Wednesday, July 19, 2017

MRT

Syahir added 3 new photos.

Semalam fasa ke-2 MRT jajaran Sungai Buloh – Kajang dirasmi dan dibuka dengan jayanya. Saya tumpang bangga dan gembira dengan pembukaan ini kerana saya adalah antara orang awam yang pertama bersama-sama antaranya Azmi Arshad, Dr Abdul Rahman Abdul Kadir, Deen Nordin Deennasour Madian diberi peluang menaiki MRT sebelum Fasa 1 Sungai Buloh - Semantan dibuka kepada umum pada November yang lepas.
Saya rasa tak perlu saya ulas manfaat ekonomi dan manfaat lain kepada pengguna pengangkutan awam, syarikat-syarikat pembinaan, syarikat bumiputera, pengurangan kesesakan lalulintas dan sebagainya sebab banyak yang telah dilaporkan di dalam media tinggal lagi rajin atau malas sahaja untuk membaca.
Tapi macam biasa lah, ada sahaja suara sumbang yang akan mencari kesalahan di sebalik usaha kerajaan membina pengangkutan awam yang lebih cekap dan moden. Yang paling kelakar Nurul Izzah Anwar yang mengatakan bahawa Pakatan Harapan mampu membina MRT dengan kos yang lebih rendah dan kawasan liputan yang lebih luas. Saya sarankan Nurul Izzah baca Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri Ke-2 Selangor yang mendedahkan bahawa kos pembinaan Jambatan Ke-3 Klang meningkat RM41 juta daripada kos asal: https://m.facebook.com/story.php…
Macam ni nak bina MRT dengan kos lebih rendah?
Nurul Izzah juga jangan buat-buat tak nampak Penang Transport Master Plan (PTMP) termasuk terowong bawah laut dan tiga lebuhraya yang tak nampak apa-apa kemajuan tetapi kos perunding telah dibayar sepenuhnya sejumlah RM305 juta.
Ada juga yang bising kononnya rakyat Malaysia akan menanggung hutang sehingga ke cucu-cicit kerana projek MRT. Negara dah nak bankrap tapi kerajaan tambah hutang buat projek mega sana sini.
Bercakap tentang projek mega dan hutang ni elok kalau kita putar balik masa ke zaman 90-an semasa pembinaan LRT STAR (Ampang Line) dan Putra (Kelana Jaya Line) dibina. Kedua-dua projek ini adalah projek swasta dari pembinaan sehingga operasi dan pemilikan. LRT Putra contohnya dibina, dimiliki dan dikendalikan oleh Putra syarikat milik penuh Renong iaitu syarikat kroni rapat Dr. Mahathir bin Mohamad, Halim Saad.
Tidak sampai 5 tahun selepas dibuka kepada orang awam, pada tahun 2001, LRT Putra terpaksa diselamatkan oleh kerajaan setelah syarikat itu gagal membayar hutang yang terlalu tinggi. Syarikat Prasarana Nasional Berhad sebuah syarikat milik penuh Kementerian Kewangan mengambilalih aset dan hutang LRT Putra pada November 2001 dengan kos RM5.5 billion, satu nilai yang agak tinggi pada masa itu dan jika dikira dengan nilai sekarang lebih daripada RM20 billion.
Ini berbeza dengan MRT yang sejak mula dari pembinaan sehingga beroperasi dan pemilikannya semuanya milik kerajaan dari awal. Pemilik MRT adalah MRT Corp syarikat milik Kementerian Kewangan, operasi MRT dikendalikan oleh Prasarana satu lagi syarikat milik Kementerian Kewangan dan kos pembinaan MRT dibiayai melalui penerbitan sukuk (bon) oleh Danainfra Nasional Berhad sebuah lagi syarikat milik Kementerian Kewangan.
Projek-projek infrastruktur mega zaman Dr. Mahathir bin Mohamad dibuat atas nama penswastaan akhirnya terpaksa di bail-out oleh kerajaan untuk menyelamatkan anak dan kroni-kroni beliau. Belum lagi kita cerita pasal Perwaja Steel, Konsortium Perkapalan Berhad (anak dia punya), Renong, MAS, Proton dan banyak lagi kisah kegagalan projek penswastaan Dr. Mahathir bin Mohamad.
Ya, tak banyak generasi muda sedar tentang perkara ini. Yang mereka nampak KLCC yang dibina menggunakan duit Petronas dan Putrajaya yang hutang untuk kos pembinaannya masih dibayar oleh pembayar cukai sehingga hari ini.
Semua kisah bail-out ini dilaporkan oleh portal anti-kerajaan seperti Malaysiakini, Aliran dan lain-lain sejak 90-an lagi tetapi kini apabila mereka bertuankan Dr. Mahathir bin Mohamad, segala “dosa-dosa” bernilai puluhan billion (ratusan billion jika dikira nilai wang sekarang) dilupakan begitu sahaja. Lim Kit Siang (林吉祥) yang siang malam bising tentang proses bail-out kroni dan keluarga Mahathir juga lupa segala-galanya.
Apa masalahnya MRT dibina dengan menggunakan sukuk (hutang)? Apa-apa jadipun ianya adalah milik kerajaan dan sudah tentu juga milik rakyat. Ini lebih baik daripada projek yang dijalankan oleh pihak swasta dan akhirnya terpaksa diselamatkan oleh kerajaan menggunakan duit pembayar cukai.
MRT adalah permulaan bagi banyak projek infrastruktur yang lain di seluruh Malaysia. Pan Borneo yang bebas tol dibina untuk rakyat Sarawak dan Sabah juga dibiayai melalui penerbitan sukuk oleh Danainfra, ECRL untuk pantai timur, HSR untuk selatan dan WCE untuk pantai barat. Tidak ada yang akan ketinggalan dengan semua projek-projek infra yang sedang dan bakal dibina.
Kalau masih ada yang sibuk nak berbangga dengan KLCC, Litar Sepang, Putrajaya silakan. LRT yang pernah gagal di bawah Mahathir juga sudah dan bakal diluaskan lagi sehingga ke Klang melalui Shah Alam oleh kerajaan sekarang.
.
Gunakan pengangkutan awam yang disediakan sebaiknya. Kamu tanya mana pergi GST yang dikutip? Inilah antaranya mana duit cukai yang dikutip disalurkan. Untuk membiayai sukuk yang diterbitkan untuk membina MRT dan projek-projek infra yang lain di masa akan datang.
Rujukan:
1. LRT to be bailed out, govt confirms - Malaysiakini:https://www.malaysiakini.com/news/4031
2. Malaysian "bail Outs"?: Capital Controls, Restructuring, and Recovery:https://books.google.com.my/books…
3. KHAZANAH’S RESTRUCTURING OF RENONG-UEM GROUP:http://www.khazanah.com.my/…/TKR2013-Restructuring-A-Conglo…
4. The truth about privatisation - Aliran:https://aliran.com/archives/monthly/2005a/6h.html




No comments: