Friday, October 27, 2017

ULASAN BUDGET ALTERNATIF PEMBANGKANG BY SYAHIR

Syahir added 5 new photos.
13 hrs
Kalau nak ulas Bajet Alternatif pembangkang yang "dibentangkan" semalam memang tak cukup satu Facebook post.
Tapi saya cuba ulas seringkas yang mungkin 10 janji utama yang yang dibuat Pakatan Harapan seperti grafik di bawah secara bersiri.
1. HAPUS GST
Tema utama bajet pembangkang adalah hapuskan GST. Yang lain hanya sampingan sahaja. Sebab itu serangan ke atas GST diperkuatkan setiap hari sejak kebelakangan ini.
Tahun lepas kutipan GST mencecah RM41.2 billion. Jika GST dimansuhkan kerajaan akan kekurangan hasil sejumlah RM41.2 billion. Pembangkang kata SST iaitu cukai jualan 10% dan cukai perkhidmatan 6% akan dikembalikan semula untuk tampung kehilangan hasil GST.
SST paling banyak kutip RM17.2 billion (2014) tak sampai separuh daripada apa yang GST kutip sebab SST tidak cekap dan cukai satu peringkat sahaja. Jadi akan ada lebih kurang RM25 billion lubang di dalam hasil kerajaan sekiranya GST dihapuskan dan SST dikembalikan.
Pembangkang meramalkan bila GST dihapuskan, rakyat akan ada duit poket lebih untuk dibelanjakan dan aktiviti ekonomi akan berkembang, kutipan cukai lain akan meningkat dan akan menampung kekurangan hasil pemansuhan GST.
Jangkaan yang dibuat mereka terlampau simplistik. Pertama Pakatan menjangka jika GST dihapuskan jualan kereta akan meningkat 20%. Apa yang mereka tak ambil kira atau sengaja sorok adalah jika GST dihapuskan dan SST dikembalikan cukai jualan 10% akan dikenakan kepada jualan kenderaan berbanding GST 6%. Harga kereta bukan jadi lebih murah tapi lebih mahal.
Mereka juga tak sebut bagaimana barangan dan perkhidmatan asas seperti makanan mentah ayam, ikan, daging, sayur dan buah tidak dikenakan GST (berkadar sifar). Hapuskan GST tidak akan mengubah harga-harga barangan asas.
Yang paling kelakar adalah mereka mahu menghapuskan GST tetapi mahu kekalkan sistem laporan GST. Maksudnya mereka mahu kembali kepada SST tetapi kekalkan sistem laporan di bawah GST. Kenapa saya kata kelakar? Pertama mereka mengakui sistem GST itu cekap. Kalau tidak kenapa nak kekalkan sistem laporan GST? Kedua SST adalah cukai satu peringkat di peringkat kilang atau pembuatan, apa yang hendak dilaporkan jika ianya hanya satu peringkat? Kenapa nak meningkatkan kos peniaga? Ketiga, di bawah GST peniaga boleh menuntut kredit cukai input, di bawah SST hanya satu peringkat sahaja boleh tuntut kredit cukai input, apa fungsi kekalkan laporan GST kalau peniaga tak boleh tuntut kredit daripada Kastam?
Dari sini kita boleh nampak betapa ceteknya pemikiran pembangkang menggunakan pengiraan mudah, mahu kekalkan sistem laporan GST tapi kembali kepada SST. Penyokong mereka sudah tentu mereka boleh perbodohkan tetapi rakyat Malaysia tidak akan mudah tertipu.
Kemudian selepas GST dilaksanakan oleh kerajaan, IMF, World Bank, agensi-agensi penarafan kredit seperti Moody’s, S&P dan Fitch semuanya memuji tindakan kerajaan memgambil langkah berani memperkenalkan GST. Tatkala harga minyak dunia jatuh dan hasil petroleum kerajaan berkurang lebih RM40 billion, GST lah yang menampung kekurangan hasil tersebut. Kalau GST tidak dilaksanakan, penarafan kredit Malaysa akan diturunkan oleh agensi-agensi ini dan kos meminjam kerajaan akan meningkat. Ekonomi akan lebih parah. Bajet akan dipotong dengan lebih banyak dan akhirnya rakyat yang akan terkesan.
Memang seronok bila dengar cukai macam GST dihapuskan. Tapi pelaksanaannya bukan mudah. Kesan selepas pemansuhan tu juga bukan semudah yang pembangkang cakap. Harap harga barang akan turun? Sebelum GST dilaksanakan harga barang naik tu sebab apa pulak?
Fikir sebelum bersorak. Mansuhkan GST kekalkan sistem laporan GST. Nak memperbodohkan siapa?
2. BANTU PENGHUTANG PTPTN DAN PENDIDIKAN PERCUMA UNTUK RAKYAT
Dua komponen utama janji mereka adalah membenarkan peminjam PTPTN hanya membayar pinjaman mereka setelah gaji mereka mencecah RM4,000 dan lagi satu pendidikan percuma untuk peringkat universiti SELEPAS 10 tahun memerintah. Adalah sedikit sentuh tentang TVET.
Nampak rasional, nak bantu penghutang PTPTN bayar hutang hanya bila gaji dah cecah RM4,000. Tetapi kita kena ambil kira pinjaman yang dibuat oleh PTPTN daripada bank-bank dan juga KWSP. Ya, PTPTN meminjam duit daripada orang lain untuk meminjamkan wang kepada pelajar-pelajar. PTPTN pinjam RM40 billion dan pinjaman ini dijamin oleh kerajaan persekutuan. Setakat 31 Disember 2016, RM40.3 billion hutang PTPTN dijamin kerajaan. Jika PTPTN gagal bayar hutang ini, kerajaan akan bayar.
Menangguhkan pembayaran sehingga gaji mencecah RM4,000 baru mula bayar balik hutang akan menyebabkan kerajaan menanggung perbelanjaan yang lebih tinggi.
Ujrah yang dikenakan kerajaan hanya 1% berbanding pinjaman pada kadar pasaran.
Kalau gaji RM4,000 baru mula bayar PTPTN, peminjam juga sepatutnya TIDAK BOLEH meminjam daripada mana-mana bank seperti pinjaman perumahan, kenderaan atau peribadi. Bayaran ansuran PTPTN paling tinggi untuk pelajar IPTS dengan pinjaman maksima RM52 ribu dan tempoh bayaran balik 10 tahun sekitar RM470 sebulan. Kalau IPTA lebih rendah.
Pinjaman kereta dan rumah bayaran ansurannya lebih tinggi daripada pinjaman PTPTN. Mulakan dengan bayaran pinjaman pendidikan sebelum ambil komitmen lain. Termasuklah yang ke luar negara terutamanya atas alasan bercuti. Pergi ke Korea Selatan, Jepun, Eropah boleh tapi bayar PTPTN RM2-3 ratus setahun tak boleh? Bila kena tahan di imigresen meracau-racau salahkan kerajaan zalim? Yang zalim tak bayar hutang sebabkan adik-adik tak boleh dapat pinjaman penuh tu tak nak kira?
Berkenaan pendidikan percuma pula kini pembangkang kata hanya selepas 10 tahun baru mereka akan boleh laksanakan pendidikan percuma universal di peringkat tertiari. Kononnya nak audit dan buat kajian dulu. Nak hapuskan GST, turunkan cukai tapi nak bagi pendidikan percuma. Pergi tengok negara yang bagi pendidikan percuma berapa kadar cukai pendapatannya, berapa kadar cukai VAT (GST) nya.
3. Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2016: http://www.anm.gov.my/…/4-penyata-kewangan-kerajaan-perseku…
********************************************
3. PELAKSANAAN GAJI MINIMA RM1,500 DI SELURUH NEGARA
Cadangan pembangkang adalah kos menaikkan gaji minima kepada RM1,500 daripada RM1,000 sekarang akan dikongsi bersama oleh kerajaan dan majikan iaitu RM250 bagi setiap pekerja.
Walaupun RM250 sahaja yang akan ditanggung oleh majikan tetapi bagi perniagaan kecil dan sederhana (SME) jumlah ini boleh dikatakan besar. Kalau ada 4 pekerja sudah tambahan RM1,000 sebulan. Itu belum campur lagi dengan sumbangan KWSP dan SOCSO bahagian majikan yang juga akan bertambah seiring dengan kenaikan gaji pekerja.
900 ribu atau 97% daripada perniagaan di Malaysia adalah perniagaan kecil dan sederhana. Mereka menggaji 5.7 juta pekerja hampir separuh daripada jumlah pekerja di Malaysia. Jika gaji minimum dinaikkan secara drastik kepada RM1,500 kebanyakan SME ini akan terkesan, kos akan meningkat dan akan menyebabkan mereka terpaksa memberhentikan pekerja.
Kesannya bukan sahaja pekerja tidak dapat merasai kenaikan gaji, malah mereka akan hilang pekerjaan dan seterusnya menyumbang kepada kenaikan kadar pengangguran.
Di bawah Perintah Gaji Minima (2012) paras gaji minima akan disemak setiap 2 tahun sekali. Kali terakhir semakan dibuat pada tahun lepas dinaikkan daripada RM900 kepada RM1,000 untuk Semenanjung dan RM800 kepada RM920 untuk Sabah dan Sarawak. Tahun depan (2018) paras gaji minima akan disemak dan hampir pasti ia akan naik tetapi tidak setinggi RM1,500.
Kenaikan gaji minima perlulah pada kadar yang boleh ditampung oleh majikan seiring dengan produktiviti pekerja. Kalau naikkan gaji minima, banyak yang hilang pekerjaan tidak ada gunanya.
Yang menghairankan saya, Pengerusi Pakatan Harapan Dr. Mahathir bin Mohamad adalah penentang kuat dasar gaji minima. Di dalam blog Mahathir minggu lepas beliau mengumpamakan gaji minima sebagai dasar populis Najib untuk meraih sokongan rakyat.
Semalam Pakatan Harapan keluarkan janji menaikkan gaji minima kepada RM1,500. Itu dasar apa pula?
Mungkin benarlah kata sesetengah orang, yang berkuasa sebenarnya dalam Pakatan Harapan adalah DAP, bukannya Mahathir bukannya Anwar.
4. SKIM SEWA BELI UNTUK SEMUA RAKYAT MEMILIKI RUMAH
Menurut Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2016, 76.3% isi rumah di Malaysia memiliki rumah, 19.6% menyewa dan selebihnya duduk di kuarters.
Skim sewa beli rumah tidak akan menyelesaikan masalah perumahan di Malaysia iaitu bekalan rumah mampu milik yang tidak mencukupi. Kebanyakan rumah yang dibina adalah untuk segmen mewah.
Kalau tidak cukup rumah dibina, rumah apa yang hendak disewakan kepada rakyat?
Apakah mekanisma skim sewa beli ini? Rumah manakah yang akan disewakan? Dasar perumahan pembangkang nampak seperti melepaskan batuk di tepi tangga mungkin kerana mereka ketandusan idea. Bina perumahan mampu milik untuk rakyat tidak menarik seperti menghapuskan GST, pendidikan percuma, menaikkan gaji minima agaknya?
Rujukan:
1. Penemuan Utama Perusahaan Kecil dan Sederhana 2016: https://www.dosm.gov.my/v1/index.php…
2. Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2016:https://www.dosm.gov.my/v1/index.php…








No comments: