Tuesday, May 2, 2017

MENJAWAB PERSOALAN MAHATHIR

Oleh Lim Sian See
Saya rasa saya perlu ‘membantu’ Tun Mahathir Mohamad bagi menjawab persoalan yang diutarakan beliau melalui tulisannya bertajuk ‘1MDB Keluar daripada Perniagaan Tenaga.‘
Saya faham mengapa Tun M keliru kerana hanya lima bulan lalu, beliau juga menulis di blog yang sama: “Siapa yang mahu memiliki janakuasa mahal dan tidak untung” dan menulis: “jika 1MDB menunggu lesennya luput, ia tidak lagi bernilai.”
Oleh itu, saya boleh bayangkan Tun M terkejut apabila mendapati ramai pembida mahu membida RM17.3 billion untuk janakuasa yang pernah dilabelkan sebagai ‘tiada nilai’ dan ‘besi buruk’. Dan sebuah syarikat turut menandatangani untuk membelinya juga.
Dan sebelum saya habis menulis artikel ini, 1MDB telah mengeluarkan satu kenyataan media untuk membantu Tun M (yang kini sudah berusia 90 tahun) menjawab ‘soalan aslinya’. Adalah afdal anda membacanya:
Kenyataan Media 1Malaysia Development Berhad
Dikeluarkan pada 29 November 2015
Penjualan Edra: Penjelasan terhadap tuduhan palsu Tun Dr Mahathir
1MDB merujuk kepada pautan blog berkaitan penjualan Edra yang ditulis YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, seorang ahli politik yang sudah bersara, yang masih gagal dalam pelbagai usahanya bagi mempolitikkan isu 1MDB.
Kami kesal dengan tindakan Tun Mahathir yang masih berdegil mahu mengeluarkan kenyataan tidak tepat dan salah berkaitan 1MDB yang kemudiannya dipetik oleh portal dalam talian secara tidak bertanggungjawab, tanpa analisa dan pertanyaan.
Melalui penjualan Edra kepada Kumpulan CGN, berdasarkan kepada penyataan kewangan Edra pada 31 March 2015, 1MDB akan menerima untuk ekuitinya, TUNAI sebanyak RM9.83 bilion.
Selain itu, CGN akan mengambil alih hutang dalam aset operasi Edra berjumlah RM7.43 bilion.
Selaras dengan itu, melalui penerimaan tunai dan pemindahan hutang, 1MDB akan dapat mengurangkan hutang sehingga RM17 bilion, sejajar dengan unjuran pengurangan antara RM16 bilion hingga RM18 bilion mengikut pelan rasionalisasi.
Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda, sudah menjelaskan secara terperinci fakta ini, yang turut dilaporkan di media minggu lalu.
(Lim Sian See: Untuk penjelasan terperinci, 1MDB TIDAK membayar RM18 bilion tunai untuk membeli semua penjana kuasa bebas (IPP). 1MDB sebaliknya membayar RM12.05 bilion iaitu:
RM8.5 bilion untuk Powertek dimiliki Ananda Krishnan
RM2.35 bilion untuk Genting
RM1.2 bilion untuk Jimah
Menyerap RM4.92 bilion hutang legasi
Ia menjadikan jumlah nilai pembelian adalah RM16.97 bilion.
Justeru, propaganda bahawa 1MDB membeli pada harga RM18 bilion dan menjual pada RM9.83 bilion adalah salah!
Adalah penting untuk menjelaskan yang hutang sehingga RM17 bilion berjaya dikurangkan dan melepasi tunai RM2 bilion dividen yang diterima 1MDB daripada aset janakuasa terbabit ketika pemilikannya.
BALIK MODAL
Ia dengan jelas, 1MDB sudah ‘balik modal’ daripada pelaburannya, melalui penawaran tender terbuka antarabangsa, biarpun terpaksa menjual aset bernilai itu ketika serangan serta tuduhan palsu daripada pembangkang dan ketua parti pembangkang, Tun Mahathir sendiri.
Jika Tun Mahathir membaca Note 29 (v) pernyataan kewangan 1MDB bertarikh 31 April 2014 yang boleh diakses oleh orang awam, beliau akan menyedari yang hutang 1MDB berjumlah RM42 bilion adalah:
RM19.82 bilion adalah dalam nilai Ringgit Malaysia
RM22 bilion adalah dalam nilai Dolar Amerika
Maka, melalui pengiraan PALING MUDAH, 1MDB memiliki wang yang mencukupi untuk melangsaikan hutang dalam demonisasi Ringgit hasil wang tunai daripada penjualan Edra berjumlah RM9.83 bilion.
Manakala bagi hutang dalam demonisasi Dolar Amerika pula sebagaimana kebimbangan Tun Mahathir, berdasarkan dokumen perjanjian dimeterai dengan IPIC pada 28 Mei 2015, ia adalah hasrat 1MDB menjadikan bon jaminan IPIC RM3.5 bilion akan diselesaikan melalui ‘pertukaran hutang kepada aset’ dengan IPIC. Ia membolehkan 1MDB memindahkan kepada IPIC asetnya mencakupi tunai dalam demonisasi Dolar Amerika dan unit dana, dan sebagai pulangannya, IPIC mengambil alih USD3 bilion yang dijaminnya.
(Lim Sian See: Secara asasnya, ia bermakna 1MDB sudah mengikat matawang asingnya dengan menyimpan aset dalam demoninasi Dolar Amerika bagi diselaraskan dengan hutang dalam matawang itu. Malah, jika 1MDB tunduk kepada tekanan politik daripada Rafizi Ramli dan Tony Pua apabila mereka mula menyerang 1MDB sebelum Pilihanraya Umum 2013 bagi membawa pulang USD2.32 bilion daripada Cayman, ia akan menyebabkan kerugian besar bersandarkan pertukaran matawang melibatkan jumlah RM3 bilion kerana 1MDB terpaksa melangsaikan bon 10 tahun dan kos faedah dan terpaksa ditukarkan semula kepada Dolar Amerika).
2013 USD1=RM2.96 maka USD2.32b = RM6.86 billion
Sekarang: USD1=RM4.25 maka USD2.32b = RM9.86 billion
Adakah Rafizi dan Tony menggantikan kerugian ini jika 1MDB tunduk kepada desakan politik mereka?
Tun Mahathir juga secara sengaja menulis dengan tidak menyebut tarif IPP untuk aset Edra sudah ditetapkan bagi tempoh hayat perjanjian pembelian tenaga (PPA). Secara purata berdasarkan PPA bagi janakuasa Edra, ia adalah bagi tempoh 10 tahun akan datang. Maka, tiada persoalan sama ada tarif IPP akan dinaikkan sepanjang tempoh hayat PPA, biarpun bertukar pemilik.
Tun Mahathir berterusan mengelirukan rakyat dengan kenyataan palsu. Yang paling popular ialah kenyataannya: “RM42 bilion hilang daripada 1MDB.”
Penjualan aset operasi Edra, dengan pengurangan hutang sehingga RM17 bilion, jelas menunjukkan Tun Mahathir berterusan menjadi tidak relevan.
Yang kedua, Tun Mahathir berterusan dan berulang-ulang menyebut wang RM2.6 bilion dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah daripada 1MDB walhal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mengeluarkan tiga kenyataan, TIADA DANA daripada 1MDB masuk ke dalam akaun Perdana Menteri.
1MDB meminta Tun Mahathir untuk menggunakan fakta dan angka yang benar bagi menyokong persoalannya dan berhenti mengelirukan serta menyerang 1MDB. Kami juga menggesa media dalam talian untuk menganalisa secara teliti dan menggunakan analisa kritikal sebelum menyiarkan kenyataan mengelirukan dan salah daripada bekas ahli politik dan sudah bersara ini.
Itu dia kenyataannya. Persoalan Tun Mahathir mengenai Edra sudah diperjelaskan secara terperinci oleh 1MDB.
SEJARAH PERJANJIAN KONSESI
Mengungkap kembali sejarah, kefahaman Tun Mahathir terhadap perjanjian konsesi IPP sangat rendah, justeru mengakibatkan perjanjian konsesi yang dimeterai ketika zaman Tun Mahathir adalah sangat berat sebelah kepada IPP.
Pembangkang sudah menyerang kerajaan mengenai perjanjian berat sebelah ini dan menuduh kerajaan kehilangan beratus bilion ringgit sepanjang dua dekad dan ditanggung Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan rakyat Malaysia yang membayar bil elektrik.
Ia termasuk subsidi gas berjumlah RM19 bilion setiap tahun.
Saya pasti anda sudah melihat foto di atas kerana ia tersebar luas pada masa lalu. Pembangkang sudah lama menuduh pemilik IPP sebagai kroni kepada Tun Mahathir iaitu kumpulan empat – Ananda Krishnan, Genting, YTL dan Syed Mokhtar.
Sejak 2011, Najib sudah memastikan 1MDB membeli IPP milik Ananda Krishnan dan Genting, supaya kita semua dapat menyingkir mereka daripada terus menjadi lintah darat.
Dan pada 2012, kerajaan di bawah pimpinan Najib juga menghentikan konsep rundingan terus yang diamalkan Tun Mahathir ketika eranya bagi perjanjian IPP dan memulakan proses tender terbuka.
Proses tender terbuka ini menyebabkan konsesi YTL tidak diperbaharui manakala kesemua kadar tenaga berada pada paras digit tunggal berbanding perolehan digit berganda pada zaman Tun Mahathir yang sekaligus menghapuskan perjanjian mewah dinikmati IPP Malakoff dimiliki Syed Mokhtar yang dimeterai pada zaman Tun Mahathir.
Melalui usaha kerajaan diterajui Najib, foto di atas memaparkan kumpulan empat menjadi sebahagian daripada sejarah (hitam) Malaysia.
SAYA DAN KABINET BODOH – MAHATHIR
Malah, Tun Mahathir bukan sahaja tidak memahami perjanjian konsesi IPP, perjanjian tol juga turut menerima akibatnya dan rakyat menjadi mangsa.
Ini diakui sendiri Tun Mahathir melalui blognya pada Januari 2007:
MAHATHIR ADMITS STUPIDITY
“Acknowledging that the government during his time may have erred in signing the toll concession agreements, Tun Mahathir urged the present government to be more careful before agreeing to toll hikes.
“This is one of thing that we need to correct. What you have is a cabinet which is not very knowledgeable all the time because it is not made up of experts but politicians (and) some politicians like myself can sometimes be stupid,” he said when told by reporters that all the five tolled expressways were constructed during his 22-year tenure as prime minister.
Mahathir said the agreements were drafted by officers and submitted to the cabinet and usually the small prints are not there.
“The cabinet merely gave approvals in principle and never really studied the implications in some parts of the agreements.”
“Mengakui pentadbiran pada zamannya melakukan kesilapan dalam perjanjian konsesi tol, Tun Mahathir menggesa kerajaan hari ini untuk lebih teliti sebelum mempersetujui kenaikan kadar tol.
“Ini adalah salah satu yang perlu diperbetulkan. Apa yang ada ada dalam barisan kabinet bukanlah mereka yang berpengetahuan kerana mereka bukanlah barisan pakar tetapi ahli politik dan sesetengah ahli politik seperti saya kadangkala bodoh,” katanya apabila diberitahu wartawan yang lima lebuhraya bertol dibina ketika pemerintahannya selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri.
“Mahathir berkata perjanjian didraf oleh pegawainya dan dikemukakan kepada kabinet dan lazimnya perinciannya tiada di situ.
“Kabinet hanya memberikan kelulusan secara prinsipal dan tidak membacanya secara teliti akan implikasinya pada perjanjian tersebut.”
Sebagaimana disebut Tun Mahathir ini, beliau dan barisan kabinetnya sebagai bodoh (itu diakui sendiri Tun Mahathir) dan tidak membaca perjanjian konsesi tol sebaiknya sebelum menandatanganinya.
Tun Mahathir kemudiannya menasihatkan kerajaan selepasnya untuk tidak bertindak bodoh seperti beliau dan lebih teliti dalam menandatangani perjanjian konsesi pada masa akan datang.
Bagaimanapun, Tun Mahathir tidak mengeluarkan kenyataan bagaimana kerajaan hari ini perlu menyelesaikan perjanjian bodoh dimeterai pada zamannya tanpa perlu membayar pampasan jika melanggar perjanjian terbabit.
Pada Oktober 2010, Najib telah mengarahkan Khazanah Nasional untuk membeli semula pengendali lebuhraya tol terbesar di negara ini – Lebuhraya Plus daripada syarikat kroni Tun Mahathir dan kini, 51 peratus dimiliki Kementerian Kewangan dan 49 peratus dipegang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) maka apa jua kenaikan pada kadar tol akan dikembalikan kepada kerajaan dan rakyat dan BUKAN LAGI masuk ke poket syarikat persendirian yang terdiri daripada kroni Tun Mahathir.
khazanah beli plus
Melalui pembelian ini, kerajaan boleh melakukan rundingan semula dan menghalang kenaikan kadar tol tanpa membayar pampasan, sekaligus menghentikan kenaikan tol pada semua lebuhraya Plus ini.
Walaupun masalah perjanjian berat sebelah terbesar berjaya diselesaikan Najib bagi mengurangkan beban rakyat, masih terdapat sedozen lagi pengendali lebuhraya dengan perjanjian berat sebelah yang tidak diselesaikan lagi, terima kasih kepada Tun Mahathir dan kabinetnya yang ‘bodoh’ kerana tidak memahami atau membaca dengan teliti perjanjian konsesi tol sebelum memeterainya.
Bagi persoalan Tun Mahathir mengenai China menjamin keluar 1MDB dengan membeli Edra, negara yang kononnya ‘menjamin keluar’ 1MDB Edra adalah negara yang sama menjamin keluar Perwaja Steel pada zaman Tun Mahathir.
mahathir perwaja
Tiada siapa pun merungut apabila ‘sektor strategik’ syarikat keluli negara dijamin keluar oleh China pada Julai lalu?
Tun Mahathir pun tiba-tiba berdiam diri.
Atau adakah anda mahu katakan keluli bukan sektor strategik? Jika tidak, mengapa mengeluarkan wang berpuluh bilion ringgit membinanya pada zaman Tun Mahathir dan berterusan menjamin keluar dari masa ke semasa?
Pada kes Edra, sekurang-kurangnya kerajaan memperolehi semula wangnya.
Pada kes Perwaja pula, kesemua puluhan bilion Ringgit, ‘habuk pun tak ada’, tak pernah dapat semula.
Jika 1MDB tidak menjual, anda akan katakan hutang 1MDB terlalu banyak dan RM42 bilion lesap.
Jika 1MDB jual pada harga murah, anda akan katakan 1MDB bodoh dan rugi banyak wang.
Jika 1MDB jual pada harga mahal, anda akan katakan ‘ada udang disebalik batu.’
Jika 1MDB jual pada syarikat milik kerajaan, anda akan kata ‘ini bail-out’.
Jika 1MDB jual pada syarikat asing, anda akan kata ‘oh ini jual negara.’
Bagi mengelak rungutan terlalu banyak, mungkin Tun Mahathir, Rafizi dan Tony patut beritahu dan umumkan pada dunia, hendak jual atau tidak, dijual pada harga apa dan dijual pada siapa, atau mungkin jual balik kepada Genting, YTL dan Ananda Krishnan.
Dan selepas itu, 1MDB patut ikut sahaja apa jua arahan bodoh mereka dan tidak perlu lebih bijak seperti memaksimakan nilai aset melalui penawaran tender terbuka antarabangsa.
Sebenarnya, jika Tun Mahathir masih lagi Perdana Menteri, kita belum tentu berpeluang berbicara sama ada 1MDB peroleh pendapatan, rugi atau balik modal bagi penjualan Edra. Berdasarkan rekod Tun Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri, IPP Edra akan mempunyai perjanjian sampai kiamat, semuanya dengan keuntungan berlipat kali ganda masuk ke poket kroni, kadar berganda dan menekan rakyat.
AUTHOR
My Nation News Malaysia

No comments: