Sunday, February 24, 2013

ISU AIR NEGARA

CREDIT TO UNCLE FUAD OMAR


Apa itu Syabas yg diserang bertubi2 oleh Kerajaan Negeri Selangor..

PENUBUHAN
Syabas di tubuhkan pada 8 hb July 1996, tetapi mula beroperasi pada 1 hb Jan 2006.

TUJUAN PENUBUHAN
Syabas di tubuhkan untuk mengambil alih operasi & penyelenggaraan sistem agihan bekalan air di Selangor dan WP KL dan Putrajaya drpd Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS) yg ketika itu menghadapi masaalah kewangan, pengurusan yg tidak cekap & kurang keupayaan dari segi menyediakan perkhidmatan yg mencapai tahap piawaian industri untuk memenuhi keperluan air yg meningkat khusus nya kepada sektor komersial & industri di WP KL, Putrahaya & Selangor.

Ini kerana KL & WP KL saja menyumbang kpd hampir 40% GDP drpd keseluruhan GDP Msia dan keadaan ini meletakan perkhidmatan bekalan air sbg infrastruktur yg terpenting utk memacu pertumbuhan ekonomi di Selangor & WP KL & Putrajaya.

Kedudukan kewangan PUAS sblm diambil alih oleh Syabas.
Sebelum PUAS diambil alih oleh Syabas, PUAS terhutang RM 2.4 B kpd semua Syarikat Konsesi Operasi Rawatan Air (Puncak Niaga, Splash, Abas dan Sg Harmoni). Hutang ini diambil alih oleh Syabas, tetapi ditanggung sepenuhnya oleh pemegang saham utama Syabas i.e Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB)

PEMEGANG UTAMA SAHAM SYABAS
Syabas dgn modal berbayar RM71,550,001.00, pihak Kerajaan Negeri Selangor mempunyai saham 30% melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad & Kumpulan Perangsang Berhad, manakala 70% dimiliki oleh PNHB manakala Kerajaan Pusat pula hanya mempunyai RM 1 "Golden Share" utk memastikan Syabas sentiasa berdaya maju dan tidak akan menghadapi masaalah kewangan demi memberi perkhidmatan yg berterusan & cekap.

TUJUAN STRUKTUR PEMILIKAN SAHAM SYABAS
Tujuan utama struktur pemilikan saham Syabas adalah seperti berikut

1 - Dgn 30% kepentingan, Syabas merupakan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negei Selangor dan ini selaras dgn Akta Perkhidmatan Industri Air yg diluluskan setahun selepas Syabas beroperasi. Ini kerana pada masa itu kajian terperinci sedang oleh KTAK sedang di peringkat terakhir utk mentransformasikan sistem bekalan air & kumbahan negara.
2 - Juga selaras dgn Jadual 9. Perlembagaan Msia yg di pinda dimana bekalan air merupakan senarai bersama (sblm itu ianya merupakan Senarai Negeri).
3 - PNHB yg merupakan rakan kongsi dlm Syabas adalah utk mempermudahkan urusan kewangan & pinjaman, kerana dlm Jadual 9, urusan pinjaman adalah bidang kuasa Kerajaan Pusat.
4 - Disebabkan sistem bekalan air memerlukan perbelanjaan modal yg tinggi terutamanya pembangunan sumber air (ampangan & takungan) dan juga loji rawatan air serta sistem agihan, Kerajaan Pusat mengambil keputusan utk memegang RM 1 Golden Share sebagaimana Syarikat Berkaitan Kerajaan lain yg strategik i.e TNB, MAS, PMB, TM dll. Ini utk memastikan "kredibiliti" utk meminjam drpd sumber swasta atau pun pinjaman mudah drpd Kerajaan Pusat sendiri.

Secara ringkas nya struktur pemilikan saham dlm Syabas utk memastikan hak Kerajaan Negeri dlm industri bekalan air terus terjamin disamping mengambil alih bebanan kewangan drpd Kerajaan Negeri oleh Kerajaan Pusat & Swasta utk kepentingan pengguna.

KEDUDUKAN KONSESI SYABAS
Konsesi Syabas selama 30 tahun hanya utk Operasi & Senggaraan.....manakala semua asset bekalan air terus dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Dlm erti kata yg mudah Syabas hanyalah PEMANDU kenderaan yg miliki oleh Kerajaan Negeri.......sudah semestinya setiap kerosakan kereta tersebut ditanggung oleh Tuan Punya kenderaan ia ini Kerajaan Selangor.

Cuma yg bezanya PNHB mengambil risiko mengeluarkan perbelanjaan sendiri utk memastikan Syabas beroperasi dgn sempurna & cekap. Smapai skrg Syabas masih beroperasi di bawah PNHB dimana semua perbelanjaan operasi termasuk gaji semua Lembaga Pengarah & Kakitanhan ditanggung oleh PNHB 100% dan Kerajaan Negeri tidak pernah menyumbang 30% spt yg sepatunya.

Juga segala kemudahan kewangan Syabas di tanggung sepenuhnya oleh PNHB serta di jamin oleh Kerajaan Pusat melalui RM 1 Golden Share.

KAWALSELIA
Diperingkat Pusat kawal selia bekalan air dibawah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) manakala di peringkat Negeri dibawah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)....buat masa skrg cuma SPAN yg mengambil tindakan pro active & reactive bila timbul sebarang masaalah didlam perkhidmatan bekalan air manakala LUAS tidak memainkan sebarang perananan spt yg diharapkan utk kepentingan pengguna.

Selain drpd itu LUAS sbg Agensi Negeri juga berperanan menasihati Kerajaan Negeri mengenai sumber air di negeri Selangor dan juga pengurusan tadahan & sungei supaya sumber air adalah didalam keadaan yg terpelihara di samping mencukupi utk semua keperluan terutama sekali bekalan air & pertanian.

PENUTUP
Oleh itu Kerajaan Negeri Selangor tidak harus menunding jari kpd sesiapa diatas segala permasalahaan yg timbul didalam menyediakan perkhidmatan bekalan air yg sempurna, cekap & mampu dibayar oleh pengguna kerana bidang tugas bekalan air adalah bidang kuasa bersama diantara Kerajaan Pusat & Negeri dan Kerajaan Negeri ada kepentingan didalam Syabas dlm lain2 Operator Loji Rawatan spt Abas, Splash & Sg Harmoni disamping semua aset bekalan air dpunyai oleh Kerajaan Negeri.

http://www.youtube.com/watch?v=Gk-3rpmt-iM

No comments: