Tuesday, February 26, 2013

BENARKAH PERNAH ADA DEMONSTRASI OLEH SAHABAT NABI?

Soalan: Ustaz, tolong komen : Sejarah Islam buktikan; Asma' bt Abu Bakar pernah kumpulkan sekelompok wanita menghadap Rasulullah shallallahu alaihi wasallam untuk menuntut beberapa hak yang dimonopoli lelaki antaranya untuk turut sama berjihad. Rasulullah shallallahu alaihi wasallam terima dan tidak marah dengan perkumpulan secara aman tersebut. Malah tiada ayat diturunkan bagi menghalang perhimpunan sedemikian.

Jawapan Ustaz Fathul Bari: Subhanallah, mereka pergi dengan kumpulan yang kecil untuk bertanyakan tentang hak. Ia BUKAN DEMONSTRASI sama sekali atas beberapa sebab:

1. mereka bukan melakukan perarakan.

2. mereka tidak berkumpul di tempat tertentu,sebaliknya langsung bertemu dengan Nabi.
3. kehadiran mereka secara berkumpulan diterima nabi.

4. Tiada di sana unsur-unsur maksiat seperti:

a. Mengakibatkan kesesakan jalan. sedang Islam menuntut agar hak2 jalan itu diberikan. Seperti: Menjaga mata, menahan diri dari melakukan kerosakan dan lain-lain.

b. Caci maki. Hal ini jelas sukar dikawal. Sedang Islam menuntut kita menjaga lisan sebagaimana Sabda Nabi shallallahu alaihi wasallam tentang Islam terbaik adalah orang Islam yang menyelamatkan saudaranya dari keburukan lisan dan tangannya (riwayat al-Bukhari)

c. Mendidik manusia agar tidak adil dalam menghukum. Sedang Islam menuntut agar adil dalam menghukum seseorang.

d. Mengumpat.

e. Bercampur lelaki dan perempuan.

f. Pembaziran masa, tenaga dan harta benda.

g. Kemarahan didahulukan sedang Islam menganjur kepada kesabaran.

h. Melanggar hak asasi manusia.

i. Melanggar hak2 pemerintah.

j. Menimbulkan huru-hara sedang Islam sentiasa inginkan keamanan.

k. Menyebabkan kekotoran sedangkan Islam mencintai kebersihan.

l. Menyebabkan ketidakstabilan ekonomi dan kerugian.

m. Mendedahkan diri kepada kemudaratan spt kecederaan dan sebagainya sedang Islam melarang dari mencampakkan diri ke dalam kebinasaan.

n. Terdedah kpd sum'ah (khabar angin) yang tidak baik tentang negara kita di luar menyebabkan golongan kuffar akan mengambil kesempatan.

o. Dikepalai oleh si Kafir yang jelas membenci hukum Islam.bersama2 dengannya akan menguatkan lagi kedudukannya. Sedang Islam perintah agar kita berkasih sayang sesama Islam.

p. Memaki pemerintah sedang Islam melarang kita hina pemerintah.

q. Hawa nafsu didahulukan agama diketepikan.

e. Membongkar keaiban pemerintah di mana ia adalah ciri-ciri khawarij yang dilaknat.

s. Berhimpun untuk menuntut kepentingan diri bukan kepentingan agama.

t. Namimah iaitu melaga2kan sesama manusia dengan menanam kebencian rakyat kepada pemerintah.

u. Mengajar manusia sombong dan bongkak.

v. Menanamkan semangat pemberontakan sedangkan Islam menuntut agar wujud di sana Islah dan perdamaian.

w. Mendidik masyarakat agar terus beriman dengan demokrasi sedangkan kita dituntut menjunjung Al-Quran dan Al-Sunnah sesuai dengan petunjuk salaf melebihi segala-galanya. Keberadaan kita dalam sistem ini, bukanlah bererti kita wajib menerima semua. Sebaliknya kita wajib berusaha sedaya mampu untuk mempromosikan Islam melebihi demokrasi.

x. Menjadikan manusia saling tuduh menuduh tanpa bukti dan asas yang kukuh.

y. Hilang sikap hormat menghormati antara satu dengan yang lain.

z. Menyebabkan manusia muflis di akhirat (sila rujuk hadis muflis) kerana melanggar hak2 manusia.

Dan banyak lagi bukti kemaksiatan DEMONSTRASI. Dengan kehendak Allah, huruf-huruf roman dah habis, jika ada lagi, saya akan terus senaraikan keburukan demonstrasi secara khusus bagi umat Islam. 

Tinggalkan ketaksuban kepada mana-mana parti kelompok atau apa saja ideologi. Mari kita kembali kepada Islam yang murni lagi rahmah untuk ummah. 

Soalan saya kepada sesiapa yang berhujah dengan hadis ini: adakah perempuan di zaman Nabi terlibat dengan maksiat di atas? Jika tidak, jangan libatkan mereka dengan maksiat kalian. Dan jawapannya sudah tentu TIDAK!.

SIAPA TIPU SIAPA - TUN MAHATHIR


1.         Nik Aziz dilapor telah menjelaskan kenapa PAS tidak boleh bersama UMNO dalam usaha untuk menyatupadu orang Melayu. Katanya PAS telah ditipu oleh UMNO semasa PAS berada dalam Barisan Nasional. Bagaimana UMNO menipu PAS tidak dijelaskan dengan terang.

2.         Saya berada sebagai menteri dalam kabinet Tun Hussein di waktu mana PAS keluar dari Barisan Nasional. Saya juga ada dalam kabinet Tun Razak bersama Dato Asri Muda dan Hassan Adli semasa PAS menyertai Barisan Nasional.

3.         Dato Asri diberi jawatan Menteri Tanah dan Galian. Ini bermakna dia bertanggung jawab terhadap FELDA.

4.         Setelah beberapa bulan PAS berada dalam Barisan Nasional ahli-ahli UMNO Johor membuat komplen kepada Tun Razak dalam majlis makan malam dikediaman Tun sempena mesyuarat agong UMNO bahawa Dato Asri giat mempromosikan PAS di kalangan peserta FELDA. Saya berada di sisi Tun pada ketika itu.

5.         Secara kebetulan hampir semua peserta FELDA terdiri daripada penyokong kuat UMNO. Selepas Dato Asri bertanggungjawab keatas FELDA, hampir semua peserta FELDA menjadi penyokong kuat PAS dan menolak UMNO.

6.         Ahli-ahli UMNO di seluruh negara berpendapat bahawa penyertaan PAS dalam Barisan Nasional tidak menolong Barisan Nasional. Ia hanya untuk memberi peluang kepada PAS mengembangkan pengaruh di kalangan ahli UMNO dan orang Melayu.

7.         Di waktu itu timbul sengketa antara Dato Asri sebagai ketua PAS dengan Dato Mohd Nasir yang sebagai Menteri Besar untuk ganti Dato Asri. Dato Mohd Nasir mendakwa dia telah kesan banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Dato Asri semasa dia menjadi Menteri Besar Kelantan.

8.         Dato Asri cuba menyingkir Dato Mohd Nasir melalui undi tidak percaya. Walaupun kalah Dato Mohd Nasir enggan meletak jawatan.

9.         Ramai ahli PAS memihak kepada Dato Mohd Nasir. Mereka mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran menentang Dato Asri.

10.       Kerana PAS berpecah Kerajaan Barisan Nasional Kelantan tidak dapat berfungsi. Darurat terpaksa diisytihar dan seorang pegawai kanan dilantik untuk memangku jawatan Ketua Pentadbir Kelantan.

11.       Pada Mac 1978, pilihanraya peringkat negeri diadakan di Kelantan. Dato Mohd Nasir menubuh parti Berjasa yang bertanding melawan PAS. Sokongan kepada Berjasa begitu kuat sehingga ia memenangi 11 kerusi. PAS memenangi hanya 2 kerusi.

12.       Perpecahan dalam PAS bukan kerana UMNO tetapi kerana Dato Mohd Nasir mencabar kepimpinan Dato Asri. Kekalahan PAS menyebabkan PAS keluar dari Barisan Nasional. Tidak ada penipuan oleh UMNO.

13.       Walau apapun yang terjadi dahulu, jika seruan dibuat supaya berdamai orang Islam disuruh oleh agama Islam supaya menyambut seruan kedamaian dari musuh. Orang Islam disuruh bersatupadu, menganggap semua orang Islam sebagai saudara. Penolakan perpaduan sesama orang Islam tidak menepati ajaran Islam. Janganlah orang Islam menolak usaha menyatupadu untuk memperkuatkan orang Islam dengan membuat tuduhan yang tidak berasas.

Monday, February 25, 2013

HOCK GUAN RUES 1969 DAP WIN - kaitan DAP dengan peristiwa 13 Mei


rujuk : http://www.nst.com.my/nation/general/hock-guan-rues-1969-dap-win-1.223428


SAD: 'Tragic riots could have been averted'

KUALA LUMPUR: A FOUNDER of the DAP regrets leading the party to unexpected victory in 13 parliamentary seats and, among others, a sizable number of state seats in Selangor in the 1969 general election as this may have indirectly contributed to the May 13 incident.

Goh Hock Guan, the man who gave the party its name and designed its "rocket" symbol, wished in retrospect that the DAP victory had been smaller as this might have possibly averted the "national tragedy".

"There is a very, very, big connection between the DAP (opposition) victory and May 13. I wish I had entered fewer DAP candidates in the elections as this may have possibly prevented the riots," he said in an interview.

The then secretary-general of the party said the eventual electoral stalemate in Selangor, where the opposition led by the DAP and the Alliance had almost the same number of seats each, might have been one of the factors that contributed to the disturbance.

"The stalemate meant that a state government could not have been formed in Selangor. It was too much of a victory for the opposition for some people to handle," Goh said, taking pains not to directly blame the DAP for the riots.

Goh had won in the then Bungsar parliamentary constituency by beating the Alliance's (MCA's) Lew Sip Hon in the 1969 general election.

The 78-year-old architect and town planner felt that he should have given the body politic of the Alliance more time to come to terms with the possibility of a large opposition win in 1969.

"I remember Tun Abdul Razak telling me in 1974 that I had effectively destroyed the Alliance (by defeating, among others, the MCA candidates in 1969)," he said, adding that the second prime minister had asked him then to join forces with the Barisan Nasional to rebuild the country.

Goh, who left the DAP in 1974 to join Gerakan, said he had envisaged the DAP as a multiracial party open to all to take a young Malaysia forward.

"The four boosters of the rocket were to be the Malays, Chinese, Indians and the people of Sabah and Sarawak. It's a shame that the DAP now is a party of Chinese and Indians," the owner of internationally-acclaimed architectural firm Goh Hock Guan and Associates said.

Goh said the DAP (without substantial Malay support today) represented the anti-thesis of the BN which had a multiracial character.

On Datuk Seri Najib Razak, he said the prime minister was following his father's footsteps in garnering the support of all the races in taking the nation forward.
"I hope he will continue with the momentum and tempo of his broad-based policies to look after the interests of all Malaysians."

On DAP's electoral pact with Pas, he said he had always found it difficult to reconcile his personal politics of multiracialism with the Islamic party's religious objectives.

"This is the trouble in the pact between the DAP and Pas. The DAP will be helping Pas win (all). This is the truth. It will be a pyrrhic victory for the DAP."
On his falling out with DAP adviser and former party secretary-general Lim Kit Siang "who was closer to me than my brother" at one point, he said victory in the 1969 general election had an unexpected effect on the latter and a few other members of parliament.
"I had it out with Kit Siang. This was because before I knew what had happened, the man who had been driving an old Fiat car which I bought for 500 dollars had bought a Mercedes Benz.

"I criticised him and others for this at a central executive committee meeting. They did not like it."’

This and his contrary stand with the party on the "ownership" of the Straits of Malacca, which he insisted should be an international waterway, put paid to his continued presence in the party.

Goh said another reason why he left was his unhappiness over the way in which the DAP had wanted him "to bankroll its branches as I was a successful architect even then".



RENCANA SULIT YAHUDI MELALUI NEGARA JIRAN



CREDIT TO KELAB CHE DET


What you don’t Know will hurt You

(kisah ini hasil perbualan dengan seorang yang bertaraf Doktor, tetapi bukan doktor perubatan dan juga seorang yang selalu mengkaji tentang Freemason yang sempat kami temui di satu seminar) Kami rumuskan dan singkat kan. Semua nya bermula dari ayat ini dari kitab lama - Genesis.


But unto the sons of the concubines, which Abraham had, Abraham gave gifts, and sent them away from Isaac his son, while he yet lived, eastward, unto the east country.
East - negara timur.

Ketika Nabi Musa as membelah laut menguna kan tongkat nya, laut itu terbelah tetapi ada 12 lorongan untuk setiap puak yahudi.Lalu mereka melintas ikut lorongan masing masing.Malah ketika sampai dengan selamat dan mereka membuat perkampungan , juga ada 12 perigi untuk setiap puak.

Ketika terbentuk negara Israel, 10 puak telah di panggil pulang termasuk yang ada di Soviet Union, Iran, England dan merata rata di dunia, hanya satu puak sahaja tidak di panggil pulang kerana bertaraf rendah dari kalangan mereka.Maka jumlah kesemua yang di panggil menjadi 10.Satu tidak di jemput, maka menjadi 11.Mana pergi lagi satu puak? Jawap nya tidak dapat di kesan.

Kenapa negara jiran amat ambil berat terhadap negara kita? Saya bertanya, lalu Dr menjawap negara jiran bukan mewakili diri nya tetapi mewakili Yahudi , mereka hanya proxy yang memilki kepentingan yang sama. Lihat sahaja lah projek Lynas dan puak yang anti Lynas di biayai negara jiran dan di penuhi oleh orang cina, dan melayu nya hanya badut badut yang ikut kata ketua yang jahil.

Mereka juga berjaya membarai kan ISA negara Melayu menguna kan parti proxy mereka kerana menguna kan peguam dan hakim yang condong kepada mereka lebih mudah dari penangkapan tanpa perbicaraan walapun penangkapan itu perlu menguna kan risikan yang lama dan banyak tipu helah.

Mereka jika boleh mahu setiap kes di bawa ke mahkamah lalu pegawai Polis dan anggota SB terpaksa hurai kan cara mereka menyamar dan membuat risikan , bogel kan cara operasi Polis biar semua orang tahu rahsia Polis Malaysia.Tetapi amat jahat apabila ISA mereka sendiri tidak di usik oleh parti di negara kita ini.Erti kata ISA kita dia musnah kan, tapi ISA mereka intact dan kekal.Siapa yang mereka ambil dari rumah malam tadi siapa pun tidak tahu kerana di sana tiada suara Keadilan, Harakah atau SUARAM, jika ada yang di bunuh secara senyap dan esok nya di kabar kan mati kena kejutan eletrik, maka semua nya percaya belaka. 

Lihat juga cara mereka kacau AES dan pelbagai kerana apa yang negara mereka tidak boleh buat mereka mahu buat nya di sini, bebas langgar had laju dan sebagai nya, oleh sebab pembangkang kita dalam keadaan parah berlawan dengan parti yang banyak jasa, dan , mereka pula perintah 4 negeri tanpa jasa, maka kena lah lawan dengan benda benda sebegini.

Mereka tidak boleh laku kan apa yang BN laku kan kerana ada sebuah parti dari kalangan mereka yang amat anti kepada kebajikan jika kebajikan itu penerima nya majoriti Islam.

Doktor sambung lagi, pihak Yahudi juga membaca apa yang kita baca, malah bacaan mereka lebih mendalam dari segala ulama politik yang ada di dalam Malaysia.
Yahudi tidak akan datang dengan watak sendiri atau pun watak asal kerana menyedari umat Islam tidak menyukai mereka.Maka Yahudi menguna kan proxy dari kaum itu sendiri.Misal nya mereka menguna kan Tsvangisrai orang Afrika untuk Afrika, atau pun di Malaysia watak yang paling terkenal seperti orang “itu” yang kini sangat di bantu untuk menjadi pemimpin negara ini.

Yahudi juga mengetahui amat sukar untuk menawan negara ini yang mereka sudah kenal pasti sebagai tempat “yang di maksudkan” tempat kebangkitan.Yahudi mahu tanam kan sifat memuja arab dan negara arab sebagai logo suci dan Islam kerana ia lebih mudah mengeliru kan,Maka jika ada rakyat Malaysia menjadi arab , itu satu kejayaan Yahudi biar rupa bentuk dan pakaian arab asal kan tidak berjiwa Islam.Lebih kurang begitu .10 negara arab tidak boleh lawan 1 negara Yahudi kerana sudah di tanam proxy Yahudi.

Mengikut kajian Yahudi “puak” yang di maksud kan akan mewakili puak yang bakal melawan Yahudi di akhir zaman ada lah datang dari sebelah sini.Dan bukan dari puak yang ada di timur tengah.tetapi ketua nya sahaja bakal lahir dari sana.
Jadi rantau ini harus di pantau terutama nya bumi melayu
Jika dahulu kala , orang melayu amat taat dan setia kepada sultan dan raja, maka Brittish yang juga berperut Yahudi hanya perlu mencengkam Sultan dan raja Melayu dan cukup lah dengan itu mereka dapat menguasai orang melayu Islam ini.Tetapi kaedah nya sudah bertukar, jika yahudi dapat mencengkam orang bergelar ulama ,tidak kira lah ulama palsu atau betul, maka umat Islam akan berdiri setia bersama ulama yang sudah di cengkam ini.

Maka atas kesedaran ini Yahudi mengenal pasti ada 2 pihak Islam yang terbesar di Malaysia ini.Satu UMNO dan PAS.Mustahil boleh lawan kedua dua nya sekali.

Jadi apa cara nya? Lalu kaedah menawan satu puak (PAS) untuk lawan kan dengan puak lagi satu (UMNO).Maka DAP telah di arah untuk menawan PAS dan PAS di arah untuk melawan apa sahaja yang di buat oleh UMNO secara membabi buta tidak kira lah jika yang di buat oleh UMNO itu menguntung kan PAS juga.Kini kita boleh lihat hasil nya PAS telah mengugur kan semua nya dari Hudud , negara Islam malah sudah hampir menyerah nama Tuhan nya,sambil DAP pula tidak perlu serah sehelai bulu roma pun.Itu kejayaan awal untuk puak yahudi.

Mereka senang menunggang PAS kerana ulama nya terdiri dari ulama yang bukan dari jenis pembacaan nya luas selain ulama haram dan halal sahaja.Merka tidak arif geo politik Islam dengan peredaran dunia serta gerakan freemason dan iluminati.
.
Musuh berbahasa Inggeris sedang ulama bebahasa melayu tentu sukar mengesan musuh yang sedang merangkak ini.Amat mudah untuk pedaya umat Islam dengan logo agama dan tambahan pula UMNO berbaju sekular walau pun tindak tanduk UMNO lebih Islamik dari yang berbaju Agama.

Yahudi juga percaya apabila kedatangan Isa as. atau pun Imam Mahdi nanti , mereka akan menghadapi krisis kepercayaan , malah mereka amat sukar di pecayai sehingga apabila bersumpah nabi Isa dan Imam Mahdi pun akan di ragui.

Yahudi sudah menanam kan sifat tidak percaya kepada orang yang bersumpah guna nama Allah seawal sekarang.Sehingga sumpah kebenaran di ejek dan di caci.Ini ada lah latihan awal puak Dajal melalui yahudi supaya nanti jika bersumpah menguna kan nama Allah pun umat akhir zaman sudah di didik tidak mempercayai nya malah mengejek nya pula wal hal ia bukan terkategori orang suka main main sumpah tetapi sumpah untuk kebenaran.Untuk kebenaran pun di kategori kan sebagai main main sumpah, sudah tidak dapat membeza kan nya hasil didikan Yahudi kepada proxy nya.

Jadi apa kan perancangan jiran kepada negara kita? Mereka mahu negara ini menjadi negara yang tunduk di bawah panji Yahudi.Awal awal lagi mereka sudah tanam sifat dan ideoloji, dari UMNO baik PAS atau pun dari UMNo baik DAP , malah orang bukan Islam menyamar sebagai melayu membuat pelbagai singkatan acnym Asal Bukan UMNO dan pelbagai suaya membenci parti yang sebenar nya pertahan kan islam.
Mereka berjaya membodoh kan umat islam dengan kata kata yang mudah seperti UMNO Tolak islam dan UMNO tolak Hudud dengan menyokong pihak yang sama menolak Islam dan Hudud ia itu parti yang ada dlam kelompok mereka.Mereka umpama benci bau busuk tetapi memeluk cium bau busuk dari kalangan mereka. Begitu mudah di tipu hidup hidup.

Malah kejahilan lebih terserlah apabila puak yang mereka sokong ini juga ada lah juara LBGT ., Pluralism dan Liberalsm habis semua Islam mereka terhapus dengan menyokong dan memeluk puak ini.tetapi akibat kejayaan memesong kan akidah dan puja logo, maka umat Islam terus terpedaya tambahan di sogok dengan kebencian sedalam dalam lalu apa sahaja yang bukan dari puak mereka akan di tolak, walau pun kebenaran.

Negara jiran tidak boleh survive dengan sendiri dalam masa 20 tahun lagi , mereka ada banyak wang tetapi tiada tanah.Mereka mahu tanah tetapi mahu menguasai pemilik tanah itu juga.Negara yang di kenal pasti akan lahir kan umat keturunan Qeturah ini yang bakal menjadi musuh yahudi harus di tawan, jadi negara Jiran berkongsi minat dengan yahudi untuk menawan negara ini.

Negara ini memilki primary dan secondary, selain kewangan juga hasil bumi, sedang kan negara jiran Cuma ada secondary sahaja , perniagaan kewangan tanpa hasil bumi.Jadi keperluan menawan negara ini menjadi priority.

Apa kah yang di ketahui oleh ulama dari parti PAS tentang ini? Saya bertanya Jawap Dokor “Nil” they have no knowledge on this matter kata doktor” tambah lagi “all they know is how to hate UMNO”.Malah mereka tidak tahu pun siapa yahudi moden dan proxy nya dan turut menjadi pembantu yahudi melalui proxy nya.Merka dekat dengan Quran dan ayat “ya bani Israel” yang di ulang banyak kali tetapi mereka gagal mengenali siapa bani Israel moden dan proxy nya. Dan bagaimana pula dengan UMNO pemimpin nya tahu kah hal ini? “erm some of them do know but they arent the highest ranking, but our former prime minister Tun does know all this” kata nya.

Jambatan bengkok ada lah salah satu strategi untuk melambat kan hasrat Singapura. Kamu tahu kah kereta kebal mereka agak sukar mahu naik jambatan bengkok itu jika ia terhasil? Kerana main battle tank mereka agak berat untuk mendaki nya dan makan masa lama.tetapi mereka berjaya membatal kan nya menguna kan proxy dari dalam negara kita. Singapura memilki niat mahu menawan Johor Baru dalam masa 30 minit. Ploy mereka ada lah mahu supaya Malaysia tertumpu untuk menawan kembai JB dan tidak menyerang Singapura bila berperang.Apa tujaun nya Singapura membeli kereta Tank Offensive jika jiran b ertanah nya hanya Malaysia? Kerana mereka menyimpan satu niat sulit.Malah Singapura juga menyimpan berpuluh jet pejuang nya di negara lain terutama nya Taiwan , supaya jika lapangan terbang nya di serang mereka mampu menyerang dari sana.

Tetapi Singapura berjaya menguna kan segala barua yang ada di dalam negara kita untuk membongkar kan kekuatan tentera kita , dari soal kapal selam, helikopter dan bajet ketenteraan, malah kesiapsiagaan tentera menjadi bualan awam dan parlimen sedang kan rahsia ketenteraan kerajaan cina PAP amat di jaga sehinga memilki AWAC pun kita tidak tahu.

Kita memiliki tentera yang hebat terutama nya komando kita , mereka pernah membuat kerja sulit yang amat unik malah salah seorang bekas general kita ada lah dari pasukan Gerak Khas dan dia pernah menjadi anggota membuat kerja sulit merampas sesuatu dari Sulu satu masa dahulu.

Perbualan amat panjang dari selepas solat Isyak sehinga mencecah pukul 3 pagi, tetapi cukup sekadar ini buat masa ini untuk renungan sesama kita.Yang penting nya ia lah yahhudi sedang mencari puak mereka yang hilang yang bakal ujud menentang mereka , kerana puak ini membawa kebenaran. ”there have many kings and palaces and they will elect one pamos and gives him divine name”

Negara mana kah yang ramai raja? Dan ketua raja nya bernama mulia? DYMM ?

Sunday, February 24, 2013

ISU AIR NEGARA

CREDIT TO UNCLE FUAD OMAR


Apa itu Syabas yg diserang bertubi2 oleh Kerajaan Negeri Selangor..

PENUBUHAN
Syabas di tubuhkan pada 8 hb July 1996, tetapi mula beroperasi pada 1 hb Jan 2006.

TUJUAN PENUBUHAN
Syabas di tubuhkan untuk mengambil alih operasi & penyelenggaraan sistem agihan bekalan air di Selangor dan WP KL dan Putrajaya drpd Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS) yg ketika itu menghadapi masaalah kewangan, pengurusan yg tidak cekap & kurang keupayaan dari segi menyediakan perkhidmatan yg mencapai tahap piawaian industri untuk memenuhi keperluan air yg meningkat khusus nya kepada sektor komersial & industri di WP KL, Putrahaya & Selangor.

Ini kerana KL & WP KL saja menyumbang kpd hampir 40% GDP drpd keseluruhan GDP Msia dan keadaan ini meletakan perkhidmatan bekalan air sbg infrastruktur yg terpenting utk memacu pertumbuhan ekonomi di Selangor & WP KL & Putrajaya.

Kedudukan kewangan PUAS sblm diambil alih oleh Syabas.
Sebelum PUAS diambil alih oleh Syabas, PUAS terhutang RM 2.4 B kpd semua Syarikat Konsesi Operasi Rawatan Air (Puncak Niaga, Splash, Abas dan Sg Harmoni). Hutang ini diambil alih oleh Syabas, tetapi ditanggung sepenuhnya oleh pemegang saham utama Syabas i.e Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB)

PEMEGANG UTAMA SAHAM SYABAS
Syabas dgn modal berbayar RM71,550,001.00, pihak Kerajaan Negeri Selangor mempunyai saham 30% melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad & Kumpulan Perangsang Berhad, manakala 70% dimiliki oleh PNHB manakala Kerajaan Pusat pula hanya mempunyai RM 1 "Golden Share" utk memastikan Syabas sentiasa berdaya maju dan tidak akan menghadapi masaalah kewangan demi memberi perkhidmatan yg berterusan & cekap.

TUJUAN STRUKTUR PEMILIKAN SAHAM SYABAS
Tujuan utama struktur pemilikan saham Syabas adalah seperti berikut

1 - Dgn 30% kepentingan, Syabas merupakan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negei Selangor dan ini selaras dgn Akta Perkhidmatan Industri Air yg diluluskan setahun selepas Syabas beroperasi. Ini kerana pada masa itu kajian terperinci sedang oleh KTAK sedang di peringkat terakhir utk mentransformasikan sistem bekalan air & kumbahan negara.
2 - Juga selaras dgn Jadual 9. Perlembagaan Msia yg di pinda dimana bekalan air merupakan senarai bersama (sblm itu ianya merupakan Senarai Negeri).
3 - PNHB yg merupakan rakan kongsi dlm Syabas adalah utk mempermudahkan urusan kewangan & pinjaman, kerana dlm Jadual 9, urusan pinjaman adalah bidang kuasa Kerajaan Pusat.
4 - Disebabkan sistem bekalan air memerlukan perbelanjaan modal yg tinggi terutamanya pembangunan sumber air (ampangan & takungan) dan juga loji rawatan air serta sistem agihan, Kerajaan Pusat mengambil keputusan utk memegang RM 1 Golden Share sebagaimana Syarikat Berkaitan Kerajaan lain yg strategik i.e TNB, MAS, PMB, TM dll. Ini utk memastikan "kredibiliti" utk meminjam drpd sumber swasta atau pun pinjaman mudah drpd Kerajaan Pusat sendiri.

Secara ringkas nya struktur pemilikan saham dlm Syabas utk memastikan hak Kerajaan Negeri dlm industri bekalan air terus terjamin disamping mengambil alih bebanan kewangan drpd Kerajaan Negeri oleh Kerajaan Pusat & Swasta utk kepentingan pengguna.

KEDUDUKAN KONSESI SYABAS
Konsesi Syabas selama 30 tahun hanya utk Operasi & Senggaraan.....manakala semua asset bekalan air terus dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Dlm erti kata yg mudah Syabas hanyalah PEMANDU kenderaan yg miliki oleh Kerajaan Negeri.......sudah semestinya setiap kerosakan kereta tersebut ditanggung oleh Tuan Punya kenderaan ia ini Kerajaan Selangor.

Cuma yg bezanya PNHB mengambil risiko mengeluarkan perbelanjaan sendiri utk memastikan Syabas beroperasi dgn sempurna & cekap. Smapai skrg Syabas masih beroperasi di bawah PNHB dimana semua perbelanjaan operasi termasuk gaji semua Lembaga Pengarah & Kakitanhan ditanggung oleh PNHB 100% dan Kerajaan Negeri tidak pernah menyumbang 30% spt yg sepatunya.

Juga segala kemudahan kewangan Syabas di tanggung sepenuhnya oleh PNHB serta di jamin oleh Kerajaan Pusat melalui RM 1 Golden Share.

KAWALSELIA
Diperingkat Pusat kawal selia bekalan air dibawah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) manakala di peringkat Negeri dibawah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)....buat masa skrg cuma SPAN yg mengambil tindakan pro active & reactive bila timbul sebarang masaalah didlam perkhidmatan bekalan air manakala LUAS tidak memainkan sebarang perananan spt yg diharapkan utk kepentingan pengguna.

Selain drpd itu LUAS sbg Agensi Negeri juga berperanan menasihati Kerajaan Negeri mengenai sumber air di negeri Selangor dan juga pengurusan tadahan & sungei supaya sumber air adalah didalam keadaan yg terpelihara di samping mencukupi utk semua keperluan terutama sekali bekalan air & pertanian.

PENUTUP
Oleh itu Kerajaan Negeri Selangor tidak harus menunding jari kpd sesiapa diatas segala permasalahaan yg timbul didalam menyediakan perkhidmatan bekalan air yg sempurna, cekap & mampu dibayar oleh pengguna kerana bidang tugas bekalan air adalah bidang kuasa bersama diantara Kerajaan Pusat & Negeri dan Kerajaan Negeri ada kepentingan didalam Syabas dlm lain2 Operator Loji Rawatan spt Abas, Splash & Sg Harmoni disamping semua aset bekalan air dpunyai oleh Kerajaan Negeri.

http://www.youtube.com/watch?v=Gk-3rpmt-iM

Friday, February 22, 2013

PENCEROBOHAN OLEH TENTERA KESULTANAN SULU






Impak Kemunculan "Sultan-Sultan Sulu" Di Malaysia

Credit to : VAT 69 - Perjuangan Semalam


Penulis tidak akan mengatakan apa-apa tentang kenaikan sultan seperti yang dilapor oleh Sabahkini.net di atas tetapi apa yang penulis mahu ulas ialah situasi semasa apa dan kenapa bermunculannya individu yang melantik diri jadi Sultan Sulu sejak kebelakangan ini terutamanya di Malaysia dan Filipina (Kepulauan Sulu). Kalau pun ia berlaku di Filipina (Selatan) ianya lebih patut dan masih dalam pertimbangan waras berbanding yang dikatakan "Sultan Sulu ditabalkan di Kuala Lumpur atau di Sabah".

Menurut laporan, individu yang melantik dirinya Sultan Sulu atau pun sekurang-kurang sebagai waris TUNGGAL Sultan Sulu (yang menjadi moyangnya) di Malaysia ialah 3 individu setakat ini termasuk cucu Datu Agasi yang membakar bendera Sabah di Lahad Datu tidak lama dulu. Mereka ialah:

Sultan Mudarasullail Kiram (Paijal) yang selalu mengadakan Majlis Penganugerahan Gelaran Datu di Semenanjung Malaysia. Tidak diketahui di mana dan siapa yang menabalkannya. Datu Domek, cucu Datu Agasi dari Lahad Datu. Sultan Shariful Hashim II Pulalun (Datu Akjan) ditabalkan di rumahnya sendiri di Likas, Kota Kinabalu baru-baru ini.

Nampaknya buku Tausug & Kesultanan Sulu yang dicetak dan diedarkan bukan sahaja di Malaysia malah Brunei, Singapura dan Indonesia (versi Bahasa Inggeris pula beredar seluruh dunia) telah menjadi punca keberanian mereka bersuara. Para individu yang berketurunan Datu yang sebelum ini takut mendedah identiti tiba-tiba jadi berani tahap sawan bila terbaca buku Tausug & Kesultanan Sulu tersebut. Apatah lagi mereka lihat buku tersebut selamat beredar di Malaysia tanpa sekatan dari KDN.

Buku tersebut mendapat perhatian kerana maklumat dan kandungannya ditulis oleh anak jati Suluk sendiri sehingga menjadi punca persatuan-persatuan Suluk atau Bajau semakin kuat dan di hargai oleh kerajaan Malaysia kemudiannya. Hal ini juga menjadikan Kementerian Penerangan mula terasa bahang kenaikan Suluk akan menjejaskan kaum-kaum lain pula, maka tidak hairan mengapa RTM menjalankan program menjejak kaum-kaum Pribumi lain untuk dikaji dan ditulis serta didokumentarikan walhal sebelum ini tidak diambil peduli. Ini bermakna kemunculan buku Tausug tersebut menyebabkan kaum-kaum lain juga turut mendapat manfaat. Penulis ucapkan ribuan terima kasih kepada RTM dan kerajaan Malaysia.

Anjakan paradigma yang dihasilkan oleh buku Tausug & Kesultanan Sulu begitu besar sehingga menarik perhatian Universiti Malaysia Sabah (UMS) Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan terakhir ialah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang berjaya menganjurkan seminar keagungan Suluk di Malaysia baru-baru ini (sehingga berjaya mempertemukan Minang & Suluk dari satu keturunan terdekat?). Walau pun pada awalnya buku tersebut tidak diterima oleh orang Suluk sendiri kerana takut dengan tindakan kerajaan Malaysia namun setelah beberapa tahun sambutannya menjadi di luar jangkaan pula. Lebih-lebih lagi setelah ditranslasi ke bahasa Inggeris oleh Sabah Islamic Media SDN BHD yang kemudian diedarkan ke pejabat-pejabat setiap kedutaan luar begara termasuk kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur.

IMPLIKASI
Samada buruk atau baik implikasinya terhadap Malaysia sebenarnya adalah harus berlaku kerana kontroversi Sabah yang mempunyai sejarah yang tidak dapat dipisahkan dari Kesultanan Sulu walau apa pun keadaannya. Perkara ini masih menjadi kebingungan bukan sahaja kepada kerajaan Malaysia dan Filipina malah Indonesia (Brunei dan Singapura sebagai pemerhati?). Keterlibatan Indonesia sangat ketara ketika menyuarakan tuntutannya terhadap Pulau Sipadan dan Ligitan.

Untuk membicarakan implikasi, keterlibatan Indonesia perlu diasingkan. Tumpuan harus hanya antara Filipina dan Malaysia untuk dicari jalan penyelesaiannya. Dalam hal ini penulis lebih suka mengambil sikap "selamat" yang hanya memihak kepada Islam dan kebenarannya. Membela Islam adalah dengan membela kebenaran sekali pun ia bersangkutan dengan kafir kerana orang kafir sendiri mempunyai hak asasi mereka sebagaimana yang diberikan Allah swt. Sebagai contoh Islam melarang merobohkan rumah ibadat mereka dan tidak boleh menghalang mereka melakukan ibadat mengikut cara agama mereka menunjukkan keadilan dan toleransi Islam yang sebenarnya.

Dalam hal ini Malaysia berada di tempat selesa berbanding Filipina kerana Sabah mempunyai perjanjian jelas dibawah Persekutuan Malaysia berbanding Filipina. Kemenangan terhadap Pulau Sipadan beberapa tahun lalu mengalahkan Indonesia menjadi bukti bahawa Malaysia lebih berhak ke atas wilayah Sabah. Kehilangan kerajaan Kesultanan Sulu hari ini menjadikan Filipina sendiri serta Indonesia kehilangan "hak" untuk menuntut wilayah yang mereka rasakan masih dalam wilayah mereka.

Sebenarnya Kesultanan Sulu terhimpit antara dua negara iaitu Malaysia dan Filipina. Ini kerana ketika peperangan MNLF melawan Marcos dulu, Malaysia membantu MNLF manakala Filipina pula memerangi MNLF sehingga hampir 70,000 orang menjadi pelarian di negeri Sabah antara tahun 1972 sehingga 1979. Secara sentimen orang-orang Tausug sebenarnya lebih memihak kepada Malaysia dari segala segi sebagai contoh sebahagian mereka lebih rela berada di dalam kekuasaan pimpinan Islam seperti Malaysia berbanding Filipina yang kafir. Hal ini berlaku kerana tiada seorang pun Tausug yang tinggal di kepulauan Sulu yang tidak mempunyai sanak saudara di Sabah. Mereka tahu kehidupan sanak saudara mereka di Sabah lebih aman dan hidup selesa di samping permintaan tenaga buruh yang tinggi berbanding di Filipina.

Berbalik kepada implikasi, apakah Malaysia terancam dengan kehadiran PATI Tausug dari Sulu? Jawapannya "tidak mengancam" kerana Tausug sangat diperlukan sebagai tenaga buruh dan "kerja-kerja politik" (Bab ni Mutalib MD lebih arif) Malaysia juga tahu bagaimana cara menjinakkan EGO Tausug yang mana Filipina sendiri gagal melakukannya, menjadi kelebihan tersendiri kepada Malaysia. Apakah Malaysia terancam dengan kemunculan beberapa Sultan yang sejak kebelakangan ini bermunculan seperti cendawan tumbuh selepas hujan di Sabah?

Beberapa sahabat Sabahan yang penulis tanya mereka beranggapan ianya tidak mengancam langsung ke atas kedaulatan mana-mana wilayah Malaysia, tinggal lagi sedikit sebanyak akan menjejaskan reputasi politik pemerintah. Kegagalan menghentikan pengaku Sultan Sulu yang bukan sahaja berkeliaran keluar masuk sewenang-wenang malah ditabal pula jadi Sultan di kawasan Negeri Sabah Malaysia, siap dengan liputan Media Massa serta boleh pula memberi anugerah pangkat Datu, Panglima dan sebagainya, menjadikan rakyat tempatan bertanya-tanya kehairanan "mampukah negara kita menjaga kedaulatannya?".

POLIS KENAL PASTI KUMPULAN FILIPINA MENDARAT DI PERSISIR PANTAI LAHAD DATU

Kota Kinabalu, 14 Feb - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di persisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina. Beliau berkata kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.

"Kita telah hantar pasukan untuk berunding dengan mereka dan perbincangan berjalan baik dan kita beritahu mereka bahawa mereka kena tinggal (Sabah) secara baik dan kita tidak mahu apa-apa keadaan yang boleh menggugatkan keselamatan rakyat di negeri ini," katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini hari ini.

Ismail berkata kumpulan itu yang kini berada di Kampung Tandau, Labian di Lahad Datu memberi jaminan akan meninggalkan tempat itu (Sabah) secepat mungkin dengan syarat tuntutan mereka dipenuhi. Beliau berharap anggota kumpulan berkenaan akan meninggalkan negeri ini secepat mungkin dan menegaskan tuntutan seharusnya dibuat secara diplomatik, bukan secara mengejut seperti yang dilakukan itu.

"Kita lihat perbincangan dalam keadaan terkawal dan pasukan keselamatan telah mengambil tindakan awal dengan mengepung kampung itu sejak semalam dan saya percaya perkara ini dapat diselesaikan secara baik dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata pihaknya mengganggarkan kumpulan itu melebihi 100 orang dan tidak menolak kemungkinan mereka bersenjata, namun demikian polis mengambil pendekatan 'berhati-hati' bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
"Setakat ini keadaan tidak tegang dan mereka kelihatan berkelakuan baik. Kita percaya kumpulan itu mempunyai sahabat di kampung itu tetapi tidak mempunyai rumah di situ. Mereka pergi duduk di surau dan menumpang rumah-rumah
di kampung," katanya sambil menambah kumpulan itu tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana kumpulan militan di Filipina.

Pada peringkat ini, katanya, rundingan sedang berjalan dan beliau menasihati penduduk di sekitar Lahad Datu supaya tidak percaya pada khabar angin. Beliau turut memberi jaminan bahawa keadaan adalah baik serta selamat dan
polis Sabah akan melakukan yang terbaik untuk menangani kemelut itu segera. Katanya kumpulan itu difahamkan menggunakan bot pancung dan pihaknya akan menyiasat bagaimana mereka berjaya memasuki negara ini. - BERNAMA

FAKTA MENGEJUTKAN ISU SABAH
credit to page Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, telah menafikan laporan bahawa pengikut-pengikut Kesultanan Sulu di Lahad Datu dijemput oleh pakatannya. Tetapi saya agak curiga kenapa beliau enggan memberi sebarang ulasan dan yang menariknya, saya ada artikel dari Manila Times yang mengaitkan Ketua Pembangkang Malaysia sendiri dengan isu ini. Sebelum itu, biar saya jelaskan yang Manila Times ini bukan perkakas UMNO. 

Sedikit sebanyak tentang penceroboh-penceroboh ini: mereka merupakan ahli-ahli Kesultanan Sulu dan Borneo Utara; tergolong dalam Moro National Liberation Front (MNLF), dan mereka juga bersenjata dan sangat aktif dalam kempen mereka untuk mengambil semula kepulauan Malaysia yang mengandungi banyak minyak untuk menjadikan Wilayah Kesultanan mereka.

Apa yang saya faham, Sabah memang wilayah Filipina, tetapi kerajaan Filipina telahpun membenarkan Sabah dijadikan sebahagian daripada Pesekutuan Malaysia dengan bayaran RM5,300 setiap tahun. Menurut Manila Times lagi, pencerobohan tersebut bertujuan untuk memulakan sebuah konflik antara Malaysia-Filipina. 

Pada masa yang sama, saya juga telah mendapat laporan wartawan Mindanao, Al Jacinto, yang telah member pengesahan bahawa pihak berkuasa Malaysia dan Filipina sedang menguruskan dengan baiknya. Kita mendapat bukti-bukti kukuh yang kedua-dua negara sedang bekerja secara harmoni untuk menyelesaikan kemelut ini agar tiada apa-apa ketegangan dalam hubungan diplomatic supaya dapat merealisasikan Komuniti Ekonomi Asia pada tahun 2015, dimana ekonomi kedua-dua negara ini akan diintegrasikan menjadi sebuah pasaran tunggal dan asas kepada segala pengeluaran.

Jadi di mana silapnya? Jacinto juga tambah, “pencerobohan tersebut berlaku sebaik sahaja Mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua umum Pakatan Rakyat, member cadangan untuk Sabah diberi kedaulatan autonominya sendiri.” Menurut Jacinto lagi, "Sultan Muhammad Fuad Kiram Pertama, Sultan Sulu dan Sultan Sabah, berkata yang Malaysia telah mengambil Sabah secara haram kerana Sabah masih lagi hak milik dan kedaulatan Sultan Sulu dan Kerajaan Kesultanan Sulu." Dan Jacinto tambah, "Kesultanan ini menyokong Sabah yang bebas dan merdeka dibawah kepimpinan mereka (Kesultanan Sulu) dan turun-temurun mereka mengikut undang-undang warisan Sultan Sabah."

Kita sudahpun mendapat maklumat lengkap yang Tian Chua dan R. Sivarasa berlepas ke Manila pada 8.00 malam 7 Febuari dan kembali pada 10.30pagi 9 Febuari, atas tujuan untuk bertemu dengan pihak berkuasa Filipina dan mangsa yang kononnya ditipu oleh Manuel Karingal Amalilio, saudara kepada Ketua Menteri Sabah, Musa Aman. Secara menariknya, tidak lama kemudian, isu Lahad Datu terus bermula, dimana sekumpulan warga asing yang bersenjata telah menceroboh masuk di kawasan Lahad Datu, Sabah. Apa yang saya cuba sampaikan, mereka hanya berada di Filipina dalam masa yang sangat singkat. 

Entah kenapa, saya memang tertarik untuk menggunakan jet eksekutif, Dassault Falcon 900, untuk pengiraan ini. Jet ini mampu mencecah kelajuan Mach 0.86 (atau Mach 0.87), hampir-hampir 1053.53km/j. Tetapi selalunya hanya dalam lingkungan 950km/j sahaja. Dan jarak dari Lapangan Terbang Subang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino sebanyak 2500km. 

Jadi Tian Chua dan Sivarasa akan tiba di Manila antara jam 10.00pm-11.00pm. Dan memanglah pada malam itu tiada apa-apa aktiviti, kecuali bermalam di mana-mana hotel sehingga esok pagi. Ini bermakna, mereka hanya ada SATU HARI SAHAJA untuk buat ‘mission to hunt for the truth behind Amalilio’s scam’. Kemudian keesokkan harinya, 9 Febuari, mereka akan pulang pada pukul 10.30am (berlepas dari Manila antara jam 7.00am-8.00am) dan lakukan sidang akhbar di ibu pejabat 11.30am. Betulkah? Bertemu dengan pihak berkuasa Filipina dan mangsa yang kononnya ditipu oleh Manuel Karingal Amalilio, saudara kepada Ketua Menteri Sabah, Musa Aman dalam jangkamasa yang sangat pendek - satu hari saja?

Secara menariknya, tidak lama kemudian, isu Lahad Datu terus bermula, dimana sekumpulan warga asing yang bersenjata telah menceroboh masuk di kawasan Lahad Datu, Sabah. Jadi? Semuanya telah tersusun rapi dan nampak sangat penglibatan parti pembangkang dalam kemelut ini. Kami, rakyat Malaysia, cuma boleh berharap Anwar Ibrahim, Tian Chua, Sivarasa dan yang lain akan disoal siasat oleh PDRM berkenaan dengan:

1. Kenyataan dari media antarabangsa, Manila Times, yang mengaitkan isu Lahad Datu dengan Anwar Ibrahim.
2. Dua tweet dari Tian Chua yang merekodkan waktu beliau dan Sivarasa pergi ke Manila dan kembali ke Malaysia.
3. Gambar Anwar Ibrahim bersama Joseph Estrada dan Nur Misuari.

Perkara ini telahpun menggugat kedaulatan negara, dan ini bukan lagi isu politik. Kementerian Dalam Negeri perlu ambil tindakan yang keras sekiranya mereka didapati bersalah

Another Philippine military officer said the men were followers of the heirs of the Sultan of Sulu - an island group off the southern Philippines - who had been invited to Sabah by a Malaysian opposition politician to discuss land issues.

Rujuk: http://www.reuters.com/article/2013/02/14/us-malaysia-philippines-idUSBRE91D0BY20130214

Rujuk : http://mynewshub.my/2013/02/14/tentera-diraja-kesultanan-sulu-sebalik-pencerobohan-bersenjata-di-sabah/