Monday, September 25, 2017

KENAPA LAWATAN NAJIB KE US BERJAYA

Kenapa Lawatan Najib Ke US Berjaya
KUALA LUMPUR, 16 Sept – Tidak pernah terlintas untuk saya mengulas perkara ini. Namun setelah membaca fakta-fakta karut di media sosial sejak kebelakangan ini telah memaksa saya untuk menuliskan fakta sebenar.
Sebelum mengulas lebih panjang, saya merupakan salah seorang petugas media Malaysia yang terlibat di dalam lawatan tersebut. Ingin saya jelaskan di sini bahawa setiap stesen TV dan agensi akhbar yang terlibat membiayai sendiri perjalanan wakil mereka. Ia bukannya ditanggung oleh pihak kerajaan.
Oleh itu jangan tuduh saya ‘memakan dedak’.
Tempoh Pertemuan
Pertemuan delegasi Datuk Seri Najib Razak, Presiden Donald Trump dan anggota kabinet Amerika berlangsung selama lebih 50 minit. Sementara pertemuan empat mata antara Perdana Menteri dan Presiden Trump berlangsung selama 20 minit.
Kebanyakan pengkritik mendakwa pertemuan Najib dan Trump hanya berlangsung selama lima minit. Ia hanya berdasarkan kepada video beserta transkrip yang dikeluarkan oleh Rumah Putih. Tidak masuk akal.
Apa yang dikeluarkan Rumah Putih itu hanyalah ucapan pembukaan yang disampaikan oleh kedua-dua pemimpin untuk direkodkan oleh puluhan kamera stesen TV dan berpuluh lagi wakil pemberita yang berada dalam Bilik Kabinet West Wing, Rumah Putih.
Ia hanyalah untuk siaran televisyen dan laporan berita bagi agensi yang hadir. Apa yang dibincangkan kedua-dua pemimpin selepas itu tanpa kehadiran puluhan kamera dan pemberita adalah lebih penting dan mendalam.
Tidak seperti pihak pembangkang, saya tidak akan menimbulkan sebarang spekulasi terhadap perbincangan tersebut kerana saya tidak berada di situ ketika ianya berlangsung.
Pihak pembangkang begitu cepat membuat rumusan hanya berdasarkan pada video beserta transkrip yang dikeluarkan dan menjadikan seolah-olah hanya itu sahaja yang berlaku.
Apa yang boleh saya pastikan adalah transkrip ucapan pembukaan tersebut adalah asli memandangkan saya berada di situ pada ketika itu.
Pegawai protokol Rumah Putih, David Solomon telah memberikan taklimat kepada kami, wakil media bahawa kami akan dibawa ke Bilik Kabinet hanya untuk ucapan pembukaan dan diminta untuk meninggalkan bilik tersebut sejurus sebelum perbincangan dimulakan.
Transkrip yang dikeluarkan Rumah Putih itu adalah untuk kegunaan para wartawan yang hadir supaya mereka mendapat gambaran yang jelas. Sebagaimana yang kita ketahui, para wartawan Rumah Putih tidak begitu akrab dengan Trump. Oleh itu, transkrip tersebut dikeluarkan bagi memastikan tidak seorang pun wartawan Amerika Syarikat memberikan tanggapan yang salah.
Namun begitu tidak ada media cetak Amerika Syarikat yang menggunakan transkrip tersebut secara keseluruhan.
Apa sahaja yang dilihat baik oleh Trump bukanlah satu bahan berita bagi media cetak Amerika.
Kebenarannya adalah perbincangan dua hala antara Amerika dan Malaysia berlangsung selama lebih 30 minit dan bukannya enam minit.
Kami juga dimaklumkan oleh Pegawai Media kedua-dua pemimpin bahawa mereka juga melakukan perbincangan empat mata di Oval Room, yang mana ianya berlangsung selama 20 minit.
Pelaburan KWSP
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah membuat pelaburan dalam pasaran ekuiti Amerika Syarikat sejak 2008 selepas pindaan undang-undang membenarkan KWSP untuk melakukan pelaburan di luar negara. Melalui Akta Kawalan Pelaburan yang diperkenalkan pada 1998, KWSP sebelum ini tidak dibenarkan untuk berbuat demikian.
Malah, KWSP telah membuat pelaburan bernilai sekitar US$26 bilion sejak 2008 dan memperoleh pulangan yang sangat baik. Sekiranya ada yang membuat perbandingan antara pasaran Malaysia dengan Amerika Syarikat selepas tahun 2008, pastinya akan melihat bahawa pasaran ekuiti Amerika Syarikat memberikan pulangan yang lebih baik berbanding dalam negara.
Lebih 5.5 peratus majoriti dividen yang diterima oleh orang ramai melalui KWSP sejak 2009 adalah hasil dari pelaburan luar negara yang dijalankan oleh KWSP.
Berikut merupakan jumlah pembayaran dividen yang telah dilakukan KWSP sejak tahun 2001 hingga 2017:
Terdapat satu jawatankuasa pelaburan KWSP yang dibentuk di kalangan golongan professional yang dihormati.
Sekiranya Najib terlibat dalam mengawal KWSP maka KWSP seharusnya diminta untuk mendedahkan apa dan bagaimana pelaburan mereka dibuat. Namun pelaburan tersebut dilakukan KWSP secara rahsia. Mereka menggerakkan sejumlah besar wang masuk dan keluar dari negara dan sekiranya mereka mendedahkan apa dan bagaimana bentuk pelaburan yang mereka jalankan, pastinya spekulator pasaran saham akan berusaha keras untuk menjatuhkan pelaburan mereka.
Selain dari pulangan pelaburan, kita juga boleh mengatakan bahawa KWSP turut membantu menyelamatkan matawang ringgit dari mengalami susut nilai.
Mengukuhkan Ekonomi Amerika Syarikat
Ianya hanya untuk menggambarkan peranan Najib di hadapan pemimpin Amerika yang berusaha keras untuk “menjadikan Amerika hebat sekali lagi”.
KWSP semestinya sudah membuat keputusan mengenai apa dan bagaimana bentuk pelaburan yang bakal mereka jalankan sebelum Najib melakukan lawatan ke sana. Dan keputusan yang diambil KWSP adalah berdasarkan pada pulangan dan bukannya untuk memperkasakan ekonomi Amerika Syarikat.
Trump telah menekankan mengenai keutamaan pembinaan semula insfrastruktur Amerika Syarikat yang telah semakin dimakan usia dan umum mengetahui hal tersebut sejak beliau berkempen lagi. Oleh yang demikian, ianya boleh diterima akal untuk melakukan pelaburan dalam bentuk dana dan ekuiti yang akhirnya akan memberikan manfaat melalui dasar tersebut.
Melalui dasar tersebut, KWSP bakal mendapatkan pulangan yang besar melalui pelaburan itu.
Lawatan Najib ke Washington adalah sebagai salah sebuah negara yang diletakkan dalam senarai “Trade Cheats” yang bertanggungjawab terhadap defisit perdagangan Amerika Syarikat bernilai hampir US$50 bilion.
Selain menyasarkan China, lain-lain negara yang tersenarai adalah Jepun, Jerman, Mexico, Ireland, Vietnam, Itali, Korea Selatan, Malaysia, India, Thailand, Perancis, Switzerland, Taiwan, Indonesia dan Kanada.
Kedatangan Najib adalah untuk menunjukkan kepada Trump bahawa perdagangan merupakan hal dua hala dan kedatangannya ke Washington bukan hanya dengan tangan kosong.
Itulah sebabnya mengapa beliau menggunakan istilah “cadangan nilai” ketika bercakap mengenai pelaburan.
Perdana Menteri Malaysia sebelum ini datang ke Amerika Syarikat dengan keinginan untuk mencari pelabur untuk melabur di Malaysia. Najib mahu membuktikan kepada Trump bahawa kehadiran beliau ke sana bukan untuk tujuan yang sama.
Lawatan Kerja
Lawatan Najib ke Rumah Putih merupakan sebuah lawatan kerja atas undangan Trump sendiri. Ianya bukanlah sebuah lawatan rasmi mahupun lawatan negara. Setakat ini Trump masih belum menjemput sesiapa pun ke Washington untuk lawatan rasmi mahupun lawatan negara.
Di sebalik semua kegembiraan dan formaliti, lawatan ini adalah berkaitan perniagaan.
Trump mengetepikan semua protokol ketika bersama Najib dan mengingatkan para pegawainya sebanyak dua kali bahawa “Najib adalah rakan saya”.
Pertama sekali ketika ketibaan Najib. Kebiasaannya, Timbalan Presiden (dalam hal ini, Mike Pence) yang akan menyambut ketibaan para jemputan VIP. Namun Trump mengambil keputusan untuk menyambut sendiri kedatangan Najib di muka pintu Rumah Putih.
Ini merupakan kali pertama beliau memberitahu pegawai prokolnya bahawa, “beliau merupakan rakan saya”.
Keduanya adalah ketika Najib ingin berangkat pulang. Kebiasaannya Presiden Amerika Syarikat hanya akan menghantar kepulangan para tetamunya hingga ke pintu Oval Office, namun Trump mengiringi Najib sehingga ke kereta.
Sekali lagi, tindakan beliau mengingatkan kata-katanya sebelum itu bahawa “beliau (Najib) merupakan rakan saya”.
Sebagaimana yang dilaporkan, kedua-dua pemimpin tersebut menjalinkan hubungan persahabatan yang akrab apabila mereka dilihat bersama-sama bermain golf di salah sebuah padang golf milik Trump. Terdapat juga gambar mereka berdua ketika acara tersebut dengan tulisan “To my favourite PM” (Buat Perdana Menteri kesukaan saya) yang ditulis oleh Trump sendiri.
Ya, kedua-dua pemimpin tersebut bercakap mengenai golf ketika lawatan itu tapi tidak bermain secara serius kerana ianya adalah berlandaskan kepada hal perniagaan.
Kenapa pula Najib memutuskan untuk menginap di Trump International Hotel? Ia kerana hotel tersebut merupakan hotel yang terbaik yang berada di situ dan ianya terletak antara Rumah Putih Capitol Hill. Ianya adalah berkaitan hal logistik.
Trump telah berjanji bahawa apabila beliau dilantik menjadi presiden, sebarang keuntungan yang diperoleh melalui lawatan pemimpin luar yang tinggal di hotel miliknya itu nanti akan diserahkan kepada badan kebajikan. Beliau langsung tidak mengaut sebarang keuntungan dari lawatan Najib ke Amerika Syarikat.
Jadi, adakah lawatan ini berjaya? Bagi Najib, ini merupakan sebuah lawatan yang sangat berjaya kerana ia berjaya mengetepikan segala tuduhan negatif yang diterimanya berhubung isu DOJ dan yang paling utama, memperbaharui ikatan persahabatan yang telah dimeterai beliau bersama Trump sejak sekian lama.
Bagi Malaysia? Ia juga merupakan satu lawatan yang berfaedah kerana kita sekarang telah mula mendapat perhatian semula oleh Amerika Syarikat dan mereka juga telah mengesahkan Malaysia sebagai negara rakan kongsi yang komprehensif.
WONG SAI WAN
KETUA EDITOR AKHBAR MALAY MAIL

No comments: