Menghapuskan cukai
kenderaan, baik atau buruk ?
1. Baru-baru ini, Pakatan Rakyat mengumumkan janji mereka seterusnya untuk menghapuskan cukai kenderaan sekiranya diberi peluang memerintah. Cukai kenderaan di Malaysia ini merangkumi duti import, duti eksais dan cukai jualan.
2. Sebelum blog ini meneruskan perbincangan, perlu ditekankan bahawa analisa dibawah dibuat hanya untuk kenderaan bermotor (tidak termasuk MPV/VAN, 4WD dan kenderaan komersial).
3. Untuk makluman duti import hanya dikenakan keatas kenderaan yang diimport sepenuhnya (CBU) dan kenderaan yang dipasang (CKD) dari luar Negara Asean. Bagi kenderaan CBU dan CKD dari tempatan dan Asean, tiada duti import yang dikenakan (0%). Duti eksais dan cukai jualan dikenakan keatas semua kenderaan samada CBU, CKD Asean ataupun diluar Asean.
4. Mengikut data terkini, duti import yang dikenakan bagi kenderaan dari luar Asean adalah 30% (bagi CBU) dan 10%(bagi CKD). Duti eksais bagi semua kenderaan CBU dan CKD adalah dari 75% - 105% bergantung kepada cc dan cukai jualan adalah 10% bagi semua kenderaan.
5. Untuk pengetahuan juga, duti eksais dan cukai jualan juga dikenakan keatas kenderaan tempatan seperti Proton. Oleh itu, bagi kenderaan CBU dan CKD dari Asean, tidak ada beza cukai dan duti eksais dengan kereta Proton. Semuanya sama.
6. Oleh itu, kenyataan bahawa cukai dikenakan untuk melindungi Proton adalah tidak benar. Kalau dahulu ye, tapi semenjak tahun 2005, ianya telah berubah. Oleh itu, Proton semenjak tahun 2005 telah bersaing dengan kenderaan-kenderaan dari Asean (CBU & CKD) diatas gelanggang yang sama (same level playing field). Kenderaan CBU dan CKD dari Asean adalah kenderaan-kenderaan yang dipasang di Negara-negara Asean dan diimport ke Malaysia dan juga kenderaan yang dipasang di Malaysia dengan menggunakan komponen yang diimport dari Asean.
7. Sekarang berbalik kepada isu penghapusan cukai kenderaan yang dicadangkan oleh PR.
8. Seperti biasa, Pakatan Rakyat menabur janji tanpa berfikir panjang. Mereka gemar membuat janji manis untuk meraih undi tanpa memikir apakah kesan-kesannya dan sejauh mana tindakan itu mendatangkan faedah. Mereka berharap agar terdapat masyarakat yang tidak mahu berfikir panjang terbuai dan terpedaya dengan janji manis mereka.
9. Sekiranya penghapusan cukai itu dibuat bertujuan untuk mengurangkan beban rakyat,sebenarnya ianya tidak begitu signifikan. Kalau ianya untuk mengurangkan beban orang kaya, mungkin ya kerana orang kaya akan lebih mendapat faedah daripada penghapusan cukai ini.
10. Ini kerana penghapusan cukai-cukai ini akan memberi impak yang lebih besar kepada kenderaan-kenderaan mewah yang harganya mahal. Bagi kenderaan rakyat kebanyakkan yang biasanya menggunakan kenderaan berharga murah, tindakan ini tidak memberi kesan yang ketara sebaliknya mungkin menjejaskan kebajikan rakyat berpendapatan rendah.
11. Sebelum blog ini meneruskan perbincangan, sila lihat perbezaan harga ini. Untuk menjangkakan perbezaan harga apabila cukai-cukai dihapuskan, saya menggunakan harga kenderaan di Pulau Langkawi sebagai panduan. Kenderaan di Pulau Langkawi tidak dikenakan cukai.
1. Toyota Camry 2.0G (D-segment cars)
- RM 158,XXX
- RM 104,XXX
2.Toyota Altis 1.6E (C-segment cars)
- RM 107,XXX
- RM 68,XXX
3.Toyota Vios 1.5E (B-segment cars)
- RM 82,XXX
- RM 62,XXX
4.Proton Preve 1.6 Exec (C-segment cars)
- RM 63,XXX
- RM 60,XXX
5.Proton Persona 1.5 (B-segment cars)
- RM 51,XXX
- RM48,XXX
6.Proton Saga FLX (B-segment cars)
RM 42,XXX
RM 40,XXX
12. Melihat kepada jadual diatas, bagi rakyat yang berpendapatan rendah, pengurangan harga
kereta tidak begitu signifikan. Kalau pada ketika ini, mereka membeli kereta berharga dalam lingkungan RM 30K – RM 40K, selepas cukai dihapuskan, kenderaan mereka juga akan berada dalam lingkungan yang sama. Kalau sebelum ini mereka terpaksa mengambil loan sebanyak RM 35K, mungkin selepas ini loan mereka adalah RM 30K. Perubahan ini terlalu kecil untuk memberi kesan.
13. Bagi golongan berpendapatan tinggi pula, tindakan ini memberi impak yang lebih berbanding rakyat berpendapatan rendah.Pengurangan harga kereta mereka adalah dalam lingkungan RM40K – RM 50K. Pengurangan yang lebih besar dapat dinikmati oleh golongan ini sekiranya mereka membeli kenderaan-kenderaan import mewah. Soalannya, siapakah yang terdiri dari golongan yang berpendapatan tinggi ini ?
14. Sekiranya ada yang mengatakan bahawa dengan pelupusan cukai ini, mereka yang hanya mampu membeli Altis sebelum ini, kini mampu membeli Camry. Iya, memang benar, tapi beban hutang mereka tetap sama. Yang berbeza adalah model kenderaan. Mereka masih berhutang RM 100K sebelum pelupusan cukai dan selepas pelupusan. Oleh itu, dakwaan bahawa ini dapat mengurangkan beban dan pinjaman adalah tidak tepat.
15. Mungkin ada yang berpendapat dengan tindakan ini, rakyat tidak perlu beli Proton dan boleh membeli kenderaan buatan Jepun.Misalnya, dengan harga Proton Preve, mereka kini boleh membeli Toyota Altis. Iye, memang benar, tapi beban hutang mereka masih sama. Dan mereka hanya memilih jenama (brand) berbanding nilai tambah. Sistem keselamatan dan pemanduan untuk Proton Preve misalnya jauh lebih baik dari Toyota Altis. Tetapi terpulanglah kalau mereka masih memilih jenama.
16. Setelah melihat bahawa tiadanya kesan positif yang signifikan, mari kita lihat kesan negatifnya pula.
17. Diantara kesan negative yang ketara adalah pengurangan pendapatan Negara, menjejaskan syarikat automotif tempatan dan ekosistemnya, menjejaskan perpindahan teknologi berimpak tinggi dan meningkatnya jumlah kenderaan dan kesesakan.
18. Selain daripada itu, penghapusan cukai secara mendadak pula akan menjejaskan pemilik kenderaan sedia ada dan syarikat kereta terpakai. Untuk makluman, Kerajaan yang sedia ada juga melakukan pengurangan cukai. Tetapi Mereka mengurangkan cukai secara berkala dan tidak mendadak supaya tidak berlaku kesan yg besar bagi pemilik kenderaan sedia ada dan sykt kenderaan terpakai. Yang mana lebih bijak?
19. Apabila pendapatan kerajaan berkurang akibat daripada penghapusan cukai yang dianggarkan sekita RM 7 billion setahun, maka kehidupan rakyat juga terjejas. Ini kerana pendapatan Negara ini disalurkan kembali kepada rakyat dalam pembangunan infrastruktur dan perbelanjaan operasi dan perkhidmatan. Majoriti golongan yang mendapat manfaat ini adalah golongan miskin dan berpendapatan rendah. Sudah pasti tanpa pendapatan seperti ini, agak sukar bagi kerajaan menyediakan pendidikan percuma, memberi bantuan kewangan kpd golongan miskin spt BR1M dan mungkin mengurangkan perbelanjaan infra Negara.
20. Untuk pengetahuan, Negara Thailand yang terkenal dengan nama `Detroit of Asia’ juga mengenakan cukai keatas kenderaan di negaranya walaupun Negara Thailand tidak mempunyai industry automotif tempatan. Cukai yang dikenakan oleh Thailand juga agak tinggi. Sebab itu harga kenderaan di Thailan tidak terlalu murah berbanding Malaysia. Mengapa Negara yang diberi jolokan `Detroit of Asia’ ini mengenakan cukai ? kerana hasil cukai ini dapat digunakan untuk membantu rakyat dan membangunkan Negara
21. Industri automotif tempatan dan ekosistemnya juga mungkin terjejas. Ini adalah kerana lumrah masyarakat di Malaysia yang suka memiliih jenama luar walaupun ada ketikanya, jenama tempatan memberi nilai yang lebih baik. Rakyat Malaysia kurang sifat patriotic berbanding rakyat Negara lain seperti Jepun dan Korea. Di Korea misalnya, walaupun kenderaan mereka berkualiti sangat rendah berbanding kenderaan luar (tahun 70an – tahun 2000an), mereka masih setia bersama jatuh bangun syarikat tempatan. Oleh kerana Malaysia kurang sikap patriotic, maka kemungkinan syarikat tempatan akan terjejas adalah tinggi. Ini bukan sahaja menjejaskan Proton, ianya juga akan menjejaskan seluruh ekosistem automotif tempatan. Anda tahu siapa yang akan rugi. Ini belum diambil kira kerugian dari segi pemindahan tekonologi berimpak tinggi.
22. Oleh itu, setelah melihat senario yang akan berlaku daripada tindakan menghapuskan cukai ini, dapat disimpulkan ianya lebih memberi kesan negative daripada positif dan lebih menguntungkan golongan kaya daripada golongan sederhana dan miskin yang lebih majority.
23. Sentiasalah berfikir sebelum bertindak. Allah menyuruh hambanya sentiasa berfikir. Janganlah terima bulat-bulat tanpa berfikir dan tanpa melihat kesan baik dan buruknya.
"mFBI"

No comments:
Post a Comment