Sunday, November 27, 2011

BUDGET 2012 PERAK STATE - 12

Dewan Undangan Negeri yang berakhir baru-baru ini telah meluluskan Enakmen Kolej Universiti Islam Sultan Azlah Shah sebagai salah satu langkah menaik taraf Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR).

Usul bagi enakmen itu telah dibaca oleh Exco Pelajaran dan Pengajian Tinggi Dato’ Mohamad Zahir Abdul Khalid berkata berkata enakmen baru itu adalah untuk menggantikan Enakmen Kolej Islam Darul Ridzuan 2000.

Katanya dengan penguatkuasaan enakmen baru tiu ke semua aset serta liabiliti telah dipindah milik kepada Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah.

Dewan kemudiannya meluluskan enakmen tersebut.

Kerajaan negeri sebelum ini telah memutuskan untuk melaksanakan rancangan menaik taraf KISDAR kepada Kolej Universiti Islam bagi menyediakan lebih banyak lagi peluang kepada lepasan Sekolah Agama Rakyat dan Maahad Tahfiz melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dan ijazah.

Pada persidangan itu juga Dewan turut meluluskan Enakmen Mineral Perak 2003 (Pindaan) yang mana usulnya dibaca oleh Exco Dato’ Infrastuktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air.

Pindaan itu adalah untuk memberi kuasa hanya kepada Pejabat Tanah dan Galian mengeluarkan permit carigali dan sijil melombong dan tidak lagi Pentadbir Tanah.

http://www.peraknews.com/v3/dewan-lulus-enakmen-kolej-universiti-islam-sultan-azlan-shah/

No comments: