Tuesday, January 23, 2018

BUKAN RINGGIT YANG NAIK, TAPI US DOLLAR YANG TURUN

Syahir
14 hrs
"BUKAN RINGGIT YANG NAIK, TAPI US DOLLAR YANG TURUN"
Begitulah komen ringkas pakar tukaran matawang asing yang berlegar di media sosial sejak kebelakangan ini bila Ringgit mengukuh berbanding US Dollar "baru-baru" ini.
Mereka kata bukan Ringgit yang mengukuh tapi US Dollar yang melemah.
Saya ingatkan selepas Ringgit mula mengukuh, hilanglah semua pakar matawang segera seperti mereka. Rupa-rupanya makin ramai yang muncul semula.
Saya nak bagi tutorial ringkas sedikit tentang matawang kepada pakar-pakar matawang segera di luar sana yang sibuk menyebarkan propaganda palsu mereka.
1. Tukaran matawang asing adalah harga relatif sesebuah matawang kepada matawang yang lain. Tukaran matawang asing selalu di"quote" sebagai XX/YY atau secara ringkasnya 1 unit matawang XX boleh beli berapa unit matawang YY.
Maksud harga relatif adalah apabila XX naik YY turun, begitu juga sebaliknya apabila XX turun, YY naik.
Contohnya untuk USD/MYR. Bila USD naik, MYR turun dan bila USD turun, MYR naik. Semudah itu.
2. US Dollar memang melemah sejak kebelakangan ini disebabkan beberapa faktor seperti dasar fiskal US yang longgar seperti potongan cukai oleh Donald Trump dan juga kerajaan US yang sebelum ini di ambang penutupan (shutdown) kerana US Senate tidak bersetuju dengan rang undang-undang untuk membiayai perbelanjaan kerajaan.
Namun begitu pengukuhan Ringgit berbanding US Dollar bukanlah semata-mata kerana US Dollar yang melemah, tetapi juga kerana Ringgit yang disokong aliran masuk pelaburan asing dengan kenaikan semula harga minyak mentah dunia sejak 2016.
Buktinya adalah sejak setahun lalu Ringgit meningkat berbanding banyak matawang utama dan serantau dan bukan meningkat berbanding US Dollar sahaja. Ringgit meningkat berbanding:
Hong Kong Dollar sebanyak 13.5%
Rupiah sebanyak 10.9%
New Zealand Dollar sebanyak 10.7%
Yen sebanyak 9%
Australian Dollar sebanyak 6.3%
Chinese Yuan Renminbi sebanyak 6.1%
Indian Rupee sebanyak 5.8%
Taiwanese Dollar sebanyak 5.4%
Singaporean Dollar sebanyak 4.3%
Korean Won sebanyak 2.7%
Thai Baht sebanyak 1.4%
Ringgit hanya jatuh sedikit berbanding Euro sebanyak 1.4% dan tidak berubah berbanding Pound Sterling sejak setahun lalu.
Jika bukan Ringgit yang mengukuh tetapi US Dollar yang menurun, kenapa Ringgit mengukuh berbanding matawang-matawang utama dan rantau Asia yang lain?
3. Ringgit sebenarnya meningkat berbanding US Dollar sejak awal 2017, bukan baru-baru ini sahaja seperti yang digambarkan sesetengah pihak sehingga ada yang mengatakan bahawa pemilihan Dr. Mahathir bin Mohamad sebagai calon Perdana Menteri pembangkang adalah sebab kenapa Ringgit meningkat (LOL).
Bagi sesetengah manusia yang di dalam hatinya penuh kebencian sehingga tidak boleh membezakan yang mana betul dan yang mana salah mereka hanya akan nampak "keburukan" dan buat-buat tak nampak "kebaikan".
Begitulah di dalam kes "bukan Ringgit yang naik tapi US Dollar yang jatuh" ini. Sepanjang 2014 - 2016 bila US Dollar mengukuh disebabkan Federal Reserve yang menghentikan dasar monetari yang longgar dengan mengurangkan dan memberhentikan "Quantitative Easing - QE" dan menaikkan sasaran kadar faedah di US mereka tidak kata Ringgit jatuh sebab US Dollar naik.
Tapi mereka kata sebab 1MDB, sebab derma Saudi, sebab pelabur lari dari Malaysia kerana tak percaya kepada Najib Razak dan kerajaan sedangkan US Dollar mengukuh berbanding semua matawang dalam dunia sepanjang 2014 - 2016.
Tak perlulah percaya kepada pakar matawang bermusim yang sebenarnya hanya komentator politik dalam media sosial. Bagi mereka apa sahaja yang baik yang berlaku tentang ekonomi dan kewangan negara bukan disebabkan oleh kerajaan atau faktor dalaman, tetapi apa sahaja yang buruk adalah disebabkan kerajaan dan faktor dalaman.
Sekian tutorial ringkas.
Rujukan:
Malaysian Ringgit Forex Performance - Barchart: https://www.barchart.com/forex/all-forex-markets/Malaysian_Ringgit/MYR?viewName=performance&orderBy=percentChange1y&orderDir=desc 


2 comments:

Zunaidi Dali Great Eastern said...

Salam,

Nak tnya kat cik Iza.

Saya prasan Lira Turkey pon makin lemah compare to Ringgit? You rasa trend ini akan continue?
Ingt kan tukar to Lira sekarang sb nak g Tueky bln 9 tahun ni hahahaha lamabt lg la.. tp kalau skrg currency dia tgh rendah better i tukar sekarang. Kan?
Apa pendapat u?

TQ ya muahhhhhhhhhh

Norazniza Abdul Karim said...

Lira Turkey mmg lemah. tapi jika ikut trend, ketidakstabilan ekonomi Turkey juga memainkan peranan dalam keadaan ini. Jika berterusan, Lira akan tetap spt ini. Lebih baik cik tanya pendapat mrk yang terlibat dalam pertukaran wang asing.