Sunday, November 27, 2011

BUDGET 2012 PERAK STATE - 4

PENGURANGAN MISKIN TEGAR DI PERAK TELAH MELEBIH TARGET,,,, TAHNIAH KERAJAAN NEGERI PERAK

Program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan kerajaan negeri sudah mencapai tahap 70 peratus penyelesaian sekaligus melepasi sasaran yang ditetapkan kerajaan negeri, kata Exco Infrastrukur, Utiliti dan Kemudahan Awam Datuk Ramly Zahari.

Katanya dengan tahap pencapaian itu, matlamat kerajaan negeri untuk mencapai setinggan sifar pada tahun depan mampu direalisasikan.

Katanya melalui usaha pembasmian itu sejumlah 9,994 setinggan berjaya ditempatkan melalui rancangan penempatan kampung tersusun dan secara in-situ.

Katanya selain usaha yang dilakukan kerajaan negeri, pembasmian kemiskinan itu termasuklah pembinaan rumah kos rendah dan program bantuan rumah yang dilaksanakan kerajaan Pusat.

“Kita berazam untuk membuat yang terbaik dengan melibatkan semua pihak termasuklah pihak swasta dan kita yakin matlamat setinggan sifar 2012 dapat dicapai,” katanya ketika menjawab soalan Dr Idham Lim Abdullah (PAS-Titi Serong) mengenai status program penyelesaian setinggan di negeri Perak pada hari kedua Sidang DUN hari ini.

Mengulas lanjut, Ramly berkata, mengikut pecahan setinggan, Daerah Manjung mencatat bilangan setinggan tertinggi iaitu 1,199; Kinta (1,197); Kampar (1,003); Larut Matang Selama (595); Batang Padang (518); Hulu Perak (333); Kerian (338); Kuala Kangsar (86); Seri Iskandar (15) dan Hilir Perak (4).

Daripada jumlah itu, 2,453 adalah setinggan Melayu, 862 (Cina), 791 (India) dan 182 lagi adalah katogeri lain-lain.

http://www.peraknews.com/v3/pembasmian-kemiskinan-capai-70-peratus-penyelesaian/

No comments: