Tuesday, February 26, 2013

BENARKAH PERNAH ADA DEMONSTRASI OLEH SAHABAT NABI?

Soalan: Ustaz, tolong komen : Sejarah Islam buktikan; Asma' bt Abu Bakar pernah kumpulkan sekelompok wanita menghadap Rasulullah shallallahu alaihi wasallam untuk menuntut beberapa hak yang dimonopoli lelaki antaranya untuk turut sama berjihad. Rasulullah shallallahu alaihi wasallam terima dan tidak marah dengan perkumpulan secara aman tersebut. Malah tiada ayat diturunkan bagi menghalang perhimpunan sedemikian.

Jawapan Ustaz Fathul Bari: Subhanallah, mereka pergi dengan kumpulan yang kecil untuk bertanyakan tentang hak. Ia BUKAN DEMONSTRASI sama sekali atas beberapa sebab:

1. mereka bukan melakukan perarakan.

2. mereka tidak berkumpul di tempat tertentu,sebaliknya langsung bertemu dengan Nabi.
3. kehadiran mereka secara berkumpulan diterima nabi.

4. Tiada di sana unsur-unsur maksiat seperti:

a. Mengakibatkan kesesakan jalan. sedang Islam menuntut agar hak2 jalan itu diberikan. Seperti: Menjaga mata, menahan diri dari melakukan kerosakan dan lain-lain.

b. Caci maki. Hal ini jelas sukar dikawal. Sedang Islam menuntut kita menjaga lisan sebagaimana Sabda Nabi shallallahu alaihi wasallam tentang Islam terbaik adalah orang Islam yang menyelamatkan saudaranya dari keburukan lisan dan tangannya (riwayat al-Bukhari)

c. Mendidik manusia agar tidak adil dalam menghukum. Sedang Islam menuntut agar adil dalam menghukum seseorang.

d. Mengumpat.

e. Bercampur lelaki dan perempuan.

f. Pembaziran masa, tenaga dan harta benda.

g. Kemarahan didahulukan sedang Islam menganjur kepada kesabaran.

h. Melanggar hak asasi manusia.

i. Melanggar hak2 pemerintah.

j. Menimbulkan huru-hara sedang Islam sentiasa inginkan keamanan.

k. Menyebabkan kekotoran sedangkan Islam mencintai kebersihan.

l. Menyebabkan ketidakstabilan ekonomi dan kerugian.

m. Mendedahkan diri kepada kemudaratan spt kecederaan dan sebagainya sedang Islam melarang dari mencampakkan diri ke dalam kebinasaan.

n. Terdedah kpd sum'ah (khabar angin) yang tidak baik tentang negara kita di luar menyebabkan golongan kuffar akan mengambil kesempatan.

o. Dikepalai oleh si Kafir yang jelas membenci hukum Islam.bersama2 dengannya akan menguatkan lagi kedudukannya. Sedang Islam perintah agar kita berkasih sayang sesama Islam.

p. Memaki pemerintah sedang Islam melarang kita hina pemerintah.

q. Hawa nafsu didahulukan agama diketepikan.

e. Membongkar keaiban pemerintah di mana ia adalah ciri-ciri khawarij yang dilaknat.

s. Berhimpun untuk menuntut kepentingan diri bukan kepentingan agama.

t. Namimah iaitu melaga2kan sesama manusia dengan menanam kebencian rakyat kepada pemerintah.

u. Mengajar manusia sombong dan bongkak.

v. Menanamkan semangat pemberontakan sedangkan Islam menuntut agar wujud di sana Islah dan perdamaian.

w. Mendidik masyarakat agar terus beriman dengan demokrasi sedangkan kita dituntut menjunjung Al-Quran dan Al-Sunnah sesuai dengan petunjuk salaf melebihi segala-galanya. Keberadaan kita dalam sistem ini, bukanlah bererti kita wajib menerima semua. Sebaliknya kita wajib berusaha sedaya mampu untuk mempromosikan Islam melebihi demokrasi.

x. Menjadikan manusia saling tuduh menuduh tanpa bukti dan asas yang kukuh.

y. Hilang sikap hormat menghormati antara satu dengan yang lain.

z. Menyebabkan manusia muflis di akhirat (sila rujuk hadis muflis) kerana melanggar hak2 manusia.

Dan banyak lagi bukti kemaksiatan DEMONSTRASI. Dengan kehendak Allah, huruf-huruf roman dah habis, jika ada lagi, saya akan terus senaraikan keburukan demonstrasi secara khusus bagi umat Islam. 

Tinggalkan ketaksuban kepada mana-mana parti kelompok atau apa saja ideologi. Mari kita kembali kepada Islam yang murni lagi rahmah untuk ummah. 

Soalan saya kepada sesiapa yang berhujah dengan hadis ini: adakah perempuan di zaman Nabi terlibat dengan maksiat di atas? Jika tidak, jangan libatkan mereka dengan maksiat kalian. Dan jawapannya sudah tentu TIDAK!.

No comments: