Sunday, November 27, 2011

BUDGET 2012 PERAK STATE - 5

HAHAHAHA SEPERTI BIASA... LAGU YG DIDENDANGKAN SUDAH DAPAT DIBACA.... ;)


Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir menjangkakan pembangkang yang ketandusan modal akan terus memanipulasi dan mutarbelitkan isu Bajet defisit.

Katanya, mereka akan terus menjaja isu ini dengan memberi gambaran yang tidak benar kononnya kerajaan sudah tidak ada wang.

“Dalam konteks Negeri Perak yang saya nak tekankan di sini, ia (defisit) bukan timbul dari segi kita sudah tidak ada wang tetapi ia timbul kerana apa yang hendak kita buat dengan sejumlah wang yang ada,’’ katanya pada Program Selamat Perak Bersama Dr. Zambry di Perakfm hari ini .

Beliau mengambil contoh tahun lalu apabila kerajaan memperolehi pendapatan lebihan dan menggunakan sebahagian wang berkenaan untuk faedah rakyat dengan menyediakan projek-projek infrastruktur seperti lampu jalan, turap jalan dan sebagainya.

“Inilah yang kita tunjukkan dalam bajet defisit (belanjakan untuk pembangunan). Mungkin mereka akan mengatakan bahawa kita sudah tidak boleh lagi mentadbir negeri ini dengan baik dan saya sepatutnya tanya mereka soalan yang sama dalam dewan,’’ katanya.

Dr. Zambry berkata, wang yang kerajaan gunakan adalah untuk pembangunan rakyat dan jika dilihat dari aspek pembangunan hampir 50 peratus daripada keseluruhan bajet kali ini adalah untuk tujuan pembangunan.

Mengenai pendidikan, katanya, kerajaan sentiasa memberi fokus kepada pembangunan pendidikan di negeri ini.

Katanya, antara langkah dan usaha yang diambil ialah menyediakan kelas-kelas khas dan tuisyen khas sekolah termasuk murid Cina dan Tamil dan sebagainya.

Belaiu berkata, kerajaan juga memberikan bantuan kepada anak Perak untuk melanjutkan pelajaran dengan menambah peruntukan daripada RM8 juta kepada RM10 juta.

“Ini kerana kita mahu melihat bahawa pendidikan itu mesti menjadi teras kepada pembangunan di Perak sebab itu peruntukan kita semakin bertambah,’’ katanya.

http://www.peraknews.com/v3/pembangkang-akan-jaja-isu-bajet-defisit-dr-zambry/

No comments: