Wednesday, April 26, 2017

AIR PULAU PINANG

#kopipes Azizi Safar isu air pulau pinang..
====
Isu kenaikan kadar Surcaj Pemuliharaan Air Pulau Pinang melebihi 100 % | Apa yang perlu difahami :
1. Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang mengambil kesempatan di atas statistik penggunaan air domestik per kapita harian bagi Pulau Pinang yang tinggi untuk memperkenalkan surcaj mulai 1 November 2010.
2. Sejak dikenakan surcaj, kadar penggunaan air per kapita tidak juga turun malah ia terus meningkat; menunjukkan surcaj gagal mengekang peningkatan penggunaan air atau menurunkan jumlah tersebut.
3. Mengambil kesempatan ini, Kerajaan Negeri mulai 1 September 2013 telah menaikkan kadar surcaj 100%, dari 24 sen ke 48 sen bagi setiap 1000 liter melebihi 35,000 liter penggunaan setiap meter sebulan.
4. Terkini, Kerajaan Negeri bercadang menaikkan kadar surcaj kepada 100 sen bagi setiap 1000 liter melebihi 35,000 liter penggunaan sebulan.
5. Surcaj Pemuliharaan Air hanya dikenakan ke atas pengguna domestik sahaja. Pengguna komersil dan industri tidak kena surcaj pemuliharaan air ini.
6. Surcaj adalah pendapatan tambahan kepada PBAPP dan Kerajaan Negeri. Ia boleh menampung kos operasi (OPEX) tahunan PBAPP yang meningkat setelah Kerajaan Negeri menandatangani perjanjian migrasi aset air dengan Kerajaan Persekutuan, di mana PBAPP perlu "membayar balik pinjaman Kerajaan Negeri" melalui bayaran pajakan aset air kepada PAAB berjumlah RM 14.56 juta setahun.
7. Selain pembayaran pajakan aset air, sejak Jun 2011 juga PBAPP perlu membayar kepada Kerajaan Pulau Pinang kos air mentah yang dipam dari Sungai Muda. Sebelum 2011, PBAPP tidak perlu membayar apa-apa untuk air mentah dari Sungai Muda. Purata bayaran setahun yang perlu dilakukan oleh PBAPP adalah RM 15 juta.
8. Wang terkumpul oleh PBAPP dari kutipan surcaj tidak boleh menjamin bekalan air mentah di Sungai Muda akan mencukupi untuk kegunaan rakyat Pulau Pinang di masa hadapan
9. Air hujan yang turun di bahagian pulau Pulau Pinang adalah lebih tinggi kadarnya berbanding dengan di masa dulu menyebabkan Kerajaan Negeri perlu membina saluran (Bajet 2017: anggaran kos RM 30 juta oleh PBAPP) untuk menyalirkan lebihan air di Empangan Air Itam ke Empangan Teluk Bahang. Masalahnya cuma kawasan tadahan semakin mengecil kerana kawasan tadahan semulajadi air hujan kini diteroka dan dibangunkan.
10. Kos operasi PBAPP terus meningkat. Perlu pendapatan baru untuk tampung peningkatan kos operasi. Siapa lagi yang perlu bayar jika bukan rakyat Pulau Pinang yang menjadi pengguna air di Pulau Pinang?

No comments: