Tuesday, April 23, 2013

JAWAPAN KEPADA AMENO WORLD




JAWAPAN AMENO WORLD
Soalan berdasarkan kepada jawapan buku teks. Hello admin, setakat jawapan buku teks sudah semestinya UMNO la paling perfect dan paling terbaik sekali.

Jawapan no 1. 

UMNO la orangnya yang tidak bertegas dan tidak berhemah dalam menyelesaikan masalah berbangkit. Sudah la salah sendiri tak mengaku lepas tue dok cakap kita tak reti belajar sejarah. Tak kira apa pun tuntutan SG ketika itu, jikalau UMNO reti selesaikan masalah JAWAPAN dia tetap la reti selesaikan masalah. Dan lagi satu SG dikeluarkan oleh Tun sendiri. Apa pula korang nak heret PAS. Main merepek je bagi jawapan oi. Tulis ayat cantik2, susun elok2, cakap sopan2 dan di anggap fakta. Oi bagi dokumen dan bukti oi. Pandai minta orang tapi diri sendiri tak beri. 

Ramai ahli UMNO mengesa Kerajaan Persekutuan supaya menangkap Lee Kuan Yew. Jadi pada 9 Ogos 1965, Tunku Abdul Rahman menyingkirkan Singapura daripada Malaysia. Ramai rakyat Malaysia mengganggap tindakan Tunku Abdul Rahman ini sebagai satu kerugian kerana mengikut mereka banyak lagi cara lain untuk menjaga keamanan Singapura

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Singapura

Jika kita boleh dapatkan surat khabar lama ketika itu, kita akan usahakan. Tergolek dog la admin tue nanti nak membidas. Pftt.

Jawapan no 2. UMNO. Dia tanya ringkas, ko jawap ringkas sudah. Ko citer panjang2 merepek apa bagai. Bingai. Nak cover kesalahan dengan tulis ayat bunga2. Konon orang feeling ooo ini fakta rupanya. UMNO juga yang menyebabkan kat situ jadi lubuk judi. Lesen permit turun dari langit ke ngok? Tengok pemilikkan la bingai. Orang melayu tak main judi kepala bana. Bagi aku full access aku akan buktikan berapa ramai melayu kaya raya main judi kat situ. Dengan syarat aku diberikan full access untuk menyiasat tempat tue. Ada berani? 

Jawapan no 3. Ini masuk paper utusan. Pergi check. Apa malas? Neh hah link dia. Bingai ==>http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0824&sec=Rencana&pg=re_03.htm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0411&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_26.htm

Jawapan no 4. Soalan neh lanjutan dari soalan no 3. Jawapan dia UMNO. Sebab umno yang tadbir negara. Bab orang melayu jual tanah tue lain citer. Sekarang tengah citer bab tanah dirampas, tanah diambilalih secara paksa, tanah diambilalih secara penipuan. Tiada modal nak usahakan tanah, pinjaman berkroni dan blablabla. Faham.

Jawapan no 5. Yelah, bukan menyerahkan. Tetapi kegagalan peguam lantikan kerajaan malaysia jalankan tugas. Yang neh la jawapan sebenar. Sepatutnya kalau mereka cekap cari bukti dan hujah, takdela kita kalah kes. Hey ko tulis panjang2 nak perbodohkan penyokong2 ko je kot. Pftt.

Jawapan no 6. Jawapan nya BN. Hasil dari keputusan jemaah menteri. Memang dah diubah serba sedikit. Dan melalui pelbagai pindaan. Tak dinafikan bab tue. Tapi hey kemonla, PR nak bagi free kot. Ada aku heran dengan ko punya pindaan? Wakaka.

Jawapan no 7. Ko citer pasal statistik. Memang tepat. Terbaek. So selepas Kelantan adakah jawapan dia PERLIS? Ikut stastistik. Cuba jawab. Aku tatau neh. 

Jawapan no 8. BN. UMNO. Ko tak payah tulis panjang lebar. Memang itu jawapan dia bahkan dah terbukti banyak kali. Hello, malaikat dah catit oke. Allah SWT Maha Mengetahui. Kemon la admin. Agak2la nak jilat pun. Pfttt.

Dan err neh bukti video oke. ==>http://www.youtube.com/watch?v=gZdKSWX5-2I

Jawapan no 9. BN BN BN. Dah memang itu jawapan dia. Dah ko punya citer2 tue seme citer mengarut. Nak menangkan orang kaya je korang neh kan. Ko ingat ko jilat orang2 kaya tue depa nak share kekayaan dengan ko? Pftt. Fakta pasal IPP kat sini.

==> http://beritasemasa.com/sejarah-ipp-di-malaysia

Dan admin, jangan spin balik jawapan dengan terbalikkan jawapan di atas oke? Kemon la. Bukan budak2 kot aku neh. Pftt. 

Jawapan no 10. Huk aloh. Jawapan paling mengarut. Maksiat vs maksiat untuk mencari maksiat siapa paling kurang maksiat? Pfttt. Kalau ini perbandingan nya pun still bn yang lead admin. Tak agak2 ISLAMIK gile jawapan ko neh admin. TERBAEK. 



JAWAPAN DARI PAGE SAYA SAYANG TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
Salam, kami para admin baru sahaja melihat jawapan daripada Ameno World. Komen kami para admin ialah inikah adab orang berilmu dalam perbezaan pendapat? Kami akan kekal dalam adab ketika terdapat perbezaan pendapat, InshaALLAH. 

1. Soalan pertama yang dijawab oleh kami, apakah admin Ameno World expect kami akan ulas seperti membentangkan tesis, kami boleh tetapi masalahnya kami ada 8 soalan lagi yang perlu dijawab. Jadi, kami masukkan sahaja beberapa fakta yang berkaitan dengan isu itu, tetapi apabila kami dituduh MENGELUARKAN FAKTA BUKU TEKS, maka saya terpaksa juga menerangkan apa yang berlaku pada waktu itu. 

Tahukah Ameno World bahawa ketika itu, masalah Tunku dan Malaysia sudah cukup banyak? Malaysia menghadapi masalah dengan KOMUNIS dan kini, Lee Kuan Yew sudah mula bikin masalah. Dia mempertikaikan segala-galanya mengenai orang Melayu. Lee Kuan Yew telah merobek segala hak orang Melayu. Kemuncaknya ialah pergaduhan kaum antara orang Melayu dan cina di mana telah mengorbankan 22 orang. Tunku merasakan bahawa menyimpan Singapura akan membawa kepada nanah dan masalah perkauman yang lebih dasyat. Dan itu alasannya beliau. Tapi, masalahnya, kenapa kita nak bangkitkan benda yang sudah berlaku? Bahkan orang yang bertanggungjawab dalam hal tersebut dah pun menghadap ilahi. 

Lagi satu, saya tahu anda memetik maklumat dari wiki. Cuma, saya mahu MENEKANKAN SESUATU… 

“Ramai ahli UMNO mengesa Kerajaan Persekutuan supaya menangkap Lee Kuan Yew. Jadi pada 9 Ogos 1965, Tunku Abdul Rahman menyingkirkan Singapura daripada Malaysia. Ramai rakyat Malaysia mengganggap tindakan Tunku Abdul Rahman ini sebagai satu kerugian kerana mengikut mereka banyak lagi cara lain untuk menjaga keamanan Singapura.” [perlu rujukan]

Selepas dilihat oleh kami, rupanya fakta yang dipetik itu memerlukan rujukan… RUJUKAN….

PERLU RUJUKAN!

Ya, memang banyak kerugian kita melepaskan Singapura. Tetapi, sekurang-kurangnya kita berjaya melepaskan duri dalam daging, yang akan melakukan apa sahaja untuk merosakkan negara kita. 

2. Anda bilang anda tak dapat full access, kalau anda pun tak dapat full access macam mana orang Melayu lain boleh dapat full access masuk Genting? Takkan ikut pintu belakang kot. Anda belum siasat apa-apa kes, anda sudah melenting mengatakan bahawa akan ada orang Melayu buat itu atau ini, bukankah itu namanya persepsi? 

3. Sorry AMENO WORLD, anda tak jawab soalan nombor 3. Link yang anda bagi itu sebenarnya untuk nombor 4. 

4. Link yang anda bagi semuanya berkenaan kelonggaran hak tanah rizab Melayu di bawah undang-undang baru. Itu topik bawah bidang legislatif yang tiada kena-mengena langsung dengan badan eksekutif dan suruhanjaya. dan anda tiada satu pun bukti kukuh yang mengatakan bahawa UMNO merampas tanah atau apa-apa yang seumpama dengannya. 

5. Kalau pihak ICJ dah menetapkan begitu, negara kita kena terima keputusan dengan hati terbuka. Anda sendiri cakap yang kita tak MENYERAHKAN Pulau Batu Putih tu dekat Singapura, sangat bertentetangan dengan apa yang ditanya dan dinyatakan oleh Ustaz Zahazan. Ini bermakna anda setuju dengan kami, tetapi apa-apa pun yang berlaku, macam biasa, “ITU SALAH UMNO!”

6. Tahu pun setuju. Tapi masalahnya, yang bertanya itu yang tak tahu dah ada pindaan dalam bayaran balik PTPTN. Sebab itu kami jelaskan. Mengenai soal percuma, rasanya kami dah jawab dalam beberapa buah artikel yang ditulis oleh HE dan AFDS mengenai pendidikan percuma yang cuba diangkat oleh RAFIZI. Meh sini link-link dia:

Link 1: https://www.facebook.com/notes/saya-sayang-tun-dr-mahathir-mohammad/isu-bawani-sharifah-dan-pendidikan-percuma-part-ii/437892939615855

Link 2: https://www.facebook.com/notes/helmi-effendy/isu-bawani-sharifah-dan-pendidikan-percuma/459083060811418 

7. Ya, saya kena cerita pasal statistik kerana melalui soalan yang dikemukakan oleh Ustaz Zahazan kenapa negeri tersebut orang Melayu mengatasi jumlah orang bukan Melayu dalam penguasaan ekonomi dan perniagaan. Jawapannya ialah kerana orang Melayu mengatasi jumlah orang bukan melayu dalam majority yang sangat besar. 

Meh sini, nak ajar sikit Ameno World. Kita kena tengok pada industri apa yang bertapak di Kelantan. Kalau setakat semua industri kecil dan sederhana, better jangan bercakap. Kaum Cina tidak akan bukak bisnes dekat Kelantan pun sebab tiada potensi untuk kembangkan perniagaan mereka. Dan untuk pengetahuan admin AmenoWorld, Kelantan merupakan antara negeri paling lambat perkembangan ekonominya di Malaysia. Tak percaya, rujuk statistic di bawah: 

Link: http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?option=com_content&id=1300%3Agross-domestic-product-gdp

Tapi ternyata AmenoWorld tak pernah nak faham pun kenapa saya lampirkan statistic tersebut. Lagi satu, kenapa ya jumlah orang Kelantan paling ramai berhijrah keluar dari negeri mereka? 

8. Mengenai link video yang diberikan, kata-kata Najib kena bersandarkan pada realiti sebenarnya bersandar bahawa situasi tertentu yang tidak membolehkan hudud itu terlaksana. Kenapa? Saya menyeru setiap orang membaca hasil tulisan bekas mufti besar Mesir yang mengatakan bahawa situasi semasa tidak mempunyai syarat untuk hudud itu terlaksana. 

"Dalam memperkatakan tentang perlaksanaan hudud, satu perkara asas mesti dimaklumi semua pihak, iaitu Syariat Islam telah meletakkan beberapa syarat yang perlu ada sebelum sesebuah negara melaksanakan hudud. Justeru, apabila dikatakan ‘suasana semasa tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud’, ia bermakna syarat-syarat perlaksanaan hudud itu belum mengcukupi.

Kenyataan ini sama sekali tidak bermaksud hukum hudud itu sendiri ada kelemahan atau kecacatan, sehingga ia tidak boleh dilaksanakan dalam suasana semasa. Hukum hudud adalah sempurna dan lengkap. Cuma suasana semasa tidak memiliki syarat yang ditetapkan yang membolehkan ia dilaksanakan.

Ringkasnya, kenyataan ‘suasana semasa tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud’, bukan mempertikaikan kesempurnaannya dan kewajipan melaksanakannya. Ia sebaliknya berkenaan ‘ketidaksempurnaan’ suasana semasa. Iaitu tidak memiliki syarat yang ditetapkan bagi membolehkan hukum itu dilaksanakan.

Antara syarat tersebut ialah kewujudan saksi-saksi yang berwibawa.

Bagi mensabitkan jenayah hudud (zina, qazaf, minum arak, mencuri, hirabah dan kesalahan murtad), saksi yang bersifat adil (‘adalah) diperlukan. Saksi yang adil didefinisikan sebagai, antaranya ‘seorang Islam yang menjauhi dosa-dosa besar, tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil, bersikap baik dan bersopan santun (chivalry), dan boleh dipercayai ketika marah. Dengan makna tidak melampau batas dalam tindak tanduknya ketika marah (Rujuk Feqh al-Manhaji, jld. 3, ms.569)

Ketiadaan saksi yang memenuhi piawaian yang dinyatakan, akan mengakibatkan hukuman hudud tidak boleh dilaksanakan. Persoalannya di sini, wujudkah saksi-saksi seperti yang dinyatakan pada masa sekarang? Jika diambil kira kenyataan sesetengah ulama dahulu kala, boleh dikatakan kita mempunyai jawapan yang hampir pasti bagi persoalan ini.

Dalam karyanya, Nisywarul Muhadharah, Al-Qadhi Al-Tanukhi (356-446 Hijrah) ada memperkatakan tentang realiti manusia di zaman beliau dan zaman sebelumnya. Beliau mencatatkan dalam karyanya itu, “sesungguhnya hakim [pada zaman sebelum ini], ketika memasuki sesuatu tempat atau kampung, dia [boleh] menemui 40 orang saksi yang kita perakui [kewibawaan mereka] dari segi ‘adalah (sifat adil) dan ketepatan (accuracy). [Tapi] sekarang, [iaitu pada zaman beliau] seseorang hakim, apabila memasuki sesebuah negeri, dia tidak [dapat] menemui melainkan seorang atau dua orang [yang layak menjadi] saksi”.

Demikian realiti manusia pada zaman Al-Tanukhi, iaitu sekitar 980 tahun yang lampau. Jika pada zaman beliau tidak boleh ditemui melainkan 1 atau 2 orang yang layak menjadi saksi bagi mensabitkan kes-kes hudud, maka apakah pada zaman kini-yang disifatkan sebagai akhir zaman yang penuh dengan kerosakan-saksi yang memenuhi piawaian yang ditetapkan syarak itu, mudah didapati?

Jawapannya ada pada Mufti Mesir yang diperakui kemantapan ilmu dan kewarakannya, Al-Allamah Syaikh Ali Jum’ah (juga ditulis sebagai Ali Gomaa).

Setelah menukilkan kata-kata Al-Tanukhi diatas, Syaikh Ali Jum’ah dengan jelas menyatakan bahawa, “zaman kita secara umumnya, boleh disifatkan sebagai [zaman] yang kehilangan kesaksian [saksi-saksi yang berwibawa]”. 

(Rujuk : http://www.onislam.net/arabic/madarik/culture-ideas/90481-alsharea.html)

Dalam erti kata lain, zaman ini ialah zaman dimana kita sudah kehilangan saksi-saksi yang berwibawa pada nilaian syarak, yang boleh diterima kesaksian mereka dalam perbicaraan membabitkan kes-kes hudud. Dalam realiti Negara Mesir, fenomena ketiadaan syarat yang mencukupi bagi melaksanakan hudud, sebenarnya telah lama berlaku, iaitu sejak sekitar 1000 (seribu) tahun yang lampau. Ini dinyatakan sendiri oleh Syaikh Ali Jum’ah.

Oleh sebab itu, jelas beliau, Negara Mesir, sejak lebih kurang 1000 (seribu) tahun yang lampau, tidak pernah melaksanakan hudud disebabkan fenomena yang dinyatakan.

Oleh kerana zaman kini tidak memiliki ‘kelayakan’ untuk melaksanakan hudud, antaranya kerana tidak memiliki saksi-saksi yang berwibawa, maka menurut Mufti Mesir ini lagi, persoalan hudud bukan sesuatu yang mendesak dan bukan suatu keutamaan.

Lebih dari itu, menurut beliau, membangkitkan isu hudud pada masa sekarang (iaitu tahun 2006, tahun beliau menyatakan pandangan) mendatangkan mudarat dan tidak memberi manfaat. 

(Rujuk : http://www.onislam.net/arabic/madarik/culture-ideas/90481-alsharea.html)

Saya mahu bertanya, Kalau PR dapat pegang Malaysia, hudud boleh ke dilaksanakan? ingat, orang Melayu dekat Malaysia tak sampai 2/3 pun dari majoriti. kerusi Melayu yang dipertandingkan bawah PR pun baru 65% dari jumlah sebenar. itu kalau SEMUA yang bertanding menang. DAP tak bagi apa-apa jaminan bertulis bahawa diorang akan menyokong hudud kalau PR menang. 

Bagaimana pula dengan dakwaan PAS mengatakan bahawa Hudud tiada dalam negara berkebajikan? Bagaimana pula dengan ketiadaan HUDUD dalam manifesto PAS?

9. Saya rasa anda tak jawab pun soalan yang saya berikan.. Izinkan saya menambah, subsidi insentif kepada IPP bermakna harga tenaga lebih murah. Dan secara teknikalnya harga tenaga dekat Malaysia adalah antara yang paling murah di Asia. secara tak langsung, cost of living juga menurun.

Bukti terbaru boleh rujuk pada link yang saya berikan: 

http://www.dailymail.co.uk/news/article-2256031/Worlds-best-value-countries-Live-grand-month-retire-cheap-endless-sun.html

10. Tidak, bukan saya mahu menjawab maksiat dengan maksiat. AmenoWorld tidak nampak daripada kita membangkitkan keburukan parti ini buat sesuatu, apa kata kita bangkitkan sumbangan sesebuah parti itu terhadapa agama Islam seperti perlaksanaan J-Qaf, menjadikan Malaysia sebagai hub halal, pembinaan bertaus-ratus masjid di sekeliling Malaysia, membantu saudara sesama Islam di Palestine, Bosnia dan Afghanistan. Bukankah itu lebih baik? 

No comments: