Monday, May 29, 2017

MALAYSIA ELECTRONIC CORPORATION BHD. (MEC)

SATU LAGI PROJEK MEGA MAHATHIR YG DIA RAHSIAKAN DARI PENGETAHUAN UMUM JUGA BANKRAP.
Ramai anak2 muda jarang dengar cerita ni. Tak banyak info mengenai MEC ni di internet. Pada tahun 90an dulu Tun Mahathir pernah merancang secara besar besaran untuk mengadakan MEC City di kawasan seluas 3000 ekar di Gambang, Pahang. Berjuta2 duit telah dihabiskan utk projek Bandar MEC ni.
MEC dirasmikan Mahathir ada 17Mac 1997.
Asalnya idea Tun nak bina MEC ni adalah kerana masa tu banyak syarikat asing bina kilang elektronik dan pemasangan mereka di Malaysia. Panasonic, Toshiba, SOny, Aiwa dulu kebanyakkannya ada kilang di Malaysia. Yelah masa tu kos buruh kita murah.
Bahasa mudahnya idea Mahathir ni sebenarnya nak "sailang" brand2 luar ni di pasaran Malaysia. So keluarlah brand MEC di pasaran.
Masa tu mula lah dia gunakan sentimen untuk rakyat beli produk dari MEC ni. Dia complain orang kita suka sangat beli brand luar sedangkan local brand pun sama bagus kerana brand2 luarpun dibuat di sini.
Tapi tak lama lepas tu MEC dah bungkus. Bankrupt. Fasiliti yg besar2 dibina ditinggalkan. Jadi hutan simpan. Penagih2 dadah buat port.
Kenapa bungkus? Sebabnya orang tak suka dengan design produk elektrik MEC yg buruk. HARGA PULA lebih mahal dari Panasonic dan brand2 luar yg lain. Simple saja, macam Proton la. Design simple tapi jual mahal. Tu semua idea Mahathir la.
Paling tak boleh hadam, boleh kata kebanyakkan part2 elektronik utk semua produk brand MEC diimport dari luar negara. Maksudnya Kilang MEC hanya jadi "tukang pasang" saja di sini.
Konsep dia macam PROTON juga la. Proton Saga first model tu dulu ramai tak tahu ia adalah klon Mitsubishi Lancer 1985 (refer gambar ke 3). Duit habis kat RND beratus ratus juta. Padahal kerja kita tukar logo saja pun. Yang untung anak menakan dia, jadi kaya dengan hanya supply anti-rust dekat Proton.
Tu pun idea Mahathir juga. Hancurrrr...
Masa tu internet takde, bayangkan masa tu Tok Nenek dan Mak Ayah kita dah guna FB n Google, aku rasa tak sampai 22 tahun dia jadi PM.
FASILITI MEC DISELAMATKAN.
Akhirnya setelah sekian lama bandar MEC Gambang ni jadi hutan simpan, pada tahun 2003, KUKTEM (Universiti Teknikal Awam) telah buat kampus mereka di situ. Penubuhan KUKTEM ini adalah hasil dari cetusan idea Menteri Pendidikan di masa itu.
Setelah lima tahun beroperasi, pihak Kerajaan Malaysia telah mengumumkan pertukaran nama KUKTEM kepada Universiti Malaysia Pahang pada 2007.
Dengan pertukaran ini, nama KUKTEM kini dikenali sebagai UMP. Sekarang ramai anak2 bumiputera dari UMP yg berjaya dah bekerja di syarikat2 gergasi seperti Volvo, BMW, IBM, Technip, Petronas dan sebagainya. Nak tahu siapa Menteri Pendidikan yg cetuskan idea untuk wujudkan UMP dan selamatkan fasiliti MEC dari terus terbengkalai ni?
Beliau adalah Najib Razak.
Nampak tak, banyak tahi2 yg ditinggalkan Mahathir terpaksa dicuci Perdana Menteri2 selepasnya. Tetiba sekarang dia nak jatuhkan semua Perdana Menteri selepas dia.
Makin tua makin tak betul dah Mahathir ni. Sebab apa? Sebab dia dah berkawan dengan DAP.
Share ðŸ’ª
-Tun Carlos


PROTON

Syahir:
Bila saya kata Tun Mahathir kuat drama dekat Twitter semalam banyak yang maki maki saya tak hormat orang tua.
Dalam blog post terakhir Tun, beliau kononnya menangis apabila 49.9% dijual kepada syarikat China, Geely Auto.
Begini ayat Tun: “I am a sissy. I cry even if Malaysians are dry-eyed. My child is lost. And soon my country. Please excuse me,”
“Proton the child of my brain has been sold. It is probably the beginning of the great sell-out. The process is inexorable. No other way can we earn the billions to pay our debts. The only way is to sell our assets. And eventually we will lose our country, a great country no doubt, but owned by others,”
Memang memilukan hati. Hati mana yang tidak tersentuh bila membayangkan Tun, negarawan ulung menangis melihat anak beliau PROTON dijual 49.9% pemilikannya kepada orang asing.
Tapi Tun, 3 tahun lepas Tun yang memulakan perjanjian dengan Geely. Tun terbang ke China dengan Tan Sri Syed Mokhtar semasa Tun masih lagi pengerusi Proton.
Tun juga menyaksikan tandatangan perjanjian awal di antara DRB Hicom dengan Geely pada 2014.
Kenapa 3 tahun lepas Tun tak menitikkan air mata, tak membantah, tak menangis?
Kenapa Tun?
Kami Melayu memang mudah lupa, tapi internet tak pernah lupa.
Terima kasih Tun menjadi contoh teladan yang baik kepada kami anak muda supaya menjadi hipokrit.
Rujukan:
1. Tun M Cries Over Proton Deal With Chinese Firm: The Malay Mail Online: http://m.themalaymailonline.com/…/dr-m-cries-over-proton-de…
2. Mahathir seeks to turn Malaysia's Proton around with Geely's help: Nikkei Asian Review: http://asia.nikkei.com/…/Mahathir-seeks-to-turn-Malaysia-s-…

Ramai daripada anda mungkin tidak tahu tentang apa yang berlaku kepada MV Agusta dan bagaimana RM400 juta telah hilang begitu sahaja. Pada Disember 2004, Proton membeli kepentingan 57.75% dalam MV Agusta pada harga 70 juta euro (RM367.6 juta). Semasa itu penasihat Proton adalah Mahathir.
Mereka kemudian mengumumkan bahawa MV Agusta adalah sebuah syarikat mati. “Sekiranya MV Agusta jatuh ke bankrap, Proton akan tertakluk kepada liabiliti luar jangka berjumlah sehingga sehingga RM923.1 juta,” kata Proton.
Tidak lama selepas itu, MV Agusta dijual pada harga 1 euro (RM4.00), selepas itu orang yang membelinya menjual syarikat itu kepada Harley Davidson pada harga US$109 juta (RM450 juta). Jadi, Proton kerugian hampir RM370 juta dan kemudian ‘rugi’ lagi RM450 juta yang sepatutnya ia boleh memperolehi RM80 juta.
Geely juga memiliki London Taxi Company? Wow, biar betul. Banyak yang Proton kena belajar dari Geely ni..
LI SHUFU, THE BILLIONAIRE FROM CHINA WHO DARED TO BUY PROTON – THE AILING SYMBOL OF MALAY PRIDE
KUALA LUMPUR – Chinese entrepreneur and founder of Geely Automobile, Li Shufu, is the man who dared to buy loss-making national car maker Proton.
After years of dwindling sales and financial losses, it is hoped that finally now, Shufu is the man who would work his “magic”’ in reviving Proton as he did with prestigious Swedish auto maker Volvo.
Given his proven track record in turning round loss-making auto companies, the Malaysian government and Proton’s parent company DRB-Hicom are confident he will herald a new era of growth for Proton.
Yesterday, DRB-Hicom signed an agreement with China-based Zhejiang Geely Holdings Group Ltd for the Chinese car group to acquire 49.9% in the national car maker.
Under the deal, Proton would also dispose its entire stake in British sports carmaker Lotus for 100 million pounds (£1=RM5.57), a move that will enable Proton to cut its losses.
As Geely’s owner, Shufu owns 100% of Volvo, yet many might not be aware that the owner hails from China.
Shufu is rare among today’s many Chinese entrepreneurs for taking on auto manufacturing as it is a sector dominated by state enterprises and multinationals.
He founded Geely in 1986 to build refrigerators and became an automaker in 1997 when he wanted to produce a cheap car for the masses.
Geely Group now has reached 1.3 million car sales in the financial year 2016.
And, Shufu is now reportedly worth a staggering US$7bil.
As an entrepreneur-owner, his almost 50% ownership is a major plus point which Proton would derive from the partnership.
This is because Geely is a “entrepreneur driven” auto company and one of the few left in the world as opposed to car firms owned by state enterprises and multinationals.
As an entrepreneur-owner, there would undoubtedly be a greater sense of personal commitment to ensure that Proton achieves success at the domestic, regional and possibly global levels.
No wonder he is sometimes referred to as the ‘’Henry Ford of China.’’ Before he bought Volvo in 2010, the Swedish car maker owned by Ford then was on the brink of extinction.
He also owns the iconic London taxi Company.
With Geely’s expertise, one can expect new Proton models, transfer of technology, more jobs, auto engineers and bigger orders for parts vendors.
The partnership can also help ramp up production capacity of its under-utilised Tanjung Malim plant to its full annual capacity.
The Chinese firm’’s acquisition of Proton nicely fits into its plans to make its presence felt in South-east Asia for which it has been on the lookout for a manufacturing plant in the region.
Investor sentiment on Geely has been immensely favourable with its share price on the Hong Kong Stock Exchange having risen from HK$3.77 in 2014 to HK$11.50 as of May 22, 2017.
Only time will tell whether Proton would emerge as a formidable automative player again.
Nevertheless, with Shufu and Geely providing solid backing, our very own and much-loved Proton brand now has a real chance of making a comeback, and probably a huge comeback at that
– Bernama

Proton Milik Swasta Lah.. Bukan Kerajaan
SEMALAM Mantan Perdana Menteri yang bersekongkol dengan DAP untuk menjatuhkan kerajaan menyatakan negara kehilangan ikon negara apabila kerajaan menjual 49.9% kepentingan dalam Proton kepada sebuah Syarikat kereta dari China iaitu Geely Holding yang merupakan pemilik Volvo Car Group dari Sweden.
Pertama, penulis ingin menegaskan Proton bukan lagi milik kerajaan apabila pada awal tahun 2012, DRB-Hicom telah membeli kepentingan 42.7% milik khazanah. DRB-Hicom merupakan syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Ini bermakna hala tuju Proton ditentukan sendiri oleh syarikat tersebut.
Kedua, perkara yang perlu difikirkan ialah sampai bila Proton nak bergantung kepada pasaran tempatan. Pada tahun 2016 jumlah keseluruhan kereta Proton terjual hanya sebanyak 65,067. Jauh lebih rendah dari kemampuan jumlah yang boleh dikeluarkan kilang Proton setiap tahun. Untuk bertahan lama, Proton perlu mencari rakan strategik perniagaan bagi membantu mereka keluar dari terus mendapat kerugian serta meningkatkan jualan ke peringkat antarabangsa. Contoh China yang mempunyai pasaran luas (25 juta kenderaan) setahun.
Ketiga, dakwaan Tun Mahathir kononnya kerajaan hendak menggadaikan Proton kepada syarikat luar, terutamanya kepada China sebenarnya tidak timbul dan hanya berniat jahat memburukan kerajaan. Proton kini bukan lagi milik kerajaan dan keputusan ini dibuat oleh Proton sendiri yang merupakan syarikat swasta.
Tun Mahathir perlu faham, langkah ini bukan untuk menggadaikan ikonik negara tetapi untuk mencari peluang membantu Proton membangun secara lebih cekap dan setanding jenama besar dalam industry automobil dunia.

Yang kata PROTON kini bukan lagi kereta Malaysia tak tahukah yang :
Jaguar Land Rover syarikat British dimiliki sepenuhnya Tata Motors syarikat India,
Volvo syarikat Sweden dimiliki Geely syarikat China,
Aston Martin syarikat British dimiliki Daimler syarikat Germany, pelabur Amerika Syarikat dan Kuwait.
Adakah Jaguar Land Rover kini dikenali sebagai kereta India?
Adakah Volvo kini dikenali sebagai kereta China?
Adakah Aston Martin dikenali sebagai kereta Germany, Amerika Syarikat mahupun Kuwait?

Syahir:
PROTON dan Nasionalisme.
Seperti yang dijangka selepas DRB-Hicom menjual 49.9% pemilikan PROTON kepada syarikat automobil China, Geely ada yang akan meraung kerajaan menjual aset negara.
Ada yang menitikkan air mata, kononnya habis aset negara dijual, lepas ni dengan negara-negara sekali kena jual.
Ada yang kata hilang semangat patriotisme, nasionalisme dan segala isme selepas ikon nasional ini dijual kepada orang asing.
Ada yang bising, lepas ni PROTON tidak akan dikenali sebagai kereta nasional tetapi kereta China.
Ada yang tanya kenapa PERODUA boleh untung dan jual lebih banyak kereta tetapi PROTON tak boleh?
Yang meraung ni tak tahu, dah lama kerajaan jual PROTON kepada syarikat persendirian DRB-Hicom tahun 2012. Bila dah jadi milik persendirian adakah ianya dikira sebagai aset negara lagi?
Yang menitikkan air mata ni tak baca, malas membaca atau tak mahu baca? Menjual pegangan 49.9% yang merupakan pegangan minoriti berbanding pegangan saham DRB-Hicom yang masih 50.1% dan majoriti. Beribu-ribu syarikat tempatan termasuk GLC-GLC yang tersenarai di Bursa Malaysia dimiliki syarikat asing dengan pegangan minoriti adakah itu jual negara juga?
Yang hilang semangat patriotisme dan nasionalisme adakah begitu sempit pemikiran menjadikan sesebuah entiti yang rugi ratusan juta setiap tahun dan mengharapkan billion ringgit bantuan kerajaan setiap tahun sebagai simbol untuk membangkitkan patriotisme dan nasionalisme dalam diri?
Yang kata PROTON kini bukan lagi kereta Malaysia tak tahukah Jaguar Land Rover syarikat British dimiliki sepenuhnya Tata Motors syarikat India, Volvo syarikat Sweden dimiliki Geely syarikat China, Aston Martin syarikat British dimiliki Daimler syarikat Germany, pelabur Amerika Syarikat dan Kuwait. Adakah Jaguar Land Rover kini dikenali sebagai kereta India? Adakah Volvo kini dikenali sebagai kereta China? Adakah Aston Martin dikenali sebagai kereta Germany, Amerika Syarikat mahupun Kuwait? PROTON akan kekal menjadi jenama Malaysia. Jaminan telah diberi oleh Menteri Kewangan Ke-II Datuk Seri Johari Abdul Ghani tenaga kerja akan dikekalkan, vendor pembekal akan dikekalkan. Masih risau PROTON jadi jenama China?
Yang tanya pasal PERODUA ni tak tahukah anda 38% saham PERODUA dimiliki oleh syarikat Jepun Daihatsu dan Mitsui? Tak tahukan anda PERODUA adalah syarikat kerjasama strategik antara syarikat Malaysia UMW dan MBM Resources dengan syarikat Daihatsu dan Mitsui sejak 1990an? Syarikat Jepun boleh tapi syarikat China tak boleh? Kenapa tak beri peluang kepada PROTON ikat kerjasama strategik dengan syarikat asing? Siapa tahu PROTON boleh bangkit semula, mencatat keuntungan dan menjadi kereta pilihan pertama rakyat Malaysia semula?
Sebagai seorang yang memandu kereta PROTON saya tak kisah jika PROTON dijual saham minoritinya kepada syarikat asing untuk PROTON lebih berdaya saing dan keluar daripada mengharapkan tongkat daripada kerajaan.
Tidak ada aset negara, ikon negara atau jenama negara yang dijual kepada China. Yang hanya dijual adalah 49.9% saham PROTON daripada sebuah syarikat swasta DRB-Hicom kepada sebuah syarikat swasta asing Geely Auto.
Dah berpuluh tahun PROTON dilindungi oleh kerajaan, pembayar cukai, pembeli kereta di Malaysia melalui dasar protectionism yang melampau seperti duti eksais yang tinggi dikenakan ke atas kereta jenama lain terutamanya import, PROTON pula diberi rebat duti eksais 50%, diberi geran penyelidikan, diberi pinjaman mudah dan pelbagai lagi bantuan kerajaan. Dah tiba masa PROTON berdiri sendiri, bersaing sendiri, jika ia benar-benar mahu menjadi lambang kebanggaan negara.
p.s. Yang bising-bising 49.9% saham PROTON kena jual ni beli PROTON tak? Tahun lepas jualan PROTON jatuh 30%. Ke beli Toyota, Honda, Mazda?


Rozmi Mokhtar:
TUN MAHATHIR, YTL GROUP DAN KEZALIMAN PENGUASAAN IPP YANG RAMAI TIDAK TAHU.
Syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) lahir pada 1996 apabila berlakunya gangguan bekalan elektrik di seluruh negara ketika itu. Ada pihak mendakwa gangguan itu sengaja dilakukan bagi mengizinkan kewujudan IPP.
BAGAIMANAPUN, legasi Penyedia Tenaga Bebas (IPP) Tun Mahathir telah berkubur. Akhirnya IPP ciptaan Mahathir sebagai pembekal tenaga kepada TNB yang dianggap paling kejam di dunia tutup buku.
Perjanjian Power Purchase Agreement (PPA) bersama YTL berusia 21 tahun ditamatkan pada 30hb September 2015 yang lalu. Dan orang yang bertanggungjawab menamatkan perjanjian yang tidak adil kepada TNB itu adalah DS Najib Razak yang Tun Dr. Mahathir bin Mohamad & sekutunya cuba gulingkan sekarang ini.
Ia perjanjian paling kejam kerana TNB dipaksa membeli "Tenaga" dengan harga paling mahal daripada YTL yang menyebabkan Tarif Elektrik di Malaysia mahal dan membebankan rakyat. Ini bermakna YTL selepas ini tidak akan memiliki sebarang IPP lagi di Malaysia.
Bos YTL sebelum ini dalam satu majlis forum pernah dgn angkuh menyatakan kejayaan YTL adalah kerana ia tidak pernah mendapat projek dari kerajaan. Semuanya diperolehi melalui merit dan bidaan di luar negara.
YTL yang merupakan kroni Tun M semasa dia jadi PM memang pembohong besar.
 Apakah IPP bukan projek kerajaan?
 Bagaimana dengan keretapi laju ERL dari KLIA ke KL Central?
 Apakah projek 1Bestarinet yg melibatkan kos hampir RM1 Bilion itu juga bukan projek kerajaan?
(Sekarang terbukti, projek 1Bestarinet gagal terutama untuk sekolah di kawasan pendalaman.)
Semua pihak mengkritik perjanjian (PPA) IPP YTL sebagai paling tidak adil dalam sejarah dunia. Tun M membenarkan syarikat tycoon Cina YTL mengaut "wang percuma" selama 21 tahun.
Tetapi terima kasih Najib Razak kerana berjaya menamatkan kerakusan YTL terhadap TNB dan rakyat dan kesemua ini berlaku melalui #1MDB yang membeli beberapa IPP tersebut.
Dalam perjanjian PPA tersebut TNB dipaksa membeli "tenaga" dari IPP YTL sama ada TNB perlu atau tidak perlu tenaga tersebut atau jika TNB sudah pun mempunyai "lebihan" tenaga. Beli tetap kena beli walaupun tidak digunakan.
Sebab itu perjanjian PPA ciptaan Mahathir itu dianggap paling kejam di dunia. Paling kejam sekali ialah dalam PPA tersebut ada klausa yg mengatakan YTL dijamin dengan kadar harga minyak yang tetap dan tidak berubah.
Bermakna, jika berlaku kenaikan harga petrol, TNB wajib bayar pampasan kepada YTL.
MEMANG KEJAM DAN
LINTAH DARAT !!!!
TS Arne Arope mendedahkan kos sebenar kepada TNB untuk mengeluarkan "tenaga" ialah RM0.08 sen sahaja. Tetapi EPU melalui Mahathir memaksa TNB untuk bayar kepada YTL sebanyak RM0.23 sen.
Akibatnya Arne Arope bersemuka dgn Mahathir dan menyatakan "Sir, your Economic Planning Unit (EPU) sekarang sudah bertukar kepada Economic Plundering Unit. So i will not signing it". Dianggarkan YTL untung RM 1 Bilion setahun untuk selama 19 tahun.
Apakah Tun M buta terhadap perkara ini?
1 Oktober 2015 sepatutnya hari terakhir jalinan kontrak antara TNB dan YTL. Matlamat awal Najib sekiranya apa yg dirancang menerusi 1MDB berjalan lancar maka TNB akan tidak lagi sambung lesen YTL Energy. Namun, gara-gara reputasi 1MDB yang teruk tercalar angkara musuh kerajaan, di dalam dan di luar menyebabkan 1MDB dan Najib Razak terpaksa membatalkan perancangannya itu, dan hanya menumpukan kontrak-kontrak dari luar Malaysia.
Mengikut laporan terkini, hanya 3 syarikat yang membida untuk mendapatkan lesen dari TNB, antaranya sudah tentulah YTL Energy, MALAKOFF dan sebuah lagi syarikat..seperti dijangka dan seperti yg dikehendaki oleh ramai musuh Najib dan kerajaan, YTL berjaya memenangi bidaan untuk kontrak sementara..
SUMBER lain pula menyatakan bahawa IPP diwujudkan sebagai usaha menjaga kroni Mahathir dengan berselindung di sebalik gangguan bekalan elektrik pada 1996.
Namun tindakan Najib Razak menghapuskan subsidi untuk IPP itu telah menyebabkan kroni-kroni belaan Mahathir 'naik minyak'.
Mereka kemudiannya telah menghasut agar mantan Perdana Menteri itu mengunakan seribu satu cara untuk memastikan Najib 'disingkirkan' agar pendekatan dan sistem lama yang digunapakai sebelum ini dapat dikembalikan.
Ini kerana tindakan 'berani mati' yang dilakukan Najib Razak untuk menyelamatkan kewangan negara dari terus mengalir kepada golongan yang tidak sepatutnya itu telah menyebabkan mereka kehilangan 'saluran kewangan'.
Atas sebab itu 'gerakan' perlu dilakukan agar Najib Razak berundur dan individu yang paling layak melaksanakan tugas tersebut ialah Mahathir.
Dengan populariti yang ada pada Mahathir ditambah dengan 'jasa' beliau mentadbir negara selama 22 tahun, rakyat sudah pasti akan percaya bulat-bulat apa yang keluar dari mulutnya.
Ditambah dengan ayat-ayat manis Mahathir 'saya lakukan ini untuk rakyat dan negara' sudah pasti masyarakat akan menelan bulat-bulat setiap butir perkataan yang keluar.
Sedangkan pada hakikatnya semua tindakan yang dilakukan oleh Mahathir ini adalah untuk menjaga 'periuk nasi' kroninya dan bukannya untuk rakyat.
Al Fatihah untuk Tan Sri Ani Arope


Proton, Tun Mahathir, Syed Mokhtar dan Kerajaan
1. Proton bermula sebagai salah satu pemacu agenda nasional - Dasar Perindustrian Berat Negara. Malaysia merancang untuk menjadi salah satu "pemain" industri berat dunia.
2. Bersama Hicom, Proton, Perwaja dan beberapa lagi industri berkaitan, kerajaan memberi tumpuan khusus kepada usaha ini dalam Rancangan Malaysia Keempat, Kelima dan Keenam. Ini termasuk pengswastaan Airod pada 1985.
3. Malangnya, selepas lebih 20 tahun semua ini terhakis dan runtuh sedikit demi sedikit kerana perubahan zaman dan cabaran yang berlainan dalam industri berat.
4. Selepas Perwaja, Proton menampakkan tanda-tanda akan tewas. Selepas lebih 30 tahun, pasaran Proton tidak pernah berkembang melampaui sempadan Malaysia.
5. Pelbagai usaha dan pelaburan telah dilakukan oleh Kerajaan sejak zaman Tun Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato Sri Mohd Najib Tun Razak.
6. Dari penggubalan dasar sehinggalah kepada pembelian Lotus dan MV Augusta. Kedua-dua pembelian ini meningkatkan nama Malaysia dan imej Proton. Malangnya, ia tidak diterjemahkan kepada satu-satunya perkara terpenting dalam Proton iaitu jualan kereta.
7. Maka pembelian MV Augusta dan Lotus menjadi satu pembaziran apabila ia tidak memberi apa-apa manfaat kepada kemajuan perniagaan Proton. Proton sebelum pembelian dan selepas sekian lama menguasai Lotus masih tidak dapat keluar dari kepompong pasaran Malaysia sahaja.
8. Dari Perdana Menteri seorang doktor, kemudiannya ulama dan sekarang lulusan ekonomi, Proton hanya statik dalam ruang lingkup yang sama.
9. Dari segi perniagaan automotif, Proton tidak mempunyai satu pasaran yang mencukupi untuk melaburkan wang berbilion ringgit untuk R&D sahaja.
---- Kerajaan Jual Ikon Nasionalisme?----
10. Menurut Tun Mahathir Proton adalah satu lambang nasionalisme. Betul. Namun ia hanyalah nasionalisme kebendaan yang boleh ditukar ganti.
11. Jika suatu masa dulu kita bangga dengan Menara Kuala Lumpur, kemudiannya KLCC dan kemudiannya Putrajaya. Suatu masa dahulu Stadium Merdeka satu kebanggan, hari ini Stadium Nasional Bukit Jalil adalah ikon nasionalisme sukan yang baru.
12. Jika suatu masa dahulu lagu Negaraku rentak ala "Terang Bulan" adalah simbol nasionalisme negara, Tun Mahathir menukar lagu tersebut kepada rentak lebih bersemangat pada 2003.
13. Nasionalisme adalah proses cinta dan sayang kepada negara. Proton, lagu, simbol hanyalah alat ke arah mewujudkan perasaan tersebut. Justeru penjualan sebahagian saham Proton tidak seharusnya dianggap sebagai penjualan nasionalisme.
--- Berlaku Adillah Kepada Syed Mokhtar ---
14. Apabila Tun Mahathir mendakwa Kerajaan menjual Proton ia adalah satu kenyataan yang "mislead". Penjualan Proton adalah keputusan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari.
15. Kerajaan hanya terbabit dalam rundingan dan urusniaga ini kerana mempunyai "Golden Share" sebagai timbal balas "soft loan" yang diberikan.
16. Namun Proton adalah milik Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari. Maka Kerajaan perlu berlaku adil kepada Syed Mokhtar untuk menguruskan perniagaannya.
17. Dari seorang konglomerat yang stabil dan mapan, Syed Mokhtar bakal terseret dalam krisis kewangan serius selepas mengambil alih Proton. Dianggar beliau kerugian sekitar RM 2.5 bilion sejak mengambil alih Proton.
18. Justeru Tun dan penyokongnya harus berlaku adil kepada Kerajaan dan Syed Mokhtar. Ini soal perniagaan. Lalu ia harus diuruskan dalam konteks perniagaan bukan emosi berasaskan nasionalisme "artificial".
Ab Jalil Backer


Friday, May 12, 2017

Pembangunan Bandar Malaysia Tidak Dihentikan



1. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Pembatalan perjanjian jualan saham (SSA) Bandar Malaysia tidak mengugat rancangan jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan membangunkan Bandar Malaysia.
2. Kerajaan akan mempelawa syarikat-syarikat tempatan dan luar negara yang mempunyai pelan lebih menarik dan komprehensif untuk menjadi pemaju utama bagi projek pembangunan Bandar Malaysia.
3. Pada Rabu lalu, TRX City Sdn Bhd mengumumkan SSA Bandar Malaysia dengan Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) & China Railway Engineering Corperation (M) Sdn Bhd (CREC) membabitkan 60% modal terbitan dan berbayar lBandar Malaysia Sdn Bhd, terbatal berikutan kegagalan pihak pembeli menunaikan tanggungjawab pembayaran.
4. Dilaporkan konsortium IWH-CREC Sdn Bhd gagal membayar RM7.42 bilion untuk pegangan saham 60% walaupun beberapa kali penangguhan diberikan sejak Disember 2015.
5. Menurut TRX City, Kementerian Kewangan akan terus mengekalkan pegangan 100% hak di dalam Bandar Malaysia dan akan memastikan pembangunan aset hartanah itu benar-benar memberi faedah kepada rakyat Malaysia.
6. Bandar Malaysia berpotensi sebagai pemangkin baru untuk Kuala Lumpur dan negara, penting jika pembangunan projek itu tidak dilaksanakan secara terburu-buru tambahan pula Bandar Malaysia dijamin akan menjadi sebahagian hartanah yang terbaik pernah dimajukan di Malaysia kerana sebahagiannya disebabkan terminal keretapi laju (HSR) ini akan bermula dari Bandar Malaysia.

Hutang 1MDB, Ringgit dan Ekonomi

Syahir:
Apabila IPIC dan 1MDB bersetuju untuk tidak meneruskan proses timbangtara melalui London Court of International Arbitration tentang pertikaian RM6.5 billion banyak pemimpin pembangkang yang mempertikaikan keputusan tersebut.
Tony Pua mengatakan bahawa kerajaan/pembayar cukai akan terpaksa membayar dua kali jumlah hutang 1MDB hasil daripada penyelesaian di luar mahkamah oleh 1MDB dengan IPIC.
Logiknya kalau kerajaan terpaksa membayar dua kali jumlah hutang 1MDB yang menjadi pertikaian iaitu US$3.5 billion, maka perbelanjaan kerajaan akan meningkat, defisit fiskal kerajaan akan meningkat dan hutang kerajaan akan meningkat.
Kebiasaannya jika pelabur menjangka kerajaan terpaksa meningkatkan perbelanjaan, defisit dan hutang, mereka akan menjual pegangan bon atau sekuriti kerajaan dan harga bon kerajaan Malaysia akan menurun (yield akan meningkat).
Tetapi sebaliknya berlaku sejak penyelesaian di luar mahkamah itu diumumkan pada 25 April 2017, yield bon kerajaan menurun (harga bon kerajaan meningkat). Atau dengan erti kata yang lain lebih banyak pelabur membeli bon kerajaan.
Dalam masa yang sama juga Ringgit merupakan matawang terbaik di Asia pada bulan April mencatatkan kenaikan 1.5% berbanding US Dollar lebih tinggi daripada mana-mana matawang Asia yang lain.
Singapore Dollar menyusut berbanding Ringgit dan mencecah paras terendah bagi tahun 2017.
Ini membuktikan bahawa pelabur tahu bahawa kerajaan tidak akan terlibat membayar hutang 1MDB dengan menambah perbelanjaan atau hutang kerajaan.
Ringgit meningkat berbanding US Dollar secara slow and steady sejak kebelakangan ini. Malaysia tidak perlukan Ringgit untuk mengukuh secara mendadak kerana harga minyak mentah dunia masih di paras 50% lebih rendah daripada harga sebelum ia jatuh pada 2014.
Lebih baik peningkatan Ringgit berbanding US Dollar ini berlaku secara perlahan dan mengikut fundamental ekonomi yang sebenar.
Malaysian Institute of Economic Research (MIER) juga meletakkan Ringgit pada paras 4.20 sebagai nilai saksama/fair value. Maksudnya Ringgit masih undervalued dan sepatutnya berada pada paras 4.20.
Sudah masuk tahun ke-3 Ringgit atau USDMYR melebihi paras 4.00 tetapi ekonomi Malaysia masih berkembang, eksport Malaysia terus berkembang pesat, gaji pekerja di Malaysia juga meningkat. Tidak ada berlaku kegawatan atau kemelesetan ekonomi atau negara bankrap seperti yang diramal oleh sesetengah ahli politik dan "pakar-pakar ekonomi" di dalam media sosial.
Lebih baik percaya dengan trend pasaran, keyakinan pelabur dan petunjuk ekonomi sebenar daripada percaya pakar ekonomi mee segera.
Rujukan:
1. 1MDB and IPIC reach agreement over US dollar bonds: The Star:http://www.thestar.com.my/…/1mdb-and-ipic-reach-agreement…/…
2. Settlement shows Malaysians will pay double what 1MDB owes: Malaysiakini: https://www.malaysiakini.com/news/380192#ixzz4gTH7yuYR
3. Malaysia Government Securities Historical Yields: BNM Bond Info:http://bondinfo.bnm.gov.my/portal/server.pt…
4. Peso and Ringgit Finally Flourish and Spur Equity Gains: Bloomberg:https://www.bloomberg.com/…/battered-ringgit-and-peso-final…
5. Singdollar at lowest this year against ringgit: Today Online:http://www.todayonline.com/…/singdollar-lowest-year-against…






Padah apabila "burung terbang, dipipiskan lada"

Bapa saudara saya, Abu Jahal (bukan nama sebenar) keluar UMNO dan masuk parti bunga atas 3 sebab:
1. yakin DS Najib mencuri duit 1MDB
2. yakin DS Najib mencuri duit SRC
3. mahu mencari parti yang seperti UMNO yang asal
Semalam sewaktu sambutan ulangtahun ke-71 UMNO, 7 dekad UMNO memperjuangkan Bangsa, dia meroyan macam orang gila talak atas 4 sebab:
1. terbukti wang 1MDB tidak dicuri oleh DS Najib dan tidak hilang seperti yang didakwa oleh Mahathir dan Muhyiddin. (1) PetroSaudi sahkan duit dari 1MDB masuk ke dalam syarikat tersebut dan subsidiarinya, telah dipulangkan bersama keuntungan dan 1MDB dan Malaysia tidak berhutang apa-apa lagi dengan PetroSaudi. (2) 1MDB dan DS Najib tidak didakwa di mana-mana mahkamah di dunia, malah 1MDB tidak pernah dipanggil oleh Peguam Negara Singapura sebagai saksi pendakwa sejak awal perbicaraan bagi mengesahkan duit yang dicuri adalah duit 1MDB. (3) IPIC bersetuju menyelesaikan pertikaian secara luar mahkamah dan mengakui hakikat ia ada menjamin aset dan hutang 1MDB serta ada entitinya menerima bayaran dari 1MDB.
2. Rafizi Ramli mengesahkan Mahathir dan Muhyiddin menipu mengenai wang SRC yang didakwa masuk akaun peribadi DS Najib. Carta aliran asal WSJ, Mahathir dan Muhyiddin adalah wang dari SRC masuk akaun Gandingan mentari masuk akaun Ihsan Perdana dan masuk akaun DS Najib. Rafizi pula menunjukkan carta aliran dari "SPRM insider" wang duit dari SRC masuk akaun Gandingan Mentari masuk akaun Ihsan Perdana dikeluarkan dalam bentuk cek kepada Mail Global Resources dan bukan kepada akaun peribadi DS Najib. Sekaligus is mengesahkan, tindakan Peguam Negara TS Apandi tidak membuat pendakwaan adalah betul kerana tiada bukti yang boleh mengaitkan DS Najib dengan salah laku dan wang SRC.
3. Menyesal keluar UMNO untuk mencari UMNO yang asal, yang memperjuangkan Agama dan Bangsa, tetapi akhirnya jumpa parti bunga yang bukan saja menyimpang dari perjuangan UMNO yang asal malah menjadi penjilat kepada Dap, yang menganut sosialisme, sekularisme, liberalisme dan tidak ada dalam perlembagaan Dap peruntukan untuk memperjuangkan Agama dan Bangsa. Dia terasa bodohnya kerana baru sedar, tak mungkin jumpa UMNO yang asal jika bekerjasama dengan parti sekular Dap ataupun parti yang matlamat asalnya untuk membebaskan Anwar Ibrahim dan menjadikannya Perdana Menteri.
4. Dengki sebab tak dapat menyambut ulangtahun parti bunga macam UMNO sambut, sebab umur Parti Penyamun Bersatu Malaysia (PPBM) pun tak sampai setahun lagi.
Kepada bapa saudara saya, Abu Jahal dan ahli parti bunga yang dah mula menyesal ni, saya ada 2 perkara saja nak cakap:
1. ingatan orang tua-tua, "burung terbang, dipipiskan lada, dengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan, sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya..."
2. manusia jika dia boleh khianati perjuangan Agama dan Bangsa ni adalah manusia yang paling tidak boleh dipercayai, kalau perjuangan pun dia boleh khianati, apa lagi kawan dan saudara mara.
TUN FAISAL ISMAIL AZIZ

Tuesday, May 2, 2017

MENJAWAB PERSOALAN MAHATHIR

Oleh Lim Sian See
Saya rasa saya perlu ‘membantu’ Tun Mahathir Mohamad bagi menjawab persoalan yang diutarakan beliau melalui tulisannya bertajuk ‘1MDB Keluar daripada Perniagaan Tenaga.‘
Saya faham mengapa Tun M keliru kerana hanya lima bulan lalu, beliau juga menulis di blog yang sama: “Siapa yang mahu memiliki janakuasa mahal dan tidak untung” dan menulis: “jika 1MDB menunggu lesennya luput, ia tidak lagi bernilai.”
Oleh itu, saya boleh bayangkan Tun M terkejut apabila mendapati ramai pembida mahu membida RM17.3 billion untuk janakuasa yang pernah dilabelkan sebagai ‘tiada nilai’ dan ‘besi buruk’. Dan sebuah syarikat turut menandatangani untuk membelinya juga.
Dan sebelum saya habis menulis artikel ini, 1MDB telah mengeluarkan satu kenyataan media untuk membantu Tun M (yang kini sudah berusia 90 tahun) menjawab ‘soalan aslinya’. Adalah afdal anda membacanya:
Kenyataan Media 1Malaysia Development Berhad
Dikeluarkan pada 29 November 2015
Penjualan Edra: Penjelasan terhadap tuduhan palsu Tun Dr Mahathir
1MDB merujuk kepada pautan blog berkaitan penjualan Edra yang ditulis YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, seorang ahli politik yang sudah bersara, yang masih gagal dalam pelbagai usahanya bagi mempolitikkan isu 1MDB.
Kami kesal dengan tindakan Tun Mahathir yang masih berdegil mahu mengeluarkan kenyataan tidak tepat dan salah berkaitan 1MDB yang kemudiannya dipetik oleh portal dalam talian secara tidak bertanggungjawab, tanpa analisa dan pertanyaan.
Melalui penjualan Edra kepada Kumpulan CGN, berdasarkan kepada penyataan kewangan Edra pada 31 March 2015, 1MDB akan menerima untuk ekuitinya, TUNAI sebanyak RM9.83 bilion.
Selain itu, CGN akan mengambil alih hutang dalam aset operasi Edra berjumlah RM7.43 bilion.
Selaras dengan itu, melalui penerimaan tunai dan pemindahan hutang, 1MDB akan dapat mengurangkan hutang sehingga RM17 bilion, sejajar dengan unjuran pengurangan antara RM16 bilion hingga RM18 bilion mengikut pelan rasionalisasi.
Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda, sudah menjelaskan secara terperinci fakta ini, yang turut dilaporkan di media minggu lalu.
(Lim Sian See: Untuk penjelasan terperinci, 1MDB TIDAK membayar RM18 bilion tunai untuk membeli semua penjana kuasa bebas (IPP). 1MDB sebaliknya membayar RM12.05 bilion iaitu:
RM8.5 bilion untuk Powertek dimiliki Ananda Krishnan
RM2.35 bilion untuk Genting
RM1.2 bilion untuk Jimah
Menyerap RM4.92 bilion hutang legasi
Ia menjadikan jumlah nilai pembelian adalah RM16.97 bilion.
Justeru, propaganda bahawa 1MDB membeli pada harga RM18 bilion dan menjual pada RM9.83 bilion adalah salah!
Adalah penting untuk menjelaskan yang hutang sehingga RM17 bilion berjaya dikurangkan dan melepasi tunai RM2 bilion dividen yang diterima 1MDB daripada aset janakuasa terbabit ketika pemilikannya.
BALIK MODAL
Ia dengan jelas, 1MDB sudah ‘balik modal’ daripada pelaburannya, melalui penawaran tender terbuka antarabangsa, biarpun terpaksa menjual aset bernilai itu ketika serangan serta tuduhan palsu daripada pembangkang dan ketua parti pembangkang, Tun Mahathir sendiri.
Jika Tun Mahathir membaca Note 29 (v) pernyataan kewangan 1MDB bertarikh 31 April 2014 yang boleh diakses oleh orang awam, beliau akan menyedari yang hutang 1MDB berjumlah RM42 bilion adalah:
RM19.82 bilion adalah dalam nilai Ringgit Malaysia
RM22 bilion adalah dalam nilai Dolar Amerika
Maka, melalui pengiraan PALING MUDAH, 1MDB memiliki wang yang mencukupi untuk melangsaikan hutang dalam demonisasi Ringgit hasil wang tunai daripada penjualan Edra berjumlah RM9.83 bilion.
Manakala bagi hutang dalam demonisasi Dolar Amerika pula sebagaimana kebimbangan Tun Mahathir, berdasarkan dokumen perjanjian dimeterai dengan IPIC pada 28 Mei 2015, ia adalah hasrat 1MDB menjadikan bon jaminan IPIC RM3.5 bilion akan diselesaikan melalui ‘pertukaran hutang kepada aset’ dengan IPIC. Ia membolehkan 1MDB memindahkan kepada IPIC asetnya mencakupi tunai dalam demonisasi Dolar Amerika dan unit dana, dan sebagai pulangannya, IPIC mengambil alih USD3 bilion yang dijaminnya.
(Lim Sian See: Secara asasnya, ia bermakna 1MDB sudah mengikat matawang asingnya dengan menyimpan aset dalam demoninasi Dolar Amerika bagi diselaraskan dengan hutang dalam matawang itu. Malah, jika 1MDB tunduk kepada tekanan politik daripada Rafizi Ramli dan Tony Pua apabila mereka mula menyerang 1MDB sebelum Pilihanraya Umum 2013 bagi membawa pulang USD2.32 bilion daripada Cayman, ia akan menyebabkan kerugian besar bersandarkan pertukaran matawang melibatkan jumlah RM3 bilion kerana 1MDB terpaksa melangsaikan bon 10 tahun dan kos faedah dan terpaksa ditukarkan semula kepada Dolar Amerika).
2013 USD1=RM2.96 maka USD2.32b = RM6.86 billion
Sekarang: USD1=RM4.25 maka USD2.32b = RM9.86 billion
Adakah Rafizi dan Tony menggantikan kerugian ini jika 1MDB tunduk kepada desakan politik mereka?
Tun Mahathir juga secara sengaja menulis dengan tidak menyebut tarif IPP untuk aset Edra sudah ditetapkan bagi tempoh hayat perjanjian pembelian tenaga (PPA). Secara purata berdasarkan PPA bagi janakuasa Edra, ia adalah bagi tempoh 10 tahun akan datang. Maka, tiada persoalan sama ada tarif IPP akan dinaikkan sepanjang tempoh hayat PPA, biarpun bertukar pemilik.
Tun Mahathir berterusan mengelirukan rakyat dengan kenyataan palsu. Yang paling popular ialah kenyataannya: “RM42 bilion hilang daripada 1MDB.”
Penjualan aset operasi Edra, dengan pengurangan hutang sehingga RM17 bilion, jelas menunjukkan Tun Mahathir berterusan menjadi tidak relevan.
Yang kedua, Tun Mahathir berterusan dan berulang-ulang menyebut wang RM2.6 bilion dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah daripada 1MDB walhal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mengeluarkan tiga kenyataan, TIADA DANA daripada 1MDB masuk ke dalam akaun Perdana Menteri.
1MDB meminta Tun Mahathir untuk menggunakan fakta dan angka yang benar bagi menyokong persoalannya dan berhenti mengelirukan serta menyerang 1MDB. Kami juga menggesa media dalam talian untuk menganalisa secara teliti dan menggunakan analisa kritikal sebelum menyiarkan kenyataan mengelirukan dan salah daripada bekas ahli politik dan sudah bersara ini.
Itu dia kenyataannya. Persoalan Tun Mahathir mengenai Edra sudah diperjelaskan secara terperinci oleh 1MDB.
SEJARAH PERJANJIAN KONSESI
Mengungkap kembali sejarah, kefahaman Tun Mahathir terhadap perjanjian konsesi IPP sangat rendah, justeru mengakibatkan perjanjian konsesi yang dimeterai ketika zaman Tun Mahathir adalah sangat berat sebelah kepada IPP.
Pembangkang sudah menyerang kerajaan mengenai perjanjian berat sebelah ini dan menuduh kerajaan kehilangan beratus bilion ringgit sepanjang dua dekad dan ditanggung Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan rakyat Malaysia yang membayar bil elektrik.
Ia termasuk subsidi gas berjumlah RM19 bilion setiap tahun.
Saya pasti anda sudah melihat foto di atas kerana ia tersebar luas pada masa lalu. Pembangkang sudah lama menuduh pemilik IPP sebagai kroni kepada Tun Mahathir iaitu kumpulan empat – Ananda Krishnan, Genting, YTL dan Syed Mokhtar.
Sejak 2011, Najib sudah memastikan 1MDB membeli IPP milik Ananda Krishnan dan Genting, supaya kita semua dapat menyingkir mereka daripada terus menjadi lintah darat.
Dan pada 2012, kerajaan di bawah pimpinan Najib juga menghentikan konsep rundingan terus yang diamalkan Tun Mahathir ketika eranya bagi perjanjian IPP dan memulakan proses tender terbuka.
Proses tender terbuka ini menyebabkan konsesi YTL tidak diperbaharui manakala kesemua kadar tenaga berada pada paras digit tunggal berbanding perolehan digit berganda pada zaman Tun Mahathir yang sekaligus menghapuskan perjanjian mewah dinikmati IPP Malakoff dimiliki Syed Mokhtar yang dimeterai pada zaman Tun Mahathir.
Melalui usaha kerajaan diterajui Najib, foto di atas memaparkan kumpulan empat menjadi sebahagian daripada sejarah (hitam) Malaysia.
SAYA DAN KABINET BODOH – MAHATHIR
Malah, Tun Mahathir bukan sahaja tidak memahami perjanjian konsesi IPP, perjanjian tol juga turut menerima akibatnya dan rakyat menjadi mangsa.
Ini diakui sendiri Tun Mahathir melalui blognya pada Januari 2007:
MAHATHIR ADMITS STUPIDITY
“Acknowledging that the government during his time may have erred in signing the toll concession agreements, Tun Mahathir urged the present government to be more careful before agreeing to toll hikes.
“This is one of thing that we need to correct. What you have is a cabinet which is not very knowledgeable all the time because it is not made up of experts but politicians (and) some politicians like myself can sometimes be stupid,” he said when told by reporters that all the five tolled expressways were constructed during his 22-year tenure as prime minister.
Mahathir said the agreements were drafted by officers and submitted to the cabinet and usually the small prints are not there.
“The cabinet merely gave approvals in principle and never really studied the implications in some parts of the agreements.”
“Mengakui pentadbiran pada zamannya melakukan kesilapan dalam perjanjian konsesi tol, Tun Mahathir menggesa kerajaan hari ini untuk lebih teliti sebelum mempersetujui kenaikan kadar tol.
“Ini adalah salah satu yang perlu diperbetulkan. Apa yang ada ada dalam barisan kabinet bukanlah mereka yang berpengetahuan kerana mereka bukanlah barisan pakar tetapi ahli politik dan sesetengah ahli politik seperti saya kadangkala bodoh,” katanya apabila diberitahu wartawan yang lima lebuhraya bertol dibina ketika pemerintahannya selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri.
“Mahathir berkata perjanjian didraf oleh pegawainya dan dikemukakan kepada kabinet dan lazimnya perinciannya tiada di situ.
“Kabinet hanya memberikan kelulusan secara prinsipal dan tidak membacanya secara teliti akan implikasinya pada perjanjian tersebut.”
Sebagaimana disebut Tun Mahathir ini, beliau dan barisan kabinetnya sebagai bodoh (itu diakui sendiri Tun Mahathir) dan tidak membaca perjanjian konsesi tol sebaiknya sebelum menandatanganinya.
Tun Mahathir kemudiannya menasihatkan kerajaan selepasnya untuk tidak bertindak bodoh seperti beliau dan lebih teliti dalam menandatangani perjanjian konsesi pada masa akan datang.
Bagaimanapun, Tun Mahathir tidak mengeluarkan kenyataan bagaimana kerajaan hari ini perlu menyelesaikan perjanjian bodoh dimeterai pada zamannya tanpa perlu membayar pampasan jika melanggar perjanjian terbabit.
Pada Oktober 2010, Najib telah mengarahkan Khazanah Nasional untuk membeli semula pengendali lebuhraya tol terbesar di negara ini – Lebuhraya Plus daripada syarikat kroni Tun Mahathir dan kini, 51 peratus dimiliki Kementerian Kewangan dan 49 peratus dipegang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) maka apa jua kenaikan pada kadar tol akan dikembalikan kepada kerajaan dan rakyat dan BUKAN LAGI masuk ke poket syarikat persendirian yang terdiri daripada kroni Tun Mahathir.
khazanah beli plus
Melalui pembelian ini, kerajaan boleh melakukan rundingan semula dan menghalang kenaikan kadar tol tanpa membayar pampasan, sekaligus menghentikan kenaikan tol pada semua lebuhraya Plus ini.
Walaupun masalah perjanjian berat sebelah terbesar berjaya diselesaikan Najib bagi mengurangkan beban rakyat, masih terdapat sedozen lagi pengendali lebuhraya dengan perjanjian berat sebelah yang tidak diselesaikan lagi, terima kasih kepada Tun Mahathir dan kabinetnya yang ‘bodoh’ kerana tidak memahami atau membaca dengan teliti perjanjian konsesi tol sebelum memeterainya.
Bagi persoalan Tun Mahathir mengenai China menjamin keluar 1MDB dengan membeli Edra, negara yang kononnya ‘menjamin keluar’ 1MDB Edra adalah negara yang sama menjamin keluar Perwaja Steel pada zaman Tun Mahathir.
mahathir perwaja
Tiada siapa pun merungut apabila ‘sektor strategik’ syarikat keluli negara dijamin keluar oleh China pada Julai lalu?
Tun Mahathir pun tiba-tiba berdiam diri.
Atau adakah anda mahu katakan keluli bukan sektor strategik? Jika tidak, mengapa mengeluarkan wang berpuluh bilion ringgit membinanya pada zaman Tun Mahathir dan berterusan menjamin keluar dari masa ke semasa?
Pada kes Edra, sekurang-kurangnya kerajaan memperolehi semula wangnya.
Pada kes Perwaja pula, kesemua puluhan bilion Ringgit, ‘habuk pun tak ada’, tak pernah dapat semula.
Jika 1MDB tidak menjual, anda akan katakan hutang 1MDB terlalu banyak dan RM42 bilion lesap.
Jika 1MDB jual pada harga murah, anda akan katakan 1MDB bodoh dan rugi banyak wang.
Jika 1MDB jual pada harga mahal, anda akan katakan ‘ada udang disebalik batu.’
Jika 1MDB jual pada syarikat milik kerajaan, anda akan kata ‘ini bail-out’.
Jika 1MDB jual pada syarikat asing, anda akan kata ‘oh ini jual negara.’
Bagi mengelak rungutan terlalu banyak, mungkin Tun Mahathir, Rafizi dan Tony patut beritahu dan umumkan pada dunia, hendak jual atau tidak, dijual pada harga apa dan dijual pada siapa, atau mungkin jual balik kepada Genting, YTL dan Ananda Krishnan.
Dan selepas itu, 1MDB patut ikut sahaja apa jua arahan bodoh mereka dan tidak perlu lebih bijak seperti memaksimakan nilai aset melalui penawaran tender terbuka antarabangsa.
Sebenarnya, jika Tun Mahathir masih lagi Perdana Menteri, kita belum tentu berpeluang berbicara sama ada 1MDB peroleh pendapatan, rugi atau balik modal bagi penjualan Edra. Berdasarkan rekod Tun Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri, IPP Edra akan mempunyai perjanjian sampai kiamat, semuanya dengan keuntungan berlipat kali ganda masuk ke poket kroni, kadar berganda dan menekan rakyat.
AUTHOR
My Nation News Malaysia

MENJAWAB PERSOALAN MUHYIDDIN

MENJAWAB ANDAIAN DAN SOALAN DANGKAL TS MUHYIDDIN MENGENAI PENYELESAIAN PERTIKAIAN IPIC-MDB.
Mohd Puad Zarkashi
MT UMNO
Membaca kenyataan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuatkan kita tertanya-tanya adakah tahap kefahaman seorang Presiden parti begitu cetek sehingga beliau mengeluarkan sejumlah kenyataan dan persoalan yang dangkal dan kurang cerdik?
2. Andaian Dangkal 1
"Persetujuan 1MDB untuk membuat bayaran kepada IPIC jelas menunjukkan bahawa syarikat itu mengaku telah membuat bayaran yang salah kepada satu syarikat yang tiada kaitan langsung dengan IPIC."
Jawapan
Tiada sebarang pernyataan dalam butiran persetujuan penyelasaian timbang tara antara IPIC-1MDB yang menyebut 1MDB mengaku telah membuat bayaran yang salah kepada syarikat yang tiada kaitan langsung dengan IPIC.
Sehingga hari ini 1MDB tetap berpegang teguh kepada pendirian bahawa ia telah membayar kepada syarikat yang mempunyai kaitan dengan IPIC dan Aabar Investment PJS.
Pembayaran kepada IPIC adalah pemulangan semula AS$1.2 bilion (yang disebut sebagai RM5.28 bilion dalam fitnah Muhyiddin) yang dibayar oleh IPIC kepada 1MDB pada tahun 2015 untuk menyeimbangkan penyata aset-liabiliti dan bayaran faedah bon 1MDB yang terpaksa dibuat oleh IPIC apabila 1MDB enggan membayarnya pada tahun 2016.
3. Soalan Dangkal 1
"Mengapakah pembayaran sebesar ini dibuat kepada sebuah syarikat yang palsu?"
Jawapan
1MDB tidak membuat pembayaran kepada syarikat palsu. Syarikat Aabar BVI wujud dan adalah syarikat kepunyaan Aabar PJS dan IPIC. Pengarah Syarikat Aabar BVI adalah Khadem Al Qubaisi, iaitu Pengarah Urusan IPIC dan Pengerusi Aabar PJS, dan Mohamed Badawy, iaitu Ketua Pengarah Eksekutif Aabar PJS)
4. Soalan Dangkal 2
"Mengapakah tidak ada satu pun tindakan diambil kepada mana-mana pihak yang bertanggungjawab yang telah membuat pembayaran yang salah ini?"
Jawapan
Seperti yang dinyatakan, 1MDB tidak membuat pembayaran yang salah. Pembayaran tersebut dibuat menurut arahan Khadem Al Qubaisi dan Mohamed Badawy, kepada syarikat Aabar BVI, sebuah syarikat kepunyaan Aabar PJS dan IPIC.
IPIC telah mengambil tindakan memecat Khadem Al-Qubaisy dan Muhammad Al Badawi. Pihak berkuasa Abu Dhabi juga telah menahan dan membekukan aset mereka.
Sepatutnya IPIC dan kerajaan Abu Dhabi yang membawa Khadem dan Muhammad ke muka pengadilan, bukan pihak berkuasa Malaysia.
5. Soalan Dangkal 3
"Dari manakah sumber kewangan yang akan diperolehi oleh 1MDB dan MOF Inc untuk membayar sebanyak RM26.5 bilion kepada IPIC?"
Jawapan
Muhyiddin dan pemimpin pembangkang yang lain perlu sepakat mengenai jumlah sebenar yang mereka dakwa perlu dibayar oleh kerajaan, sama ada RM26.5 bilion atau RM25.18 bilion. Jelas mereka sendiri tidak sepakat tentang jumlah ini kerana mereka bercakap berdasarkan andaian dan bukan bersandarkan fakta.
1MDB telah menjawab bahawa pembayaran ini dibuat tanpa menggunakan DANA TAMBAHAN DARI KERAJAAN
Melalui siaran media 1MDB, disebut bahawa salah satu cara adalah dengan pengewangan (monetisation) unit dana Brazen Sky dan 1MDB GIL, yang dijamin oleh IPIC melalui dua syarikatnya Aabar PJS dan Aabar BVI, dengan jumlah bernilai AS$2.5 bilion
6. Soalan Dangkal 4
"Jika ianya menerusi penjualan sebuah unit pelaburan 1MDB bernama Brazen Sky Ltd, siapakah yang membeli unit pelaburan tersebut dan berapakah nilainya? Benarkah unit pelaburan ini wujud?"
Jawapan
Nilainya telah disebut AS$2.5 bilion, tetapi Muhyiddin tidak menghadam maklumat ini
Unit dana ini bukan sahaja wujud malah unit dana yang dipegang oleh Brazen Sky ini dijamin oleh Aabar PJS dan unit dana yang dipegang oleh GIL 1MDB pula dijamin oleh Aabar BVI.
7. Soalan Dangkal 5
"Mengapakah Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tidak berminat langsung untuk menuntut semula wang yang telah dibayar kepada syarikat Aabar yang palsu itu?"
Jawapan
Sejak awal lagi 1MDB telah menjelaskan dan membuktikan ia TIDAK KEHILANGAN WANG dan TIDAK MEMBUAT PEMBAYARAN KEPADA SYARIKAT PALSU.
Pihak yang membuat aduan kehilangan wang adalah IPIC. Maka logiklah jika IPIC yang bersungguh-sungguh membawa pertikaian ini ke Mahkamah Timbang Tara London dan memecat Pengarah Urusan dan Pengerusi anak syarikatnya, Aabar. Cuma peliknya kenapa IPIC dan kerajaan Abu Dhabi masih tidak mahu mendakwa Khadem dan Muhammad sedangkan pihak berkuasa negara itu telah menahan serta membekukan aset kedua mereka.
Pelik juga, kenapa IPIC beriya-iya membayar faedah bon 1MDB sedangkan mereka kata ia tiada kaitan dengan mereka, melainkan jika mereka sedar bahawa jaminan ini masih terpakai.
8. Andaian Dangkal 2
"Jika 1MDB tidak mampu untuk membuat pembayaran, maka Kerajaan Malaysia terpaksa menanggung kesemua bayaran kepada IPIC"
Jawapan
1MDB telahpun memberi penerangan bahawa pembayaran AS$1.2 billion kepada IPIC dan faedah bon akan dibuat melalui pengewangan unit dana Brazen Sky dan 1MDB-GIL bernilai AS$2.5 bilion
JAMINAN IPIC ke atas faedah dan nilai pokok bon berjumlah AS$3.5 billion masih terpakai sehingga tahun 2022 dan IPIC akan terpaksa membayar faedah dan nilai pokok bon ini jika 1MDB gagal atau enggan membayarnya
JAMINAN IPIC ke atas bon 1MDB cukup jelas kerana IPIC terpaksa membayar faedah bon tersebut apabila 1MDB berkeras tidak mahu membayar faedah bon tersebut pada tahun 2016.
9. Andaian Dangkal 3
"Perlu diingatkan di sini rakyat Malaysia lah yang akan menanggung beban berganda apabila pembayaran kepada IPIC dibuat sebanyak dua kali, bayaran pertama yang dibuat kepada Aabar BVI yang telah hilang dan lenyap dan kini, bayaran kedua yang akan dilaksanakan dengan termeterinya perjanjian timbang tara ini"
Jawapan
komutmen untuk membayar faedah dan nilai pokok bon AS$3.5 sememangnya akan dipikul oleh 1MDB kerana ia adalah pihak yang berhutang dan IPIC hanya merupakan PENJAMIN kepada hutang tersebut. Nampak sangat Muhyiddin cetek pengetahuan apabila menyebut "Malaysia lah yang akan menanggung beban berganda apabila pembayaran kepada IPIC dibuat sebanyak dua kali" kerana 1MDB TIDAK AKAN MEMBAYAR IPIC, sebaliknya membayar PELANGGAN BON apabila bon ini matang pada tahun 2022
Kejahilan Muhyiddin amat nyata kerana 1MDB TIDAK AKAN MEMBAYAR "SEKALI LAGI" JUMLAH AS$3.5 BILION KEPADA IPIC
Perkbangan terbaru menunjukkan IPIC telah mengakui berlaku "pembayaran kepada entiti lain" dan IPIC. Ini disahkan melalui pengumuman bertulis yang dibuat oleh IPIC kepada Bursa Saham London pada 24 April 2017
IPIC dan 1MDB juga telah bersetuju untuk berunding atas "keyakinan yang baik" sehingga bulan Disember 2020 bagi mencari "penyelesaian bersama" untuk membayar nilai pokok bon AS$3.5 bilion yang akan matang pada tahun 2022 tersebut dan tiada sebarang butiran dalam persetujuan ini yang menyebut bahawa 1MDB dan KERAJAAN MALAYSIA PERLU MEMBAYAR JUMLAH AS$3.5 KEPADA IPIC TIADA PENYELESAIAN dicapai di antara IPIC dan 1MDB ketika tempoh perjanjian berakhir pada Disember tahun 2020, 1MDB masih mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas IPIC berkaitan pembayaran sebanyak AS$3.5 bilion kepada Aabar BVI sebelum tarikh matang bon tersebut pada tahun 2022.
10. Kenyataan Muhyiddin membuktikan bahawa dia dangkal fakta dan tidak menguasai maklumat mengenai isu 1MDB.
11. Jelas Muhyiddin gagal menerima hakikat bahawa IPIC dan 1MDB sudah menemui jalan penyelesaian bagi pertikaian berkaitan dana berkaitan 1MDB kerana ia membuktikan segala dakwaan Muhyiddin ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak dan 1MDB selama ini adalah fitnah. Saya ingin mengulangi tindakannya menubuhkan sebuah parti baru semata-mata kerana percaya kepada kata-kata Tun Dr Mahathir Mohamad adalah satu perbuatan yang sia-sia.

LEBUHRAYA VS EXPRESSWAY

DOC AZNIL HISHAM
1. Sebuah page yg mendakwa kenyataan saya membandingkan Pan Borneo Highway dengan lebuhraya bertol adalah bersifat kebudak-budakkan.
2. Menurut mereka, lebuhraya yg diwartakan sebagai Jalan persekutuan adalah tidak bertol. Dan tidak boleh dibandingkandengan EXPRESSWAY yg bertol.
3. Saya buktikan kepada kalian bahawa dakwaan admin page ini SALAH. Sumber yg saya guna adalah dari BLOG mereka - penulisan pada Ogos 2012
....
[KEKELIRUAN MEREKA]
1. Untuk makluman admin, terdapat lebuhraya yg di wartakan sebagai jalan persekutuan juga bertol. Dan dikalangan lebuhraya yg diwartakan ini juga adalah expressway.
Contoh 1 : Lebuhraya Persekutuan KL - Shah Alam :
◇ Masih bertol.
Contoh 2: FT01 Jambatan Sultan Ismail Muar
◇ Tol telah dimansuhkan ketika pemerintah ayahanda DS Najib, Tun Abdul Razak.
Contoh 3: Lebuhraya Skudai (Tol Skudai)
◇ Dikenakan Tol ketika dinasti Maharaja Mahathir dan dimansuhkan ketika era Pak Lah.
Contoh 4 : Lebuhraya Kajang - Cheras
◇ Lebuhraya expressway, dikenakan tol pada zaman dinasti Maharaja Mahathir. Dimansuhkan ketika era DS Najib. 2 Tol yang dimansuhkan adalah Plaza Tol Batu 9 dan Batu 11.
2. Ada beberapa lagi Lebuhraya yg diwartakan sebagai jalan persekutuan tetapi dimansuhkan tol. Dengan kata lain, Tak semua Jalan Persekutuan TANPA tol. Dan tak semua Expressway BERTOL (akibat dimansuhkan)
3. Apa yang ingin saya cuba sampaikan adalah :
Bagaimana ketika era Dinasti Maharaja Mahathir yg dikatakan : ?Hutang negara 0%, Populasi rakyat separuh dari kini, SST 10%, meningkatkan pengeluaran minyak dari 40 ribu barrel/day kepada 593 ribu barrel/day dan sekaligus memperolehi royalti yang lumayan - menyediakan Jalan yg diwartakan sebagai Jalan Persekutuan (inter- /intracity) di TOL KAN.
Berbanding ...
Zaman DS Najib Razak : yang dikatakan nak bangkrap, Hutang negara tertinggi di dunia, kerajaan tiada duit, kerajaan korupsi, populasi penduduk 2 - 3 kali ganda dari dulu, royalti minyak tidak semewah sebelumnya (dahulu nett exporter, kini nett importer)
- Mampu menyediakan sebuah lebuhraya INTRA-COUNTRY, di ulangi INTRA-COUNTRY (bukan inter-city) - PAN BORNEO, tanpa tol.
4. Ada yg mendakwa kononnya DS Najib menjanjikan PAN Borneo sebagai CONTROLLED ACCESS EXPRESSWAY. Saya suruh buktikan. "Beliau" bagi link ini.
5. Saya baca dengan tekun. Tidak pulak DS Najib kata nak buat expressway. Yang beliau sebut adalah Highway.
Adakah meteka ini yg saya gelar sebagai "Pakar Lebuhraya" tidak tahu beza antara HIGHWAY vs EXPRESSWAY?
6. Malah DS Najib menjanjikan lebuhraya yg setanding dengan negara2 maju. Lebuhraya yg DS Najib maksudkan adalah seperti Pan American Highway, Pan European Highway. Di mana pembinaan Pan Borneo memiliki jaringan perjalanan, piawaian dan reka bentuk adalah sama seperti Pan American Highway dan Pan European Highway - iaitu R6/U6.
7. Sikap kebudak - budakkan adalah mereka yg tak boleh menerima fakta dengan baik. Perbandingan yang saya lakukan adalah sekadar pembuka mata kepada mereka yg gagal mensyukuri nikmat tuhan.
8. Jika zaman maharaja, privatisation di utamakan, salahkah DS Najib melakukan sesuatu yg dikatakan reversed privatisation (nationalisation)
Jika zaman maharaja boleh mengenakan tol bagi jalan2 inter- / intracity, salahkah zaman DS Najib menyediakan highway Intracountry tanpa tol?
Susah sangatkah mensyukuri nikmat tuhan yg sedikit ini?