Impak Kemunculan "Sultan-Sultan Sulu"
Di Malaysia
Credit to : VAT 69 - Perjuangan Semalam
Penulis tidak akan mengatakan apa-apa tentang kenaikan sultan seperti yang dilapor oleh Sabahkini.net di atas tetapi apa yang penulis mahu ulas ialah situasi semasa apa dan kenapa bermunculannya individu yang melantik diri jadi Sultan Sulu sejak kebelakangan ini terutamanya di Malaysia dan Filipina (Kepulauan Sulu). Kalau pun ia berlaku di Filipina (Selatan) ianya lebih patut dan masih dalam pertimbangan waras berbanding yang dikatakan "Sultan Sulu ditabalkan di Kuala Lumpur atau di Sabah".
Menurut laporan, individu yang melantik dirinya Sultan Sulu atau pun sekurang-kurang sebagai waris TUNGGAL Sultan Sulu (yang menjadi moyangnya) di Malaysia ialah 3 individu setakat ini termasuk cucu Datu Agasi yang membakar bendera Sabah di Lahad Datu tidak lama dulu. Mereka ialah:
Sultan Mudarasullail Kiram (Paijal) yang selalu mengadakan Majlis Penganugerahan Gelaran Datu di Semenanjung Malaysia. Tidak diketahui di mana dan siapa yang menabalkannya. Datu Domek, cucu Datu Agasi dari Lahad Datu. Sultan Shariful Hashim II Pulalun (Datu Akjan) ditabalkan di rumahnya sendiri di Likas, Kota Kinabalu baru-baru ini.
Nampaknya buku Tausug & Kesultanan Sulu yang dicetak dan diedarkan bukan sahaja di Malaysia malah Brunei, Singapura dan Indonesia (versi Bahasa Inggeris pula beredar seluruh dunia) telah menjadi punca keberanian mereka bersuara. Para individu yang berketurunan Datu yang sebelum ini takut mendedah identiti tiba-tiba jadi berani tahap sawan bila terbaca buku Tausug & Kesultanan Sulu tersebut. Apatah lagi mereka lihat buku tersebut selamat beredar di Malaysia tanpa sekatan dari KDN.
Buku tersebut mendapat perhatian kerana maklumat dan kandungannya ditulis oleh anak jati Suluk sendiri sehingga menjadi punca persatuan-persatuan Suluk atau Bajau semakin kuat dan di hargai oleh kerajaan Malaysia kemudiannya. Hal ini juga menjadikan Kementerian Penerangan mula terasa bahang kenaikan Suluk akan menjejaskan kaum-kaum lain pula, maka tidak hairan mengapa RTM menjalankan program menjejak kaum-kaum Pribumi lain untuk dikaji dan ditulis serta didokumentarikan walhal sebelum ini tidak diambil peduli. Ini bermakna kemunculan buku Tausug tersebut menyebabkan kaum-kaum lain juga turut mendapat manfaat. Penulis ucapkan ribuan terima kasih kepada RTM dan kerajaan Malaysia.
Anjakan paradigma yang dihasilkan oleh buku Tausug & Kesultanan Sulu begitu besar sehingga menarik perhatian Universiti Malaysia Sabah (UMS) Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan terakhir ialah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang berjaya menganjurkan seminar keagungan Suluk di Malaysia baru-baru ini (sehingga berjaya mempertemukan Minang & Suluk dari satu keturunan terdekat?). Walau pun pada awalnya buku tersebut tidak diterima oleh orang Suluk sendiri kerana takut dengan tindakan kerajaan Malaysia namun setelah beberapa tahun sambutannya menjadi di luar jangkaan pula. Lebih-lebih lagi setelah ditranslasi ke bahasa Inggeris oleh Sabah Islamic Media SDN BHD yang kemudian diedarkan ke pejabat-pejabat setiap kedutaan luar begara termasuk kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur.
