Friday, July 20, 2012

PAS DAN TAHALUF SIYASI


Nasrudin Hassan Tantawi.

1. PAS tak bersekongkol dgn DAP sebab ianya cuma tahaluf siasi.
2. PAS sedar satu parti tak boleh menang.
3. Negara berkebajikan tidak bertentangan malah bertepatan dengan islam.

Pertanyaan Atuk....

1. PAS tak bersekongkol dgn DAP sebab ianya cuma tahaluf siasi.

Adakah Tahaluf siasi PAS tu mengikut landasan Islam?????????

Pengertian Tahaluf Siyasi

Tahaluf Siyasi membawa makna kerjasama harakah Islam dengan mana-mana pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya. Kerjasama ini boleh terjadi di dalam apa jua bidang yang dipersetujui bersama untuk sama-sama menghadapi musuh yang sama. Tahaluf Siyasi juga kemungkinan boleh berlaku dengan gerakan yang pernah atau berpotensi untuk menentang ideologi harakah Islam. Dalam suasana hari ini, tahaluf siyasi yang dimaksudkan juga termasuk kerjasama dengan golongan bukan Islam untuk menghadapi musuh yang sama.

Ulama-ulama yang mengharamkan Tahaluf Siasi.

Hukum Tahaluf Siyasi

Para ulama haraki khususnya berbeza pandangan mengenai hukum melakukan kerjasama dengan gerakan yang tidak bermatlamatkan perjuangan Islam. Sebahagian daripada mereka dengan tegas menolak langsung sebarang usaha melakukan kerjasama ini serta menghukumkan bahawa kerjasama ini sebagai haram. Di antara mereka ialah Sheikh Muhammad Qutb dan al-Syeikh al-Imam Abu Nasr Muhammad bin Abdullah . Manakala di antara ulama yang mengharuskan tahaluf siyasi ialah Dr Yusuf al-Qaradhawi , Dr Mustoffa al-Tohhan , al-Syeikh Muhammad Ahmad al-Rasyid , Doktor Solah al-Showi dan Doktor Munir Ghahdban .

Dalil-dalil yang dipegang oleh ulama yang mengharamkan tahaluf siyasi ialah seperti berikut :

1. Firman Allah SWT :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ (51) فَتَرَى الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ يُسَارِعُونَ فِيهِمْ يَقُولُونَ نَخْشَى أَنْ تُصِيبَنَا دَائِرَةٌ فَعَسَى اللَّهُ أَنْ يَأْتِيَ بِالْفَتْحِ أَوْ أَمْرٍ مِنْ عِنْدِهِ فَيُصْبِحُوا عَلَى مَا أَسَرُّوا فِي أَنْفُسِهِمْ نَادِمِينَ (52)

Yang bermaksud : Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, Maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Maka kamu akan melihat orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya (orang-orang munafik) bersegera mendekati mereka (Yahudi dan Nasrani), seraya berkata: "Kami takut akan mendapat bencana". Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada Rasul-Nya), atau sesuatu keputusan dari sisi-Nya. Maka kerana itu, mereka menjadi menyesal terhadap apa yang mereka rahasiakan dalam diri mereka.

Syarat Tahaluf Siasi

Harus : berkerjasama dgn bukan islam utk mencapai matlamat yg sama.
Haram : bekerjasama dgn bukan islam dengan menggadaikan perjuangan islam.
Haram : bekerjasama dgn bukan islam utk menentang org islam.

Banyak peristiwa2 org islam menjalin kerjasama serta mendapat perlindungan dari bukan islam di zaman dahulu. Di dalam peristiwa-peristiwa ini, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa menjadi satu keharusan jamaah Islam untuk mendapat perlindungan daripada orang yang bukan Islam demi mencapai matlamat perjuangannya. Namun ia tidaklah sampai kepada peringkat tunduk dan patuh sehingga menggadaikan perjuangannya.

Kesimpulannya :-

Tahaluf siasi ala PAS adalah bertentangan dengan islam kerana :

1. PAS terpaksa menggadaikan perjuangan negara islam dan hududnya hanya semata2 nak menang pilihanraya.
2. PAS melantik ketua2 dari golongan bukan islam yang memang terkenal anti negara islam dan hudud.
3. PAS bersekongkol dengan bukan islam melawan org islam lain yang lebih baik dari bukan islam tersebut.

2. PAS sedar satu parti tak boleh menang.

Adakah kemenangan lebih penting dari mempertahankan maruah perjuangan negara islam dan hudud yang PAS laung2 kan selama ini?

3. Negara berkebajikan tidak bertentangan malah bertepatan dengan islam.

Negara berkebajikan memang bertepatan dengan islam..tapi BUKAN Negara Islam. Ini adalah kerana "kebajikan" adalah satu amalan atau cabang2 di dalam islam. Kebajikan tu terkandung di dalam intipati sebuah negara islam...

No comments: