Monday, September 25, 2017

KENAPA LAWATAN NAJIB KE US BERJAYA

Kenapa Lawatan Najib Ke US Berjaya
KUALA LUMPUR, 16 Sept – Tidak pernah terlintas untuk saya mengulas perkara ini. Namun setelah membaca fakta-fakta karut di media sosial sejak kebelakangan ini telah memaksa saya untuk menuliskan fakta sebenar.
Sebelum mengulas lebih panjang, saya merupakan salah seorang petugas media Malaysia yang terlibat di dalam lawatan tersebut. Ingin saya jelaskan di sini bahawa setiap stesen TV dan agensi akhbar yang terlibat membiayai sendiri perjalanan wakil mereka. Ia bukannya ditanggung oleh pihak kerajaan.
Oleh itu jangan tuduh saya ‘memakan dedak’.
Tempoh Pertemuan
Pertemuan delegasi Datuk Seri Najib Razak, Presiden Donald Trump dan anggota kabinet Amerika berlangsung selama lebih 50 minit. Sementara pertemuan empat mata antara Perdana Menteri dan Presiden Trump berlangsung selama 20 minit.
Kebanyakan pengkritik mendakwa pertemuan Najib dan Trump hanya berlangsung selama lima minit. Ia hanya berdasarkan kepada video beserta transkrip yang dikeluarkan oleh Rumah Putih. Tidak masuk akal.
Apa yang dikeluarkan Rumah Putih itu hanyalah ucapan pembukaan yang disampaikan oleh kedua-dua pemimpin untuk direkodkan oleh puluhan kamera stesen TV dan berpuluh lagi wakil pemberita yang berada dalam Bilik Kabinet West Wing, Rumah Putih.
Ia hanyalah untuk siaran televisyen dan laporan berita bagi agensi yang hadir. Apa yang dibincangkan kedua-dua pemimpin selepas itu tanpa kehadiran puluhan kamera dan pemberita adalah lebih penting dan mendalam.
Tidak seperti pihak pembangkang, saya tidak akan menimbulkan sebarang spekulasi terhadap perbincangan tersebut kerana saya tidak berada di situ ketika ianya berlangsung.
Pihak pembangkang begitu cepat membuat rumusan hanya berdasarkan pada video beserta transkrip yang dikeluarkan dan menjadikan seolah-olah hanya itu sahaja yang berlaku.
Apa yang boleh saya pastikan adalah transkrip ucapan pembukaan tersebut adalah asli memandangkan saya berada di situ pada ketika itu.
Pegawai protokol Rumah Putih, David Solomon telah memberikan taklimat kepada kami, wakil media bahawa kami akan dibawa ke Bilik Kabinet hanya untuk ucapan pembukaan dan diminta untuk meninggalkan bilik tersebut sejurus sebelum perbincangan dimulakan.
Transkrip yang dikeluarkan Rumah Putih itu adalah untuk kegunaan para wartawan yang hadir supaya mereka mendapat gambaran yang jelas. Sebagaimana yang kita ketahui, para wartawan Rumah Putih tidak begitu akrab dengan Trump. Oleh itu, transkrip tersebut dikeluarkan bagi memastikan tidak seorang pun wartawan Amerika Syarikat memberikan tanggapan yang salah.
Namun begitu tidak ada media cetak Amerika Syarikat yang menggunakan transkrip tersebut secara keseluruhan.
Apa sahaja yang dilihat baik oleh Trump bukanlah satu bahan berita bagi media cetak Amerika.
Kebenarannya adalah perbincangan dua hala antara Amerika dan Malaysia berlangsung selama lebih 30 minit dan bukannya enam minit.
Kami juga dimaklumkan oleh Pegawai Media kedua-dua pemimpin bahawa mereka juga melakukan perbincangan empat mata di Oval Room, yang mana ianya berlangsung selama 20 minit.
Pelaburan KWSP
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah membuat pelaburan dalam pasaran ekuiti Amerika Syarikat sejak 2008 selepas pindaan undang-undang membenarkan KWSP untuk melakukan pelaburan di luar negara. Melalui Akta Kawalan Pelaburan yang diperkenalkan pada 1998, KWSP sebelum ini tidak dibenarkan untuk berbuat demikian.
Malah, KWSP telah membuat pelaburan bernilai sekitar US$26 bilion sejak 2008 dan memperoleh pulangan yang sangat baik. Sekiranya ada yang membuat perbandingan antara pasaran Malaysia dengan Amerika Syarikat selepas tahun 2008, pastinya akan melihat bahawa pasaran ekuiti Amerika Syarikat memberikan pulangan yang lebih baik berbanding dalam negara.
Lebih 5.5 peratus majoriti dividen yang diterima oleh orang ramai melalui KWSP sejak 2009 adalah hasil dari pelaburan luar negara yang dijalankan oleh KWSP.
Berikut merupakan jumlah pembayaran dividen yang telah dilakukan KWSP sejak tahun 2001 hingga 2017:
Terdapat satu jawatankuasa pelaburan KWSP yang dibentuk di kalangan golongan professional yang dihormati.
Sekiranya Najib terlibat dalam mengawal KWSP maka KWSP seharusnya diminta untuk mendedahkan apa dan bagaimana pelaburan mereka dibuat. Namun pelaburan tersebut dilakukan KWSP secara rahsia. Mereka menggerakkan sejumlah besar wang masuk dan keluar dari negara dan sekiranya mereka mendedahkan apa dan bagaimana bentuk pelaburan yang mereka jalankan, pastinya spekulator pasaran saham akan berusaha keras untuk menjatuhkan pelaburan mereka.
Selain dari pulangan pelaburan, kita juga boleh mengatakan bahawa KWSP turut membantu menyelamatkan matawang ringgit dari mengalami susut nilai.
Mengukuhkan Ekonomi Amerika Syarikat
Ianya hanya untuk menggambarkan peranan Najib di hadapan pemimpin Amerika yang berusaha keras untuk “menjadikan Amerika hebat sekali lagi”.
KWSP semestinya sudah membuat keputusan mengenai apa dan bagaimana bentuk pelaburan yang bakal mereka jalankan sebelum Najib melakukan lawatan ke sana. Dan keputusan yang diambil KWSP adalah berdasarkan pada pulangan dan bukannya untuk memperkasakan ekonomi Amerika Syarikat.
Trump telah menekankan mengenai keutamaan pembinaan semula insfrastruktur Amerika Syarikat yang telah semakin dimakan usia dan umum mengetahui hal tersebut sejak beliau berkempen lagi. Oleh yang demikian, ianya boleh diterima akal untuk melakukan pelaburan dalam bentuk dana dan ekuiti yang akhirnya akan memberikan manfaat melalui dasar tersebut.
Melalui dasar tersebut, KWSP bakal mendapatkan pulangan yang besar melalui pelaburan itu.
Lawatan Najib ke Washington adalah sebagai salah sebuah negara yang diletakkan dalam senarai “Trade Cheats” yang bertanggungjawab terhadap defisit perdagangan Amerika Syarikat bernilai hampir US$50 bilion.
Selain menyasarkan China, lain-lain negara yang tersenarai adalah Jepun, Jerman, Mexico, Ireland, Vietnam, Itali, Korea Selatan, Malaysia, India, Thailand, Perancis, Switzerland, Taiwan, Indonesia dan Kanada.
Kedatangan Najib adalah untuk menunjukkan kepada Trump bahawa perdagangan merupakan hal dua hala dan kedatangannya ke Washington bukan hanya dengan tangan kosong.
Itulah sebabnya mengapa beliau menggunakan istilah “cadangan nilai” ketika bercakap mengenai pelaburan.
Perdana Menteri Malaysia sebelum ini datang ke Amerika Syarikat dengan keinginan untuk mencari pelabur untuk melabur di Malaysia. Najib mahu membuktikan kepada Trump bahawa kehadiran beliau ke sana bukan untuk tujuan yang sama.
Lawatan Kerja
Lawatan Najib ke Rumah Putih merupakan sebuah lawatan kerja atas undangan Trump sendiri. Ianya bukanlah sebuah lawatan rasmi mahupun lawatan negara. Setakat ini Trump masih belum menjemput sesiapa pun ke Washington untuk lawatan rasmi mahupun lawatan negara.
Di sebalik semua kegembiraan dan formaliti, lawatan ini adalah berkaitan perniagaan.
Trump mengetepikan semua protokol ketika bersama Najib dan mengingatkan para pegawainya sebanyak dua kali bahawa “Najib adalah rakan saya”.
Pertama sekali ketika ketibaan Najib. Kebiasaannya, Timbalan Presiden (dalam hal ini, Mike Pence) yang akan menyambut ketibaan para jemputan VIP. Namun Trump mengambil keputusan untuk menyambut sendiri kedatangan Najib di muka pintu Rumah Putih.
Ini merupakan kali pertama beliau memberitahu pegawai prokolnya bahawa, “beliau merupakan rakan saya”.
Keduanya adalah ketika Najib ingin berangkat pulang. Kebiasaannya Presiden Amerika Syarikat hanya akan menghantar kepulangan para tetamunya hingga ke pintu Oval Office, namun Trump mengiringi Najib sehingga ke kereta.
Sekali lagi, tindakan beliau mengingatkan kata-katanya sebelum itu bahawa “beliau (Najib) merupakan rakan saya”.
Sebagaimana yang dilaporkan, kedua-dua pemimpin tersebut menjalinkan hubungan persahabatan yang akrab apabila mereka dilihat bersama-sama bermain golf di salah sebuah padang golf milik Trump. Terdapat juga gambar mereka berdua ketika acara tersebut dengan tulisan “To my favourite PM” (Buat Perdana Menteri kesukaan saya) yang ditulis oleh Trump sendiri.
Ya, kedua-dua pemimpin tersebut bercakap mengenai golf ketika lawatan itu tapi tidak bermain secara serius kerana ianya adalah berlandaskan kepada hal perniagaan.
Kenapa pula Najib memutuskan untuk menginap di Trump International Hotel? Ia kerana hotel tersebut merupakan hotel yang terbaik yang berada di situ dan ianya terletak antara Rumah Putih Capitol Hill. Ianya adalah berkaitan hal logistik.
Trump telah berjanji bahawa apabila beliau dilantik menjadi presiden, sebarang keuntungan yang diperoleh melalui lawatan pemimpin luar yang tinggal di hotel miliknya itu nanti akan diserahkan kepada badan kebajikan. Beliau langsung tidak mengaut sebarang keuntungan dari lawatan Najib ke Amerika Syarikat.
Jadi, adakah lawatan ini berjaya? Bagi Najib, ini merupakan sebuah lawatan yang sangat berjaya kerana ia berjaya mengetepikan segala tuduhan negatif yang diterimanya berhubung isu DOJ dan yang paling utama, memperbaharui ikatan persahabatan yang telah dimeterai beliau bersama Trump sejak sekian lama.
Bagi Malaysia? Ia juga merupakan satu lawatan yang berfaedah kerana kita sekarang telah mula mendapat perhatian semula oleh Amerika Syarikat dan mereka juga telah mengesahkan Malaysia sebagai negara rakan kongsi yang komprehensif.
WONG SAI WAN
KETUA EDITOR AKHBAR MALAY MAIL

MALAYSIA BANTU US?

Syed Agil Jamalullail :
1. Kenapa tolong U.S. bina infrastruktur/prasarana
malaysia tak 'bantu' U.S. utk bina infrastruktur. KWSP tak bagi US$4 billion utk bina infrastruktur U.S.. ia adalah pelaburan. bukan bantuan.
KWSP melabur dlm pasaran equiti U.S. berkaitan bond2 yg diterbitkan utk membiayai infrastruktur dan daripada pelaburan inilah KWSP akan memperoleh pulangan/faedah/profit rate.
jd yg membangunkan infrastruktur adalah kerajaan U.S. dan KWSP sbgai pelabur, akan memperoleh pulangan faedah drpd pelaburan mereka.
2. kenapa tak bantu rakyat sendiri?
KWSP membantu rakyat dgn berkongsi pulangan keuntungan yg dihasilkan di U.S.. keuntungan dibawa balik akan dikongsi bersama pencarum2 dlm bentuk dividend. itu cara jelas KWSP membantu rakyat utk dpt duit lebih.. besarkan simpanan selepas pencen.
3. Kenapa tak labur di Malaysia saja, jana lebih pekerjaan kpd rakyat?
majoriti portfolio KWSP berada di Malaysia. KWSP ada kepentingan di dlm hampir semua syarikat2 besar di Malaysia. hanya 29% dilabur di luar negara.
4. Duit KWSP dicuri najib?
semua keluar masuk duit ada money trail. kalau mana2 ahli parlimen tak puas hati, kenapa tak cadangkan utk disiasat PAC?
5. pelaburan infrastruktur
dana2 bond ini akan digunakan oleh kerajaan U.S. utk membina sistem highway, jambatan, airport, landasan kretapi, grid janakuasa, sistem pengairan, empangan dan lain2.
pelaburan dlm dana infrastruktur ni bukan benda baru pon, dana pencen australia, kanada, jepun, korea dan lain2 pon invest juga.
.
Rujukan
[1] dana pencen terbesar Australia mahu melabur infrastruktur U.S.
https://www.bloomberg.com/…/australia-s-biggest-pension-fun…
[2] dana gergasi pencen jepun mahu melabur dlm infrastruktur U.S.
https://asia.nikkei.com/…/Japan-s-pension-megafund-to-inves…
[3] dana pencen kanada mahu labur dlm pelaburan infrastruktur
http://www.reuters.com/…/us-canada-pensions-infrastructure-…
[4] $476 bilion dana pencen korea selatan memantau sektor infrastruktur dan perubatan
http://www.reuters.com/art…/southkorea-pension-idUSL4N1CR2PL
[5] the American Society of Civil Engineers estimated in 2005 that it would take $1.6 trillion simply to make U.S. infrastructure dependable and safe
https://www.cfr.org/…/infrastructure-investment-and-us-comp…
[6] nation’s aging network of roads, bridges, airports, railways, power grids, water systems, and other public works to maintain its global economic competitiveness
https://dupress.deloitte.com/…/basics-of-us-infrastructure-…
[7] pelaburan KWSP di U.S. ialah utk diversification
https://www.nst.com.my/…/epf-foreign-investments-must-unwis…

KEMANA PERGINYA GST?

Seorang peniaga nasi lemak menjual sebungkus nasi lemak dengan harga RM1 di kawasan kejiranannya. Sehari dia menjual 20 bungkus nasi lemak. Setiap hari hasil jualan nasi lemak ialah RM20.
Peniaga itu membuat keputusan untuk mepelbagaikan sumber pendapatan dengan menjual mihun goreng juga pada kadar RM1 sebungkus dan dia menjangkakan dia akan dapat menjual 10 bungkus mihun sehari menjadikan pendapatan jualannya RM30 (20 bungkus nasi lemak dan 10 bungkus mihun).
Tiba-tiba banyak peniaga nasi lemak muncul di kawasan kejiranan tersebut menjadikan masyarakat di situ mempunyai banyak pilihan untuk membeli nasi lemak. Untuk memastikan nasi lemak dia laku, iaitu 20 bungkus nasi lemak sehari, kini peniaga tersebut terpaksa menurunkan harga nasi lemak kepada 50 sen sebungkus.
Hasil jualan harian kini menjadi RM20 iaitu 20 bungkus nasi lemak = RM10 (50 sen sebungkus) dengan 10 bungkus mihun = RM10, berbanding jangkaan asal pendapatan RM30.
Hasil jualan mihun goreng menampung kekurangan hasil jualan nasi lemak disebabkan kejatuhan harga nasi lemak. Tindakan mempelbagaikan sumber pendapatan dengan menjual mihun goreng merupakan tindakan bijak peniaga tersebut. Kalau dia tidak menjual mihun goreng, hasil jualan beliau akan turun daripada RM20 kepada RM10.
Apa motif dan moral cerita di atas?
Tukarkan nasi lemak kepada hasil petroleum kerajaan dan mihun goreng kepada hasil kutipan GST kerajaan.
Maka anda akan dapat jawapan ke mana duit GST yang dikutip pergi.
GST dilaksanakan pada tahun 2015. Kebetulan harga minyak dunia jatuh menjadikan hasil petroleum kerajaan menyusut lebih RM40 billion. Dengan kutipan GST lebih kurang RM40 billion, ianya menampung kekurangan hasil petroleum kerajaan.
Sepatutnya GST menjadi hasil tambahan seperti dianggarkan kerajaan sebelum ianya dilaksanakan. Disebabkan harga minyak dunia yang jatuh bermula hujung 2014, GST menjadi hasil tampungan kepada kekurangan hasil kerajaan. Bayangkan kalau GST tidak diperkenalkan, hasil kerajaan akan jatuh RM40 billion, perbelanjaan akan dipotong secara meluas sehingga memberi kesan kepada perkhidmatan kerajaan.
Sekarang dah faham ke mana duit GST pergi?

********************************************

Dari garis masa Tuan Saiful Bahari Baharom;

Apa akan jadi kepada negara kalau tidak ada GST?


Kalau GST tidak di laksanakan pada bulan April lepas, kerajaan akan menghadapi kekangan kewangan yang amat serious.

Kenapa?

1. Ekonomi negara2 pengimport barangan Malaysia termasuk Cina, Eropah dan AS sejak tahun lepas menghadapai kelembapan ekonomi. Maka, mereka tidak lagi membeli barangan dari luar negara, termasuk Malaysia. Sebagai contoh, jumlah eksport minyak kelapa sawit ke Cina jatuh 50% dari tahun sebelumnya.

Kurang eksport, kurang pendapatan kepada syarikat2 yang menjual keluar negara. Maka, cukai pendapatan kepada LHDN pun kurang.

2. Kerana kelembapan ekonomi, permintaan dunia untuk barangan asas pun kurang, termasuklah harga minyak kelapa sawit dan minyak petroleum & gas.

Bila harga minyak jatuh dari paras USD80 ke USD 40, pendapatan Petronas pun berkurangan. Maka, dividen tahunan yang boleh di sumbangkan oleh Petronas kepada Kerajaan pun kurang.

3. Dengan kejatuhan harga2 barangan asas (komoditi), maka syarikat-syarikat pengeluar juga terpaksa berjimat cermat.

Ini bermakna pelaburan untuk industri2 berkaitan akan berkurangan, ini juga melibatkan kurangan bonus dan gaji yang di bayar.

Maka, pendapatan cukai peribadi kepada LHDN juga berkurangan.

Adalah di anggarkan kekurangan sumbangan kepada Kementerian Kewangan dari LHDN dan bayaran dividen dari Petronas sebanyak RM30 billion.

Mujurlah ada pendapatan dari Kastam dek kerana GST yang berjaya menampung lebih kurang 2/3 dari kekuranagan RM30bn tadi.

Tanpa GST, defisit negara akan naik, credit rating negara akan turun.

Ini boleh mencetus kadar faedah pinjaman dari bank2 naik.

Untuk rakyat yang ada pinjaman perumahan, bayaran bulanan akan naik (di masa gaji dan bonus lesu).

Peniaga dan syarikat2 juga akan terpaksa membayar lebih dari yang di jangka ke atas pinjaman2 mereka setiap bulan walaupun di dalam tempuh masa aliran pendapatan yang lembap.

Clear?

Monday, September 18, 2017

KWSP

Aset2 KWSP telah berkembang pada kira-kira 10% -11% setahun,
yang lebih cepat daripada pertumbuhan Pasaran Modal Dalam Negeri sebanyak
4% -5%
Maka untuk mencapai matlamat pelaburannya serta mengurangkan risiko tumpuan di pasaran domestik, dana itu perlu mempelbagaikan pelaburannya ke Pasaran Asing melalui pelbagai kelas aset.
Q: Apakah kriteria dan proses KWSP dalam membuat pelaburan di luar negara?
A: KWSP mengamalkan proses pelaburan yang berdisiplin dan berhemat selaras dengan Seksyen 26 Akta KWSP 1991.
Semua keputusan pelaburan memerlukan kelulusan oleh
Panel Pelaburan,
yang ahlinya dilantik berdasarkan pengalaman luas dan pengalaman profesional dalam hal kewangan.
Ahli-ahli terdiri daripada wakil KWSP, Bank Negara Malaysia, pakar industri bebas dan Kerajaan.
Rangka kerja tadbir urus pelaburan keseluruhan terus diperkuat dengan kewujudan 
1. Jawatankuasa Risiko Panel Pelaburan,
2. Jawatankuasa Pelaburan Pengurusan dan
3. Jawatankuasa Risiko Pengurusan.
Jawatankuasa masing2 mengawasi dan bertanggungjawab untuk penubuhan dan pelaksanaan dasar dan strategi pelaburan serta pemantauan keputusan, pelaksanaan dan prestasi pelaburan.
Pelaburan KWSP akan terus diteliti oleh proses audit suku tahunan yang dilakukan secara dalaman, diikuti oleh Ketua Audit Negara setiap tahun. Kedudukan dan prestasi aset keseluruhan KWSP diumumkan setiap suku tahun dan akaun dilaporkan mengikut piawaian perakaunan global, FRS 139.
Akhirnya, akaun yang diaudit kemudian dibentangkan di Parlimen untuk kelulusan dan tertakluk kepada penelitian oleh Jawatankuasa Perakaunan Parlimen (PAC).
Sebagai badan berkanun, KWSP dikawal oleh lembaga inklusif, yang mana ahli-ahlinya termasuk wakil dari pekerja, majikan, profesional industri dan Kerajaan.
Secara kolektif, lembaga akan memastikan bahawa KWSP melaksanakan tanggungjawab utamanya untuk menjaga kepentingan 14 juta ahli.
P/s 2001 .. Madey guna EPF utk bailout Timedot.com
syrkt milik anak dia.
Baca lebih lanjut di http://www.thestar.com.my/…/epf-sheds-light-on-overseas-i…/…

Syahir:
Antara komen yang saya baca tentang rancangan pelaburan KWSP di USA macam ni:-
"kenapa melabur di negara luar sedangkan negara sendiri masih belum maju?"
"kenapa melabur di luar negara bila bajet pendidikan, universiti, kesihatan dipotong?"
"kenapa tak bina infrastruktur dalam negara dulu?"
"kenapa tak melabur dalam negara-negara islam yang susah?"
"kenapa melabur dekat negara yahudi?"
Ini jawapan saya.
KWSP itu bukan duit kerajaan untuk dibelanjakan. Objektif penubuhan KWSP adalah untuk mengurus simpanan persaraan pekerja (swasta - sendiri) di Malaysia. Duit mak bapak kita, duit kita yang dah bekerja.
Duit KWSP tak boleh digunakan untuk perbelanjaan kerajaan termasuklah untuk bajet pendidikan, universiti, kesihatan, hospital semua. Kalau KWSP belanja untuk semua tu, macam mana nak dapat pulangan untuk bagi dividen? Itu duit pencen kita nanti bukan duit untuk perbelanjaan semasa.
Duit KWSP mesti dilaburkan. Labur dalam pasaran saham, bon, hartanah, pinjaman untuk jana pendapatan.
Sebab tu lah KWSP tak "melabur" di negara-negara Islam yang susah. Nak KWSP melabur kat Syria, kalau pelaburan tu hangus, untung kurang, dividen rendah siapa jugak yang bising nanti?
KWSP dah lama pun melabur di luar negara dan Najib Razak hanya umumkan KWSP akan menambah pelaburan di USA. Kalau PM tak umum pun KWSP tetap akan melabur di sana mengikut potensi keuntungan dan pengurusan risiko mereka.
Yang uruskan pelaburan KWSP ni profesional, bukannya ahli politik macam Rafizi Ramli, Tony Pua, Mukhriz Mahathir atau Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Baru tadi KWSP umum keputusan kewangan suku ke-2 2017. Jumlah aset pelaburan meningkat kepada RM759 billion, pendapatan meningkat kepada RM11.5 billion untuk suku tersebut, pelaburan di luar negara menyumbang kepada 32.5% daripada keseluruhan pendapatan KWSP.
Kalau nak KWSP belanja duit untuk bajet universiti, hospital, negara-negara islam yang susah semua jangan harap nak dapat pendapatan macam tu.
Ini duit persaraan pekerja di Malaysia. Bukan duit cukai untuk dibelanjakan kerajaan. Faham?
Rujukan: The Star: EPF Q2 investment income up more than a third to RM11.51b
Read more at http://www.thestar.com.my/…/epf-q2-investment-up-more-tha…/…
Madi Azmadi:
KWSP Melabur di AS; Najib Tak Bodoh
1) Najib Razak dalam lawatan ke Rumah Putih telah mengumumkan KWSP akan melabur sehingga USD4 bilion di pasaran negara maju Amerika Syarikat, tambahan dari pelaburan USD7 bilion sedia ada. Ramai yang melatah, kononnya duit rakyat akan dibinasakan.
2) Ikut rekod, KWSP sememangnya melabur di negara luar. Bukan baru, tapi dah bertahun. Ini penting untuk mengoptimumkan pulangan sekurang-kurangnya 2.5% setiap tahun seperti di bawah Akta KWSP. Tidak boleh kurang.
3) Krisis kewangan dalam pusingan ekonomi berlaku setiap 10 tahun. 1997/98 krisis ekonomi Asia, 2008 jatuhnya empayar Lehman Bersaudara. Ikutkan pada putaran, tahun depan akan berlaku lagi krisis kewangan besar.
4) Asas pelaburan, high risk high return. Dan asasnya juga, melabur di negara maju tidak mungkin menawarkan pulangan terlalu tinggi. Tidak seperti pelaburan di negara membangun, emerging market.
5) Tetapi Najib tidak bodoh. Pasaran kewangan dan ekonomi dunia akan bergoncang pada tahun hadapan. Turun naik tidak menentu, yang paling terkesan adalah pasaran negara membangun.
6) Dan Najib tidak mahu mengambil risiko tersebut. Negara maju menjanjikan destinasi pelaburan yang selamat. Pulangan mungkin tidak begitu tinggi, tetapi pulangannya stabil. Negara maju akan menghadapi kesan yang paling minimum apabila berlakunya market crash, tidak seperti negara membangun.
7) Najib berpegang pada asas pelaburan, don’t put all your eggs in one basket. Bakul jatuh, pecahlah semua telur. Jadi adalah sangat penting untuk pastikan adanya potfolio pelaburan yang menjamin pulangan. Maka, Amerika Syarikat adalah lokasi yang bertepatan.
8) Dan sebagai seorang pencarum KWSP, aku lebih rela wang caruman tersebut dilaburkan di pasaran yang stabil. Pulangan mungkin tidak tinggi, tetapi pulangan tetap ada.
9) Suatu perkara yang pasti, kalau mahukan pulangan yang tinggi melalui risiko yang tinggi, KWSP bukan tempatnya. Dan Najib tidak bodoh untuk mengambil risiko itu.

ALIRAN PELABURAN NEGARA BY SYAHIR

SAYA TERKEJUT DENGAN PENGETAHUAN Azmin Ali YANG SANGAT CETEK DAN TERHAD TENTANG ALIRAN PELABURAN NEGARA
Izinkan saya mendedahkan kepalsuan dan kelompangan kenyataan akhbar yang dibuat Azmin Ali di mana beliau melahirkan rasa terkejut terhadap pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak berkenaan pembelian pesawat Boeing oleh Malaysia Airlines (MAS) yang berpotensi bernilai sekitar US$10 - 20 billion dan pelaburan KWSP berjumlah US$3 - 4 billion di dalam projek infrastruktur semasa lawatan beliau ke White House baru-baru ini.
Saya akan jawab Azmin mengikut perenggan (HURUF BESAR - KENYATAAN YANG DIBUAT Azmin Ali):
"SAYA SANGAT TERKEJUT DENGAN PENGUMUMAN PERDANA MENTERI, DATO’ SERI NAJIB RAZAK BAHAWA MALAYSIA AKAN MELABUR SEHINGGA AS$24 BILLION (RM100 BILLION) DI AMERIKA SYARIKAT."
Secara jujur saya sendiri terkesima dengan perenggan pembuka di atas kerana Azmin nampaknya tidak boleh membezakan urusniaga perdagangan iaitu pembelian pesawat Boeing oleh MAS dengan urusniaga pelaburan iaitu pelaburan KWSP dan Khazanah di Amerika Syarikat (US).
Apabila kita membeli sesuatu barangan dari negara luar ia dikira sebagai import. MAS membeli pesawat daripada Boeing bermaksud syarikat Malaysia mengimport barangan daripada syarikat US.
Tahun lepas Malaysia mengimport barangan dari US bernilai RM55.65 billion (US$12 - 13 billion) dan tahun ini (Januari - Julai) nilai import barangan dari US bernilai RM43.23 billion. US merupakan negara sumber import ke-4 terbesar Malaysia di belakang China, Singapura dan Jepun.
Sementara itu, US juga merupakan destinasi eksport ke-3 terbesar negara kita dengan nilai eksport berjumlah RM80.2 billion pada 2016 dan RM45.5 billion tahun ini (Januari - Julai 2017). Jumlah dagangan di antara kedua-dua buah negara bernilai melebihi RM130 billion pada 2016 dan dengan pengumuman pembelian pesawat Boeing baru-baru ini, dijangka aktiviti perdagangan di antara Malaysia dengan US akan kekal meningkat.
"PELABURAN INI KONONNYA UNTUK “MENGUKUHKAN EKONOMI AMERIKA SYARIKAT” TATKALA EKONOMI KITA SEDANG MEMERLUKAN PELABURAN LEBIH BESAR SELAIN DARIPADA MISTERI MENGAPA MALAYSIA PERLU MEMBANTU EKONOMI TERBESAR DI DUNIA."
US sememangnya tidak memerlukan pertolongan Malaysia untuk mengukuhkan ekonomi mereka yang bersaiz US$18.5 trillion tersebut. Ini adalah apa yang kita panggil seni membuat kenyataan. Bagi saya kenyataan yang dikeluarkan Perdana Menteri adalah respons terbaik kepada kenyataan Presiden Trump yang berterima kasih kepada Malaysia di atas pelaburan yang dibuat di dalam US selama ini.
Kalau ada satu benda yang saya kagum tentang Azmin Ali, ia adalah kebolehan beliau memperbesarkan semua perkara. Tatkala ekonomi kita sedang memerlukan pelaburan lebih besar? Untuk pengetahuan anda, pelaburan sentiasa menjadi komponen penting ekonomi negara kita.
Tahun lepas (2016), pembentukan modal tetap kasar atau secara ringkasnya pelaburan aset tetap menyumbang kepada 25.7% daripada RM1.23 trillion KDNK negara. RM211 billion pelaburan dibuat oleh sektor swasta manakala sektor awam atau kerajaan membuat pelaburan berjumlah RM105 billion yang menjadikan jumlah pelaburan kepada RM317 billion. Ia hanya akan mengambil masa 5 minit untuk anda mencari data berkenaan jumlah pelaburan di dalam laman web Jabatan Perangkaan Negara atau Bank Negara.
"MALAYSIA ADALAH NEGARA YANG EKONOMINYA SEDANG BERKEMBANG DAN KITA SEDANG MELAKUKAN YANG TERBAIK UNTUK MENARIK PELABURAN DARI NEGARA-NEGARA MAJU, BUKANNYA MENGHANTAR WANG KITA KELUAR DARI NEGARA INI. BARU-BARU INI, KITA MEMPEROLEH PELABURAN RM1 BILION DARIPADA IKEA UNTUK MEMBINA PUSAT PEMBEKALAN DAN PENGEDARAN SERANTAU UNTUK ASIA PASIFIK DI PULAU INDAH. IA MEWUJUDKAN NILAI TAMBAH, MENJANA PEKERJAAN DAN MENGGANDAKAN KESAN EKONOMI NEGARA INI."
Malaysia tidak hanya menerima pelaburan dari luar negara, kita juga melabur di luar negara. Malaysia telah melabur di luar negara melalui pelaburan langsung dan portfolio setiap tahun, ya, setiap tahun. Tahun lepas (2016) pelaburan langsung di luar negara bersih (DIA) adalah RM33 billion, setahun sebelum itu (2015) RM41 billion.
Malaysia mempunyai kedudukan aset antarabangsa yang besar bernilai RM1.73 trillion tahun lepas (2016) atau dalam erti kata yang lain, pelaburan asing terkumpul di luar negara yang dibuat oleh syarikat di Malaysia adalah RM1.73 trillion tahun lepas. Ia bukanlah suatu perkara baru bagi syarikat pelaburan dan syarikat-syarikat lain di Malaysia untuk melabur di luar negara. Di mana Azmin ketika negara kita melabur lebih daripada RM50 billion di luar negara? Kemungkinan besar sibuk merancang bagaimana untuk menjadi Menteri Besar Selangor.
Terima kasih kepada MIDA, sebuah agensi kerajaan persekutuan yang bertanggungjawab memantau dan memacu pelaburan di dalam bidang pembuatan dan perkhidmatan di Malaysia, IKEA bersetuju untuk membuka Pusat Pembekalan dan Pengedaran Serantau di Pulau Indah. Tanpa insentif yang disediakan MIDA dan juga lokasi strategik Pulau Indah yang kedudukannya hampir dengan pintu masuk keluar utama negara iaitu KLIA dan Pelabuhan Klang yang dibangunkan kerajaan persekutuan bertahun-tahun dahulu, belum tentu IKEA mahu melabur di Pulau Indah.
"ADALAH SUKAR DIPERCAYAI BAHAWA KWSP, MENGIKUT NAJIB, AKAN MEMBELANJAKAN ANTARA AS$3 BILION HINGGA AS$4 BILION KE ATAS PEMBANGUNAN SEMULA INFRASTRUKTUR DI AMERIKA SYARIKAT. ADAKAH PERDANA MENTERI CUBA MEMBERITAHU KITA BAHAWA MEMBANTU AMERIKA SYARIKAT MEMBINA INFRASTRUKTUR ADALAH LEBIH PENTING DARIPADA MEMBANTU SABAH DAN SARAWAK MEMBINA JALAN RAYA DAN PAIP AIR?"
KWSP merancang untuk melabur US$3 ke 4 billion di dalam projek pembangunan semula infrastruktur US, bukannya membelanjakan. Ianya adalah pelaburan bukan perbelanjaan. Nampaknya Azmin gagal membezakan pelaburan yang dibuat oleh dana persaraan dengan perbelanjaan kerajaan. Kerajaan tidak boleh membelanjakan wang KWSP secara langsung untuk menjalankan projek infrastruktur.
Secara tidak langsung wang KWSP boleh digunakan untuk pembangunan dimana KWSP perlu melanggan bon kerajaan iaitu Malaysian Government Securities (MGS) dan bon yang setara dengannya. Kerajaan menerbitkan bon secara berkala untuk menampung perbelanjaannya dan KWSP merupakan salah satu pelabur terbesar bon kerajaan,
Tahun lepas (2016) KWSP memegang RM181 billion bon kerajaan atau 26% daripada jumlah keseluruhan bon kerajaan (RM685 billion). Sebagai pulangan, KWSP menerima pendapatan di dalam bentuk kupon (kadar faedah) setiap tahun di mana pendapatan daripada bon kerajaan menyumbang RM7.7 billion kepada pendapatan pelaburan kasar KWSP tahun lepas. Pendapatan ini kemudiannya diagihkan semula kepada pencarum KWSP melalui dividen tahunan yang diumumkan.
Setiap tahun kerajaan membelanjakan wang untuk projek infrastruktur di Sabah dan Sarawak. Saya tidak mahu menyuap Azmin semuanya. Dengan RM4 billion rizab tunai kerajaan negeri yang sering dibangga-banggakan Azmin sepatutnya mampu menggaji seorang atau dua pegawai untuk membaca dokumen bajet kerajaan persekutuan dan juga Rancangan Malaysia ke-11.
"WANG DALAM KWSP ADALAH WANG AMANAH UNTUK RAKYAT DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN SEWENANG-WENANGNYA."
Sudah sekian lama KWSP melabur di luar negara dan pelaburan luar negara mewakili hampir 30% (RM212 billion) daripada keseluruhan aset pelaburannya yang bernilai RM731 billion.
Mempelbagaikan pelaburan sebenarnya telah membantu KWSP memaksimakan pulangan ke atas pelaburan dan mengurangkan risiko terdedah kepada hanya satu jenis aset pelaburan sahaja. Tahun lepas, pulangan ke atas pelaburan aset di luar negara KWSP adalah 9.73% iaitu lebih tinggi berbanding aset domestik dengan pulangan ke atas pelaburan berjumlah 6.18%. Jika KWSP tidak membuat pelaburan di luar negara, sudah tentu ia akan mencatatkan pulangan ke atas pelaburan yang lebih rendah dan seterusnya akan menyebabkan ia mengumumkan kadar dividen yang lebih rendah kepada pencarum.
Jikalau Azmin membaca laporan tahunan KWSP sudah tentu Azmin tidak mengeluarkan kenyataan cetek dan tidak berasas seperti di atas.
"KITA MEMAHAMI PILIHAN NAJIB UNTUK BERTEMU DENGAN PRESIDEN AMERIKA SYARIKAT, DONALD TRUMP, NAMUN PEMIMPIN TIDAK BOLEH MENGGADAIKAN KESEJAHTERAAN EKONOMI NEGARA HANYA UNTUK PELUANG BERGAMBAR."
Saya memahami pilihan jelas Azmin untuk mengelirukan orang Malaysia berkenaan ekonomi dan kewangan negara kerana ia adalah penting bagi Azmin dan pembangkang untuk terus mengelirukan mereka yang tidak maklum dan tidak ambil kisah tentang perkara sebenar.
Seiring dengan tema beliau sendiri Smart Selangor, Azmin sepatutnya meluangkan lebih banyak masa membaca dan menganalisis data aliran pelaburan negara sebelum membuat kenyataan tidak berasas yang tidak langsung melambangkan apa-apa yang serupa dengan "Smart".
Rujukan:
1. Negara Sumber Import 10 Terbesar, 2016 -MATRADE: http://www.matrade.gov.my/…/3450-top-10-major-import-countr…
2. Negara Sumber Import 10 Terbesar, Jan - Jul 2017 - MATRADE: http://www.matrade.gov.my/…/3792-top-10-major-import-countr…
3. Kenyataan oleh Presiden Trump dan Perdana Menteri Malaysia sebelum pertemuan bilateral - The White House: https://www.whitehouse.gov/…/remarks-president-trump-and-pr…
4. KDNK Malaysia Mengikut Kaedah Perbelanjaan - Bank Negara: http://www.bnm.gov.my/…/publication/msb/2017/7/xls/3.3.1.xls
5. Pelaburan Langsung Asing di Luar Negara - Bank Negara: http://www.bnm.gov.my/…/publicati…/msb/2017/7/xls/3.6.9a.xls
6. Kedudukan Pelaburan Antarabangsa - Bank Negara: http://www.bnm.gov.my/…/publicati…/msb/2017/7/xls/3.6.18.xls
7. Pelaburan di dalam sektor perkhidmatan - Perkhidmatan Logistik Bersepadu - MIDA: http://www.mida.gov.my/…/20150624233435_BOOKLET%204%20-%20L…












KERUGIAN FOREX

Azmi Arshad :

KERUGIAN FOREX – HUJAH SEPARUH MASAK SPESIS #IQ32
Saya hanya geleng kepala tengok pentaksub berhujah cuba mempertahankan Tun Mahathir. Tiba-tiba wujud pula sikap husnuzan dan tabayyun. Saya tak ketawa sangat sebab masih nampak bayangan Liverpool kalah 0-5 dengan Manchester City. Saya tak dapat bagi alasan yang baik mengapa Liverpool kalah begitu teruk sekali, walaupun Mane dibuang padang pada awal lagi. Kalah tetap kalah. (Tahniah MUFC kerana berjaya elak kekalahan dengan Stoke City. Satu mata tetapa satu mata).
Begitu juga tiada alasan untuk kerugian teruk berlaku dalam urusniaga forex Bank Negara Malaysia (BNM) disebabkan sikap gung-ho dan tidak bertanggung jawab pihak tertentu. Salah tetap salah tetapi pentaksub rela membodohkan diri sendiri cuba menegakkan benang yang basah. Mereka harap kita bodoh akan percaya tanpa bukti kesimpulan mereka bahawa Mahathir atau Anwar (atau Daim) tidak bersalah. Suffice that Tan Sri Nor Mohamed Yakcop be thrown to the wolves.
Ada beberapa alasan yang diberi oleh pentaksub untuk melindungi Mahathir dari disalahkan:
A. Hujah berasaskan emosi / auta
(i) Kerugian adalah biasa, ada untung ada rugi
(ii) Tun M tiada kaitan dengan kerugian – Tan Sri NMY dah mengaku
(iii) Tun M tidak tahu pasal kerugian -- ni lawak
(iv) Bukan kerugian RM32 bil tapi untung RM50 bil. Miracle. Ini yang paling bodoh yang ramai pentaksub Mahathir percaya) -- ni paling lawak
B. Hujah berasaskan perbandingan dengan negara lain
(i) Swiss National Bank pun rugi berbillion dalam urusniaga forex
(ii) Bank of England pun rugi berbillion dalam urusniaga forex
Berkenaan A (i) hingga (iv), tak guna berdebat dengan orang bodoh lagi emosi bila alasan2 tidak berasaskan fakta yang kukuh. Tiada siapa yang IQ nya melebihi 41 boleh nafi Malaysia mengalami kerugian besar. Samada RM32 billon atau melebihi RM100 bilion kita akan tahu dari hasil siasatan RCI insyaallah. Hanya jangan ambil masa lebih dari 1 minit untuk berbahas dengan pentaksub #IQ32 yang enggan menerima hakikat kerugian besar berlaku dan kerugian tersebut adalah bukan perkara biasa. Otak mereka berfungsi hanya sekadar untuk menjalankan tugas harian seperti minum, makan, tidur, membaca Sarawak Report, buang air kecil, buang air besar, maki dan meroyan.
Kita fokus sahaja pada kisah benar (kerugian Swiss National Bank dan Bank of England) yang dibangkitkan oleh pentaksub Mahathir. Hujah pentaksub untuk sucikan kerugian forex bila sekali baca nampak agak munasabah tetapi sebenarnya separuh masak. Saya cuba ulaskan dalam bahasa mudah faham.
Adalah tidak normal bank pusat (central bank) jadi forex speculator seperti currency trader (seperti George Soros). Itu kita kena faham maka jangan jadi bangang kata sebaliknya hanya kerana taksub kepada insan yang membangunkan KLCC.
BEZAKAN PELABURAN DAN SPEKULASI/JUDI
Saya cakap terus terang adalah bodoh bandingkan kerugian forex yang berlaku di SNB dan BOE dengan kerugian forex BNM untuk sucikan kerugian BNM.
Contohnya, adalah jauh dari sasaran bandingkan kerugian sesebuah syarikat akibat jualbeli saham (Syarikat A) berbanding syarikat pelaburan yang mengembangkan portfolio pelaburannya dengan membeli banyak saham untuk jangkamasa panjang (Syarikat B). Ini adalah perbandingan Apple vs Orange atau Apple vs Durian. Berbeza.
Cuba fahami dari segi dasar:
Syarikat A beli saham dengan tujuan akan jual saham tersebut dengan harga lebih tinggi untuk mendapatkan keuntungan. Pada mulanya tidak hairan rugi atas kertas (paper loss) tetapi akan sampai masanya terpaksa menghadkan kerugian (cut loss) – di mana saham dijual dengan harga jualan lebih rendah dari harga belian untuk mengelak kerugian yang lebih besar. Kerugian atas kertas bertukar menjadi kerugian yang nyata (realised loss). Syarikat A tak serik-serik dan terus main saham melebihi had yang dibenarkan dengan harapan mengurangkan kerugian tetapi sebaliknya kerugian (accumulated loss) bertambah teruk.
Adakah kerugian tersebut dianggap “part of doing business”? Jawabnya, ya, KALAU Syarikat A adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk menjalankan perniagaan urusniaga matawang (currency trading). Sebaliknya, pertama, aktiviti urusniaga forex yang melampau dijalankan oleh Syarikat A adalah ultra vires (bertentangan dengan perlembagaan syarikat) kerana Syarikat A ditubuhkan untuk menjalankan perniagaan menjual kereta sebagai aktiviti utama. (Jenis perniagaan atau aktiviti2 syarikat yang dibenarkan adalah termaktub dalam M&A syarikat atau perlembagaan syarikat). Kedua, jumlah yang diurusniagakan (beli saham) melebihi had yang dibenarkan (breach of limits of authority).
Syarikat A sepatutnya fokus pada perniagaan menjual kereta tetapi lebih menyibukkan diri menjual beli (contoh) saham2 pengeluar kereta atau saham2 syarikat lain. Saham pula dibeli bukan untuk dividend atau untuk jangkamasa panjang atau sebagai pelaburan strategik tetapi untuk kemudian dijual dengan harga lebih tinggi dalam jangkamasa yang pendek. Maka ada kemungkinan berlaku ultra vires (aktiviti di luar bidang kuasa syarikat berdasarkan M&A atau melanggar perlembagaan syarikat) breach of fiduciary duty, breach of limits of authority dan/atau criminal negligence.
Syarikat B pula beli saham pelbagai syarikat tersenarai (public listed companies) untuk jangkamasa panjang. Ini selaras dengan aktiviti Syarikat B sebagi syarikat pelaburan (e.g. equity investment, unit trust, private equity fund). Tujuan utama adalah untuk mendapat pulangan dalam bentuk dividend dan 'capital gain'. Pembelian saham berasaskan penyelidikan dan maklumat yang boleh dipercayai seperti analyst report, laporan industri, dasar kerajaan, belanjawan negara dan sebagainya. Tiba-tiba berlaku sesuatau yang tidak dijangka, contohnya, stock market crash di Amerika yang kemudiannya juga menyebabkan nilai saham di Malaysia terjunam. Syarikat B rugi besar tetapi agak tidak adil nak salahkan pihak pengurusan bila mereka telah patuh polisi, prosedur, peraturan dan garispanduan -- mereka tidak cuai dalam menjalankan tugas. Kerugian Syarikat B boleh dikatakan di luar kawalan.
Kita kiaskan kepada BNM (Syarikat A) dan SNB (Syarikat B) dari segi dasar.
(i) PERBANDINGAN KERUGIAN BNM DENGAN KERUGIAN SWISS NATIONAL BANK (SNB)
Perbandingan dengan kerugian oleh Swiss National Bank (SNB)
SNB mengalami kerugian kerana mengamalkan dasar mengawal nilai matawang sendiri iaitu Swiss Franc (CHF), bukannya kerana aktiviti jualbeli matawang (currency trading) atau spekulasi semata-mata untuk mengejar untung. Untung atau rugi adalah "incidental". SNB akan jual CHF dan membeli matawang asing untuk sengaja melemahkan nilai matawang CHF supaya jualan ekspot Switzerland tidak merosot dan supaya nilai forex CHF tidak melebihi had yang ditetapkan (within lower and upper limits versus EUR).
Maka kerugian adalah kerana nilai rizab matawang asing (foreign reserves) SNB merosot dan bukan kerana jual beli matawang asing dalam jangkamasa pendek (trading, contra, spekulasi atau judi). Ironiknya, saya ulangi, SNB rugi sebab rizab matawang asing yang merosot manakala nilai forex CHF meningkat. (Tindakan SBN membeli matawang asing dengan CHF untuk menurunkan nilai forex CHF tidak mencapai matlamatnya).
Manakala kerugian yang dialami oleh BNM bukan kerana mengamalkan dasar bank pusat seperti SNB tetapi kerana aktiviti spekulasi iaitu dipercayai kerapkali jual beli matawang (terutama sekali melalui forward purchase contract) untuk mengejar keuntungan -- tidak berhubung kait dengan menstabilkan nilai matawang Ringgit atau meningkatkan jualan ekspot Malaysia. BNM dipercayai membeli matawang asing (bukan Ringgit) yang mereka jangka akan meningkat nilainya (seperti kita beli saham).
Samada BNM pernah juga mengamalkan aktiviti kontra (beli dan jual tanpa menggunakan modal), kita perlu tunggu hasil siasatan RCI. Pada pendapat peribadi saya, kalau benar berlaku, boleh menjurus kepada kesalahan jenayah (criminal negligence) walaupun tiada unsur penipuan.
MAKA kerugian BNM tidak boleh disucikan dengan alasan SNB juga mengalami kerugian. SNB ikut SOP mereka tetapi BNM (disyaki) melanggar polisi dan peraturan kerana mengejar keuntungan melalui aktiviti spekulasi yang melampau.
(ii) PERBANDINGAN KERUGIAN BNM DENGAN KERUGIAN BANK OF ENGLAND (BOE) -- BLACK WEDNESDAY
BOE pada masa itu adalah salah sebuah negara Eropah yang matawangnya GBP (atau Pound Sterling) termasuk dalam ERM (Exchange Rate Mechanism). Ahli2 ERM telah bersetuju untuk memastikan nilai matawang negara masing2 tidak melebihi had2 tertentu (within lower and upper limits i.e. a managed float). Secara amnya, bila nilai matawang sesebuah negara mengahampiri had yang ditetapkan, negara yang nilai matawangnya paling kuat akan beli matawang negara yang paling lemah untuk mencapai balik keseimbangan. (Sebagai contoh, bank pusat Jerman jual Deutschmark untuk beli GBP akan menyebabkan nilai DM turun dan GBP naik bila lihat GBP sedang merosot dan menghampiri had yang ditetapkan ERM).
Nilai matawang GBP ketika itu agak lemah maka BOE terpaksa menjual matawang asing untuk meningkatkan nilai GBP. (Nota: Ini adalah keadaan yang terbalik berbanding SNB). Tetapi bank pusat Jerman pula tidak membeli GBP kerana mereka berpendirian GBP perlu terlebih dahulu melalui devaluation. Jerman yakin GBP ketika itu ‘overvalued’ maka enggan membeli GBP kerana yakin nilai GBP akan merosot. (Ini membuatkan England marah dengan Jerman). Oleh kerana terdesak, BOE naikkan kadar pinjaman untuk menjadikan GBP lebih menarik dibeli/dipegang (kerana membayar kadar pinjaman yang tinggi). Tetapi pada masa yang sama, ia juga pula memberi persepsi akan melemahkan ekonomi UK kerana kadar pinjaman sebelum itu sudahpun tinggi. Kalau terlalu tinggi, orang akan letak duit dalam akaun simpanan/bond, perbelanjaan (consumer spending) akan berkurang dan ramai lagi orang akan menganggur bila perniagaan merosot.
Nak pendekkan cerita, usaha BOE menjadi sia-sia kerana pelabur telah hilang keyakinan terhadap nilai GBP berdasarkan ekonomi UK yang lemah. Antara yang sangat yakin sedemikian adalah tidak lain tidak bukan George Soros. Maka Soros jual 'short' GBP, iaitu Soros jual GBP yang beliau tidak memiliki dengan harga lebih rendah dari harga pasaran seketika itu. Tindakan ‘sell short’ memberi lebih tekanan terhadap GBP yang sudah lemah. Akhirnya BOE henti segala usaha untuk mempertahan nilai GBP dan mengambil keputusan gantung buat sementara keahliannya dalam kumpulan ERM. Keputusan ini menyebabkan GBP jatuh lagi teruk tetapi membawa keuntungan lebih USD1 billion kepada George Soros dalam jangkamas pendek. (George Soros made more than USD1bil selling Sterling Pounds he did not have). Akhirnya England menarikbalik GBP dari bakul ERM kerana tidak mampu menampung nilai GBP yang telah merosot melebihi had yang ditetapkan ERM. Kejadianini dikenali sebagai Black Wednesday.
MAKA kerugian BOE tidak boleh bandingkan dengan kerugian BNM. BOE cuba pertahan nilai matawang GBP berhubungkait keahliannya dalam ERM tetapi BNM cuba jadi pemain forex macam George Soros. BNM mengambil pendirian yang bertentangan dengan George Soros – atau boleh dikatakan BNM cuba melawan George Soros -- dan BNM kalah teruk.
KESIMPULAN
Saya tidak menghukum BNM telah buat gitu gini kerana siasatan masih dijalankan. It is still an ongoing fact gathering exercise. Testimoni saksi-saksi pula bercanggah antara satu sama lain.
Tetapi ia adalah kerana BNM disyaki melakukan kegiatan spekulasi matawang yang melampau yang menyebabkan RCI ditubuhkan, iaitu untuk menyiasat apa sebenarnya dan kenapa berlaku kerugian besar. Kejadian tersebut kemudian memaksa kerajaan mengambil langkah yang drastik untuk menangani kerugian besar melalui pindahmilik saham TNB dan TMB kepada BNM (sebagai modal baru / recapitalisation) serta menutup kerugian melalui jualan saham MAS (dengan keuntungan besar bagi kerajaan) kepada Tajuddin Ramli (di mana TR dakwa dia telah tertipu oleh Mahathir/Daim).
Seperti diulaskan di atas, kerugian forex SNB dan BOE tidak sama dengan kerugian BNM dari segi polisi, peraturan dan niat.
(a) SNB dan BOE tidak jual beli forex untuk mengejar untung urusniaga forex.
(b) SNB jual CHF dan beli matawanga asing untuk menurunkan nilai CHF berdasarkan tanggungjawab mereka terhadap EU dan pertahan ekspot negara.
(c) BOE jual matawang asing dan beli GBP untuk menampung nilai GBP berdasarkan tanggungjawab mereka berhubungkait keahlian mereka dalam ERM.
(d) Dalam kes SNB dan BOE, tidak timbul persoalan berlaku aktiviti spekulasi. Mereka cuba mempertahankan dasar masing2.
(e) Akhir sekali, SNB dan BOE tidak cuba langsung untuk menutup kerugian forex yang dialami, contohnya, melalui ‘creative accounting’.
Kesalahan bukan kerana kerugian semata-mata tetapi kerana BNM melakukan aktiviti spekulasi / judi dan kemudian cuba menyorok kerugian tersebut atau kerugian yang lebih besar dari kabinet dan/atau Parliament. Sementara kita tunggu hasil siasatan samada benar atau tidak itu yang berlaku, janganlah cuba memperbodohkan orangramai kononnya spekulasi adalah aktiviti biasa Bank Negara Malaysia. Ini tidak benar.
- AA -