IMPLIKASI
Samada buruk atau baik implikasinya terhadap Malaysia sebenarnya adalah harus berlaku kerana kontroversi Sabah yang mempunyai sejarah yang tidak dapat dipisahkan dari Kesultanan Sulu walau apa pun keadaannya. Perkara ini masih menjadi kebingungan bukan sahaja kepada kerajaan Malaysia dan Filipina malah Indonesia (Brunei dan Singapura sebagai pemerhati?). Keterlibatan Indonesia sangat ketara ketika menyuarakan tuntutannya terhadap Pulau Sipadan dan Ligitan.
Untuk membicarakan implikasi, keterlibatan Indonesia perlu diasingkan. Tumpuan harus hanya antara Filipina dan Malaysia untuk dicari jalan penyelesaiannya. Dalam hal ini penulis lebih suka mengambil sikap "selamat" yang hanya memihak kepada Islam dan kebenarannya. Membela Islam adalah dengan membela kebenaran sekali pun ia bersangkutan dengan kafir kerana orang kafir sendiri mempunyai hak asasi mereka sebagaimana yang diberikan Allah swt. Sebagai contoh Islam melarang merobohkan rumah ibadat mereka dan tidak boleh menghalang mereka melakukan ibadat mengikut cara agama mereka menunjukkan keadilan dan toleransi Islam yang sebenarnya.
Dalam hal ini Malaysia berada di tempat selesa berbanding Filipina kerana Sabah mempunyai perjanjian jelas dibawah Persekutuan Malaysia berbanding Filipina. Kemenangan terhadap Pulau Sipadan beberapa tahun lalu mengalahkan Indonesia menjadi bukti bahawa Malaysia lebih berhak ke atas wilayah Sabah. Kehilangan kerajaan Kesultanan Sulu hari ini menjadikan Filipina sendiri serta Indonesia kehilangan "hak" untuk menuntut wilayah yang mereka rasakan masih dalam wilayah mereka.
Sebenarnya Kesultanan Sulu terhimpit antara dua negara iaitu Malaysia dan Filipina. Ini kerana ketika peperangan MNLF melawan Marcos dulu, Malaysia membantu MNLF manakala Filipina pula memerangi MNLF sehingga hampir 70,000 orang menjadi pelarian di negeri Sabah antara tahun 1972 sehingga 1979. Secara sentimen orang-orang Tausug sebenarnya lebih memihak kepada Malaysia dari segala segi sebagai contoh sebahagian mereka lebih rela berada di dalam kekuasaan pimpinan Islam seperti Malaysia berbanding Filipina yang kafir. Hal ini berlaku kerana tiada seorang pun Tausug yang tinggal di kepulauan Sulu yang tidak mempunyai sanak saudara di Sabah. Mereka tahu kehidupan sanak saudara mereka di Sabah lebih aman dan hidup selesa di samping permintaan tenaga buruh yang tinggi berbanding di Filipina.
Berbalik kepada implikasi, apakah Malaysia terancam dengan kehadiran PATI Tausug dari Sulu? Jawapannya "tidak mengancam" kerana Tausug sangat diperlukan sebagai tenaga buruh dan "kerja-kerja politik" (Bab ni Mutalib MD lebih arif) Malaysia juga tahu bagaimana cara menjinakkan EGO Tausug yang mana Filipina sendiri gagal melakukannya, menjadi kelebihan tersendiri kepada Malaysia. Apakah Malaysia terancam dengan kemunculan beberapa Sultan yang sejak kebelakangan ini bermunculan seperti cendawan tumbuh selepas hujan di Sabah?
Beberapa sahabat Sabahan yang penulis tanya mereka beranggapan ianya tidak mengancam langsung ke atas kedaulatan mana-mana wilayah Malaysia, tinggal lagi sedikit sebanyak akan menjejaskan reputasi politik pemerintah. Kegagalan menghentikan pengaku Sultan Sulu yang bukan sahaja berkeliaran keluar masuk sewenang-wenang malah ditabal pula jadi Sultan di kawasan Negeri Sabah Malaysia, siap dengan liputan Media Massa serta boleh pula memberi anugerah pangkat Datu, Panglima dan sebagainya, menjadikan rakyat tempatan bertanya-tanya kehairanan "mampukah negara kita menjaga kedaulatannya?".
POLIS KENAL PASTI KUMPULAN
FILIPINA MENDARAT DI PERSISIR PANTAI LAHAD DATU
Kota Kinabalu, 14 Feb - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di persisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina. Beliau berkata kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.
"Kita telah hantar pasukan untuk berunding dengan mereka dan perbincangan berjalan baik dan kita beritahu mereka bahawa mereka kena tinggal (Sabah) secara baik dan kita tidak mahu apa-apa keadaan yang boleh menggugatkan keselamatan rakyat di negeri ini," katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini hari ini.
Ismail berkata kumpulan itu yang kini berada di Kampung Tandau, Labian di Lahad Datu memberi jaminan akan meninggalkan tempat itu (Sabah) secepat mungkin dengan syarat tuntutan mereka dipenuhi. Beliau berharap anggota kumpulan berkenaan akan meninggalkan negeri ini secepat mungkin dan menegaskan tuntutan seharusnya dibuat secara diplomatik, bukan secara mengejut seperti yang dilakukan itu.
"Kita lihat perbincangan dalam keadaan terkawal dan pasukan keselamatan telah mengambil tindakan awal dengan mengepung kampung itu sejak semalam dan saya percaya perkara ini dapat diselesaikan secara baik dalam masa terdekat," katanya.
Beliau berkata pihaknya mengganggarkan kumpulan itu melebihi 100 orang dan tidak menolak kemungkinan mereka bersenjata, namun demikian polis mengambil pendekatan 'berhati-hati' bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
"Setakat ini keadaan tidak tegang dan mereka kelihatan berkelakuan baik. Kita percaya kumpulan itu mempunyai sahabat di kampung itu tetapi tidak mempunyai rumah di situ. Mereka pergi duduk di surau dan menumpang rumah-rumah
di kampung," katanya sambil menambah kumpulan itu tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana kumpulan militan di Filipina.
Pada peringkat ini, katanya, rundingan sedang berjalan dan beliau menasihati penduduk di sekitar Lahad Datu supaya tidak percaya pada khabar angin. Beliau turut memberi jaminan bahawa keadaan adalah baik serta selamat dan
polis Sabah akan melakukan yang terbaik untuk menangani kemelut itu segera. Katanya kumpulan itu difahamkan menggunakan bot pancung dan pihaknya akan menyiasat bagaimana mereka berjaya memasuki negara ini. - BERNAMA
Kota Kinabalu, 14 Feb - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di persisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina. Beliau berkata kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.
"Kita telah hantar pasukan untuk berunding dengan mereka dan perbincangan berjalan baik dan kita beritahu mereka bahawa mereka kena tinggal (Sabah) secara baik dan kita tidak mahu apa-apa keadaan yang boleh menggugatkan keselamatan rakyat di negeri ini," katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini hari ini.
Ismail berkata kumpulan itu yang kini berada di Kampung Tandau, Labian di Lahad Datu memberi jaminan akan meninggalkan tempat itu (Sabah) secepat mungkin dengan syarat tuntutan mereka dipenuhi. Beliau berharap anggota kumpulan berkenaan akan meninggalkan negeri ini secepat mungkin dan menegaskan tuntutan seharusnya dibuat secara diplomatik, bukan secara mengejut seperti yang dilakukan itu.
"Kita lihat perbincangan dalam keadaan terkawal dan pasukan keselamatan telah mengambil tindakan awal dengan mengepung kampung itu sejak semalam dan saya percaya perkara ini dapat diselesaikan secara baik dalam masa terdekat," katanya.
Beliau berkata pihaknya mengganggarkan kumpulan itu melebihi 100 orang dan tidak menolak kemungkinan mereka bersenjata, namun demikian polis mengambil pendekatan 'berhati-hati' bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
"Setakat ini keadaan tidak tegang dan mereka kelihatan berkelakuan baik. Kita percaya kumpulan itu mempunyai sahabat di kampung itu tetapi tidak mempunyai rumah di situ. Mereka pergi duduk di surau dan menumpang rumah-rumah
di kampung," katanya sambil menambah kumpulan itu tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana kumpulan militan di Filipina.
Pada peringkat ini, katanya, rundingan sedang berjalan dan beliau menasihati penduduk di sekitar Lahad Datu supaya tidak percaya pada khabar angin. Beliau turut memberi jaminan bahawa keadaan adalah baik serta selamat dan
polis Sabah akan melakukan yang terbaik untuk menangani kemelut itu segera. Katanya kumpulan itu difahamkan menggunakan bot pancung dan pihaknya akan menyiasat bagaimana mereka berjaya memasuki negara ini. - BERNAMA
FAKTA MENGEJUTKAN ISU SABAH
credit to page Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad
credit to page Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, telah menafikan laporan bahawa pengikut-pengikut Kesultanan Sulu di Lahad Datu dijemput oleh pakatannya. Tetapi saya agak curiga kenapa beliau enggan memberi sebarang ulasan dan yang menariknya, saya ada artikel dari Manila Times yang mengaitkan Ketua Pembangkang Malaysia sendiri dengan isu ini. Sebelum itu, biar saya jelaskan yang Manila Times ini bukan perkakas UMNO.
Sedikit sebanyak tentang penceroboh-penceroboh ini: mereka merupakan ahli-ahli Kesultanan Sulu dan Borneo Utara; tergolong dalam Moro National Liberation Front (MNLF), dan mereka juga bersenjata dan sangat aktif dalam kempen mereka untuk mengambil semula kepulauan Malaysia yang mengandungi banyak minyak untuk menjadikan Wilayah Kesultanan mereka.
Apa yang saya faham, Sabah memang wilayah Filipina, tetapi kerajaan Filipina telahpun membenarkan Sabah dijadikan sebahagian daripada Pesekutuan Malaysia dengan bayaran RM5,300 setiap tahun. Menurut Manila Times lagi, pencerobohan tersebut bertujuan untuk memulakan sebuah konflik antara Malaysia-Filipina.
Pada masa yang sama, saya juga telah mendapat laporan wartawan Mindanao, Al Jacinto, yang telah member pengesahan bahawa pihak berkuasa Malaysia dan Filipina sedang menguruskan dengan baiknya. Kita mendapat bukti-bukti kukuh yang kedua-dua negara sedang bekerja secara harmoni untuk menyelesaikan kemelut ini agar tiada apa-apa ketegangan dalam hubungan diplomatic supaya dapat merealisasikan Komuniti Ekonomi Asia pada tahun 2015, dimana ekonomi kedua-dua negara ini akan diintegrasikan menjadi sebuah pasaran tunggal dan asas kepada segala pengeluaran.
Jadi di mana silapnya? Jacinto juga tambah, “pencerobohan tersebut berlaku sebaik sahaja Mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua umum Pakatan Rakyat, member cadangan untuk Sabah diberi kedaulatan autonominya sendiri.” Menurut Jacinto lagi, "Sultan Muhammad Fuad Kiram Pertama, Sultan Sulu dan Sultan Sabah, berkata yang Malaysia telah mengambil Sabah secara haram kerana Sabah masih lagi hak milik dan kedaulatan Sultan Sulu dan Kerajaan Kesultanan Sulu." Dan Jacinto tambah, "Kesultanan ini menyokong Sabah yang bebas dan merdeka dibawah kepimpinan mereka (Kesultanan Sulu) dan turun-temurun mereka mengikut undang-undang warisan Sultan Sabah."
Kita sudahpun mendapat maklumat lengkap yang Tian Chua dan R. Sivarasa berlepas ke Manila pada 8.00 malam 7 Febuari dan kembali pada 10.30pagi 9 Febuari, atas tujuan untuk bertemu dengan pihak berkuasa Filipina dan mangsa yang kononnya ditipu oleh Manuel Karingal Amalilio, saudara kepada Ketua Menteri Sabah, Musa Aman. Secara menariknya, tidak lama kemudian, isu Lahad Datu terus bermula, dimana sekumpulan warga asing yang bersenjata telah menceroboh masuk di kawasan Lahad Datu, Sabah. Apa yang saya cuba sampaikan, mereka hanya berada di Filipina dalam masa yang sangat singkat.
Entah kenapa, saya memang tertarik untuk menggunakan jet eksekutif, Dassault Falcon 900, untuk pengiraan ini. Jet ini mampu mencecah kelajuan Mach 0.86 (atau Mach 0.87), hampir-hampir 1053.53km/j. Tetapi selalunya hanya dalam lingkungan 950km/j sahaja. Dan jarak dari Lapangan Terbang Subang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino sebanyak 2500km.
Jadi Tian Chua dan Sivarasa akan tiba di Manila antara jam 10.00pm-11.00pm. Dan memanglah pada malam itu tiada apa-apa aktiviti, kecuali bermalam di mana-mana hotel sehingga esok pagi. Ini bermakna, mereka hanya ada SATU HARI SAHAJA untuk buat ‘mission to hunt for the truth behind Amalilio’s scam’. Kemudian keesokkan harinya, 9 Febuari, mereka akan pulang pada pukul 10.30am (berlepas dari Manila antara jam 7.00am-8.00am) dan lakukan sidang akhbar di ibu pejabat 11.30am. Betulkah? Bertemu dengan pihak berkuasa Filipina dan mangsa yang kononnya ditipu oleh Manuel Karingal Amalilio, saudara kepada Ketua Menteri Sabah, Musa Aman dalam jangkamasa yang sangat pendek - satu hari saja?
Secara menariknya, tidak lama kemudian, isu Lahad Datu terus bermula, dimana sekumpulan warga asing yang bersenjata telah menceroboh masuk di kawasan Lahad Datu, Sabah. Jadi? Semuanya telah tersusun rapi dan nampak sangat penglibatan parti pembangkang dalam kemelut ini. Kami, rakyat Malaysia, cuma boleh berharap Anwar Ibrahim, Tian Chua, Sivarasa dan yang lain akan disoal siasat oleh PDRM berkenaan dengan:
1. Kenyataan dari media antarabangsa, Manila Times, yang mengaitkan isu Lahad Datu dengan Anwar Ibrahim.
2. Dua tweet dari Tian Chua yang merekodkan waktu beliau dan Sivarasa pergi ke Manila dan kembali ke Malaysia.
3. Gambar Anwar Ibrahim bersama Joseph Estrada dan Nur Misuari.
Perkara ini telahpun menggugat kedaulatan negara, dan ini bukan lagi isu politik. Kementerian Dalam Negeri perlu ambil tindakan yang keras sekiranya mereka didapati bersalah
Another Philippine military officer said the men
were followers of the heirs of the Sultan of Sulu - an island group off the
southern Philippines - who had been invited to Sabah by a Malaysian opposition
politician to discuss land issues.
Rujuk: http://www.reuters.com/article/2013/02/14/us-malaysia-philippines-idUSBRE91D0BY20130214
Rujuk : http://mynewshub.my/2013/02/14/tentera-diraja-kesultanan-sulu-sebalik-pencerobohan-bersenjata-di-sabah/
No comments:
Post a Comment