature=player_embedded

TIDAK ADA SATU NILAI ANGKA PUN YANG PEMBANGKANG SEPAKAT UNTUK HAPUSKAN ! Mereka hanya tahu menyalak Hapuskan PTPTN, tapi jika berapa banyak yang mahu dihapuskan itu pun mereka tidak tahu, bagaimana hendak diambil serius cadangan mereka ?

Bila Najib tampil dengan angka RM43 billion, maka pemimpin Pembangkang pun ikut sama bermain dengan angka RM43 billion. Tidakkah jauh tuh 1.2bil atau 4.36bil dibandingkan dengan 43bil ! Langsung tidak dipertikaikan angka RM43billion yang disebut oleh Najib itu.......

Contoh Mat Sabu kata , Jika kerajaan jimat RM45b, tiada masalah mansuh PTPTN. Makna kata, Najib sebutlah berapa ratus billion RM sekalipun, ia tidak akan dipertikaikan oleh pembangkang, cuma mereka akan kata - kita mampu hapuskan !http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9429-jika-jimat-rm45b-setahun-tiada-masalah-mansuh-ptptn

KATAKANLAH kita layan sekejap hujah MatSabu diatas, bukankah segala penjimatan yang beliau dakwa mampu diselamatkan itu juga SEBELUM INI mahu digunakan untuk menghapuskan subsidi ? Duit itu juga yang mahu digunakan untuk mengurangkan harga minyak, harga barangan pengguna, air percuma, dan segala macam pemberian sepertimana terkandung dalam manifesto ?

Kalau semuanya sudah diperuntukkan untuk menghapuskan PTPTN yang hanya menguntungkan sejuta rakyat yang menjadi peminjam PTPTN, bagaimana dengan lebih 26 juta rakyat Malaysia yang lain ?

3 - Kenapa pemimpin Dap tidak ikut serta menuntut penghapusan PTPTN ini ? Sebab bila bermain dengan angka, pemimpin Dap sedar mereka akan hanya membodohkan diri sendiri didepan kaum cina jika mereka turut sama memainkan isu ini ! Ia sama sekali tidak masuk akal. Pendirian mereka adalah sepertimana disebut dalam Buku Jingga diatas.

Hanya golongan terpelajar Melayu saja mudah terpengaruh dengan janji kosong bodoh dari pembangkang.

JELAS isu Penghapusan PTPTN ini cuma mainan politik Pakatan Rakyat saja. MEREKA TIDAK IKHLAS langsung malah mereka sendiri tidak tahu apakebendanya yang mereka mahu hapuskan. Mereka hanya main serkap jarang ..... ternyata isu Hapuskan PTPTN ini berjaya mencuri minat segelintir rakyat, maka mereka pun mainkan terus.

Dan orang Melayu juga yang mudah tertipu dengan janji sebodoh itu ......

Kredit kepada:Din Turtle

No comments: