Monday, September 25, 2017

KEMANA PERGINYA GST?

Seorang peniaga nasi lemak menjual sebungkus nasi lemak dengan harga RM1 di kawasan kejiranannya. Sehari dia menjual 20 bungkus nasi lemak. Setiap hari hasil jualan nasi lemak ialah RM20.
Peniaga itu membuat keputusan untuk mepelbagaikan sumber pendapatan dengan menjual mihun goreng juga pada kadar RM1 sebungkus dan dia menjangkakan dia akan dapat menjual 10 bungkus mihun sehari menjadikan pendapatan jualannya RM30 (20 bungkus nasi lemak dan 10 bungkus mihun).
Tiba-tiba banyak peniaga nasi lemak muncul di kawasan kejiranan tersebut menjadikan masyarakat di situ mempunyai banyak pilihan untuk membeli nasi lemak. Untuk memastikan nasi lemak dia laku, iaitu 20 bungkus nasi lemak sehari, kini peniaga tersebut terpaksa menurunkan harga nasi lemak kepada 50 sen sebungkus.
Hasil jualan harian kini menjadi RM20 iaitu 20 bungkus nasi lemak = RM10 (50 sen sebungkus) dengan 10 bungkus mihun = RM10, berbanding jangkaan asal pendapatan RM30.
Hasil jualan mihun goreng menampung kekurangan hasil jualan nasi lemak disebabkan kejatuhan harga nasi lemak. Tindakan mempelbagaikan sumber pendapatan dengan menjual mihun goreng merupakan tindakan bijak peniaga tersebut. Kalau dia tidak menjual mihun goreng, hasil jualan beliau akan turun daripada RM20 kepada RM10.
Apa motif dan moral cerita di atas?
Tukarkan nasi lemak kepada hasil petroleum kerajaan dan mihun goreng kepada hasil kutipan GST kerajaan.
Maka anda akan dapat jawapan ke mana duit GST yang dikutip pergi.
GST dilaksanakan pada tahun 2015. Kebetulan harga minyak dunia jatuh menjadikan hasil petroleum kerajaan menyusut lebih RM40 billion. Dengan kutipan GST lebih kurang RM40 billion, ianya menampung kekurangan hasil petroleum kerajaan.
Sepatutnya GST menjadi hasil tambahan seperti dianggarkan kerajaan sebelum ianya dilaksanakan. Disebabkan harga minyak dunia yang jatuh bermula hujung 2014, GST menjadi hasil tampungan kepada kekurangan hasil kerajaan. Bayangkan kalau GST tidak diperkenalkan, hasil kerajaan akan jatuh RM40 billion, perbelanjaan akan dipotong secara meluas sehingga memberi kesan kepada perkhidmatan kerajaan.
Sekarang dah faham ke mana duit GST pergi?

********************************************

Dari garis masa Tuan Saiful Bahari Baharom;

Apa akan jadi kepada negara kalau tidak ada GST?


Kalau GST tidak di laksanakan pada bulan April lepas, kerajaan akan menghadapi kekangan kewangan yang amat serious.

Kenapa?

1. Ekonomi negara2 pengimport barangan Malaysia termasuk Cina, Eropah dan AS sejak tahun lepas menghadapai kelembapan ekonomi. Maka, mereka tidak lagi membeli barangan dari luar negara, termasuk Malaysia. Sebagai contoh, jumlah eksport minyak kelapa sawit ke Cina jatuh 50% dari tahun sebelumnya.

Kurang eksport, kurang pendapatan kepada syarikat2 yang menjual keluar negara. Maka, cukai pendapatan kepada LHDN pun kurang.

2. Kerana kelembapan ekonomi, permintaan dunia untuk barangan asas pun kurang, termasuklah harga minyak kelapa sawit dan minyak petroleum & gas.

Bila harga minyak jatuh dari paras USD80 ke USD 40, pendapatan Petronas pun berkurangan. Maka, dividen tahunan yang boleh di sumbangkan oleh Petronas kepada Kerajaan pun kurang.

3. Dengan kejatuhan harga2 barangan asas (komoditi), maka syarikat-syarikat pengeluar juga terpaksa berjimat cermat.

Ini bermakna pelaburan untuk industri2 berkaitan akan berkurangan, ini juga melibatkan kurangan bonus dan gaji yang di bayar.

Maka, pendapatan cukai peribadi kepada LHDN juga berkurangan.

Adalah di anggarkan kekurangan sumbangan kepada Kementerian Kewangan dari LHDN dan bayaran dividen dari Petronas sebanyak RM30 billion.

Mujurlah ada pendapatan dari Kastam dek kerana GST yang berjaya menampung lebih kurang 2/3 dari kekuranagan RM30bn tadi.

Tanpa GST, defisit negara akan naik, credit rating negara akan turun.

Ini boleh mencetus kadar faedah pinjaman dari bank2 naik.

Untuk rakyat yang ada pinjaman perumahan, bayaran bulanan akan naik (di masa gaji dan bonus lesu).

Peniaga dan syarikat2 juga akan terpaksa membayar lebih dari yang di jangka ke atas pinjaman2 mereka setiap bulan walaupun di dalam tempuh masa aliran pendapatan yang lembap.

Clear?

No comments: