Wednesday, April 26, 2017

PENYELESAIAN HUTANG 1MDB

PENYELESAIAN LUAR KES ARBITRARI ANTARA 1MDB-IPIC. PEMBANGKANG CUBA FITNAH BARU KONONNYA KERAJAAN PULA KENA BAYAR RM25.18 HUTANG 1MDB.
Mohd Puad Zarkashi
MT UMNO
Apabila IPIC-1MDB membuat penyelesaian luar mahkamah arbitrari (timbang tara) kes yang melibatkan dua pihak, pembangkang rasa kecewa dan cuba spin dengan cerita bohong yang tidak berasas......
1. Fitnah terbaru Pembangkang - "JUMLAH hutang RM 25.18 Bilion ( IPIC RM5.28 Bilimon + Bon RM15.4 Bilion + Faedah Bon RM4.5 Bilion) perlu dibayar oleh 1MDB dan Kerajaan Malaysia. Di samping Itu pembangkang juga mendakwa "Penyelesaian luar arbitrari membuktikan 1MDB telah tersalah bayar kepada entiti yang tiada kaitan dengan IPIC".
2. Fakta 1 - JAMINAN IPIC ke atas bon 1MDB cukup jelas kerana IPIC perlu membayar faedah bon tersebut apabila 1MDB berkeras tidak mahu membayar faedah bon tersebut pada tahun 2016.
3. Fakta 2 - PERSETUJUAN PENYELESAIAN PERTIKAIAN 1MDB-IPIC telah dicapai dan ia akan membantu menyelesaikan sebanyak $2.5 bilion hutang dan faedah hutang 1MDB tanpa menggunakan DANA TAMBAHAN DARI KERAJAAN.
4. Caranya:- Menebus aset kewangan/Unit Dana Brazen Sky dan GIL 1MDB yang dijamin oleh IPIC bernilai AS$2.5 bilion serta menggunakannya untuk:-
i. Mengembalikan AS$1.2 bilion (yang disebut sebagai RM5.28 bilion dalam fitnah pembangkang) yang dibayar oleh IPIC kepada 1MDB pada tahun 2015 untuk menyeimbangkan penyata aset-liabiliti dan bayaran faedah bon 1MDB yang terpaksa dibuat oleh IPIC apabila 1MDB enggan membayarnya pada tahun 2016.
ii. Membayar faedah bon 1MDB bermula tahun ini sehingga tahun 2022 yang berjumlah AS$1.3 bilion (yang disebut sebagai RM4.5 bilion dalam fitnah pembangkang)
5. Fakta 3 - IPIC akan MELUPUS KIRA tuntutan sebanyak AS$481 juta Bayaran Penamatan Opsyen saham yang sepatutnya dibayar oleh 1MDB kepada IPIC akibat pertikaian ini.
6. Fakta 4 - Komitmen untuk membayar faedah dan nilai pokok bon AS$3.5 sememangnya akan dipikul oleh 1MDB kerana ia adalah pihak yang berhutang dan IPIC hanya merupakan penjamin kepada hutang tersebut.
7. Fakta 5 - Bagaimanapun tidak seperti dakwaan pembangkang, 1MDB TIDAK AKAN MEMBAYAR SEKALI LAGI JUMLAH AS$3.5 BILION KEPADA IPIC atau MEMBAYAR NILAI POKOK BON AS$3.5 BILION INI.
8. IPIC telah mengakui berlaku "pembayaran kepada entiti lain" dan IPIC dan 1MDB bersetuju untuk berunding atas "keyakinan yang baik" sehingga bulan Disember 2020 bagi mencari "penyelesaian bersama" untuk membayar nilai pokok bon AS$3.5 bilion yang akan matang pada tahun 2022 tersebut.
9. Fakta 6 - jika TIADA PENYELESAIAN dicapai di antara IPIC dan 1MDB, 1MDB masih mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas IPIC berkaitan pembayaran sebanyak AS$3.5 bilion kepada Aabar BVI sebelum tarikh matang bon tersebut pada tahun 2022.
10. Fakta 7 - JAMINAN IPIC ke atas faedah dan nilai pokok bon ini masih terpakai sehingga tahun 2022 dan IPIC akan terpaksa membayar faedah dan nilai pokok bon ini jika 1MDB gagal atau enggan membayarnya.
11. Pembangkang TIDAK MAHU menerima hakikat bahawa IPIC dan 1MDB sudah menemui jalan penyelesaian bagi pertikaian berkaitan dana berkaitan 1MDB kerana ia meruntuhkan TEORI dan DAKWAAN mereka selama ini mengenai beberapa perkara, iaitu :-
I. Wang 1MDB dicuri dan ia dicuri oleh Datuk Seri Najib
II. 1MDB akan gagal membayar hutang dan ia akan mengalami kerugian
III. Unit Dana 1MDB hanya satu penipuan dan tidak mempunyai nilai
IV. 1MDB telah menyelewengkan sebahagian besar dana untuk diberikan kepada individu tertentu
V. Penyiasatan oleh pihak berkuasa AS, Switzerland, Singapura dan negara-negara lain akan mendapati Datuk Seri Najib bersalah dan beliau akan dihukum oleh negara-negara ini
12. Hakikatnya penyelesaian pertikaian IPIC-1MDB ini adalah satu kejayaan kerana ia :-
I. Dapat mengurangkan lagi hutang 1MDB seperti yang dirancang dalam Pelan Rasionalisasi 1MDB
II. Membuktikan Unit Dana 1MDB mempunyai nilai dan boleh digunakan untuk mengurangkan hutang 1MDB
III. IPIC menerima hakikat bahawa terdapat transaksi dari 1MDB kepada syarikat itu dan terdapat jaminan ke atas aset dan hutang 1MDB.
IV. Penyelesaian luar kes arbitrari ini telah melemahkan kes saman sivil Jabatan Kehakiman AS (DOJ) dan dakwaan bahawa wang 1MDB telah dicuri.

********************************************
Benarkah Dakwaan Pembangkang Selama ini?
Pertikaian antara 1MDB- IPIC melibatkan sejumlah USD3.5 bilion deposit tunai yang dibayar 1MDB kepada Aabar BVI tetapi dinafikan IPIC. Bayaran itu adalah sebahagian daripada Perjanjian Pertukaran Aset USD6 billion pada Jun 2015. Akhirnya, IPIC mengakui pembayaran USD3.5 billion telah dibuat.
1MDB akan membayar USD2.5 bilion melalui perolehan jualan daripada unit Brazen Sky Ltd dan 1MDB Global Investment Ltd.
1MDB memiliki unit dalam Brazen Sky Ltd bernilai USD940 juta. Ia adalah lebihan dari keuntungan USD2.38 bilion dan modal USD1.8 bilion dalam PetroSaudi di mana USD1.44 bilion sudah ditebus dan digunakan.
Pemindahan awal dari 1MDB kepada PetroSaudi adalah sumber kepada semua dakwaan kononnya Riza Aziz dan Jho Low telah menerima kesemua wang itu. Sekarang, bukan sahaja 1MDB memperolehi semula wang itu, malah akan turut membuat keuntungan sebanyak USD500 juta bagi pelaburan dalam PetroSaudi, dan ia juga bermakna tiada dana dicuri dan kesemua pelaburan yang dibuat PetroSaudi adalah sah.
Ia juga membawa maksud tiada jenayah dilakukan seperti didakwa Pakatan Pro-DAP

************************************************
Kementerian Kewangan dan 1MDB telah berulang kali menerangkan bahawa 1MDB tidak pernah menghantar sebarang dana kepada Jho Low dan sebarang dana yang dihantar adalah kepada rakan perniagaan, PetroSaudi Inc. (PSI), yang dimiliki oleh Keluarga DiRaja Arab Saudi, Putera Turki dan Aabar Investment PJS yang dimiliki oleh Kerajaan Abu Dhabi.
1MDB hanya berurusan dengan PSI dan Aabar sahaja. PSI telah membayar semula semua dana yang dilaburkan 1MDB beserta keuntungan.
Manakala dana yang dihantar kepada Aabar pula ketika ini sedang di dalam pertikaian kerana IPIC dan Aabar mengatakan bahawa syarikat yang mana 1MDB telah menghantar dana tersebut di British Virgin Island (BVI) tidak dimiliki oleh mereka.
Apabila 1MDB menandatangani perjanjian usaha sama bersama Aabar Investment PJS di Abu Dhabi, perbincangan tersebut adalah bersama Pengerusi yang dilantik oleh Aabar, Khadem Abdullah al-Qubaisi dan Pengarah Pengurusan Mohamed Badawy al-Husseiny yang keduanya disebut di dalam siasatan FBI bersama Jho Low.
Semasa perjanjian ditandatangani, 1MDB juga telah melibatkan peguam dalaman dan luaran untuk mengesahkan bahawa Aabar Investments PJS Ltd di BVI dimiliki oleh Aabar Investments PJS di Abu Dhabi.
Dokumen Sijil Pematuhan (Certificate of Incumbency) telah dikepilkan bersama oleh Aabar di BVI, syarikat yang sedang di dalam pertikaian. Sijil ini telah dikeluarkan oleh Offshore Incorporations Limited (OIL) yang berpangkalan di Hong Kong. OIL merupakan peneraju di dalam perbadanan antarabangsa dan perkhidmatan korporat.
Sijil Pematuhan tersebut telah mengesahkan bahawa dua orang pengarah Aabar Investments PJS Ltd di BVI adalah Pengerusi dan Pengarah Pengurusan Aabar Investments PJS, dan pemegang saham tunggal adalah Aabar Investments PJS di Abu Dhabi.
Berpangkalan di Hong Kong, OIL mempunyai pejabat di BVI, Singapore, Taiwan, Shanghai, Beijing, Chenzen, Guangzhou, UK, Cyprus dan Dubai serta mempunyai sekitar 220 kakitangan.
Sekiranya dokumen rasmi, Pengerusi kepada syarikat induk, Pengarah Pengurusan kepada syarikat induk dan kedua-dua peguam dalaman dan luaran mengesahkan kepada 1MDB bahawa Aabar Investments PJS Ltd di BVI dimiliki secara sah oleh Aabar Investments PJS di Abu Dhabi, apa lagi yang 1MDB boleh lakukan untuk mengesahkan bahawa syarikat di BVI tersebut bukanlah sebuah syarikat yang palsu?
Pada ketika ini pertikaian tersebut sudah pun dirujuk kepada jawatankuasa timbsng tara. Pada IMDB itu satu pecah Amanah oleh kakitangan AABAR sendiri dan IMDB telah pun mematuhi segala peraturan yg ditetapkan.
Sekali lagi diulangi pendirian IMDB,
Bagi IMDB kes ini adalah satu kes pecah amanah oleh kakitangan PetroSaudiInc dan Aabar itu sendiri.
Sebab apa payah faham..?
Atau tak mahu faham?
Pembangkang putar putar tempat sama

**********************************************
Penyelesaian IPIC-1MDB pada April 2017 – Apa yang perlu anda tahu
Tulisan asal oleh:
Lim Sian See, LSSReport, 23 April 2017
Berita bahawa 1MDB dan IPIC Abu Dhabi telah menemui penyelesaian AS$6 bilion dan tidak meneruskan timbang tara antarabangsa mereka telah mengejutkan ramai orang tetapi tidak kepada saya.
Saya sentiasa percaya bahawa IPIC akan menanggung lebih banyak kerugian jika timbang tara diteruskan.
Satu petunjuk yang diberikan oleh Singapore Straits Times ialah:
"Timbang tara yang berserabut dan berlarutan ke atas pertikaian itu akan menyebabkan kegagalan terbuka yang serius dalam pengurusan entiti milik kerajaan seperti 1MDB, International Petroleum Investment Company (IPIC) Abu Dhabi dan sekutunya yang berkaitan iaitu Aabar Investments, kata mereka."
Tetapi petunjuk yang lebih besar ialah:
"Qubaishi, yang berkhidmat sebagai Pengarah Urusan IPIC, ditahan di Teluk emiriah. Beliau masih belum didakwa dengan jenayah."
Khadem Al Qubaishi adalah Pengarah Urusan IPIC dan juga Pengerusi Aabar Investments. Selewat tahun 2015, beliau telah disenaraikan sebagai orang ke-14 yang paling berkuasa di Arab.
Qubaishi dan CEO Aabar Mohamed Badawy Al Husseiny, yang juga merupakan sasaran kes sivil DoJ AS untuk pengubahan wang haram, adalah yang bersubahat dalam pertikaian 1MDB-IPIC.
Wang daripada 1MDB telah masuk ke dalam akaun mereka sendiri, tandatangan mereka penuh dalam perjanjian antara 1MDB dan Aabar dan mereka juga adalah pemilik dan pengarah "Aabar Palsu" di Kepulauan Virgin British.
Bukti ke atas mereka begitu banyak.
Sepatutnya, mereka akan menjadi orang pertama yang didakwa kerana penipuan, rasuah dan salah guna kuasa tetapi kedua-duanya tidak pernah didakwa.
Sebabnya mudah. Jika mereka didakwa kerana jenayah-jenayah itu, ia adalah satu pengakuan bahawa pegawai tertinggi Abu Dhabi telah menipu 1MDB dengan menggunakan syarikat-syarikat palsu dan resit dana yang tidak sah. Ini bermakna bahawa 1MDB akan menang timbang tara itu dengan segera dan mengalahkan IPIC.
Qubashi dan Badawy didapati bersalah juga akan sangat memalukan kerajaan Abu Dhabi. Sama seperti jika Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Khazanah atau PNB kita didapati bersalah memalsukan dokumen dan syarikat-syarikat untuk menipu berbilion dari negara-negara lain.
Oleh itu, ia adalah tidak mengejutkan bahawa IPIC telah bersetuju untuk menghentikan penimbangtaraan dan mencapai penyelesaian dengan 1MDB.
Untuk tempoh masa yang lama, IPIC tidak pernah mengakui bahawa 1MDB telah membayar mereka AS$3.5 bilion dan bahawa Aabar telah menjamin dua unit dana 1MDB - unit dana Brazen Sky Cayman dan dana GIL.
Sekarang, IPIC telah mengakui bayaran ini dan berkata mereka akan bekerjasama dengan 1MDB untuk menyelesaikan ini seperti yang dilaporkan Bloomberg dan diumumkan IPIC:
"Kedua-dua negara juga telah bersetuju untuk tidak mengambil tindakan undang-undang sebelum Disember 2020 semasa mereka merundingkan pertikaian ke atas lebih daripada $3.5 bilion yang dikaitkan dengan kedua-dua bon itu, menurut orang tersebut."
Sebagai sebahagian daripada penyelesaian ini, 1MDB akan membayar AS$ 2.5 bilion melalui hasil yang diperolehi daripada penjualan unit Brazen Sky Ltd. dan 1MDB Global Investment Ltd.
Unit dana AS$2.5 bilion yang dimiliki oleh 1MDB
Untuk ulangan, 1MDB masih mempunyai dua aset kewangan dalam bentuk unit.
1) Unit Brazen Sky bernilai AS$ 940 juta.
Ini adalah baki daripada keuntungan dan modal AS$ 2.38 bilion daripada pelaburan AS$1.8 bilion dalam PetroSaudi, di mana AS$ 1.44 bilion telah pun ditebus dan digunakan.
Dana ini dijamin oleh Aabar PJS yang sebenar (walaupun IPIC pada mulanya mempertikaikan ini).
Pemindahan awal dari 1MDB ke PetroSaudi adalah sumber kepada semua dakwaan bahawa Riza Aziz dan Jho Low telah menerima semua wang itu. Sekarang memandangkan 1MDB bukan sahaja mendapat kembali semua wang itu tetapi juga membuat keuntungan yang baik daripada pelaburan AS$500 juta dalam PetroSaudi, ia bermakna bahawa tidak ada dana yang telah dicuri di sini dan semua pelaburan yang dibuat oleh PetroSaudi adalah sah - maka tiada jenayah yang telah dilakukan.
2) Dana GIL bernilai AS$1.5 bilion, yang juga dijamin oleh Aabar PJS.
Ini adalah baki bon GIL 2013 bernilai AS$3 bilion, di mana AS$1.5 bilion telah disimpan untuk kegunaan 1MDB sendiri.
Dana GIL bernilai AS$ 1.5 bilion inilah yang didakwa oleh orang bahawa dari mana datangnya RM2.6 bilion dalam akaun Najib.
Jika dana ini kini ditebus, ia bermakna bahawa RM2.6 bilion ini tidak mungkin adalah wang curi kerana tidak ada wang yang telah dicuri.
Nampaknya seperti pemulihan harga minyak dan komoditi baru-baru ini telah membenarkan aset di bawah kedua-dua dana itu untuk pulih dan direalisasikan oleh pengurus dana.
Ia tidak jelas sama ada IPIC/Aabar juga telah memenuhi jaminan itu dan membantu dalam menebus unit-unit ini tetapi ianya sangat berkemungkinan memandangkan IPIC tidak mahu mengambil risiko menanggung malu lagi.
1MDB sentiasa mempunyai Surat Ikatan Jaminan dari Aabar ke atas kedua-dua unit ini yang ditandatangani dengan sewajarnya oleh Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Aabar ketika itu.
Menggunakan hasil AS$2.5 bilion, 1MDB kini boleh membayar balik AS$1 bilion yang dibayar oleh IPIC pada bulan Jun 2015 termasuk semua baki faedah untuk bon AS$3.5 bilion yang dijamin oleh IPIC.
Kesinambungan daripada aturan pertukaran aset AS$6 bilion pada Jun 2015
Keseluruhan bayaran dan jaminan bernilai AS$6 bilion telah dikenal pasti sebagai aset untuk perjanjian pertukaran aset 1MDB-IPIC Jun 2015 sebagai pertukaran dengan IPIC adalah berdasarkan kepada berikut:
Mari senaraikan komponen individu sebagai a, b, c, d, e dan f.
Aset daripada 1MDB:
a) Deposit tunai AS$3.5 bilion yang dibayar kepada Aabar BVI.
b) Dana GIL bernilai AS$1.5 bilion (Pengurus Dana yang diperkenalkan oleh BSI dan dijamin oleh Aabar BVI)
c) Unit dana AS$940 juta Brazen Sky (Dijamin oleh Aabar Investments ABU DHABI - bukannya Aabar BVI yang dipertikaikan - ini adalah dalam laporan Ketua Audit Negara dan laporan PAC)
Aset daripada IPIC:
d) Bon prinsipal AS$3.5 bilion 1MDB
e) Faedah bon masa depan AS$1.5 bilion 1MDB sehingga tarikh matang bon pada tahun 2022 untuk bon AS$3.5 bilion
f) AS$1 bilion dalam pendahuluan tunai (dibayar kepada 1MDB pada bulan Jun 2015)
Di bawah perjanjian penyelesaian terkini, 1MDB akan menebus, mungkin dengan bantuan IPIC berikutan jaminan, "b) dana GIL bernilai AS$1.5 bilion". dan "c) unit dana AS$940 juta Brazen Sky".
Kira-kira AS$2.5 bilion ini akan digunakan oleh 1MDB untuk menyelesaikan "e) faedah bon masa depan AS$1.5 bilion 1MDB" dan membayar balik IPIC "f) AS$1 bilion dalam pendahuluan tunai".
Seperti yang anda lihat, b, c, e dan f telah diselesaikan.
Yang tinggal untuk diselesaikan adalah a) dan d).
Dengan itu, pertikaian dengan IPIC kini terhad kepada "a) aset AS$ 3.5 bilion yang 1MDB tegaskan ia telah bayar kepada IPIC, yang mana IPIC menafikan menerimanya dan merupakan isu utama dalam timbang tara mereka.
Tetapi sekarang IPIC akhirnya mengakui bahawa bayaran itu ada dan berkata bahawa mereka akan bekerjasama dengan 1MDB untuk menyelesaikan bayaran ini yang kemudiannya akan digunakan oleh 1MDB untuk membayar untuk d) bon AS$3.5 bilion apabila sampai masanya dalam tempoh lima tahun pada tahun 2022.
Itulah sebabnya IPIC dan 1MDB memberi diri mereka masa sehingga tahun 2020 untuk menyelesaikan ini dan tidak akan menggunakan sebarang tindakan undang-undang di antara satu sama lain dalam tempoh ini.
Aturan ini juga bermakna bahawa 1MDB tidak melepaskan haknya untuk menyaman IPIC secara sah untuk AS$3.5 bilion ini tetapi hanya boleh berbuat demikian selepas tahun 2020.
Penyelesaian ini jelas masih dengan semangat aturan pertukaran aset yang asal pada Jun 2015 dan sebenarnya jelas adalah satu perkembangan daripada perjanjian itu.
1MDB dengan jelas telah membuat kemajuan yang baik untuk mendapatkan kembali wang mereka dan membayar hutang dan saya dapat melihat penebusan atau penjualan unit dana sebagai langkah kedua terakhir. Adalah diharapkan bahawa 1MDB dan IPIC boleh mengambil langkah terakhir untuk menyelesaikan baki AS$3.5 bilion.
Hakikat bahawa IPIC kini akhirnya mengakui terdapat pembayaran AS$3.5 bilion itu daripada 1MDB kepada "pihak-pihak tertentu" bermakna satu lagi langkah penting bagi 1MDB untuk menghapuskan semua kontroversi dan dakwaan "kehilangan wang".
Asas saman sivil DoJ AS pada Julai 2016 adalah disebabkan oleh hakikat bahawa 1MDB berkata ia telah membayar wang itu kepada IPIC tetapi IPIC ketika itu telah berkata sebelum ini pada tahun 2016 bahawa mereka tidak menerima wang itu - dengan itu terdapat kehilangan wang dan dengan itu pengubahan wang haram.
Sekarang IPIC telah mengakui bahawa bayaran itu ada, maka tidak ada "wang yang hilang" dan dengan itu tiada pengubahan wang haram.
Untuk ulangan yang lebih terperinci mengenai mengapa semua “wang hilang” yang didakwa itu tidak pernah dimiliki secara sah oleh 1MDB dan mengapa saya fikir kes sivil DoJ AS dan siasatan Switzerland kini akan gagal, baca catatan saya pada July 2016 (http://limsiansee.blogspot.my/…/us-doj-says-yes-but-1mdb-sa…).

Surcaj Air Di Pulau Pinang Semakin Menggila

Surcaj Air Di Pulau Pinang Semakin Menggila.
Oleh:
Datuk Dr. Mohammad Fairus Bin Hj. Khairuddin Al-Hassani.
Mantan Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang.
Saya pernah menjadi salah seorang daripada Lembaga Pengarah PBA(Penang Bekalan Air) semasa menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dahulu. Namun semasa saya masih dalam jawatan tiadalah menggila sebegini sekali surcaj air dinaikkan kepqda rakyat Pulau Pinang sehingga menambah berat tekanan hidup rakyat di sana.
Kini saban tahun kita melihat peningkatan surcaj air di Pulau Pinang semakin dahsyat sehingga ke tahap yang semakin membimbangkan dan meresahkan rakyat terbanyak.
Cuba bayangkan kalau kerajaan persekutuan atau mana-mana kerajaan negeri di bawah BN naikkan tarif atau caj air atau apa-apa dengan alasan untuk kurangkan penggunaan dan pembaziran.
Saya berani katakan pasti ahli politik pembangkang seperti Rafizi Ramli, Tony Pua, CM Lim Guan Eng yang akan melatah bagaikan cacing kepanasan kononnya mahu membela nasib rakyat dengan mengutuk dan mencerca nista kerajaan persekutuan.
Saya juga yakin page Suara Rakyat akan keluarkan grafik-grafik jelik menghina YAB PM DS Najib Razak, dan sebagainya.
Yang lebih membingungkan, parti yang sentiasa menghentam kerajaan persekutuan, UMNO, BN kerana kenaikan harga barang, kenaikan harga petrol dan diesel dan segala kenaikan kini menaikkan tarif air di negeri di bawah pentadbiran mereka semahunya.
Parti yang kononnya konsisten menabur janji menghapuskan GST, mengembalikan subsidi petrol dan diesel, mengawal harga barangan tanpa rasa bersalah mengumumkan bahawa tarif/caj air dinaikkan untuk mengurangkan pembaziran. Nauzubillahi min zalik. Jelik sungguh drama politik murahan mereka ini.
Siapa dikalangan kita yang masih ingat apabila harga gula dinaikkan dan alasan untuk kesihatan/mengurangkan kencing manis dimanipulasi sebegitu dahsyat sehingga huru hara pembangkang menghentam kerajaan persekutuan?
Setiap tahun PBA Holdings Berhad yang dikuasai oleh kerajaan negeri dengan pegangan saham majoriti 55%, untung puluhan juta. PBA Holdings Bhd adalah pemegang saham tunggal Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) yang bertanggungjawab membekalkan air di Pulau Pinang.
Hasil PBA Holdings Berhad bagi tahun 2011 - 2015:
2011: RM236 juta
2012: RM244 juta
2013: RM251 juta
2014: RM261 juta
2015: RM300 juta
Keuntungan bersih PBA Holdings pula:
2011: RM45 juta
2012: RM29 juta
2013: RM27 juta
2014: RM24 juta
2015: RM38 juta
Hasil dan untung melebihi ratusan juta dan puluhan juta setiap tahun tetapi masih mahu naikkan tarif dan surcaj kepada pengguna?
Sebagai syarikat yang dikuasai oleh kerajaan Pulau Pinang sudah tentu jawatan di dalam lembaga pengarahnya diisi oleh ahli-ahli politik parti mereka. Pengerusi PBA Holdings dan PBAPP adalah tidak lain dan tidak bukan iaitu Lim Guan Eng sendiri.
Pasti akan ada yang akan berkata, kenaikan tarif/caj ini hanya akan memberi kesan kepada pengguna domestik yang menggunakan lebih 35,000 liter ke atas sebulan. Surcaj yang dikenakan ini memberi kesan kepada 25% daripada 504,400 pengguna air di Pulau Pinang iaitu 126,100 pengguna.
Apabila TNB menaikkan tarif yang hanya memberi kesan kepada 30% pengguna yang menggunakan lebih 300 kWj setiap bulan, pembangkang kata itu alasan bodoh.
Hipokrasi DAP dan parti pembangkang lain terserlah. Kali ini mereka tidak pula bising berkaitan kenaikan kos sara hidup rakyat, rakyat terbeban dan sebagainya?
25 April 2017M / 28 Rejab 1438H.
Darul Hikmah, Kuala Lumpur.
Rujukan:
1. Penang to raise water conservation surcharge to lower domestic water consumption - The Sun Daily: http://www.thesundaily.my/…/penang-raise-water-conservation….
2. Laporan Tahunan PBA Holdings Berhad 2015: http://www.pbahb.com.my/pdf/annual-report/AR2015.pdf.

VIRUS FRUST & FOREX SCANDAL SEDANG MENGHIMPIT MAHATHIR

MAHATHIR TERKUCIL........
VIRUS FRUST & FOREX SCANDAL SEDANG MENGHIMPIT MAHATHIR
Semalam, Pasukan Petugas Khas mengenai Forex Scandal sudah membuka langkah. Anwar Ibrahim sudah dibawa ke badan penyiasatan untuk menyiasat skandal kehilangan RM44 billion pada zaman Mahathir itu.
Nama nama lain turut disebut bakal dipanggil sebagai saksi. Antaranya adalah Guan Eng, Kit Siang, Mahathir, Daim dan Mohamed Nor Yaakop.
Jika Zuraida dan Azmin gabra hari ini kerana Adam Rosly dicekup, Mahathir pula demam gabra bila kes Forex Scandal ini dibuka semula.
Mahathir yang menjadi “mastermind” bersama Daim pasti sekali tertekan dan dalam ketakutan. Ini kerana apa apa apa yang telah diluahkan oleh Anwar sebagai semasa siasatan “can be a clue" untuk "drill" siasatan semasa Mahathir dan Daim dipanggil nanti.
Maka dalam keadaan sebegini, Mahathir pasti sekali tertekan. Lebih tertekan bila "virus frust" kepada kumpulan elitis 3M (Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz) sedang merebak dalam parti PPBM.
Kapal PPBM di Negeri Sembila terus karam dan tenggelam. "Cikgu Kamarul" keluar terus kerana "frust" bersama sama 821 orang ahli yang lain.
Sebelum ini sudah ramai yang keluar kerana "frust";
1) Baling, 60 orang
2) Rembau, 500 orang
3) Teluk Kemang, 821 orang
4) Pandan, 50 orang
5) Pendang, 50 orang
6) Kerteh, 146 orang
Jumlah yang "frust" sudah 1,627 orang. Khabarnya ramai lagi yang akan buat demikian di Pahang, Perak dan Kedah. Jumlah 1,627 orang ini ramai kerana ianya hampir sama dengan jumlah ahli PPBM di Jerlun dan Langkawi. Dua kawasan yang paling kuat PPBM.
Belum pun dibadai gelombang, kilat pun belum menyambar. Kapal pun belum siap dan belayar. Tiba tiba kapal yang belum siap dan ditambat di tepi pantai ini dah tenggelam dibawa arus.
Parti terkecil dan termuda dalam PH sudah dilanda virus. Semalam, tenggelam juga sebuah parti kawan baik PPBM juga iaitu PBR yang diasas oleh orang kepercayaan Mahathir iaitu Khairuddin dan Ezam.
Mencuri parti orang, tipu alamat pejabat kedai jubin dan daftar nama individu yang tidak wujud. Sudah kantoi berbohong masa daftar parti lagi, belum pun berkempen lagi.
Tatkala PPBM tengah dijangkiti virus "frust" kepada kumpulan elitis ini, datang pula pembongkaran cerita Forex Scandal.
Jumlah Forex Scandal berbeza beza, apakah ada kerja kerja "cover up" pada masa itu. Jumlah kehilangannya amat berbeza dari laporan BNM, dari kenyataan bekas Timbalan Gabenor, Datuk Murad dan juga bekas Gabenor.
Bahkan ia juga berbeza seperti kenyataan Menteri Kewangan pada ketika itu , iaitu Anwar Ibrahim sendiri. Semua keterangan saksi ini akan merumuskan satu kesimpulan baru tentang kes Forex Scandal. Ini yang buat Mahathir rasa terhimpit dan takut.
Nur Jazlan juga ada menyatakan arwah bapa mentuanya iaitu Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Jaafar Hussin sebenarnya menjadi ‘fall guy” dalam isu Forex Scandal ini.
Jazlan mendakwa arwah dipaksa mengaku silap bagi melindungi pihak lain. Ini katanya untuk mengambil “blame” dari pihak yang sebenarnya dalang kepada kehilangan wang negara.
Ramai juga mereka yang berkait dalam hal FOREX ini berkata sebab sebab jumlah tidak sama adalah atas sebab ada wang yang telah dicuri. Sebab sebenar itu ditutup atas nama kerugian.
Selain dari itu , ada juga pihak menyatakan keadilan akan sukar didapati kerana ada juga antara ahli panel itu pernah bekerja dibawah pentadbiran Mahathir. Itu hanyalah satu kekhuatiran semata mata. Apa pun, biar pihak penyiasat rumuskan apakah hasil siasatan nanti.
Apa pun konklusi kepada isu ini, Mahathir sebenarnya amat tertekan. Diharap Mahathir tidak melakukan sesuatu di belakang tabir.
Akhir sekali apa yang dapat kita lihat adalah, Mahathir sendiri sedang dirundung malang.
Mahathir sendiri "frust" dengan hal parti PPBM sekarang. Mahathir tidak kisah pun PPBM hendak lingkup dan gagal sekali pun. Mahathir hanya kisah agenda utamanya sahaja iaitu jadikan Mukhriz sebagai PM tidak gagal. Kalau perlu logo PKR atau DAP, Mahathir akan guna untuk capai matlamatnya itu.
Virus frust yang menyebabkan 1,627 orang sudah keluar PPBM benar benar menghimpit MAzuddin Jud Haji Ismail:
ahathir. Sebagai seorang doktor, Mahathir sendiri tidak mampu ubati virus frust ini.
1,627 orang, ramai jumlahnya buat PPBM kerana seluruh negeri Kedah pun ada 6,200 orang ahli sahaja. Seluruh Malaysia tidak sampai pun 8,000 orang ahli.
Skandal Forex dan Virus Frust ini benar benar menghimpit Mahathir. Silap silap Kit Siang dan Guan Eng pun ambil kesempatan nanti bila jadi saksi kes Forex.
Diam diam sahaja Mahathir kena dengan dua beranak itu nanti. Itulah sebenarnya yang buat Mahathir rasa begitu takut dan terhimpit sekali.
Tulisan :
Beruang Biru
BB396, Jumaat
21 April 2017

KENAPA SINGAPURA DIKELUARKAN DARI MALAYSIA

Kenapa Singapura di Keluarkan Dari Malaysia
LKY sering mendakwa org Melayu hanya berjumlah 39 % sementara bkn Melayu 51 % dan melayakkan beliau menjadi PM. LKY mempersoalkan org Melayu sbgai penduduk jati Malaysia. Beliau dakwa Melayu jg pendatang spt Cina dan India. Cnth diberikan ialah Syed Jaafar Albar, politition Johor yg ada darah campuran Arab.
LKY menyalahkan Tunku dlm kegagalan konsep "Malaysian Malay". Tunku dikatakan tlh terpengaruh dgn ketuanan Melayu yg diperjuangkan oleh beberapa pelampau Melayu dari 'ultra Malay' dan 'Young Turk'.
Sebaliknya, LKY mewar-warkan konsep "Malaysian Malay" yg dpt sambutan byk parti di Semenanjung Malaysia, Sabah danSarawak, kecuali MCA. Gagasan LKY meliputi Singapura, P. Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.
Sblm 1963, PAP hanya bertanding di Singapura shja dan Perikatan bertanding di SM saja. Namun pada 1963, Tan Siew Sin mendesak Perikatan bertanding di Singapura, namun UMNO kalah teruk. Pada 1964, LKY mengarahkan PAP bertanding dlm pilihan raya kebangsaan di SM bagi menentang MCA.
UMNO mahu Perlembagaan Singapura diubah bagi menjamin masa depan org Melayu sdgkan LKY sebagai pemimpin Singapura yg ada autoriti dlm pentadbiran Singapura enggan berbuat dmikian, ttp masa sama berjanji akan perbaiki kehidupan org Melayu melalui peluang pekerjaan, pendidikan dan skim perumahan.
Dlm projek perumahan, perkampungan Melayu di Singapura dihapuskan yg mengakibatkan berlaku pergaduhan. Pada Julai 1964, kira2 114 persatuan org Melayu bertemu Othman Wok, Menteri Hal Ehwal Sosial S'pura bagi membncgkan kepincangan org Melayu S'pura.
Tatkala itu, 12,000 org Melayu mengadakan perarakan di jalan2 raya di S'pura yg mg'akibatkan tercetus rusuhan kaum antara Melayu dgn Cina. Lbh 22 org terbunuh, 200 cedera dan 1130 ditangkap. Pada Ogos pula, sekali lagi pergaduhan berlaku. 8 terbunuh dan 60 cedera.
Insiden ini meyakinkan Tunku bahawa dgn mengekalkan Singapura dlm Malaysia bakal mengundang rusuhan perkauman yg lbh dashyat lagi.
Atas sebab2 itulah Tunku memisahkan Singapura & Malaysia. Tindakan pantas beliau dpt mengekang LKY drpd berusaha menguasai Malaysia.
Usaha Kuan Yew kini diteruskan Kit Siang dan anak beliau Guan Eng.
MOHD MOZAS


Fakta Singapura Malaya
1.Singapura TELAH DITUBUHKAN MENJADI SEBUAH NEGARA BERDAULAT PADA 9 OGOS 1965 ,
SINGAPURA TDK MERDEKA DRPD MANA MANA JAJAHAN ,
SINGAPURA DITUBUHKAN MENJADI SEBUAH NEGARA ,
2.PENUBUHAN SUNGAPURA sbg sebuah negara telah ternaktub di dlm laporan IGC inter govt report 1962 yg adalah asas kpd Perjanjian Malaysia 1963 ,
Perjanjian Malaysia 1963 atau Malaysia agreent 1963 adalah 1 DOKUMEN UNDG UNDG YG MEWARTAKAN PENUBUHAN PERSEKUTUAN MALAYSIA ,
3.Ketika penubuhan Persekutuan tanah melayu malaya pada 1 hb februari ,
Federation of malay states malaya ketika ini juga adalah Kerajaan Kolonial British ,
singapuran adalah sebuah kerajaan koloni british , singapura kerajaan koloni british adalah 1 perjanjian pajakan british keatas singapura drpd kingdom of johor ,
pada 31 ogos 1957 , ketika Persekutuan , singapura adalah sebahgian drpd PERSEKUTUAN TANAH MELAYU MALAYA
4.Penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 sept 1963 adalah hasil perancangan British dlm program permansuhan jajahan british 1945-1956 yg diluluskan oleh parlimen british
british bersetuju mengabungkan ,
a .kerajaan kolonial britsh persekutuan tanah melayu malaya yg ditubuhkan pada 1 hb feb 1948 dn dimerdekakan pada 31 ogos 1957
gabungan ini telah dipersetujui
b. kerajaan kolnial british northe borneo yg kemudian dimerdekakan menjadi negara sabah pada 31 ogos 1963
c kerajaan kolonial british sarawak
d.kerajaan kolonial british sarawak.
4.penubuhan persekutuan malaysia 1963 dan penubuhan spore sbg sebuah negara pada 9 ogos 1965 telah DIWARTAKAN DIDLM LAPORAN IGC INTER GOVT REPORT 1962
Ketika penubuhan persekutuan malaysia ditbuhkan pada 16 sept 1963 ,
spore adalah sebahgian drpd persekutuan malaysia ,
dan
persekutuan malaysia telah bersetuju didlm laporan igc utk menubuhkan spore sbg sebuah negara ,
5.PENUBUHAN SPORE SBG SEBUAH NEGARA ADALAH HASIL DRPD PERSETUJUAN KABINET PERSEKUTUAN MALAYSIA BERSANDARKAN PERSETUJUAN AWAL DIDLM LAPORAN IGC 1962
TMX

GST

Abas Saad :
1. Percukaian atas jualan terhadap barang2 pengguna yg terpilih telah bermula di Malaysia sejak tahun 1972 lagi melalui Akta Cukai Jualan 1972 (Sales Tax Act, 1972).
2. Percukaian atas perkhidmatan terhadap perkhidmatan2 yg terpilih telah bermula di Malaysia sejak tahun 1975 lagi melalui Akta Cukai Perkhidmatan 1975 (Service Tax Act 1975).
3. Pada tahun 1993 cadangan untuk menggabung kedua jenis cukai itu sebagai GST (Goods & Services Tax) ditunda kerana hasil cukai dari minyak Petronas boleh dapat menampung keperluan negara.
4. Bila harga minyak mentah pasaran dunia mula menurun pada awal tahun 2012 hasil negara dari Petronas telah menyusut dan membawa kesan kepada hasil negara dan akibatnya merencatkan pembangunan negara dan kebajikan kepada rakyat yg semakin bertambah.
5. GST diperkenalkan pada 1.4.2015 melalui Akta Barangan dan Perkhidmatan 2014 (Goods and Services Tax Act 2014) iaitu sebagai gantian kepada kedua2 Akta sebelum ini.
6. Oleh kerana sistem GST lebih efisien yg menyebabkan kadar pelarian cukai Kastam dan Cukai Pendapatan dari 70% menurun kepada 20% dengan penipuan double invoicing atau double accounts, peniaga2 menghasut rakyat supaya menentang GST.

AIR PULAU PINANG

#kopipes Azizi Safar isu air pulau pinang..
====
Isu kenaikan kadar Surcaj Pemuliharaan Air Pulau Pinang melebihi 100 % | Apa yang perlu difahami :
1. Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang mengambil kesempatan di atas statistik penggunaan air domestik per kapita harian bagi Pulau Pinang yang tinggi untuk memperkenalkan surcaj mulai 1 November 2010.
2. Sejak dikenakan surcaj, kadar penggunaan air per kapita tidak juga turun malah ia terus meningkat; menunjukkan surcaj gagal mengekang peningkatan penggunaan air atau menurunkan jumlah tersebut.
3. Mengambil kesempatan ini, Kerajaan Negeri mulai 1 September 2013 telah menaikkan kadar surcaj 100%, dari 24 sen ke 48 sen bagi setiap 1000 liter melebihi 35,000 liter penggunaan setiap meter sebulan.
4. Terkini, Kerajaan Negeri bercadang menaikkan kadar surcaj kepada 100 sen bagi setiap 1000 liter melebihi 35,000 liter penggunaan sebulan.
5. Surcaj Pemuliharaan Air hanya dikenakan ke atas pengguna domestik sahaja. Pengguna komersil dan industri tidak kena surcaj pemuliharaan air ini.
6. Surcaj adalah pendapatan tambahan kepada PBAPP dan Kerajaan Negeri. Ia boleh menampung kos operasi (OPEX) tahunan PBAPP yang meningkat setelah Kerajaan Negeri menandatangani perjanjian migrasi aset air dengan Kerajaan Persekutuan, di mana PBAPP perlu "membayar balik pinjaman Kerajaan Negeri" melalui bayaran pajakan aset air kepada PAAB berjumlah RM 14.56 juta setahun.
7. Selain pembayaran pajakan aset air, sejak Jun 2011 juga PBAPP perlu membayar kepada Kerajaan Pulau Pinang kos air mentah yang dipam dari Sungai Muda. Sebelum 2011, PBAPP tidak perlu membayar apa-apa untuk air mentah dari Sungai Muda. Purata bayaran setahun yang perlu dilakukan oleh PBAPP adalah RM 15 juta.
8. Wang terkumpul oleh PBAPP dari kutipan surcaj tidak boleh menjamin bekalan air mentah di Sungai Muda akan mencukupi untuk kegunaan rakyat Pulau Pinang di masa hadapan
9. Air hujan yang turun di bahagian pulau Pulau Pinang adalah lebih tinggi kadarnya berbanding dengan di masa dulu menyebabkan Kerajaan Negeri perlu membina saluran (Bajet 2017: anggaran kos RM 30 juta oleh PBAPP) untuk menyalirkan lebihan air di Empangan Air Itam ke Empangan Teluk Bahang. Masalahnya cuma kawasan tadahan semakin mengecil kerana kawasan tadahan semulajadi air hujan kini diteroka dan dibangunkan.
10. Kos operasi PBAPP terus meningkat. Perlu pendapatan baru untuk tampung peningkatan kos operasi. Siapa lagi yang perlu bayar jika bukan rakyat Pulau Pinang yang menjadi pengguna air di Pulau Pinang?

PULAU BATU PUTIH

Rozmi Mokhtar:

Pulau Batu Putih,
Perbezaan Peguam Negara Yang Baru Dan Lama.
Cuai Atau Sengaja?
1. Tindakan TAN SRI DATO’ SRI HAJI MOHAMED APANDI BIN ALI memfailkan permohonan semakan berkaitan tuntutan ke atas Pulau Batu Puteh pada 2 Februari lalu merupakan satu keputusan yang telah lama ditunggu oleh rakyat negara ini.
2. Pada 23 Mei 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) “The Hague” memutuskan Pulau Batu Puteh merupakan milik Singapura.
3. Rentetan keputusan tersebut membawa pelbagai kritikan dan gosip mengenai pasukan Peguam Negara Malaysia di bawah Tan Sr Abdul Ghani Patail bertindak cuai dan sambil lewa atau dengan sengaja atau diarah oleh pehak yg lebih atas darinya untuk berbuat demikian. Malah tiada permohonan semakan penghakiman dibuat walau pun keputusan tersebut mengecewakan rakyat Malaysia.. Mengapa? Semuanya menjadi tanda tanya..
Dalam mempertahankan tuntutan Malaysia. Ini termasuklah tindakan mengemukakan gambar dari sebuah blog (viral dibawah) yang dianggap oleh ramai pemerhati sebagai satu kerja “sloppy”. Adalah tidak masuk akal Peguam Negara menggunakan hujahan bergambar dari sebuah blog untuk meyakinkan Mahkamah Antarabangsa bahawa Pulau Batu Puteh lebih dekat dengan Malaysia dari Singpaura.
4. Malah beberapa pihak menyuarakan ketidakpuasan hati mengenai cara pasukan Ghani Patail mempertahankan kes Pulau Batu Putih. Beberapa blog “nakal” mendakwa Ghani Patail dan beberapa orang yang rapat dengan kepimpinan negara ketika itu “telah menjual kes” ini kepada Singapura. Namun ia tidak pernah dibuktikan tuduhan tersebut. Malah Ghani terus dikekalkan menjadi peguam negara.
Ghani Patail telah dilantik menjadi Peguam negara pada zaman Tun Mahathir secara agak kontroversi sebaik berjaya memenjarakan Anwar Ibrahim atas pertuduhan liwat dan salah guna kuasa mengatasi ramai lagi pegawai di Jabatan Kehakiman yg lebih kanan dari beliau.
5. Namun apa yang pasti ketika Singapura membariskan pasukan terbaik, Malaysia di bawah Ghani membawa pasukan tempatan yang tidak punya kekuatan personaliti seperti Singapura.
6. Pasukan Singapura diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Penyelaras Keselamatan Nasional dan Menteri Undang-Undang, Prof. S. Jayakumar dan dibantu oleh Ketua Hakim Negara Chan Sek Keong, Peguam Negara Chao Hick Tin dan Duta Bebas (Ambassador-at-Large) Prof. Tommy Koh. Mereka turut mendapat bantuan oleh panel peguam antarabangsa yang terdiri daripada Ian Brownlie Q.C, Prof. Alain Pellet, Rodman Bundyn dan Loretta Malintoppi.
7. Manakala pasukan Malaysia diketuai oleh Duta Bebas merangkap penasihat hal ehwal antarabangsa kepada Perdana Menteri, Abdul Kadir Mohamad yang juga berupa kepala delegasi Malaysia bagi rundingan Jambatan Bengkok dengan Singapura.
8. Selain Abdul Kadir, pasukan Malaysia ialah Duta Malaysia ke Belanda Noor Farida Ariffin, Peguan Negara Abdul Ghani Patail dan anaknya Faedzul Azra. Bagaimanapun Malaysia turut menggunakan panel perundangan antarabangsa sebagai pasukan sokongan yang terdiri daripada Sir Elihu Lauterpacht dan James Crawford, kedua-duanya profesor undang-undang antarabangsa Universiti Cambridge, Nicolaas Jan Schrijver, profesor undang-undang awam dan antarabangsa Universiti Lieden, Belanda, Marcelo G. Kohen, profesor undang-undang antarabangsa, Institut Pengajian Antarabangsa, Geneva, Switzerland, dan Penelope Nevill, Downing College, Universiti Cambridge.
9. Di sebalik tuduhan liar berlaku koruspi ke atas pasukan ini, Prof Dr Rahamat Mohamad memberi beberapa hujahan penting mengapa Malaysia kalah dalam perbicaraan tersebut berdasarkan penghakiman The Hague.
10. Mungkin berdasarkan ulasan tersebut, Tan Sri Appandi berpendapat adalah sesuai dikemukakan semula hujahan di The Hague kerana beliau mempunyai bukti mencukupi mengubah hujahan penghakiman lalu.
11. “Fakta baharu”, yang mendorong Malaysia memohon semakan semula keputusan Mahkamah Keadilan Antarabansga (ICJ) berhubung Pedra Branca (Pulau Batu Puteh) adalah merujuk kepada tiga dokumen yang ditemukan di National Archives of the United Kingdom.
12. Dalam siaran media melalui laman sesawangnya pada Jumaat, ICJ berkata, dokumen itu termasuk surat-menyurat dalaman pihak berkuasa tanah jajahan Singapura pada 1958, laporan mengenai satu kejadian yang difailkan seorang pegawai tentera laut Britain pada 1958 dan satu peta berserta catatan mengenai operasi tentera laut dari tahun 1960-an.
13. Selama bertahun-tahun selepas kekalahan kita tidak mendengar sebarang usaha Ghani Patail untuk mencari bukti yang baharu. Anehnya tidak sampai setahun selepas pelantikan Peguam Negara yang baharu, kita sudah menemui bukti yang sangat kuat untuk menang jika ditampilkan dalam perbicaraan terdahulu.
14. Apa pun mari sama-sama berdoa perjuangan Appandi Ali kali ini akan mendapat kejayaan walaupun ia bukan lagi jalan yang mudah seperti dahulu.

PLOT JATUHKAN NAJIB

FAKTA 1 - PENYIASATAN OPEN SOURCE DEDAH PLOT UNTUK JATUHKAN NAJIB
Eksklusif: Plot untuk menggulingkan Najib menyelamatkan Clare Rewcastle dari insolvensi - siasatan Open Source
Siasatan OSI, sumbernya boleh didapati secara umum, telah mendedahkan bagaimana blogger yang berpangkalan di UK telah telah mengaku bahawa dia terlibat didalam plot untuk menggulingkan Najib Razak. Pengakuan dan pendedahannya bahawa dia yang telah menyunting data2 yang dicuri oleh Xavier Justo dan kemudian menyiarkan di laman web nya, telah mendedahkan lagi motif beliau.
(An OSI investigation, of publicly available sources, has already revealed how the UK-based blogger has been the public face of the plot to oust Najib Razak, a fact she has admitted. Revelations and further admissions that she offered Xavier Justo $2million for stolen data, which was edited and published on her website, have further exposed her motivations.)
FAKTA 2 - LAPURAN SARAWAK REPORT Semuanya LAPURAN PALSU
Rekod cerita tidak benar - Kes Of Clare Rewcastle - siasatan Open Source
Sejak PM Najib Razak menjadi Perdana Menteri, perniagaan Yeoh mula menghadapi masalah. Pendedahan terperinci menunjukkan bagaimana Yeoh dan ahli perniagaan lain termasuklah hartawan media Tong Kooi Ong sedang menghadapi masalah dengan transformasi Perdana Menteri Najib Razak telah bekerjasama didalam plot untuk menggulingkannya.
(Since PM Najib Razak has come to office, Yeoh’s business has struggled.Revelations detailed how Yeoh teamed up with businessmen holding similar grievances against the current Malaysian Prime Minister, including media tycoon Tong Kooi Ong, a close friend and associate in a plot to oust Najib Razak.
FAKTA 3 - KERJASAMA TONG MAHATAIK DENGAN CLARE (SARAWAK REPORT)
Pada awal bulan Julai 2014, rakan sekutu Mahathir jumpa kembali Cik Rewcastle dan mengesahkan komitmen bekas perdana menteri itu untuk berkerjasama dengannya. Walau bagaimanapun, Mahathir mempunyai satu syarat - Sarawak Report hendaklah kurangkan perhatian terhadap Taib dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada 1MDB. Cik Rewcastle berjanji untuk menghadkan liputan beliau pada Taib dan Empayar Perniagaannya. Dalam masa beberapa hari, pasukan pasukan Mahathir dan Rewcastle telah terlibat dalam satu skim yang akan menyaksikan Cik Rewcastle menerajui kempen media antarabangsa terhadap 1MDB dan apa-apa yang kaitan dengan Najib atau keluarganya.
(Early in July 2014, Mahathir’s associate got back to Ms. Rewcastle and affirmed the former premier’s commitment to a working relationship with her. However, Mahathir had one condition – Sarawak Report was to dim the spotlight on Taib and concentrate mainly on 1MDB. Ms. Rewcastle promised to limit her coverage on Taib and the latter’s Business Empire. Within days, team Mahathirand team Rewcastle committed to a scheme that would see Ms. Rewcastle spearhead an international media campaign against 1MDB and anything that had Najib or his family written to it.)
FAKTA 4 - 1MDB Siasatan polis masuk fasa kedua | Astro Awani
KUALA LUMPUR: Fasa kedua siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dimulakan pada bila-bila masa.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan, ia selepas proses mendapatkan keterangan daripada saksi dalam negara hampir selesai, yang melibatkan lebih 25 orang individu.
"Fasa kedua ini kami (PDRM) akan menghantar pegawai ke luar negara untuk dapatkan dokumen dan merakam percakapan saksi-saksi di luar negara.
"Jadi perkara ini memakan masa, bukan hari ini suruh siasat esok boleh siap sepertimana yang dikehendaki beberapa pihak," katanya selepas majlis penutup program Trim & Fit PDRM 2016 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini hari ini.
Siasatan 1MDB masuk fasa kedua - Nasional - Utusan Online

Thursday, April 20, 2017

SERANG HUJAH PAS



credit to http://seranghujahpas.blogspot.com/

PENGKALAN TUDM DAN CHINA

Di sana sini dapat kita lihat cai pembangkang yang anti pembangunan menghasut kononnya tanah TUDM tergadai kepada China.
Mereka cukup benci dengan rancangan pembinaan Bandar Malaysia di sana yang bakal menjadi bandar bawah tanah terbesar di dunia lengkap dengan stesen keretapi bullet train di atasnya. Mereka lebih suka pengkalan lama kekal di sana sedangkan ia sudah hilang nilai strategik ketenteraan.
Hakikatnya, siapakah sebenarnya yang memiliki tanah milik TUDM ini? Benarkah ia milik China?
Mari kita lihat pecahan pemilikan tanah tersebut:
a) 40 peratus adalah milik Ministry of Finance Incorporated (MOF Inc), sebuah syarikat di bawah Kementerian Kewangan Malaysia.
b) 22 peratus adalah milik Credence Resources Sdn Bhd., sebuah syarikat swasta milik warganegara Malaysia.
c) 14 peratus adalah milik Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ)
d) 24 peratus milik China Railway Engineering Corporation yang akan membina terminus High-Speed Rail di situ. Yup, bullet train yang akan memendekkan perjalanan KL ke Singapura hanya dalam tempoh 90 minit!
Secara ringkasnya:
- 54 peratus adalah milik syarikat-syarikat kerajaan
- 46 peratus milik swasta (22 peratus milik swasta Malaysia dan 24 peratus milik swasta China).
Kesimpulannya,
- 76 peratus Bandar Malaysia adalah milik Malaysia
- Hanya 24 peratus adalah milik China.
Jadi di mana mungkin China memiliki tanah bekas milik TUDM? Cai fail matematik ke?
Tanah itu dibeli oleh 1MDB pada asalnya dengan harga RM 400 juta. Apakah nilai ini murah? Sedangkan, sebagai ganti, 1MDB perlu membina sebuah Pangkalan Udara baru untuk unit-unit TUDM dari pengkalan udara lama.
Selain pangkalan udara yang baru, 1MDB juga perlu membina TUJUH buah lagi pangkalan tentera menjadikan jumlah keseluruhan LAPAN buah pangkalan tentera berjumlah sekitar RM1.6 billion. Jumlah keseluruhan = RM2 billion (RM 400 juta + RM 1.6 billion). Murah nenek ko. hihihihi.
Bayangkan apa yang boleh dimanfaatkan kita dengan jumlah RM2.5 billion pinjaman yang lesap di Hong Kong semasa pentadbiran Tun Mahathir!
Fikir-fikirkanlah!
Diolah dan diringkaskan dari nukilan asal bro Captain (B) John F Seademon, TUDM.

FAKTA YG PERLU ANDA KETAHU!!
1. Penggantian 303 hektar bersamaan 750 ekar di Sendayan bagi pangkalan udara TUDM selain pembinaan beberapa kem tentera dan pangkalan udara bagi unit PDRM Udara, jauh lebih baik dan lebih selesa, namun langsung tidak disentuh atau cuba disembunyikan oleh puak berkenaan.
2. Barangkali ramai yang tidak sedar, sekitar tahun 2005, KSU Kementah menyuarakan tidak puas hati apabila terdapat 15 projek ATM terbengkalai, termasuklah Kem Transit Jalan Ampang dan Kem Rejimen 502 (AW) Jalan Ampang yang telah pun ditutup tetapi Kem Transit dan kem 502 gantian, masih tidak dapat disiapkan semenjak tahun 1999.
3. Wisma Transit berketinggian 10 tingkat yang dibina menggantikan Kem Transit Jalan Ampang hanya disiapkan pada tahun 2008 setelah sekian lama terbengkalai. Ia sepatutnya siap pada tahun 1999.
4. Tapak Kem Transit Jalan Ampang (berhadapan dengan Hospital Gleneagles), telah dikomersialkan.
Siapa pemilik tanah itu sekarang? Ini adalah kerana kaedah yang digunakan pada waktu itu ialah, Kementerian Pertahanan akan membayar nilai projek tersebut dengan penukaran tanah milik Kerajaan Persekutuan kepada syarikat terbabit.
Mahathir dn macai2nya seronok menyorak tentang Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi, tetapi mereka lupa tentang SWAPPING TANAH pada zaman Mahathir yang sangat rakus dilakukan!
SUMBER FB SARJO

NAJIB RAZAK DAN INFRASTRUKTUR MALAYSIA

*Kenapa Mahathir Boleh Bangunkan Negara Tanpa GST dan Hutang Tinggi?*
Najib Razak bina infrastruktur seperti MRT, Lebuh Raya Pan Borneo, keretapi pantai timur dan sambungan LRT melalui pinjaman langsung kerajaan. Tiada lagi perjanjian konsesi yang menindas rakyat dan menguntungkan kapitalis secara berleluasa.
Maka hutang kerajaan pun meningkat. Tapi kita tahu berapa perlu bayar dan tidak terdedah dengan ancaman kapitalis mahu menaikkan harga menjelang pilihan raya atau perjanjian konsesi berat sebelah.
Ya, atas kertas kerajaan Zaman Mahathir tidak banyak berhutang secara langsung. Mahathir bina semua Lebuh Raya, Putrajaya, LRT, ERL melalui "public–private partnerships" atau "private finance initiative" (PFI). Jadi kerajaan tidak ada apa-apa hutang.
Sebaliknya, syarikat konsesi dibenarkan memerah rakyat sesuka hati. Jika mereka gagal perah rakyat melalui kenaikan tambang dan tol, mereka boleh perah duit kerajaan. Kerajaan mesti bayar kepada mereka.
Mahathir reka perjanjian yang akan meningkatkan jumlah pampasan pada masa hadapan. Itulah yang terjadi sekarang. Mahathir benarkan tuntutan kenaikan yang tidak munasabah kepada kemampuan rakyat. Apabila menjadi isu politik maka kerajaan terpaksa bayar pampasan kepada pemilik konsesi.
Kerajaan telah membayar RM 4 bilion pampasan kepada syarikat konsesi tol sahaja sejak 15 tahun lalu.
Sistem LRT projek Star dan Putra LRT diambil alih oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB), masing-masing dengan kos RM3.3 bilion dan RM4.5 billion. RM 7.8 bilion ini kerajaan beli tunai? Ini kena hutang yang hanya muncul selepas Mahathir bersara.
Jadi hutang makin bertambah kerana Mahathir terlampau cerdik tidak mahu kerajaan berhutang tetapi membenarkan swasta berhutang dengan kadar faedah yang lebih tinggi.
Bila rugi atau lingkup kerajaan terpaksa membelanjakan kos yang lebih besar dari kos pembinaan untuk menyelamatkan projek-projek infra ini.
Jadi di mana logiknya Mahathir buat pembangunan tidak menyusahkan rakyat, tidak perlu kutip GST dan tidak berhutang?
Sekarang juga Kerajaan Persekutuan perlu membayar sewa Putrajaya hampir RM 2 bilion setahun.
Kerajaan sekarang menanggung kos pampasan RM 2.9 bilion apabila kerana menghalang ERL milik kroni Mahathir, YTL menaikkan kadar tambang.
Tahukah anda selain itu ERL juga mendapat RM 5 setiap kali pengguna KLIA membayar cukai lapangan terbang?
Ya memang Mahathir boleh bangunkan negara ini tanpa GST kerana beliau bangunkan negara dengan cara kita sekarang kena bayar pampasan berbilion ringgit.
Dia bukan peduli apa hendak jadi pada masa depan. Janji dia boleh kaut dan nampak hebat dalam sejarah.
(Ini adalah respon penulis kepada jawapan melalut penyokong Mahathir dalam entri sebelum ini: https://www.facebook.com/Jalil.backer/posts/10212359107153154)

ARAMCO PETRONAS DAN SINGAPURA

Minyak kita milik Singapore selama ini.
Aramco tidak membeli Petronas seperti mana yg dituduh pembangkang.
Apa yang Aramco beli RM31 bilion ialah 50% dalam projek-projek penapisan dan minyak mentah di RAPID sahaja - yang hanya sebahagian daripada Kompleks Bersepadu Petrolium Pengerang (Pengerang Integrated Petroleum Complex - PIPC). Pelaburan Aramco ini hanya akan selesai dan boleh berjalan pada tahun 2019.
Di bawah kerjasama itu, Saudi Aramco akan membekalkan sehingga 70% daripada keperluan bahan mentah iaitu minyak mentah untuk penapisan di RAPID, manakala gas asli, tenaga dan utiliti-utiliti lain akan disediakan oleh Petronas.
Pelaburan begini bukan baru kepada Aramco kerana mereka telah melakukan pelaburan yang sama di kilang-kilang penapisan di seluruh dunia supaya mereka boleh membekalkan minyak mentah mereka ke kilang penapisan minyak.
Petronas juga akan mendapat banyak manfaat kerana akan memberi jaminan bekalan minyak mentah untuk Malaysia kerana kita bukan pengeluar minyak mentah terbesar dunia.
Projek PIPC memberi banyak kelebihan jika dibandingkan dengan negara jiran terdekat kita iaitu Singapura kerana kita mempunyai keluasan tanah yang besar dan kapasiti penapisan yang lebih banyak.
Singapore sekarang ini adalah hab perdagangan minyak dan pusat pemprosesan yang besar Asia dan ketiga terbesar di dunia, semenjak berdekad yang lalu setelah mereka memanafaatkan bekas Pengkalan Tentera Laut British yang ditinggalkan dahulu. Sedangkan Singapore tidak mempunyai setitisa minyak sendiri pun, menariknya minyak dan gas tersebut adalah sebahagianya datang dari Malaysia.
Tak dipertikaikan lagi bahawa Singapore digelar sebagai "hab minyak di Asia", dan dengan industri minyak itu telah menyumbang sebanyak 5% daripada KDNK atau lebih kurang RM60 bilion setiap tahun kepada Singapore. Dengan gelaran itu Singapore mampu menarik pelaburan dan industri berkitan dengan minyak dan petrokimia. Ramai rakyat Malaysia yang berpusu-pusu menaiki motor pagi-pagi melintasi Tambak Johor untuk bekerja di sana.
Perdana Menteri DS Najib telah nampak perkara ini dan bakal memberi kekayaan dan keuntungan kepada Malaysia selain memproses minyak mentah dari negara luar, kita juga mampu memproses minyak mentah kita sendiri yang dikeluarkan oleh Petronas.
Bukan membina projek-projek mega seperti jambatan bengkok atau Sepang dan lain-lain, sebaliknya mengambil alih mahkota minyak Singapura sepatutnya keutamaan nombor satu Malaysia disebabkan oleh sejumlah besar pendapatan, keuntungan, pekerjaan dan susulan kepada industri yang berikut dengannya.
Maka dengan adanya RAPID, ini akan berubah tidak lama lagi, kekayaan yang selama ini dilambak di Singapore akan kembali menjadi milik Malaysia dan menawarkan peluang pekerjaan berpedapatan tinggi sehingga 8000 orang.
Untuk tempoh masa tidak lama lagi Malaysia akan menjadi pengeksport bersih produk minyak bertapis dan bukannya pengimport bersih yang telah memberi keuntungan kepada orang lain hasil dari perbelanjaan negara kita.
Refining atau penapisan minyak sebenarnya lebih menguntungkan apabila harga minyak rendah Ini membolehkan negara dan Petronas menjadi lebih seimbang dan lebih berdaya tahan terhadap turun naik harga minyak.
Dengan adanya PIPC ini negara telah berjaya membetulkan kesilapan Perdana Menteri lalu, kerana 22 tahun beliau membenarkan Singapore mengaut keuntungan berbilion setahun hasil dari minyak negara kita. Walaupu hakikatnya beliau amat benci dan bermusuhan dengan Singapore.
Wallahualam
Azman Haj

Hari ni ada orang buat cerita pasal Petronas pulak dijual oleh Najib bila Arab Saudi nak melabur di Pengerang. Hahaha...aku nak gelak besaq sebab kawan yg bawa cerita tu sebenarnya nak rakyat jadi bodoh mcm dia. Kalau Rafizi kata kerjanya menghasut dan menipu, sehingga dia jd penipu, budak ni plk membodoh smp dia pun bodoh.
Projek Rapid Pengerang Johor adalah sebahagian dari Kompleks Bersepadu Petrolium Pengerang (Pengerang Integrated Petroleum Complex - PIPC) adalah projek mega 20,000 ekar dan akan menempatkan kilang penapis minyak, naphtha, loji petrokimia, LNG, terminal import dan plan regasification. Komponen dalam PIPC adalah:
1. Pengerang Independent Deepwater Petroleum Terminal (PIDPT).
2. Refinery and Petrochemical Integrated Development (RAPID)
PIDPT adalah terminal bebas utk mengimpot dan menyimpan stok minyak mentah dan minyak ditapis serta lain-lain kemudahan berkiatan dengan industri minyak dan gas. PIDPT adalah usahasama Kerajaan Negeri Johor dengan DIALOG Group of Malaysia, Royal Vopak of Netherlands.
Komponen kedua yg sangat penting adalah RAPID di mana Petronas bakal melabur RM89.3 bilion untuk membangunkan Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) iaitu RM53 bilion untuk pembangunan RAPID dan RM36 bilion untuk kemudahan serta prasarana sokongan yang berkaitan.
Jadi dalam PIPC ni ada PIDPT dan RAPID. PIPC adalah milik Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC) yang ditubuhkan oleh Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC)
MPRC pula ditubuhkan oleh YAB DS Najib Tun Razak pada April 2011. Sebagai sebuah agensi yang melaporkan kepada Jabatan Perdana Menteri, peranan MPRC adalah untuk menggalakkan, memangkin dan mentransformasikan sektor perkhidmatan minyak dan gas untuk menjadi entiti yang lebih kukuh dalam industri. Objektifnya adalah untuk meletakkan Malaysia sebagai hab minyak dan gas nombor satu di rantau Asia Pasifik.
Petronas telah dibawa oleh kerajaan Malaysia untuk menjadi pelabur utama dalam RAPID bagi memastikan rancangan MPRC menjadi kenyataan. Walau bagaimana pun Petronas dan kerajaan Malaysia telah berjaya menarik minat Arab Saudi menerusi Saudi Aramco untuk melabur dalam RAPID sebagai rakan pelaburan terbesar iaitu RM37bilion.
Menurut WSJ, penyertaan Saudi Aramco ke dalam projek itu merupakan satu kejayaan besar bagi Petronas. Syarikat yang berpengkalan di Dhahran, Arab Saudi merupakan syarikat minyak milik negara dan pengeluar minyak mentah terbesar di dunia, menghasilkan kira-kira satu tong dalam setiap lapan tong bekalan minyak dunia.
Maka perlu difahami bahawa RAPID telah berjaya menarik pelaburan dari pelaburan dari Petornas RM(89.3b) dan Saudi Aramco (RM37b) bagi memastikan negara menjadi hab perdagangan minyak terbesar di Asia. Disamping itu PIPC dijangka menjana RM18.3 bilion Pendapatan Negara Kasar menjelang tahun 2020 dan membantu mewujudkan 8,600 berpendapatan tinggi dan berkemahiran tinggi pekerjaan.
Tidak timbul soal Petronas dijual kepada negara Arab Saudi, seperti mana projek keretapi laju ECRL yang dituduh negara terjual kepada negara China dengan nilai RM55bilion.
Apa yang perlu kita tanyakan bukannya adakah negara kita telah dijual kepada negara China atau Arab Saudi, tetapi kenapa negara kuasa besar dan kaya itu minat untuk melabur di Malaysia dengan nilai berbilion-bilion RM??
Wallahualam.
Azman Haj