Monday, January 8, 2018

TANAH KLCC

1. Pengambilan tanah race course Selangor Turf Club di Ampang pada asalnya dibuat melalui pengambilan balik tanah (Land Acquisition Act) tetapi separuh jalan dihentikan dgn arahan Madey sebagai PM. Mungkin Petronas tak boleh beli kerana nak bina pusat perniagaan dan untuk opis swasta yg tidak termasuk kategori utk "kepentingan awam" dlm NLC.
2. Kemudian syarikat Sri Kuda Sdn Bhd milik penuh Ananda Krishnan membeli tanah itu dgn harga RM200 Juta.
3. Petronas membeli 50% ekuiti syarikat Sri Kuda dgn nilai RM600 Juta dari Ananda.
4. Pembinaan Petronas Twin Towers KLCC itu apabila sudah siap, Tower 1 kepunyaan Petronas manakala Tower 2 kepunyaan Ananda - Binariang/Maxis.
5. Anak Madey dijadikan salah seorang BOD Maxis.
6. Selang dua atau tiga tahun, barulah PETRONAS beli equity 50% Ananda dalam Sri Kuda itu dan Petronas menjadi pemilik sepenuh Sri Kuda. Harga belian 50% itu lebih RM1 Billion.
7. Wooray... sekarang baru boleh dipanggil Petronas Twin Towers kerana 100% dimiliki Petronas.
8. Ada rakyat bangga kerana boleh langut nengok twin towers dan ada rakyat masyukkk.
Abas Saad

**********************************************************************************
PENTAKSUB MAHATHIR TIDAK PERNAH TAHU, KLCC ADALAH LAMBANG PENYALAHGUNAAN DANA AWAM KEGEMARAN MAHATHIR DAN KERANA ITU MEREKA BERBANGGA!
#TahukahAnda: Projek Kroni Tun Mahathir: RM600 Juta Syarikat Milik TS Ananda Krishnan Untung Atas Angin Apabila Jual Tanah Tapak Lumba Kuda Kepada Petronas Untuk Tapak Projek KLCC!!!?
■ Mantan Perdana Menteri ke-4 Tun Mahathir memburuk2kan #1MDB yang membeli tanah Tun Razak Exchange dengan harga murah. Kemudian beliau menuduh pelaburan Tabung Haji sebagai 'Bailout' 1MDB dengan membeli tanah TRX dengan harga tinggi.
■ Tun Mahathir lupa yang beliau pernah menggunakan wang Petronas untuk membeli tanah Selangor Tuft Club (STC) seluas 96.369 ekar sebagai tapak pembinaan KLCC.
■ Pembelian tanah STC oleh Petronas terpaksa melalui syarikat Seri Kuda Sdn Bhd yang bertindak sebagai 'Brokerage Company' yang mengaut keuntungan yang terlampau tinggi. Bayangkan, 26 tahun yang lalu tanah STC dibeli oleh Seri Kuda Sdn Bhd dengan nilai RM26.20 sekaki persegi. Beberapa bulan kemudian, tanah tersebut dijual kepada Petronas dengan nilai 214.40 sekaki persegi!!!.
■ Pada 30 January 1989, syarikat Seri Kuda Sdn Bhd ditubuhkan oleh TS Ananda Krishnan. Syarikat ini ditubuhkan semata2 sebagai platform pembelian sebidang tanah seluas 39 hektar (96.369 ekar) milik Selangor Turf Club (STC) pada harga RM110 juta.
■ Pembelian tanah tersebut direncana bagi merelisasikan perancangan Tun Mahathir untuk penyediaan tapak projek pembangunan 'Kuala Lumpur City Center' (KLCC).
■ Mengikut perancangan awal pihak pengurusan Petronas, pembinaan ibu pejabat baru Petronas dicadangkan di Jalan Tun Razak berhadapan dengan Kelab Golf Di Raja Selangor berhampiran dengan Hospital Prince Court.
■ Pembinaan ibu pejabat Petronas yang baru perlu memandangkan ibu pejabat petronas lama di Bangunan Dayabumi sudah sesak dan tidak lagi mampu menampung pertambahan kakitangan baru dan pertambahan kelengkapan alatan kerja yang pesat di Petronas.
■ Walau bagaimana pun lokasi yang dicadangkan tidak dapat memenuhi kehendak persekitaran memandangkan ianya mendapat bantahan daripada Jabatan Penerbangan Awam. Alasannya, lokasi tersebut terletak di laluan udara Lapangan Terbang TUDM Sg Besi.
■ Sebagai alternatif, Petronas kemudiannya membeli sebidang tanah bekas tapak British Council Jalan Ampang di belakang Plaza Yow Chuan dengan harga RM30 juta.
■ Namun secara tiba2 Tun Mahathir kemukakan idea dan mengumumkan rancangan liciknya dengan memilih lokasi di Selangor Turf Club jalan Ampang. Beliau mencipta isu dan propaganda di dalam media dengan mengatakan kelab lumba kuda di Jalan Pinang menyebabkan timbulnya kesesakan trafik yang teruk setiap hujung minggu.
■ Selepas isu tersebut disensasikan, Kerajaan Pusat dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memutuskan gelanggang lumba kuda itu tidak boleh tidak mesti dipindahkan ke Sg Besi di mana ia terletak sekarang.
■ Pada 18 Julai 1991, dalam ucapan pengulungan perbahasan Rancangan Malaysia Ke-6 di Dewan Parlimen, Tun Dr Mahathir mengakui kelab lumba kuda itu telah diarahkan berpindah oleh kerajaan persekutuan.
■ Tun Dr Mahathir berpendapat, apabila ekonomi pulih dan terdapat “building boom”, tanah di kawasan tiga segi emas biasa dijual dengan harga yang amat tinggi.
■ Dalam ucapannya, Tun Dr Mahathir berkata Petronas telah diarahkan untuk membeli 50% saham Seri Kuda Sdn Bhd. Kerajaan telah mensyaratkan kepada Sri Kuda Sdn Bhd bahawa lebih daripada 50% tanah kelab perlu dijadikan tempat letak kereta awam (public park). Ini bermakna bahawa harga belian satu kaki persegi tanah boleh meningkat 100%. Walau bagaimanapun, Petronas yang memerlukan ruang pejabat yang besar bersetuju secara prinsip untuk mengambil 51% dari saham Seri Kuda Sdn Bhd.
■ Selangor Turf Club (STC) menerima notis arahan berpindah dari kerajaan supaya mencari lokasi lain luar dari pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Oleh kerana Kelab tersebut memerlukan sejumlah wang untuk membina padang lumba kuda baru, STC membuat keputusan menjual tanah tersebut.
■ Tanah seluas 39 hektar (96.369 ekar) yang terletak dalam kawasan Segi Tiga Emas atau ‘Golden Triangle’ berstatus pertanian dibeli pada awalnya dengan harga RM110 juta telah ditukar statusnya kepada tanah komersial dan nilaian semula tanah komersial tersebut melonjak kepada harga RM300 juta. Tetapi Petronas telah membelinya dengan satu nilai terlampau tinggi pada harga RM900 juta.
■ Syarikat Seri Kuda Sdn Bhd mendapat keuntungan atas angin sebanyak RM600 juta apabila Petronas membeli tanah tersebut. Persoalan untuk Tun Mahathir: Mengapakah Petronas tidak dibenarkan berunding terus (Direct Negotiate) dengan Selangor Tufc Club iaitu pemilik tanah gelanggang lumba kuda tersebut?. Dan mengapakah perlu membeli tanah tersebut setelah ianya menjadi milik Seri Kuda Sdn Bhd iaitu syarikat kepunyaan TS Ananda Krishnan?.
■ Ini menunjukkan bahawa Tun Dr Mahathir telah membelakangi kepentingan rakyat dan menyalahgunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang diamanahkan untuk menjaga selia Petronas. Beliau telah mengambil kesempatan memanipulasi wang Petronas untuk mengkayakan kroninya dan mungkin juga untuk faedah diri sendiri. Beliau lupa yang wang Petronas apabila masuk ke Tabung Perbendaharaan Negara akan menjadi DANA awam atau pun wang rakyat!.
■ Kroni Tun Mahathir berjaya mengaut keuntungan sebanyak RM600 juta dalam masa beberapa bulan sahaja.
■ Majalah Far Eastern Economic Review terbitan 13hb Jun 1991 dan Investor Digest keluaran Julai 1992 jelas melaporkan yang tanah milik STC dibeli oleh syarikat Seri Kuda Sdn Bhd, yang kemudian pemiliknya membuat permohonan untuk menukar status tanah STC itu bagi tujuan pembangunan hartanah. Proses pembelian tanah secara rundingan terus itu telah menjadi satu isu panas yang diperkatakan pada ketika itu malah pertukaran status tanah untuk tujuan pembangunan juga menimbulkan perasaan tidak puas hati rakyat Malaysia.
■ Akhbar News Straits Times pada 21 Ogos 1989 melaporkan selepas mesyuarat tergempar, STC telah mengumumkan penjualan kesemua 39 hektar tanah berkenaan kepada syarikat Seri Kuda Sdn Bhd yang hanya didaftarkan lebih kurang 7 bulan sebelum itu. TS Ananda Krishnan merupakan antara pengarah Seri Kuda Sdn Bhd semasa ia mula2 ditubuhkan. Beliau adalah sekutu rapat dan kroni kuat mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir. TS Ananda sebelum itu juga pernah berkhidmat di Bank Negars Malaysia selama 6 tahun (1982-1987) dan pernah juga berkerja di Petronas.
■ Sehingga tahun 1991, nama TS Ananda mendapat perhatian umum apabila syarikat Seri Kuda Sdn Bhd dinamakan sebagai antara syarikat yang terlibat dengan projek mega kerajaan yang menelan belanja berbillion ringgit. Seri Kuda Sdn Bhd mendapat laba yang besar hasil pelaburan yang dibuat dengan pembelian tanah tersebut pada tahun 1989 .
■ Persoalan untuk Tun Mahathir: Adakah pembelian 39 hektar (96.369 ekar) tanah milik STC ini dibuat secara kebetulan atau ada perancangan yang rapi sebelumnya dengan niat untuk membantu menaikkan taraf kekayaan sahabat baiknya?.
■ Pada 18hb Jun 1991, akhbar New Straits Times melaporkan, Petronas telah mengambil alih 51% kepentingan dalam Syarikat Seri Kuda Sdn Bhd dengan anggaran jumlah sebanyak RM600 juta.
■ Pada 22 Julai 2002 , seperti yang dilaporkan majalah The Edge , Petronas telah membeli 49.5% ekuiti KLCC dari Ananda pada nilai RM 1.2 billion. Sementara itu, pegangan saham ekuiti Mai holdings Sdn Bhd adalah 48% dan 2.5% milikan saham minoriti (dirahsiakan). Mai holdings Sdn bhd ditubuhkan pada 22 Jun 1988 merupakan juga syarikat milik TS Ananda Krishnan.
Oleh: ROZMI MOKHTAR
Sumber: [https://goo.gl/fiScyG]
--------------
Elok juga TV3 terus siarkan latarbelakang dengan diletakkan label KLCC TUGU PERINGATAN KUTTY KAPOR DUIT PETRONAS.

No comments: