Wednesday, April 17, 2013

KOMISYEN SCORPENE


Kebenaran yang Suara Keadilan TIDAK akan keluarkan...Bar­u2 ini artikel Suara Keadilan mengeluarkan kenyataan berhubung pembelian kapal selam Scorpene yg kononnya komisyen diberi kpd Perimekar Sdn Bhd yg berjuta ringgit !

Kontrek keseluruhan scorpene bernilai EU 1.084 bilion, ditandatangani pd 5 jun2002 menyatakan :

EU 969.15juta atau rm4.85 bilion dibayar kpd syarikat DCNS(Perancis) dan NAVANTIA(Sepany­ol) sebagai kos perolehan 2 buah kapal selam scorpene, pakej intergrated logistic support(ILS) dn latihan utk warga kapal selam TLDM.

EU 114.96 juta dibayar kpd Perimekar Sdn Bhd secara berperingkat selama 6 tahun sebagai kos perkhidmatan koordinasi dan sokongan kpd pasukan projek kapal selam TLDM di Cherbourg,Peran­cis dn Cartagena,Sepan­yol serta pelatih2 kapal selam di Brest, Perancis.

Dlm kontrak menjelaskan Perimekar bertangung jawap menyediakan perkhidmatan berikut:
- menyediakan kediaman lengkap bagi 27 keluarga pegawai di Perancis dn Sepanyol bagi tempoh selama 6 tahun.
-menyediakan pejabat urusan dn kediaman lengkap bagi krew kapal selam TLDM seramai 156 org dan 30 staf penyelenggara pengkalan di Perancis dn Sepanyol utk tempoh selama 6 tahun.
-membayar alaun harian dn alaun krew EU50 sehari setiap seorang utk tempoh 3 tahun pertama dn EU60 sehari utk tempoh 3 tahun kedua.
-membiayai kos penerbangan pergi balik setiap krew kapal selam utk balik bercuti setiap 4 bln sekali.
-bertanggung jawap memastikan penyertaan syarikat Malaysia dlm pembinaan dn membantu syarikat berpontensi utk menyertai program offset.dll.

Pada hakikatnya bayaran EU 114.96 juta bukanlah bayaran komisyen tetapi bayaran utk perkhidmatan yg disediakan oleh Perimekar sdn bhd.

No comments: