Minyak kita milik Singapore selama ini.
Aramco tidak membeli Petronas seperti mana yg dituduh pembangkang.
Apa yang Aramco beli RM31 bilion ialah 50% dalam projek-projek penapisan dan minyak mentah di RAPID sahaja - yang hanya sebahagian daripada Kompleks Bersepadu Petrolium Pengerang (Pengerang Integrated Petroleum Complex - PIPC). Pelaburan Aramco ini hanya akan selesai dan boleh berjalan pada tahun 2019.
Di bawah kerjasama itu, Saudi Aramco akan membekalkan sehingga 70% daripada keperluan bahan mentah iaitu minyak mentah untuk penapisan di RAPID, manakala gas asli, tenaga dan utiliti-utiliti lain akan disediakan oleh Petronas.
Pelaburan begini bukan baru kepada Aramco kerana mereka telah melakukan pelaburan yang sama di kilang-kilang penapisan di seluruh dunia supaya mereka boleh membekalkan minyak mentah mereka ke kilang penapisan minyak.
Petronas juga akan mendapat banyak manfaat kerana akan memberi jaminan bekalan minyak mentah untuk Malaysia kerana kita bukan pengeluar minyak mentah terbesar dunia.
Projek PIPC memberi banyak kelebihan jika dibandingkan dengan negara jiran terdekat kita iaitu Singapura kerana kita mempunyai keluasan tanah yang besar dan kapasiti penapisan yang lebih banyak.
Singapore sekarang ini adalah hab perdagangan minyak dan pusat pemprosesan yang besar Asia dan ketiga terbesar di dunia, semenjak berdekad yang lalu setelah mereka memanafaatkan bekas Pengkalan Tentera Laut British yang ditinggalkan dahulu. Sedangkan Singapore tidak mempunyai setitisa minyak sendiri pun, menariknya minyak dan gas tersebut adalah sebahagianya datang dari Malaysia.
Tak dipertikaikan lagi bahawa Singapore digelar sebagai "hab minyak di Asia", dan dengan industri minyak itu telah menyumbang sebanyak 5% daripada KDNK atau lebih kurang RM60 bilion setiap tahun kepada Singapore. Dengan gelaran itu Singapore mampu menarik pelaburan dan industri berkitan dengan minyak dan petrokimia. Ramai rakyat Malaysia yang berpusu-pusu menaiki motor pagi-pagi melintasi Tambak Johor untuk bekerja di sana.
Perdana Menteri DS Najib telah nampak perkara ini dan bakal memberi kekayaan dan keuntungan kepada Malaysia selain memproses minyak mentah dari negara luar, kita juga mampu memproses minyak mentah kita sendiri yang dikeluarkan oleh Petronas.
Bukan membina projek-projek mega seperti jambatan bengkok atau Sepang dan lain-lain, sebaliknya mengambil alih mahkota minyak Singapura sepatutnya keutamaan nombor satu Malaysia disebabkan oleh sejumlah besar pendapatan, keuntungan, pekerjaan dan susulan kepada industri yang berikut dengannya.
Maka dengan adanya RAPID, ini akan berubah tidak lama lagi, kekayaan yang selama ini dilambak di Singapore akan kembali menjadi milik Malaysia dan menawarkan peluang pekerjaan berpedapatan tinggi sehingga 8000 orang.
Untuk tempoh masa tidak lama lagi Malaysia akan menjadi pengeksport bersih produk minyak bertapis dan bukannya pengimport bersih yang telah memberi keuntungan kepada orang lain hasil dari perbelanjaan negara kita.
Refining atau penapisan minyak sebenarnya lebih menguntungkan apabila harga minyak rendah Ini membolehkan negara dan Petronas menjadi lebih seimbang dan lebih berdaya tahan terhadap turun naik harga minyak.
Dengan adanya PIPC ini negara telah berjaya membetulkan kesilapan Perdana Menteri lalu, kerana 22 tahun beliau membenarkan Singapore mengaut keuntungan berbilion setahun hasil dari minyak negara kita. Walaupu hakikatnya beliau amat benci dan bermusuhan dengan Singapore.
Wallahualam
Azman Haj
Hari ni ada orang buat cerita pasal Petronas pulak dijual oleh Najib bila Arab Saudi nak melabur di Pengerang. Hahaha...aku nak gelak besaq sebab kawan yg bawa cerita tu sebenarnya nak rakyat jadi bodoh mcm dia. Kalau Rafizi kata kerjanya menghasut dan menipu, sehingga dia jd penipu, budak ni plk membodoh smp dia pun bodoh.
Projek Rapid Pengerang Johor adalah sebahagian dari Kompleks Bersepadu Petrolium Pengerang (Pengerang Integrated Petroleum Complex - PIPC) adalah projek mega 20,000 ekar dan akan menempatkan kilang penapis minyak, naphtha, loji petrokimia, LNG, terminal import dan plan regasification. Komponen dalam PIPC adalah:
1. Pengerang Independent Deepwater Petroleum Terminal (PIDPT).
2. Refinery and Petrochemical Integrated Development (RAPID)
2. Refinery and Petrochemical Integrated Development (RAPID)
PIDPT adalah terminal bebas utk mengimpot dan menyimpan stok minyak mentah dan minyak ditapis serta lain-lain kemudahan berkiatan dengan industri minyak dan gas. PIDPT adalah usahasama Kerajaan Negeri Johor dengan DIALOG Group of Malaysia, Royal Vopak of Netherlands.
Komponen kedua yg sangat penting adalah RAPID di mana Petronas bakal melabur RM89.3 bilion untuk membangunkan Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) iaitu RM53 bilion untuk pembangunan RAPID dan RM36 bilion untuk kemudahan serta prasarana sokongan yang berkaitan.
Jadi dalam PIPC ni ada PIDPT dan RAPID. PIPC adalah milik Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC) yang ditubuhkan oleh Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC)
MPRC pula ditubuhkan oleh YAB DS Najib Tun Razak pada April 2011. Sebagai sebuah agensi yang melaporkan kepada Jabatan Perdana Menteri, peranan MPRC adalah untuk menggalakkan, memangkin dan mentransformasikan sektor perkhidmatan minyak dan gas untuk menjadi entiti yang lebih kukuh dalam industri. Objektifnya adalah untuk meletakkan Malaysia sebagai hab minyak dan gas nombor satu di rantau Asia Pasifik.
MPRC pula ditubuhkan oleh YAB DS Najib Tun Razak pada April 2011. Sebagai sebuah agensi yang melaporkan kepada Jabatan Perdana Menteri, peranan MPRC adalah untuk menggalakkan, memangkin dan mentransformasikan sektor perkhidmatan minyak dan gas untuk menjadi entiti yang lebih kukuh dalam industri. Objektifnya adalah untuk meletakkan Malaysia sebagai hab minyak dan gas nombor satu di rantau Asia Pasifik.
Petronas telah dibawa oleh kerajaan Malaysia untuk menjadi pelabur utama dalam RAPID bagi memastikan rancangan MPRC menjadi kenyataan. Walau bagaimana pun Petronas dan kerajaan Malaysia telah berjaya menarik minat Arab Saudi menerusi Saudi Aramco untuk melabur dalam RAPID sebagai rakan pelaburan terbesar iaitu RM37bilion.
Menurut WSJ, penyertaan Saudi Aramco ke dalam projek itu merupakan satu kejayaan besar bagi Petronas. Syarikat yang berpengkalan di Dhahran, Arab Saudi merupakan syarikat minyak milik negara dan pengeluar minyak mentah terbesar di dunia, menghasilkan kira-kira satu tong dalam setiap lapan tong bekalan minyak dunia.
Maka perlu difahami bahawa RAPID telah berjaya menarik pelaburan dari pelaburan dari Petornas RM(89.3b) dan Saudi Aramco (RM37b) bagi memastikan negara menjadi hab perdagangan minyak terbesar di Asia. Disamping itu PIPC dijangka menjana RM18.3 bilion Pendapatan Negara Kasar menjelang tahun 2020 dan membantu mewujudkan 8,600 berpendapatan tinggi dan berkemahiran tinggi pekerjaan.
Tidak timbul soal Petronas dijual kepada negara Arab Saudi, seperti mana projek keretapi laju ECRL yang dituduh negara terjual kepada negara China dengan nilai RM55bilion.
Apa yang perlu kita tanyakan bukannya adakah negara kita telah dijual kepada negara China atau Arab Saudi, tetapi kenapa negara kuasa besar dan kaya itu minat untuk melabur di Malaysia dengan nilai berbilion-bilion RM??
Wallahualam.
Azman Haj
No comments:
Post a Comment