Thursday, July 20, 2017

PENGANGKUTAN AWAM MAHATHIR VS NAJIB

Syahir added 4 new photos.
8 hrs
Saya tak salahkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tak tahu apa yang berlaku dengan sistem pengangkutan awam yang dibangunkan Dr. Mahathir bin Mohamad.
Satu masa tu dia masih kecil, dua dia mungkin sibuk sebagai ketua pemuda parti jadi tak cukup masa untuk membaca.
Saya ringkaskan apa yang berlaku kepada sistem pengangkutan awam yang dibangunkan pengerusi parti dia:
LRT STAR: Dibina, dimiliki dan dikendalikan pihak swasta. Pada tahun 2001 diambilalih oleh kerajaan melalui Prasarana kerana hutang terlalu tinggi.
LRT Putra: Dibina, dimiliki dan dikendalikan oleh Renong syarikaf milik kroni yang akhirnya juga terpaksa diselamatkan oleh kerajaan melalui Prasarana pada tahun 2001.
Kedua-dua kos mengambil alih LRT adalah hampir RM8 billion. Jumlah yang besar pada tahun 2001.
Monorail: Dibina, dimiliki dan dikendalikan pihak swasta, akhirnya terpaksa diambilalih oleh kerajaan pada tahun 2007 dengan kos RM880 juta
KLIA: Lapangan terbang dengan pengangkutan awam pun tak tahu beza? Kenapa tak letak Puduraya, Pelabuhan Klang sekali?
RapidKL: Ditubuhkan pada tahun 2004 semasa zaman Pak Lah sebagai PM untuk mengendalikan operasi LRT dan bas RAPID.
ERL: Milik kroni rapat Mahathir iaitu YTL, dianugerah konsesi 30 tahun, tambang boleh disemak setiap 5 tahun. Tahun 2015 tambang naik disebabkan perjanjian konsesi yang ditandatangani kerajaan zaman Tun.
Memang Tun Mahathir berjaya bangunkan pengangkutan awam sehinggakan hampir semuanya terpaksa dibail-out akhirnya. Itu tak masuk lagi dua syarikat bas iaitu Intrakota milik DRB-Hicom dan Park May milik Renong kedua-dua syarikat rapat kroni Tun yang juga terpaksa diselamatkan kerajaan.
MRT? Seperti mana saya terangkan semalam, dari mula pembinaan sampai siap terbina dan juga kendalian operasi semuanya oleh syarikat milik penuh kerajaan. Tak ada duit pembayar cukai yang akan digunakan untuk menyelamatkan kroni seperti LRT, Monorail, Intrakota, Park May dan lain lain.
Banyakkan membaca Ketua Armada. Jangan buat malu sekolah kita.
Rujukan:
1. Interesting times for Prasarana - The Edge Markets: http://www.theedgemarkets.com/…/cover-story-interesting-tim…
2. Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd - Bloomberg https://www.bloomberg.com/rese…/stocks/private/snapshot.asp…
3. Perjanjian Konsesi ERL - Laporan Ketua Audit Negara 2015: Siri 1 https://www.audit.gov.my/…/lkan%20aktiviti%20persekutuan%20…

*****************************

Asyraf Naim Tun M ikut sistem Margaret Thatcher.. Privatise rail industry.. Kat UK pun fail benda ni..

Tapi sama je pun isu bailed out ke tak, kerana itu DBMOF contract.. projek tu Financed by PUTRA dgn STAR.. Lebih baik kerajaan guna duit kerajaan awal2.. Kesila
pan Tun M kerana mengikut model Margaret Thatcher.. Public transport Industry mmg xboleh privatised.. Semasa UK Election Campaign hari tu, Parti Labour berkempen untuk beli balik rail yang dijual oleh kerajaan Margaret Thatcher..

Public transport bukan nk generate profit.. tapi nk share the loss.. berapa je dapat dari jualan tiket.. tak sampai 10% daripada operating cost.. sebab itu kalau pihak swasta take over, memang lingkup, tak kira kroni ke tak..

Negara Perancis dan Jerman berjaya dalam hal ini.. Semua syarikat rail milik negara/perkongsian dengan syrikat milik kerajaan negara EU..

DS Najib belajar dari kesilapan Tun M.. 

Apapun, idea pembangunan Integrated Public transport mmg idea Tun M, cuma banyak dihentikan semasa zaman Paklah.. tiada kesinambubgan.. Projek last Tun M luluskan ialah ETS Ipoh-Padang Besar.. tetapi tergendala zaman Paklah..

Tahniah DS Najib kerana menghidupkan kembali semuanya.. Tetapi jangan lupa jasa Tun M kerana jika Tun M x buat pada tahun 1990-an tu, jadilah Kuala Lumpur macam Jakarta skrg.

Masing2 ada jasanya..
Reply
15
2 hrs
Manage
Fahmi Ahmad Bukanke kalau dia buat mcm tu....kos yang kerajaan tanggung jadi rendah....bail dari yg bankrupt...
Reply1 hr
Manage
Yippo Parangga Agree..Dua2 ada jasa masing2
Reply53 mins
Manage
Syahir 1. Privatisation of British Railway berlaku di bawah John Major, PM selepas Thatcher.

2. British Rail asalnya state-owned sebelum diswastakan, jauh beza dengan PUTRA dan STAR yang diswastakan sejak mula sehingga terpaksa diselamatkan kerajaan selepas 
beberapa tahun beroperasi.

3. Melainkan KTMB diswastakan, contoh British Rail tak sesuai digunakan dengan penswastaan LRT, Monorail

4. Kepada kroni rapat manakah British Rail diswastakan?

5. Siapa pun jadi PM boleh majukan KL. Kesesakan lalulintas sekarang salah satu puncanya adalah kegagalan pemimpin terdahulu merancang sistem pengangkutan awam yang sistematik dan menyeluruh. 

6. Tak siapa nafikan jasa siapa siapa. Yang jelas adalah, Dr. Mahathir bin Mohamad, gagal dalam membangunkan sistem pengangkutan awam.
Reply8 mins






No comments: