Thursday, April 4, 2013

ZAINUDDIN MAIDIN MENULIS - DR SIDEK BABA TINGGALKAN ANWAR


SENYAP-SENYAP TINGGALKAN ANWAR, DR. SIDEK BABA AKAN TEMUI TUN MAHATHIR
by zainudin maidin.

Kejujuran dan keikhlasan seorang ilmuan besar Islam dalam meninggalkan Anwar Ibrahim yang menjadi idolanya selama lebih 30 tahun, terbukti apabila tindakannya itu dilakukan secara senyap-senyap tanpa memukul gendang.

Bagaimanapun demi untuk kepentingan menyedarkan orang lain yang masih dalam kesesatan dan kefanatikan, beliau akan menemui Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir pada hari Jumaat ini untuk menceritakan segala-galanya dan mengakui kesilapannya.

Tindakan Profesor Datuk Dr. Sidek Baba yang tidak sahaja terkenal di kalangan intelektual Islam di Malaysia, malah di kalangan ulama-ulama besar Islam Indonesia , tidak syak lagi memberikan tamparan hebat kepada ulama-ulama kolot dan jumud Pas yang merelakan diri mereka menjadi baghal kepada Anwar sedangkan mereka hanya baru mengenali Anwar.

Bacalah secebis petikan dari Cuit Zaini Hassan di Utusan Malaysia 3 April mengenai tindakan Dr. Sidek Baba itu:

"Beliau sudah insaf kerana selama ini dia mengatakan hanya Anwar Ibrahim sahaja yang betul, orang lain salah.

"Cikgu Sidek pernah marah kepada Dr. Mahathir kerana memecat Pak Sheikh itu. Beliau pernah marah Dr. Mahathir kerana menzalimi Pak Sheikh itu. Dia marah keana orang menuduh Anwar sebagai peliwat dan homoseks.

"Kini dengan kehendakNya, Cikgu Sidek sudah berubah. Hari Jumaat yang barakah ini buat pertama kalinya beliau akan bertemu dan berbincang dengan Tun Dr.Mahathir.

"Bertemu dari hati ke hati. Mungkin jauh di dalam hatinya beliau mahu berkata "Tun ampunkan aku. Aku hanya insan yang kerdil yang tidak kurang daripada kesilapan dan kekhilafan.

"Permintaan itu bukan diminta oleh Tun Mahathir, tetapi atas permintaan ikhlas daripada tokoh itu.

"Anwar kini keseorangan. Cikgu Sidek yang bersama-samanya selama 30 tahun telah meninggalkan beliau. Dua tahun Cikgu Sidek mencari jawapan kepada "siapa sebenarnya Anwar Ibrahim."

"Kini dengan berkat istiharah ke hadrat Allah SWT, beliau sudah jumpa jawapannya."

No comments: