Sumber : lenggongvalley
Monday, July 23, 2007Laporan Polis Terhadap Malaysia-Today Dipetik dari blog Countergrain
Menurut laporan awal daripada beberapa blogger termasuk Jeff OOi dan Rocky satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Dang Wangi hari ini tadi terhadap laman web alternatif Malaysia-Today yang dikendalikan oleh Raja Petra Kamaruddin.Countergrain sudah lama menghitung hari ekoran tindakan begitu ramai blogger dan pembaca laman berita alternatif Malaysia-Today mengeposkan komen-komen tanpa beralas. Yang saya maksudkan ialah komen berunsur hasutan dan kecaman terhadap beberapa isu sensitif, terutama yang ketara menghina agama Islam dan Nabi Muhammad.Ada di antara blogger yang sengaja menggunakan laman Malaysia-Today bagi meluahkan kata-kata lucah terhadap masyarakat Muslim dan agama Islam -- ini tidak patut disiarkan tanpa penapisan oleh pihak editorial.Berikutan kegagalan Raja Petra menangani kepincangan itu, ramai di antara masyarakat Islam di negara ini berasa begitu terhina.Tidak kurang ramai juga yang menasihatkan Raja Petra(termasuk countergrain sendiri) supaya segera menapis pos-pos sedemikian rupa tetapi beliau pada mulanya gagal berbuat demikian, hinggalah sejak beberapa hari kebelakangan ini apabila beliau akhirnya memberi amaran kepada pembaca Malaysia-Today yang beliau akan mula menapis segala posting selain mengenakan syarat bagi menyertai laman tersebut.Kita patut mengambil iktibar daripada keadaan ini. Tanpa menyebelahi mana-mana pihak saya rasa memang tepat masanya bagi laporan Polis dibuat.Jika diperhatikan daripada satu sudut, Raja Petra yang begitu mendaulati kebebasan ekspresi dan bersuara, terutama di internet, telah dijadikan mangsa oleh anasir-anasir yang sengaja menggunakan laman Malaysia-Today sebagai saluran.Dari penjuru lain pula kita perlu melihat senario ini dari aspek toleransi.Dalam konteks ini, toleransi yang maksudkan ialah sikap kesabaran beberapa pihak dalam kerajaan yang sengaja tidak mahu menambahkan minyak kepada api hasutan yang dinyalakan oleh anasir-anasir subversif di laman Malaysia-Today. Daripada ini kita dapat mentafsirkan samada kerajaan sengaja menindas suara pembangkang atau sebaliknya.Bagaimanapun, apabila keadaan menjadi begitu serius apakah salah bagi sesuatu dilakukan untuk menanganinya demi kesejahteraan semua penduduk negara pelbagai kaum ini?
Komen dari teman:-
Kebebasan Bersuara? Adakah kita terlalu terikut-ikut dengan propaganda barat? Sudah hilangkah nilai-nilai budaya Melayu atau budaya Malaysia dalam sanubari para blogger hari ini?
Jika kita lihat, ramai anak-anak muda yang berpelajaran menjadi blogger-blogger dalam pelbagai blog politik. Apa yang teman risaukan, dalam sanubari mereka kini sudah terhakis sentimen patriotik dan keagamaan. Mereka sudah tidak peduli dengan keadaan masa depan anak cucu mereka kerana terlalu taksub dengan pendirian masing-masing. Sehingga mereka tidak mahu mendengar dari pihak lain? Bukan tidak boleh menyuarakan pendapat.....namum mereka harus sedar, kerana mulut santan binasa.
Adakah mereka secara tidak sedar, tindakan mereka ini telah dipengaruhi oleh propaganda barat yang mahu melihat bangsa kita berpecah belah dan hancur seperti yang berlaku semasa zaman Long Jaafar, zaman Ngah Ibrahim? Sedarlah wahai anak-anak muda sekalian.....anda semua berpijak di bumi bertuah ini yang mengambil masa 446 tahun untuk merdeka. Adakah kita mahu menjadi penyebab penjajahan semula ke negara kita seperti yang dilakukan oleh Amerika di Iraq?
Satu keadaan......amat menyedihkan
1 comment:
Hahahah...bukan kerana mulut santan binasa....
Teman pun dah bengong kejap....
Kerana Pulut Santan Binasa.....haaaa baru betui
Post a Comment