Sunday, November 27, 2011

BUDGET 2012 PERAK STATE - 9

SEPERTI BIASA... DEPA CLAIM DEPA YG BUAT

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir membidas wakil Pas kerana mendakwa tanah seluas 45 ekar di Pengkalan Hulu untuk tapak Maahad Tahfiz, diluluskan semasa pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat.

Katanya, pemberian tanah itu sebenarnya dibuat pada zaman mantan Menteri Besar Perak, Tan Sri Mohamad Tajol Rosli Ghazali yang juga merupakan ADUN Pengkalan Hulu dan bukan dizaman Pakatan Rakyat seperti yang didakwa oleh ketua pembangkang Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yang juga ADUN Pasir Panjang (Pas).

“Saya sendiri pergi ke Pondok Pak Teh di Pengkalan Hulu semasa menyerahkan dokumen pemberian tanah seluas 45 ekar itu dan jika arwah masih hidup, arwah boleh mengesahkan perkara ini.

“Kalau wakil Pas tidak percaya beliau boleh bertanya kepada ADUN Pengkalan Hulu, Tan Sri Mohamad Tajol Rosli kerana ia berlaku dizamannya semasa menjadi Menteri Besar Perak,’’ katanya kepada Sidang Dewan hari ini.

Nizar ketika mengemukakan soalan tambahan mendakwa tanah itu diluluskan ketika pemerintahan Pakatan Rakyat.

http://www.peraknews.com/v3/isu-tanah-maahad-tahfiz-di-pengkalan-hulu-mb-bidas-pas/

No comments: