✔Aset2 KWSP telah berkembang pada kira-kira 10% -11% setahun,
yang lebih cepat daripada pertumbuhan Pasaran Modal Dalam Negeri sebanyak
4% -5%
yang lebih cepat daripada pertumbuhan Pasaran Modal Dalam Negeri sebanyak
4% -5%
✔Maka untuk mencapai matlamat pelaburannya serta mengurangkan risiko tumpuan di pasaran domestik, dana itu perlu mempelbagaikan pelaburannya ke Pasaran Asing melalui pelbagai kelas aset.
✔Q: Apakah kriteria dan proses KWSP dalam membuat pelaburan di luar negara?
✔A: KWSP mengamalkan proses pelaburan yang berdisiplin dan berhemat selaras dengan Seksyen 26 Akta KWSP 1991.
✔Semua keputusan pelaburan memerlukan kelulusan oleh
Panel Pelaburan,
yang ahlinya dilantik berdasarkan pengalaman luas dan pengalaman profesional dalam hal kewangan.
Panel Pelaburan,
yang ahlinya dilantik berdasarkan pengalaman luas dan pengalaman profesional dalam hal kewangan.
✔Ahli-ahli terdiri daripada wakil KWSP, Bank Negara Malaysia, pakar industri bebas dan Kerajaan.
✔Rangka kerja tadbir urus pelaburan keseluruhan terus diperkuat dengan kewujudan
1. Jawatankuasa Risiko Panel Pelaburan,
2. Jawatankuasa Pelaburan Pengurusan dan
3. Jawatankuasa Risiko Pengurusan.
2. Jawatankuasa Pelaburan Pengurusan dan
3. Jawatankuasa Risiko Pengurusan.
✔Jawatankuasa masing2 mengawasi dan bertanggungjawab untuk penubuhan dan pelaksanaan dasar dan strategi pelaburan serta pemantauan keputusan, pelaksanaan dan prestasi pelaburan.
✔Pelaburan KWSP akan terus diteliti oleh proses audit suku tahunan yang dilakukan secara dalaman, diikuti oleh Ketua Audit Negara setiap tahun. Kedudukan dan prestasi aset keseluruhan KWSP diumumkan setiap suku tahun dan akaun dilaporkan mengikut piawaian perakaunan global, FRS 139.
✔Akhirnya, akaun yang diaudit kemudian dibentangkan di Parlimen untuk kelulusan dan tertakluk kepada penelitian oleh Jawatankuasa Perakaunan Parlimen (PAC).
✔Sebagai badan berkanun, KWSP dikawal oleh lembaga inklusif, yang mana ahli-ahlinya termasuk wakil dari pekerja, majikan, profesional industri dan Kerajaan.
Secara kolektif, lembaga akan memastikan bahawa KWSP melaksanakan tanggungjawab utamanya untuk menjaga kepentingan 14 juta ahli.
Secara kolektif, lembaga akan memastikan bahawa KWSP melaksanakan tanggungjawab utamanya untuk menjaga kepentingan 14 juta ahli.
P/s 2001 .. Madey guna EPF utk bailout Timedot.com
syrkt milik anak dia.
syrkt milik anak dia.
Baca lebih lanjut di http://www.thestar.com.my/…/epf-sheds-light-on-overseas-i…/…
Syahir:
Antara komen yang saya baca tentang rancangan pelaburan KWSP di USA macam ni:-
Antara komen yang saya baca tentang rancangan pelaburan KWSP di USA macam ni:-
"kenapa melabur di negara luar sedangkan negara sendiri masih belum maju?"
"kenapa melabur di luar negara bila bajet pendidikan, universiti, kesihatan dipotong?"
"kenapa tak bina infrastruktur dalam negara dulu?"
"kenapa tak melabur dalam negara-negara islam yang susah?"
"kenapa melabur dekat negara yahudi?"
Ini jawapan saya.
KWSP itu bukan duit kerajaan untuk dibelanjakan. Objektif penubuhan KWSP adalah untuk mengurus simpanan persaraan pekerja (swasta - sendiri) di Malaysia. Duit mak bapak kita, duit kita yang dah bekerja.
Duit KWSP tak boleh digunakan untuk perbelanjaan kerajaan termasuklah untuk bajet pendidikan, universiti, kesihatan, hospital semua. Kalau KWSP belanja untuk semua tu, macam mana nak dapat pulangan untuk bagi dividen? Itu duit pencen kita nanti bukan duit untuk perbelanjaan semasa.
Duit KWSP mesti dilaburkan. Labur dalam pasaran saham, bon, hartanah, pinjaman untuk jana pendapatan.
Sebab tu lah KWSP tak "melabur" di negara-negara Islam yang susah. Nak KWSP melabur kat Syria, kalau pelaburan tu hangus, untung kurang, dividen rendah siapa jugak yang bising nanti?
KWSP dah lama pun melabur di luar negara dan Najib Razak hanya umumkan KWSP akan menambah pelaburan di USA. Kalau PM tak umum pun KWSP tetap akan melabur di sana mengikut potensi keuntungan dan pengurusan risiko mereka.
Yang uruskan pelaburan KWSP ni profesional, bukannya ahli politik macam Rafizi Ramli, Tony Pua, Mukhriz Mahathir atau Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Baru tadi KWSP umum keputusan kewangan suku ke-2 2017. Jumlah aset pelaburan meningkat kepada RM759 billion, pendapatan meningkat kepada RM11.5 billion untuk suku tersebut, pelaburan di luar negara menyumbang kepada 32.5% daripada keseluruhan pendapatan KWSP.
Kalau nak KWSP belanja duit untuk bajet universiti, hospital, negara-negara islam yang susah semua jangan harap nak dapat pendapatan macam tu.
Ini duit persaraan pekerja di Malaysia. Bukan duit cukai untuk dibelanjakan kerajaan. Faham?
Rujukan: The Star: EPF Q2 investment income up more than a third to RM11.51b
Read more at http://www.thestar.com.my/…/epf-q2-investment-up-more-tha…/…
Read more at http://www.thestar.com.my/…/epf-q2-investment-up-more-tha…/…
Madi Azmadi:
KWSP Melabur di AS; Najib Tak Bodoh
KWSP Melabur di AS; Najib Tak Bodoh
1) Najib Razak dalam lawatan ke Rumah Putih telah mengumumkan KWSP akan melabur sehingga USD4 bilion di pasaran negara maju Amerika Syarikat, tambahan dari pelaburan USD7 bilion sedia ada. Ramai yang melatah, kononnya duit rakyat akan dibinasakan.
2) Ikut rekod, KWSP sememangnya melabur di negara luar. Bukan baru, tapi dah bertahun. Ini penting untuk mengoptimumkan pulangan sekurang-kurangnya 2.5% setiap tahun seperti di bawah Akta KWSP. Tidak boleh kurang.
3) Krisis kewangan dalam pusingan ekonomi berlaku setiap 10 tahun. 1997/98 krisis ekonomi Asia, 2008 jatuhnya empayar Lehman Bersaudara. Ikutkan pada putaran, tahun depan akan berlaku lagi krisis kewangan besar.
4) Asas pelaburan, high risk high return. Dan asasnya juga, melabur di negara maju tidak mungkin menawarkan pulangan terlalu tinggi. Tidak seperti pelaburan di negara membangun, emerging market.
5) Tetapi Najib tidak bodoh. Pasaran kewangan dan ekonomi dunia akan bergoncang pada tahun hadapan. Turun naik tidak menentu, yang paling terkesan adalah pasaran negara membangun.
6) Dan Najib tidak mahu mengambil risiko tersebut. Negara maju menjanjikan destinasi pelaburan yang selamat. Pulangan mungkin tidak begitu tinggi, tetapi pulangannya stabil. Negara maju akan menghadapi kesan yang paling minimum apabila berlakunya market crash, tidak seperti negara membangun.
7) Najib berpegang pada asas pelaburan, don’t put all your eggs in one basket. Bakul jatuh, pecahlah semua telur. Jadi adalah sangat penting untuk pastikan adanya potfolio pelaburan yang menjamin pulangan. Maka, Amerika Syarikat adalah lokasi yang bertepatan.
8) Dan sebagai seorang pencarum KWSP, aku lebih rela wang caruman tersebut dilaburkan di pasaran yang stabil. Pulangan mungkin tidak tinggi, tetapi pulangan tetap ada.
9) Suatu perkara yang pasti, kalau mahukan pulangan yang tinggi melalui risiko yang tinggi, KWSP bukan tempatnya. Dan Najib tidak bodoh untuk mengambil risiko itu.
No comments:
Post a Comment