Tuesday, January 30, 2018

KEM SG BESI DIJUAL?

Jamalee Bashah :
Tadi ada kawan mesej minta saya ulas pasal isu Kem Sungai Besi. Tular di media sosial mengenai bagaimana TUDM "dihalau keluar" dan lepas ini "beroperasi mungkin di bawah pokok".
Bukan saya yang kata. Tapi komen-komen netizen terhadap isu ini sure sounds like now we don't have an airbase.
1. Kem TUDM dipindah ke kawasan yang lebih strategik, luas, dan dengan fasiliti kelas pertama di Sendayan. 303.5 hektar tu bhai.. Bukan kecik anak airbase baru ni yang telah mula dibangunkan sejak 2013.
Tak nak cerita panjang, pergi buat carian sendiri di Google mengenai airbase baru kita ni.
2. Berkenaan isu "tempat strategik", nah ini ulasan Kapten Rahmat tentang betapa "strategiknya" kem Sungai Besi tu setelah pembangunan encroach di kawasan tersebut.
"Ada seorang pengguna Twitter baru-baru ini mengutarakan kisah yang sama: Pangkalan Udara Kuala Lumpur adalah satu aset strategik pertahanan kerana ianya satu-satu pangkalan tentera udara di dalam sebuah bandaraya.
Apabila saya bertanya apakah yang dimaksudkan dengan ‘strategik’ beliau tidak menjawab hingga ke hari ini.
Baiklah. Mari kita bincangkan betapa strategiknya pangkalan tersebut.
Pangkalan Udara Kuala Lumpur merupakan pangkalan terakhir di mana saya bertugas sebelum menamatkan tauliah jangka pendek dalam perkhidmatan TUDM lebih 20 tahun yang lalu. Pada waktu itu, tepi landasan kapal terbang berada agak jauh dari Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban. Saya sering gunakan bahagian rumput di tepi landasan tersebut di waktu petang setelah operasi udara harian di pangkalan tersebut tamat untuk membawa anak saya terbang menaiki pesawat ringan jenis Buckeye.
Pada tahun 1975, semasa jalanraya masih berada jauh dari bahagian tepi landasan, pengganas dari Parti Komunis Malaya telah melancarkan serangan mortar terhadap pesawat-pesawat Caribou milik TUDM yang berada di pangkalan tersebut, merosakkan dengan teruk salah sebuah pesawat tersebut manakala empat lagi mengalami kerosakan kecil.
Sekiranya anda memandu dari arah Seremban menghala ke Kuala Lumpur anda boleh lihat betapa hampirnya kini lebuhraya dengan tepi landasan tersebut. Anda tidak perlu lagi berada jauh sekiranya ingin melakukan khianat terhadap aset-aset serta bangunan-bangunan yang berada di dalam pangkalan tersebut.
Panjang landasan di PU Kuala Lumpur tidak pernah berubah sejak ianya dibina pada tahun 1952 iaitu sepanjang 3,934 kaki. Semasa saya bertugas, pesawat taktikal sayap kaku yang diterbangkan dari sini adalah pesawat DHC-4 Caribou yang mempunyai jarak berlepas sepanjang 910 kaki, dan pesawat amfibian Grumman HU-16 Albatross yang memerlukan jarak 1.700 kaki untuk berlepas.
Kedua-dua buah pesawat telah dilucut tauliah semasa saya masih bertugas.
Kini, pesawat angkut yang digunakan oleh TUDM adalah lebih besar dari pesawat Caribou. Pesawat A400M memerlukan jarak berlepas minima sepanjang 3,215 kaki manakalah pesawat C-130H memerlukan 3,586 kaki. Walaupun cukup untuk berlepas, landasan tersebut tidak cukup panjang untuk kedua-dua jenis pesawat membuat pemberhentian cemas dengan selamat.
Tambahan pula, Nombor Klasifikasi Beban (LCN) iaitu kategori kekuatan beban landasan di PU Kuala Lumpur ialah 40. Walaupun pesawat C-130H hanya memerlukan LCN 37 untuk tarmac/asphalt, pesawat A400M perlu mempunyai lebih dari 49.
Maka, PU Kuala Lumpur hanya mampu menerima pesawat-pesawat ringan tanpa menjejaskan keselamatan pesawat dan struktur landasan.
Mendarat di Runway 22, Pangkalan Udara Kuala Lumpur (Simpang)
Gambar di atas di ambil sekitar tahun 2001. Bahagian berumput di sebelah kiri gambar kini hanya tinggal setengah akibat pembesaran Lebuhraya KL-Seremban dan Lebuhraya SMART. Jalan di latar depan gambar ini ialah Jalan Istana yang berhubung dengan Lebuhraya Sultan Iskandar (Lebuhraya Mahameru). Kini ada satu jejambat yang lebih tinggi dibina di situ.
Di latar belakang gambar atau di hujung landasan tersebut adalah satu tebing di mana landasan Keretapi Tanah Melayu dan juga ERL lalu. Tebing tersebutlah yang menjadi suatu halangan yang boleh memberi akibat yang buruk sekiranya pesawat angkut A400M atau C-130H terpaksa membatalkan perlepasan.
Lain-lain halangan yang kini berada di situ ialah sebuah bangunan berketinggian hampir 60 meter berada 1.86km di hadapan landasan tersebut.Enam buat tiang lampu yang berada betul-betul di bawah pesawat yang ingin membuat pendaratan di Landasan 22; pokok-pokok milik persendirian berketinggian 55 meter juga di bawah pesawat sebelum mendarat; menara kabel tension tinggi berketinggian 105 meter di sebelah timur landasan; dua buah menara telekomunikasi berketinggian 35 meter dan 76 meter juga dalam laluan pendaratan pesawat.
PU Kuala Lumpur juga tidak mempunya kemudahan penyimpanan dan pengisian minyak yang sempurna. Sekiranya anda menerbangkan pesawat ringan persendirian mahupun milik kelab dari situ maka anda perlu terbang ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang untuk mengisi minyak sebelum pulang semula ke PU Kuala Lumpur.
Ditambah pula dengan keadaan lalulintas di sekitar kawasan PU Kuala Lumpur yang sememangnya sesak, adakah anda masih menganggap pangkalan udara ini sebuah aset yang strategik?"

(bacaan lanjut: https://seademon.me/2017/02/11/apa-yang-strategiknya/)

3. Berkenaan isu jual tanah kat China.
"Siapa sebenarnya yang memiliki tanah milik TUDM ini?
Mari kita lihat pecahan pemilikan tanah tersebut:
40 peratus adalah milik Ministry of Finance Incorporated (MOF Inc), sebuah syarikat di bawah Kementerian Kewangan Malaysia;
22 peratus adalah milik Credence Resources Sdn Bhd., sebuah syarikat swasta milik warganegara Malaysia;
14 peratus adalah milik Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ);
dan,24 peratus milik China Railway Engineering Corporation yang akan membina terminus High-Speed Rail di situ.
Ini bermakna, 54 peratus milik syarikat-syarikat kerajaan dan 46 peratus milik swasta (22 peratus milik swasta Malaysia dan 24 peratus milik swasta China).
Ini juga bermakna 76 peratus Bandar Malaysia adalah milik Malaysia manakala 24 peratus adalah milik China."



********************
#PENGKALAN_SUNGAI_BESI_TERGADAI_KEPADA_CHINA?

Di sana sini dapat kita lihat cai pembangkang yang anti pembangunan menghasut kononnya tanah TUDM tergadai kepada China.


Tengok status dalam gambar tu. Siap kata tanah dijual kepada komunis. 

Mereka cukup benci dengan rancangan pembinaan Bandar Malaysia di sana yang bakal menjadi bandar bawah tanah terbesar di dunia lengkap dengan stesen keretapi bullet train di atasnya. Mereka lebih suka pengkalan lama kekal di sana sedangkan ia sudah hilang nilai strategik ketenteraan.

Hakikatnya, siapakah sebenarnya yang memiliki tanah milik TUDM ini? Benarkah ia milik China?

Mari kita lihat pecahan pemilikan tanah tersebut:

a) 40 peratus adalah milik Ministry of Finance Incorporated (MOF Inc), sebuah syarikat di bawah Kementerian Kewangan Malaysia.

b) 22 peratus adalah milik Credence Resources Sdn Bhd., sebuah syarikat swasta milik warganegara Malaysia.

c) 14 peratus adalah milik Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ)

d) 24 peratus milik China Railway Engineering Corporation yang akan membina terminus High-Speed Rail di situ. Yup, bullet train yang akan memendekkan perjalanan KL ke Singapura hanya dalam tempoh 90 minit!

Secara ringkasnya:

– 54 peratus adalah milik syarikat-syarikat kerajaan

– 46 peratus milik swasta (22 peratus milik swasta Malaysia dan 24 peratus milik swasta China).

Kesimpulannya,

– 76 peratus Bandar Malaysia adalah milik Malaysia 

– Hanya 24 peratus adalah milik China.

Jadi di mana mungkin China memiliki tanah bekas milik TUDM? Cai fail matematik ke?

Tanah itu dibeli oleh 1MDB pada asalnya dengan harga RM 400 juta. Apakah nilai ini murah?

Sedangkan, sebagai ganti, 1MDB perlu membina sebuah Pangkalan Udara baru untuk unit-unit TUDM dari pengkalan udara lama.

Selain pangkalan udara yang baru, 1MDB juga perlu membina TUJUH buah lagi pangkalan tentera menjadikan jumlah keseluruhan LAPAN buah pangkalan tentera berjumlah sekitar RM1.6 billion. Jumlah keseluruhan = RM2 billion (RM 400 juta + RM 1.6 billion). 

Bayangkan apa yang boleh dimanfaatkan kita dengan jumlah RM2.5 billion pinjaman yang lesap di Hong Kong semasa pentadbiran Tun Mahathir!
Bayangkan pula betapa banyak pembangunan yang kita boleh dapat sekiranya wang negara sebanyak RM 32 billion tidak hangus hanya demi memuaskan nafsu serakah si tua untuk main judi FOREX. 
Fikir-fikirkanlah!

Hanya si bangang dan tolol saja akan kata kita menjual negara. ðŸ˜‡

Diolah dan diringkaskan dari nukilan asal bro Captain Rahmat Tun Hanif Omar aka John F , TUDM.


*****************************
Salmah Kadir Doc Abdul Rahman Abdul Kadir II
Kamu ketinggalan keretapi. Perjanjian dah batal sebab mereka tak bayar. Skg ia milik 1Mdb 100% dan kita masih buka bidaan nak cari master developer. 9 stkt tengah bida, 7 dari China dan 2 dari Jepun. Bidaan tertinggi skg 10.5bn. Tempoh setahun saja nilai dah naik sampai 5x.


****************************
Seademon Says
Isu Pangkalan Udara Strategik
1. Pemindahan TUDM Kuala Lumpur ke Pangkalan Udara Sendayan dibuat berdasarkan faktor rasionalisasi daripada aspek operasi dan keselamatan, dan juga TUDM Kuala Lumpur sudah terlalu lama dan usang, dibangun sejak tahun 1940-an.
2. Operasi penerbangan di TUDM Kuala Lumpur tidak berapa selamat disebabkan kepesatan pembangunan Bandaraya Kuala Lumpur, dengan adanya bangunan tinggi dan kepadatan penduduk.
3. Kawasan TUDM Kuala Lumpur amat terdedah dengan ancaman luar disebabkan lokasi berhampiran lebuhraya dan kawasan perumahan. Dengan ancaman yang ada sekarang ini, ia boleh dilancarkan daripada kawasan-kawasan tersebut.
4. Pendedahan TUDM Kuala Lumpur kepada umum turut menyukarkan pihak TUDM untuk memberi perlindungan mantap sebagai kawasan operasi ketenteraan kerana terdedah kepada aktiviti pengintipan.
5. PU Sendayan & 31 Rejimen Artileri Kem Tun Ibrahim, Kajang adalah antara tapak-tapak relokasi TUDM Kuala Lumpur. Penempatan di beberapa pangkalan udara yang ada adalah mengikut misi dan kesesuaian seperti yang dibuat di PU KL sebelum ini.
6. Ini adalah kali pertama sebuah Pangkalan Udara (Sendayan) dibina untuk keselesaan para pegawai dan anggota TUDM di mana mereka akan mendapat kawasan kerja, kediaman dan infrastruktur yang baru untuk memberi sokongan atas misi-misi latihan TUDM. Selain itu, dengan adanya PU Sendayan ini, TUDM akan dapat menempatkan pusat latihan TUDM di mana buat masa ini latihan-latihan tersebut berpecah dan ada yang dibuat di Subang, Alor Star serta di Kinrara.
7. PU Sendayan ini apabila siap dibina dapat menyatukan TUDM yang akan meletakkan semua ini di bawah satu bumbung bagi tujuan uniformiti dan latihan manakala perintah dan kawalan akan menjadi lebih berkesan.
ISU KEHILANGAN ASPEK SEJARAH PU KUALA LUMPUR
1. Sejarah TUDM Kuala Lumpur akan dikekalkan selepas dipindahkan ke PU Sendayan kerana ia merupakan landasan antarabangsa yang pertama digunakan semasa zaman kemerdekaan. TUDM akan memelihara artifak-artifak sejarah TUDM Kuala Lumpur ini di muzium TUDM. Ini akan dilakukan bagi memastikan sejarah TUDM tidak akan terlupus.
ISU PROJEK BANDAR MALAYSIA DIKUASAI SYARIKAT CHINA
1. Dakwaan kononnya projek Bandar Malaysia di bekas TUDM Kuala Lumpur di ibu negara dikuasai oleh syarikat China kini bukan lagi isu. Sebaliknya tapak strategik seluas 198 hektar itu dikuasai 100% Kementerian Kewangan, berikutan terbatal perjanjian jualan saham (SSA) Bandar Malaysia dengan pihak pemegang saham projek tersebut sebelumnya.
2. TRX City, dengan mengambil kira kepentingan nilai tanah Bandar Malaysia, akan mengekalkan pemilikan penuh terhadap kawasan itu demi memastikan rakyat Malaysia meraih manfaat hasil pembangunannya.
3. Adalah fitnah berniat jahat dengan mengatakan kem TUDM KL diserah kepada Cina dari China.
RUMUSAN
1. Adalah tidak benar kerajaan mengenepikan sejarah penting negara dengan menyerahkan Pangkalan Udara Kuala Lumpur kepada pihak pemaju untuk dibangunkan. Banyak sejarah dan artifak TUDM akan dipelihara untuk pengetahuan generasi akan datang.
2. PU Kuala Lumpur telah hilang nilai strategiknya dan tidak sesuai lagi untuk menempatkan unit-unit tentera. Kedudukannya juga menjadikan pengintipan dan serangan oleh musuh menjadi begitu mudah.
3. Angkatan Tentera Malaysia memperolehi kemudahan-kemudahan yang jauh lebih baik dan bersesuaian setelah perpindahan ini berlaku.
4. Malaysia bukan satu-satunya negara yang menutup pangkalan-pangkalan tentera. United Kingdom telah dan bakal menutup sebanyak 56 pangkalan-pangkalan tentera termasuk Woolwich Barracks dan Fort George yang berusia hampir 300 tahun dan kaya dengan unsur-unsur sejarah. Berbeza dengan Malaysia, penutupan pangkalan-pangkalan tentera di UK tidak melibatkan sebarang penggantian.

Oleh itu janganlah kita mempolitikkan pertahanan negara dan hargai Angkatan Tentera Malaysia serta hak mereka untuk bertugas dan tinggal di pangkalan-pangkalan yang jauh lebih moden dan selesa sesuai dengan tugas mereka yang berat untuk menjaga kemananan, kesejahteraan dan kedaulatan negara.

Tuesday, January 23, 2018

BUKAN RINGGIT YANG NAIK, TAPI US DOLLAR YANG TURUN

Syahir
14 hrs
"BUKAN RINGGIT YANG NAIK, TAPI US DOLLAR YANG TURUN"
Begitulah komen ringkas pakar tukaran matawang asing yang berlegar di media sosial sejak kebelakangan ini bila Ringgit mengukuh berbanding US Dollar "baru-baru" ini.
Mereka kata bukan Ringgit yang mengukuh tapi US Dollar yang melemah.
Saya ingatkan selepas Ringgit mula mengukuh, hilanglah semua pakar matawang segera seperti mereka. Rupa-rupanya makin ramai yang muncul semula.
Saya nak bagi tutorial ringkas sedikit tentang matawang kepada pakar-pakar matawang segera di luar sana yang sibuk menyebarkan propaganda palsu mereka.
1. Tukaran matawang asing adalah harga relatif sesebuah matawang kepada matawang yang lain. Tukaran matawang asing selalu di"quote" sebagai XX/YY atau secara ringkasnya 1 unit matawang XX boleh beli berapa unit matawang YY.
Maksud harga relatif adalah apabila XX naik YY turun, begitu juga sebaliknya apabila XX turun, YY naik.
Contohnya untuk USD/MYR. Bila USD naik, MYR turun dan bila USD turun, MYR naik. Semudah itu.
2. US Dollar memang melemah sejak kebelakangan ini disebabkan beberapa faktor seperti dasar fiskal US yang longgar seperti potongan cukai oleh Donald Trump dan juga kerajaan US yang sebelum ini di ambang penutupan (shutdown) kerana US Senate tidak bersetuju dengan rang undang-undang untuk membiayai perbelanjaan kerajaan.
Namun begitu pengukuhan Ringgit berbanding US Dollar bukanlah semata-mata kerana US Dollar yang melemah, tetapi juga kerana Ringgit yang disokong aliran masuk pelaburan asing dengan kenaikan semula harga minyak mentah dunia sejak 2016.
Buktinya adalah sejak setahun lalu Ringgit meningkat berbanding banyak matawang utama dan serantau dan bukan meningkat berbanding US Dollar sahaja. Ringgit meningkat berbanding:
Hong Kong Dollar sebanyak 13.5%
Rupiah sebanyak 10.9%
New Zealand Dollar sebanyak 10.7%
Yen sebanyak 9%
Australian Dollar sebanyak 6.3%
Chinese Yuan Renminbi sebanyak 6.1%
Indian Rupee sebanyak 5.8%
Taiwanese Dollar sebanyak 5.4%
Singaporean Dollar sebanyak 4.3%
Korean Won sebanyak 2.7%
Thai Baht sebanyak 1.4%
Ringgit hanya jatuh sedikit berbanding Euro sebanyak 1.4% dan tidak berubah berbanding Pound Sterling sejak setahun lalu.
Jika bukan Ringgit yang mengukuh tetapi US Dollar yang menurun, kenapa Ringgit mengukuh berbanding matawang-matawang utama dan rantau Asia yang lain?
3. Ringgit sebenarnya meningkat berbanding US Dollar sejak awal 2017, bukan baru-baru ini sahaja seperti yang digambarkan sesetengah pihak sehingga ada yang mengatakan bahawa pemilihan Dr. Mahathir bin Mohamad sebagai calon Perdana Menteri pembangkang adalah sebab kenapa Ringgit meningkat (LOL).
Bagi sesetengah manusia yang di dalam hatinya penuh kebencian sehingga tidak boleh membezakan yang mana betul dan yang mana salah mereka hanya akan nampak "keburukan" dan buat-buat tak nampak "kebaikan".
Begitulah di dalam kes "bukan Ringgit yang naik tapi US Dollar yang jatuh" ini. Sepanjang 2014 - 2016 bila US Dollar mengukuh disebabkan Federal Reserve yang menghentikan dasar monetari yang longgar dengan mengurangkan dan memberhentikan "Quantitative Easing - QE" dan menaikkan sasaran kadar faedah di US mereka tidak kata Ringgit jatuh sebab US Dollar naik.
Tapi mereka kata sebab 1MDB, sebab derma Saudi, sebab pelabur lari dari Malaysia kerana tak percaya kepada Najib Razak dan kerajaan sedangkan US Dollar mengukuh berbanding semua matawang dalam dunia sepanjang 2014 - 2016.
Tak perlulah percaya kepada pakar matawang bermusim yang sebenarnya hanya komentator politik dalam media sosial. Bagi mereka apa sahaja yang baik yang berlaku tentang ekonomi dan kewangan negara bukan disebabkan oleh kerajaan atau faktor dalaman, tetapi apa sahaja yang buruk adalah disebabkan kerajaan dan faktor dalaman.
Sekian tutorial ringkas.
Rujukan:
Malaysian Ringgit Forex Performance - Barchart: https://www.barchart.com/forex/all-forex-markets/Malaysian_Ringgit/MYR?viewName=performance&orderBy=percentChange1y&orderDir=desc 


Monday, January 8, 2018

BANK NEGARA HILANG 160 BILLION

JAWAPAN KEPADA FITNAH MAHATHIR : BANK NEGARA HILANG 160 BILLION
Masa sudah tidak jadi Perdana Menteri boleh tahu semua benda, masa jadi PM duit hilang bawah hidung dia sebanyak RM31.5 billion boleh pula dia kata "tidak tahu".
Kali ini datang lagi cerita karut Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Mahathir Mohamad mengenai Bank Negara. Dulu kata 1MDB hilang sampai RM42 billion, kemudian tukar angka jadi 27 billion dan bila 1MDB sudah hampir selesai bayar hutang, Mahathir terus diam tidak bercakap apa apa lagi.
Kali ini Mahathir mendakwa Bank Negara Malaysia (BNM) hilang lebih banyak wang di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berbanding ketika beliau mentadbir negara selama 22 tahun.
Mahathir dakwa BNM hilang AS$39.621 bilion iaitu kira-kira RM161 bilion di bawah Najib. Bagaimanapun, Mahathir ketika membuat tuduhan itu mengaku bahawa pada zamannya RM31 bilion juga hilang apabila bank pusat negara itu kerugian dalam urus niaga mata wang asing (Forex). Kalau dalam inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), Mahathir kata "tak tahu".
Jika benar tuduhan Mahathir bahawa Bank Negara hilang begitu banyak wang entah ke mana, sudah lama kerajaan Malaysia akan ditegur melalui satu kenyataan rasmi oleh agensi penarafan kredit antarabangsa, Bank Dunia dan IMF.
Kalau hilang duit tersebut dalam tempoh 5 tahun lepas, pada waktu terjadinya "kehilangan" itu, sudah ada berita mengenainya kerana saiz rizab negara diumumkan oleh BNM pada setiap tiga bulan dan trend naik-turun rizab ini diperhatikan oleh komuniti kewangan (pegawai bank, ahli ekonomi, broker saham, pedagang pertukaran asing dan institusi pengawalseliaan kewangan antarabangsa).
Sebarang trend yang mencurigakan yang begitu jelas semasa rizab hilang akan menyebabkan ulasan dan artikel dikeluarkan oleh industri kewangan.
Tidak masuk akal kalau BNM hilang wang sebanyak itu kerana pada 20 Oktober lepas, rizab antarabangsa BNM diumumkan meningkat kepada AS$101.4 bilion (RM428.7 bilion) pada tarikh 13 Oktober 2017, berbanding AS$101.2 bilion (RM427.7 bilion) yang direkodkan pada 29 September 2017.
Jika benar BNM hilang sebanyak RM161 bilion dalam masa yang amat singkat sudah tentu negara menghadapi masalah ekonomi yang teruk dan ramai orang akan kehilangan pekerjaan serta banyak projek serta langkah kerajaan akan tersekat. Seperti zaman Mahathir pada sekitar 90-an, ketika skandal Forex berlaku, Malaysia terjerumus dalam kegawatan ekonomi sehingga banyak kilang ditutup dan pekerja menjadi penggangur.
Selain itu, wang RM160 bilion yang dituduh itu sebenarnya digunakan untuk pertahankan ringgit bukan digunakan untuk saja-saja cari keuntungan dalam urus niaga Forex. Pada 2014, harga minyak dunia mula jatuh daripada AS$112 setong kepada AS$64 setong menyebabkan mata wang Ringgit Malaysia jatuh.
Lebih 63 mata wang jatuh. Setakat Julai 2015, pasaran ekuiti sudah hilang AS$3 bilion, bon korporat dan kerajaan pula hilang RM206.8 bilion. Najib kemudian melakukan sesuatu yang bijaksana iaitu BNM beli semula ringgit yang dijual menggunakan rizab mata wang asing.
Itu sebabnya dalam hal sedemikian Najib yang juga Menteri Kewangan amat mementingkan membina rizab yang kukuh supaya dapat mempertahankan ringgit apabila ia mengalami tekanan. Mahathir hanya mahu samakan Najib dengan dirinya supaya nampak sama-sama bersalah padahal hanya beliau yang bersalah dalam skandal Forex itu.
Kini pihak polis sudah mula menyiasat Mahathir dalam skandal itu seperti yang disyorkan oleh ahli panel RCI Forex.
Dalam RCI kata "tak tahu", kemudian tahu pula berapa banyak wang hilang ketika Najib jadi Perdana Menteri tetapi buat tuduhan tidak ikut fakta. Mahathir sudah "semakin gila" hari demi hari selepas berguru dengan Lim Kit Siang dan DAP.
Banyak benda tidak betul dicakapnya hanya untuk mengambil kuasa semata mata. Seluruh rakyat Malaysia tahu anak siapa dan kroni siapa paling kaya semasa Mahathir menjadi PM selama 22 tahun.
Sudah sudahlah buat cerita karut, selesaikan dulu mesyuarat cawangan. Itu yang lebih utama sebelum hendak rampas Putrajaya atau apa pun.
Beruang Biru

APA YANG NAJIB BUAT?

SEPANJANG NAJIB RAZAK JADI PERDANA MENTERI APA YANG DIA BUAT..?
Aku tak faham, Selama Najib Razak jadi Perdana Menteri, apa yang dia dah buat? Zaman Mahathir, 8 tahun masih lagi bailout Proton. Sebab itu rakyat marah sangat dengan Najib Razak kerana beberapa perkara. Di antara 31 sebab kenapa rakyat marah selama 8 tahun Najib Razak menjadi PM:
1. Projek Lebuhraya Pantai Timur LPT2. Patut disiapkan di zaman Tun Mahathir. Diberhentikan kerana PAS menawan Terengganu. Disambung oleh Pak Lah, terhenti kerana kenaikan melambung harga bahan api diesel dan petrol. Berjaya disambung semula dan disiapkan oleh Najib walaupun dikatakan Malaysia mahu bankrap.
2. Projek Lebuhraya Persisiran Pantai Barat dari Banting, Selangor ke Taiping, Perak sedang giat dilaksanakan.
3. Projek Lebuhraya Pan Borneo 2,300km lebih tanpa Tol sedang giat di bina.
4. Terminal Bus Selatan mengantikan Terminal Bus Puduraya yang cukup moden dan sistematik. Ini menggantikan projek Plaza Rakyat yang dihentikan sejak zaman Mahathir kerana bencana ekonomi 1998 dan sekarang dalam proses dipulihkan oleh kerajaan Najib.
5. KLIA2 siap walaupun dituduh Malaysia tiada wang.
6. LRT2 siap dan sudah beroperasi walaupun di tuduh Malaysia akan bankrap.
7. Pembinaan menara tertinggi di Malaysia iaitu KL 118 sedang berjalan.
8. Projek Bandar Moden Malaysia dan TRX termasuk keretapi laju dari (HSR) Kuala Lumpur ke Singapura.
9. Kelulusan pembinaan lebuhraya dari Terengganu ke Kelantan.
10. Kelulusan projek keretapi (#ECRL) dari Kuala Lumpur ke Pahang ke Terengganu dan Kelantan yang menelan kos kira kira RM70 billion.
11. #BR1M pun rakyat dapat.
12. 840 mangsa banjir (#Pray4PantaiTimur) dapat rumah percuma.
13. Banyak pembinaan cawangan cawangan UiTM yang baru.
14. Banyak pembinaan MRSM yang baru.
15. Bandar Universiti Pagoh yang terdiri daripada 4 buah universiti.
16. Apartment baru untuk polis, dulu cuma rumah flat sahaja.
17. Banyak Hospital, Pusat Kesihatan dan Klinik #1Malaysia yang baru.
18. Kenaikan gaji minimun kepada Rm1,200.00, pencen tentera, skala gaji kakitangan awam.
19. Penstrukturan semula Malaysia Airlines System daripada terus menanggung rugi berbillion ringgit. Kini mula menjana pendapatan sehingga mampu membeli kapal terbang Boeing baharu.
20. Baucer buku pelajar kolej dan universiti swasta dan kerajaan RM250.00 setahun.
21. Menghapuskan beban subsidi berbillion ringgit oleh kerajaan terhadap Proton melalui penswastaan.
22. Menghapuskan subsidi IPP berbillion ringgit kepada syarikat syarikat besar.
23. Rumah percuma bagi rakyat miskin bernilai RM25,000 ke RM30,000.
24. Rumah mesra rakyat RM60,000 dengan bayaran bulanan sekitar RM200.
25. Perumahan #PR1MA.
26. Membantu penstrukturan semula pengurusan air Kelantan yang dah berpuluh tahun mengalami masalah.
27. Lebuhraya baru Kuala Lumpur ke Kota Bharu Kelantan melalui Merapoh Pahang sedang giat berjalan.
28. Keratapi laju Kuala Lumpur ke Ipoh ke Padang Besar, Perlis dah siap beroperasi.
29. MRT line 1 dah siap, MRT line 2 dalam pembinaan dan LRT line 3 dah nak mula pembinaan.
30. Bangunan Signature tower di TRX setinggi KLCC yang sedang dalam pembinaan dan dijangka siap tahun 2018.
31. Projek KL PUTRA WORLD TRADE CENTER.

BAILOUT SYARIKAT PERKAPALAN

Tanya #TunMahathir: Kenapa Beliau 'Bailout' RM1.7 Billion Kepada Konsortium Perkapalan Berhad milik Datuk Mirzan Mahathir?
■ MISC (anak syarikat Petronas) telah diarahkan oleh Tun Mahathir (PM ketika itu) untuk membeli aset Konsortium Perkapalan Berhad dengan pembiayaan sebanyak RM1.7 billion bertujuan menyelamatkan syarikat perkapalan milik anak beliau, Datuk Mirzan Mahathir.
FAKTA DI MAHKAMAH
Di Dalam Mahkamah Tinggi MALAYA Di Kuala Lumpur
Dalam Wilayah Persekutuan, Malaysia
(Bahagian Sivil)
GUAMAN SIVIL NO: S4-23-15-2006
Antara
DS Anwar Bin Ibrahim – PLAINTIF
DAN
Tun Dr Mahathir Bin Mohamad – DEFENDAN
Jawapan Kepada Pernyataan Pembelaan
■ 14 (vii). Plaintif akan merujuk, ketika perbicaraan, kesemua laporan polis yang dibuat oleh Plaintif mengenai perkara di atas dan lain2 perkara (dan ekshibit2 yang terkandung di dalamnya), termasuk iaitu: Tun H S Lee Reports Nos. 19625/99; 20455/99; 14752/2000; 22517/99; dan Dang Wangi Reports Nos. 20255/99.
■ 14 (vi). Lebih kurang pada 1997, Konsortium Perkapalan di mana Mirzan Mahathir, salah seorang anak Defendan, yang mempunyai kepentingan besar di dalamnya, mengalami kerugian besar akibat daripada krisis ekonomi. Defendan telah mencadangkan bahawa Perbendaharaan memikirkan satu skim khas untuk bailout Datuk Mirzan Mahathir.
■ Plaintif (DSAI) telah menggesa Defendan (Tun Mahathir) untuk menimbangkan semula skim 'bailout' tersebut ketika memohon dana Perbendaharaan kerana ianya terlalu susah untuk direalisasikan dan dijustifikan. Defendan berkeras hati dan telah tersinggung terhadap Plaintif. Selanjutnya, Plaintif telah menerangkan bahawa ianya boleh dilakukan sekiranya Perbendaharaan mengemukakan permohonan bajet sokongan untuk kelulusan Parlimen.
■ Ketika Plaintif menerangkan perkara ini, Defendan ternyata kecewa dan menyatakan bahawa ia akan memalukan beliau apabila ianya dilakukan seperti yang diterangkan.
■ Selepas itu, lebih kurang pada awal tahun 1998, Tan Sri Hasan Merican, CEO Petronas telah berjumpa dengan Plaintif (DSAI) dan telah menzahirkan bantahan beliau dan lain2 eksekutif kanan terhadap cadangan Defendan (Tun Mahathir) untuk membolehkan Lembaga Petronas menyusun satu bailout untuk Datuk Mirzan Mahathir. .
■ Plaintif kemudiannya mengadu kepada TS Hasan mengenai kesulitan beliau semenjak hubungan beliau dengan Defendan telah menjadi tegang terutamanya mengenai isu Datuk Mirzan Mahathir.
■ Walaubagaimanapun TS Hasan menggesa Plaintif (DSAI) untuk campur tangan dan memujuk Defendan (Tun Mahathir). Apabila Plaintif (DSAI) melakukannya, Defendan (Tun Mahathir) merasa tersinggung dan mengatakan secara ringkas dan kasar "Petronas is not under the control of the Treasury".
■ Plaintif (DSAI) akan menegaskan bahawa Defendan (Tun Mahathir) telah menyalahgunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri di dalam mengarahkan Petronas untuk bailout Datuk Mirzan Mahathir menurut S.3(2) dan (3) Petroleum Development Act 1974. Bailout tersebut melibatkan, bayaran tunai lebih kurang RM700 juta kepada Datuk Mirzan Mahathir yang mana seharusnya telah menguntungkan Datuk Mirzan Mahathir.

TANAH DAN TANAH PROTON TERGADAI

JAWAPAN BUAT VIDEO TANAH DAN TANAH PROTON TERGADAI
"TIADA tanah tergadai di forest city, TUDUM Sg Besi, mahupun di Tg Malim milik Proton"
1. Di Forest City, hanya diberi strata title untuk apartment dan condo. tiada seinci pon hak kekal diberikan untuk landed property.. hanya lease hold.
2. Tanah TUDM BUKAN dijual kpd China. ianya dibangunkan bersama2 syarikat China yg syarikat China hanya pegang 24% pemilikan hartanah.
40% peratus - MOF Inc, 22% adalah milik Credence Resources Sdn Bhd (14% KPRJ Johor, 24% China Railway Engineering Corporation)
Ini bermakna 76 peratus Bandar Malaysia adalah milik Malaysia manakala 24 peratus adalah milik China.
3. Proton sekarang masih dikuasa oleh syarikat bumiputera Syed Mokhtar AlBukhary iaitu DRB HICOM, syarikat Geely drpd China memegang 49.9%
4. Tanah Felda di jalan semarak dirampas drpd Felda oleh pihak2 yg mencari keuntungan peribadi yg mudah. Felda yg diketuai Tan Sri Shahrir akan teruskan berjuang utk dapatkan semula hak keatas tanah tersebut - saj
Rujuk
[1] tiada seinci pun tanah diberikan freehold di forest city
https://m.malaysiakini.com/news/375651
[2] CREC hanya miliki 24% 
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2016/01/06/1mdb-further-clarifies-bandar-malaysia-equity-sale/ 
[3] Geely 49.9%
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/05/24/drb-hicom-to-sell-49pt9pct-in-proton-to-geely-holding/ 
[4] Shahrir - "Felda akan buat apa saja utk dptkan semula tanah"
https://www.nst.com.my/news/nation/2017/12/316973/felda-will-do-whatever-it-takes-get-back-jln-semarak-land-says-shahrir 

TANAH KLCC

1. Pengambilan tanah race course Selangor Turf Club di Ampang pada asalnya dibuat melalui pengambilan balik tanah (Land Acquisition Act) tetapi separuh jalan dihentikan dgn arahan Madey sebagai PM. Mungkin Petronas tak boleh beli kerana nak bina pusat perniagaan dan untuk opis swasta yg tidak termasuk kategori utk "kepentingan awam" dlm NLC.
2. Kemudian syarikat Sri Kuda Sdn Bhd milik penuh Ananda Krishnan membeli tanah itu dgn harga RM200 Juta.
3. Petronas membeli 50% ekuiti syarikat Sri Kuda dgn nilai RM600 Juta dari Ananda.
4. Pembinaan Petronas Twin Towers KLCC itu apabila sudah siap, Tower 1 kepunyaan Petronas manakala Tower 2 kepunyaan Ananda - Binariang/Maxis.
5. Anak Madey dijadikan salah seorang BOD Maxis.
6. Selang dua atau tiga tahun, barulah PETRONAS beli equity 50% Ananda dalam Sri Kuda itu dan Petronas menjadi pemilik sepenuh Sri Kuda. Harga belian 50% itu lebih RM1 Billion.
7. Wooray... sekarang baru boleh dipanggil Petronas Twin Towers kerana 100% dimiliki Petronas.
8. Ada rakyat bangga kerana boleh langut nengok twin towers dan ada rakyat masyukkk.
Abas Saad

**********************************************************************************
PENTAKSUB MAHATHIR TIDAK PERNAH TAHU, KLCC ADALAH LAMBANG PENYALAHGUNAAN DANA AWAM KEGEMARAN MAHATHIR DAN KERANA ITU MEREKA BERBANGGA!
#TahukahAnda: Projek Kroni Tun Mahathir: RM600 Juta Syarikat Milik TS Ananda Krishnan Untung Atas Angin Apabila Jual Tanah Tapak Lumba Kuda Kepada Petronas Untuk Tapak Projek KLCC!!!?
■ Mantan Perdana Menteri ke-4 Tun Mahathir memburuk2kan #1MDB yang membeli tanah Tun Razak Exchange dengan harga murah. Kemudian beliau menuduh pelaburan Tabung Haji sebagai 'Bailout' 1MDB dengan membeli tanah TRX dengan harga tinggi.
■ Tun Mahathir lupa yang beliau pernah menggunakan wang Petronas untuk membeli tanah Selangor Tuft Club (STC) seluas 96.369 ekar sebagai tapak pembinaan KLCC.
■ Pembelian tanah STC oleh Petronas terpaksa melalui syarikat Seri Kuda Sdn Bhd yang bertindak sebagai 'Brokerage Company' yang mengaut keuntungan yang terlampau tinggi. Bayangkan, 26 tahun yang lalu tanah STC dibeli oleh Seri Kuda Sdn Bhd dengan nilai RM26.20 sekaki persegi. Beberapa bulan kemudian, tanah tersebut dijual kepada Petronas dengan nilai 214.40 sekaki persegi!!!.
■ Pada 30 January 1989, syarikat Seri Kuda Sdn Bhd ditubuhkan oleh TS Ananda Krishnan. Syarikat ini ditubuhkan semata2 sebagai platform pembelian sebidang tanah seluas 39 hektar (96.369 ekar) milik Selangor Turf Club (STC) pada harga RM110 juta.
■ Pembelian tanah tersebut direncana bagi merelisasikan perancangan Tun Mahathir untuk penyediaan tapak projek pembangunan 'Kuala Lumpur City Center' (KLCC).
■ Mengikut perancangan awal pihak pengurusan Petronas, pembinaan ibu pejabat baru Petronas dicadangkan di Jalan Tun Razak berhadapan dengan Kelab Golf Di Raja Selangor berhampiran dengan Hospital Prince Court.
■ Pembinaan ibu pejabat Petronas yang baru perlu memandangkan ibu pejabat petronas lama di Bangunan Dayabumi sudah sesak dan tidak lagi mampu menampung pertambahan kakitangan baru dan pertambahan kelengkapan alatan kerja yang pesat di Petronas.
■ Walau bagaimana pun lokasi yang dicadangkan tidak dapat memenuhi kehendak persekitaran memandangkan ianya mendapat bantahan daripada Jabatan Penerbangan Awam. Alasannya, lokasi tersebut terletak di laluan udara Lapangan Terbang TUDM Sg Besi.
■ Sebagai alternatif, Petronas kemudiannya membeli sebidang tanah bekas tapak British Council Jalan Ampang di belakang Plaza Yow Chuan dengan harga RM30 juta.
■ Namun secara tiba2 Tun Mahathir kemukakan idea dan mengumumkan rancangan liciknya dengan memilih lokasi di Selangor Turf Club jalan Ampang. Beliau mencipta isu dan propaganda di dalam media dengan mengatakan kelab lumba kuda di Jalan Pinang menyebabkan timbulnya kesesakan trafik yang teruk setiap hujung minggu.
■ Selepas isu tersebut disensasikan, Kerajaan Pusat dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memutuskan gelanggang lumba kuda itu tidak boleh tidak mesti dipindahkan ke Sg Besi di mana ia terletak sekarang.
■ Pada 18 Julai 1991, dalam ucapan pengulungan perbahasan Rancangan Malaysia Ke-6 di Dewan Parlimen, Tun Dr Mahathir mengakui kelab lumba kuda itu telah diarahkan berpindah oleh kerajaan persekutuan.
■ Tun Dr Mahathir berpendapat, apabila ekonomi pulih dan terdapat “building boom”, tanah di kawasan tiga segi emas biasa dijual dengan harga yang amat tinggi.
■ Dalam ucapannya, Tun Dr Mahathir berkata Petronas telah diarahkan untuk membeli 50% saham Seri Kuda Sdn Bhd. Kerajaan telah mensyaratkan kepada Sri Kuda Sdn Bhd bahawa lebih daripada 50% tanah kelab perlu dijadikan tempat letak kereta awam (public park). Ini bermakna bahawa harga belian satu kaki persegi tanah boleh meningkat 100%. Walau bagaimanapun, Petronas yang memerlukan ruang pejabat yang besar bersetuju secara prinsip untuk mengambil 51% dari saham Seri Kuda Sdn Bhd.
■ Selangor Turf Club (STC) menerima notis arahan berpindah dari kerajaan supaya mencari lokasi lain luar dari pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Oleh kerana Kelab tersebut memerlukan sejumlah wang untuk membina padang lumba kuda baru, STC membuat keputusan menjual tanah tersebut.
■ Tanah seluas 39 hektar (96.369 ekar) yang terletak dalam kawasan Segi Tiga Emas atau ‘Golden Triangle’ berstatus pertanian dibeli pada awalnya dengan harga RM110 juta telah ditukar statusnya kepada tanah komersial dan nilaian semula tanah komersial tersebut melonjak kepada harga RM300 juta. Tetapi Petronas telah membelinya dengan satu nilai terlampau tinggi pada harga RM900 juta.
■ Syarikat Seri Kuda Sdn Bhd mendapat keuntungan atas angin sebanyak RM600 juta apabila Petronas membeli tanah tersebut. Persoalan untuk Tun Mahathir: Mengapakah Petronas tidak dibenarkan berunding terus (Direct Negotiate) dengan Selangor Tufc Club iaitu pemilik tanah gelanggang lumba kuda tersebut?. Dan mengapakah perlu membeli tanah tersebut setelah ianya menjadi milik Seri Kuda Sdn Bhd iaitu syarikat kepunyaan TS Ananda Krishnan?.
■ Ini menunjukkan bahawa Tun Dr Mahathir telah membelakangi kepentingan rakyat dan menyalahgunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang diamanahkan untuk menjaga selia Petronas. Beliau telah mengambil kesempatan memanipulasi wang Petronas untuk mengkayakan kroninya dan mungkin juga untuk faedah diri sendiri. Beliau lupa yang wang Petronas apabila masuk ke Tabung Perbendaharaan Negara akan menjadi DANA awam atau pun wang rakyat!.
■ Kroni Tun Mahathir berjaya mengaut keuntungan sebanyak RM600 juta dalam masa beberapa bulan sahaja.
■ Majalah Far Eastern Economic Review terbitan 13hb Jun 1991 dan Investor Digest keluaran Julai 1992 jelas melaporkan yang tanah milik STC dibeli oleh syarikat Seri Kuda Sdn Bhd, yang kemudian pemiliknya membuat permohonan untuk menukar status tanah STC itu bagi tujuan pembangunan hartanah. Proses pembelian tanah secara rundingan terus itu telah menjadi satu isu panas yang diperkatakan pada ketika itu malah pertukaran status tanah untuk tujuan pembangunan juga menimbulkan perasaan tidak puas hati rakyat Malaysia.
■ Akhbar News Straits Times pada 21 Ogos 1989 melaporkan selepas mesyuarat tergempar, STC telah mengumumkan penjualan kesemua 39 hektar tanah berkenaan kepada syarikat Seri Kuda Sdn Bhd yang hanya didaftarkan lebih kurang 7 bulan sebelum itu. TS Ananda Krishnan merupakan antara pengarah Seri Kuda Sdn Bhd semasa ia mula2 ditubuhkan. Beliau adalah sekutu rapat dan kroni kuat mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir. TS Ananda sebelum itu juga pernah berkhidmat di Bank Negars Malaysia selama 6 tahun (1982-1987) dan pernah juga berkerja di Petronas.
■ Sehingga tahun 1991, nama TS Ananda mendapat perhatian umum apabila syarikat Seri Kuda Sdn Bhd dinamakan sebagai antara syarikat yang terlibat dengan projek mega kerajaan yang menelan belanja berbillion ringgit. Seri Kuda Sdn Bhd mendapat laba yang besar hasil pelaburan yang dibuat dengan pembelian tanah tersebut pada tahun 1989 .
■ Persoalan untuk Tun Mahathir: Adakah pembelian 39 hektar (96.369 ekar) tanah milik STC ini dibuat secara kebetulan atau ada perancangan yang rapi sebelumnya dengan niat untuk membantu menaikkan taraf kekayaan sahabat baiknya?.
■ Pada 18hb Jun 1991, akhbar New Straits Times melaporkan, Petronas telah mengambil alih 51% kepentingan dalam Syarikat Seri Kuda Sdn Bhd dengan anggaran jumlah sebanyak RM600 juta.
■ Pada 22 Julai 2002 , seperti yang dilaporkan majalah The Edge , Petronas telah membeli 49.5% ekuiti KLCC dari Ananda pada nilai RM 1.2 billion. Sementara itu, pegangan saham ekuiti Mai holdings Sdn Bhd adalah 48% dan 2.5% milikan saham minoriti (dirahsiakan). Mai holdings Sdn bhd ditubuhkan pada 22 Jun 1988 merupakan juga syarikat milik TS Ananda Krishnan.
Oleh: ROZMI MOKHTAR
Sumber: [https://goo.gl/fiScyG]
--------------
Elok juga TV3 terus siarkan latarbelakang dengan diletakkan label KLCC TUGU PERINGATAN KUTTY KAPOR DUIT PETRONAS.

FELDA: Bukan Tugas Sukar, Tetapi Menyakitkan Hati! - TAN SRI SHAHRIR

FELDA: Bukan Tugas Sukar, Tetapi Menyakitkan Hati! - TAN SRI SHAHRIR SAMAD
Oleh SYAHRIL A. KADIR
AKU tiba di pejabat Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Tan Sri Shahrir Samad kira-kira pukul 1 petang di Menara FELDA, Kuala Lumpur. Agak luas biliknya yang terletak di tingkat 49 itu.
Meja Shahrir yang besar saiznya itu dipenuhi dokumen dan fail sekaligus menunjukkan betapa sibuknya tugas ahli politik veteran yang berumur 68 tahun tersebut dalam 'mengendalikan' urusan seharian lembaga berkenaan
Ketika itu aku sampai, Shahrir, lulusan MBA dari International Institute for Management Development (IMD), Switzerland itu sedang melayan pertanyaan daripada beberapa penulis dan wartawan. Pengasas DuBook, Mutalib Uthman , sahabat seperjuanganku Ali Imran , Saudara Mat Rodi, Saudara Azwan dan Datuk Roslan Bian pun ada.
Mereka nampak bersungguh-sungguh hendak dengar dari mulut beliau sendiri mengenai kemelut yang melanda 'kehilangan' tanah milik Felda yang terletak di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Shahrir dilihat tenang walaupun soalan-soalan yang dikemukakan cukup 'tajam'dan 'menyakitkan'.
Adakalanya beliau menyalakan sebatang rokok Mevius Light. Adakalanya beliau meneguk air di depannya. Adakalanya beliau tersenyum dan adakalanya beliau serius.
Namun yang pasti tidak ada soalan yang tidak berjawab. Untuk lebih jelas, kerap kali juga beliau melihat dokumen di atas mejanya agar fakta yang diberikan tidak lari dari butiran yang sebenar.
Sebaik saja duduk di kerusi yang disediakan, aku tanpa membuang masa terus bertanyakan pada Shahrir - teruk sangatkah keadaan FELDA ketika Tan Sri mengambil alih kerusi pengerusinya dari Tan Sri Isa Samad?
" Bila saya masuk rupanya bukan peneroka saja dah tak percaya pada FELDA, bank pun dah tak percaya pada FELDA. Banyak pinjaman yang dijanjikan tetapi ditarik balik. Kalau ada pun cuma Bank Rakyat, mereka nak bagi pinjam RM300 juta, mereka nak kolateral pun RM300 juta juga. Saya pasti awak sendiri kalau nak buat pinjaman pun akan dapat 'deal' yang lebih baik dari itu.
" Hanya baru-baru ini Maybank kata mereka boleh buatkan 'sukuk' sebanyak RM2 bilion...saya macam tak percaya pada mulanya...malah saya tanya balik 'are you sure?'
" Sebenarnya bank yakin nak bagi balik pinjaman kat kita kerana kita mempunyai aliran tunai yang besar untuk sukuk, apatah lagi selepas pelbagai usaha kita dah lakukan untuk memulihkan FELDA," katanya sambil tersenyum.
Mengenai isu Tan Sri Isa Samad dan kontroversi tanah FELDA yang 'dipindah milik' itu, Shahrir berkata siasatan diharap tidak hanya tertumpu kepada satu individu tetapi juga individu yang lain serta agensi kerajaan yang terlibat.
Katanya, beliau kena berlaku adil dalam hal ini kerana masyarakat nampaknya hanya melihat Isa tetapi 'lupa' yang kejadian yang berlaku juga membabitkan banyak pihak.
" Orang bercakap pasal Isa, tetapi individu lain bagaimana? Banyak nama besar ni. Agensi kerajaan macam pejabat tanah pula bagaimana...siasatan kena menyeluruh. Nak salahkan mana-mana pihak termasuk Lembaga Pengarah dulu pun susah juga kerana isu tanah ini tidak pernah dibincangkan dan tak ada dalam rekod mesyuarat lembaga pun, jadi saya tak nak tunding jari, siasatlah," ujarnya.
Ketika ditanya sama ada beliau ada berkomunikasi dengan Isa sejak mengambil alih kerusi kepimpinan Felda, Shahrir menafikannya.
Menurutnya, beliau tidak pernah bercakap dengan Isa dan Isa juga tidak pernah menghubunginya.
" Saya dah dengar macam-macam bila ambil alih. Saya tak bercakap dengan sesiapa pun termasuk dengan lembaga pengarah, saya hanya mendengar, " ujarnya.
Mengenai tugasnya sebagai Pengerusi FELDA, Shahrir berkata, ia bukanlah satu tugasan yang sukar dan membebankan.
Pun begitu, katanya, beliau sebenarnya lebih kepada berasa 'sakit hati' dengan apa yang berlaku.
" Cuma apa yang saya nak bagitau pada semua peneroka dan masyarakat di luar sana, jangan bimbang, ini adalah sebahagian daripada 'pembersihan' FELDA, perkara yang berlaku ini sedang kita betulkan.
" Yang pasti hasil dan tanah peneroka tidak akan terjejas. Dalam hal tanah (Jalan Semarak) ini kita dah buat macam-macam. Antaranya kita buat laporan polis, kita saman, kita akan buat tindakan sivil, kita akan cuba batalkan PA dia, pejabat Peguam Negara pun akan ambil tindakan. Saya tengah fikirkan semua cara.
" Berdasarkan 'track record', mahkamah selalunya akan berpihak kepada kita, sebab itu kita cukup cermat dan teliti dalam menangani apa-apa isu yang timbul, mungkin ia mengambil masa tetapi yang penting hasilnya," tegas Shahrir.
Shahrir juga ditanya, mungkinkah ada lagi isu atau kontroversi yang akan menyelubungi FELDA selepas ini.
Beliau dengan pantas menjawab - TIDAK ADA LAGI.
" Tiada lagi isu selepas ini. Kes pembelian hotel, kes ikan Sturgeon dan lain-lain semuanya itu telah diambil tindakan. Ada yang sedang disiasat, ada yang direman dan ada juga yang telah dituduh pun di mahkamah," tegasnya.
Mengenai persepsi yang 'pelbagai' yang ditujukan pada dirinya ketika ini, Shahrir berkata, tiada apa yang perlu beliau risaukan kerana beliau telah menjalankan amanah seperti mana yang diharapkan.
Katanya itu adalah asam garam yang terpaksa ditempuh jika bergelar ahli politik. Beliau sendiri secara peribadi 'lali' dengan segala tohmahan.
" Sampai isteri saya pun orang kata anak Robert Kuok, kononnya saya kaya raya dan sebagainya. Orang politik ni banyak pahala sebab selalu kena fitnah, dan pada masa yang sama banyak pahala kerana selalu bantu orang," katanya sambil tersenyum.
Ketika ditanya lagi adakah beliau berasa 'stress' dengan segala kemelut yang melanda dan terpaksa 'datang' ke dalam FELDA di waktu lembaga itu dibebani dengan pelbagai masalah, Shahrir berkata ia bukan perkara baru dalam hidupnya.
Ujarnya, sejak menghambakan diri dalam bidang politik, pelbagai onak dan duri telah beliau tempuh.
" Masalah yang ada memang berat tetapi kita dah mengambil langkah terbaik untuk menanganinya. Datanglah apapun dugaan, pukul 10.30 malam saya tetap tak ada masalah untuk tidur," katanya tersenyum sebelum mengakhiri perbualan kami pada petang itu.
Sebelum balik sempat aku menghadiahkan buku tulisanku 'Konfesi Prebet Adam' pada beliau.
Kami kemudiannya dijamu nasi goreng. Tak mewah. Tak ada ikan sturgeon yang menghasilkan 'kaviar'. Jangan risau, angpau pun tak ada.
Tetapi aku datang dengan senyum, balik pun dengan senyum. Sekurang-kurangnya ada 'maklumat' yang lebih mahal dari sekadar kaviar dan sekeping angpau!