Monday, April 22, 2013

JUSTIFIKASI MANIFESTO - ANALISIS BAGI BN DAN PEMBANGKANG


CREDIT TO USTAZ NOR AZIZUDDIN ABDUL MANAN

MENJUSTIFIKASI MANIFESTO PRU-13 BERPAKSIKAN IMAN DAN TAQWA : ANALISIS PERBANDINGAN MANIFESTO PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL UNTUK PRU 2013

1. Saya mulakan artikel ini dengan firman Allah daripada surah An Nahl ayat 90 yang bermaksud, “Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah itu sesudah meneguhkannya.”Kemudian disusuli dengan surah As Soff ayat ke 2 dan 3 yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! (2) Amat besar kebenciannya di sisi Allah, kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya (3)”. 

2. Bagi memastikan fokus bicara ini tidak menyimpang daripada signifikannya, saya sertakan daripada hadith Rasulallah SAW mengenai tanda-tanda Munafik, “Dikhabarkan kepada kami daripada Sulaiman Abul Rabi’ berkata, dikhabarkan kepada kami daripada Isma’il bin Jaafar berkata, dikhabarkan kepada kami daripada Nafi’ Bin Malik bin Abi A’mir Abu Suhail daripada bapanya daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW bersabda ; tanda-tanda Munafik itu ada 3 tandanya, apabila berkata ia berduts, apabila berjanji ia mungkiri, apabila dipercayai ia khianati” (HR Bukhari).

3. Dalam mendepani Pilihanraya Umum yang bakal kunjung tiba tidak lama lagi, respon saya adalah kepada satu kenyataan daripada Muhammad Yusran Al-Kelantani seperti attacment dibawah. Dalam posting itu, beliau (Mohamad Yusran) mengatakan , “cuba buka minda iman..bandingkan pemimpin pas dgn bndr segi iman,islam dan sebutkan.klu anda mampu bandingkan dan yakinkan saya tentang ketaqwaan pemimpin2 bn berbanding pas..sy janji sy pun akan sokong bn!cuba analisis kan....tp ingat berdasarkan iman& islam!”. Saya mengambil masa untuk memahami apa yang hendak disampaikannya, pada akhirnya saya boleh membuat kesimpulan bahawa perbandingan peribadi pemimpin PAS dan UMNO (BN) adalah terletak sejauhmana kemampuan mereka untuk menunaikan amanah dan segala JANJI. Itu konotasi saya, selebihnya terserah kepada interpretasi masing-masing. Kayu ukur kemampuan melaksanakan amanah adalah klimaks kepada kemantapan Iman dan Taqwa seseorang pemimpin. Maka disinilah saya mengambil Al-Muraqabah supaya Mohamad Yusran menilai kembali apa yang diperkatakannya. Menuduh tanpa bukti adalah propaganda, propaganda adalah satu daripada satu jalan menuju fitnah. Insyaallah disini saya cuba analyzes kenyataan beliau.

4. Dalam memastikan sejauhmana iman dan taqwa seseorang pemimpin, suka saya mengaitkan perkara ini dengan hadith Nabi SAW, “Setiap kamu adalah pemimpin, yang bertanggungjawab ke atas pimpinannya..” (HR Bukhari). 

5. MANIFESTO : ia adalah satu pengisytiharan dokumen yang dinyatakan secara bertulis, disusuli dengan perakuan verbal disertai dengan niat, hasrat, motif yang dilakukan secara individu, kelompok, parti politik dan kerajaan.AKUJANJI : satu iltizam, ikrar dalam keterlibatan secara bersungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu dalam ertikata lain, komitmen dalam melaksanakan iltizam tersebut.

6. Jesteru itu, dalam melaksanakan analisis perbandingan ini, saya meletakkan 3 aspek kajian iaitu pembangunan hal ehwal Islam, ekonomi dan sosialiasi masyarakat.

7. ASPEK PEMBANGUNAN HAL EHWAL ISLAM

7.1 Manifesto PR 2013 dalam muka surat 12, menjelaskan bahawa, “Pakatan Rakyat menghayati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan menjamin hak kebebasan beragama seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan”. Puas saya memahami ayat bergaris tersebut, Pakatan dengan iltizamnya hanya menjadikan Islam sebagai penghayatan dalam ertikata lain, ia sekadar tempelen bagi menjustifikasikan Pakatan juga menjaga Islam dinegara ini. Lelucon jenis apakah ini ?. Islam bukan sekadar teologi keagamaan untuk menghayati apatah lagi Islam yang lebih diutamakan adalah untuk dimanifestasikan dalam kehidupan seharian. Lantas, dimana letaknya aspek praktikal Islam itu sendiri sebagai agama persekutuan yang termaktub secara jelas dalam perlembagaan negara ?. Dalam manifesto Pakatan juga tidak dijelaskan secara terperinci sejauhmana mana penghayatan Islam itu hendak dilaksanakan. Adakah ia sekadar mencakupi aspek teologi keagamaan semata-mata sahaja ?. Jika dilihat secara mendalam konsep penghayatan Islam itu disusuli dengan konotasi baris ke-4 perenggan ke-2 iaitu Masyarakat Malaysia yang berasaskan penghayatan Islam dan amalan beragama ......”. Penggunaan terminologi MASYARAKAT MALAYSIA adalah terlalu umum dan kenapa tidak dispesifikkan sahaja kepada umat Islam dan masyarakat bukan Islam pula diberikan kebebasan untuk mengamalkan agama mereka sendiri, saya cuba untuk tidak bersikap prejudis dengan interpretasi ayat ini, tetapi tidak dapat dielakkan kerana ia secara “tersirat” telah mewujudkan agenda PLURALISME dikalangan umat Islam dan meletakkan Islam sama dengan agama-agama lain di Malaysia. Konotasi apa yang hendak disampaikan oleh PR dalam aspek ini ?. Sejujurnya, saya sendiri khuatiri bila memikirkan konotasi baris ke-4 perenggan ke-2 itu. 

7.2 BN dalam mukasurat 24 dan 25 diikuti dengan mukasurat 28 dan 29 secara terang lagi bersuluh menyatakan pendirian untuk memartabatkan Islam disamping menghormati kebebasan dan mewujudkan keharmonian agama. Program pemartabatan Islam yang telah dan sedang dilaksanakan oleh UMNO/BN khasnya telah memperincikan usaha-usaha berterusan dalam konteks ini, disamping memartabatkan syiar Islam, UMNO/BN juga telah melaksanakan agenda2 Islamisasi pasca-PRU 2012. Saya tidak berhasrat untuk mengulas panjang mengenai komitmen Islamisasi yang dilakukan oleh Kerajaan BN, tetapi gunalah sedikit waktu untuk kalian sendiri menyelidikinya. Buka mata, mata hati dan minda untuk menilai. At Taqyim (Pernilaian) yang digunakan perlulah mencakupi aspek pendidikan, ekonomi Islam, perundangan Islam dan sosialisasi masyarakat. Terlalu panjang untuk saya senaraikan disini. Yang pastinya konsep Maqasid Syariyyah menjadi momentum kepada pentadbiran BN akan datang jika masih diberikan mandat untuk memerintah.

7.3 Dalam Manifesto BN untuk PRU 13, saya melihat komitmen dan iltizam dalam perkara ini bukanlah satu perkara yang sekadar omongan semata-mata, tetapi lebih daripada itu. Yang paling menarik dalam kajian saya mengenai Akujanji/Manifesto BN 2013 dan sepanjang saya meneliti manifesto BN untuk PRU ke-11 dan ke-12, tetapi manifesto 2013 inilah yang memiliki keunikan tersendiri apabila BN meletakkan penanda aras dengan menjadikan M’sia sebagai model kepada Manhaj Wasatiyyah atau dalam era kontemporari ini dikenali sebagai Gerakan Kesederhanaan Global. Bahkan dalam konteks Kesederhanaan Global ini juga, BN secara terbuka dan atas semangat solidariti, menyokong dan mendokong aspirasi perjuangan rakyat Palestin dalam menuntut kemerdekaan negara Palestin yang berdaulat berbanding Manifesto PR. Solidariti ini diterjemahkan dengan lawatan negara, DS Mohd Najib ke Gaza pada 23 Januari 2013 yang lalu. Selain itu juga, dalam memastikan Manhaj Wasatiyyah ini dilaksanakan, BN bukan sekadar membantu rakyat Palestine bahkan turut menawar diri sebagai orang tengah dalam penyelesaian konflik yang berlaku dikalangan negara-negara serantau, selepas berjaya menyelesaikan konflik Selatan Filipina, sekarang M’sia mengorak langkah menjadi mediator dalam penyelesaian konflik Selatan Thailand yang kini mengorbankan lebih 10,000 nyawa sejak perbalahan mula tercetus pada tahun 2002. Barangkali, inilah yang dikatakan sebagai Al Ta’ahuddat (Akujanji) yang bersifat Al Tarkiz (berfokus) dalam menyampaikan hasrat kepada 13,268,002 pengundi nanti.

8. ASPEK PEMBANGUNAN EKONOMI

8.1 Kadar Pengangguran & Peluang Pekerjaan : Agak menarik untuk saya tauzheh (jelaskan) mengenai perkara ini, umum mengetahui statistik kadar pengangguran di negara ini pada tahun 2011 ialah 3.1% (Laporan Ekonomi 2012 :
http://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/le/1213/jp6_1.pdf), tahun 2012 menurun kepada 3.0% dan pelunjuran suku tahun pertama 2013, kadar pengangguran kekal 3.0%. Manakala statistik daripada IMF pula menjelaskan, kadar pengangguran di Malaysia sejak tahun 2011 ialah 3.05%, menurun pada 3.0% (2012), pelunjuran pada tahun 2013 sehingga 2017, kekal dengan 3.0% (Link :http://www.imf.org/external/pubs/ft/weo/2013/01/weodata/weorept.aspx?sy=2011&ey=2018&scsm=1&ssd=1&sort=country&ds=.&br=1&pr1.x=97&pr1.y=12&c=548&s=LUR&grp=0&a). Data yang diperolehi daripada Bank Dunia ialah kadar pengangguran Malaysia ialah 3.4% (2010) (Link : http://data.worldbank.org/indicator/SL.UEM.TOTL.ZS). 

8.2 Berdasarkan kepada perolehan data yang dinyatakan, apabila saya meneliti semula 2 manifesto BN dan PR, dalam aspek mengatasi masalah pengangguran, didapati PR hanya mampu menyediakan 1 juta peluang berbanding BN yang beriltizam menyediakan 3.3 juta peluang pekerjaan. Saya meyakini faktor BN adalah disebabkan oleh data yang terdapat dalam Laporan Ekonomi 2011 (link :
http://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/le/1112/jp6_1.pdf) dan Laporan Ekonomi 2012 (Link : http://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/le/1213/jp6_1.pdf) secara jelas menyatakan bahawa statistik guna tenang buruh pada akhir tahun 2011 sebanyak 12,804,900 dengan kadar penyertaan sebanyak 64.6% manakala pada bulan Disember tahun 2012 dengan menjadikan statistik guna tenaga buruh di Malaysia mencapai 13,034,700 pekerja (kadar penyertaan tenaga buruh sebanyak 65.0%) dan kadar guna tenaga buruh untuk bulan pertama 2013 mencecah 13,296,300 pekerja (kadar penyertaan tenaga buruh sebanyak 65.6%), peningkatan sebanyak 261,000 pekerja dalam masa sebulan ! bersamaan 0.6% guna tenaga buruh. (Link :http://www.statistics.gov.my/portal/images/stories/files/LatestReleases/employment/Labour_Force_Indicator_Malaysia_Jan_2013BM.pdf). Jadi tidak hairanlah jika Manifesto BN bersifat bombastik dan realistik dengan membuat pelunjuran 3.3 juta, masakan tidak, memandangkan pelunjuran ini jika menggunakan kalkulasi mudah peningkatan 0.6 % sebulan bermakna sehingga akhir tahun 2013, jumlah tenaga kerja di Malaysia ialah 16,428,300 pekerja dengan peluang pekerjaan sebanyak 3,132,000 sekaligus menghampiri target sebanyak 3,300,000 peluang pekerjaan yang ditawarkan. Saya tidak fikir BN menciplak Manifesto Pakatan Rakyat jika mengambil kira statistik ini. Tunjukkan dimana dakwaan BN menfotokopi Manifesto Pakatan jika PR hanya mampu menawarkan 1 juta peluang pekerjaan sahaja tanpa berpaksikan realistik keperluan sektor pekerjaan di Malaysia. Rujuk Laporan Ekonomi 2012 untuk maklumat lanjut. 

8.3 Saya masih tidak melupai kenyataan Tony Pua Kiam Wee, S/U Publisiti DAP Kebangsaan pada 1 November 2011 (Sin Chew Daily) yang menjelaskan Pakatan akan mengurangkan (reduce) penjawat awam secara berperingkat selama 5 tahun !. Tindakan pengurangan penjawat awam dan pekerja-pekerja sektor swasta khasnya pengendali2 Lebuh Raya Malaysia (pemansuhan tol) yang mencecah 20,000 pekerja yang bakal berdepan dengan tindakan diberhentikan sekaligus menambahkan kadar pengangguran di negara ini kepada 4% -7% dalam masa 5 tahun (mengambil kira tempoh penggal parlimen bersidang pada 2008-2013). Tindakan PR yang kononnya mahu mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing, disini saya ingin menyatakan, sejauhmana rasional tindakan sebegitu kerana masakini rakyat M’sia tidak berminat untuk menceburi sektor pembinaan dan perindustrian memandangkan 2 sektor ini menawarkan gaji yang rendah berbanding sektor perkhidmatan, masakan mungkin para graduan universiti mahu berkhidmat dalam sektor ini atas sebab gaji yang rendah tidak setimpal dengan kelulusan yang mereka perolehi. Tambahan pula pengusaha2 pembinaan dan perindustrian tanah air terpaksa bersaing dengan persaingan global seperti negara-negara Asia iaitu Vietnam, China dan India kini muncul sebagai hub perindustrian dan pembinaan baru dengan kos buruh yang lebih murah. Lantas, kebergantungan kepada pekerja asing untuk 2 sektor ini masih diperlukan oleh pengusaha2 pembinaan dan perindustrian di negara ini. 

8.4 Pelaburan, Pernigaan dan Ekonomi : Dalam memastikan keberadaan ekonomi Malaysia dalam keadaan yang aktif, maka target realibiliti yang terdapat dalam Akujanji/Manifesto BN lebih berfokus kepada peningkatan pelaburan mencecah RM 1.3 Billion. Saya menyelak kembali Laporan World Competitiveness Yearbook 2012 (WCY) diterbitkan oleh Institute for Management Development (IMD) yang bertempat di Lausanne, Switzerland (Link :
http://www.imd.org/research/publications/wcy/World-Competitiveness-Yearbook-Results/#/). Dalam perkara ini, saya mendapati, Malaysia berada di kedudukan (Ranking) ke-10 daripada 59 buah negara bagi Faktor Prestasi Ekonomi dalam laporan WCY 2012 didorong oleh pelaburan yang lebih tinggi. Dalam menghadapi persekitaran luar yang mencabar, Malaysia kekal menarik minat pelabur asing dan tempatan. Jumlah aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia yang berjumlah RM36.6 bilion pada tahun 2011 telah meletakkan Malaysia di kedudukan ke-11 (2011: Malaysia pada kedudukan ke-13) di kalangan 59 ekonomi bagi sub-faktor pelaburan antarabangsa. Malaysia telah melepasi sasaran RM83 bilion dalam pelaburan swasta yang direalisasikan dengan jumlah pelaburan sebanyak RM94 bilion pada tahun 2011. Saya tertarik dengan Laporan Ekonomi 2012 pada mukasurat 88 – 97 dengan jelas menyatakan stimulus sektor pelaburan swasta di M’sia mencacat pertumbuhan sebanyak 22.4% bagi separuh pertama 2012 dan dijangka kekal aktif sehingga suku tahun pertama 2013 dengan kadar 12% manakala Pelaburan Awam meningkat kepada 15.9% pada keseluruhan tahun 2012 dan pelunjuran tahun 2013 dijangka meningkat 0.5% dalam mendepani kelembapan ekonomi global dan sikap berhemah dalam perbelanjaan kerajaan sekarang. 

8.5 Dalam aspek ini, saya mengkaji sejauhmana Manifesto Pakatan Rakyat dapat membangunkan sektor pelaburan di Malaysia, dengan menggunakan 2 kata kunci iaitu Memecah dan Merancak dalam m/surat 20, point penting, dalam manifesto PR tidak dinyatakan dengan jelas kemampuan meraka untuk meningkatkan sektor pelaburan di negara ini, melainkan PR lebih bermain dengan persepsi dengan memecah dasar monopoli maka anjakan ekonomi M’sia akan meningkat. Saya tidak fikir cara ini akan membuah hasil yang sewajarnya memandangkan cara sebegini telah digunakan oleh beberapa buah negara yang diterajui pembangkang seperti Jepun, rujuk Manifesto DPJ 2009 m/s 19-23 yang pada akhirnya membawa padah kepada negara matahari terbit itu. PR berhasrat untuk menubuhkan Suruhanjaya Anti-Monopoli walhal Kerajaan BN telah terlebih dahulu menubuhkan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MCC) dengan tujuan untuk merancakkan ekonomi dengan menggalakkan persaingan yang sihat dan adil, disamping memastikan Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 dapat diikuti oleh semua pihak. Saya tidak pasti samada panel penggubalan manifesto PR ini mengambil kira dengan keberadaan kek ekonomi Malaysia yang kini dikuasai oleh pihak lain sedangkan kek ekonomi bumiputera sekitar 21.8% daripada sasaran 30%, rujuk Laporan Tahunan ETP 2012 oleh TERAJU (Link :
http://www.teraju.gov.my/wp-content/uploads/2013/03/laporan-tahunan-etp-20121.pdf). Lantas Kerajaan BN telah menubuhkan TERAJU untuk memastikan kek ekonomi M’sia dapat dinikmati secara adil dan saksama dengan bangsa-bangsa lain. Oleh itu, dengan tindakan PR yang mahu memecahkan monopoli sesetengah pihak dalam sektor pembuatan makanan, komunikasi dan farmaseutikal serta IPP, saya fikir ia adalah tindakan bersifat rasis memandangkan maksud sebenar PR adalah untuk meruntuhkan kuasa ekonomi bumiputera dek kerana usahawan melayu yang satu-satunya yang mampu untuk berjual-beli perniagaan2 dan pelaburan2 yang terdapat di M’sia apatahlagi berada dalam kelompok 10 individu terkaya di M’sia ialah TS Syed Mokhtar Al Bukhary yang didakwa sebagai agen kronisme UMNO walhal PR tidak melihat siapa yang menguasai 5 kedudukan teratas individu terkaya di M’sia, adakah terdapat bangsa Melayu dalam 5 kedudukan itu ?. Jadi dakwaan PR bahawa UMNO mengamalkan dasar kronisme adalah tidak berasas memandangkan pemimpin utama PR juga mengamalkan dasar yang sama sewaktu menjawat jawatan TPM dan MoF, saya masih tidak melupai sejumlah 1 juta saham milik anggota keluarga pemimpin utama PR itu dalam Syarikat IOI Corp. Barangkali inilah yang dimaksudkan oleh Dr Ridzuan Tee Abdullah dalam artikelnya yang bertajuk, marahkan nyamuk kelambu dibakar. 

8.6 Kata kunci kedua dalam Manifesto PR ialah merancak. Merancak dalam konteks Manifesto PR ialah memansuhkan 1MDB dengan memastikan Khazanah sahaja satu-satunya entiti pelaburan dinegara ini. Untuk makluman, idea penubuhan 1MDB adalah untuk mewujudkan kepelbagaian gunasama syarikat pelaburan di M’sia yang berstatus GLC selain daripada Khazanah Berhad. Selain itu juga, PR berkehendakkan kepada pemansuhan pegangan kerajaan sekaligus membawa kepada pembubaran GLC-GLC, sekali lagi saya terfikir, tidakkah perkara ini akan menambahkan kadar pengangguran di M’sia dan menyempitkan lagi peluang pekerjaan ?. Walhal dalam Akujanji/Manifesto BN secara jelas menyatakan peranan GLC yang dipertingkatkan dalam membantu usahawan khasnya dengan penyumberan luar untuk memantapkan lagi ekonomi bumiputera (m/s 15). Apa yang menarik saya ialah kata kunci Merancak dan Memecah dalam manifesto PR ini adalah persis kepada ideologi komunisme yang mahu memiliknegarakan semua sektor ekonomi dan sekaligus menjadikan M’sia sebuah negara yang tidak lagi bersifat terbuka (moderate) kepada kebebasan ekonomi, inilah yang diamalkan di negara2 berfahaman komunis seperti China dan Russia. Rujuk laman web ini jika mahu melihat sejauhmana kebebasan ekonomi dinegara2 berideologi komunis dan jangkaan masa depan. Link :
http://www.heritage.org/index/ranking bandingkan ekonomi M’sia dengan negara2 membangun yang lain.

8.7 IKS/SME’s : Dalam perkara ini, Manifesto PR telah menyatakan akan merombak pembiayaan dan insentif IKS. Sejauhmana perkara ini dilaksanakan, lihat sahaja apa yang berlaku di Selangor dan kedah, adakah usahawan IKS/SME’s dapat menikmati apa yang telah dijanjikan dalam Manifesto PKR/DAP/PAS 2008 ?. Sepanjang saya menyelidiki perkara ini sejak tahun 2008 sehingga 2012, usahawan IKS di seluruh ini banyak dibantu oleh BPPBPP (P.Pinang sahaja), ICU, MARA dan TEKUN. Sebagai contoh TEKUN telah menyalurkan pinjaman sebanyak RM2.24 bilion kepada 224,175 usahawan kecil di seluruh negara termasuk sejumlah RM34.5 juta kepada 4,212 usahawan masyarakat India di bawah Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India. Manakala Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1bilion disediakan oleh SME Bank. Tidak termasuk lagi dana-dana pembiayaan untuk pembangunan usahawan belia. Jadi adakah dengan melakukan rombakkan berskala besar oleh PR tidak memberikan impak kepada pertumbuhan ekonomi IKS yang kini berada dalam kedudukan terbaik berasaskan kepada Laporan Ekonomi 2012 ?. Begitu juga dengan SME Masterplan 2012-2020 (Link : 
http://www.smecorp.gov.my/vn2/node/190)yang dianggap sebagai Game Changer untuk memantapkan lagi industri ini agar menjadi industri berskala besar sesuai dengan saranan daripada laporan OECD 2012 (Link :http://www.oecd.org/dev/asia-pacific/Malaysia.pdf). SME/IKS di Malaysia mempunyai karekteristik yang dinamik berbanding negara2 serantau kerana mempunyai dasar dan polisi yang berimpak dan dibantu oleh Kerajaan. Ternyata BN telah mendahului dalam pembangunan IKS/SME di Malaysia, jangan lupa BN beriltizam untuk melaksanakan pelan Transformasi SME untuk penerokaan pasaran a’bangsa (m/s 15). Untuk berlaku adil dalam menginterpretasikan perkara ini, saya memetik kenyataan Yakob Supari, Exco Kanan Selangor mengatakan Kerajaan Negeri Selangor telah membelanjakan RM 3 juta selama 3 tahun untuk membantu 350 usahawan kecil dan sederhana bermakna setiap usahawan IKS hanya menerima RM8,500 sepanjang 3 tahun tersebut !. (Link :http://mb.selangorku.com/page.php?page=Category&category=3&post=872). Manakala rakan pakatan mereka di Pulau Pinang pula dibidas oleh HINDARF kerana tidak membantu kemajuan ekonomi masyarakat India dan lebih banyak mengharap kepada agensi2 kerajaan seperti Tekun dan FAMA (Link :http://www.humanrightspartymalaysia.com/2013/04/02/dap-tak-serius-bantu-kaum-india-uthayakumar-see-antarapos-1413/). Kelantan pula tidak pasti sejauhmana kesungguhan kerajaan PAS Kelantan melaksanakan dasar ini, di Kedah pula kerajaan negeri telah memperuntukkan RM 2 juta melalui Pembiayaan Dana Usahawan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) pada tahun 2010 dan diberikan mengikut fasa, fasa pertama telah melibatkan seramai 18 Usahawan IKS dengan peruntukkan RM495,000 bersamaan RM27,000 untuk setiap peserta fasa pertama.
(Link : 
http://portal.kedah.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=598&catid=75%3Aarkib&Itemid=197)

9. ASPEK SOSIALISASI MASYARAKAT

9.1 Dalam menjelaskan analisis manifesto BN dan PR dalam aspek kebajian masyarakat, saya sekadar mengulas perkara2 penting sahaja dek kerana keterbatasan ruangan ini dan bagi mengelakkan rasa jemu pembaca apabila membaca ulasan yang panjang lebar. 

9.2 Rumah Mampu Milik : Penyediaan rumah mampu milik untuk rakyat merupakan t’jawab sesebuah kerajaan yang memerintah, dalam manifesto PR mukasurat 25 beriltizam untuk membina 150,000 buah rumah mampu milik dengan kos antara RM70,000 ke RM250,000 bergantung kepada jenis rumah itu sendiri. Dalam memahami sejauhmana janji ini akan ditepati dikalangan pemimpin PR andai mereka memerintah negara kelak, saya telah menyelidiki di 4 buah negeri dibawah tadbir urus PR dalam konteks penyediaan rumah mampu milik. Selangor ; mendakwa telah membina sebanyak 6,470 buah rumah. Sebaliknya, projek2 perumahan mampu milik itu adalah dasar yang telah dibuat oleh Kerajaan BN Selangor sebelum tahun 2008 lagi. Apatah lagi dengan pembohongan Tony Pua dalam sidang Parlimen bertarikh 23 Oktober 2012 menyatakan Kerajaan Negeri Selangor telah membina 23,637 rumah mampu milik berharga bawah RM100,000 lantas kenyataan itu telah dibantah oleh Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Dr Donald Lim Siang Chai yang menjelaskan bahawa, Kerajaan Negeri Selangor hanya membina 1,000 buah RMM sahaja sejak tahun 2008, mungkin sumber ini boleh memberikan pencerahan hakikat sebenar RMM di Selangor (Link : 
http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-23102012.pdf dan sini http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=MMPTSaCUuq8 ), REHDA S’ngor telah mengeluarkan statistik jumlah rumah yang diberikan kelulusan pembinaannya di negeri Selangor pada tahun 2005 sewaktu Kerajaan BN Selangor memerintah (Link :http://www.rehdaselangor.com/stat04.html). Saya fikir, Kerajaan PR Selangor sebenarnya bersikap “Curi Keringat” orang lain ibarat “Susu lembu punya, sapi yang dapat nama”. Begitu jugalah senario yang berlaku di Pulau Pinang, saya tidak yakin janji PR untuk membina 150,000 rumah mampu milik sedangkan di negeri yang diperintah mereka pun diklasifikasikasikan gagal, sekali lagi peribadi pemimpin PR dalam menunaikan janji tidak lagi boleh dipercayai. Manakala dalam Akujanji/Manifesto BN, parti itu beriltizam untuk membina 1 juta RMM yang digerakkan oleh sektor awam dan swasta, apatah lagi dengan PR1MA yang dilancarkan sebanyak 500,000. Dalam memahami perkara ini, saya telah menjumpai fakta ini (Link : http://www.epu.gov.my/epu-theme/rm9/bahasa/Bab21.pdf), sehingga tahun 2001-2005, Kerajaan Persekutuan dengan kerjasama Kerajaan Negeri (PKEN) termasuklah kerjasama swasta telah membina sebanyak 27,006 unit rumah kos rendah, kategori perumahan kos sederhana rendah sebanyak 83,910 unit rumah siap dibina dan jumlah rumah kos sederhana dan kos tinggi yang dibina oleh sektor swasta jauh melebihi sasaran, menunjukkan permintaan yang berterusan bagi rumah kategori ini. Sehubungan ini, sebanyak 222,023 unit rumah kos sederhana dan 274,973 unit rumah kos tinggi telah dibina (Link : http://www.epu.gov.my/epu-theme/rm9/bahasa/Bab21.pdf). 

9.3 Pendidikan : PR menekankan prinsip pendidikan percuma dalam manifestonya, dari peringkat rendah sehinggalah ke pengajian tinggi disusuli dengan penghapusan PTPTN selaku badan yang menguruskan pinjaman pelajaran kepada pelajar pengajian tinggi dan memberikan elaun kepada semua pelajar pengajian tinggi. Saya tidak terkejut dengan perkara ini kerana ia boleh dipertikaian, antaranya Akan sampai satu masa kerajaan tidak boleh “sustain” dengan kos pembiayaan pengajian yang tinggi ini lantaran tiada Negara di dunia yang mampu memberikan pengajian tinggi secara percuma selama-lamanya . Hal ini Ini bermakna kerajaan akan menghadapi kesukaran untuk meyakinkan rakyat untuk membayar yuran pengajian tinggi. Perkara ini turut menjejaskan industri pendidikan swasta di M’sia yang mana IPTS bergantung kepada bantuan PTPTN untuk meneruskan operasi mereka, perlu diingatkan M’sia kini merupakan destinasi negara yang paling ideal untuk pelajar a’bangsa belajar dinegara ini, jadi tidak hairanlah jika dilihat dalam Indikator Pengajian Tinggi (Bab 8), untuk enrolmen pelajar a’bangsa pada tahun 2010 mencecah 86,923 pelajar (UG/G), manakala daripada jumlah tersebut seramai 62,705 adalah penuntut a’bangsa di seluruh IPTS di Malaysia sekaligus M’sia merupakan pilihan utama untuk pelajar asing menyambung pengajian di M’sia kerana kos pengajian yang murah dan berkualiti setanding dengan negara2 lain seperti UK dan USA. Untuk info, seramai 541,629 pelajar tempatan (UG/G) (Local Students) merupakan penuntut di IPTS yang mana 90% daripada mereka adalah penerima pinjaman PTPTN. Adakah dengan penghapusan PTPTN boleh memberikan kualiti pendidikan di IPTS disamping IPTA, adalah tidak adil pengajian percuma hanya disediakan untuk IPTA tidak pula untuk IPTS. Link :
http://www.mohe.gov.my/web_statistik/statistik2010/BAB8_INDIKATOR_PENGAJIAN_TINGGI.pdf

9.4 Mengurangkan kos sara hidup : PR menggariskan 5 perkara dalam membantu meringankan beban rakyat iaitu turunkan harga minyak, caj elektrik yang rendah, caj air yang rendah, penghapusan tol, penurunan harga kereta termasuklah cukai eksais dimansuhkan. Manakala Akujanji BN pula berfokus kepada 10 perkara dalam membantu meringankan bebankan rakyat dengan kebanyakkannya merupakan sebahagian daripada program TRANFORMASI yang sedang dan telah dilaksanakan, lebih 100 produk TRANSFORMASI telah dijayakan untuk membantu mengurangkan beban rakyat (Link :
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/364-1-malaysia/8089-produk-1malaysia.html ) . Hasilan TRANSFORMASI ini telah menyebabkan pemimpin PR berasa cuak apabila ia mendapat maklum balas positif dikalangan rakyat, lalu 5 perkara yang dimulai untuk menurunkan harga petrol maka semua harga barang akan turun, saya pasti untuk menampung penurunan harga petrol ini melibatkan beban kewangan daripada PETRONAS yang mendapat keuntungan melebih RM70 Billion setahun. Mungkin ibrah daripada PERTAMINA boleh dijadikan kayu ukur dek kerana kegilaan pemerintah menggunakan keuntungan syarikat tersebut untuk menampung perbelanjaan negara yang pada akhirnya ia hanya tinggal nama sahaja. Link :http://www.bakerinstitute.org/programs/energy-forum/publications/energy-studies/docs/NOCs/Papers/NOC_Pertamina_Hertzmark.pdf. Manakala dalam pengurangan kadar elektrik, kerajaan telah bertindak meneruskan subsidi elektrik dengan bil bulanan dibawah RM20 untu setiap isi rumah. Tidakkah ini sudah pun dilaksanakan oleh BN dan meneruskannya andai mendapat mandat seterusnya. Rasionalisasi subsidi telah memberikan nafas baru kepada rakyat di negara ini. 

10. KESIMPULAN

10.1 Dalam menunaikan hak sebagai pemerintah apatah lagi dengan melibatkan segala macam janji untuk rakyat, maka pemimpin tersebut perlulah mempunyai 6 sifat iaitu Al Adalah (Adil), Al Mauthuq (Realible), Al Iltizamat (Komitmen), Al Qawiy (Gigih), Al Tarkiz (Berfokus) dan Al Istiqomah (berterusan) untuk memastikan ia menepati dengan ayat 26 daripada surah Al Qasas yang bermaksud, “Sesungguhnya sebaik-baik orang yang kamu ambil untuk bekerja ialah orang kuat lagi amanah”. Semasa saya menaip artikel ini, tanpa saya sedari, air mati saya menitis kerana melihat betapa beratnya menjadi pemerintah yang diberikan amanah untuk menyantuni sekelian rakyatnya, inilah yang membezakan pemimpin UMNO/BN dan Pakatan Rakyat dalam konteks ini, pengukuran iman dan taqwa siapa yang lebih tinggi adalah terlalu subjektif, siapalah kita untuk mengambil alih tugas TUHAN YANG SATU,jika masih mahu mengukur iman dan taqwa mereka jengahlah barang sebentar, sejauhmana janji2 pemimpin itu telah dilaksanakan untuk rakyatnya. Janji itu adalah amanah, memungkirinya mengundang amarah seluruh penghuni langit. Ia ibarat membuat perhitungan dan kontrak antara manusia dengan ALLAH SWT. Umpama Jika hati tidak suka, madu diminum serasa cuka, ibarat menang sorak kampung tergadai, janganlah hampas pula dikatakan beras, kelak rugi apalah ertinya lagi. Allahumma Asyhad !.

p/s : Mohamad Yusran Al-Kelantani, ana sudah menyahut cabaran enta !. Selamat membaca.

No comments: