Wednesday, June 20, 2012

Suruhanjaya Antara Agama Interfaith Commission IFC


14 Tuntutan IFC Terhadap Umat Islam


1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
   
2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka(murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
   
3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.
   
4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam
   
5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam(murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.
   
6. Seseorang atau pasangan suami-isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.
   
7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya..
   
8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
   
9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
   
10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
   
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
   
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
   
13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
   
14. Sepatutnya islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
credit to : http://www.jais.gov.my/isuagama/ifc.php


Mereka yang terlibat dalam IFC


Dalangi oleh beberapa pemimpin dalam Pakatan Rakyat antaranya adalah Sivarasa a/l Rasiah ( Naib Presiden PKR ), Tian Chua ( Ketua Penerangan PKR ), Ronnie Liu ( Setiausaha Hal Ehwal Pertubuhan Badan Bukan DAP Pusat ), Elizabert Wong Keat Peng ( Ketua Penerangan Wanita PKR ) dan juga NGO-NGO yang lain.



KRONOLOGI CADANGAN PENUBUHAN IFC
1. Tahun 2000 - Jawatankuasa Hak Asasi (the Human Rights Committee - HRC ), Bar Council dan HAKAM telah memberi perhatian terhadap kebebasan beragama dengan menganjurkan "Forum on freedom of religion" pada December 2000.

2. Dalam 2001, Bar Council menubuhkan satu sementara jawatankuasa (pro-tem committee) untuk cadangan pembentukan sebuah badan berkanun yang dipanggil Inter-Religious Council (IRC). Presiden Bar Council adalah Haji Sulaiman Abdullah.

3. Pada 8 Disember 2001, Bar Council menganjurkan satu perayaan 'Festival of Rights' dengan tema 'Kebebasan Beragama'.

4. 10 Disember 2001, Bar Council menganjurkan forum mengenai 'Kebebasan Beragama' dan menerbitkan satu artikel khusus tentang kebebasan agama yang dinamakan jurnal INSAF.

5. 17 Mei, 2003, Bar Council menganjurkan bengkel satu hari diadakan dan diwujudkan Jawatankuasa Pemandu Suruhanjaya Antara Agama-Agama untuk menguruskan persidangan kebangsaan dan mencadangkan usul. Presiden Bar Council adalah Mah Weng Kwai. Kecuali Sisters In Islam, kesemua NGO Islam termasuk ABIM, ACCIN, JUST (diketuai Dr. Chandra Muzaffar) menarik diri serta membantah cadangan usul tersebut.

6. Pertengahan tahun 2004, satu persidangan penubuhan IRC telah dibentuk. Presiden Bar Council adalah Kuthubul Zaman Bukhari.

7. 24- 25 Februari 2005, Jawatan Pemandu Suruhanjaya Antara Agama-Agama dengan kerjasama Bar Council, Malaysian Interfaith Network (MIN) dan ditaja Konrad Adeneur Foundation (KAF)telah mengadakan persidangan peringkat Kebangsaan, di Hotel Equatorial, Bangi Selangor. Satu Plenary Statement dan Bil Draf telah diambil daripada wakil-wakil, serta memberi mandat kepada jawatankuasa pemandu untuk membawa tindakan selanjutnya. Turut hadir sebagai peserta Dr. Patricia Martinez, Teresa Kok dan Sivarasa Rasiah. 

8. Februari 2005, Jawatankuasa pemandu dan Bar Council menghantar Plenary Statement dan Bil Draf kepada kepada pihak kerajaan, tetapi cadangan itu tidak dilayan. Bar Council ketika itu diketuai Khutubul Zaman Bukhari.

9. 25 Februari 2005, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Abdullah Md Zin membidas Majlis Peguam kerana mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

SIAPA DI BELAKANG IFC?

Terdapat dua badan yang baru muncul semasa Persidangan Peringkat Kebangsaan, Jawatankuasa Pemandu IRC di Hotel Equatorial, Bangi Selangor pada 24- 25 Februari 2005, iaitu Konrad Adeneur Foundation (KAF) dan Malaysian Interfaith Network (MIN). Kedua-dua badan ini muncul ketika saat terakhir ketika Jawatankuasa Pemandu IFC telah menyiapkan Bil Draf IFC untuk dihantar kepada kerajaan.

Dato Anwar Fazal, Presiden Malaysian Interfaith Network (MIN), Datuk Kuthubul Zaman Bukhari dan Haris Ibrahim. Haris merupakan kawan rapat Malik Imtiaz yang sama-sama menggerakkan IFC dan Kumpulan Artikel 11. Manakala Kuthubul Zaman merupakan bekas Presiden Bar Council yang menghantar draf usul IFC kepada kerajaan.

Beliau juga merupakan bekas Presiden Rotary Club, Johor. (Rotary Club merupakan rangkaian pertubuhan Yahudi seluruh dunia). Adakah kedua-dua badan ini turut merupakan penaja utama yang menggerakkan agenda IFC secara tersembunyi sebelum ini dan akan muncul secara semuanya selesai? Peter Schier, wakil KAF di Malaysia dalam wawancaranya dengan The Sun, mengakui badannya telah menaja IFC sejak tahun 2003, tetapi telah dinasihati oleh Malik Imtiaz (Jawatankuasa Pemandu IFC) agar jangan muncul lagi kerana beliau sedang berusaha memujuk NGO Islam menyokong usaha itu.

Menurut Malik Imtiaz, sekiranya KAF muncul bersama-sama NGO Islam, hasrat memujuk mereka akan gagal, kerana latar belakang KAF, sebuah yayasan Kristian dari Jerman yang turut mendapat dana daripada AJC (American Jewish Committee).

Tetapi apabila semua NGO Islam (kecuali Sister In Islam) menarik diri, KAF & MIN telah muncul pada program Bar Concil pada tahun 2005. Kata Peter Schier, "Kami telah menyokong usaha untuk merangka satu usul untuk menubuhkan Suruhanjaya Antara Agama sejak akhir 2003.

Saya telah diminta untuk menyokong usaha ini pada peringkat awal tetapi sesetengah pihak meminta saya untuk tidak telibat kerana, menurut mereka, pendekatan yang digunakan oleh Jawatankuasa Penaja Terhadap Penubuhan Suruhanjaya Antara Agama Malaysia, mungkin merupakan satu strategi berunding dengan kumpulan Islam 'aliran utama', dan oleh yang demikian, saya tidak menyatakan dengan jelas pendirian yayasan ini secara jelas menyokong usaha itu. Pada peringkat seterusnya, permintaan yang lain telah dibuat untuk sokongan".

MIN pula sebuah badan yang ditubuhkan khusus pada 15 Februari 2003 bertujuan untuk menjayakan agenda pluralisme agama di Malaysia. Badan ini dipengerusikan oleh Dato Anwar Fazal yang merupakan bekas aktivis United Nations Development Programme (UNDP) projects Asia Pacific.

MIN mempunyai 20 badan gabungan termasuk KAF, Institut Kajian Dasar (IKD), Sister In Islam, MCCBCHS, Council of Churches of Malaysia, Rotary Club, Taiping (pertubuhan rangkaian Yahudi) dan lain-lain. MIN mendapat dana daripada "The Pluralisme Project, Havard University" Amerika yang ditaja oleh dua badan Yahudi Amerika terkemuka iaitu Ford Foundation dan Rockefeller Foundation.

SIAPA DALANG SEBENAR IFC?

Berdasarkan huraian di atas, jelas menunjukkan KAF (Yayasan Kristian Jerman) dan MIN (Tajaan yayasan Yahudi Amerika) menggunakan prokasi Malik Imtiaz dari Bar Council dan HAKAM merupakan dalang sebenar cadangan penubuhan IFC. Tetapi benarkah Malik Imtiaz merupakan target utama KAF dan MIN, atau beliau sekadar perantara yang boleh dikambinghitamkan?

Mungkinkah dalang sebenar, tidak muncul dalam pertemuan-pertemuan di atas, sepertimana, KAF dinasihatkan tidak muncul dalam pertemuan IFC 2003, kerana hendak menjaga sensitiviti Islam? Untuk mencari jawapan, perlu dilihat kaitan di antara badan-badan itu. Malik Imtiaz merupakan Presiden HAKAM.

Antara pengasas awal HAKAM adalah dua orang aktivis pelajar hak asasi Australia iaitu Tian Chua dan Elizabert Wong.

Tian Chua adalah Ketua Penerangan PKR manakala Elizabert Wong pula Ketua Penerangan wanita PKR merangkap exco kerajaan PKR Selangor. Peter Schier merupakan wakil KAF Malaysia telah menaja badan pemikir Anwar sejak 1984, ketika itu dipengerusikan oleh Kamaruddin Jaafar (kawan rapat Anwar dalam ABIM).

Selepas Anwar dipecat UMNO, Kamaruddin masuk parti PAS dan jawatannya di IKD telah diambilalih oleh Khalid Jaafar (bekas Setiausaha Akhbar Anwar) hingga sekarang.

Menurut Peter Schier (KAF Malaysia), yayasan itu telah bertapak di Malaysia sejak 30 tahun lalu menaja badan pemikir, Anwar Ibrahim, IKD, sejak tahun 1984, sehinggalah Anwar muncul tokoh politik terkemuka di tanah air sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Walaupun Anwar dipenjarakan di Sungai Buloh, KAF tidak berhasrat menghentikan penajaan kepada badan pemikir Anwar (IKD) itu, sebaliknya tajaan diteruskan hingga ke hari ini.

Semasa Anwar di penjara, KAF berusaha mencari tokoh baru yang rapat dengan pejabat TPM. Tokoh yang dimaksudkan itu adalah Abdul Razak Baginda yang mempunyai badan pemikirnya sendiri dinamakan Malaysian Strategic Research Centre (MSRC). Razak Baginda dan MSRC pula digembar-gemburkan sebagai badan pemikir TPM, Najib.

Malangnya Razak Baginda menghadapi kes di mahkamah dan bantuan KAF terpaksa dihentikan. Tetapi dalam masa sama, KAF masih meneruskan tajaan kepada IKD.

Bermakna agenda KAF dan badan penaja asing adalah berusaha menembusi 'orang no 2' dalam kerajaan Malaysia, kerana apabila bakal PM itu telah ditaja sepenuhnya maka agenda penaja untuk mewujudkan masyarakat pluralisme dan IFC akan berjaya.

JADI SIAPAKAH DALANG SEBENAR IFC?

Kalau hanya bergantung kepada Malik Imtiaz, karismanya tidak hebat, kerana beliau hanya seorang Presiden HAKAM dan peguam Bar Council yang tidak mampu mengubah sistem politik dan pentadbiran negara. Sama ada Yayasan Kristian (KAF) atau Yayasan Yahudi Amerika (MIN), mereka memerlukan seorang pemimpin politik negara yang berkarisma yang bakal menjadi PM.

Tidak guna kedua-dua badan itu melabur wang begitu banyak tanpa hasil yang setimpal. Jadi persoalannya, pemimpin politik negara yang manakah yang dikatakan sedang berusaha mengembar-gemburkan bakal menjadi PM itu? Jawapannya bergantung kepada budi bicara anda.

Berikut merupakan pandangan Malik Imtiaz, Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Suruhan Antara Agama-agama disiarkan dalam Aliran Monthly Vol 25 (2005): Issue 6.2005 bertajuk "INTER-RELIGIOUS DIALOGUE-We are committed to dialogue-A response to criticism of the Interfaith Commission Initiative".

KAMI KOMITED DIALOG ANTARA AGAMA(Oleh Malik Imtiaz Sarwar)

Ia merupakan tidak berasas bahawa sesetengah pihak telah memilih untuk memberikan gambaran yang salah terhadap usaha Jawatankuasa Pemandu dan usaha itu sendiri. Kesemua gambaran yang salah ini adalah dibuat secara semberono dan diterbitkan dengan tidak mengendahkan kepada kebenaran. Mereka mahukan kesan yang tidak menguntungkan dalam melemahkan satu keperluan dan usaha yang bernilai oleh masyarakat awam. 

Kesemua tuduhan dan gambaran yang salah ini telah memanjangkan kesan yang dikesali dalam mewujudkan ketegangan yang tidak pernah wujud sebelum ini. Tujuan kenyataan ini adalah untuk menerangkan usaha dan draf Usul, yang merupakan hasil akhir daripada Persidangan yang telah diadakan di Bangi pada Februari 2005.

APAKAH SURUHANJAYA ANTARA AGAMA?

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pemuda PAS (Perlis), Suruhanjaya Antara Agama adalah :

"...sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (baca: Islam) akibat desakan penganut agama lain. Badan ini berfungsi mirip sebuah Mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit."

Ini adalah khayalan. Suruhanjaya yang dicadangkan dengan apa-apa cara sekalipun bukan sebuah badan yang dapat membuat keputusan secara formal. Ia merupakan sebuah badan penasihat, perundingan dan perdamaian, dan ini telah dinyatakan berulang kali di dalam laporan media dan juga di Persidangan Usaha ke Arah Suruhanjaya Antara Agama Malaysia.

Fakta bahawa Suruhanjaya yang dicadangkan ini tidak mempunyai kuasa membuat keputusan secara formal telah dinyatakan secara jelas dalam draf Usul seksyen 4(2), yang dibaca:

"Suruhanjaya pada sepanjang masa akan melaksanakan fungsinya secara bebas sebagai sebuah badan penasihat, perundingan dan perdamaian." Ini telah diperkukuhkan lagi dengan kuasa Suruhanjaya yang dicadangkan seperti yang telah disyorkan di bawah draf Usul. Di antara kuasa utamanya seperti yang dicadangkan adalah kuasa :

"untuk menggalakkan kesedaran terhadap rukun dan kepercayaan pelbagai agama dan kepercayaan di dunia....." (seksyen 5(i)(a)) "untuk menasihati Kerajaan atau Pihak berkuasa yang berkaitan aduan kepada pihak berkuasa yang berkenaan dan mencadangkan kepada pihak berkuasa tentang langkah sesuai yang perlu diambil" (seksyen 5(1)(b)) "untuk menyelesaikan sebarang pertikaian atau

memperbetulkan sebarang tindakan atau kegagalan tindakan, datang daripada atau membentuk satu pelanggaran keharmonian undang-undang dengan cara perantaraan, perundingan atau perdamaian" (seksyen 5(1)(i)).

Ini dijernihkan dengan peruntukan yang dijalankan, sebagai contoh, seksyen-seksyen tersebut yang menterjemahkan kuasa lebih meluas atau kecekapan kepada tindakan. Berhubung perkara ini, Bahagian III meletakkan peruntukan yang dijalankan. Kesemua ini dihadkan kepada soal-jawab yang dikendalikan atau menganjurkan sesi perantaraan, perundingan atau perdamaian dan mencadangkan kes tersebut mungkin, sama dengan ruang lingkup kuasa SUHAKAM, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia.

Tiada peluasan bidang kuasa. Yang utama, tiada kuasa untuk mengubah rukun agama. Tiada kuasa untuk mencampuri kuasa Mahkamah Syariah.

KENAPA SURUHANJAYA ANTARA AGAMA PERLU?

Secara ringkas, tiada satu proses formal yang wujud untuk dialog antara agama pada waktu ini. Juga tiada sebarang mekanisme untuk membentuk dasar antara agama yang berhubungan dalam negara. Tambahan pula, satu-satunya cara penyelesaian pertikaian adalah dengan tindakan undang-undang di mahkamah untuk kepentingan keamanan untuk wujud bersama, perlu dijadikan cara terakhir dalam menyelesaikan pertikaian. Hakikatnya kekal bahawa dengan adanya pelbagai budaya dan pelbagai agama.

Terdapat sempadan yang akan mewujudkan pergeseran seperti dengan wujudnya konflik kepercayaan dan budaya. Pergeseran ini tidak berlegar di sekitar isu-isu murtad tetapi melibatkan isu lain seperti pembinaan dan penyelenggaraan rumah ibadat dan isu penyebaran agama lain.

Peserta Persidangan Nasional menyedari perkara ini, selanjutnya satu langkan yang membina dan konkrit perlu diwujudkan untuk berhadapan dengan pergeseran dan bukan secara konfrontasi serta tidak berkaitan politik.

Oleh yang demikian, persidangan tersebut telah mengesahkan Suruhanjaya yang dicadangkan sebagai satu-satunya jalan penyelesaian kepada masalah untuk diterima dan disalurkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk resolusi, yang secara dinamiknya sama seperti SUHAKAM, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia.

Kewujudan Suruhanjaya yang dicadangkan ini akan mengesahkan sikap ambil berat kesemua mereka yang berkenaan. Selanjutnya, statusnya yang bebas akan menimbulkan keyakinan. Pada akhirnya, dapat menggalakkan perpaduan nasional yang sebenar.

Dialog Antara Agama telah dicadangkan sebagai satu alternatif kepada Suruhanjaya yang dicadangkan, dan sudah tentu satu daripada objektif Suruhanjaya (yang dicadangkan), dialog mempunyai batasannya. Dialog antara agama merupakan satu langkah penting dengan meneruskan hubung kait dalam memelihara persefahaman dan interaksi walaupun terdapat perbezaan di antara agama.

Suruhanjaya yang dicadangkan, bagaimanapun, dijangka sebagai melengkapkan usaha-usaha seperti hanya dalam bidang 'dialog?sahaja, tidak akan menyelesaikan masalah sebenar. Dalam maksud ini, seperti yang dinyatakan di atas, Suruhanjaya yang dicadangkan akan menjadi saluran untuk mengetengahkan masalah kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk perhatian dan penyelesaian.

ADAKAH SEBARANG AGENDA TERSEMBUNYI?

Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN) atau Jawatankuasa Penyelaras Bersekutu NGO Islam mengemukakan bahawa terdapat satu agenda tersembunyi dalam penganjur Usaha.

ACCIN menyatakan AGENDA TERSEMBUNYI IFC :

- IFC cuba untuk melangkau dan merampas kuasa Badan Agama Islam Negeri
- IFC akan melangkau Mahkamah Syariah
- IFC mahu menggunakan Mahkamah Sivil untuk menentukan Perkara Berkaitan Agama Islam
- Pembentukan IFC merupakan satu campur tangan dalam Hubungan Intra-Muslim (BUKAN Hubungan Antara Agama)
- IFC pada akhirnya akan melanggar hak Muslim untuk mengamalkan Islam dengan berpandukan kepada Pengajaran Quran Yang Suci dan Hadis Bermaksud, ACCIN dan yang lain hanya memberikan jawapan tentang rasa bimbang tersebut tidak menghuraikan kenapa mereka percaya kepada tuduhan tersebut. 

Kebenarannya adalah secara keseluruhannya tiada asas kepada mana-mana tuduhan itu. Ini dapat dilihat daripada perkara berikut.
Pertama, draf Usul tidak mengandungi sebarang peruntukan untuk Suruhanjaya yang dicadangkan untuk melangkau Badan Agama Islam Negeri atau Mahkamah Syariah. Tiada peruntukan dalam mensasarkan untuk membenarkan Suruhanjaya yang dicadangkan untuk menggunakan Mahkamah Sivil untuk menentukan. Tiada peruntukan untuk melemahkan Islam.

Kedua, tiada penjelasan telah diberikan seperti bagaimana Suruhanjaya yang dicadangkan akan campur tangan dalam hubungan Intra-Islam atau bagaimana Suruhanjaya akan melanggar hak-hak untuk mengamalkan Islam. Kesemua tuduhan ini disensasikan dan dimanipulasi daripada pandangan awam menentang usaha ini.

Ketiga, terdapat banyak organisasi dan individu yang menyokong usaha ini, termasuk Muslim. Dengan mengatakan bahawa, tiada persetujuan telah dicapai ke atas pelbagai perkara. 173 peserta telah menghadiri Persidangan dan mengesahkan draf Usuk seperti yang dipersetujui pada akhirnya.

Draf Usul merupakan hasil akhir persetujuan peserta Persidangan. Ini termasuk Muslim. Cadangan ini tidak munasabah. Para peserta dengan merujuk kepada semua agama dan percaya kepada hak yang lain untuk menyatakan keyakinan terhadap agama mereka sendiri. Peserta tidak mengaitkan diri mereka dengan draf usul sekiranya ia seperti yang digambarkan oleh ACCIN dan kritikan lain.
Keempat, draf Usul hanyalah satu draf. Ia bukanlah undang-undang sehingga Parlimen menjadikannya sebagai undang-undang. Ini berkaitan dengan perkara yang berkaitan Parlimen dan Kerajaan. Kritikan telah memberikan tanggapan bahawa Suruhanjaya yang dicadangkan telah diwujudkan dan ini melalui cara fait accompli (sesuatu keputusan yang sudah ditetapkan, dengan membiarkan mereka yang terlibat tiada pilihan kecuali untuk menerima). Ini tidak masuk akal.

Banyak yang telah diperkatakan terhadap memorandum yang dikeluarkan oleh Malaysian Consultative Council on Buddhism, Chistianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS) atau Majlis Perundingan Malaysia ke atas Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh dan peranan utama yang dimainkan oleh MCCBCHS dalam Usaha itu. 
MCCBCHS hanya satu daripada pelbagai organisasi yang menyokong. Ketika wakil daripada MCCBCHS mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan mereka, peluang yang sama telah diberikan kepada semua yang hadir ketika mesyuarat Jawatankuasa Pemandu.

Ia telah dijelaskan sepanjang masa kepada NGO Islam bahawa mereka bebas untuk menghadiri mesyuarat seperti itu dan menyuarakan pandangan mereka. Apa yang menyedihkan mereka memilih untuk tidak, dan mengutuk usaha itu walaupun sebelum ini memberikan peluang kepada mereka untuk menghargai sepenuhnya.

Memorandum yang dirujuk telah diterima oleh Jawatankuasa Pemandu yang terdahulu, Jawatankuasa Pro-Tem, yang mensasarkan untuk menganjurkan satu bengkel bagi mengukur reaksi masyarakat awam terhadap usaha seperti ini.

Memorandum- memorandum lain yang diterima termasuk satu daripada kumpulan Muslim. Kesemua ini cuma meningkatkan dan memberi peringatan tentang kebimbangan masyarakat yang diwakili oleh kumpulan ini. Memorandum- memorandum ini bukan cuba untuk melemahkan Islam atau mencabar rukunnya.

Pada apa-apa keadaan, ia tidak benar untuk menggambarkan memorandum MCCBCHS sebagai mewakili usaha pada mana-mana peringkat. Bengkel yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pro-Tem berjaya. Lebih kurang 100 individu, termasuk Muslim, menghadiri dan sebulat suara bersetuju bahawa satu persidangan nasional perlu untuk mempertimbangkan cara yang terbaik untuk melaksanakan cadangan tersebut.

Bengkel tersebut juga memberikan mandat kepada Jawatankuasa Pemandu untuk menganjurkan persidangan nasional dan mengambil langkah-langkah yang wajar. Persidangan dan draf Usul dibentangkan merupakan hasil kerja Jawatankuasa Pemandu dan masyarakat awam yang luas.

ADAKAH USAHA INI ANTI-ISLAM?

Untuk menjadi anti-Islam ianya secara keseluruhan memfokuskan ke atas memusnahkan agama dan kesemua prinsip yang dipegangnya. Tiada asas untuk tuduhan ini untuk dijadikan tentangan terhadap individu dan organisasi dalam usaha. Juga tidak sama seperti yang dinyatakan oleh draf Usul.

Tuduhan tersebut menguatkan lagi kejahilan secara keseluruhan usaha, penyokongnya atau konteksnya, dan kurangnya kesanggupan untuk memahami atau bertanya, atau niat untuk memanipulasi persepsi umum.

Terdapat beberapa cara di mana ini boleh dilihat :

Draf Usul tidak membuat sebarang rujukan kepada mana-mana agama, Islam dan sebagainya. Oleh yang demikian ia tidak memfokuskan kepada Islam. Sekiranya ia tidak memfokuskan kepada Islam, ianya tidak boleh dikatakan 'anti'. Kritikan telah cuba untuk memberikan asas kepada tuduhan mereka dalam beberapa cara :

ACCIN menyatakan
 :

"Pihak Penaja jelas menunjukkan sikap yang anti-Islam. Ini adalah kerana beberapa memorandum yang dikeluarkan oleh mereka sebelum ini seperti berikut:

Seseorang Muslim patut diberi hak untuk meninggalkan Islam walaupun agama Islam tidak membenarkannya;

Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan seharusnya digunapakai dalam menentukan hak seseorang Muslim memilih untuk murtad, dan bukannya undang-undang syarak;

Untuk memudahkan proses murtad Mahkamah Sivil dan bukannya Mahkamah Syariah yang seharusnya diberi kuasa menentukan hak seorang Muslim itu keluar dari agamanya;
Usaha yang diambil oleh Pihak Berkuasa Syariah Negeri memulihkan orang-orang yang bakal murtad dipertikaikan;

Istilah "Muslim" di bawah Undang-undang Enakmen Negeri terlalu luas walaupun didapati konsisten dengan undang-undang Syariah;

Seseorang itu tidak harus dianggap Muslim hanya disebabkan kedua Ibu bapanya Muslim atau beragama Islam atau dalam keadaan lain berdasarkan Undang-undang Syariah. Individu berkenaan sepatutnya membuat pilihan atas kehendaknya sendiri;
Agama seseorang Muslim itu tidak sepatutnya tercatat pada Kad Pengenalannya."
Dengan gaya yang sama, TERAS menyatakan dalam laman webnya:

APAKAH MATLAMAT PENUBUHAN IFC?

Matlamat IFC ialah untuk meminda beberapa ajaran asas Islam yang bakal merugikan orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang-orang bukan Islam.

Apakah tuntutan orang-orang bukan Islam yang dibuat melalui IFC?

- Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

- Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

- Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

- Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

- Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam.

- Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

- Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

- Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pesakanya selepas kematiannya.

- Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid. Kerajaan juga perlu membenarkan pembinaan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam tanpa perlu adanya peraturan-peraturan tertentu.

- Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

- Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

- Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

- Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

- Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

- Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah."

Perkara-perkara ini secara jelas menunjukkan kurangnya pemahaman dan niat usaha ini. Kesemua perkara ini tidak diangkat oleh Jawatankuasa Pemandu juga oleh draf Usul sendiri. Tuduhan tersebut tidak berasas. 

Secara hakikatnya perkara tersebut dibangkitkan oleh TERAS dilihat lebih kepada aduan dengan merujuk kepada mana-mana dan setiap isu dan ia dipercayai untuk dijadikan sebahagian daripada mandatnya untuk melontarkan pandangan. Bagaimana kesemua ini berkaitan dengan usaha ini masih menjadi misteri.
Tiada apa yang boleh dilakukan oleh Suruhanjaya yang dicadangkan untuk menyatakan perkara-perkara yang dinyatakan oleh ACCIN, TERAS dan lain-lain memandangkan ia hanya sebuah badan penasihat dan perundingan.

Dalam mana-mana keadaan, kesudahannya Pesuruhjaya - pesuruhjaya yang dilantik sepatutnya mempertimbangkan cara terbaik untuk bergerak ke hadapan dalam lingkungan undang-undang. Perkara-perkara yang ditimbulkan oleh ACCIN, TERAS dan lain-lain merupakan satu putar belit kebenaran. 

RINGKASAN DIALOG
Jawatankuasa Pemandu (sebelum ini Jawatankuasa Protem) dengan tegas percaya kepada dialog. Terdapat banyak dialog di antara semua individu yang menghadiri mesyuarat dengan mewakili organisasi mereka atau sebagai individu.

Jawatankuasa telah menggunakan masa mereka untuk menjelaskan segala kebimbangan bahawa Jawatankuasa membuka pintu untuk dialog di atas apa jua perkara yang menimbulkan kebimbangan.

Jawatankuasa Pemandu masih lagi komited kepada dialog, terutamanya dengan organisasi-organisasi seperti ACCIN, TERAS dan PAS dan mengalukan kemungkinan organisasi tersebut mengambil peluang untuk melakukan perkara sedemikian.

Jawatankuasa Pemandu percaya bahawa Usaha ini adalah satu keperluan, sangat berharga dan tidak ternilai ke arah melangkah ke hadapan dalam evolusi masyarakat kita. Ia merupakan cara untuk lebih merapatkan kita kepada Bangsa Malaysia yang kita semua harapkan. Ruang konfrontasi yang telah diambil hanya akan terus memecahkan kita.
Credit to MYKMU.NET

No comments: